Wednesday, August 23, 2006

Tugas baru yang mencabar!

Assalamualaikum w.b.t

WassalamWednesday, August 23, 2006

Dulu, dulu semasa usia awal belasan tahun dan pertengahan belasan tahun saya pernah bercita-cita, benarnya berangan-angan ingin menjadi seorang peguam kerana terpikat dengan kepetahan seorang peguam berkata-kata di dalam mahkamah. Semuanya kerana melihat siri-siri televisyen dari barat yang memaparkan betapa hebatnya seorang peguam semasa menegakkan hujahnya di depan seorang hakim.

Namun pada masa itu, cita-cita asal saya sebenarnya adalah menjadi seorang wartawan, kononnya mahu perjuangkan hak wanita. Tapi apabila saya benar-benar menjadi wartawan (praktikal) di Utusan Malaysia dan kemudiannya bekerja sebagai stringer bagi NTV7 bagi sebuah negeri di selatan baru saya tahu, hebat juga cabaran menjadi wartawan walaupun nampak agak glamour dan popular. Merasa jugalah menemuramah Ketua Menteri dan Menteri-menteri serta YB-YB jadi macam kenalan saya sahaja pada masa itu. Kemudiannya bertukar kerja jadi pegawai siasatan, lagi mencabar... tapi rupa-rupanya sekarang ini saya mendapat tugasan baru yang lebih mencabar lagi.

Walaupun lebih sebulan saya diberitahu tentang tugas ini tetapi baru sekarang debarannya kencang terasa. Tarikh 6 dan 7 September nanti adalah hari bersejarah untuk saya kerana saya akan mula membawa kes sebagai seorang pegawai Pendakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru. Sesuatu yang lebih menguji saya ialah, saya langsung tidak tahu tentang Bandar Johor Bahru dan lebih-lebih lagi tentang hakim di sana. Dan saya juga tidak tahu siapa Defence Council bagi pihak tertuduh. Bagi kes yang pertama saya bawa ini saya kira kalau saya boleh mencapai kemenangan ia adalah satu bonus besar dan sekiranya saya kalah memang wajar. Apapun saya akan mencuba sedaya upaya dan saya akan berada di JB dua hari lebih awal untuk perbincangan dengan IO kes ini.

Mungkin sebelum ini kerisauan tentang kesihatan suami melebihi segalanya dan saya seolah-olah lupa tentang tugas hakiki saya tetapi selepas hampir 2 bulan saya kini terpaksa memberi tumpuan kepada kerja-kerja pejabat yang seolah-olah saya ambil ringan dalam tempoh ini disebabkan terlalu kerap bercuti. Apapun, saya kini dalam proses menerima penyesuaian terhadap jadual baru dalam hidup saya. terlalu banyak perubahan yang berlaku serentak sebenarnya selain suami diserang stroke, saya juga berpindah rumah dengan suasana rumah baru dan banyak keperluan/keadaan rumah yang masih tak selesai, kedatangan 6 orang pegawai bawahan baru dan perlantikan sebagai pegawai pendakwa bukan di tempat saya bertugas.

Kalau di NS saya mungkin tidak segusar ini tetapi membawa kes di JB melipakkaligandakan kerisauan saya.

Sekali fikir ingin saja saya menghadiri temuduga sebagai Pegawai Antidadah Kebangsaan pada 13 September ini. Tetapi bila difikirkan semula tentang elaun siasatan yang saya perolehi sekarang nampaknya saya kekal dengan jawatan ini. Itulah...kadang-kadang kita ni tak bersyukur dengan apa yang kita ada, bukan cakap tentang orang lain tetapi tentang saya! Apapun harap percepatlah kenaikan pangkat saya, moga-moga saya dapat ditukarkan ke unit lain.

Anak saya rupa-rupanya ada di Planetarium Negara sekarang dibawa berjalan oleh pengasuhnya ke KL hari ini. Ada kemungkinan saya tidur seorang malam ini, malas pula ingin berpatah balik mengambilnya di rumah Mak Ros, selain membazir masa, kos minyak kereta juga perlu diambil kira.

Suara hati dan pemikiran siti detik 8/23/2006 03:54:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi

Tuesday, August 22, 2006

Berdiam-diam itu besar hikmahnya

Assalamualaikum w.b.t

Tuesday, August 22, 2006

Bukannya jenis saya selama ini mendiamkan diri sekiranya ada benda yang terbuku dihati ataupun ada sesuatu yang tidak kena. Namun kali ini rasanya ingin sahaja berdiam diri dan menunggu apa hikmahnya disebalik semua ini. Sebenarnya tidak ada sebarang tekanan yang hebat pun cumanya ada sedikit perbincangan (luahan hati?) madu saya , Kak A pagi ini semasa saya mahu bertolak ke pejabat dari rumahnya. Semasa bersalam dan mencium pipi kiri dan kanannya sebagaimana amalan biasa saya, saya bisikkan padanya bahawa saya ingin membawa Hani pulang ke rumah tetapi abang kata biarlah dia di sini, abang tahulah...". tetapi sejurus itu juga Kak A katakan dengan nada keras dan berbaur menyindir "Biarlah dia nak jaga".

Sekonyong-konyong itu juga saya menukar fikiran untuk membawa hani balik dan menghantarnya semula ke rumah Mak Ros. Sambil membawa Hani yang masih tidur untuk dimasukkan ke kereta saya berbisik kepada suami yang berbaring di sebelah anak bahawa saya akan membawa balik Hani dan suami hanya mengangguk sahaja. Di luar, Kak A mengatakan kekesalannya bahawa sebelum ini suami tak pernah berbincang dengannya sebelum membuat apa-apa keputusan, sedangkan hari ini katanya dia dan abang akan ke KP untuk ke pejabat abang dan mengambil apa-apa barang abang dipejabat dan juga di rumah sewa sebelum ini.

Yang dapat saya katakan padanya adalah, abang pun selalu buat pada saya sesuatu tanpa berbincang dan saya tinggalkan Hani selama 3 minggu di sini juga adalah semata-mata kerana permintaan abang yang tidak mahu Hani terasing daripada abang dan adik-beradiknya yang lain, yelah kan abang duduk di PD. Kak membalas katanya "yang akak terasing daripada adik-beradik ni.... semua adik beradik aka berkumpul kat rumah mak akak tu...Nampaknya mungkin sudah lama Kak A menyimpan perasaan marah pada saya dan Hani dan agaknya dia menganggap saya dan Hani yang menumpang di situ sebagai gangguan.

Saya sebanrnya sejak suami diserang stroke sekalipun tidak ada balik ke kampung walaupun tiga kali kami ke Melaka, dan lalu di kampung saya tetapi saya tidak singgah pun keranan memikirkan suami. Sedangkan Kak A selang sehari dapat balik ke rumah emaknya yang jaraknya bersebelahan taman sahaja. Selalunya kita ini tidak bersyukur denagn apa yang kita ada kerana kita tidak membandingkan dengan orang yang langsung tak dapat apa-apa.

Kak A juga mendapat bantuan kewangan dan sokongan moral dari adik-beradiknya sedangkan saya sedari awal suami diserang stroke hanya sekali keluarga datang dari Melaka dan selepas itu tiada sebarang panggilan bertanya khabar, satunya mungkin tak mahu menganggu saya dan kedua mungkin mereka menganggap bahawa saya boleh mengendalikan segala-galanya sendiri. Memang dari dulu sikap keluarga saya terhadap saya seperti ini, itulah puncanya saya menjadi berdikari.

Saya terpaksa menempuh semuanya ini sendirian bersama sikecil hani sahaja saya menunjukkan kesedihan saya. Baru-baru dahulu apabila melihat saya menangis, Hani akan berkata, "Ibu janganlah sedih...." dan kata-katanya itulah yang memberi saya kekuatan. Alhamdulilah Allah memberi saya anak walaupun seorang cuma, sekurang-kurangnya ada juga tempat saya berkongsi rasa.

Malam ini khabarnya kawan baik saya akan datang bermalam di rumah saya, dan saya cadang nak masak serba-sedikit untuk menjamu pasangan pengantin baru ini. Tenang sedikit hati dapatlah bercerita dengan nya. Sebelum ini pun memang semua masalah saya dari sebelum kahwin sehinggalah ada anak hanya dia seorang yang betul-betul mengikuti semua cerita saya.

Saya mencemburui Siti Nurhaliza kerana memperolehi kegembiraan dan kebahagiannya, sebagaimana saya memperolehinya tanggal 2 Jun 2001 bersama suami yang saya nikahi dengan beza usia 18 tahun yang mulanya ditentang keluarga tetapi kahirnya direstui. Namun hari ini, saya tahu kenapa pilihan saya dahulu ditentang.... terlalu banyak dugaannya.

Selepas ini biarlah saya dan Hani berdiam-diam diri sahaja, sekiranya abang perlukan saya biarlah dia telefon saya dan sekiranya dia memikirkan hati dan perasaan saya, dia fikirlah satu cara kemudian nanti...

Suara hati dan pemikiran siti detik 8/22/2006 01:58:00 PM 0 cetusan hati

Wassalam

Friday, August 18, 2006

Berakhirnya satu penantian

Assalamualaikum w.b.t

Friday, August 18, 2006

Petang ini saya menunggu di pejabat hampir 2 jam, itupun atas arahan pengarah, namun mungkin kerana terlupa beliau yang bermesyuarat lebih kurang 4.30 petang hanya berakhir pada jam 6.30 petang dan janjinya mahu berjumpa saya tinggal hanya janji. Beliau terus pulang dan saya yang setia menanti pun terus pulang selepas itu. Jadinya saya hanay dapat sampai ke rumah pada jam 7.00 malam dan terus mencuba password yang baru diberi oleh TM Customer service dan inilah hasilnya terus saya mengemaskini blog ini sebagai langkah melepaskan geram. Cadangan mahu ke rumah Kak A juga tertangguh, samada saya terus ke rumahnya atau esok pagi-pagi saya tidak pasti. Pokoknya, ada banyak benda yang saya perlu lakukan pada malam ini.

Saya mahu ker Giant untuk membeli rak plastic yang nampaknya offer dari RM 50.00 kepada RM 20.00. Bukan saja-saja tapi kalau tak turun harganya pun memang saya berhajat membeli kerana banyak baju-baju dalam stor tidak ada tempat untuk disimpan. Rumah dahulu semua biliknya siap dengan build ini cabinet jadi tak bermasalah menyimpan tetapi bila pindah ke rumah baru, terpaksalah saya menambah tempat penyimpanan, perabut besar dan mahal tak mampu membelinya jadi cukuplah dengan rak plastik. Rumah juga perlu dikemas sebaiknya bagi menyambut kepulangan suami tercinta sekurang-kurangnya susunatur perlu diubahsuai sedikit biar sedap mata memandang dan nampak lapang untuk suami bergerak.

Apapun kalau rindu menyelinap di hati malam ini dengan Hani dan suami dan esok pagi-pagi sudah boleh bertolak dari PD mungkin malam ini saya akan pergi juga ke PD. Tapi rasanya tentu esok suami mahu berurut lagi dan saya juga mungkin akan membawanya ke pantai sekali lagi sebelum bertolak balik ke Seremban. Apapun perancangan Allah lah segala-galanya.

Oh ya, saya mendapat surat penggilan temuduga entah yang ke berapa kali, bagi jawatan yang setaraf sebenarnya tetapi saya belum putuskan mahu hadir atau tidak. Jawatannya sebagai pegawai Agensi Dadah Kebangsaan, nampak macam tak berbeza dengan jawatan sebagai Pegawai siasatan sekarang. Ramai kawan-kawan nasihat tak perlu pergi, kata mereka bulan oktober nama saya tersenarai naik ke gred 44, tapi gosip ini dari awal tahun tetapi sehingga kini seperti berita itu dibawa angin lalu.

Satu sahaja yang menjadi kelebihan jawatan baru ini adalah ianya tidak termaktub untuk bekerja 24 jam sehari, sedangkan sekarang, langsung saya tak boleh bersuara jika membantah dipanggil bekerja, bermesyuarat hatta bergotong royong/berceramah juga di luar waktu pejabat atau waktu cuti. Pernah juga hari raya ke 3 saya telah kembali bekerja walaupun cuti rehat saya lebih 50 hari yang belum digunakan.

Alasannya cuma satu, akta menyatakan pegawai dianggap sentiasa bertugas 24 jam. Itu yang membebankan saya selama ini selain perlu sentiasa menjawab pada pihak atasan pada bila-bila masa sahaja dan kini pula saya perlu berhadapan dengan hakim2 dan peguam2 pihak tertuduh. Semuanya memeningkan kepala...
Oh sudah cukup panjang rupanya...

Suara hati dan pemikiran siti detik 8/18/2006 07:31:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi

Wassalam

Penantian satu penyiksaan

Assalamualaikum w.b.t

Lama benar tak menulis di sini... memang terasa ada sesuatu yang kurang sejak ada blog ni tapi tidak dikemaskini, tetapi memandangkan azam hanya untuk berblog dari rumah menyekat saya dari menulis semasa di pejabat walaupun keinginan berkobar-kobar. masalahnya talian telefon telah lama disambung ke rumah baru, tetapi perhidmatan streamyx pula bermasalah. Permohonan perpindahan dibuat dari 22.07.2006 tetapi sehingga kini streamyx tak berfungsi lagi.

Semalam tecnician TM datang, rupa-rupanya baru saya tahu bahawa kesilapan saya sebenarnya yang menyebabkan internet rak berfungsi. Plug untuk wayar yang saya sambungkan dari modem ke soket rupa-rupanya bukan plug untuk modem sebaliknya plug untuk telefon cordless Panasonic saya tambahan pula pin nya begitu secocok walaupun ia bukan wayar sebenar. Sebelum ini saya dan suami kerana ketidaksabaran kami telah mencucuk pin modem dengan sekuat-kuatnya, semalam dimaklumkan oleh staff TM pin dalam modem telah rosak. Terpaksa ditukar baru.

Bila dipasang yang baru, timbul lagi masalah, password terdahulu pula suami terlupa. Bila hubungi TM Net untuk re set password baru, "line busy". Jadi hari ini, saya tak sabar lagi menunggu untuk berblog jadi sekarang masa rehat, maka saya dengan rasa bersalahnya terpaksa juga berblog dari pejabat.

*************

Cerita semasa (apa lagi, rumahtanggalah...)
Dari 4 hb Ogos hingga 13 Ogos saya bercuti rehat. Cadangnya mahu membawa suami tinggal di rumah saya. Tapi perancangan Allah juga yang jadi, bukan sumai yang datang ke rumah sebaliknya sepanjang tempoh itu saya yang tinggal di rumah madu saya. Apa nak buat, kerana suami kuturutkan semua. Sudahkah saya ceritakan bahawa suami saya sudah tidak tinggal di daerah KP lagi, Kak A sekeluarga telah membawanya pindah ke PD jaraknya sekarang dekat sedikit tetapi melalui lebuhraya bertol RM 2.90 sehala, jalannya juga tidaklah seberliku jalan ke KP yang memakan masa labih sejam. Kini dalam masa 30 minit saya sudah boleh tiba ke rumah Kak A di PD.

Semuanya terjadi kerana suami tidak lagi bercadang menyambung bekerja, dengarnya ingin berhenti. Tak taulah, sebab dia tak pernah bincang dengan saya. Walaupun makan hati berulam jantung saya terpaksa bersabar dalam diam menurut kehendak suami. Walaupun di rumah Kak A tapi kali ini dia bermurah hati membenarkan saya tidur di sebelah suami. Bukan kami berdua sahaja, semua berjumlah 7 orang bergelempangan di ruang tamu rumah kak A yang memang luas (Double storey, bukanya pun 24"), cumanya saya tidur satu toto dengan suami dan anak manakala Kak A di sebelah saya tidur di atas tilam single bersama anaknya yang menyusu badan. Faham-faham sahajalah bila tidur melambak, apalah yang boleh "dilakukan", sentuh menyentuh pun perlu dikawal. Berbanding di rumah saya, hanya kami bertiga sahaja, buatlah apa sahaja tiada siapa peduli! Makanya, bertambah-tambahlah sayunya hati saya....

Ini satu lagi cerita. Suami ada menyuarakan hasratnya dengan saya untuk memandu kereta saya, Kembara Auto kerana tak mahu menyusahkan Kak A untuk menghantar dan mengambilnya pulang dari surau. Tetapi Kak A menghalang, tidak tahulah saya apa puncanya. Memandangkan suami sebelum ini pun terkenal di mata saya dengan "takutnya" dia apabila Kak A mengamuk (berkecil hati/merajuk/bertekak) maka tak jadilah perancangannya. Saya juga sekali lagi terpaksa berlapang dada, saya sebenarnya suka yang teramat-amat suka apabila suami kata dia ingin memandu kereta, bagi saya biarlah dia berdikari, tak ada salahnya, memang dia perlu menyesuaikan diri dengan keadaan fizikalnya kini. memandangkan dia kini sudah boleh jalan bertongkat, maka adalah lebih baik dia mencuba sesuatu sebelum badannya menjadi lebih manja.

Untung-untung selepas ini dia boleh memandu sendiri dan datang ke rumah saya sendiri tak perlu Kak A hantar atau saya mengambilnya. Saya sendiri juga telah mencuba menadu menggunkan tangan dan kaki kanan sahaja dalam perjalanan pulang dari pejabat ke rumah yang mempunya labih 10 traffic light dan selekoh tetapi tiada masalah pun!
Semalam saya ke PD sebelum rehat tengahari kerana saya teramat rindu dengan suami dan terlebih-lebih lagi anak yang saya tinggalkan terus di sana kerana nak dihantar ke rumah pengasuh pun dah separuh bulan, lagipun saya bercadang nak beri duit untuk pengasuh tu kepada Kak A atas penat lelah menjaga anak saya. Tambahan pula saya bercadang berbincang hal kerja dengan ketua cawangan di PD.

Bagaimanapun belum pun sempat bermanja dengan suami dan anak saya telah dipanggil ke pejabat semula untuk bermesyuarat. apakan daya, semasa perjalanan pulang, berjuraianlah air mata saya kerana terlalu marah dengan pengarah yang gila bermesyuarat dan tak pernah faham setipa manusia ada masalah peribadi tetapi dia sentiasa minta kita letakkan keluarga jatuh nombor dua dan kerja no 1 dan juga kerana terlalu marah dengan suami yang tak pernah memikirkan kepenatan saya berulang alik menjenguknya.

Sepatutnya dia perlu menyuarakan hasratnya untuk balik ke rumah saya... lebih seminggu saya di sana tak pernah keluar dari mulutnya untuk ke rumah saya!!! Mulanya alasannya kerana nak ke surau mudah, ada kawan-kawan membantu, tetapi setiap kali menghantar dan mengambilnya kami isteri-isteri aje yang membantu, dan katanya mahu menimbus pasir pantai di badannya tetapi minggu ini sekalipun tak ke pantai hanya saya membawanya 2 kali dalam tempoh saya bercuti tempohari. Hari ini baru ke pantai selepas saya menelefonnya marah-marah semalam semasa perjalanan balik ke pejabat kerana alasan mahu ke pantai tak terbukti. Khamis sepatutnya ke fisioterapi juga dia tak pergi...

Sepanjang cuti seminggu saya telah membawanya ke bandar AG yang jaraknya hampir 200 km pergi dan balik untuk rawatan acupuncture dan menelan kos melebih RM 400.00, manakala petang harinya bawa ke pantai untuk kaedah tanam dalam pasir. Saya juga hantar dan ambilnya ke surau dan masjid untuk sembahyang jumaat dan rawatan fisioterapi. Tapi minggu ini apabila saya telefon asyik "ayah" tidur sahaja jawapannya apabila hp suami dijawab oleh anak tiri suami, Khairin.
Malam tadi, kerana marah yang masih bersisa saya tidak menjawab panggilannya dan hari ini saya memanggilnya kerana masalah internet.

Hati ini begitu berat nak pergi ke PD petang ini tetapi mengenangkan anak, Hani saya fikir kemungkinan besar saya akan pergi juga petang ini atau selewat-lewatnya malam ini. Kalau tak sempat juga, mungkin esok pagi, kerana saya teringin menguji samaada dia akan menelefon saya atau tidak petang ini sekiranya saya masih tidak sampai juga... walaupun saya tidak menaruh harapan yang dia sangat-sangat berharapkan kedatangan saya.

Adakala saya berfikir adakah dia terikat untuk terlalu menjaga hati madu saya kerana sekiranya dia melukakan hati madu saya, siapa yang akan menjaganya memandangkan saya bekerja, kerana itulah dia terlalu berhati-hati (serius?) berkata-kata dengan saya kerana 24 jam madu saya juga turut ada bersama. Tetapi kalau di rumah saya lain pula ceritanya... kami bebas bercerita. itulah sebabnya saya kata, suami saya kini berubah.... bukan seperti yang saya kenal dulu. Semuanya kerana keterbatasan yang ada kerana cinta tiga dimensi ini... Pada malam Sabtu lalu suami ke Sri Petaling dibawa oleh kawannya kerana ada perhimpunan tabligh dan sampai ke rumah, madu saya yang mendekatinya untuk beri khidmat apa-apa yang perlu... dan sambil-sambil itu bertanya suami tentang perjalanan tadi sambil memberi solaan ala-ala manja gitu...dengan suaranya yang dilembut2kan.

Saya yang turut ada berbaring di situ (semua anak-anak telah tidur, hanya kami yang berjaga menunggu suami) begitu getik mendengarnya. Seolah-olah perang psikolgi kemudian saya pula mengajukan soalan dan cuba bergurau-gurau dengan suami... saja bagi madu saya pengajaran lain kali jangan cuba bermanja depan saya, saya boleh buat lebih lagi.

Semalam semasa saya datang ke rumahnya, nampaknya sambutan agak dingin, tak berapa hangat terutama apabila sumai memesan saya membelikannya lauk sedangkan pada ketika itu, Kak A sedang sibuk memasak, marah agaknya, kerana saya lihat dia sedang membakar ikan terubuk. Apapun, apabila sampai masanya saya perlu sedar diri bahawa saya menumpang, rumah itu bukan suami yang punya, ia dibeli Kak A hasil duit yang diperolehi akibat kematian suaminya yang terdahulu. Jadi sebenarnya serba salah juga saya menumpang di situ berlama-lama. Mungkin suami tidak pernah terfikirkan hal itu. Apapun, beras dan lain-lain keperluan ada juga saya sumbangkan termasuk susu anaknya yang berkongsi dengan anak saya memandangkan anaknya kini dalam cubaan berpisah susu badan. Saya juga turut memberi cash money kepada suami buat belanja apa-apa keperluan beliau dan anak.

**********

Dalam pada itu, suami ada mencadangkan kepada saya supaya saya memakai Nissan Serena kepunyaannya sementara dia memakai kembara saya, memandangkan satria kak A adalah manual maka adalah sukar untuk suami membawanya manakala serena yang auto pula terlalu besar untuk dipandu suami dalam keadaan kurang upaya ini. Malangnya semasa suami bercakap dalam hp dengan saya berhubung hal ini rabu lalu, kak a merampas (andaian saya) hp di tangan suami dan tiba-tiba dia bagitau saya tak perlu, dia minta saya buat kerja saya, dia masih mampu menghantar dan mengambil suami ke surau... "abang kau ni merepek jer... katanya". Saya yang terkejut dengan tindakan Kak A itu kemudiannya bertanya dengan suami yang saya call petangnya samaada dia serius nak memandu, jawabnya ...ya! Tapi semalam langsung dia tak buka cerita... apa sebabnya... belum sempat saya siasat lagi.

Saya mengandaikan Kak A sebenarnya memang tak membenarkan saya memandu serena itu kerana sedari beli setahun lalu, hanya sekali saya berpeluang menaikinya itupun kerana saya ada mesyuarat di penang dan menangung kos minyak serena itu. Agaknya pemergian saya, suami dan anak itu tak diketahui oleh Kak A. Selain itu, ia sentiasa berada dengan kak A dan kini ia diparking di rumah mak Kak A yang saya langsung tak nampak kelibatnya. Semasa di rumah saya juga pada minggu-minggu awal semasa mahu mengalihkan serena itu dia seolah-olah tak percaya saya memandunya, kerana setiap kali suami minta mengalihkannya atas sebab-sebab tertentu pasti dia sendiri yang mengalihkannya dan sekali itu, katanya "biar akak alihkan akak je yang tahu guna remote ni, walhal saya dah pun gunakan sebelum ni...

Suami juga malamnya ada menelefon saya dan memaklumkan dia bercadang nak memandu kereta kembara dan meminta saya trade ini serena dan ambil Naza ria saya cadangkan ambil avanza saja, tapi katanya alang-alang ambillah naza ria. Tapi agaknya kalau kak A tahu cadangan ini lagi dia marah agaknya. Dia yang memujuk suami mengambil MPV kerana anaknya 5 orang satria tak mencukupi, tetapi bayaran bulanannya suami yang tanggung. Tapi pada masa ini sebenarnya serena itu satu pembaziran, kerana ia tidak digunapakai, bayaran bulanannya tinggi, suami tak selesa menaikinya kerana tinggi dan bergoyang terlalu kuat. Jadi menukarnya kepada kenderaan yang lain dan kosnya ditanggung oleh saya manakala suami membayar kembara yang lebih rendah bayarannya adalah yang terbaik, agaknya....

Apapun, saya akan berdoa semoga semuanya akan balik ke normal secepat mungkin... Amiin.

Bebelan saya ini hanya luahan hati saya, tak berniat memburuk-burukkan suami dan kak a, apapun dia tetap suami dan madu saya kalau jodoh kami panjang. Kak A baik mungkin saya yang buruk perangai dan rupa... semoga Allah ampun kan saya.
terima kasih pada Abdullah Jones yang masuk ke entry ini...kalau stremyx kat rumah dah ok saya akan menulis hari-hari, itu azam saya...
p/s : Tajuk penantian ini sebenarnya merujuk kepada seksanya saya menanti suami saya untuk balik ke rumah saya... disamping menanti perkhidmatan streamyx yang bermasalah

Suara hati dan pemikiran siti detik 8/18/2006 12:30:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati

Wassalam

Tuesday, August 1, 2006

Ogs '06

Wednesday, August 23, 2006
Tugas baru yang mencabar!

Dulu, dulu semasa usia awal belasan tahun dan pertengahan belasan tahun saya pernah bercita-cita, benarnya berangan-angan ingin menjadi seorang peguam kerana terpikat dengan kepetahan seorang peguam berkata-kata di dalam mahkamah. Semuanya kerana melihat siri-siri televisyen dari barat yang memaparkan betapa hebatnya seorang peguam semasa menegakkan hujahnya di depan seorang hakim. Namun pada masa itu, cita-cita asal saya sebenarnya adalah menjadi seorang wartawan, kononnya mahu perjuangkan hak wanita. Tapi apabila saya benar-benar menjadi wartawan (praktikal) di Utusan Malaysia dan kemudiannya bekerja sebagai stringer bagi NTV7 bagi sebuah negeri di selatan baru saya tahu, hebat juga cabaran menjadi wartawan walaupun nampak agak glamour dan popular. Merasa jugalah menemuramah Ketua Menteri dan Menteri-menteri serta YB-YB jadi macam kenalan saya sahaja pada masa itu. Kemudiannya bertukar kerja jadi pegawai siasatan, lagi mencabar... tapi rupa-rupanya sekarang ini saya mendapat tugasan baru yang lebih mencabar lagi.

Walaupun lebih sebulan saya diberitahu tentang tugas ini tetapi baru sekarang debarannya kencang terasa. Tarikh 6 dan 7 September nanti adalah hari bersejarah untuk saya kerana saya akan mula membawa kes sebagai seorang pegawai Pendakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru. Sesuatu yang lebih menguji saya ialah, saya langsung tidak tahu tentang Bandar Johor Bahru dan lebih-lebih lagi tentang hakim di sana. Dan saya juga tidak tahu siapa Defence Council bagi pihak tertuduh. Bagi kes yang pertama saya bawa ini saya kira kalau saya boleh mencapai kemenangan ia adalah satu bonus besar dan sekiranya saya kalah memang wajar. Apapun saya akan mencuba sedaya upaya dan saya akan berada di JB dua hari lebih awal untuk perbincangan dengan IO kes ini.

Mungkin sebelum ini kerisauan tentang kesihatan suami melebihi segalanya dan saya seolah-olah lupa tentang tugas hakiki saya tetapi selepas hampir 2 bulan saya kini terpaksa memberi tumpuan kepada kerja-kerja pejabat yang seolah-olah saya ambil ringan dalam tempoh ini disebabkan terlalu kerap bercuti. Apapun, saya kini dalam proses menerima penyesuaian terhadap jadual baru dalam hidup saya. terlalu banyak perubahan yang berlaku serentak sebenarnya selain suami diserang stroke, saya juga berpindah rumah dengan suasana rumah baru dan banyak keperluan/keadaan rumah yang masih tak selesai, kedatangan 6 orang pegawai bawahan baru dan perlantikan sebagai pegawai pendakwa bukan di tempat saya bertugas. Kalau di NS saya mungkin tidak segusar ini tetapi membawa kes di JB melipakkaligandakan kerisauan saya.

Sekali fikir ingin saja saya menghadiri temuduga sebagai Pegawai Antidadah Kebangsaan pada 13 September ini. Tetapi bila difikirkan semula tentang elaun siasatan yang saya perolehi sekarang nampaknya saya kekal dengan jawatan ini. Itulah...kadang-kadang kita ni tak bersyukur dengan apa yang kita ada, bukan cakap tentang orang lain tetapi tentang saya! Apapun harap percepatlah kenaikan pangkat saya, moga-moga saya dapat ditukarkan ke unit lain.

Anak saya rupa-rupanya ada di Planetarium Negara sekarang dibawa berjalan oleh pengasuhnya ke KL hari ini. Ada kemungkinan saya tidur seorang malam ini, malas pula ingin berpatah balik mengambilnya di rumah Mak Ros, selain membazir masa, kos minyak kereta juga perlu diambil kira.

Suara hati dan pemikiran siti detik 8/23/2006 03:54:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi

Tuesday, August 22, 2006
Berdiam-diam itu besar hikmahnya....

Bukannya jenis saya selama ini mendiamkan diri sekiranya ada benda yang terbuku dihati ataupun ada sesuatu yang tidak kena. Namun kali ini rasanya ingin sahaja berdiam diri dan menunggu apa hikmahnya disebalik semua ini. Sebenarnya tidak ada sebarang tekanan yang hebat pun cumanya ada sedikit perbincangan (luahan hati?) madu saya , Kak A pagi ini semasa saya mahu bertolak ke pejabat dari rumahnya. Semasa bersalam dan mencium pipi kiri dan kanannya sebagaimana amalan biasa saya, saya bisikkan padanya bahawa saya ingin membawa Hani pulang ke rumah tetapi abang kata biarlah dia di sini, abang tahulah...". tetapi sejurus itu juga Kak A katakan dengan nada keras dan berbaur menyindir "Biarlah dia nak jaga".

Sekonyong-konyong itu juga saya menukar fikiran untuk membawa hani balik dan menghantarnya semula ke rumah Mak Ros. Sambil membawa Hani yang masih tidur untuk dimasukkan ke kereta saya berbisik kepada suami yang berbaring di sebelah anak bahawa saya akan membawa balik Hani dan suami hanya mengangguk sahaja. Di luar, Kak A mengatakan kekesalannya bahawa sebelum ini suami tak pernah berbincang dengannya sebelum membuat apa-apa keputusan, sedangkan hari ini katanya dia dan abang akan ke KP untuk ke pejabat abang dan mengambil apa-apa barang abang dipejabat dan juga di rumah sewa sebelum ini.

Yang dapat saya katakan padanya adalah, abang pun selalu buat pada saya sesuatu tanpa berbincang dan saya tinggalkan Hani selama 3 minggu di sini juga adalah semata-mata kerana permintaan abang yang tidak mahu Hani terasing daripada abang dan adik-beradiknya yang lain, yelah kan abang duduk di PD. Kak membalas katanya "yang akak terasing daripada adik-beradik ni.... semua adik beradik aka berkumpul kat rumah mak akak tu...Nampaknya mungkin sudah lama Kak A menyimpan perasaan marah pada saya dan Hani dan agaknya dia menganggap saya dan Hani yang menumpang di situ sebagai gangguan. Saya sebanrnya sejak suami diserang stroke sekalipun tidak ada balik ke kampung walaupun tiga kali kami ke Melaka, dan lalu di kampung saya tetapi saya tidak singgah pun keranan memikirkan suami. Sedangkan Kak A selang sehari dapat balik ke rumah emaknya yang jaraknya bersebelahan taman sahaja. Selalunya kita ini tidak bersyukur denagn apa yang kita ada kerana kita tidak membandingkan dengan orang yang langsung tak dapat apa-apa.

Kak A juga mendapat bantuan kewangan dan sokongan moral dari adik-beradiknya sedangkan saya sedari awal suami diserang stroke hanya sekali keluarga datang dari Melaka dan selepas itu tiada sebarang panggilan bertanya khabar, satunya mungkin tak mahu menganggu saya dan kedua mungkin mereka menganggap bahawa saya boleh mengendalikan segala-galanya sendiri. Memang dari dulu sikap keluarga saya terhadap saya seperti ini, itulah puncanya saya menjadi berdikari. Saya terpaksa menempuh semuanya ini sendirian bersama sikecil hani sahaja saya menunjukkan kesedihan saya. Baru-baru dahulu apabila melihat saya menangis, Hani akan berkata, "Ibu janganlah sedih...." dan kata-katanya itulah yang memberi saya kekuatan. Alhamdulilah Allah memberi saya anak walaupun seorang cuma, sekurang-kurangnya ada juga tempat saya berkongsi rasa.

Malam ini khabarnya kawan baik saya akan datang bermalam di rumah saya, dan saya cadang nak masak serba-sedikit untuk menjamu pasangan pengantin baru ini. Tenang sedikit hati dapatlah bercerita dengan nya. Sebelum ini pun memang semua masalah saya dari sebelum kahwin sehinggalah ada anak hanya dia seorang yang betul-betul mengikuti semua cerita saya.

Saya mencemburui Siti Nurhaliza kerana memperolehi kegembiraan dan kebahagiannya, sebagaimana saya memperolehinya tanggal 2 Jun 2001 bersama suami yang saya nikahi dengan beza usia 18 tahun yang mulanya ditentang keluarga tetapi kahirnya direstui. Namun hari ini, saya tahu kenapa pilihan saya dahulu ditentang.... terlalu banyak dugaannya.

Selepas ini biarlah saya dan Hani berdiam-diam diri sahaja, sekiranya abang perlukan saya biarlah dia telefon saya dan sekiranya dia memikirkan hati dan perasaan saya, dia fikirlah satu cara kemudian nanti...

Suara hati dan pemikiran siti detik 8/22/2006 01:58:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati
Friday, August 18, 2006
berakhirnya satu penantian.

Petang ini saya menunggu di pejabat hampir 2 jam, itupun atas arahan pengarah, namun mungkin kerana terlupa beliau yang bermesyuarat lebih kurang 4.30 petang hanya berakhir pada jam 6.30 petang dan janjinya mahu berjumpa saya tinggal hanya janji. Beliau terus pulang dan saya yang setia menanti pun terus pulang selepas itu. Jadinya saya hanay dapat sampai ke rumah pada jam 7.00 malam dan terus mencuba password yang baru diberi oleh TM Customer service dan inilah hasilnya terus saya mengemaskini blog ini sebagai langkah melepaskan geram. Cadangan mahu ke rumah Kak A juga tertangguh, samada saya terus ke rumahnya atau esok pagi-pagi saya tidak pasti. Pokoknya, ada banyak benda yang saya perlu lakukan pada malam ini.

Saya mahu ker Giant untuk membeli rak plastic yang nampaknya offer dari RM 50.00 kepada RM 20.00. Bukan saja-saja tapi kalau tak turun harganya pun memang saya berhajat membeli kerana banyak baju-baju dalam stor tidak ada tempat untuk disimpan. Rumah dahulu semua biliknya siap dengan build ini cabinet jadi tak bermasalah menyimpan tetapi bila pindah ke rumah baru, terpaksalah saya menambah tempat penyimpanan, perabut besar dan mahal tak mampu membelinya jadi cukuplah dengan rak plastik. Rumah juga perlu dikemas sebaiknya bagi menyambut kepulangan suami tercinta sekurang-kurangnya susunatur perlu diubahsuai sedikit biar sedap mata memandang dan nampak lapang untuk suami bergerak.

Apapun kalau rindu menyelinap di hati malam ini dengan Hani dan suami dan esok pagi-pagi sudah boleh bertolak dari PD mungkin malam ini saya akan pergi juga ke PD. Tapi rasanya tentu esok suami mahu berurut lagi dan saya juga mungkin akan membawanya ke pantai sekali lagi sebelum bertolak balik ke Seremban. Apapun perancangan Allah lah segala-galanya.

Oh ya, saya mendapat surat penggilan temuduga entah yang ke berapa kali, bagi jawatan yang setaraf sebenarnya tetapi saya belum putuskan mahu hadir atau tidak. Jawatannya sebagai pegawai Agensi Dadah Kebangsaan, nampak macam tak berbeza dengan jawatan sebagai Pegawai siasatan sekarang. Ramai kawan-kawan nasihat tak perlu pergi, kata mereka bulan oktober nama saya tersenarai naik ke gred 44, tapi gosip ini dari awal tahun tetapi sehingga kini seperti berita itu dibawa angin lalu. Satu sahaja yang menjadi kelebihan jawatan baru ini adalah ianya tidak termaktub untuk bekerja 24 jam sehari, sedangkan sekarang, langsung saya tak boleh bersuara jika membantah dipanggil bekerja, bermesyuarat hatta bergotong royong/berceramah juga di luar waktu pejabat atau waktu cuti. Pernah juga hari raya ke 3 saya telah kembali bekerja walaupun cuti rehat saya lebih 50 hari yang belum digunakan. Alasannya cuma satu, akta menyatakan pegawai dianggap sentiasa bertugas 24 jam. Itu yang membebankan saya selama ini selain perlu sentiasa menjawab pada pihak atasan pada bila-bila masa sahaja dan kini pula saya perlu berhadapan dengan hakim2 dan peguam2 pihak tertuduh. Semuanya memeningkan kepala...
Oh sudah cukup panjang rupanya...

Suara hati dan pemikiran siti detik 8/18/2006 07:31:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi
Penantian suatu penyeksaan

Lama benar tak menulis di sini... memang terasa ada sesuatu yang kurang sejak ada blog ni tapi tidak dikemaskini, tetapi memandangkan azam hanya untuk berblog dari rumah menyekat saya dari menulis semasa di pejabat walaupun keinginan berkobar-kobar. masalahnya talian telefon telah lama disambung ke rumah baru, tetapi perhidmatan streamyx pula bermasalah. Permohonan perpindahan dibuat dari 22.07.2006 tetapi sehingga kini streamyx tak berfungsi lagi. Semalam tecnician TM datang, rupa-rupanya baru saya tahu bahawa kesilapan saya sebenarnya yang menyebabkan internet rak berfungsi. Plug untuk wayar yang saya sambungkan dari modem ke soket rupa-rupanya bukan plug untuk modem sebaliknya plug untuk telefon cordless Panasonic saya tambahan pula pin nya begitu secocok walaupun ia bukan wayar sebenar. Sebelum ini saya dan suami kerana ketidaksabaran kami telah mencucuk pin modem dengan sekuat-kuatnya, semalam dimaklumkan oleh staff TM pin dalam modem telah rosak. Terpaksa ditukar baru. Bila dipasang yang baru, timbul lagi masalah, password terdahulu pula suami terlupa. Bila hubungi TM Net untuk re set password baru, "line busy". Jadi hari ini, saya tak sabar lagi menunggu untuk berblog jadi sekarang masa rehat, maka saya dengan rasa bersalahnya terpaksa juga berblog dari pejabat.

*************

Cerita semasa (apa lagi, rumahtanggalah...)
Dari 4 hb Ogos hingga 13 Ogos saya bercuti rehat. Cadangnya mahu membawa suami tinggal di rumah saya. Tapi perancangan Allah juga yang jadi, bukan sumai yang datang ke rumah sebaliknya sepanjang tempoh itu saya yang tinggal di rumah madu saya. Apa nak buat, kerana suami kuturutkan semua. Sudahkah saya ceritakan bahawa suami saya sudah tidak tinggal di daerah KP lagi, Kak A sekeluarga telah membawanya pindah ke PD jaraknya sekarang dekat sedikit tetapi melalui lebuhraya bertol RM 2.90 sehala, jalannya juga tidaklah seberliku jalan ke KP yang memakan masa labih sejam. Kini dalam masa 30 minit saya sudah boleh tiba ke rumah Kak A di PD. Semuanya terjadi kerana suami tidak lagi bercadang menyambung bekerja, dengarnya ingin berhenti. Tak taulah, sebab dia tak pernah bincang dengan saya. Walaupun makan hati berulam jantung saya terpaksa bersabar dalam diam menurut kehendak suami. Walaupun di rumah Kak A tapi kali ini dia bermurah hati membenarkan saya tidur di sebelah suami. Bukan kami berdua sahaja, semua berjumlah 7 orang bergelempangan di ruang tamu rumah kak A yang memang luas (Double storey, bukanya pun 24"), cumanya saya tidur satu toto dengan suami dan anak manakala Kak A di sebelah saya tidur di atas tilam single bersama anaknya yang menyusu badan. Faham-faham sahajalah bila tidur melambak, apalah yang boleh "dilakukan", sentuh menyentuh pun perlu dikawal. Berbanding di rumah saya, hanya kami bertiga sahaja, buatlah apa sahaja tiada siapa peduli! Makanya, bertambah-tambahlah sayunya hati saya....

Ini satu lagi cerita. Suami ada menyuarakan hasratnya dengan saya untuk memandu kereta saya, Kembara Auto kerana tak mahu menyusahkan Kak A untuk menghantar dan mengambilnya pulang dari surau. Tetapi Kak A menghalang, tidak tahulah saya apa puncanya. Memandangkan suami sebelum ini pun terkenal di mata saya dengan "takutnya" dia apabila Kak A mengamuk (berkecil hati/merajuk/bertekak) maka tak jadilah perancangannya. Saya juga sekali lagi terpaksa berlapang dada, saya sebenarnya suka yang teramat-amat suka apabila suami kata dia ingin memandu kereta, bagi saya biarlah dia berdikari, tak ada salahnya, memang dia perlu menyesuaikan diri dengan keadaan fizikalnya kini. memandangkan dia kini sudah boleh jalan bertongkat, maka adalah lebih baik dia mencuba sesuatu sebelum badannya menjadi lebih manja. Untung-untung selepas ini dia boleh memandu sendiri dan datang ke rumah saya sendiri tak perlu Kak A hantar atau saya mengambilnya. Saya sendiri juga telah mencuba menadu menggunkan tangan dan kaki kanan sahaja dalam perjalanan pulang dari pejabat ke rumah yang mempunya labih 10 traffic light dan selekoh tetapi tiada masalah pun!
Semalam saya ke PD sebelum rehat tengahari kerana saya teramat rindu dengan suami dan terlebih-lebih lagi anak yang saya tinggalkan terus di sana kerana nak dihantar ke rumah pengasuh pun dah separuh bulan, lagipun saya bercadang nak beri duit untuk pengasuh tu kepada Kak A atas penat lelah menjaga anak saya.

Tambahan pula saya bercadang berbincang hal kerja dengan ketua cawangan di PD. Bagaimanapun belum pun sempat bermanja dengan suami dan anak saya telah dipanggil ke pejabat semula untuk bermesyuarat. apakan daya, semasa perjalanan pulang, berjuraianlah air mata saya kerana terlalu marah dengan pengarah yang gila bermesyuarat dan tak pernah faham setipa manusia ada masalah peribadi tetapi dia sentiasa minta kita letakkan keluarga jatuh nombor dua dan kerja no 1 dan juga kerana terlalu marah dengan suami yang tak pernah memikirkan kepenatan saya berulang alik menjenguknya. Sepatutnya dia perlu menyuarakan hasratnya untuk balik ke rumah saya... lebih seminggu saya di sana tak pernah keluar dari mulutnya untuk ke rumah saya!!!

Mulanya alasannya kerana nak ke surau mudah, ada kawan-kawan membantu, tetapi setiap kali menghantar dan mengambilnya kami isteri-isteri aje yang membantu, dan katanya mahu menimbus pasir pantai di badannya tetapi minggu ini sekalipun tak ke pantai hanya saya membawanya 2 kali dalam tempoh saya bercuti tempohari. Hari ini baru ke pantai selepas saya menelefonnya marah-marah semalam semasa perjalanan balik ke pejabat kerana alasan mahu ke pantai tak terbukti. Khamis sepatutnya ke fisioterapi juga dia tak pergi...

Sepanjang cuti seminggu saya telah membawanya ke bandar AG yang jaraknya hampir 200 km pergi dan balik untuk rawatan acupuncture dan menelan kos melebih RM 400.00, manakala petang harinya bawa ke pantai untuk kaedah tanam dalam pasir. Saya juga hantar dan ambilnya ke surau dan masjid untuk sembahyang jumaat dan rawatan fisioterapi. Tapi minggu ini apabila saya telefon asyik "ayah" tidur sahaja jawapannya apabila hp suami dijawab oleh anak tiri suami, Khairin.

Malam tadi, kerana marah yang masih bersisa saya tidak menjawab panggilannya dan hari ini saya memanggilnya kerana masalah internet. Hati ini begitu berat nak pergi ke PD petang ini tetapi mengenangkan anak, Hani saya fikir kemungkinan besar saya akan pergi juga petang ini atau selewat-lewatnya malam ini. Kalau tak sempat juga, mungkin esok pagi, kerana saya teringin menguji samaada dia akan menelefon saya atau tidak petang ini sekiranya saya masih tidak sampai juga... walaupun saya tidak menaruh harapan yang dia sangat-sangat berharapkan kedatangan saya.

Adakala saya berfikir adakah dia terikat untuk terlalu menjaga hati madu saya kerana sekiranya dia melukakan hati madu saya, siapa yang akan menjaganya memandangkan saya bekerja, kerana itulah dia terlalu berhati-hati (serius?) berkata-kata dengan saya kerana 24 jam madu saya juga turut ada bersama. Tetapi kalau di rumah saya lain pula ceritanya... kami bebas bercerita. itulah sebabnya saya kata, suami saya kini berubah.... bukan seperti yang saya kenal dulu. Semuanya kerana keterbatasan yang ada kerana cinta tiga dimensi ini... Pada malam Sabtu lalu suami ke Sri Petaling dibawa oleh kawannya kerana ada perhimpunan tabligh dan sampai ke rumah, madu saya yang mendekatinya untuk beri khidmat apa-apa yang perlu... dan sambil-sambil itu bertanya suami tentang perjalanan tadi sambil memberi solaan ala-ala manja gitu...dengan suaranya yang dilembut2kan. Saya yang turut ada berbaring di situ (semua anak-anak telah tidur, hanya kami yang berjaga menunggu suami) begitu getik mendengarnya. Seolah-olah perang psikolgi kemudian saya pula mengajukan soalan dan cuba bergurau-gurau dengan suami... saja bagi madu saya pengajaran lain kali jangan cuba bermanja depan saya, saya boleh buat lebih lagi.

Semalam semasa saya datang ke rumahnya, nampaknya sambutan agak dingin, tak berapa hangat terutama apabila sumai memesan saya membelikannya lauk sedangkan pada ketika itu, Kak A sedang sibuk memasak, marah agaknya, kerana saya lihat dia sedang membakar ikan terubuk. Apapun, apabila sampai masanya saya perlu sedar diri bahawa saya menumpang, rumah itu bukan suami yang punya, ia dibeli Kak A hasil duit yang diperolehi akibat kematian suaminya yang terdahulu. Jadi sebenarnya serba salah juga saya menumpang di situ berlama-lama. Mungkin suami tidak pernah terfikirkan hal itu. Apapun, beras dan lain-lain keperluan ada juga saya sumbangkan termasuk susu anaknya yang berkongsi dengan anak saya memandangkan anaknya kini dalam cubaan berpisah susu badan. Saya juga turut memberi cash money kepada suami buat belanja apa-apa keperluan beliau dan anak.

**********

Dalam pada itu, suami ada mencadangkan kepada saya supaya saya memakai Nissan Serena kepunyaannya sementara dia memakai kembara saya, memandangkan satria kak A adalah manual maka adalah sukar untuk suami membawanya manakala serena yang auto pula terlalu besar untuk dipandu suami dalam keadaan kurang upaya ini. Malangnya semasa suami bercakap dalam hp dengan saya berhubung hal ini rabu lalu, kak a merampas (andaian saya) hp di tangan suami dan tiba-tiba dia bagitau saya tak perlu, dia minta saya buat kerja saya, dia masih mampu menghantar dan mengambil suami ke surau... "abang kau ni merepek jer... katanya". Saya yang terkejut dengan tindakan Kak A itu kemudiannya bertanya dengan suami yang saya call petangnya samaada dia serius nak memandu, jawabnya ...ya! Tapi semalam langsung dia tak buka cerita... apa sebabnya... belum sempat saya siasat lagi.

Saya mengandaikan Kak A sebenarnya memang tak membenarkan saya memandu serena itu kerana sedari beli setahun lalu, hanya sekali saya berpeluang menaikinya itupun kerana saya ada mesyuarat di penang dan menangung kos minyak serena itu. Agaknya pemergian saya, suami dan anak itu tak diketahui oleh Kak A. Selain itu, ia sentiasa berada dengan kak A dan kini ia diparking di rumah mak Kak A yang saya langsung tak nampak kelibatnya. Semasa di rumah saya juga pada minggu-minggu awal semasa mahu mengalihkan serena itu dia seolah-olah tak percaya saya memandunya, kerana setiap kali suami minta mengalihkannya atas sebab-sebab tertentu pasti dia sendiri yang mengalihkannya dan sekali itu, katanya "biar akak alihkan akak je yang tahu guna remote ni, walhal saya dah pun gunakan sebelum ni...Suami juga malamnya ada menelefon saya dan memaklumkan dia bercadang nak memandu kereta kembara dan meminta saya trade ini serena dan ambil Naza ria saya cadangkan ambil avanza saja, tapi katanya alang-alang ambillah naza ria. Tapi agaknya kalau kak A tahu cadangan ini lagi dia marah agaknya. Dia yang memujuk suami mengambil MPV kerana anaknya 5 orang satria tak mencukupi, tetapi bayaran bulanannya suami yang tanggung. Tapi pada masa ini sebenarnya serena itu satu pembaziran, kerana ia tidak digunapakai, bayaran bulanannya tinggi, suami tak selesa menaikinya kerana tinggi dan bergoyang terlalu kuat. Jadi menukarnya kepada kenderaan yang lain dan kosnya ditanggung oleh saya manakala suami membayar kembara yang lebih rendah bayarannya adalah yang terbaik, agaknya....

Apapun, saya akan berdoa semoga semuanya akan balik ke normal secepat mungkin... Amiin.
Bebelan saya ini hanya luahan hati saya, tak berniat memburuk-burukkan suami dan kak a, apapun dia tetap suami dan madu saya kalau jodoh kami panjang. Kak A baik mungkin saya yang buruk perangai dan rupa... semoga Allah ampun kan saya.
terima kasih pada Abdullah Jones yang masuk ke entry ini...kalau stremyx kat rumah dah ok saya akan menulis hari-hari, itu azam saya...

p/s : Tajuk penantian ini sebenarnya merujuk kepada seksanya saya menanti suami saya untuk balik ke rumah saya... disamping menanti perkhidmatan streamyx yang bermasalah.
Suara hati dan pemikiran siti detik 8/18/2006 12:30:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati

Wednesday, August 02, 2006
Kesedihan seorang ibu...

Hari ini berita sedih melanda pejabat, anak salah seorang kerani dipejabat kami yang berusia 10 tahun meninggal dunia. Maut tidak mengenal usia, dengan hanya sakit kepala biasa rupanya ia petanda bahawa arwah mahu meninggalkan ibu, ayah dan keluarga. Siapa sangka ibunya, Pn Salmiah yang kerap sakit-sakit rupa-rupanya anaknya yang dipanggil ilahi terlebih dahulu.

Saya yang menziarahnya juga tidak dapat menahan kesedihan apabila orang yang hadir membuka kain yang menutup wajahnya dan setiap kali wajahnya polos saya akan menitiskan air mata. Bukan apa, setiap kali itulah saya teringatkan anak saya, Hani. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana sekiranya Hani pergi dulu dari saya. Saya berdoa agar saya tidak diberi ujian seberat itu.

Kebetulan tempat saya menziarah begitu dekat jaraknya dengan rumah Kak A yang mana suami saya juga telah dibawa pindah ke situ. Justeru saya pun menziarahnya sekali, tapi agaknya kerana baru bangun dari tidur keadaannya agak kurang ceria. Kesedihan melanda diri, bukan apa, rasanya tiada lagi kesempatan untuk saya membawanya ke rumah saya, sehinggalah dia sihat kembali. Apakan daya, sudah itu kehendaknya. Saya terpaksa berlapang dada. Katanya sudah selesa di sana, kerana mudah baginya bergerak ke surau. Walaupun di rumah saya ada surau tetapi agaknya kerana jemaahnya tidak begitu dikenalinya justeru berat baginya untuk ke surau di taman saya.

Bila ditanya, tidak ingatkah pada saya? Jawabnya dah sakit macam ni, nak ingat apa lagi? Sapa yang ingat abang datanglah tengok.... Nampaknya tiada lagi privacy dalam hubungan kami, untuk mengambil abang dibawa balik ke rumah saya kini menjadi perkara yang mustahil dan hanya saya yang perlu berulang ke ruamh kak A yang jaraknya 90 km pergi dan balik. Saya perlu sedar saya adalah isteri kedua, apa-apa pun tetap bukan pilihan pertama. Apatah lagi tuntutan masa bekerja saya yang tidak terikat dengan waktu pejabat.

Apapun ujian untuk saya belumlah lagi seberat ujian untuk Pn Salmiah yang kematian anaknya. Saya masih boleh bercakap dan memegang tangan suami sedangkan Pn Salmiah yang telah 10 tahun bersama dengan anknya kini tidak dapat lagi bersama dengan anaknya. Permintaan terakhir anaknya malam tadi yang meminta beliau menemaninya tidur alhamdulillah dapat ditunaikan. Jam 4 pagi anaknya mengadu sakit kepala dan dibawa ke hospital. Sampai di hospital, hidung dan mulut anaknya berdarah dan menjelang pagi telah kembali ke rahmatullah. Walaupun kerap mengadu sakit kepala tetapi apabila dibawa ke klinik doktor tidak mengatakan sakit apa-apa justeru Pn Salmiah hanya berubat secara tradisional. Itulah namanya ajal, walaupun masih muda tetapi apabil sampai ajalnya tidak boleh tangguh barang sesaat pun. Al fatihah.
Suara hati dan pemikiran siti detik 8/02/2006 02:18:00 PM 1 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam
Tuesday, August 01, 2006
Tempoh peralihan

Saya perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan baru. Suami yang sakit pada masa ini, dan saya masih sihat tetapi saya rasa sekarang pun saya sudah mula sakit-sakit kerana belum ada masa berehat lagi sejak suami diserang stroke. Setiap hari Jumaat petang saya akan ke rumah Kak A dan setiap Isnin pagi pula saya akan bertolak seawal 6.15 pagi untuk ke pejabat. manakala hari-hari bekerja saya terpaksa menghabiskan kerja walaupun kadang-kadang terasa tubuh sahaja berada di pejabat sedangkan hati dan perasaan asyik teringatkan suami sahaja.

Sejak Sabtu lalu saya sudah mula mengalami sakit pinggang yang pernah saya hidapi dulu, besar kemungkinan kerana mengangkat suami yang agak besar badannya dan juga mengangkat kerusi roda seorang diri semasa nak memasukkannya kedalam bonet kereta kembara yang agak tinggi. Tapi apa pilihan yang saya ada, kerana saya hanya seorang diri bersama anak kecil yang belum mampu untuk menolong apa-apa. Selain itu, mengangkat barang-barang untuk berpindah dan juga membeli beberapa peralatan baru juga serta memindahkan/menyusunatur barang-barang mungkin menyumbang kepada sakit pinggang ini. Saya terpaksa ke klinik bagi mendapatkan pain killer. Walaupun agak berkurang tapi sakitnya masih ada.

Pada jumaat lepas selepas saya mengatakan saya mahu memegang prinsip "if u love him let him go" tak dapat saya laksanakan kerana pada pagi jumaat itu suami menelefon saya dan meminta bantuan saya untuk membawa adiknya yang sampai dari London untuk menunjukkan jalan ke rumahnya. walaupun saya tidak dapat memenuhi permintaannya tetai dia ada bertanya samada saya akan datang petang itu. Walaupun hanya soalan itu, ia sudah cukup membuatkan saya terharu dan terus mengubah keputusan untuk pergi juga ke ruamh Kak A petang itu juga. Malamnya saya berdebar utnuk melihat siapakah yang akan bermalam bersama abang, rupa-rupanya mungkin abang dah cakap dengan kak A meminta saya bermalam dengannya. Selesai satu masalah.

Nak baliklah, nanti cerita lagi. Ni hah... dah banyak kali cuba call hp abang tapi masuk mesej... geramnya....langsung takde mood nak menulis lagi.
Suara hati dan pemikiran siti detik 8/01/2006 05:45:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Stroke