Tuesday, April 28, 2009

Entry panas hati nih!

Asslamualaikum w.b.t


Huisshhh..geram rasa hati ni. Bukan geram kat sapa pun. Alah sapa lagi, geram kat laki sendirilah ni!


Lama dah tak buat entry luahan perasaan ni. Sebabnya saya cuba nak sabar juga sebab dah pilihan sendirikan, kawin dengan orang macamni, so ginilah perjalanannya. Belajar untuk redha ni pun kena mujahadah juga...sesekali ada pasang surutnya..takdelah semedang jer redha...time syaitan dan nafsu ganggu tu mulalah fikir macam2 yang negatif....


Pelik perasaan saya ni...saya sekarang ni langsung takde rasa terkilan terkawin dengan suami orang, hal tu langsung takde kesan tu isu ciput jer, malah syukur lagi. Ada jugak kawan macam kak aza, tempat meluah dan bermuzakarah. mana nak dapat kawan baik yang kita leh share perasaan yang sama sebijik sebijan tentang hal suami. Dulu yer malu2 konon masing2 nak cover sekarang ni takde hal, kutuk laki pun masing2 kasi cash jer ayat takde tapis2!!!


Ni hah....keluar 40 hari...setahun 3 kali membawa jumlahnya 4 bulan. Keluar dakwah ni takde hal. Tapi sms lah, tanya khabar kalau tak call pun? Ni adalah dua kali call, keluar dari 19 April hari tu, sms adalah 2 ke 3 kali.


Pasal rindu ni dah melewati dah, dulu2 yer rindu sekarang hampeh! takde nya nak rasa rindu2 ni. Sesekali mendatang juga rindu tu, rindu takde 'partner' bukannya rindu lain. Lagipun sejak sakit pinggang ni dan doktor sarankan tido atas tikar member taknak tido atas tikar, lebih selesa tido atas katil..so tido ngan hani jerlah sebab dia jer sanggup susah sama2 dengan ammienya ni...


Pelik tapi benar, dulu memang rindu gila2, tapi sekarang dah immune dah, rindu tu dah tolak jauh2, sebab dah set dalam minda rindu pun takde guna, tunggu tarikh genap 40 hari baliklah pak haji...yang saya musykil cuma yang bapaknya ni tak ingatker kat anaknya? Call lah, sejak 10 hari ni adalah sekali dia bercakap dengan hani..tu pun hani dok tanya bila ayah balik berulang2....tu jer soalannya...sian jugak kat budak tu...


Kak Aza pun dah tension tu, bukannya tension sebab suami keluar tapi tension sebab keperluan dah paras hidung dah...sekarang kalau bagi RM400, dengan anak 4 setakat seminggu pun boleh abis, camtuler kak aza, yuran tadika zubair jer dah RM 120...hahahaha, dia ngadu kat saya hal2 ni...tapi hujung2 ayat dia kata, alah sabar jerlah wa, adalah allah bagi rezeki nanti...


Tapi saya tak duduk diam, say sms suami, saya kata dah cukup bulan, pencen dah masukkan? Bank in ler duit kat Aza, nanti timbul fitnah lak! Sebab kak aza ngadu maknya dah kompeln memacam...dahler maknya tido kat rumah dia dah berapa malam dah! yang suami laj sms tu tak balas2 sampailer hari ni. Last kami berbalas sms hal road tax mampus hari tu.


Sengal sungguh rasanya, sebab dia suh saya bayar road tax tu. Haaai..kembara dia pakai saya bayar road tax, merc dia saya pakai saya jugak kena bayar r. tax? hishhh saya ngadu pulak kat kak aza, saya kata adaker abang suh saya bayar road tax merc, mana nak cekau duit? Konon minta pandangan dia ler...sesambil ngadu yang saya pun abang torture jugak! Janganler dia ingat asbab saya kerja saya takde masalah kewangan dgn abang....tetaaap ada!


Cik abang tu takdelah suh bayar sesajer, adalah fakta2 yg dikemukakan, katanya serena bulan ni saya tak tolong bayar pun, hari tu duit rebate merc tu dia bagi kat saya pinjam.... [camno nak bayar bulan ni, dgn buat passport, dengan standby duit nak ke Singapore?] memang ngam-ngam soi jer..kalau berlebih pun balik singapore baruler tau berapa bakinya dan baru bleh tolong mana yg mampu!


Moralnya, kami semua kesesakan bulan ni, cik abang tiba2 datang beban mula bayar serena {Rm800}, saya pulak kena buat passport dan standby duit ke s'pore, nak harap elaun belajar yang kononnya diluluskan pada 23 Mac lalu umpama menunggu buah tak gugur....nampak ranum tapi masih ditangkai.....geramnya dengan kerenah red tape dalam jabatan ni! dan kak aza pulak duit Amanah raya utk dia dan anak2 tertangguh dari jan hingga April tak bayar2...walhal dari januari hari tu dia dah suh saya ambill borang, dia isi, pastu saya cop jawatan/jabatan sebagai saksi dan terus pos lajukan surat permohonan pembaharuan tu...


Ni pun satu hal, masa dia datang rumah saya hari tu, mujur juga sempat dia suh saya email ke ARB komplen hal bayaran ni, esoknya jugak diorang respond, terus call kak aza, apalagi mengamuk kak aza dengan pegawai ARB tu, sebab berkali2 dah call ke ARB asyik sambung sana sini takde kata putus....email jer senang! patutnya minggu ni dapat cek kata kak aza, tapi tak dapek lagi pun [semalam kak aza call citer benda ni lagi]


hani ni masa saya takde ni seminggu ler jawabnya duduk rumah kak aza. Takkan nak serah Hani bulat2 jer, kenalah campak seratus sekurang2nya kan? kalau pak haji ada saya takde bagi kak aza duit tapi pak haji takde kenalah bertimbang rsa sikit...sekurang2nya kak aza boleh buat duit isi minyak keter dia...dan juga beli jajan makan adik beradik...


Entahler, hari tu citer2 dengan kak aza dia kata ...abang tu cukup bertuah dapat kiat sebagai bini2nya, rumah dah ada, duit sendiri ada, engkau ada gaji, akak ada pencen....kalau dia tak bersyukur juga tak tauler...heheee. saya jawab...ntahlah kak tak tau apa ada dalam kepala abang, nak kata susah, tak nampak susahnya, siap beli bot, buat rumah baru pulak, betul keter mini minor ribu2....tapi ikut mulut katanya nak tunggu mati jer...


Tu yang saya kata kami bini2 ni kalau borak sekarang ni bagi ayat cash jer kutuk2 suami, takde simpan2....tapi pastu saya update dengan pak haji apa yang kami borak, sebab kak aza takleh duduk berdepan dengan suami citer hal2 gini, cepat je dia naik angin dan nanti jadik perbalahan masam muka, kalau saya.....selain isu berkaitan bab2 duit saya yg saya spend utk keluarga [yg dia sensitif], bab duit dia as long as tak berkaitan dengan saya dia masih boleh terima pendapat saya..sebab saya bukan ada kepentingan pun dalam harta dan duit dia!


Tulah bila citer dengan kak aza berkaitan isu2 duit yg suami laburkan tetapi tak nampak hasil lagi buat masa ni [banyak sebenarnya dia berhabis tapi saya tak citer dalam blog pasal2 ni semua sebab buat sakit hati jer]....saya terus terang cakap kat kak aza...akak tau tak yang semua perancangan abang dan perbelanjaan yang dia habiskan semua tu dia plan utk akak dan anak2 akak, utk masa depan akak bila abang dah takde, saya dengan hani ni takde masuk pun dalam perancangan masa depan dia sebab dia tau saya kerja dan saya boleh survive hidup tanpa dia....tu sebab saya pun malas nak kecik hati..dulu2 yerlah kecik hati juga sebab kadang2 rasa saya dengan hani tak wujud....


Kak aza dok cakap, akak ni apa yang ada jer ni wa...besarkan anak depan mata ni lebih penting...apa nak buat semua tu..akak ni dah tua, tak larat dah...ni dia cakap sebab dia cerita yang abang nak buat rumahnya di Batu 4 pantai port dickson sebagai rumah tumpangan...macam hotel persinggahanlah...dan akak aza dah terbyang dah yang dialer kena buat housekeeping nanti..takkan saya plak,kan? Dia jugak cerita yang abang beli bot sebab nak tangkap ketam tapi kak aza kata dia dua kali dah naik bot tu dengan abang dan anak2 pusing pantai PD, tapi sekarang bot tu orang jaga lambat laun punah juga....bila abang keluar ni sapa yang nak jaga betul2 harta orang wa???


Bila cerita2 dengan kak aza ni kadang saya rasa jauh betul saya ketinggalan. Saya ingat segalanya tentang suami saya dah tau tapi banyak benda dia sorok dari saya....sedih jugalah...macam rasa terpinggir jer. hari tu berbalas sms dengan kak aza saya lepaskan beul2 perasaan saya, saya kata kat kak aza...abang kadang2 jadikan rumah saya ni betul2 tenpat dia berehat dan menghiburkan hati jer....tido dan makan secukupnya....pastu berborak meluah perasaan kat saya..itu jer kak..tak lebih dari tu...


Ntahlah...dah abis dah sessi meluah perasaan. Ni tengah tension nak exam esok...semester lepas pun exam tengah gaduh dengan dia yg dia tak balik2 rumah sebulan lebih tu..pastu dengan kursus PTK plak, semester ni dia keluar 40 hari pulak dah? bilalah nak ada seseorang yang bagi moral support kat saya ni? Kalau orang tedekat takleh bagi kata2 semangat pada siapalah lagi..hmmm harapkan doa hani jerlah....


Dan paper esok bertajuk "Integrity, Governance and corruption"...muntah baca pasal ni...dan lusa pulak paper "Corruption and social control"....ni baru betul2 master in corruption ni....keluar nanti samaada pandai segala aspek pasal rasuah sampai boleh manipulate keadaan [?] atau memang betul2 boleh fikir cara nak hapus rasuah???? Tak tauler mana satu ek? asalkan ada master udahlerrr....

Monday, April 27, 2009

Passport dan Sentosa dan road tax

Asslamualaikum w.b.t


Passport

Jumaat lepas saya ke Imigresen sebab nak buat passport. Sebenarnya nak renew passport, yang saya pernah buat tahun 2001 dulu. Yerlah buat masa tu sebab nak pergi nikah kat Siam dulu tu...passport tu bertarikh 24 Mei 2001...kononnya lepas buat tu adalah juga berhajat nak ke macam2 tempatlah~ macam Cina, India Pakistan Bangladesh [ni keluar dakwah] dan yang pasti nak ke London [kemudian bertukar ke Turkey] ziarah adik pak haji yang berkali2 mengajak tapi terbantut lah pasal pak haji dah stroke....


Passport saya tu hilang masa berpindah tahun 2006 dari kuarters BPR ke rumah sendiri... dulu kan kemas barang2 sorang diri... dengan kalut2 suami stroke kat hospital pastu nak keluar tak sabar2 dari wad, kelam kelibutlah saya mengemas...main campak buang jer takde pengasingan dan pengkhususan barang2, semua main bungkus palstik sampah hitam tu. Tapi seingat saya saya ada selitkan dalam folder file sijil2 saya passport tu.

Bila pindah pulak kalut sekali lagi sebab nak urus rumah tinggal tu, nak urus mengecat, susun2 perabot dengan urus suami sakit lagi dengan tenaga saya seorang juga. Maka urusan passport hilang tu memang tak sedar. Sibuk kehulu kehilir jer bawa pak haji berurut, lepas tu dah sibuk kerja semula.


Cuma pada 2007/08 saya sedar passport saya takde....saya biar jerlah sebab dah tamat tempohnya pun. tambah2 kalau buat pun bukan ada nak kemana2 pun, sayang RM 300 nak kena bayar buat passport tu. So nak gi Singapore ni kenalah buat passport sekali lagi [boleh claim kira okaylah kan]. Jumaat lepas saya dah ke Imigresen. Terkejut jugak rupanya sebulan dia ambil masa... baru boleh buat baru kalau kes kehilangan sebab siasatan akan dijalankan terlebih dahulu. Ohh saya sungguh ketinggalan....lagipun kawan buat kat kuantan takdelah pulak lewat macam ni...


Banyak prosedur pulak, kena gi suruhanjaya sumpah, buat report polis, tak semena2 jumaat tu habis seharian urus semua tu, nak2 bawak hani pulak. Petang tu dahlah masa pendek kan? Jumaat kan rehat panjang. Berjalan kaki dua beranak dalam bandar carik suruhanjaya sumpah. sms budak2 office pun diorang tak tau. Sudahnya jalan2 carik suruhanjaya sumpahlah kami dua beranak. Sian hani dia dahlah demam[ponteng sek], kene pulak heret dengan maknya.


Dalam pencarian tu, haruslah menyinggah kedai2 sepanjang jalan tu sebab bukan senang dapat jalan2 gitu, maklumler kalau kita berkereta nikan selalu terus tuju mana nak pergi, kali ni sempat menyinggah ke kedai perkakas enjin sebab nak beli mesin rumput barulah kononnya...yg lama dah rosak pasala saniah ganas sgt masa mesin tu hari... tapi memandangkan keter parking jauh tunda jer pembelian tu bulan depan. Pastu ke kedai langsir lah, kedai sationary lah, kedai jam pun singgah. Tak lupa juga kedai emas....jadik jer kerja kami dua beranak yerlah dua2 perempuan sama jerlah minatnya....


Dalam pada tu lah jumpa budak yang meniaga beli surat pajak lama ni, Diorang yg bagitau tempat suruhanjaya sumpah tu. Sangat berterima kasih kat diorang...rupanya kat depan hotel Milo, juga sederet dengan suruhanjaya syarikat malaysia. kat situ tersorok jer pejabat s.jaya sumpah tu. Balik tu siap nampak lak satu lagi kat bangunan sederet domino Pizza...cisss selama ni takdak pulak kat situ..time ni baru muncul!


Sentosa

Petang tu balik cepat sebab teringatkan si Sentosa [kan nama sebelum ni cici] tiba2 hani tukar nama semalam sebab sekarang dia ketagih buka cd nasyid dan dia dengar ada lagu liriknya SENTOSA terus dia berkenan, sebelum tu tanya ammie apa maknanya, so terus panggil cici dengan nama sentosa..okaylah...sebab sentosa ni girl...CD2 nasyid ni sejak hani baby2 lagi saya dah beli, tajuknya "Jalan2 mencari tuhan", siap ada buku, budak remaja yg menjualnya masa saya tengah minum kat kedai...dulu tak hingin buka, saya jer yg menontonnya....so sekarang dia dah berubah minatnya...lagipun dah pandai baca kan... barulah dia tergerak nak buka buku sambil2 nyanyi ikut lirik dalam buku...malah semalam [sabtu] sepagi2an dia ulang tayang menonton dan menyanyi nasyid2 tu sambil ditemani sentosa...senang ati ammie study takde gangguan...


Si sentosa ni pun agaknya dah anggap hani macam maknya, mana hani pergi dia ikut...mengiau2 menangis yerlah umurnya pun baru seminggu dua kot...siap tido atas skirt hani, pastu yg kelakar masa hani menyusu botol sambil baring, punyalah dia 'nangis' nak naik atas badan hani samaada nak 'menetek' ataupun dia nak susu tu sikit kot... hani palk dalam rumah siapkan tenpat tido sentosa dalam kotak kasut...siap alas towel lagi...


Pagi2 sebelum solat subuh hani dah keluar gi ziarah sentosa yang dimasukkan dalam bakul kat dapur belakang ....dia kadang2 panggil baby...pastu saya dera hani basuh kaki tangan sentosa kalau nak benarkan dia masuk takut najis dalam rumah. hani memang hal2 kucing dia tak penggeli, sanggup buang paper alas sentosa yg ada taik, pastu ganti paper lain sanggup juga buang muntah fifi dulu...kalau harap saya...takde ingin nya... sib baik masa buang kutu tu kasihan saya mengatasi kegelian!


Ceria jugalah skrg hidup hani ni. Tengok pada keadaan kalau dia boleh urus sentosa ni, saya cadang nak belikan dia kucing farsi sekor...buat teman dia...dah lma dia minta sebab ayahnya rajin tunjukkan kucing2 ni kat mudah.com, tapi bab2 keluar kos saya yang kena keluarkan...tu yg saya berkira tu... sebab sebelum ni dah pernah ada dua ekor kucing farsi ni [berlainan masa], mula2 pak haji bagi dia pnya [kak aza beranak kecik masa tu] dan sekor lagi beratus juga saya beli....masa ni kat kuarters kerajaan negeri dulu [masa ni takde anak, curah kasih sayang kat kucing jerlah] tapi dua2 hilang yang saya syak dicuri sebab kat situ ramai drug addict...masa tu mesin rumput jenis yang boleh tolak harga seribu lebih [jumaat lepas baru survey] pun kena curi, 2 pasu bunga besar dgn pokok2 dan pasu air terjun 7 tingkat pun kena kebas juga...yang takleh tahan tu tangki air hitam besar tu [standby kwasn tu kerap takde air] pun dikebas juga siap bawa lori lagi [jiran maklumkan]...


Fikir2 malas nak beli kucing farsi ni sebab takkan nak kurung jer 24 jam....tapi saya tengok kat belakang rumah saya ni hari2 ada sekor kucing farsi dan ada sekor kucing siam, ada jer takde sapa plak curi selalu datang tumpang makan makanan Fifi...


Road tax

Dan hari ni masa nak hantar hani baru saya perasan road tax keter pak haji dah mampuih 14 april...hari ni 27 april dah berapa hari tu??? terus sms pak haji;


"Salam, br perasan road tax dah mampuih!Sib baik dah biasa xdelah gabra. Allah berkuasa"

hahaha....saya dah selalu bawak kereta takde road tax tau..maksud saya dah mati road taxnya. Pernah tahun 2001 dulu dekat 3 bulan keter kancil saya dulu road tax mati sebab saya memang terlupa langsung [first time pakai keter]. Memanglah kena masuk kategori cuai dah ni...tapi bukan isu besarpun kan takde road tax. kalau berlaku accident mungkin isu jugaklah. Tapi dah tau road tax takde bawaklah secara berhemah. kalau kena tahan kira salahlah kalau tak kena tahan tu okaylah. Kalau kena pun bayar jerlah saman dah salah kita kan.


Bukan dosa pun? So pak haji yang lebih penakut agaknya [baca:berhati2] dari saya ....syorkan saya tukar pakai kembara! nampak gayanya kenalah ke rumah kak aza ambil kembara...sebab road tax kembara sampai tahun depan...lagipun sian kembara dok tersadai kat porch rumah kak aza.

Sunday, April 26, 2009

Bosan dan sunyi kembali melanda

Asslamualaikum w.b.t


Maka bermulalah perasaan sunyi, bosan, boring sepertimana perasaan yang dirsa dulu2 bila ayah keluar dakwah. kali ni keluar di penang, 1 Jun baru balik, lama lagi juga, lebih sebulan. Sebelum tarikh tu maka berduaan jerlah kami dua beranak. Saya pandang Hani, dia pandang saya....itulah yang akan berlaku sehari-hari.


Bezanya kali ni, saya sibuk persiapan nak periksa. maka bila Hani pandang saya, biasanya itu tanda2 dia nak buat hal. Mula nak kacau maknya, dia tak suka buat aktiviti sendiri. Semuanya hendak berdua...yang saya pulak suka sendiri...kakak pergilah buat aktiviti kakak..boleh tak?jagan kacau ammie boleh tak? Soalan2 tu yang selalu melantun dar mulut saya...


Semalam, sambil baca paper, dia menanguk depan saya, nak kacaulah tu. Tangan pegang penjuru surat khabar nak tolong bukakan. Tolong buka jer takper, mulut siap baca tajuk berita mukasurat tu kuat2, sajer nak ganggu konsentrasi kitalah tu....pastu kita tak abis baca dia dah selak mukasurat lain. Hangin tak?


Hani memang kalau ayah takde, mulalah menguji kesabaran ammienya ni. Semalam juga, saya buat sirap [pati sirap], tengok2 gula sebungkus yang nak diguna tu dah masuk semut. Selalu saya akan masukkan gula pasir dalam peti ais. Tapi saniah dia tak masukkan, letakkan kat rak jer. Tu yang masuk semut tu. Masa buang semut, Hani pun apa lagi, seronoknya nak tolong. Kita nak cepat, dia boleh ambil senduk, ambil satu tupperware, mula2 saya diam, aktiviti dia alih2kan semut ke satu tempat, dilonggokkan...macamana kita nak buang, sibuk tangan kita nak ambil semut tu sibuk senduk dia pun ada kat situ....bila marah, dia mula pulak senduk gula masukkan dalam tupperware dia, habis tumpah gula tu sikit sana sikit sini atas meja. Hangin lagik!


Malam pun sama, saya tengok tiap bilik ada buku dia, dah ambil baca pastu tak tau nak simpan balik kat rak buku. Kat meja dapur [merangkap meja belajar saya] saya tengok ada satu majalah dia [ASUH], kat dalam handbag saya ada dua majalah ana muslim [pandai masukkan dalam HB saya kalau nak jalan bawa bekal majalah], kat bilik ayah ada buku nota kecik, kat hujung katil bilik saya ada satu buku conversation english...merata2 satu rumah buku dia. Tu baru dari pagi saniah takde nak kemas, sampai malam buku dia dah merata2...tambah geram saya tengok telekung dia lepas solat maghrib main campak atas katil...tak sangkut....mandi pun sama, ambil towel baru, towel gantung kat towel rack dia buat tak nampak jer....hisshhhh geramnya!!!!



Makanya masa nak tido tu, saya hukum dia, malam ni satu buku pun takleh baca, pegang pun jangan..pandang jer....member bukan gheti tak menjawab...mulalah dia bagi alasan...'kakak pun ada jugak kemaskan buku kakak", "ammie tu kalau kemas bukan ikut susunan dia, kadang salah juga", "biarlah tak kemas, buku kakak, bukan buku ammie".....adalah dia bebel...macam2 anak gadis ni konon nak pertahankan diri...


Saya buat diam jer, malas nak layan, susah nak bentuk disiplin ni, nak guna cara psikology dah lepas tempoh dah...selama ni dah selalu cakap, buku kemaskan letak semula tempat dia, kadang dia ikut kadang dia lupa....tapi kalau over sangat saya memang naik hanginlah. Baru jer last week saya susun semula rak buku dia, sebab kakak dia datang masa tu serabut rak tu sebab dia pilih2 buku mana nak pinjam, terabur sudahnya lebih 20 buku2 cerita hani dia pinjam..masa kemas tu depan dia tu saya cakap macam2, klau kakak tak letak buku ikut susunan nanti ammie buang semua buku ni..masa tu bukan main faham lagi..tapi minggu ni dah buat semula....



Sudahnya dia mulalah main bear, main barney, mainlah segala anak patungnya, bising pulak sebab dia mainkan nayanyi2 dari anak patung[jenis yg bateri tu], pastu tambah sound effect dari mulut dia plak. Saya dahlah baca article english yg serius pasal corruption..mana nak rujuk dictionary, mana nak fahamkan ayat, mana yg nak ingat...dia bantai bersukaria menyanyi2 melompat2 atas katil kehujung ke pangkal...mencabar sungguh budak ni...lama2 dia boring dia pujuk saya boleh tak kakak ambil satu jer buku....saya pun dah macam tu terus cakap ambiklah...menonong member ambik buku terus baca sebelah saya....tinggal segala bearnya! Aman dunia....


Anak kucing

lama lagi nak berperang dengan hani ni....berperan nak suh solat,nak suh tolong ambikkan barang2 pun kadang payah dah...dia sibuk dengan dunia permainan dia. Sehari sebelum saniah balik tu, saya ada bawak dia ikut saya cari pesuruhjaya sumpah sebab passport lama hilang, nak buat baru kena sumpah bagai. Kebetulan terjumpa pulak satu kedai roti depannya ada tokey kedai nak buang anak kucing, hani ang menang gilakan anak kucing tergedi2 suh saya bawa balik. Penuh kutu kat badan anak kucing ni, dengan kotor dan busuk lagi. Balik tu beli makanan dan susu dia saya terus mandikan, konon nak buang kutu, tak mau juga, meremang tengkuk tengok banyak kutunya...



Sudanhnya saya suh hani ambik Baygon Spray. tutup muka anak kucing saya semburkan satu badan, pastu sian Cici [nama dia] pening jalan mengundur kebelakang jer...dalam hati saya matilah anak kucing ni. Pastu agak2 satu jam lepas tu saya mandi dan syampukan dia, dengan syampu lifebuoy..lap2 badan dia, saya tengok lepas mandi tu dia macam nak abis nyawa jer, saya masukkan dalam bakul letak tengah panas, saya dan hani hantar saniah ke stesyen bas [kan saniah balik muar semalam] balik tu saya tengok anak kucing tu cergas macam biasa..alhamdulillah dan kutu pun dah takde....nilah pengganti Fahmi sekarang, hani dah ada dua kucing Fifi dan Cici.....

Thursday, April 23, 2009

Kisah saniah wanita kemboja

Assalamualaikum w.b.t


Akhirnya Saniah akan balik ke pangkuan suaminya. sabtu ini dia akan balik ke Muar semula. Malam tadi dia maklumkan saya tentang hajat hatinya itu. bagi saya ok ajer. Dia ada okay dia pergi pun okay juga. Dua-dua bagi saya takde isu besar.


Saya memang tak suka dengar masjid yang dibina atas rasa kasih dan sayang ni begitu mudah dirobohkan. Namun kalau sudah berakhir jodoh apalah hendak dikata lagi. Saniah yang sebelum ini telah dilafazkan cerai leh suaminya melalui telefon akhirnya kembali ke pangkuan suaminya.


Memang banyak cabaran dan dugaan dalam rumahtangga. tetapi cubalah sedaya upaya selamatkan selagi mampu. Memandangkan Fahmi telah wujud, harus juga difikirkan faktor anak.


Apatah lagi fahmi setakat ini dianggap warga pakistan kerana ayahnya warga pakistan dan Saniah pula warga Kemboja. Tambahan lagi visa lawatan sosial mengikut suaminya telah tamat.


Dan suaminya telahpun mengambil passportnya minggu lepas dan insyaallah minggu ini dihidupkan semula. Bagaimana caranya, itu semua urusan suaminya. Sebelum ini saniah mengharapkan saya membantunya mencari jalan keluar bagi penyelesaian pernikahannya dan penceraiannya dengan suami. Saniah nikah di kemboja dan tidak didaftarkan disini. Maka untuk pengesahan penceraian ada beberapa prosedur yang perlu.


Saya hanya mampu membantu mendapatkan maklumat Imigresen, maklumat di Jabatan Pendaftaran [proses anak angkat] dan maklumat pejabat agama saya tak dapat bantu. Sebab saya lebih terarah untuk menyambung hubungan dan ikatan perkahwinan dengan suaminya itu.


Kalau ikutkan mulut Saniah dia memang takde keinginan dan bersama suaminya itu tapi itu kata mulutnya sahaja, bila saya 'soal siasat' nampak gayanya sayangnya masih tinggi lagi.


Maka saya bagi kata dua pada dia, walau dia menangis dan menafikan perasaan sendiri, saya sebagai seorang yang 'masak' dengan sepak terajang dan politik dalam rumahtangga khususnya sebagai r.tangga poligami dan sebagai isteri kedua [sama macam saniah] maka lebih mudah saya memahami masalahnya.....dan saya bukan cakap kosong semua berdasarkan pengalaman...


Memandangkan saya anggap saniah ni macam adik dan saya juga [saniah pun sama] anggap pertemuan kami ni sebagai ketetapan Allah, saya memainkan peranan sebaiknya menjadi kaunselor rumahtangga dan selama dua minggu saya minta dan bantu dia meyelami perasaan sendiri...supaya akhirnya keputusan yang dibuat melihat setiap sudut dan menilai setiap perkara tanpa mengikut emosi semata-mata.


Dan lagi kalau dia ingin kekal keputusan bercerai, maka dia harus merancang sebaik2nya apa langkah yang seharusnya dia ambil selepas ini. Khususnya tentang masa depan Fahmi. Bagi saya, walaupun asalnya dia menawarkan Fahmi untuk dijadikan anak angkat namun saya harus berfikir beribu kali.


Satu, hubungan Saniah dan suaminya yang masih menjadi tanda tanya, belum ada kepastian, dan lagi kewarganegaraan Fahmi yang bukan warganegara, tambah2 bapanya lelaki Pakistan, dengan isu2 mereka membawa lari anak ke Pakistan....seharusnyalah saya meletakkan had kepada saya dalam menaruh harapan mengambil Fahmi....


Dan yang paling saya ragui adalah kerelaan saniah meyerahkan Fahmi, dari gayanya dia menyerlahkan rasa sayang yang amat sangat kepada Fahmi, tak nampak tanda2 dia sanggup berpisah dengan Fahmi. Justeru saya tak ingin berkongsi kasih dengan dia terhadap Fahmi [memang saya kejam], apa guna nanti, kalau Fahmi ada dua ibu....dari gayanya nampak seolah dia hanya ingin saya menyara dan memberi pendidikan terbaik buat Fahmi sama macam apa yang aya beri pada Hani...kerana gayanya dia terkagum dengan Hani yang memperlihatkan 'kecerdikan dan kerajinan' dia membaca, bersolat dan berkata-kata...dia mahu Fahmi menjadi begitu...



Maka, biarlah saya menanti...untuk naks endiri kalau ada rezeki. isu saniah pada masa ini selesai sudah.


Pada masa ini isu lain pula timbul, kak aza bila suami keluar 40 hari dia mulalah pening sebab mak dia akan buat inspection kat rumah dia, ada jer yang tak kena....kak aza bela anak itik salah, balcony atas tak cat pun marah, ruang tamu tak pasang aircond anak2 panas dia bising....dll" kak aza apa lagi...kepada saya lah dia meluah perasaan dan kepeningan dia....wah rasanya saya lak jadi 'suami' pada dia, sebab bila tanya suami, apa pun kak aza takde cerita [malah tak call pun] tapi dengan saya sampai 2 pagi bertukar sms....



Tapi takperlah...suami yang kini dia ada di penang kata kalau dkak aza pening2, jumaat petang suh dia datang rumah saya...ahad malam balik port dickson semula....tapi tulah saya kata kat suami, saya nak study kalau anak2 bising alamatnya memang ke laut lah study apanya? masak2 makan2 jerlah kerjanya....





Tuesday, April 21, 2009

Tengah malam punya entry

Asslamualaikum w.b.t


Dah dua hari pak haji keluar 40 hari. Ada 38 hari lagi. Keluar kali ni di Penang. nampaknya takde harapan memanggil pak haji pulang. tambah2 jadual saya pun penuh.


29, 30 April ni saya exam, satu lagi paper pada 5 Mei. Lepas tu 10 mei hingga 16 mei ke singapore. Penuh jadual kat sana, macam2 agensi akan kami lawat. Passport tak buat lagi ni, passport lama dah hilang plak masa pindah. Kena buat surat suruhanjaya sumpah pulak dan report polis juga. Esok atau lusa akan saya uruskan.


Balik Singapore kena siapkan laporan sebanyak 10,000 perkataan berhubung segala aspek berkaitan corruption di sana. Buat benchmark, sebab peper ni memang benchmark punya cerita....


Lepas tu cuti semester tapi cuti kali ni takdelah rehat sangat sebab dah kena mula jalan tesis. Penyelia saya dah pilih tapi tak pilih secara rasmi lagi. memang agak malang juga kami ber 9 ni sebagai first batch sebab banyak benda dibuat secara try and error. Walaupun SOP dan MQA ada tapi macam2 tak kena nampaknya.


Malas menunding jari ke sana sini, tapi nampak gayanya batch akan datang ni bagi pengambilan Disember 2009 akan bertuah lebih dari kami sebab mereka dah ada guide line dan dengar lawatan paper benchmark dibuat ke Finland. Dan mereka juga lebih bertuah sebab pensyarah akan lebih besedia dan pengetahuan lebih banyak banding dengan kami....dan contoh tesis dan assignment pun dah ada..tak seperti kami segala2nya teraba2...dan kebajikan juga terabai....kehulu kehilir banyak yang kami urus sendiri dan ambil inisiatif sendiri [banding dgn pelajar master tajaan PDRM dan ATM]...


Lebih malang sampai sekarang satu sen elaun belajar tak dapat..sodih...kos keluar banyak..almaklumlah gaji tu kita ada komitmen yang tak kurang hebatnya tapi elaun tak masuk2...bunyinya ada tapi tak dapat2 juga....


Bersyukur sangat2 sambung belajar ni dengan bergaji penuh [tolak elaun tertentu] tapi asbab telah dimaklumkan akan mendapat elaun sebagaimana pekeliling JPA, maka harapan terhadap elaun itu tetap ada....dan harap2 sebelum ke singapura dapatlah hendaknya....


banyak juga hikmah bercuti belajar ni...nanti saya blogkan....kira saya betul2 rehatlah, tak tertekan macam zaman bekerja...rsa nanti kalau sambung kerja mau culture shock semula....eiii seram nak fikir..tambah 2dah tukar jadi suruhanjaya...eh ada bezaker agaknya...hahahaa saya pun malas nak ambik tau lebih2...

Monday, April 20, 2009

Hani yang syahdu kerana terpisah

Asslamualaikum w.b.t




Tiga hari yang lalu adalah hari yang penuh dengan aktiviti berkumpul sekeluarga. Bermula jumaat petang suami bawa kak aza anak beranak datang rumah saya. Saya yang suruh sebenarnya dan suami pun memang lagi galakkanlah.




Sebabnya pada hari sabtu tu ada 2 jemaah masturat akan keluar 3 hari masturat [dakwah] dan dua group ini akan berkumpul dahulu dirumah saya untuk mendengar bayan hidayat [ceramah sebelum keluar msturat]. Ada 13 couple yang keluar, maksudnya ada 26 orang yang akan datang. Termasuk yang bagi bayan dan kami anak beranak anggaran masak untuk makan 40 oranglah...




So, sejak suami bagitau pada hari rabu malam tu ada bayan hidayat kat rumah saya, esoknya khamis saya dah sms kak aza suh dia datang, dia setuju cuma apapun kena suami lah yang buat keputusan,kan. Maka jumaat petang tu, lepas saya ambil hani di sekolah dan ambil Saniah di terminal 1 [dari Muar], tak lama lepas tu suami dan kak aza pun sampai.




Meriah sungguh rumah rasanya. Meriah dengan tangisan sofiyyah, dengan jeritan Zubair dan Hani dan macam2 aktivitilah. Hani tak payah cakaplah happynya. Dalam kereta bila saya kata petang ni ummi datang, terus dia tanya saya "diorang tido rumah kita berapa hari?", bila saya jawab, satu hari jer terus merajuk, sedih sebab sekejap sangat. Punyalah teruja, tblum diorang sampai lagi, dia dah nak merajuk sebab dioarng datang kejap jer....




Kak aza yang sampai jam 6.30 terus masukkan anak2 dan sofiyyah dalam rumah, dan dia pulak dengan suami terus ke mini market bedekatan untuk beli keperluan memasak esoknya tu. Bila kak aza dah sampai dengan barang2 tu, selesai solat isyak kami pun mulalah operasi menyiapkan bahan.




Menunya senang ajer, nasi lemak lauknya sambal sotong kembang, sambal telur, telur rebus, kacang dan ikan bilis goreng. Tapi walaupun simple tapi saya tidakler berkeyakinan nak memasaknya tanpa bantuan luar.




Lepas isyak lepak2 borak sambil buat kerja. Yang berat2 semua kak aza buat, yang mudah2 saya buat. Potong cili, blend cili, kupas bawang, rebus telur saya buat. Goreng sambal, ikan bilis, kacang tanah semua kak aza buat. Esoknya masak nasi lemak dua periuk nasi [letrik] kak aza juga buat. Saya menempel kat dapur jer...sesambil potong2 sotong tu....





Hahahaaa...buat air, kemas dapur saniah buat. mengada betul saya ni, kalau dipaksa buat tentu sakit segala badan nanti khususnya pinggang dan kaki. Dan kak aza sesungguhnya memang dah kenal madu dia ni, tak pernah dia bersungut atau komplen pasal saya. Belakang saa tak taulah tapi rasanya tidaklah kot...




Hari ahadnya tu suami saya mengikut plannya akan keluar 40 hari, jadi sabtu malam tu jerlah patutnya kak aza tido kat rumah sebab perkakasan suami tak dikemas lagi, Semua anak2 pulak bersungut taknak balik, masing2 dah rancang nak buat2 tido bila ayah balik dari masjid. hani lagilah muram jer sedih dia adik beradiknya nak balik. umminya pun perasan air muka dia sedih. Sebelum balik tu ummi dah bagi dia dukung dan peluk Sofiyyah sambil duduk...suka sangat dia.




Yang anak2 kak aza semua pujuk2 umi cakap taknak balik. Ummi pun taknak balik jua tapi sebab ayahnak keluar 40 hari, terpaksalah juga balik Port Dickson. Ayah pulak petang lagi dah ke Markas, jam 10.30 balik dan jam 11 tu baru nak bertolak balik ke PD. memang dah lewat dah. masa ni kak aza dah bagitau saya dia terasa dada dah sempit. Astma dia datang menyerang lah tu...yerlah dk dalam aircond dan penat sangat agaknya....dengan sofiyyah taknak orang nak uminya ajer...





Masa nak balik tu, hani memang dah sedih sangat, duduk berdiri lutut kat birai katil dalam bilik depan jer tak nak keluar. Muka monyok semacam. Saya tak berapa perasan. umminya yang perasan. Siap ummi cakap2 pujuk dia, macam2 ummi cakap, nanti "kakak La" [sejak ada sofiyyah ni nama dia jadik kakak La, datang rumah ummi, nanti kita jumpa lagilah....ummi tau kakak La sedih, ummi lagi sedih..." macam2 saya dengar ummi nya cakap dari luar, saya pun sedih juga sebenarnya.




Lepas salam2 dengan semua, kakak la cium sofiyyah lagi, dia berdiri kat grill pintu, nak bye bye lah...umminya dah perasan dah air mata bergenang...umminya patah balik, peluk cium dia....past masuk Van, bila van jalan jer saya pun terus tutup pintu, taknak bye bye dan taknak pandang van tu berlalu sedih sangat kat anak gadis saya tu...muka dah menahan kesedihan sangat dah tu...




Sejurus saya tutup dan kunci pintu jer, hani terus pecah tangisnya...mengongoi2 sendu dan sayu sangat dia asbab kena tinggal atau sedih sebab takde kawan lagi kot....terus saya bawak dia berbaring atas katil, sambil menangis sayu tu dia bersuara, "kakak nak ikut ummi balik PD"....diulang2nya...pastu dia cakap lagi, "ayah tak sayang kita lagi kan ammie..."




Masa ni saya pun meleleh2 dah air mata, sebab kesian kat dia, nak bagitau yang dia sedih mungkin dia tak pandai agaknya....tapi dari tangisan dan air muka dia saya tau dia sedih yang amat sangat. Sebab kegembiraan bermain dan bergurau senda dengan adik beradiknya yang dia rasa tu sekejap sangat. mungkin dia rsa ada kekosongan dalam jiwa dia...




Saya pun terus bangun buatkan susu kononnya biarlah dia lupa dengan tangisan kesedihan dia tu. Rupanya sambil hisap susu pun sedu sedan dia tak berhenti, habis hisap susu sambung lagi nangisnya....saya peluk2 cium2 dia, tapi ia tetap tak dapat meredakan kekosongan dalam hatinya itu....terus-terusan dia menagis syahdu...macam kena pukul dan merajuk jer gayanya...




Tiba-tiba hp saya masuk mesej, mesej dari suami katanya, "wa ambil abang di Mobil paroi, van rosak"....saya pun bingkas bangun dan hani pun sama, terus berhenti menangis, tertanya2 dan kemudia suka bila tau van ayah rosak....masa ni dekat jam 12 dah....terus saya sarung jubah dan tudung....siap2 ajak dia, baru nak naik keter kak aza pulak call cakap benda sama, da takut saya tak baca sms tu....




Sampai jer kat mobil semua terkulat2 melepak jer tepi jalan, kak aza dokong sofiyyah duduk kat atas tembok tepi setesyen minyak tu, kakak syakirah masih tido mati dalam van dan uda dan zubair dengan ayah belek2 van tengok apa yang tak kena....




Kami mesyuarat kat situ jer, bincang nak balik mana, patah balik rumah saya ke atau saya hantar diorang ke PD, so akhirnya suami putus patah balik rumah saya, berangkutlah semua beg dan patah balik ruamh saya. tak taulah apa doa anak2 ni, Allah makbulkan, dapatlah mereka bersama lagi sehari...yang paling gembira hani dan adik beradiknyalah....van tinggal jer kat mobil dengan doa Allah pelihara takde sesapa ganggu....




Van serena tulah yang saya cerita kawan suami sambung bayar, tapi tak mampu bayar, suami ambil semula tapi lepas setahun lebih dia guna, tau2 jerlah....macam kerosakan yang ada, nak jual tak untung malah ada hutang berbaki lagi, makanya kena simpan lagilah van tu. Kak aza dah menyampah dah tengok van tu, berbulu jer dia dengan kerosakan2 yang ada, dengan bateri kongnya, radio tak boleh off, on 24 jam, arm rest dah tak boleh adjust, kemek sana sini..memang bengang betul dia....dengan keajdian malam tu yg enjin mati tgh jalan melengkapkan lagi kegeraman dia...






Semalam suami dah urus baiki van tu dan pagi tu saya hantar dia ke bengkel, ambil van tu terus dia ke Seri Petaling untuk keluar 40 hari. Sebelum zohor saya hantar pulak kak aza dan anak2 ke PD, untuk ambil beg dan perkakasan set masak memasak [dah OKU pun suami juga yg bawak semua set tu]. Singgah kedai, kak aza pesan saya beli itu ini, balik tu terus dia uat mee rebus dan macam biasa, saya menengok jer, siap dia masak saya hidang dan saya layan budak2 makan dan saya sendiri pun tumpang makan juga , sesambil tengok CD....dan melayan sofiyyah....dia dah macam nak kenal saya sebab 3 hari tengok muka saya kot....geram sampai saya cakap kat kak aza kalau dekat saya dah kidnap sofiyyah hari2 buat main....





Tapi cakap juga kat kak aza tengok cara dia melayan semua2 tu, dengan anak 3 orang kecik2 tu dan dengan memasak, mengemas, membasuh [ingat, kan dia detail setiap kerjanya] saya sendiri rasa tak larat nak beranak lagi. Sofiyyah berak tu saya sanggup pandang jer nak cebok saya tak sanggup..terang2 ngaku kat kak aza saya tak sanggup basuh berak sofiyyah....





Lepas sampai rumah semalam, punyalah kak aza sibuk.....kak aza masuk jer rumah terus gi belakang bagi makan 19 anak itik dalam reban. Dahlah betul2 balakang tingkap rumah kak aza tekejut saya tengok sebesar2 kuda tengah meragut rumput. Mula2 terkejut sebab perangkap gam tikus kak aza melekat sekor tikus, sampai nak termuntah2 saya. Lepas tu terkejut pulak kuda besar tu macam nak menyerang kak aza dalam reban itik dengan memasukkan kepala dia, saya takut kak aza kena tendang dengan kuda jer, sebab memang besar gila kuda tu...kak aza pulak jerit cakap, wa.,.camana akak ni, matilah kena tendang kuda ni...dia nak masuk plak dalam reban ni'....kuda tu selalu ada kat situ, ada jiran kak aza bela kuda...dia biarkan lepas, banyak gak kuda dia, tuuu kuda yg ada kat dataran telok kemang utk ditunggang tu....kuda jiran kak aza lah tu....





Rupanya kuda tu nak minum air, kak aza cuba bagi air kat tangan kak aza dari dalam botol tapi dia tak dapat nak minum dengan elok....sian kuda tu...saya yang panik terus tanya, kak camana nak buat ni, kak aza suh saya ambik air letak dalama baldi bagi kat kuda tu....macam2 berlakulah semalam..kelakar jer...





Konon nak balik sebelah petang tapi sudahnya lepas mahgrib baru bertolak, lepas kak aza siapkan semua periuk belanga dan pakaian suami, saa angkut jer....si hani sekali lagi sedih...tak sampai 100 meter berlalu dari rumh kak aza dia suh call umi, tapi saya tak benarkan sebab dah tau dah nanti dia sedih....





Tapi sampai lebuhraya, dia minta lagi, ceria dapat cakap dengan semua orang , siap kirim salam kat ummi, sofoyyah, uda, zubair...dia bercakap dengan kakak syakirah. Masani muka dah monyok dan termenung jauh, kejap2 saya tengok dia, biasa da akan banyak cakap tapi kali ni dia banyak termenung pandang luar [bukan tengok pemandangan mlam tapi termenung jauh macam tembus cermin kereta].




Agak2 dalam 1 km nak sampai rumah, saya pandang dia sekali lagi, sebab dia senyap jer..pelik juga di situ ...sekali tengok air mata dah bergenang, muka dah cemik2....bila tanya katanya kakak sedih, kakak taknak balik rumah, kakak nak duduk rumah umi....alaaaahaaai sedihnya saya....




Malam tu tukar sms kak aza pasal isu hani ni....saya sedih dan dia pun sedih sama, dan saya nak buat pengakuan jugalah rasanya, kalau begini keadaanya samaada saya perlu duduk serumah dengan kak aza atau duduk dekat2 kot....dan kak aza pun sebenarnya takde maalah dengan saya ....tapi.....ada juga gangguan luar dalam hal ni....dan allah kini bukan sahaja bagi kasih sayang pada anak2 kami malah saya sendiri pun sekarang rasa kak aza kawan baik saya pulak...syukur juga Allah memberi kami kasih sayang ini, sikit tak puas hati tu biasalah....kdang2 rasa sayang tu buatkan saya rasa nak korban untuk dia contohnya macam baru2 ni bila saya nampak jubah berzip depan saya terus beli satu untuk saya dan satu untuk dia sebab saya tau dia akan suka baju tu [sesuai bagi ibu menyusu anak] walhal masa tu saya jalan2 kat Jaya jusco dengan kak nor yg pernah duduk menumpang setahun rumah saya dulu [sama2 gi court case] dia cakap kat saya, "apala u ni, buat apa u ak belikan madu u baju, biarlah dia beli sendiri...."




Dan sekarang saya sedar, tahap saya baik dengan kak aza sekarang bukan asbab suami lagi [mula2 dulu kan sebab nak jaga hati suami ] tapi memang Allah dah datangkan sayang tu dalam hati2 kami. Siapa kata bermadu ni menyeksa isteri, mari ziarah saya dan kak aza dan lihat betapa hukum 'halal' yang Allah berikan terhadap poligami itu begitu manis dan indah jika ia dilandaskan pada tempat yang sewajarnya...dan isteri [wanita] memang mampu berdepan dengan ujian bermadu....malah banyak kebaikan serta juga banyak benda negatif dapat dielakkan dengan bermadu...



saya nanti smabung lor....lotihnya menaip ni...

Thursday, April 16, 2009

Dua insan di dalam hati

Assalamualaikum w.b.t



Tiba-tiba saya sedar, saya sayang mereka berdua. Sangat sayang.


Dan tiba-tiba rasa, saya kena gunakan masa sepenuhnya yang ada.


Untuk mereka berdua tatkala peluang didepan mata.


Maka, diruang ini hampir setiap minggu akan ada satu hari yang lompong


Hani dipontengkan


Semata-mata untuk kami bermesra


Habiskan masa bertiga


Gelak ketawa, makan bersama


Bergurau senda, ke sini sana


Sampai satu masa itu hari


Hani diberi peringatan


"Hani, jangan cuti selalu, nanti pelajaran tertinggal" cikgu kata


Tapi apakan daya, peluang saya bercuti dirumah bukan selalu


Entah2 23 tahun lagi perkhidmatan inilah sekali jer bercuit begini


Giliran ayah ada dirumah pun taklah semewah ayah yg lain


Dan anak pun hanyalah ini satu


Apalah salahnya ruang yang ada dimanfaat sesungguhnya


Usia 6 tahun pun sekali jer Hani lalui...berilah dia peluang bersama umi dan abi


Bagilah dia kenangan indah


Dahlah semasa kecil lagi dia berayahkan ayah yang tak sama seperti kawan2 lain


Malah sampai hari ini dia tak benarkan ayah turun kalau hantar dia ke sekolah


Terus terang dia bagitau ayah dia malu dengan kawan2, sebab ayah OKU


Takper, ayah Hani ada istimewanya


Dia tak pernah marah anaknya yang satu [disini] ini


hari2 walaupun dah umur 6 tahun, ayah akan cium pipi kiri kanan masa ayah datang dan pergi


Dan telah tiga hari hani tukar nama sendiri...jenuh juga kami suami isteri tersasul....


Hani Nur Zahraa nama barunya


Mengambil semangat nama anak Nabi Fatimah Az Zahra


Selepas membaca dalam buku kisah2 dalam Al quran yang ayah hadiahkan dia....


hani2...takperlah tukar nama asalkan dia bahagia...


maka kami dua2 suami isteri panggil dia Zahra....kalau 'hani', dia tak layan....

Wednesday, April 15, 2009

Episod yang sangat tak suka tapi terpaksa jua

Asslamualaikum w.b.t


Sekejap jer dah nak habis semester kedua. dalam sakit habis juga yer. Tapi saya rasa menyampah pun ada. Bila nak habis semester biasala ada exam. Tulah bosan pun ada. Hisshhh dua ayat pertama jer dah negatif....takper dengar jerlah...


Takleh main2 lagi. Sabar jerlah. Bukan apa. Da sampai masa menyendirikan diri dan mengurangkan aktiviti berinternet. Periksa dah mai. Tak suka peksa ni, tapi kena juga berdepan. Perasaan memikirkan pasal peksa ni menyebabkan berdebar-debar, sangat beban fikiran rasanya.


Selain kena jaga sebab bila disponsor dan dibayar [walaupun satu sen tak dapat lagi], maka tak boleh main2. Tu yang tertekan tu. Walhal 3 paper jer. jarak masa jauh2 antara 3 paper tu buat saya tak suka juga.


Dahlah. Habis cerita peksa.


Saya nak cerita pasal saniah sebenarnya tapi cerita dia belum klimaks lagi. Dah lengkap citer dia nanti saya blogkan.Tadi siang kami 3 beranak hantar dia balik rumah makcik dia di Muar. So saniah dan fahmi takde dah kat rumah kami. Samada sementara atau selamanya dia pergi tu tak pasti lagi.


Jamuan perpisahan

Jumaat lepas jamuannya. lepas bicara, saya terpaksa ke kedai sebab teringat kat rumah takde lauk, sian pulak saniah dan fahmi. Akhirnya terlewat sikit ke pejabat. Sian diaorang menunggu. sampai2 tak sempat ambil nafas kena berucap plak. Sebab tak teringat yang kena berucap, maka cakap sikit2 puji sana-sini, dan saya kata "secara fizikalnya saya tetap merasa saya di sini kerana saya tidak berpindah pun, masih di Seremban, tidak ada istilah pejabat baru bagi saya...BPR Negeri Sembilan tetap dihati, dan kalau ditempatkan disini pun saya berbesar hati..." wah...padahal lagi jauh pergi lagi suka tu...plastik juga saya ni...yerlah duk sebelah pengarah kang borak2 terasa hati pulak tu....


Hadiah patutnya boleh ajer diminta apa2 anggaran harganya adalah ratus2 juga, tapi saya kata, apa yang saya nak lagi yer...makanya saya kata, bak sini jerlah duit tu, kalau tunai lagi mudah..." saya ni bukannya sentimental...nak kenangan bagai....takde apa nilai sgt pada saya...tambah2 sepnjang di N9 ni banyak hadiah dah sempena hari keluargalah, menembaklah, rakan mudalah, cenderamat berceramahlah.....tapi Puspanita ada juga bagi saya Telekung yang sangat cantik dan lembut yang selama ni berkenan nak beli tapi dok fikir2 telekung lawa2 mahal2 guna utk ibadat, rasa cam tak zuhud jer....tapi ni puspanita dah bagi sukernya....simpan jerlah hari raya nanti boleh guna untuk sembahyang raya....


Keputusan harta sepencarian

Keptutsannya 9 April lalu tapi baru teringat nak blogkan. Keputusan pada pandangan sya memihak pada suami. Sebab dari 7 harta hanya 3 harta jer yang layak dibahagikan. yang lain yang dituntut adalah tidak dikira kerana sifat harta itu atau tidak layak u untuk dituntut. Sebuah rumah semi d, yang dibeli bersama atas nama berdua, 2/3 diberi pada bekas isteri [kak nani] dan 1/3 pada suami. Rumah teres satu tgkat di Batu 4, Port Dickson atas nama suami sepenuhnya, 1/3 diberi pada kak nani dan 2/3 menjadi milik suami.

Sebidang tanah 3 ekar di pasir panjang, PD atas nama suami pula 1/3 diberi hak kepada kak nani.

Semua harta dinilai pada tarikh semasa tuntutan dibuat iaitu 2001. Tugas menilai semula harta perlu diuruskan oleh plaintif [kak nani], malangnya meraka tidak membuat valuaition semasa perbicaraan berlangsung. Sekarang kalau nak buat valuation memang lecehlah, kena keluar kos bagai.


Lawyer suami kata pihak suami tunggu jer dulu. rasanya pihak plainatif takkan sanggup keluar kos membyat valuation atas 3 harta tersebut. Cadangan lawyer, bahagian rumah dan tanah hak kak nani tu dikontra jer dengan bahagian rumah milik suami. Sebab rumah kak nani duduk sekarang value jauh lebih tinggi sebab kawasan bandar dan tanah yang luas [dibina tahun 1982, dibeli dengan harga kurang lebih 80K jer dulu], tapi sekarang nilainya lebih 200K....disebabkan luas siap ada pokok buah2an durian, rambuatn, manggis bagai....tapi rumah Batu 4 PD beli 1998, harganya separuh rumah kak nani kot...


Kesimpulan saya dan kak aza....senjata makan tuan. kak nani rugi beribu2 bayar lawyer dia sampai tukar 3 lawyer, kononnya dia nak bagi suami miskin sampai tinggal spender duk minta sedekah tepi longkang...dan sanggup berhabis duit beribu2 dan menolak sama sekali penyelesaian luar mahkamah walaupun dioffer dulunya, macam2 tawaran tapi akhirnya rugi jer...tak dapat apa...


Sekarang kak nani dengan rumah semi d nya tu tak habis bayar lagi, ditambah loan dia buat renovation, bayar lawyer lagi, rasanya semua ni tambah beban dia, banding dengan suami yang rumah di batu 4 tu dah lama habis bayar, dan dia pun sepanjang kes harta sepencarian ni dapat pulak 3 anak baru lagi dengan kehilangan sorang anak perempuannya dgn kak nani disebabkan kes ni [anak nya jadik saksi bagi pihak emak sampai sekarang tak call ayahnya...ntah apa kenanya tak tau saya]....



Kak Aza dok sms saya tanya hal keputusan ni, normal lah dia akan update ngan saya sebab dia tau suami bukan minat melapor, kalau melapor pun tak sedetail dan sebagus saya penerangannya...so lepas satu beban kami isteri2 takyah fikir hal nilagi lepas ni. Tumpu kat keluarga sendiri dan anak2 jerlah. Cuma isu angah jerlah kalau ada isu pun.


Saniah.

Hal Saniah pun saya dan kak aza dok sibuk bersms juga ni. nanti lepas exam saya updatelah apa citer sebenarnya saniah ni. Banyak cerita rupanya. Dah duduk sama ni baru tau. Jenuh plak jadik kaunselor rumahtangga. Kak aza kaunselor pertama dia. Gitu gini macam2 nasihat kak aza bagi. sampai rumah saya....lain plak citernya..saya tune kan balik dia...sudahnya dia pening....cum saya suh dia banyakkan doa....moga2 allah bagi yang terbaik untuk dia dan fahmi...


Fahmi, saya dapat rasa yang saya tk sedia ambil anak angkat. Banyak risikonya. Hakikatnya, bunyinya mudah, tapi susah juga....bukan susah apa, susah juga ada anak kecik ni yer... sampai lenguh2 tangan kanan saya asyik dukung dan jaga dia..lasak bukan main lagi...walaupun 7 bulan macam 1 tahun gayanya....dan saya cuba2 menyusu badan dia...tak boleh juga sebab dia dah ada gigi sakit saya digigit2nya...punah lagi harapankan....

Monday, April 13, 2009

Kes Poligami 2, Part 1

Assalamualaikum w.b.t


Kisah Kes Poligami 1 tak habis tapi saya teruja dengan kes Poligami 2 ni...


Bercakap tentang korban dalam rumahtangga pastinya melibatkan dua pihak, suami dan isteri. Selalunya setiap pihak hanya menghadkan fokus dengan meihat korban masing-masing...kerna sifatnya manusia memang begitu...baik suami mahupun isteri.


Yang suami, melihat korban dia bermula sejak perkhwinan, korban mengeluarkan kos yang besar, korban menjaga isteri, membayar sewa rumah, menyediakan belanja dapur....yang isteri pulak korban meninggalkan keluarga khususnya mak ayah utk duduk dengan suami, korban mengandung, melahirkan anak, membesarkan anak...


Itu hanya korban yang asas sahaja. Kalau pergi korban yan kecil2 tentu lagi banyak, sapa basuh baju, sapa masak nasi,sapa bawak keter, sapa dukung anak, sapa bayar bil, blik kampung sispa lebih kerap, sapa lebih banyak beli pakaian...hmmm macam2 lagi...


Tapi hari ni saya nak cerita hal korban seorang isteri, biarlah saya namakan dia sebagai Jamilah. Jamilah kata dia dah korban segla2nya. Dia baru kahwin 2 tahun, dia janji sebelum kahwin dia akan dibenarkan kerja, tapi lepas kawin dia tak dibenarkan kerja. Sauami kata suami nak bantu betulkan rumah mak dia di kampung, tapi dah dua tahun kawin suami hanya pernah beri RM2,000 pda mak dia.


Jamilah, 26 tahun ni pun macam saya, isteri kedua, setiap minggu suami, 35 tahun ada balik, suami ada beri belanja dapur seratus, seratus lebih seminggu. Secara purata cerita Jamilah suami ada balik tapi lebih kerap ke rumah isteri pertamalah. Satu sebab isteri pertama rumahnya dekat dengan kedai suaminya tu. Oh ya saya lupa cerita suaminya ni ada buka kedai menjual pakaian.


Jamilah rasa tak puas hati sebab suaminya tak benarkan dia kerja, so dia tak dapat pegang duit di tangan. Dia nak ada duit di tangan sebab zaman anak dara dia kerja jadi dia dah biasa ada duit di tangan. Sebelum dapat anak dia ada kerja di kedai pakaian suami dia, ta taulah bergaji atau tidak.



Jiwa jamilah memberontak, dia rasa nak bebaskan diri dia dari suami. nak minta cerai pendek katanya. walaupun dia ada anak kecil tapi dia rasa dia mampu kerja, dan dia memang ingin kerja, asalkan ditangannya ada duit. Dia tak juga kuat semangat tapi ada yang memberinya semangat.


"kau kena berhijrah, Jamilah, nanti farouk buat kau lagi teruk..." begitu nasihat kawannya yang dianggap macam kakak angkat tu. Dia mula rasa berani untuk bertindak mengikut kata hatinya yang kian marah dan dendam pada farouk yang durasakannya tidak cukup memberi keperluan untuk dirinya.
Dia rasa dia boleh mencari pendapatan sendiri. Dia tidak kisah bekerja, dia ingin ada duit di tangan sendiri. Dia sudah mula mebayang2kan sekaligus merencana yang dia akan menacri duit, dia nak buktikan pada Farouk bahawa tanpa Farouk dia boleh hidup juga membesarkan anaknya sendiri.
Keputusan nekadnya itu membawanya berpindah ke tempat lain, dengan menyewa sebuah rumah kampung dia memulakan hidup....





Sunday, April 12, 2009

Kes Poligami 1 Part 3

Assalamualaikum w.b.t


Malam tu juga kami bergerak cari hotel lain, kali ni kami mencari di tepi pantai, seingat saya kawasan tu berdekatan dengan tempat pendaratan ikan lah. Lupa nak tanya suami malam tadi apa nama tempatnya, tapi yg pasti dalam trengganu lah.


Kali ni hotelnya biasa jer tak macam resort 'buai' tadi, tapi sebab dah agak lewat malam, kami check in juga. Lepas tu baru makan. Masa makan ni kak has asyik kena perli dengan Hj malek. Masa ni mata kak has berkaca, menangis dans edih. kata-kata hj malek memang pedas dan tajam menikam.


Berbeza watak dia semasa sebelum bernikah. Dalam hati saya ni mesti kes besar ni. Tak sabar nak tau....malam tu, setelah didesak berkali2 oleh saya, akhirnya suami bagitau jug, dan saya selain terperanjat tetapi tidaklah saya memandang ia sebagai negatif.


"Apa yang penting adalah kerjasama"....baca ikut lirik wonder pets <-- saling bertolak ansur dan menerima ketentuan Allah. Tapi walaupun itu yang suami berkali2 pesan dan minta Hj Malek buat tapi Hj Malek nekad nak becerai juga. Cuma niat dia takdelah terlaksana asab suami minta tangguhkan supaya dia dapat berfikir dengan rasional dan bukan emosional.


Saya pula faham kenapa Hj malek begitu kecewa. Kenapa hal itu tak dimaklumkan awal. kenapa pada malam pertama baru dibongkar? Sedangkan itulah yang sangat2 dinantikan oleh seorang lelaki pada malam pertama. lainlah kalau Hj Malek dah tahu duduk perkara sebenar. Dan kemudian dia boleh fikir dan buat keputusan terbaik untuk dua2 pihak.


Adakah kerana ia bertujuan untuk menipu ataupun sengaja memerangkap Hj malek? Penipuan tu yang Hj malek tak boleh terima.Dalam hal ini saya setuju juga pandangan Hj malek. Suami pun mainkan peranan yang sangat diperlukan oleh Hj malek....dia menasihat setiap sudut dan segi..baik ikut naluri lelaki mahupun ikut kehendak agama.


Bagi kak has pula, seharusnya jika ia tidak memberitahu terus pun mungkin lebih baik. tapi asbab kejujurannya maka itulah dia berterus terang. Ini diceritakan pada saya kemudiannya sebab dia sering datang idur rumah saya dan berkongsi maslaah dengan saya....langkah dia berterus terang itu menyebabkan saya terharu juga. walaupun saya dah tahu perkara sebenar lebih awal.


Kejadian yang tak pernah dipinta itu menurutnya berlaku diluar kawalan dan bukan kehendaknya. menjadi mangsa dan kemudian malu melaporkannya mengakibatkan dia menyimpan sendiri. Sehinggalah malam selepas pernikahan perkara itu dibngkar di tanah negara gajah putih. Dan kahirnya menyebabkan segala2nya berubah sekelip mata.


Sampailah kami akhirnya ke rumah masing2. Selang seminggu itu kami berempat keluar makan. Ada garis bahagia di wajah keduanya. namun dalam hati siapa yang tahu.Melihat kami berempat bergurau senda menyebabkan pada saya semua amsalah selesai usdah. namun percayalah tindakan malam pertama itu merupkan titik tolak segalanya....sehingga akhirnya...



Waaahhh.....panjang lagi ni. berhenti dululah yer...

Friday, April 10, 2009

Kes Poligami 1 Part 2

Assalamualaikum w.b. t



Masa perjalanan nak ke Thailand ni kak Has dengan say duk belakang. sakit badan, storm bukan selesa kalau duduk belakang, kecik sangat. Tambah2 saya tak berapa nak boleh berkomunikasi dengan kak Has, lain style kami, macam takde chemistry gitu...



Hj Malek ni kecik jer orangnya tapi pandainya cakap, kalau cakap dengan hadis2 sekali. Juga pandai membuat lawak. Menyebabkan saya tak rasa janggal langsung bercakap2 dengan dia. Masa tu kan sekali pandang jer sya boleh nampak yang Hj Malek dengan kak has ni punya dua personaliti yang berbeza. Sangat berbeza.




Personaliti Hj Malek ada ciri2 mcam saya, kecoh dan banyak cakap, dan kak has pulak pendiam, kalau cakap pun lurus jer...tak berapa reti nak belok2, macam jujur jer...kadang masa tu nak buat lawak dengan dia pun tak bernafsu, sebab respond adalah mengecewakan. Terbayang juga macamana lah Hj Malek yang talkative tu nak handle kak has...dan kak has pulak jenis yang tak suka mengambil risiko nampak macam suka berada dalam comfotable zone jer....nampak sangat keraguan dia nak melalui proses bernikah tu...[saya dulu camtu juga tp takdelah namapk cam 'lurus' sgt]..




Disebabkan kak has ni penakut sangat, Hj Malek dah siap2 persediaan untuk terus daftar nikah mengikut undang2 syariah Malaysia di Pasir Putih, Kelantan bagi mengesahkan pernikahan mereka di Thailand. Banyak juga bayaran prosesnya, dalam RM 600 rasanya pada 2001 lah tu...




Pagi tu kami sampai, saya tak ingat samaada kak has tukar2 baju atau kami ada sewa hotel, tapi pagi tu jugaklah nikahnya. Malamnya barulah kami sewa hotel, biliknya sebelah menyebelah. tak ingat dah hotel di Thailand atau di Kelantan. tapi malam tu ada sejarahlah. Sampai hari ni saya tetap ingat....tak boleh padam...




Malam tu tak tau kenapa pada mulanya tu, hj malek kecoh2, call suami kat bilik kami nak ajak jumpa. Masa tu harus diingat kami ni kira macam bulan madulah, baru 2 minggu nikah...dan apa yang kami bayangkan orang bilik sebelah patutnya lebih2 lagilah bulan madunya. tapi sebaliknya. Kecoh2....pulak dah...




Sudahnya kami keluar makan malam tu. Yang peliknya dua pasangan pengantin baru ni masam dan serius. Lebih2 lagi Hj malek lah. Masa ni saya tak tau apa pucuk pangkalnya. Pelik tu memang peliklah. Tapi nak buat macamana kan...tanya2 suami pun dia tak nak bagitau apa sebabnya...tapi suami ada cakap yang Hj malek nak cerai malam tu jugak!




Memang kecoh lah. Saya yang tak tau apa2 memang blur dan nak tau snagat2 apa sebabnya. Esoknya kami balik, tapi singgah di tempat [pejabat agama] mana ntah, bagi dokumen, dan akhirnya yang terjadi adalah bukan Kak Has dan Hj Malek yang daftar pernikahan mereka sebaliknya saya dan suami yang daftar. Dapatlak dua buku kecil kaler hijau iaitu buku nikah negeri Kelantan.




Puncanya sebab Hj Malek nak cerai dengan kak has so hj Malek tak mahu daftar nikah meraka. haru betul masa tu. Masa ni suami memang memainkan perann sebagai kaunselor dan saya pulak dengan kak has dibiarkan berdua tapi saya tak berani nak tanya kak has apa yang berlaku sebab saya rasa ianya terlalu personal. Kak has pulak sangat sedih masa ni...




Balik tu sampai di Trengganu suami ajak bermalam di sana, pastu kami recce hotel tapi setiap hotel/resort yang disinggahi tak dapat approval Hj malek...ada jer yang tak kena. sebenarnya dia yang tak tentu arah/emosional menyebabkan semua keadaan jadik serba tak kena....sampai sudahnya saya cakap kat suami, saya dah malas nak cari hotel lain lagi, badan dah letih.




Kami singgah satu resort yang agak ke dalam kedudukannya, menghadap laut/pantai, tapi suasananya macam agak pelik sikit sebab dia berupa macam resort [buatan kayu yg sangat tegap dan cantik pd mata saya] yang dibina atas air [ker paya bakau] nama resort tu 'BUAI' tak salah saya...setiap resort dihubungkan dengan laluan kayu macam jambatan...eiii suka sangat suasana cam tu....tebayang2 lagi...




Lepas kami check in, kami masuk resort masing. Ingat bolehlah rehat dengan amannya sebab dah letih dari malam nikah tu, kecoh jer...waktu nilah kononnya baru nak rehatkan minda dan enjoy bulan madu kami tu...baru saya nak baring2 dan suami pun nak bersihkan diri tapi baru nak feeling bulan madu dah dapat call Hj Malek ajak check out katanya air kat situ tak elok, kuning dan berkarat....hissssshhhhh geramnya...




Masa ni saya cakap kat suami takyah layanlah....tapi suami macam teramat faham dengan masalah kawannya yang tengah bengong tu terpaksa ikut juga, maka dalam kepekatan malam tu kami check out dari Buai tu...saya yang sangat hampa...terpaksa ikut juga dlm misi mencari hotel lain...




Ok lain kali sambung....pak hj balik pulak dah....kacau daun laaahhhhh....

Kes2 berpoligami Part 1

Assalamualaikum w.b.t


Saya tak pasti samaada saya ni ada kredibility atau tidak untuk bercakap hal ini namun saya rasa tak perlulah saya nak khuatir sebab saya hanya akan bercakap mengikut pengalaman sendiri, dan bagi 40 orang pembaca blog saya ni anda tak perlulah gunapakai apa yang saya tulis sebab ini bukan berdasarkan kajian ilmiah mahupun mwakili pendapat pihak2 berkepentingan mana2 pihak, sekadar baca untuk realiti perkahwinan poligami jer...


Sebenaranya saya terpanggil nak menulis begini kerana sejak berblog ni saya rupanya menjadi rujukan kepada mereka yang samaada bakal terlibat dalam poligami, bercita2 untuk poligami, telah berpoligami, atau yang memang suka dan tertarik membaca gaya hiudp orang berpoligami. Pendekata yang membaca ni ramai yang ada ajer sedikit kaitan dengan isu poligami.


Kadang2 saya rasa macam kaunselor rumahtangga pun ada kerana ada juga yang merujuk kepada saya minta pandangan. Terus terang saya kata saya bukanlah orang yang tepat, cuma kelebihan saya ada pengalaman berpoligami. Tu pun bukannya pengalaman sya ni perfect utk dijadikan contoh yang baik, sekadar untuk baca-bacaan ringan jer..


Dulu, dalam blog lama saya pernah ada janji saya nak ceritakan kisah kawan2 sekeliling saya yang berpoligami, yang saya tau dan saya kawan mereka, tapi mungkin keterangan saya ni tak betul sebab ia hanya berdasarkan pemerhatian jer, takde sokongan dari tuan yang mengalaminya.


Okay, ramai sebenarnya kawan/kenalan saya yang terlibat poligami. Saya tulis sikit2lah dulu...


Kes 1 [semua nama adalah samaran]

Kawan saya kakak Has, 41 tahun, isteri ketiga kepada Hj Malek, 44 tahun asalnya Kak Has seorang lawyer, bermadukan kak Mun, 48 tahun [bekas guru meletak jawatan] dan Yati, 30 tahun [bekas pekerja kilang yang hidup susah sebelum kahwin]

Saya kenal kak Has sebab dia nikah 2 minggu lepas saya nikah, kami suami isteri yang teman/bawa mereka bernikah Di thailand. Hj Malek kawan suami, juga pernah membawa suami ke Indonesia sebagai teman semata2 nak carik bakal isteri [menunjukkan dia sgt ingin berkahwin lagi], tapi gagal atas sebab yg saya tak tau. masa ni suami tak poligami lagi, tapi suami jenis ramai kawan kat Indon dan tau selok belok di sana...dan suami jenis mudah dibawa berunding...

Kemudian, Hj Malek minta izin dengan kak Mun untuk kahwin lagi, atas dasar apa saya tak tau, tapi boleh agak kot sebab kak Mun ada anak 8 dgn Hj Malek, Hj Malek pulak muda lagi dari kak Mun, justeru kak Mun yang kuat imannya [saya agaklah] sebab kak Has ada cerita kat saya, Kak Mun ni tak pandang apa, harapkan syurga Allah jer. Saya pun kenal biasa kak Mun sebab pernah nusrah [joint program masturat Tabligh di rumahnya] cuma tak berkesempatan borak lebih2...yang saya tau dia ni berpurdah, kat rumah sambil2 msak/menyapu pun dia mengaji sebab memang dah hafal surah2 yasin dll...


Kak Mun telah mencarikan untuk Hj Malek calon isteri iaitu seorang anak dara muda belia [masa kawin tulah] agaknya dalam awal 20 an...dari perak [negeri kak Mun], Yati ni katanya anak orang susah, kerja kilang, mak bapak bercerai, ramai adik beradik, kiranya kak Mun nak selamatkan Yati nilah....nak bantu dan nak dakwah Yati ni yang dikatakan agak sosial juga....


Setelah berkahwin mereka tinggal serumah...cuma selepas beberapa tahun, Hj Malek membelikan rumah sebelah rumah kak Mun [teres setingkat] dan rumah kedua2 isteri hj Malek ni dapurnya bercantum [dinding dipecahkan]...masa ni wah saya teruja sungguh konsep duduk serumah bila tengok mereka okay ajer...


Kak Mun yang baik telah mengajar Yati memasak, mengaji, solat, dan semacam kak Mun menjadi ummi [mak] pada Yati kerana anak2 kak Mun pun dah besarlah jugak sederet anak dara...Yatiun pun panggil kak M ummi jugak...[ni kak Has cerita kat saya] dan Hj malek memang dah latih kak Mun untk sabar dengan Yati sebab Yati ni perlu bimbingan, dan Kak Mun ni tak taulah kenapa baik sangat agaknya yer...mungkin sebab sayang sangat suami lah kot?

Selepas itu, Yati mendapat seorang anak, dan kak Mun pun mendapat seorang lagi anak, kiranya mereka ni sebaya, lelaki dua2nya...selepas tulah [tahun 2001] Hj Malek kenal dengan kak Has ni di KL atas urusan kerja. Hj Malek masa tu seorang kontraktor [tak berapa berjaya] tetapi abangnya seorang kontraktor Melayu yg berjaya, jadik banyak projek abangnya serah kat dia. jadik berduit jugaklah Hj H ni...masa kami ke thailand tu Hj Has baru beli Storm [masa tu baru release keter ni], isterinya kak Mun dan Has pun ada kereta kancil tapi kami naik stormlah ke sana...


tak tau berapa lama kenal, tapi dah agak lama juga dia bagitau suami yang dia nak nikah. sebelum kami suami isteri nikah lagi hj Malek dah ajak suami bawak dia pergi nikah...tapi akhirnya suami lak yang nikah dulu dengan saya...cadangan suami asalnya nak pergi sama2 dengan dia. tapi masalah Hj Malek masa tu katanya kak Has tak sedia nak nikah kat Thailand sebab masalah perundangan, kan kak Has lawyer mestilah concern pasal undang2 ni [takut agaknya]


Cuma lepas kami nikah, barulah hj Malek kata kak Has setuju, kami bawa mereka ke sana dan kami bertolak sebelah malam, singgah di Kl rumah sewa kak Has dan ambil kak Has di sana terus ke thailand. kak Has tak peramah asalnya dengan saya, diam jer...tapi kami lma2 boleh berbicara sebab saya ni kan banyak cakap...tapi dia banyak diam jer masa tu...pucat muka dia...macam ada masalah ....rupanya memang ada masalah pun....


Akan bersambung di entry lain....


Dan akan menyusul kes2 poligami seterusnya..letih lak...






Thursday, April 9, 2009

Anugerah Dekan dan Jamuan Perpisahan

Assalamualaikum w.b.t





Rupanya saya dapat anugerah dekanlah semester lepas, dan dua hari lepas majlis penyerahan sijil telah diadakan. Malangnya saya tak hadir. Sungguh tercuit hati saya bila petang semalam saya dimaklumkan oleh Kak Nor [class mate] yang bertanya saya kenapa u tak hadir?




Saya tanya hadir apanya, dia kata u dapat anugerah Dekan, dengan Lai, dua orang, tapi UKM called u berkali2 tak jawab, Lai pun call tak dapat. Hahahaaaa..memang sejak sakit pinggang ni sya tak hiraukan panggilan telefon, tambah2 nombor pelik, malas nak jawab.






Saya pun pelik napalah saya jadik begitu. Agaknya sebab hp ni dulu selalu bagi tekanan kat saya, tu yg sya menyampah kat hp. tapi kalau sms saya bacalah..tu pun kalau depan mata. Baik panggilan atau sms dua2 saya silent mode. Vibrate jer. Kadang malas nak tukar, kan selalu masuk kelas, kadang terlupa baik terus silent mode...senang!





Balik pada cerita anugerah dekan, saya tercuit hati sebab rasa macam "layakkan aku dapat anugerah dekan?"...rasa macam dipersenda pun ada. Maksudnya macam ni, saya bukan usaha sehabis baik pun semester lepas [banding coursemate yg lain], setakat so-so ajer...tapi Allah bagi juga anugerah yang saya tak mimpi ni...macam Allah nak bagi saya seolah-olah rasa "hah..kau tak usaha pun Aku bagi....tu pun tak nak bersyukur lagi????"








Kalau seseorang tu usaha dah sehabis baik, bila dapat anugerah macam ni tentu rasa macam seolah-olah .."berbaloi juga usaha aku siang malam, pergi libarary, rujuk buku sana buku sini, tanya lecturer macam2 soalan...bla bla.."....tapi saya??? Senang cakap saya ni biasa-biasa ajer. Last minute punya study pun ada. Tambah2 msa exam hari tu kan saya kursus PTK...sungguh maha adil dan maha penyayang, dua-dua exam pun 'bolehlah hidup'





Semlam juga dapat surat dari pejabat, surat jemputan jamuan perpisahan. Dalam surat tu kata jumaat, 11 pagi, saya dijemput jamuan perpisahan kesempena "pertukaran saya ke ibu pejabat"...walhal saya dah ditukarkan sejak Julai tahun leps, sekarang baru nak jamuan? Malaslah nak jamuan2 ni...sebab secara fizikalnya saya dah lama takde kat pejabat dan dah lama orang2 di pejabat merasakan pemergian saya.





Hakikatnya perpisahan tu tak dirasa, rohnya atau spirit 'kehadiran dirasai dan pemergian ditangisi" sudah lenyap sama sekali. Maknanya, takdelah namanya jamuan perpisahan....jamuan makan-makan jerlah. Tambah2 saya selalu pulak tu menjenguk ke pejabat...tumpang binding assignmentlah, ambil suratlah, ambil slip gajilah....




Nanti tentu kena bagi ucapan, hishhh malas sungguhlah....rasa cam nak blah camtu jer. lagi2 yang ada daam unit siasatan 50% orang baru, walhal baru 10 bulan saya takde. Banyak pertukaran, kenaikan pangkat dan pengambilan orang baru menyebabakan 1o bulan tu macama lama sangat...terlalu ramai muka baru yg tak saya kenali. Diorang kenal lah saya sebab kat chart board tu saya tengok post tu masih gambar dan nama saya...sebab takde pengganti lagi agaknya, maka kekallah nama saya di situ...




Hari ni saya ada bicara lagi....rasa meluat pulak asyik bicara jer...letih...petang ada dua kelas lagi...hari ni Hani ponteng lagi, tak larat nak hantar, kelas abis malam pulak tu, dah 2 malam balik lambat jer dia....duduk sekolah dengan cikgu, hari ni biar dia duk rumah main dengan fahmi...ikutkan saya rasa cm nak berhentikan sek. jer. Solt dah pandai, ngaji dan pandai, baca dah pandai...cuma ke sekolah tu untuk bersosial jer...lain2 pengetahuan saya boleh beli buku dan dia boleh baca ...tapi sayang pulak, yuran dah seribu lebih bayar, termasuk buku2...takkan 4 bulan jer nak sekolah?




Hari ni juga hari penentuan bagi kes harta sepencarian suami dengan bekas isteri pertama. malangnya selama ni saya selalu dapat temankan, bila hari keputusan pulak barulah saya pun sibuk ada bicara jugak, lokasi mahkamah jauh2 plak tu, mahkamah tinggi syariah dalam kawasan bandara, mahkamah sesnyen di Sban 2....tak dapatlah bagi sokongan moral...berdebar jga nak tahu apa keputusan untuk 6 harta yang menajdi rebutan. paling crucial adalah sebuah rumah semi D di sban ni sebuah rumah teres dua tingkat di PD dan sebidang tanah 3 ekar di pasir Panjang PD..laian2 tu rasanya tak jadik isu sangat....




Harap2 semuanya berjalan lancar....amiiin...




Wednesday, April 8, 2009

Abdullah Fahmi

Assalamualaikum w.b.t


Dalam sibuk2 saya tak nak hampakan permintaan Jiji dan dayang yang nak tengok gambar Fahmi. NI baru jap ambik, dek kerana flash camera yg terlupa nak off, Fahmi terus terbangun tidur. Sian dia. mak dia nak makan pun tak senang.



Tercengang..tetiba ada cahaya, terus buka mata...eh glamer kejap fahmi yer...



Budak ni tak pernah moody, bangun2 jer nampak kamera terus senyum..geram tak?....comelkan?



Lagi senyum...dah ada gigi kat bawah sebenarnya tu, baru 7 bulan....




Hidung mancung tapi dari depan tak nampaklah...malas nak dukung dia...




Ntah dapat buat anak angkat ker tidak???


Pagi tadi, sbelum ke sekolah hani sempat ambil gambar, fahmi pagi2 dah mandi, selekeh bedak..hani pun sama...
okay..nanti2 ambik lagi, tengah bz lah buat assignment petang ni kena buat presentation lak...aduhhhh penat tul belajar ni....

Tuesday, April 7, 2009

Mencari punca sebenarnya

Assalamualaikum w.b.t


Semalam saya dah pusat kesihatan dan telah membuat xray. Keputusannya tulang belakang saya takde masalah langsung, elok jer terletaknya. Selepas zohor semalam, saya suami ke Melaka lagi, hantar kak cik ke Madrasah Batu Berendam semula, kemudian ke rumah tukang urut tu dan kemudian balik rumah mak ambil hani.


Hani bila diambil terus minta kami hantar dia balik ke rumah, sebab tak sabar nak jumpa Fahmi. saya pulak siap dah ambil gambar fahmi daam handphone, bila di anampak Fahmi yang comel tu lagilah tak sabar dia nak jumpa...lupa dia tentang Fifi...



kami kemudian singgah makan di medan ikan bakar Alai berdekatan dengan Crystal bay...sekor ikan dan lala, murah jer, hanya RM 39, minggu lepas kami makan di Man Tom yam di jalan Jelebu, makan bertiga juga, menu yang lebih kurang sama, hanya ikan siakap tambah dengan udang goeng tepung, mencecah RM 56.00...terkejut juga saya sebab selalu kami makan 3 orang takdelah melebihi RM50...sebab order pun kalau kailan/tomyam tu hanya untuk makan seorang...


Kami balik dah jam 9.30, Fahmi dah tidur sebenarnya tapi saniah bangunkan, so dapatlah hani main2 dengan fahmi, tersenyum jer dia lihat fahmi, tapi kemudian masa saniah makan saya suruh dia jaga Fahmi yang dalam baby walker, baru setengah dia membebel kata peninglah kakak jaga fahmi ni, asyik nak usik sana usik sini jer....yerlah fahm ni dah cergas apa yang ada klau lambat semua disambarnya....wayar2 telefon, komputer semu dia dah tarik...terpaksa saya adjust susunan semuanya.


Semalam Saniah cerita dia dok mencari charger hp nokia, memang ada rasanya charger tu, sudahnya Si fahmi sorong tarik drawer almari solek terus terjumpa charger tu tak payah buang masa cari lagi....fahmi2...cergas sungguh dia tak padan dengan umur 7 bulan...dah macam budak setahun...kejap walker dia masuk bawah meja makan, kalau letakkan dia meniarap kat bawah, kejap masuk bawah katil, pastu dia boleh cross dari bilik mak dia masuk bilik solat....kerusi kecik pun habis ditolaknya...betul2 darah pakistanlah...kuat tulangnya....


Kiranya masa2 lapang sekarang main Fahmi jerlah kerja saya. Kalau tak pun berbual2 dengan Saniah tentang pengkisahan hidupnya.....


Nanti sambung lagilah...nak ke UKM ada discussion...

Sunday, April 5, 2009

Saniah Wanita Kemboja

Assalamualaikum w.b.t





Saniah bersama anaknya kini berada di rumah saya. Semalam saya balik kampung, berurut lagi. Balik berurut kak aza pesan suh ambil anak perempuannya, kak cik yang belajar di Madarasah batu Berendam. Kami ambil kak cik lepas asar dan kemudian hantar kak cik ke rumah kak aza, bersantai di rumah kak aza sampai lepas maghrib.


Lepas maghrib terus bawa Saniah dan anaknya, Fahmi ke rumah saya. Fahmi orangnya sangat ceria, sekadar pandang pun dah senyum. Hishhh sukanya saya tengok. Walaupun bezanya sebulan dengan Sofiyyah, anak kak aza tapi cergas dan cerdiknya dia. Geram saya.





Sebelum ni, macam geram sangat bila kemboja ni nak diserahkan pada saya. Tapi bila dah ada depan mata sukalah pulak. Macam tiba2 jer Allah hantar anak depan saya. Dan ada satu berita, yang saya tak taulah berita baik atau buruk. Dia nak beri anak dia tu pada saya. hal ni nanti saya cerita kemudianlah.





Fahmi ni sangatlah handsome, hidungnya mancung. Bayangkan Kemboja [berkulit cerah] campur dengan Pakistan. hasilnya...lahirlah anak yang berkulit cerah berhidung mancung.


kalau nak lihat perkara ni dari sudut negatif maka akan jadi negatiflha kan? Tapi saya cuba sedaya upaya fikir secara positif dan anggap ini semua ada hikmahnya. Selama ni untuk pengetahuan yang membaca blog sya, saya berusaha encari anak angkat. Memang saya nak sangat anak dan tak isah kalau dapat anak angkat. Saya bercadang untuk susukan dengan susu sendiri supaya tidak timbu masalah aurat dan mahram nanti.


Dan sekarang tiba2 Allah hantar Fahmi duduk di rumah saya. Ajaib tak? Saniah kata dia pu tidak ada kawan sebenarnya. Dia pun tak tau macamana Allah buka pintu hati dia berhubung dengan kak aza. walhal dia sendiri tak kenal kak aza dan tak dapat temgok pun muka kak aza. Tengok mata jer.


tapi lepas jumpa kak aza setahun lepas [masa sama2 mngandung] tiba2 dia rasa kak aza boleh menjadi kawan dia mencurah masalah. pemberi semangat kepada dia. Dan akhirnya membuka hati dia untuk datang rumah kak aza. Menurutnya, kak aza kata kak aza akan tanya saya nak ker saya ambil dia sebagai pembantu [sebab dia ada anak kecil]. Kalau katalah saya taknak kak aza kata baliklah semula ke Muar...tempat saudara mara dialah...


Saya suka befikir posotif, kalau kita tolong orang hari ni, esok2 orang tolong kita pulak. rang tengah susah, nak makan pun takde duit, dengan nak beli susu anak, pampers anak, saya bantulah mana yang boleh. pagi ni buaian hani, baby walker, mainan hani semua keluar semula. Suka saya tengok tak benda2 tu semua terbiar dalam stor. Lepas ni banyak lagi perkakas hani Fahmi boleh gunakan.


Hal dokumentasi utk ambil Fahmi sebagai anak angkat, Saniah sedia bila2 masa uruskan. Dia kalau boleh nak balik kemboja. Dan Fahmi dia nak jadikan warganegara Malaysia. Dan sebenarnya dah ramai sangat yang nakkan si Fahmi ni. Tapi dia taknak beri. Sebab tak yakin. Kalau boleh dia nak yang terbaik utk Fahmi, nak beri Fahmi didikan agama. Nak jadikan Hafiz. Tu sebab nma dia Abdullah Fahmi, nama peserta Akademi Quran katanya. Saya sendiri pun tak pernah tengok AQ ni sebab tv saya mana dapat TV9 dulukan...


Tu sebab bila dia tengok saya, dia terus tawarkan saya ambil fahmi, terkejut juga saya...cuma katanya bila serah pada saya, dia yakin yang hubungan dia takkan putus, bila2 masa nak tengok anak dia boleh datang sini...hmmm...sebab semua berjalan terlalu pantas, saya pun tak buat keputusan apa2. Semuanya kena difikirkan masak2.


Seronok sebenarnya tuba2 dapat anak lelaki. Sapa tak seronok,kan? Tapi semua sudut kena difikirkan. Saa perlukan masa dan buah fikiran. Buat masa ni biarlah saniah dan Fahmi tinggal bersama saya dulu. Sekurang2nya Suhailah ada teman di rumah. mesti dia suka sangat tu. Oh ya, Suhailah tinggal dikampung, dia taknak ikut balik. Saya fikir takperlah biar ponteng sekolah isnin ni, asalkan dia seronok jumpa sepupu2 dia kat kampung tu. Makanya dia tak tau langsung hal cerita ada baby kat rumah ni. kalau tau tu harus melompat nak balik...alangkan si Fifi kucing tu hari2 dipeluk cium dimandikan siap syampu, apatah lagi anak manusia...lebih2 lagi layanannya lah....


Buat masa ni saya nak tumpukan hal kuliah dan exam, lain2 hal ketepikan dulu....saya anggap besar hikmahnya saniah dan fahmi hadir dalam hidup saya secra tiba2 ni. Adalah agaknya yang Allah nak uji atau nak beri pahala kot.


Sekali lagi saya rasa ajaib sungguh. Allah hantar baby betul2 depan mata dan terus masuk dalam rumah saya. Sekian lama saya tanya sana-sini, cari baby...dan kali terakhir hari tu saya ditawarkan oleh kawan di HQ [sama2 jadi saksi kes, kebetulan isteri dia peg penjara] untuk diberi beby anak banduan kalau adalah....sebagai anak angkat, dan saya seia ajer..... Dan dalam kes ni saya anggap Kak Aza tu sebagai asbab jer untuk Allah hantar saniah dan baby tu ke rumah saya. Kalau si Suliyati ada lagi kat rumah ni sebagai maid rasanya takkan kak aza cadangkan saniah jadi pembantu kat rumah ni...tulah semua perancangan allah tu ada hikmah disebaliknya.


Harap2 kawan2 juga melihat kes ini dari sudut positif. Saniah ni juga sangat rajin, tak duduk diam langsung, dengan Fahmi diletakkan dalam baby walker macam2 kerja dia buat. Sekejap jer rumah dah licin....cuma masakan melayu jer tak pandai lagi...tapi bersedia untuk belajar dari saya, katanya....


Dan persamaan dia dengan saya juga, dia sebenarnya juga bekas isteri kedua....bolehlah cerita2...dan apa yang saya belajar dari dia adalah kesusahan hidup dan betapa syukurnya saya dlahirkan di Malaysia. katanya di kemboja nak kerja, dia kena korban agama, sebab kalau kerja aurat tak boleh dijaga, maka itulah puncanya ayahnya [juga karkun/tabligh] suruh datang kesini bekerja, tambah2 ramai saudara mara dan adik beradik di sini cuma nasibnya agak malang sebab terjodoh dengan pakistan yang takde sifat kasih sayang...dan tak menghargai anak isteri...

Friday, April 3, 2009

Kak aza

Saya dah lama nampak kak aza ni punya sikap. Dia memang baik dan suka menolong orang. kadang2 tahap dia nak menlong tu sampai membebankan dia pulak. banyak kali dah saya nampak. Tapi takyahlah bagi contoh, yang saya tau dia memang suka sangat menolong orang...teruatam orang tua dan kanak2. Memang bagus kadang tu, tapi kadang rasa melampau sangat....tapi rakdelah saya komen kat dia...saya diam jerlah.


Dahlah saya ni tak berapa nak gemar menolong orang kalau rasa macam tak mampu.Ni orang nak tolong pun kita nak marah2. Apa hal kan? tak taulah kak aza ni, samaada dia menolong tu atas simpati atau dia nak melatih diri dia dengan meletakkan ikramul muslimin di tempat sepatutnya. Ikram muslimin tu maksudnya tunaikan hak orang lain tanpa meminta hak kita. Cnt: macam kita bagi jiran makanan, tolong jaga rumah dia pada amsa yg sama dia tak tolong kita pun takper...cam tulah. Lain contoh, buat baik pada orang tua dan ihsan pada kanak2.


Kali ni kak aza tlong janda yang asal dari kemboja tu. Janda ni dia jumpa masa sama2 mengandung, jumpa kat Nilai 3, lepas jumpa tu dia ada cerita pada saya masa lepak2 kat rumah dia. Ayat kak aza, "wa, akak nampak perut dia jer wa..kesian"....pastu adalah diceritakan kat saya pasal laki or kemboja tu tak bertanggungjawab. Dia kata dia tak tau kenpa perempuan tu cerita kat dia, katanya agaknya sebab dia mengandung juga dan pakai purdah [nampak macam boleh menolong agaknya kot] so perempuan tu tegur dan sempat cerita2 masalah rumahtangga dia..macam nak minta tolonglah...kebetulan pulak masa tu, laki kemboja tu orang pakistan dan ada hubungan rapat dengan msjid sei petaling [markaz tabligh] tu yang agaknya nak minta tolong kak aza cakap dengan suami kotler boleh tolong apa2.


Masa kak aza cerita kat saya dulu, saya memang peliklah, sebab saya tau suami saya ni bukan jenis suka campur hal orang tak pasal2, tapi kak aza ni memang selalu menjangka yang suami pun sama macam dia agaknya. Saya rasa lepas tu ada banyak gak kak aza cerota hal rumahtangg dan sikap suami budak tu sebab rentetan dari perjumpaan tu budak tu ada berhubung telefon dengan kak aza. jadik best friend gituler kot...tulah satu kelebihan kak aza ni dia ni friendly sesangat, ramai kawan walhal duk umah jer, kalau jemaah datang, mesti lepas tu contact dengan dia semula jadik kawan. ramai kawan dia doktor tau, lebih dari 3 orang...baru ni ada doktor dari Kl, lepas tangguh keluar masturat tu siap kirim kan ubat untuk kak aza dengan suami....advanced sungguh maduku ini...ngalahkan saya tau!



Rasanya adalah dalam dua minggu lepas pak haji citer hal kawan kemboja kak aza ni, dia kata kak aza suh tanya saya, nak tak gunakan kemboja ni sebagai maid. Sajer nak bantu dia. masa ni keboja ni ada d Johor rumah sedara dia. Sebab dia ada anak kecik 7 bulan, passport ada, nak kerja kat luar masalanya dia nak jaga anak dia sendiri, cadangnya nak balik kemboja semula nak kumpul duit dulu. Suami dia orang pakistan dah tak ingin dan tak beri nafkah kat dia dah...tapi saya cakap kat pak haji saya taknak sebab banyak masalah nanti.


Dan lagi saya kat juga, masa belajar ni saya tak mampu nak beri RM 450 sebulan ditambah pulak ada dua orang tambahan saya kena tanggung makan dia. Dah tentu segala bil meningkat. Saya dengan hani memang cacamerba jer makan kami, ayah ada kami makan proper, ayah takde malam2 kami makan buah, makan roti, makan biskut, takde makan nasi berlauk. kalau rasa teringin sangat makan nasi kami keluar kedai. Dua tekak jer nak makan, buat apa susah payah nak masak, ayah ada memang saya masaklah juga....bukan tak masak langsung...lainlah kalau sakit macam akhir2 ni... Jimat juga cara macam tu.


Ni kalau ada orang, tambah ibu menyusu dan anak kecik, mau juga sentiasa kena ada stok makanan kat rumah. Bil api/air/gas confirm meningkat. Tambah nak bayar gaji pulak. Terfkir juga saya hal nak bawa anak dia ke klinik checkup bulanan, pastu kalau sakit demam, lagi pening fikir klau pakistan tu carik anak dia camana? Memang banyak masalah kat situ.


Kak aza ni tak fikir ker? Macam saja carik masalah jer. Sangka saya kes ni senyap macam tu jer, tiba2 subuh semalam timbul lagi. Serba salah saya dibuatnya. Saya cakap berlapiklah jugak dengan suami, takdelah membuta tuli terus saya kata taknak...ada alasan2 saya, saya katalah tak mampu bayar gaji dan tak larat nak tanggung kos tambahan sampingan yang lain. Tapi lain jadiklak, dia kata saya mampu, cuma saya tak pandai manage duit saya. Memanglah mampu nak bayar semua tu, tapi buat apa kalau kita nak berbelanja sikit2 pun nak berkira nanti. Kerja/belajar susah2 tapi nak senangkan hati belanja/makan lebih skit masa dapat gaji pun terpaksa bersekat. Nak balik kampung pun berkira2, nak beli baju cantik utk anak yg sorang tu pun bertangguh2...


Ni nanti tambah beban ada anak orang pulak...saya katalah kat suami gitu...tapi tulah agaknya suami ni pun dah 'terpesona' dengan kak aza punya cerita agaknya dia pun sama kesian kat kemboja tu kot. Ker nak buat bini? [sampai kesitu lak saya terfikir]. Lepas bincang isu tu dengan suami lepas dia balik slat subuh jadik macam masam muka lak. Dia macam marah saya...heyyyy...napa saya lak macam salah. dah kak aza gtal pi ajak kemboja tu datang rumah dia buat apa.


Sudahnya saya ke dapur, buat sarapan, takde hebat pun masak nasi dengan sambal sotong kembang tu jer, pastu buat teh o. Ajak dia mkan, masa makan oun mserius jer muka suami. saya ni macam biasalah, kalau dah biasa baca blog saya tau jerkan apa tindakan saya akan buat? Apa lagi..saya pun terpaksa mengalah. tapi takdelah tunjuk kat suami. Lepas makan suami msuk bilik, baring2 agaknya lah kot....saya pun masuk bilik hani kunci pintu. jangan bagi suami tau apa sya buat.


Saya pun call kak aza terus tanya apa cerita kemboja ni kak? terus pung pang pung pang dia cerita. tau jerlah kak aza kalau cerita....panjang berjela, dengan kiasan dan simpulan bahasanya. Terpesonalah sapa yang dengar. katanya Saniah, nama perempuan kemboja tu umur 26 tahun, tengah menumbuk sambal. katanya 'ko takyah susah makan minum dia, orang susah wa, dah biasa hidup susah takyah nak sediakan, pandailah dia carik sendiri. Ni hah, dah menumbuk cili, pandai lak cari udang kering dalam ice box akak...takde susah akak nak layan tetamu. Senang jer melayannya...'


"Saya bukan apa kak, saya dah cakap kat abang, saya tak mampu..akak pun kenal saya kan tau cara saya, bukanlah saya ni hidup sempurna sangat macam orang, ada duit belanja besar, takde duit nak tunggu cukup bulan saya boleh ajer ikat perut...nanti ada orang kat rumah kan ker susah saya nak mengaturnya. Lainler tahun depan saya dah mula kerja semula....memang mampu sangatlah. Masa belajar ni tak bolehlah kak, banyak komitmen lain...keter dengan hani jer akak tau dan seribu. bla..bla..."


"saya cakap kat abang kak, tapi dia macam nak marah saya pulak, muka dia pun sengal jer kak, tak sukalah. Tu dia dah tido tu..nilah nak tanya akak, camana sebeanrnya dia ni?


"wa, dia ni sementara jer, nak menumpang dulu, nak carik modal nak balik kemboja, kotler ko bolehler ko bagi dia berapa yang sesuai, tak payahlah sampai 450 sebulan, dia nak kerja tapi anak dia ni dia taknak kasi orang jaga...ko bagi jer dia duduk, kalau kat rumah akak ni tak bolehler, akak ngan sofiyyah lagi....kalau kau sesuailer ko duduk berdua jer...


dia pun tak kisah, ringan tulang dah biasa hidup susah, cuma kau kalau boleh tolong selesaikan penceraian dia, ko ada tak kenal orang pejabat agama? Akak boleh tolong jugak, tapi akak taknak lah heboh kat PD ni...


Adalah lagi yang kami borak2. Saya macam tulah jugak, tak sampai hati nak kata taknak baik dengan suami mahupun dengan kak aza.


nampaknya, tak reti dah nak cakap apa. samaada benda ni bawak kebaikan atau keburukan tak upaya dah nak fikir. kata putus dah ada. Hari ni jumaat dah kan? Minggu depan minggu terakhir sebelum peperiksaan. dan minggu depan ada dua presentation. Paper penguatkuasaan Undang2 rasuah dan paper rasuah dan kawalan sosial. Tu lagi nak kena fikir, nak touch up balik assignment tu...pastu dah exam, 10 - 16 mei pulak dah nak ke Singapore.


Petang ni import anak saudara dari Uitm shah alam suh datang sini, pastu suh dia drive keter bawak balik melaka esok pagi nak gi berurut lagi, ahad ada rumah sepupu kenduri kawin, ahad petang balik sini, mujur anak buah tu sudi nak drive, kalau tak tambah parah kaki sakit saya ni....mungkin ahad atau isnin tu Saniah tu datanglah sini.


Saya tak cakap dengan mak lagi apsal saniah ni, mak saya macam dah tak tahan nak balik kg jer, kalau boleh saya nak dia duduk lagi dua minggu sampai saya exam, sambil2 perhati saniah tu, takkan saya nak tinggalkan dua dua beranak dengan anak kecik jer dok kat rumah ni. Dahlah depan rumah saya ni ada public phone, kang dipanggilnya sesapa datang mana tau? Dri cerita kak aza macam baik budaknya, tapi saya tak tengok sendiri susah nak cakap...


Ntahlah.... kak aza..kak aza, pandai sangat dia nak tolong orang, dan peliknya macam dia tau jer apa dalam hati saya ni...senang2 jer dia ambil budak tu datang rumah dia dengan cadangan nak letak kat rumah saya....dia yakin dan percaya saya takde masalah nak ambil budak tu...walhal sebaliknya....dia fikir saya ni baik sangat ker macam dia?


Tulah semalam dia cerita, "wa akak ni mana ada terima tetamu lama2 kat rumah ni selain engkau, jemaah 3 hari tu lain ceritalah, kiranya terima saniah sebagai tetamu kat rumah ni takde masalah langsunglah....malam tadi dalam fikir2 takde lauk nak jamu tetamu ni, Allah hantar rezeki rendang ayam nenek bagi...[nenek tu mak Rosli iaitu orang yg suami pawahkan kambing2 suami utk dijaga tu] pagi ni diam2 dia dah pandai carik cili nak masak...toksah cakap banyak wa, tu kau dengar bunyi tu...tu saniah tu tengah menumbuk cili tu, takyah akak susah nak bagi makan apa wa..."




Thursday, April 2, 2009

Cerita semalam

Assalamualaikum w.b.t


Semalam ada bicara lagi. Terpaksa ponteng kelas sebelah pagi. Rugi betul, kelas tu pensyarahnya Prof. Datuk Dr Abdul Rahman Embong, salah seorang panel dalam J/kuasa yang ditubuhkan serentak penubuhan SPRM. Orang tua tu memang banyak idea lah. Perspektif dia pasal integriti dan rasuah pun memang boleh buat saya sangat teruja bila mendengarnya. Berbeza sangat persepktif integriti dari sudut pandangan ahli akademik dengan pandangan orang politik.


Minggu ni betul2 sibuk bicara lah. Kenapa agaknya semua bicara kes macam nak dikumpulkan dalam bulan april ni? Esok pun ada bicara lagi. Mujur esok takde kelas. Hari ni petang ada pembentangan group saya yang ditunda dari minggu lepas sebab saya ada court case. Semalam ajak bincang sebelah petang lepas abis kelas, salah sorang ahli kumpulan tu cakap dia nak balik. Dah tua malas nak gaduh2, biarkan jerlah. So langsung takde perbincangan pun. Main email jer, pastu combined slide powerpoint. Takpuas hati betul!



Mujur pensyarah semalam sediakan minum petang, sejuk hati...patut pelajar sediakan minum/makan ni, tapi semester ni pesyarah pulak sedikan tiap2 minggu minum petang...baik betullah diorang...pastu siap 'bertegang urat' masing2 dengan pensyarah pasal topik 'politik wang', pensyarah undang2 tu nampak dari sudut perundangan tapi kami pulak nampak dari sudut penguatkuasaan....sebab kami berbeza pendapat adalah pensyarah taknampak politik wang ni sebagai menyebabkan apa2 kerugian pada kerajaan...mlahan dari segi pembuktian sukar membuktikan hubungan langsung pengundi yang dirasuah dengan pilhan dia pada hari mengundi, boleh saja memilih yg lain....


Semalam juga dapat berita gembira, sepatutnya kami dari mula belajar dulu dapat elaun belajar. Tapi sungguhlah banyak masalah, sampailah sekarang satu elaun pun tak dapat, dipotong elaun sedia ada pulak tu. Kos memang bertambahlah, tol + minyak. Tambah2 takde claim apapun. Saya masih okay [paras hidung jugaklah tipa2 hujung bulan] tapi yang anak berderet berulang dari pahang, kedah, penang tu kesianlah. Mujur masing2 bini bekerja, buat loan kat bini jerlah. Dan diorang pun tido pun katy MACA [tak taulah bilik mesyuarat ker, surau ker,], lelaki senang lepak mana2 pun boleh....


Sebenarnya, kelulusan untuk program belajar kami ni tak dapat lagi. MOF [min. of finance] tak luluskan lagi. Kat sini banyaklah masalah/alasan/rasionalisasi yang diberikan, tapi kami akhirnya yang jadik mangsa, takdelah mangsa sangat. tapi kesannya tetap ada. Semester ni kena gugurkan satu kelas, 'Seminar Penyiasatan dan penguatkuasaan rasuah' sebab kelas bentuk seminar kena panggil penceramah pakar dari luar tapi macamana nak bayar, MOF tak luluskan maka tadelah peruntukan!


Dah macam2 juga usaha dibuat, baik pihak penyelaras di UKM mahupun phak MACA, termasuk juga presiden group kami mengadap Timbalan Ketua Pengarah SPRM, tapi dengarnya baru2 ni MOF luluskan, hari ni barulah pihak MACA minta no akaun dan salinan buku bank. Harap adalah berita gembira buat kami.


Berita sedih pun ada jugak. Jawatan saya dah di pool kan. Sedihnya sebab yang lain2 [4 pegawai sprm yang lain takde pulak dimaklumkan. Saya sorang jer. Yrlah jawatan saya kan Ketua Unit Siasatan, kalau takde orang pegang post tu kat mana2 state memang haru birulah. Maka disebabkan pentingnya post tu, pengarah minta hq maklumkan kedudukan saya, supaya senang diorang mohon pegawai baru ataupun jawatan saya tu boleh dipangku oleh pegawai lain. Tu yang hq keluarkan surat maklumkan saya teah dipoolkan dibawah pengurusan sumber manusia HQ.


So, akibatnya, sekarang saya takde bilik lagi, dah convert bilik saya jadik bilik temuduga pegawai baru bulan lepas, pastu dapat arahan pulak kena hadir jamuan perpisahan untuk saya dan 2 pegawai lain yang bertukar pada 10 hb ni...dan juga saya akan buat dokumen serah tugas pada peg yang memangku jawatan saya tu...sedih :(.


Satu masalah timbul pulak, kan saya banyak terlibat court case akhir2 ni, banyak juga melibatkan perbatuan, so saya nak claim pada sapa? saya masa kerja dulu memang jarang-jarang claim sebab kadang2 terasa saya pun ada juga makan gaji buta sekali sekala. So kononnya tak claim tu kira kontralah...sedekahkan jer duit claim tu pada kerajaan. Banyak duit claim ni kalau dituntut, termasuklah 5% elaun keraian dari gaji asal kita...elaun keraian ni jer dekat Rm200, tapi saya tak claim pun...selalu meraikan sumber [saksi dan pemberi maklumat atau kawan2] dengan duit sendiri jer...


Tapi semalam, dimaklumkan kena claim ke HQ...lagi banyak cerita, sapa pulak nak ke HQ nun...tak biasalak tu...malu jugak lah...tiba2 tunjuk muka kat HQ nak claim T&T lak...kira halal jerlah....tulah dah 9 tahun kerja jarang-jarang claim...memang ada yang marah saya tak claim termasuk pak haji...katanya hak kita claim tu...tapi saya camtulah jugak...sebolehnya kalau menyiasat dulu saya bawak pegawai lain yang rendah pangkatnya dari saya supaya diorang boleh claim...kalau gi menyiasat dekat2 atau bawak kes sebolehnya saya bawa kereta jabatan...yerlah sebagai persediaan masa susah, kadang2 hujung tahun peruntukan utk claim habis, bagi yg bergantung pada claim tu memang 'teruk'lah bagi saya takde apa...apapun kerja kami yg memang asasnya menyiasat dan merisik mahupun mengesahkan maklumat diluar, memang banyak habis duit lah sepanjang bulan kehulu kehilir menyiasat....kecualilah pengarah, timbalan dan juga macam saya dulu sebagai KUS yang takde Investigation paper dalam tangan kecuali kes utk pendakwaan!


rasanya cerita saya makin merepek dan tak focus..ntah apa2 jer jari jemari saya menaip ni. Oh ya sekarang saya ada satu habit baru. Saya suka basuh baju guna tangan dan puas hati tengok baju basah2 bersidai...dan kotoran degil pun dapat tanggal. Mulanya saya basuh tangan sebab kaki/pinggang sakit nak duduk bangun sidai baju di belakang. So saya duduk jer atas bangku kecil dalam bilik air saya berus baju2 tu, bilas dan sidai dalam bilik air sampai tos airnya, bila dah tos saya jemur pada penyidai yang saya letak dalam bilik stor belakang....so sekarang saya tak payah keluar rumah dibelakang dan tak sakit hati tengok Cina belakang tu yang 24 jam duduk dapur makan/borak/bersidai.sampai jam 2/3 pagi borak kuat2, ramai pulk tu anggita keluarganya, semua dah dewasa lelaki perempuan. Dulu2 ada juga bertegur tapi sekarang tak kuasa saya. Kalau saya keluar semua tengok2 saya, yg duduk kat meja makanlah, yang basuh pinggan kat sinkilah yang sedang sidai kainlah...sekarang senang hati saya....



P/s: ada berita baru jer pak haji sampaikan subuh ni, ada perempuan dari kemboja ada anak lelaki umur 7 bulan, kawin dgn pakistan berniaga di Nilai 3, baru bercerai kemudian duduk menumpang rumah adik beradik dia di Johor, org ni kak aza jumpa kat nilai 3 lama dulu masa dia shopping [dia ada cerita dulu dekat saya dia jumpa perempuan ni, mengandung sama dengan dia], sempat tukar2 no. hp, pastu baru2 ni callled minta tolong kak aza, pastu kak aza dengan pak haji cadangkan letak kat rumah saya sebagai maid...bantu saya yg sakit2 nilah...semalam kemboja tu sampai dari Johor ada kat rumah kak aza lah sekarang ni! Patutker saya ambil dia ni? Dengan tak kenal, ada anak plak tu, esok2 anak dia sakit tgh malam, susu abisker...camno pening saya ni. Pak haji plak kata, "dah madu ko tu pandai sangat nak tolong orang..abang pun tak tauler..., ko ambik jerlah dia atas niat nak tolong"...patutker????