Friday, October 30, 2009

Minta pandangan sahaja, itupun jika ada!

Assalamualaikum w.b.t


Semalam masa hantar hani sekolah, ada orang call, missed call sebenarnya, so cam biasa saya call semula, sebab pak haji tgh drivie dan hp xde credit.


Mujur gak saya call, bau tau citer, ada orang nak sewa rumah pak haji yg di PD tu. Kan dah baca rumah tumpangan napa nya yang nak sewa jugak tak paham2 bahasa!


Pendek citer petang tu saya dapat khabar pak haji macam jadik nak sewakan rumah tu. Saya rasa terkilan sangat.


Sebab dulu kenapa beriya nak betulkan rumah tu itu ini. Saya pun daj suka, sanggup laburkan duit. Saya dah keluar kos pasang tiles dari tangga hingga ke seluruhan tingkat atas & repair bilik air [4k], pasang 2 a.cond [3k], beli pinggan mangkuk, sesikit perabot, langsir dan seangkatan [lebih 2k] dan pak haji sendiri beli perabot 5k, tapi baru 3 bulan operasi dah nak sewakan.


Kalau sewa 600 ratus mungkin berbaloi, ini sewa RM400 sebulan. Kesan pada rumah sepanjang sewakan tak tau pulak nanti...terutama penyewa tu peniaga ayam...bukan kerja bank ker, kerja kerajaan ker, mesti perkakas berniaga jer melambak.


Sebab orang tu nak sewa simple jer, sebab sebelah rumah pak haji ada space untuk parking keter. Tu jer!


Dalam hati saya, sedih gaklah, tak puas lagi lepak kat rumah tu. Kalau nak kata homestay tu tak dapat sambutan, baru sangat lagi, baru 3 bulan, tak boleh nilai lagi, tu pun dah 2k pulangan dia, kalau sewakan nak dapat 2k kena tunggu 5 bulan baru dapat.


Sejak beroperasi ni belum tempuh cuti sekolah, dan belum ada lagi orang kawasan tu yg buat kenduri kahwin. Bulan 12 ni ada jiran nak buat kenduri kahwin dah tanya sebab dia nak sewa rumah tu. Sabarlah dulu...


Saya tak terkilan kalau saya tak menyumbang apa2 dulu. tapi cara dia yakinkan saya tentang projek homestay ni buat saya sanggup korban duit saya.


Tambah2 pulak saya bolehlah menumpang melepka kat sana sesekali sekala. Baru jer minggu lepas pasanga pip shower kat porch depan rumah tu. Tangki atas pun baru betulkan. Dan peti ais 2 pintu pun kak aza dah letak situ.


Barang2 tu pulak pak haji nak jual semua pada penyewa. Saya kata takkanlah nak jual semuanya...kata dia, apa yang saya nak ambillah...mudahnya cakap! Mana pulak saya nak sumabta rumah saya ni dahlah kecik, memang tak perlu dah semua2 tu...lagipun tak naklah saya perabot2 semua ni.


Cuma penat lelah saya kemas, jahit langsir, susun dan segalanya tak terbayar lagi ni. Baru jer minggu lepas saya beli towel 6 helai buat ganti towel yang diambil oleh group UMNo yang duduk masa pilihanraya hari tu. Dah siap dah saya basuh dan simpan dalam dressing table. Bulan lepas pun baru jer saya beli sabun kecik2 macam hotel utk letak dalam bilik air dan beli pewangi bilik dan ubat gegat penyerap bau yg letak dalam toilet tu...saya beli tu pun sebab pak haji suruh...bukan suka2...dan modal cam biasa saya jugak keluarkan....mana saya taks edih..suka2 jer buat keputusan...



Bagi saya, setakat 400 tu tak abwa apa2 makna sangat. banding dengan gembiranya Hani dan saya kalau lepak2 sana...bukan selalulah tapi walaupun sesekali tapi susah nak cari dan beli kebahagian tu. Bila duduk sana rasa dekat jer dengan pak haji. Baru rasa acam nak beli basikal so masa duduk sana bolehlah saya kayuh2 basikal kuruskan badan sambil bawak hani jalan2 pusing kawasan...



Malam tadi saya terfikir, macam saya jer nak sewa rumah tu, tapi saya nak minta kuranglah, saya nak sewa RM300 sebulan jer...pastu saya usahakanlah jugak promosi kalau ada sesapa, kawan2, sedara atau orang kg nak duduk situ ker...sebagai duit sampingan.


Agak2 pak haji setuju ker tidak? Tapi saya pun berkira jugak ni, kalau nak bayar sewanya saya hanya mampu tahun depan, sebab tahun ni komitmen dah banyak dah...nak standby yuran hani sekolah darjah 1 [lebih seribu juga khabarnya], persiapan nak beli baju2 untuk masuk kerja semula tahun depan.


tapi tak tahulah ok ker tidak cadangan saya ni, ikut hati memang saya nak biar lantak jer...tapi sok sok apa2 berlaku pada saya juga dia mengadu cerita masalah dan saya juga yang baik hati ni serah diri tolong itu ini. saya dah tau sangat saya ni...sah2 semua masalah pak haji akan cerita kat saya...kalau yg baik2 tu kongsi dan citer kat kak aza jerlah...


Ok ker ni cadangan saya ni? Setakat 300 saya mampulah kot sebab tahun depan dah mula dapat elaun semula sebab dah kerja dan mula bulan ni pun dah dapat anjakan gaji...rasanya 300 tu boleh jugaklah...sesekali saya ni terfikir nak berhentikan si Rika tu sebab bayar RM450 macam tak berapa berbaloi dengan kerja yg dia buat + saya kena kuar kos makan dia [tak seberapa pun] tahun depan sedangkan kami dua beranak dua2 takde rumah siang hari tahun depan..yerlah hani sekolah sampai petang, saya plak kerja. Lainlah kalau saya ada baby mungkin dia sgt diperlukan...


Rika ada ni banyak jugak pembaziran, hari2 masak, pastu terbuang nasi lauk...malam kadang makan kadang tak...banding dia takde, kami makan sempoi jer..kadang makan luar..sejak dia ada, stok lauk memang sangat larap [cepat habis]...biskut pun kena ada jer...eh bebel tajuk lain lak...ok bagi pandangan ok, kalau elok saya biar jer pak hj sewakan bagitaulah...






Wassalam

Apa itu keluar dakwah bagi Masturat

Assalamualaikum w.b.t

Saya mula keluar masturat sejak selepas kahwin iaitu seawal tahun 2001 sehinggalah ke hari ini. Walaupun tidak istiqamah keluar mengikut nisabnya [masa yg ditetaokan] namun seboleh daya saya usahakan juga keluar dakwah ini. Mungkin ada yang tak faham apa yang dimaksudkan keluar dakwah ini maka saya petik dari blog sahabat tabligh yang saya rasa ada penjelasana. Bacalah kalu nak baca...Saya petik dari blog www.ziarah76.blogspot.com


ANTARA lelaki dan wanita siapa yang lebih kuat? Tentu lah jawapan kita, lelaki kuat. Tetapi sebenarnya lelaki bukan kuat mana pun kerana kita nampak saja kuat dari segi fizikal misalnya, padahal sebenarnya wanita juga mempunyai kekuatan yang melebihi lelaki dalam hal-hal tertentu termasuk faktor dalaman mereka yang kuat, walaupun dari segi fizikal mereka lemah gemalai.

Mafhum satu hadis, Nabi s.a.w bersabda:

'orang yang kuat itu adalah mereka yang dapat menahan kemarahannya.'
Ini bermakna faktor dalaman menahan marah itu adalah satu kekuatan yang paling kuat.


Nak tahu wanita kuat atau tidak, cuba kita bayangkan point of view di bawah:
1-Wanita punya kuat menanggung kesakitan mengandung 9 bulan dan seterusnya bersalin. Ini Orang lelaki mesti kena respect habis golongan wanita. Lelaki bukan sahaja tiada kekuatan untuk berbuat demikian bahkan memang tak boleh pun. Kadang-kadang ada orang lelaki yang hendak lihat isterinya bersalin pun tak sanggup. Punya kuat orang wanita ini, bahkan bukan sorang malahan satu atau setengah dozen anak pun dia steady je. Lelaki sakit tangan sikit dah mintak isteri urut...


2-Wanita punya kuat menahan kesusahan menjaga anak dengan pelbagai kerenahnya tetap tabah dan bersabar. Bukan seminit dua, bahkan hari-hari 24 jam dia bersama anak-anak yang kecik hingga besar dari buang air besar kecil anak-anak hingga ke makan pakai anak-anak, semua dia sabar dan kuat menguruskannya tanpa minta elaun pun.
Lelaki baru jaga anak tak sampai setengah jam dah naik angin dengan perangai anak-anak maka lepas tu ada lah anak-anak kena luku, paling-paling pun tension dengan perangai anak, maka suami tu tidur atau keluar rumah kena teh kat luar. Lepas tu makan pakai suamipun dia minta isteri dia uruskan bahkan anak-anak pun urusan pun dah banyak.


3-Wanita kuat mengalirkan air mata yakni menangis, lelaki kuat mengalirkan air liur yakni tidur. Bila wanita ni bangun tahajud berdoa dia mudah menangis, merayu, merintih memohon daripada Allah maka doanya mudah makbul kerana kesungguhannya meminta sungguh-sungguh, bukan dengan percakapan sahaja bahkan meminta dengan fikir risau, hati dan perasaan. Maka masakan tidak doanya mudah diperkenankan. Lelaki kuat dengkur...


4-Wanita rata-ratanya (bukan semua) lebih kuat pengaruhnya kepada anak-anak berbanding lelaki. Ini kerana ibu lebih bersama dan memanjakan anak-anak, kalau anak-anak nak sesuatu dia akan cakap kepada ibu dulu. Bapa kalau dah tak boleh nak cakap apa dengan anak-anak, maka dia akan gunakan isterinya untuk jadi jurucakap kepada anak-anak. Lelaki memang kuat politik...


5-Wanita memang kuat. Sesetengah isteri, sudah lah urusan di rumah dia selesaikan bahkan ada pulak yang terpaksa bekerja di luar untuk membantu suami. Maknanya, suami tak cukup kuat untuk sara keluarga, maka isteri datang membantu menyara keluarga.



Mungkin banyak lagi yang boleh diambil contoh, namun sebenarnya kuat atau tidak, bukan menjadi persoalannya. Kerana lelaki dan wanita mempunyai kelebihan tersendiri dan sifat yang saling memerlukan antara satu sama lain dan bantu membantu dalam urusan kehidupan yang mana dengannya maka manusia akan tenteram dan tenang kehidupannya.


Namun begitu adalah penting untuk lelaki menghargai dan mencurahkan kasih sayang yang sebenar-benarnya kepada mereka. Dan mengasihi mereka bukan dengan cara kita memberi wang, gelang emas, kereta besar, rumah besar, alat make-up dan sebagainya.
Perkara itu adalah keperluan yang boleh diberikan mengikut kemampuan dalam menunaikan tanggungjawab dan kewajiban memberi nafkah dari serba serbi. Dalam hal ini kesederhanaan adalah jalan terbaik.


Namun jika kita mengasihi isteri, maka perkara pertama yang perlu diberikan ialah kefahaman agama, amalan agama dan kerja agama. Ini adalah teramat penting untuk membawa kepada kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Jika tidak, nanti di akhirat lelaki akan didakwa oleh orang di bawah jagaan dan tanggungannya.
Wanita perlu diberitahu bahawa mereka juga dihantar sebagai umat Nabi s.a.w yang bertanggungjawab kepada agama Islam. Kerja sebenar mereka bukan basuh kain, memasak, sidai baju, cuci pinggan, layan suami, buat kek muffin dan sebagainya. Bahkan lebih daripada itu, kerja mereka adalah pembantu agama yakni bersama-sama dengan suami mereka membela dan menegakkan agama hingga agama tersebar ke seluruh dunia. Suami isteri perlu bantu membantu dalam hal agama dengan niat mencari keredhaan Allah.
Hari ini kita telah salah faham maksud sebenar umat ini dihantar, maka suasana rumah kita telah jauh daripada kehidupan beragama.


Iaitu, ruang tamu kita telah menjadi seperti lobi hotel, ruang rehat yang ada TV menjadi seperti panggung wayang, dapur macam restoran, bilik tidur macam bilik hotel, tempat basuh kain seperti kedai dobi dan sebagainya. Wanita seperti mesin mengeluarkan anak. Majalah hiburan dan isu semasa, mengumpat, gossip, dibincangkan disudut-sudut rumah, almari seperti butik, peti almari seperti bank, amalan agama mati di rumah. Maka keluar lah anak-anak yang runtuh nilai-nilai agama dari rumah-rumah.


Wanita telah menghabiskan air matanya di tempat tidak sepatutnya iaitu di depan TV ketika menonton hindustan sedangkan suaminya sedang ghast. Pengorbanan dan kesibukannya digunakan dengan perkara yang tak sepatutnya kerana mereka tidak diberitahu peranan dan kerja mereka yang sebenar. Mereka berlumba-lumba dengan cara yang salah, jika jiran beli perabot baru mereka pun nak yang baru dan sebagainya. wanita-wanita Islam bersidai di pusat membeli belah, merewang, membuang masa, meletakkan muka di lif-lif dan tangga pasaraya, mendedahkan aurat hingga semua lurah ditunjukkan kepada umum.


Ini adalah berpunca daripada kelemahan orang lelaki selaku bapa atau suami atau abang kepada adik perempuan yang gagal menjaga wanita-wanita Islam kita. Sesetangah lelaki yang begitu bersemangat mendengar bayan di markaz, khusyuk dengar kuliah agama di masjid dan surau tetapi membisu tak memberitahu sepatah haram kepada ahli keluarga. Atau suami tidak memberitahu isterinya yang berkongsi tempat tidur dan bantal.


Akhirnya wanita kita tidak faham lalu menyangka usaha agama adalah mengasingkan mereka, lalu tidak diambil endah.


Maka penting, kita libatkan isteri kita dalam usaha masturat dan ini adalah kehendak ulama yakni kita mencontohi kehidupan Nabi s.a.w dan para sahabat yakni wanita-wanita kita juga mencontohi kehidupan para sahabiah. Empat dinding rumah tempat wanita itu tinggal adalah satu khazanah yang melahirkan manusia berkualiti unggul hingga boleh menggoncangkan dunia. Nabi s.a.w dan para sahabat tidak boleh tidur di rumah jika ada harta di dalamnya, apabila Nabi s.a.w menerima hadiah berbentuk barang atau wang maka akan segera diagih dan disedekahkan kepada fakir miskin dan orang memerlukan. Nabi berada di masjid dan hanya pulang ke rumah setelah harta tersebut selesai disedekahkan.


Para sahabat yang mencontohi kehidupan Nabi s.a.w turut memahami bahawa mereka berasa tidak senang jika harta berada dalam rumah. Mereka mewujudkan rumah harta iaitu baitulmal. Sebab harta perlu diletak dalam rumah harta tetapi tidak sekali-kali di rumah mereka.


Kehidupan para sahabat dan isteri mereka dengan penuh
keberkatan yang mana mereka bukan lah orang miskin bahkan Allah berikan pelbagai kurniaan kepada mereka hingga ada sesetengah ulama mengatakan kekayaan mereka
tidak dapat lagi dijangkau oleh kita. Namun begitu kesemua harta mereka diinfak dan digunakan di jalan Allah hingga mereka hanya berbuka dengan tamar dan air sejuk sahaja. Tiada apa-apa dalam rumah mereka, kosong, lantai dan dinding sahaja dengan kehidupannya yang amat sederhana.


Ulama berkehendakkan rumah-rumah seperti madrasah, suasana masjid di mana amal-amal agama dihidupkan, ada orang belajar dan mengajar yakni hidup amalan taklim, bacaan al-Quran, perbincangan mengenai iman, meningkatkan imal dan amal, berbicara mengenai kisah anbiya, Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat r.hum, risau mengenai akhirat dan kepentingan menjalankan tanggungjawab menyeru manusia kepada Allah.


Ini perlu dimulakan walaupun sedikit demi sedikit bermula dengan taklim rumah. Hingga keluar dari rumah kita para alim, alimah hafiz hafizah dan manusia yang taat kepada Allah dan menjadi daie Allah. Mereka adalah orang Allah, yang dalam pemerliharaan Allah, tiada siapa boleh mengganggu mereka, walaupun bergerak seluruh dunia tetap dalam pemeliharaan Allah.


Wanita menjadi pendorong dan pemberi semangat kepada suami dan anak-anak lelaki untuk aktif dalam usaha agama. Bagaimana cerita seorang sahabat yang tempang lagi tua, apabila ditafakut oleh Nabi s.a.w, Nabi telah membenarkannya untuk tidak keluar berjihad lalu dia balik ke rumah. Tetapi apabila sampai di rumah isterinya berasa malu kerana suaminya tidak keluar di jalan Allah lalu memberi kata-kata semangat hingga suaminya malu kerana tidak keluar di jalan Allah.


Akhirnya Nabi s.a.w membenarnya keluar di jalan Allah lalu sahabat itu syahid di jalan Allah. Apabila jenazahnya hendak dibawa balik ke rumah, unta sahabat itu tidak mahu bergerak ke arah rumahnya, apabila ditanya rupa-rupanya dia telah berdoa supaya jenazahnya tidak lagi dipulangkan ke rumah.


Begini lah peranan sahabiah 24 jam sentiasa fikir bagaimana agama boleh maju dalam kehidupan manusia dan semua sahabat mendapat dorongan daripada sahabiah. Apabila Abu Bakar r.a telah mewakafkan seluruh hartanya di jalan Allah maka tiada satu benda pun yang tinggal di rumahnya. Maka saudara maranya datang bertanya kepada anak perempuan Abu Bakar r.a apa yang telah ditinggalkan, maka anak perempuannya dengan tegas dan yakin mempertahankan tindakan ayahnya dalam satu kisah yang meruntunkan jiwa.


Khadijah r.a asalnya wanita kaya, tetapi semuanya telah dibelanjakan hingga tiada apa lagi yang tinggal. Manusia yang pertama memeluk Islam adalah wanita iaitu khadijah r.a dan manusia yang pertama syahid juga adalah wanita iaitu Sumaiyah r.a pada zaman Nabi s.a.w.


Begitu banyak pengorbanan mereka yang tidak boleh diceritakan lagi di sini, tetapi pokoknya di sini adalah betapa pentingnya peranan wanita dalam mengembangkan agama sememangnya tidak boleh dinafikan lagi.


Wanita di zaman sahabiah begitu berani hingga mengalahkan lelaki zaman ini, mereka seolah-oleh lelaki. Hari ini lelaki Islam menjadi lemah kerana mereka berperangai seperti wanita di seluruh dunia. Sebagai contoh, lelaki sepatutnya bersolat di masjid secara berjemaah, tetapi lelaki zaman ini rata-rata lebih gemar bersolat di rumah bersendirian. Padahal bersolat di rumah bersendirian adalah amalan wanita.
Sebab itu umat Islam menjadi lemah di seluruh dunia kerana telah berperangai seperti wanita dalam banyak hal dan bukan setakat dalam solat sahaja.


Lelaki perlu menjadi benar-benar lelaki baru Islam menjadi kuat, menjadi lelaki adalah mengamalkan agama seperti mana di tunjukkan baginda Rasulullah s.a.w.
DAN apabila wanita bangun turut serta membantu agama, maka mereka menjadi seolah-olah lelaki dari segi keberanian.


Seperti contoh, kisah bagaimana Umar r.a semasa belum memeluk Islam beliau dilantik sebagai pahlawan yang hendak membunuh Nabi s.a.w. Dalam perjalanan beliau diberitahu bahawa saudaranya telah memeluk Islam lalu, dia pergi ke rumah saudaranya yang ketika itu sedang dalam sesi taklim iaitu membaca al-Quran.


Dalam kisah ini terdapat perbualan panjang yang kita boleh rujuk sendiri tetapi apa yang hendak dinyatakan di sini ialah Umar telah menampar saudara perempuannya hingga berdarah kepala. Tetapi apa yang dijawab oleh saudara perempuannya itu ialah jika kerana agama ini dia dipukul maka dia redha dan tidak akan berganjak.


Saudara perempuannya begitu berani menjawab dengan tegas hingga tersentak Umar lalu beliau bertanya apakah yang dibaca tadi dan dia mahu melihatnya, dan selepas dia berwuduk lalu membaca surah Toha, maka hidayah telah sampai kepada Umar r.a yang kemudiannya memeluk Islam di hadapan Nabi s.a.w. Di sini perlu dilihat betapa wanita telah menjadi seperti seorang lelaki yang berani.


Peranan wanita cukup luas dan hari ini, jika kita terlibat dalam usaha dakwah maka perlu dilibatkan sama usaha masturat untuk wanita. Dengan itu baru la umpama burung terbang dengan 2 sayap, jika tidak hanya dengan satu sayap yang tidak ke mana-mana. Dengan itu potensi wanita digilap dan memberi sumbangan besar kepada agama.


Jika mereka terlibat dalam usaha masturat maka mereka biasanya lebih komited dan berdisiplin berbanding lelaki.


Apabila azan berkumandang, mereka dalam keadaan berwuduk berada di atas sejadah. Banyak doa-doa dihafal, al-Quran dan taklim dibaca setiap hari dan zikir, tahajud, dijaga dengan istiqamah begitu juga amalan lain.


Kesabaran, kesetiaan dan bersusah payah untuk agama sungguh menakjubkan. Percakapan iman yang lemah lembut tetapi memberi kesan dan zihin kata-kata membakar semangat yang memberi motivasi kepada lelaki. Lelaki perlu membantu tidak menyusahkan isteri kerana Nabi s.a.w sendiri membantu Aisyah r.a melakukan kerja-kerja rumah bahkan Nabi sendiri menjahit pakaiannya sendiri.


Hari ini kita lelaki apa salahnya kita cuci pinggan, masak, basuh baju sekali sekala, kemas rumah dan kalau boleh buat sesuatu sendiri tak perlu menyusahkan orang rumah misalnya mengosok baju dan sebagainya jika mampu. Isteri-isteri kita sebenarnya bantu kita uruskan hal ehwal rumah bukan kita jadikan dia seperti orang gaji. Sebaliknya kita lah yang perlu membantu mereka. Halaman rumah Nabi s.a.w amat terkenal kerana kebersihannya kerana Nabi s.a.w sendiri yang membersihkannya dan Nabi s.a.w bergurau dengan Aisyah semasa membantu kerja-kerja rumah.


Ganjaran dan kelebihan yang tersedia untuk wanita solehah terlalu banyak hingga mereka boleh pilih mana-mana sahaja pintu syurga jika dia meninggal dunia dalam keadaan taat perintah Allah, dan suaminya redha kepadanya. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 1,000 orang wali.


Bahkan mereka akan memasuki syurga 500 tahun terlebih awal daripada suaminya, dan mereka menjadi ketua kepada bidadari syurga. Suami dan isteri akan dipertemukan di syurga yang kekal abadi. Sebab itu, di dunia ini, tanda suami mengasihi isterinya ialah dengan memberi agama, amal agama dan usaha agama.


Wallahualam.

Wassalam

Thursday, October 29, 2009

Kisah Hani dan ayah

Assalamualaikum w.b.t


Hani.

Malam tadi kami dua beranak tido awal. Saya tido dengan telekung, lepas perhati hani mengaji dan saya baca yasin [tak habis pun] ntah macamana saya tertido dah...


Memang mujahadah nak buat amal ni. Zaman sahabat dalam susah payah mereka buat amal, dengan panas terik, dengan cabaran dan ugutan dari kaum musyrikin mekah....tapi zaman ni kita mujahadah dalam keadaan senang.


Punyalah mencabar nak mengaji dahlah dengan bukak aircond....pastu duduk atas tilam yang empuk...bantal plak dah siap standby tunggu nak berkhidmat jer...


Masa saya tido tu hani masih dok mengaji lagi, saya sedar2 dia kejut saya sebab dia nak bukakkan telekung dan kain telekung yang saya masih pakai sebab nak tolong sidaikan...alahai siap lipatkan pastu sidaikan dengan elok....pastu tolong tutupkan lampu dan rapatkan pintu...dah ada rasa tanggungjawab dah anak dara tu...pastu pandai pulak dia tido sendiri belakang saya takde pulak nak minta peluk ker hapa ker...dah berdikari dah dia...



Anak dara tu cam biasa lepas solat magrib dia akan ambil quran dan mengaji. Saya perhati jer, sekarang dah lancar dan, cuma kurang berlagu dan sesekali harkat nya terlari sikit.


Rasanya malam tadi dah masuk juz 2 dah....kat sekolah satu hari baca 3 ayat jer..tu sebab saya suruh dia baca kat rumah jugak...


Kadang2 rasa kagum gak dengan hani ni, quran yang dia baca tu quran terjemahan, tulisan kecil jer...ada baris atau tanda2 yang silap, tak macam Quran betul, saya memang tak banyak quran, ada satu yang saya beli amsa belajar di USM dulu, dua quran terjemahan, satu beli masa belajar dan satu masa kerja dan satu lagi quran saya beli untuk hani dan yang ini letak di sekolah.


walaupun tulisan kecil ada jer yang dia nampak kalau ada tersalah baris...tertambah tanda bacaan ataupun ada titik yang agak pelik atau terletak senget skit....tu yang saya perlu juga perhatikan dia mengaji tu....


Dia kalau mengaji bukan main kuat suaranya...baca taklim pun sama..sampai nak terbatuk2lah..semangat tahap tinggi punya...kalau dah sampai terbatuk2 tu mulalah dia berhenti pastu cakap, eh napa kakak ngaji kuat sangat ni..letihlah..pastu perlahan balik, masa dia mengaji ni rasa sangat yang dia dah cukup besar dah...


Sekarang kalau solat, masa sujud terakhir tu memang panjanglah dia sujud. Duluuu dia ada tanya saya kenapa kalau sujud akhir tu saya lambat bangun semula. Saya jawab masa tu kalau kita doa adalah baik, allah dekat dengan kita...adalah afdhal kalau kita doa masa sujud. So, sekarang bila sujud memang tak lepaslah dia berdoa...panjang sujudnya kadang kalah saya pulak!


Bila tanya doa apa, dia kata doa untuk dapat adik, lately ni saya suh dia tambah doa supaya ayah sihat jugak....lepas solat dia doa lain pulak, khusyuk jer dia doa.... yang ni doa yang dia belajar di sekolah...siap dengan intro pujia2an dan kemudian adalah word macam, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku, rahmatilah mereka...sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangiku sewaktu kecil....pastu penutup doa...dulu masa 5 tahun baru2 dengar dia doa macam ni alahaaii dah besarnya dia dahn pandai doa untuk mak ayah dia dah...



Syahdu jugaklah tengok anak gadis ni, dah lepaslah jugak kiranya tanggungjawab saya sedikit, kiranya solat dah pandai, walaupun takdelah setiap hari cukup 5 waktu, kadang lompong jugak, solat subuh takde masalah, selalu zohor atau asar yang terlepas kadang dia tido kadang tengok tv sampai lupa....isyak maghrib dengan saya, takde hal....tambah2 juz amma dah hafal, doa2 pun dah banyak yang tau, puasa pun dah cukup 30 hari, rukun iman dan rukun islam dah tau sangat dah, asmaul husna pun dah tau...nama malaikat nama nabi pun dah hafal..cuma yang lebih detailnya apa yg dia belajar saya tak berapa ikuti pelajaran dia dah..minggu lepas dan minggu ni dia periksa. Nanti hujung tahun dapat prestasi barulah tau...


Baru2 baru ni dah dapat surat dari Sekolah Rendah islam ABIM, hani dah lulus peperiksaan kelayakan untuk darjah 1, diminta daftar sebelum 30 november dengan membayar deposit RM300. Konvo hani pun 14 Nov ni, tapi rasa macam malas nak pergi, Sebab bayar mahal sangat. Minum pagi satu kepala RM25, hi tes tengahri RM45...kalau 3 orang RM210 ..kos untuk makan sehari, berbaloi ker tak????



Dahlah masa tu tak gaji lagi, bulan okt ni dahlah gaji awal. Ikutkan malas nak pergi. Dah bagi hint kat ayah kotlah dia nak sponsor tapi katanya tak payah pergilah. Kesian pulak, semalam dah dapat surat dari sekolah, hani akan dapat 3 hadiah, dan akan terlibat dalam 5 persembahan. Baju gown dah tempah [tapi tak ambik kot sebab RM64 sepasang kos tempahannya] so saya dah beli gown kat bundle RM18 jer...dah cuba pun cantik sangat bila hani pakai, macam princess...saya cakap kat ayahnya macamana kalau tak payah bayar makan, bawak bekal jer...aci dak?


Macamana tak mahal buat kat hotel..kat Kelana Resort Seremban..buat jerlah kat dewan2 mana ker, takdelah kosnya tinggi....tapi katanya nanti ramai plak ibubapa merungut tak selesa...yerlah ramai gak yg ado-ado hantar anak kat sekolah tu..tapi kami yg tak ado-ado ni camno tu?


Semalam dapat surat gak kena bayar RM9 kos sewaan baju dari guru muzik untuk persemabahan percussion...untuk persembahan percussion sewa baju guru muzik, persembahan nyanyian Sound of music pakai gown, persembahan bacaan doa baju kurung [baju sendiri jer]...tak taulah apa lagi yang nak kena sediakan, oh ya..kena beli tudung putih jugak untuk pakai bersama gown dan tudung cikg dah pesan awal kena masukkan dalam baju....macam2kan...


Klau tak pergi agak kesian jugaklah..dah berlatih hari2 tiba2 hani tak pergi pulak,kan? naya betullah tu....cuma isunya perlukah saya bayar untuk rika sampai RM70 makan untuk sehari tu? Mahal sangat tu...rasa macam nak bawa dia tapi makan bawa bekal dari rumah jer...tak taulah ok tak idea ni? Wah..tiba2 berkira sangatlah pulak saya ni....


Pak haji sah2 takkan nak pergi, dia mana nak pergi majlis bersosial macam tu. dahlah ada persembahan bagai, memang kena kutuk abislah saya kalau saya bawak dia....dah tu majlisnya pagi sampai ke petang. pagi persebahan dari semua cawangan Murni, termasuk baby, 4 tahun dan budak2 transit petang...dan petang barulah penyampaian scroll untuk kanak2 6 tahun...


Pak haji.

Malam tadi tengah sedap2 tido, tiba2 dengar orang ketuk pintu dengan kuatnya. Rupanya pak haji balik sini lak. Tak bagitau awal pulak. Sebab semalam mesyuarat dan hari ni dia nak ke Perkeso so dia balik sini.


Balik2 tanya nasiklah pulak, saya memang pemalas nak ke dapur malam2 ni...terus ajak kuar makan. Tapi pak haji rajin jengah sampai ke dapur, saya baru teringat ada lauk ayam salai masak lemak cili api, tanya pak haji tak nak plak lauk tu. dia santan2 ni tak suka, so dia tengok telur banyak suh buat dadar. Tengah2 buat dadar teringat stok ikan punyalah banyak dalam peti ais, so ambik talapia sekor saya goreng. Saja beli talapia sebab nak masak sweet sour, hari tu masa keluar 3 hari saya masak utk jemaah [20 org punya makan, 10 ekor ikannya] sweet sour sedaplah pulak, macam nak makan lagi jer...


So pagi tadi kami 3 beranak sarapan sama di kedai, pastu hantar hani terus ke Perkeso, hantar surat perkeso untuk pencen ilat pak haji dan juga surat pencen perkeso kak aza, dan dua anak2nya. memang tiap2 tahun saya yang pergi hantarkan. Dan saya jugak yang sahkan surat2 tu...tapi tahun ni kak aza tak suruh saya cop pengesahan pun, tengok2 dia dah cop siap2, nama pensyarah politek PD..kawan kakak dia.


Lagipun kalau dia suh saya pun cop saya tak relevan lagi dah sebab BPR dan tukar nama jadik SPRM cop saya dah ketinggalan pakai nama jabatan yg lama. Tapi pagi ni macam tahun lepas saya jugaklah yang pergi hantarkan, dan benda ni kak aza tak pernah tau, borang berkaitan perkeso ker Amanah raya ker selalunya saya jugalah yg toling suami uruskan...kan ker suaminya tu sebelah tangan, takkan sampai ati bininya nak biarkan. Sudahnya saya jugaklah yg berurusan....


Kalau di Perkeso tu memang agak pliklah..tahun ni yg jaga kaunter tak tanya...sebab saya kan hantar dua borang berasingan secara serentak. satu naman Noraza,berkembar pulak dengan borang nama dua anak dia, pastu satu lagi borang pak haji plak. Mesti dia tanya ni sapa, yg ni pulak sapa...saya kenalah ajwab yg kak aza tu akwan, yang sidek tu suami....


Tulah tadi saya gelak sinis kat pak haji saya kata untunglah dua2 laki bini makan tanggung berak cangkung..cukup bulan dapat duit..tak payah kerja apa pun. Yerlah pak haji dapat dekat dua ribu kak aza pulak dekat seribu...tetiap bulan dapat gaji tapi tak kerja ...syok kan?


Pastu pak haji gelak besar, dia kata, apa nak buat, rezeki allah dah bagi..terima jerlah. Pastu saya kata, lepas anak kak aza dah 21 tahun [skrg sorang 16 tahun, yang sorang lagi 17 tahun] kak aza tak dapat duit pencen perkeso lagi, apa plan abang?


Katanya, makan duit pencen dia jerlah...saya kata, eh mana cukup anak 4 orang sofiyyah baru masuk darjah 1...cukup ker? hahahaaa dia gelak jer katanya rezeki Allah bagi...


saya kata, abih tu nak melopong jer, plan lah dari sekarang....pastu ntah apa2 lah kami borakkan...sib baik cakap2 ni dalam bergurau..kalau bincang serius ni mau dia sensitif tu, pasal dia ingat nanti saya ni ingat dia nak 'makan' duit saya plak...


Pastu kami ke pejabat pos mini dekat2 rumah ni jer tak buka lagi, Tujuannya nak pioskan surat penukaran skim pembayaran pencen JPA dari skim bayaran secara bank in ke bank kepada skim pembayaran terus ke bank dan boleh keluarkan pencen melalui ATM.


Pak haji nak pilih tukar skim bayar terus ke bank dan daam surat dia kena lantik wakil. Dan saya dinamakan sebagai wakil. Saya ingat kalau jadik wakil ni kotler dapat duit pencen dia ni lepas dia meninggal ker hapa.


Sekali saya baca, wakil ni tugasnya kena bagitau bahgaian pencen kalau pesara dah meninggal. kalau lambat bagitau dan pencen dah terlebih bayar, wakil gaklah yang kena bayar balik. Wah berat tanggunjwab wakil ni, bukannya dapat benefit apa2 pun...ingatkan kotler dapat wakil ambik pencen ker...silap daaaa! eh kalau dapat pun pencen yang ni adalah RM 200 lebih....sikit sangat lah....kalau dapat pencen perkeso tu takperlah jugak...banyaklah sikit...tapi apapun baik pencen perkeso mahupun pencen JPA dua2 saya melopong gak...bukan bagi pencen tu ke saya pun...sikit2 bila sesak tu adalah kot...


Nak kill the time katanya, sebab pos tak buka lagi kami ronda ke jalan bukit putus yang baru buat ni, dah lurus dah, pastu lepas2 kami terus ke Ulu bendul laki bini bercerita ceriti...jalan ke ulu bendul kami ambil masa 9 minit jer..punyalah dekatnya sebab jalan dah lurus kaedahnya, balik tu lagilah 7 minit jer dah sapai rumah....kat Ulu bendul ni tempat perkelahan mandi manda hutan lipur air terjun semua...sipa ada wifi lagi [tak bawak lappy lak] so kami duduk2 jerlah makn buah potong yg dibeli...tapi syoklah gak dapat habiskan masa berdua tanpa gangguan,...bila lagikan? Nak balik rumah wat projek apanya siang2 buat ni...tak cukup2 lagi malam tadi...???? untung gak pak haji balik lewat ni.... hani pun dah melayang kemana dah...


Tu jerlah citer dua orang dalam hidup saya ni...macam 2 citerlah pulak...


Wassalam

Wednesday, October 28, 2009

sambungan citer 18sx versi hani

Assalamualaikum w.b.t


Saya ni punya dok usaha sungguh2 nak terangkan kat dia hal persenyawaan telur sehingga menyebabkan terbentuknya baby balik2 dia dok tanya soalan hal macamana teklur boleh masuk dalam perut perempuan..


"kakak tak fahamlah...ammie terangkan betul2 lah...memang akak tak fahamlah..."


Apa yang kakak tak faham tu...


Hal camana telur tu masuk tu?


Tak payah...yang tu kakak tak payah fahamkan, yang perlu kakak tahu kalau telur perempuan bercampur dengan telur lelaki maka persenyawaan berlaku...maksudnya telur tu bercantum baru boleh jadik anak....fahamkan yang tu jer dulu..lain2 nanti dah darjah 1 ammie terangkan..."


"hishhh ammie ni kakak tak fahamlah..makin tak faham tau tak?"


Pastu saya mula nak marahlah...


Pastu saya kata, kalau nak tau sangat....kan tadi ammie cakap alat sulit lelaki tu bentuk panjang kan....pastu alat sulit perempuan kan macam ada lubang kan...kalau nak masukkan telur tu kena gunakan alat sulit tu lah...


"Abih tu nak buat macamana...takkan pulak nak buat2 camni pulak?


Tau tak dia buat apa?


Dia buat gaya berdiri pastu ke depankan faraj dia...


Haihhh geram plak saya dengan budak ni....


Saya jawab...


"yang tu kakak tak payah fikir adalah cara dia..."


Tak puas hati lagi tu...


"Abih nak baring2...duk atas badan ker?" ~ siap buat aksi goyang2 macam atas badan lagi tauuuuu....~bahaya tul!


Hah kao...imaginasi dia sangat bagus betulll.....pandai dia bayangkan...tapi tak sepatutnyalah benda atau bayangan ni ada dalam kepala dia...


Seingat saya dan sesedar sayalah, Hani tak pernahlah terjerumus atau terserempak dengan aktiviti kami mak ayahnya ni sebab selama ni memang saya dan hani tido asing2pak haji bilik lain, lepas raya ni yg baru pak haji tido sama kami...tang tu memang saya berhati2...apatah lagi pak haji yang dah 'berpengalaman' beranak kecik & besar dan berumahtangga 30 tahun....dia kawin umur 22 thn skrg dan 53 tahun dah...


Mula2 menyesal jugak sampai terdorong pemikiran dan imaginasi liar dia sampai tahap begitu tapi saya rasa dalam dunia moden ni usia 6 tahun bukanlah terlalu awal. hani pun agak matang banding budak seusia dia yg saya kenal...


Memandangkan dia sangat curious hal begini sejak lebih setahun dulu [sejak proses saya sungguh2 nak dapat anak dan sejak bela kucing2 ni] maka saya rasa sudah sampai masanya saya terangkan...lambat laun kena juga cerita....baik saya cerita masa otak dia masih bersih ini....


Tapi saya tak dapat nak jelaskan panjang lebar dan tak sempat nak buka internet cari visual dan ilustrasi [bukan gambar lucah maksud saya education punya website] sebab kami dua2 dah pakai telekung nak solat...namun saya tau dia tak puas hati lagi penerangan tu...


Tu sebab dia tanya dan tanya lagi sebab dia kata dia masih tak faham...terutama bab macamana telur boleh masuk dalam perut kita....so saya pun mulalah nak naik angin...saya kata, nanti dah besar sikit ammie terangkanlah, tunggu umur kakak 7 years...


Pastu esoknya dalam kereta nak ke Jelebu saya citerlah pak haji hal hani yang sibuk betul nak tau macamana kucing tu boleh beranak...pastu menjangkit manusia pulak...pastu pak haji macama tak berapa setuju cara saya terangkan sebab seolah2 kata dia, saya yang terangkan sampai hani boleh bayangkan position orang buat projek.


Saya jawab, takde...saya tak dorong dia sampai ke situ...imaginasi dia sendiri yang buat andaian macam tu....pak haji kata hani ni saling tak tumpah dengan anak pak haji dari 1st wife, Along yang lebih kurang seusia hani dah pandai tanya maksid air mani pada ayahnya...


So pak haji cakap tahun depan atau bila sekolah rendah nanti terangkanlah...malam selasa dah balik dari jelebu, masa nak tido... hani menyibuk sama... pak haji suruh tido dengan Rika, sebab dah berapa malam tido dengan Rika masa kami berdua ke jelebu tu..tapi hani tetap nak tido dengan ayah dan ammie....so pak haji tanya dia, "kakak nak adik tak", kalau nak adik gi tido dengan kak rika...."


Macam biasa hani ajwab dia nak adik tapi dia tetap nak tido dengan kami jugak....kalau kita lanjutkan perbualan tu ...sah2 berulang semula persoalan2 dalam kepala hani tu....tu yg malas biar jerlah dia tido sama kami...dapat duit bonus ni belikan dia katil canggih sikit...siap dia dah bagitau ayah dah ciri2 katil idaman dia tu...


Darjah satu ni saya akan terangkan kat dia denga penuh hikmah...harap2 dia dapat memahami seperti yang sepatutnya. Lepas citer hal macam tu malam tu sempat gak saya pesan kat hani...perempuan kena jaga faraj dia...sebab sapa2 boleh cucuk...kena jaga keselamatan diri sendiri...bla bla bla...hal ni dia tak pelik sebab saya dah selalu pesan dah....


Yang kelakar semalam masa nak solat maghrib sama2...dia tanya saya...kenapa kita tak solat jemaah? saya diam jer...sebab saya memang suka solat asing2 w.pun dia kat sebelah saya...lebih khusyuk...kalau solat dengan dia ada jer kang aksi dia buat...garu hidunglah..betulkan duduk letak telekung kat muka lah...buat kita jadik terkesan...


Sudahnya dia gelak2 macam nak cakap tapi takl jadik, pastu saya paksa juga cakap...rupanya...katanya sebab dia gelak tu dia nak cakap macam kat bawah ni pada saya tapi tak jadik sebab benda tu kana berlaku lamaaaa lagi...


Ni hah ayatnya...


"takperlah nanti kakak boleh solat jemaah dengan suami kakak bila kakak dah kawin nanti"

Punyalah jauh misi dia....sampai kawin dia dah fikir dah...


Pastu saya jawab, eh mana boleh jemaah dengan suami kakak, kan ker dia solat jemaah kat masjid...


Pastu jawab plak..


"kalu camtu, kakak jemaah dengan anak kakak jerlah macam ammie solat dengan kakak ni..."


Serius jer member cakap....macam ni cepatlah saya bermenantu...



Kalau ada cara lain macamana nak didik naka tentang sex ni kita kongsilah ek...tapi kalau hani ni dia memang suka bertanya...dan buat andaian..pastu buat kesimpulan...agaknya sebab masa dia dok dalam perut, saya sibuk menyiasat jer..tu yg terkesan kat dia tu...

Wassalam

Tuesday, October 27, 2009

alhamdulillah....

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah saya baru jer balik rumah semula. Bermula sabtu pagi hari tu saya keluar masturat [wanita] jemaah tabligh untuk 3 hari.


Kami semua iaitu asalnya 28 couple yang azam untuk keluar dakwah 3 hari berkumpul untuk dengar bayan hidayat di Taman Seti Bayu Senawang. Tapi atas berbagai masalah ada beberapa couple tak terpilih untuk keluar pada kali ini.


Rasanya kesemua yang hadir hari tu 25 couple, dipecahkan kepada 4 jemaah. Ke Branang, Ampangan, Senawang dan jelebu.


Jemaah kami 5 couple ke Taman Irama, Jelebu. Ke rumah pasangan guru. Yang ada dalam kumpulan ni, seorang sahaja yang saya kenal rapat sebab dia pernah keluar awal tahun ni di rumah saya. Kak Ita dari Bandar Baru Nilai.


3 lagi tu dari seremban juga dan saya kenal semuanya cuma tak berapa biasa maklumlah saya tak bergaul sangat dengan isteri2 orang tabligh ni melainkan beberapa orang yang saya sesuai. kak ita [baru 2007 berhenti kerja dari syarikat luar negara] dari Nilai, kak Jun [tukang urut], kak Ani [dulu pemilik salon], kak Nab [surirumah], dan sorang lagi yang joint sepenuhnya 3 hari adalah kak Syikin [dulu kerja bank tapi sekarang adalah pemilik bengkel tempahan biskut dan kek]...dari pemerhatian saya kalau Allah nak bagi hidayah berbagai2 cara, semua atas pilihan Allah belaka...



Tapi akhirnya kami bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah, kerana usaha atas iman dan niat menegakkan agama Allah ini dan alhamdulillah kami semua satu kepala. Di pihak isteri saya yang paling muda tapi di pihak suami, pak haji plak paling tua....


Yang saya nak tekankan di sini, rumah pasangan yang kami keluar ni dua2 guru, guru bahasa Inggeris dan guru mathematik. Anak 9 orang, yang sulung 20 tahun di UIA [juga seorang hafiz quran] dan yang bongsu 8 tahun .


Rumahnya masyallah, betul2 hanya ada benda asas sahaja. Terkejut sangat2 saya bila masuk. Tidak lebih langsung. Sebagai guru saya rasa dia jauh dari mampu, bukan untuk bermewah tapi sekurang2nya macam apa yg kita-kita ni ada...sebab dua2 bekerja pulak tu. tapi tetap memilih hidup sederhana dan qanaah dengan apa yang ada.


pinggan mangkuk periuk belanga secukupnya sahaja. Begitu juga perkakas dapur, perabot tak perlulah cakap. Yang ada diruang tamu hanyalah dua rak buku besar. Satu meja kecil buatan tangan dan satu meja besar juga buatan sendiri. Dapur pula ada dapur gas dua tungku diletak atas meja buatan tangan dan sebuah peti sejuk dan sebuah almari pak awang serta satu rak pinggan. Sebuah mesin basuh. Insaf sekejap saya.


Sungguh. Itu sahaja yang ada dalam rumah tu yang saya nampak. Gayanya macam orang baru kawin setahun dua. Walhal anak dah 9 orang. 5 anak yang teratas ada yang dah tahfiz Quran, seorang di maahad gemenceh, sorang di institut tahfiz gemenceh, sorang di madrasah ulu langat, seorang di madarasah Batu berendam dan mana lagi ntah....hebat mujahadah sungguh mereka...dan mampu didik anak 9 orang dengan hidup sederhana ikut cara sunnah...


Mudahlah penghisaban mereka agaknya...takde banyak benda dunia dalam kehidupan mereka. Anak2 semua dididik dalam agama [yg di UIA tu masuk melalui Darul Quran Jakim]. Wang yang lebih diguna untuk keluar dakwah ke negara jauh, dua tahun lepas pasangan ini ke Pakistan. Biasanya pasangan2 dalam tablih ini akan ke mekah dahulu selepas itu baru ke negara2 jauh buat dakwah.


Iman sesungguhnya bukan diwarisi dan bukan senang diperolehi. Bagaimana nak tambah iman yakin dalam diri? Kita kena sentiasa besar2kan Allah dan hidup dalam sunnah. Belajar cakap iman dan cakap kebesaran Allah. Yakin yang Allah berkuasa makhluk takde kuasa langsung. Bukan kerja dan gaji beri kita duit. Bukan makanan yang kenyangkan, bukan suami yang bagi bahagia [ingatan utk saya], semua dari Allah.


Amalkan hidup ikut sunnah. Apa yang nabi tak buat jika mampu kita elakkan. Setiap masa, tenaga, harta yang kita habiskan utk benda yang lagha akan dipersoalkan nanti. Sebab dalam setiap sunnah walaupun sekecil2 sunnah ada kejayaan dalamnya yang dijanjikan Allah.


Apa kita nak jawab kalau kita ditanya dalam kubur nanti. Pada ketika itu mulut yang petah berkata2 juga tidak akan dapat menjawab walaupun kita hafal soalan2 dalam kubur sbagaimana kita menghafal nota untuk exam. Yang akan membantu kita nanti adalah amalan yang kita bawa, doa anak2 yang soleh dan sedekah kita [sedekah juga sangat luas perbahasannya boleh rujuk buku fadhilat sedekah].


Yang boleh beri syafaat adalah Nabi. apakah kita akan dapat syafaat nabi jika kita tidak ikut sunnah. Sunnah dalam mendidik anak, sunnah dalam berpakaian, sunnah dalam amalan, sunnah dalam munakahat dan muammalat...yang juga boleh beri syafaat adalah anak2 yang hafiz/hafizah...adakah kita telah bersedia dan menyediakan anak2 kita untuk menjadi hafiz/hafizah....


Kalau kita rasa ragu2 maka yakin kita dengan janji2 allah masih kurang...kalau kita yakin yang dengan menghantar anak2 kita belajar ilmu dunia akan bawa kejayaan kepada kehidupannya dunia akhirat maka kita perlu tanya diri kita....adakah lupa yang dengan mengamal sunnah kejayaan akan datang dalam genggaman...dulu saya agak skeptikal tentang ini...namun bila melihat semakin hari semakin ramai kejayaan anak2 karkun yang dihantar ke madrasah2 ini dan kemudiannya menjadi hafiz/hafizah dan kemudian terus mereka menyambung akademik dan mengambil jurusan tertentu seperti perubatan/pharmacy, kejuruteraan...maka saya yakin bahawa aturan Allah untuk memberi kejayaan adalah atas yakinnya kita dengan janji2 Allah...pelajaran dunia ini sangat mudah dan dihujung jari sahaja bagi anak2 ini selepas mereka menguasai hafalan quran....



Saya sangat bersyukur kerana Allah sangat sayangkan saya. Tandanya saya yang sentiasa lagha ini masih diletakkan dalam suasana agama, tetap disubukkan dengan kerja2 agama, dan nikmat hidup dalam suasana agama ini sangat besar apabila kita dapat taat perintah allah. Sebab yang akan kita bawa bila mati nanti adalah amal...kita kena yakin sungguh2 yang setiap amal perbuatan didunia ni ada ganjaran disediakan baik yang buruk mahupun yang baik...



Kita umat islam yakin dengan janji allah tentang kehidupan selepas mati. Tapi adakah kita usaha untuk fikir risau tentang kehidupan disana sebagaimana kita fikir risau tentang kehidupan dunia yang memang tidak pasti ini. Kalau kita bekerja bermati-matian dan dapat duit banyak dan senang pun hanya dalam 60-70 tahun, dan kalau kita susah pun adalah dalam 60-70 tahun juga. Semuanya sementara, yang kekal adalah kehidupan di sana nanti.



Kita akan melalui perjalanan yang pasti, perjalanan selepas mati, kehidupan hanyalah antara alam rahim dan alam kubur...sementara sahaja. Untuk perjalanan yang pasti ini kita kena ada fikir risau, memikirkan apa suasana dalam kubur, padang mahsyar yang memerlukan 50,000 tahun mendaki dan 50,000 tahun menuruni, dikala itu seorang ibu yang sgt sayang anak yang dikandung dan dilahir, disusui dan dipelihara pun sanggup memijak anaknya untuk mengelak memijak padang mahsyar yang panas mengegelegak...maka jadiknalah dakwah maksud hidup sebab dakwah adalah maksud hidup nabi sehingga semua yang ada didunia ini dapat hakikat kalimat syahadah....Nabi satu ketika melihat mayat seorang yahudi diusung kekubur dan nabi menangis, sahabat bertanya kenapa nabi menangis, Nabi menjawab, hakikatnya beliau bukan diusung kekubur tetapi diusung ke neraka" nabis edih kerana tak sempat nak dakwah sehingga yahudi tersebut mati tanpa iman....


Justeru kita kena ada fikir risau dalam hati melihat jiran, sahabat, kawan, keluarga dan seluiruh umat yang masih dalam keadaan tanpa iman, kalau jika ada iman pun hidup tidak dalam suasana iman...kita kena ada rasa risau melihat sekeliling kita ramai yang mati terkejut...sempatkan mengucap kalimah...adakah mereka bakal penghuni neraka...



Wassalam

Saturday, October 24, 2009

18sx dan hani yang berkali2 tanya tentang bagaimana nak dapat anak???

Assalamualaikum w.b.t




Hishhhh susah nak citer sekarang ni. Makin usaha nak dapat anak makinlah mencabarnya! Bukan cabaran luar cabaran dari anak sendiri, sapa lagi anak dara tulah.





Saya tak taulah orang lain macamana...tapi hani ni memanglah selalu kacau jer kami...memanjang jer dia spoiled mood tau!





Dulu masalah ni tak berlaku sebab pak haji tido bilik lain. Saya dan hani tido bilik master. Pak hj tido bilik tengah.





Tapi sekarang berbeza...puncanya sejak bilik depan ni guna kipas syiling. Dulu pakai stand fan jer...dan aircond. Sekarang sejak guna kipas syiling ni pak hj suka tido bilik master pulak. katanya angin kipas syiling tu best, tak sejuk sangat nyamaaan jer...tak terfikir pulak kipas ni berbeza tiupan angin dia....







Pak hj kan tak boleh kena angin banyak sangat, tu yg dia suka tido bilik tengah, pasang kipas kelajuan '1' jer....dulu bilik saya guna stand fan memang angin dia betul2 kena badan kita kan? Dah arwah dah kipas tu, saya beli pada hari pak hj keluar hospital lepas kena stroke tu...tu yg terpaksa beli kipas baru....dan bagusnya kipas baru tu angin dia tak kena badan sangat tapi terasalah nyamannya....sesuailah kot dgn citarasa pak hj.....yerlah beli mahal [RM280 kot...mahallah bagi saya] tu pasal beza anginnya kot..kipas2 lain dalam rumah ni kipas biasa kaler putih tu....





Sejak 3 bulan nilah dia tido bilik master. Takde hal sangat dia nak tido sini dari segi lain, memang mudahlah sebab saya tak payah ulang alik dua bilik, kalau dulu saya [@kami berdua] tidokan Hani dulu, pastu pindah bilik tengah, pastu tengah2 malam rasa panas @ dah selesai tugas saya pindah bilik master balik...





Tapi sekarang tak berapa nak sesuai kalau nak tido bilik tengah sebab sejak Rika ada, dia pulak tido sebelah bilik tengah [bilik ni berganding dua & bilik air....] memang harulah kalau kami tido situ dan buat ehem ehem...salah2 gaya boleh mengejutkan si Rika pulak....dahlah dia masih budak dan gadis yang naif...tak ker bahaya tu....





Orang2 gaji sebelum ni saya letak bilik belakang, dan mereka guna bilik air dapur tapi sekarang bilik tu saya buat stor, barang dah banyak memang tak boleh dah nak angkut letak belakang [rumah] sebab barang2 berharga semua...banyak dokumen kerja saya dan set2 masak [utk pak hj keluar dakwah] dan baju2 dan mainan2 dan perkakas2 hani masa kecik...nak taknak Rika dok jugak bilik tengah [bilik hani sebenarnya]. Mula2 dulu pesan Rika guna bilik air belakang, spya bilik air tu saya boleh kunci dari bilik tengah dan adalah privacy kalau kami tido situ...tapi Rika jenis tak makan saman dia guna jugak bilik air tengah tu...Rika ni jenis tak faham bahasa tu yg di pengguna tetap bilik air tu...dah nama sharing bilik air..anytime dia boleh access bilik tengah kan? Sangat bahaya...





So, tulah dua keadaan menyebabkan kami bermasalah sekarang ni...sebab hani dan sebab Rika....







Kami suami isteri bincang, kesimpulan kami kena beli sesuatu yang hani minat untuk bagi dia tido bilik sendiri. Antara perkara dia minat adalah katil dua tingkat. Tu yang cadang nak beli katil tu, bawah kasi Rika tido dan atas untuk hani. Tapi saya ni kalau nak membeli nak beli yang tegap sikit, nak belilah yang agak2 bergaya tu....siap meja belajar..tambah2 hani nak masuk darjah satu. So bajet kena tunggu dululah....buat masa ni sabar jerlah....





hal anak...



Saya cuba terangkan kat hani kalau nak adik kakak kena tido bilik kakak sama kak rika....dia takmo katanya 'tak semestinya ayah kena tido dengan ammie baru boleh dapat adik!"...pastu saya jawab 'eh semestinya'...dia kata, 'kenapa pulak'?





Disitu susah nak jawab....cuma boleh cakap suami dan isteri kena tido sama baru boleh dapat anak....pastu katanya 'oh kalau kita tido dekat2 tu terus dapat anak ker ammie....?'





hal tido lelaki perempuan ni memang dah banyak kali dah hani tanya dan kami bincang memang nampak sangat dia nak tau sangat....cuma saya tak cakap hal anu dan ehem2 jer...





Hari tu kami dah ambik kucing jalanan yang asyiklah tido makan baring rehat kat rumah tumpangan tu...dah tu bila kami nak balik dia pulak buat muka sedih macam anak kucing dalam citer shrek tu...duduk dongak pandang saya tepi pintu van...sedih pulak tengok masa nak balik tu...



Pastu tolehlah kat hani sebelah saya dok kat sebelah driver tu sebab senyap jer dia....tup2 rupanya member tengah syahdu nangis perlahan dan sapu air mata dengan tudung. Dia sedih nak tinggalkan kucing tu rupanya, nama pun dah diberi dipanggilnya Ferri....so nak taknak bawak balik gak sumbat dalam cage 3 ekor sekali dengan manja dan lara...


Asalnya memang taknak bawak balik, sebab takut2 orang punya tapi 24 jam dah duduk jer makan tido baring dengan kami setiap kali kami datang rumah tumpangan tu...takkan tuannya biar tak cari2...


Dalam perjalanan balik tu, saya bebel lah cakap macamana lah Ferri dan Lara ni bolehker diorang ni 'bersama' susahlah nak dapat anak....sebab nampak Ferri langsung tak suka kat Lara...pandang pun tak sudi. Tapi kalau Ferri dengan manja bukan main bermain2 lagi...


Niat saya bukan sekarang nak suh depa tu 'bersama'...bila cukup umur si Lara tu sesuailah kot...ni budak lagi. Pastu hani dok tanya,

H: kenapa pulak ammie kata diorang takleh dapat anak? Kan kita dah letak diorang dekat2...


S: Letak dekat2 tak semestinya dapat anak...



H: Abis tu takkan kita nak pakaikan baju2 pengantin sanding2kan pulak kucing tu


S: tak...dia tak perlu cam tu dia ad acara lain...


H: Cara apa nak dapat anak ammiie...takkan sampai kita kena bagi dia surat macam surat nikah tu ker...


Hal surat nikah ni, kebetulan baru2 ni saya terjumpa balik buku nikah kaler hijau yang kami daftar kat Kelantan dulu tu...Hani kan dah pandai baca so dia taulah buku nikah tu satu salinan saya satu salinan pengantin lelaki. Dan dia pun baru ni ada tertengok kad jemputan kawin saya masa kawin dengan ayah dia...tu yang member prihatin tentang keperluan kawin tu...


So, saya dok fikir persoalan hani ni takkan berakhir mesti dia akan tanya lagi, apa caranya nak dapat anak....


Semalam, masa kami berdua tengah sama2 pakai telekung nak solat isyak, dia dok tanya lagi lepas saya cakap kat dia suh dia tido dengan kak rika...dia tanya kenapa pulak...sebab ammie dengan ayah tengah nak usaha dapatkan adik...dia jawab, takperlah kakak ada sama...saya kata tak boleh...tak sesuai..kakak dah besar....tak sesuai tido dengan ammie dan ayah...


Pastu dia mula merepek hal anak tu...saya dah jangka dah...


H: Ammie..kakak tak fahamlah camana sebenarnya anak tu jadik? Takkan tido sama tiba2 boleh dapat anak?


S: macamani...kakak tau tak sapa yang bagi anak tu....


H: Allah lah


S: Tulah...allah yg bagi, kakak tau tak ayam tu keluar dari apa?


H: Keluar dari telur....


S: telur tu keluar dari mana


H: Keluar dari 'pet pot' ayam kot... [pet pot ni saja saya bg gelaran utk faraj pompuan, tp dia dah lama pandai sebut vagina dna faraj sebab belajar kat sekolah]


S: hah...semua makhluk allah jadikan mereka ada telur, manusia pun...bentuk dia jer berbeza...


H: eh peliklah...takkan kita pun ada telur...


S: tulah...telur manusia allah bagi, lelaki ada perempuan pun ada...


H: Dalam perut kita ni ada telur....[sambil gelak2 tunjuk kat perut dia]


S: Yerlah...bentuk dia takdelah besar macam telur ayam...telur lelaki tu boleh berenang ada ekor...tapi kita tak panggil telur kita panggil sperma...[hah..tahap ni saya memang dah over sangat dah....tak tau nak cakap apa dah...]


H: Ada ekor? kakak tak fahamlah apa ammie cakap ni...


S: Tulah...kan kakak tanya camana nak dapat anak tadi...


H: Yerlaha..camana anak tu boleh ada dalam perut mak dia?


S: tulah..anak tu jadik bila telur lelaki tu bertemu dengan telur perempuan tu....bukan manusia jer semua makhluk...semua haiwan ada telur dan telur lelaki kena bertemyu telur perempuan baru boleh dapat anak....Allah dah cipta cara macam tu nak dapatkan anak...


H: Macamana telur tu nak bertemu...macamana nak masuk dalam perut kita?


S: Kakak perasan tak bird lelaki macamana ....


H: Macam zubir tu???


Hahahahaaa...nanti sambung, pak haji dah balik surau..mampus kalau dia baca ni....



Wassalam

Thursday, October 22, 2009

Serba salah...ada boring takde lagi boring....

Assalamualaikum w.b.t


Kali ni tak tau pak haji ada petang ni kami tak tau nak buat apa dah? Kalau hani ada memang terbataslah pasal kejap2 anak dara datang spot check ammie ayah buat apa!


Nak urut sepagi2 dan sepetang2 dah urut naik kematu jari2 saya ni ha.


Nak jalan2 hujan renyai2 pulak. Cadangan asal nak ka Ulu bendul bawak Hani. Tak jadik.



Nak ronda2 tak tau kemana...buntu..dua2 buntu.


Sudahnya jom pusing2 jerlah...so kami pusing2 naik keter, first time pusing deretan rumah taman kami..sebeb dia jalan yang saya tak lalu maka saya pun tak pernah tengok. Cantik2 rumahnya....



Pastu jalan2 lagi, pi kedai makanan tradisonal beli kerepek pisang, kerepek ubi buat kunyah2 dan pusing2 lagi taman sebelah pulak....singgas satu kedai jual bahan buat kek melayu...tak dapat layanan sebab tokey asyik borak saya chow jer...


Pusing2 lagi beli kuih pulak, beli dadih, samosa..makan2 dalam keter pusing lagi...



Jam 6.30 kami balik. Misi pusing2 pun boring gak!



Balik main kucing lagi best...


Serba salah hidup ni kan...suami takde bebel, suami ada dah takde aktiviti pulak...


Pak haji pun pandai dah cakap [komplain], kalau kat sini terhad aktiviti..kalau kat sana boleh gaduh ngan zubir..agah2 sofiyyah..gi pantai...


So, apa nak buat ni....kalau setahun dua ni tak dapat anak..hai jenuhlah kami 3 beranak dok pusing2 jerlah...


Kalau dia ada nak bertenet memang payah asyik kena perli jer...so menempel kat dia jerlah, pastu kena urut dia ler jawabnya...

Wassalam

Lagi-lagi Streamyx punya masalah!






Assalamualaikum w.b.t


Hari selasa hari tu hujan tersangatlah lebatnya di seremban ni, beserta ribut petir sama. Air mengalir deras masuk kawasan rumah membawa bersama sampah sarap [ni selingan jer]...sampai cina belakang rumah komplain [dengan Rika] kenapa banyak sangat air dari rumah saya masuk rumah dia..walhal air masuk dalam kawasan rumah saya lagi banyak.... dari kawasan perumahan atas ni...tak taulah dengan kapasiti rumah yg padat kenapa longkangnya kecik sangat?




Kebetulan search dalam PC ada gambar tahun 2006 ker 2007 [tengah hujan~masa tu ambik gambar ni utk tunjukkkan pak haji] ] ...tapi ni sikit sesangat air ni, semalam saya keluar ke bandar, balik2 tu memang hujan tengah lebat, turun2 van atas porch keter tu tengok paras air atas buku lali...air [dan sampah]memasuki ruang pagar tu sederas2nya...sangat membimbangkan takut air masuk rumah kalau hujan sejam dua lagi...





Ni lagi gambar lama menunjukkan baru berapa peratus jer air penuh ni...longkang habis tak nampak, kalau teruk dengan pasu2 tu pun berlaig tunggang-langgang dan kaki lima rumah sah2 tenggelam jugak...tembok pagar pun separuh ditenggelami air...



Jiran sebelah dah buat aduan tapi takde tindakan...sekadar beberapa bulan sekali ada pekerja membersihkan longkang...tapi tak cukup, setakat bersihkan buat apa, kena besar atau dalamkan atau tambah longkang lagi...khususnya kawasan perumahan atas ni...mangsanya kami rumah2 belah bawah nilah...mangsa keadaan betul.


Jiran sebelah dah renovate rumah tinggikan kawasan porch dia dan buat alur air yg proper ke longkang depan rumah ni, maka rumah dia tak terjejas sangatlah. Jiran sebelah lagi kebetulan tanah dia tinggi sikit dari rumah saya, so selamat juga di situ. Tambah2 rumah dia berdepan padang. takde rumah teres....jadi air mengalir dan bertakung di atas padang dahulu...sebaliknya rumah saya, air banyak sebab air tersekat laluan hanya terhad lorong belakang rumah2 teres dan terus menuju masuk melalui pagar rumah....pagar rumah semua bertembok, pintu pagar jer yg boleh bolos air...



Disebabkan hujan ni jugaklah maka talian streamyx saya hancussss...malamnya bila nak online...tak boleh puas godeh sana sini tak boleh jugak. Minggu lepas kena gak..tapi lepas saya godeh bolehler pulak. Kali ni gagal. Pakar [pak haji] pulak takde....hancur harapan, sms kat dia pun tak jawab...esok paginya baru dia call tanya khabar hal banjir dan streamyx.






Macam biasa saya akan call 100 w.pun servis macam hapa2 ntah. Seperti biasa, kali pertama call dia takkan mau buat report...macam2 dikatanya dan disuruh kita setting, gi kat start pastu gi run, taip cmd pastu taip ipconfig...semua dah hafal dah... pastu tak keluar ip adress, media disconnected katanya sebab pc takleh baca modem, terus dikatanya kabel rosak, modem ok sebab semua lampu modem nyala. Lampu LAN jer kelip2. Pastu masuk stor carik kabel berpeluh2 tak jumpa [rasa cam ada spare] call sekali lagi, kali ni katanya modem @kabel rosak, setahu saya kabel jarang2 sangat rosak [pak hj bagitau]...pastu dia taknak ambik report sebab guarentee dah habis [saya masuk streamyx tahun 2005] tapi modem yang ada ni baru 2/3 bulan pakai....cikai betul modem ni...asyik rosak jer..







Pastu ada disuruhnya saya gi rumah kawan yang ada internet suh test kabel kat rumah kawan...heyy dah jam 10 lebih hapa jadahnya nak ke rumah kawan....pastu budak lelaki tu suh pulak test kat lappy sebab katanya mana tau pc akak yang rosak motherboard dia kena petir...jenuh on lappy [bil hp jalan ni]....sesambil tu saya cakap kat adik tu streamyx ni napa teruk sangat, u baca tak blog majoriti bermasalah dengan streamyx, tak puas hati servis korang....u tau tak...slow jer dia cakap 'tau....'Lappy pun sama takleh on tapi dia show error 651, masa pc tu error 678...lain2 lak error dia...lama 2 takde penyelesaiana dia taknak buka report so saya kata, membazir jer akak call TM ni, baik akak beli modem baru jer dik....







Semalam pergi PD ambik pak haji, balik tu terus pecut kedai komputer. Test kabel pastu test modem, kabel ok modem yang rosak rupanya....pastu tanya2 pasal modem, paling murah pun RM169 yang siap router boleh wireless dalam rumah tu. hari tu dah tanya kat kiosk TM kat Econsave, asya kena upgrade pada pakej 100++ sebulan baru boleh dapat modem dan router utk wireless. Tapi sebab sayang pakej staff TM yg bayar RM45 sebulan unlimited ni tak jadiklah nak ambik pakej wireless tu.






Semalam tanya kat adik tu, tak boleh kurang ker...akak dah ada router ni beli setahun lepas seratus lebih gak dik...mana ntah akak letak, suami akak setting tak dapat pastu tak tau mana pi dah...ada yg murah modem single tanpa router tu taknak pulak saya ni! Sebab nak ada wireless tu...semata2 malas nak berebut dengan hani dan pak hj...kalau kami bertiga ada memang berebutlah tunggu giliran masing2..hani kalau ayah ada tocang dia naik, mesti ayah bagi chan dia mengadap pc...dengan saya sekali tengking [kalau buat kerjalah, kalau bloghoping saya bagi dia bertenet] terus tak berani minta lagi...so lepas ni takdelah berebut, semalam hani mengadap pc ayah plak guna PDA..yerlah kata dah ada wireless kan?






Kat kedai tu saya bincang baekkk punya ngan adik tu, dia kata kalau dia datang rumah servis, dia boleh bagi harga RM130 [cakap pun cam bisik2 taknak tokey kedai dengar]....wahhh sukanya....terus bagi no hp...balik tu happy...jam 8 lebih camtu adik tu datang, terus setting kat pc dan lappy....wah dua2 boleh guna dah sekarang. Ntah kena tipu entah tidak tak tauler...tapi pak haji kata RM130 tu okay dah...brand lain lagi mahal...






Tapi lappy ada masalah sikitlah...masa beli lappy tu [2nd hand] mamat tu guna Windows 7..walhal kat malaysia tak launch lagi tu [sekarang dah ada trial pakej]...mesti pirate lah tu. pastu katanya nak emailkan pin/password sebab benda ni sentiasa kena renew license dia [iyer ker, camtu lah gayanya] tapi masalahnya, dia tak email2 pun, pastu no dia kami tak save, tambah2 masa tu berderet owner nak jual lappy kat mudah.com kami call, tak tau mana satu no dia...yang saya tau nama dia najib kerja TV3....tak tau nak tanya sapa...kebetulan dia tertinggal satu pendrive banyaklah gambar2 dia dengan artis2 dan selebriti TV3 dan gambar2 dia semasa event TV3 [mujur takde gambar bogel...hanya gambar2 dia dan makwe dia ala2 seksi dan seksa jugaklah]




kalau nak carik boleh ajer tanya ada juga kawan2 kat sana macam Mazlin Nordin {wahhh...kawan ker...hahahaha takdelah pernah borak2 jumpa kat KLIA dan tukar name card], Kalijahwati kasim [dulu penerbit nona, bersamamu, dll [kawan satu team debat dan pidato masa form 6] dan ada juga kak Liya kawan blog...yg kerja TV3..tapi nak tanya kenal Najib tak? ntah berapa puluh nama Najib kat TV3...tu yg malas tuu...







So, pendek citer saya format balik lappy tu ke window Vista...tapi saya dah test w.vista, saya prefer window 7....vista ni agak berat tapi lappy saya berapa gig ek...4 ker?...adik tu kata lappy ori dan versi baru so vista adalah okay..lantaklah dik....adik tu bawak balik lappy saya dengan pertanyaan "akak caya ker bagi saya bawak balik laptop akak ni?" saya jawab, "ko tak hantar akak carik kau kat kedai tu"....kebetulan adik tu ada cakap kat saya masa setting pc tu, "kak tak semua orang saya bagi harga camni kak, yang terpilih jer..."



Eh apasal, boss marah ker?" Dia jawab, "taklah..saya pun tengok orang jugak kalau yg tunjuk pandai tu taknaklah saya tolong...akak pun tak tunjuk pandai nampak baiiikkk jer..." wah...tips di disitu...ada masa elok jugak kalau kita tunjuk ala-ala bodoh & lurus.....pastu borak2 dia tanya akak kerja apa, saya kata BPR...terus berhenti terkejut...toleh kat saya.... eh kerja BPR ni macam polis ker kak...akak kerja camana kak, bolehker pompuan kerja BPR kak? hah kau macam2 soalanlah pulak......





Wassalam

Tuesday, October 20, 2009

Cerita weekend yang panjang lebar tapi best!

Assalamualaikum w.b.t

Kalau sekadar duduk sehari dua tu okaylah...tapi kalau mencecah 3 malam memabg saya mula rasa boring.


Tu yang malam tadi lepas solat maghrib tiba-tiba desakan nak balik membuak-buak. Dah rasa tak tahu nak buat apa dah...suasana PD sapa tak tahu..memang panas lah kan....tu yang menambah rasa hangat jer...


Ikut pak haji dia suruh saya stay sampai rabu, sampai hari giliran saya seterusnya. Tapi takkan nak pontengkan hani sekolah sampai 3 hari..memang buang duit jer bayar yuran sekolah bulan-bulan.


Lagi tambah kronik saya tertinggal charger hp kat seremban, internet takde, hp takde lagilah rasa parah dan rasa terputus hubungan jer...


Tapi kali ni memang rasa puas giliran kali ni...dari khamis sampai ahad...khamis bermalam rumah saya, jumaat lepas isyak baru balik PD.


Jumaat malam tu, singgah giant nak beli gas yg dalam botol tu, utk masak guna dapur mobile tu...tengok2 gas tu dah habis pulak...terus pak haji ajak ke Econsave..baru buka jer econsave ni kat seremban. Saya okay jer...memang suka survey pusat membeli belah ni...saja nak bandingkan harga...


Pak haji gi solat isyak kami bertiga ditinggalkan di econsave, lepas solat dia joint kami. Asalnya janji jam 9 dia tunggu kat keter. Tapi dalam 9.05 kami keluar dia pulak dah sampai pintu masuk. So masuk sekali lagi teman pak haji pulak.


Asalnya tadi dah belanja 80++ beli barang keperluan untuk rumah PD...bila pak haji masuk dia beli lagi...buah2an,sayur, telur dan ntah apa2 lagi...sudahnya kita jugak yang bayar..beli makanan2 jer untuk 2/3 hari duk PD dah seratus lebih...saya pulak tak tersampai hati nak beli jenama 'econsave' beli gak yang jenama biasa...rasanya harga takdelah save sangat...lebih murah beli di Family store kat rumah saya tu...susu hani sustagen Kids 6+ pun lebih mahal dari FS...dan lagi jauh mahal dari kedai sensei cina...kadang2 susu hani saya beli di kedai ubat cina, harganya lebih murah RM2 dari kedai biasa...


Kami ampai rumah PD dah 11 pm ++, terus tido...esoknya sabtu pun sambung tido2 lagi..mana tak puas giliran kali ni..asyik tidoooooo jer...hani pun sporting...tido dengan kak Rika bilik satu lagi...petang keluar gi bandar carik barang...


Rupanya sepeninggalan kami minggu lepas, rumah PD dimasuki orang. Saya syak budak2 main bola tepi rumah ni yang masuk. Tak banyak benda hilang tapi benda yang hilang tu berguna lah jugak. Yang diambilnya periuk dalam rice cooker, indoor aerial, pinggan2 mangkuk, sudu2 dan garfu, sardin, biskut, teh dan bekasnya sekali, dengan beras berterabur, maggie...dan ntah apa lagi pun saya tak ingat dan tak dapat kesan.


Puas jugak saya dan Rika carik keliling rumah tapi takde rezeki. Agaknya budak2 tu masak nasi dan sardin dan masak maggie...pastu bawak jauh2 dan makan dengan gembiranya. Yang kami jumpa kotak biskut jacobs jer tepi longkang.


Sudahnya kami nak masak nasi guna rice cooker tak boleh dah. Rice cookernya ada, periuk dalam tu yang disonglapnya. TV pun takleh tengok dah, aerial takde...


Mula2 kami sangsi jugak camana budak2 tu boleh masuk. Agaknya dia umpil cermin tingkap dan masukkan tangan sebab tengok cermin nako tu terangkap sikit. Tapi bila saya check balik saya rasa kami yang cuai, saya dan rika tak check betul2, rasanya kami kunci pintu tapi lupa nak engselkan pintu atas bawah...tak double check, kalau saya sorang saya check semua tapi bila Rika ada, saya selalu tanya dia jer tak check sendiri..tulah padahnya...


maka petang sabtu tu keluarlah ke bandar beli aerial, baliknya nak singgah pasar malam tak jadi sebab masa tinggal setengah jam sebelum maghrib. Saya pulak sebab tido banyak sangat siangnya jadi pening kepala. Tapi hati tu berhajat jugak nak ke pasar malam ronda2 bukan nak membeli apa pun...suka tengok kot2 ada kelainan dari pasar malam lain...


Pak haji kan sepatutnya sabtu malam ke markas seremban, tapi 3 orang di PD yang dia call nak ajak gi sama [pak hj nak tumpang lah kononnya] semua ada alasan tak pergi makanya masa pun habis, pak haji dengan sedihnya takdelah pergi ke markas malam tu...


Yang happynya sayalah...sebab bila tak gi markaz bolehler layan kehendak bininya ni. Lepas isyak malam tu dalam pening2 kepala tu boleh pulak gi jalan lagi...tiba2 dalam kepala dok terbayang sup ketam. Blog mana ntah saya terbaca dia kata sup terbaik adalah sup ketam!~ Gila betul saya boleh terbayang berhari2 sup ketam lepas baca blog tu...



Pusinglah dari telok kemang sampai ke Batu 2 nak carik kedai terbaik nak makan sup ketam, tapi saya ni banyak songeh lah pulak, ada jer tak kena, suasana kedai ramai orang taknak, yang kurang orang takut tak sedap pulak...sudahnya balik ke batu 4 semula. Ada satu ekdai tu macam ramai orang yang area uptown tu, bila duduk nak order boleh pulak adik ambik order cakap sea food tak de, dah tak de menu tu...yang ada goreng2 dengan ayam golek...


Kepala dahlah pening....terus cakap kat dik tu macam nak marah2...apasal kat menu board ada gambar ikan ketam semua? Pastu cakap kat dia..macam ni akak tak jadiklah makan sini...terus blah, mujur pak haji yang jalan macam siput tak sampai lagi...parking agak jauh...so kami patah balik jerlah...tengah jalan nak ke kereta jumpa pak haji tengah tergaya2 jalan dengan tongkatnya...tersu cakap kat dia gi kedai lainler...


Kebetulan ada kedai Dino Pizza kat situ. pak haji terus cakap jom makan pizza. Saya pun on jerlah..kepala dah pening malas nak jalan lagi...terus duduk dan order. Ehh sedap pulak pizza dia, saya order mushroom soup dengan garlic bread jugak.... pemiliknya orang sweden dan isterinya melayu...resepi dari sweden katanya...fasih betul tokey sweden tu cakap melayu....memang bestlah jugak makan pizza ni takde heavy sangat...


Tapi tekak tetap terbayang sup ketam. Walhal bukan pernah makan sup ketam pun...punyalah hebat penangan blog ni~ lepas makan pizza pak haji tanya nak ke mana lagi, saya jawab nak ke Baden2 bundle...sajer nak tengok apa ada.


Seminggu lepas cikgu hani tanya hani ada gown ker..sebab persembahan nyanyi lagi sound of music kena pakai gown...so saya kenalah beli takpun tempah...tulah manalah tau baden2 bundle ada gown yang sesuai ker...yerlah setakat pakai sejam dua takkan nak beli mahal2 punya gown...


Jalan2 hani bukan pakai gown pun...sudahnya takde gown yg sesuai..yang sipi2 sesuai jer ada..beli jugaklah...alahai RM5.00 jer pun..pastu si Rika lah yang beli baju, jeans dan saya pulak belek2 jer...


Ahad pagi pulak lepas sarapan, pak haji dah nampak gelisah nak balik ke rumah kak aza sebab dah ada 3 missed call kak aza. Nak call back dia takde credit, hp saya pulak bateri kong....sudahnya dalam kepala dia dok mengagak jerlah apa halnya kot?


Dalam jam 10 saya pun hantar lah dia, asalnya dia nak balik sendiri, tapi nanti kang kalau dia balik bawak keter saya sini pulak melopong takde kereta, sebab kembara saya tinggal di seremban. Kami datang bawak MPV sebab ada sangkar kucing pastu nak bawak comforter 4 set yang sudah dibasuh...banyak makan ruang tu...


Di rumah kak aza pak haji guna merc lama dia lah...dalam perjalanan ke rumah kak aza batu 8 teluk kemang saya bukak balik topik sup ketam...tiba2 erfikir nak ajak pak haji ke pasar pasir panjang, kat sana banyak ikan baru naik termasuklah ketam...


Pak haji setujulah pulak..sukanya....sampai sana terjah gerai yang jual ikan baru naik tengok2 ada ketam siap spitnya bergerak2 lagi, ikan sembilang, gapang, duri, selangat semua baru naik...berkilat dan bergerak2 lagi.


Kami beli ikan sembilang dua ekor, ikan gapang dan ketam [yg masih hidup]....ikan sembilang utk kak aza dan pak haji pilih ikan gapang tu untuk saya sebenarnya. Nama jer asing2 tapi semua saya bayar jugak....tapi ntah macamana masa nak turun pak haji salah ambik. Patutnya ikan sembilang utk kak aza, saya minta pastu pak hj bagi 4 ketul utk saya nak rasa...tapi masa turun dia bawak bungkus ikan gapang sekor tu dengan ikan sembilang 4 ketul tu...


Bila balik saya tengok banyak pulak ikan sembilang, siap dengan telur2 dia semua, kepala dan ekor pun ada...dalam hati saya terdetik..."eh banyak pulak laki aku bagi ni..baik pulak hati dia"....so saya masak asam pedas dan ketam saya buat sup...petang tu kami turun pantai pulak mandi-manda....ramai pulak orang tapi lantaklah....pastu siap carik kepah..banyak pulak dapat tu..malamnya saya buat goreng berlada masuk serai..sungguhpun kecik sangat kepah tu [ker lala?] bolehler kami bertiga buat makan ratah2 sambil tengok tv...


Malam tu saya suh Rika kemas2 sebab isnin lepas subuh nak balik dah cadangnya. Tapi tengok2 subuh2 buta pak haji datang...terpisat2 jugak saya bangun rasa cam mimpi jer...rupanya betul dia sebelah saya kejut suh bangun solat subuh...member siap datang kejut tuuu..pastu dia cakap salah bagi bungkus ikan...yg aza punya terbagi kat saya...asalnya ikan gapang nak bagi saya sembilang bagi aza...katanya lagi sib baik tak bagi gapang tu sebab tak sedap [tak berapa segar rupanya, agaknya bukan baru naik sangat..pak haji tertipulah kot]...dia tanya, banyak ker telur ikan sembilang..saya jawab banyaklah jugak..sedaplah saya makan sorang sebab hani geli telur tu...kalau nak tau sedap tau telur ikan sembilang ni... bijik telur dia besar2 dan lemak plak tu....[eh dah macam lucah sikit pulak,kan :)]



Pastu pak haji kata tak payahlah balik...tunggulah sampai rabu...saya pun okay jerlah. Pastu sayapun solatlah subuh..tengah solat saya dengar keter pak haji dah start...aiseyyy..blah lah pulak...tunggulah kejap lagi kan? Takkan takde motif datang, semata2 nak kejut solat subuh jer???


Siangnya kami jalan sekali lagi ke kedai bundle...saja cuci mata dan kebetulan baju Rika terbeli semalamnya tu terketat...pastu balik makan2 saya masak telur masak kicap dan sardin jer dua2 lauk permintaan hani, ikan ada lagi tapi cili boh habis dah...blender takde, nak ke kedai malas, buat sardin saya suh Rika jer tumbuk cili basah...petang tu ala2 boring plak sebab bila on pc nak buat kerja hani sibuk nak main game pulak, takde online dia minta nak main game biasa [solitaire]...mengacau jer budak ni tau...agak tension jugaklah disituuu...


Malamnya lepas solat maghrib...bersiap2 lah kami nak balik. keputusan on the spot jer...pastu masukkan sim card saya lam hp Rika, sms pak haji...tak balas2..so tunggu lagi kang merajuk plak dia kalau datang tengok kami dah blah...lepas isyak call lagi...baru jawab..dengar suara zubir sekali..pastu pak haji kata baliklah....saya ingat dia nak tahan saya suh stay lagi..rupanya idak....macam suka pulak saya balik...


Tup2 tadi tengah taip entry ni dia call lah pulak...borak2 pastu dia cakap ingat subuh ni nak datanglah...sebab saya asyiklah cakap dan tekankan kat dia ikut kiraan saya tarikh subur saya...selasa, rabu dan khamis ni...ingat stay kat PD adalah sesuatu...tapi ni saya stay kat PD pun pak haji takde dtg dan kerja saya plak tertangguh...maka samalah jugak!


Pak haji kata lagi...nak datang camana, saya dah balik...yerlah orang tak sudi katanya...hishhhh...dia tak tau saya dah boring dok sana....nak call dia pun takdapat saya dah bagi no Rika kot2 dia nak call pun takde...so pepandailah balik rumah sendiri...pastu baru lak dia nak bagitau malam tadi baru nak top up hp, nak contack saya pastu saya called cakap nak balik plak...hmmmm ... dah terlambat baaaang....


Apapun...weekend ni agak puas hati lah jugak...dapat bagi hani happy ke pantai, dapat bersama2 pak haji agak lama lah jugak...dan dapat pulak makan sup ketam...


Okay tamat kisah weekend saya yang panjang....dah balik rumah sendiri ni maka back to the routine....jap lagi nak masak....hari ni menu tenggiri masak kari dengan terung, kailan goreng dan ulam raja...best tak? Akhir2 ni saya suka masak kari sebab rasa cam banyak kali masak dah tapi tetap belum capai standard...eh rempah cap apa yg paling best sebenarnya ni...baba's, Adabi?




Wassalam

Friday, October 16, 2009

Mencari suasana yang lain...

Assalamualaikum w.b.t


Saya rasa kan yg otak saya bila duk rumah ni dah agak2 tepu. Campur malas sama. Ingat bila pindahkan meja makan/belajar kat depan pintu sliding ni semangat nak buat tesis membuak2...tapi haremmmm..hampeh camtu gak...


Pastu siap salahkan langsir plak..gelap sangat, mood study tak mariii...walhal mood berblog dan gi sana sini dalam internet boleh pulak? Duduk tempat yg sama jugak...cakap jerlah sendiri yg takde mood...nak salahkan benda lain jugak!


Tak cukup salahkan langsir kaler coklat yg sangat diidam2kan dan disukai dulu, salahkan aircond dengan kipas pulak, baru tersedar angin tak berapa nak kena kat position ni dan bila bukak aircond pulak rasa cam sejuk dia tak sampai, tak menghala ke arah saya...mampuslah asyik nak salahkan benda lain jer???



Mujur juga ada dua rumah sekarang...dan pak haji lak sanggup layan..semalam petang jer pun baru dia sampai sini, lepas jumaat jap lagi ni saya nak 'berpindah' ke PD balik...berhangkut lagilah kami ke sana...


Yerlah sebab weekend minggu lepas tu rasa mood buat tesis cam berada di puncak gunung everest gayanya..punyalah syoknya..tup2 dapat panggilan kata kakak pak haji dah nak sampai segerombolan..terus simpan segala mak nenek ~ buku, lappy, segala. sudahnya sampailah balik seremban semula mood tak mari2 lagi...


Malam tadi hangkut segedabak "Hansard Parlimen" [penyata rasmi] semasa perbahasan pembentangan rang undang2 pencegahan rasuah konon tukar suasana baca atas katil siap bukak aircon bukak kipas lagi pulak tu nak ambik mood kononnya, sudahnya lepas bebarapa mukasurat dengan saya2 pun jalan....bukan jalan sekejap sampai ke subuh plak tu...melepas dah satu malam...[rugi2]


pagi2 siap kena sound ngan pak haji, katanya...bukan main sejuk kipas dan aircond masa dia masuk bilik...sian anak mengerekot tido belakang saya....dia masuk jam 11 lebih...bertenet jugaklah tu...yang saya balik makan kat luar dengan hani dan pak haji memang perut rasa penuh amat...maklumlah portion Kuew teow kantonese zink corner tu memang banyak...tak habis makan sorang..mana tak lelap!



Pastu pak haji siap perli, dia ingat betullah saya bagus sungguh malam tadi tak kacau dia bertenet, balik dinner....sopan jer masuk bilik nak study/baca...pastu siap bawak highlighter macam2 kaler rupanya sedap membuta...siap tak sedar diri lagi...maklumler katil super king, satu hujung sana satu hujung sini...hani tengah2..memang masing2 dengan dunia masing2...macam putus hubungan jer...sedar2 subuh member dah start keter gi surau...



So hari ni dah cakap kat dia nak 'berpindah' ke homestay...ada anak mangga [mak kak aza, tok melah semai dalam polybag dan bagi saya sebelum puasa hari tu] tapi pak haji tak kasi tanam sini takut akar panjang nanti rumah retak, tulah nak tanam kat rumah sana, tepi rumah pak haji tu banyak kawasan lapang...boleh jer tanam kalau nak...



So, lepas asar bertolak ke sana...kawasan taman di sana adalah lapang dan sunyi takde kenderaan lalu lalang dan hani pun boleh main skuter sendiri kat luar, Rika boleh kemas2 belakang dan luar...saya plak boleh bukak sliding luas2 pastu membaca dan menaip...kucing2 Manja dan Lara jugak boleh bebas turun naik tangga dan main kat porch...sebab mereka pun dah biasa ke PD...



Dan saya pun ada nampak satu kucing baikkk punya, tapi bukan farsi, jantan, bulu sangat cantik, ekor super lebat dan tebal dan panjang....macam takde tuan jer...selalu dah Rika bagi makan...ingat nak ushar dia ..konon nak buat menantulah untuk si Lara tu....tunggu dia cukup umur lah...tapi nampak gaya cam dah 'gatal' nak berlaki sebab bila lepas kat belakang asyik nak masuk rumah sebelah ada kucing jantan panggil dia...sib baik pandai masuk pagar semula....



Dan yang paling penting jugak kat sana takde internet..so no choice...terpaksa juga buat kerja sekolah...dan otak pun jadik focus jer....esok pagi2 cam biasa gi pantai, nak goreng mee pastu bawak makan minum kat tepi pantai...sebelum tu joging dengan hani dan Rika...syiookkknya...pastu saya nak ambik kesempatan mandi laut jugak....lantaklah dah kertu pun takperlah..asal hati gumbira...camana cantik tak plan saya ni? Oh yer ada Wifi kat bawah ni...bawak lappy pun oraitt jugak...



Asyik gaduh jer pastu citer benda negatif...pastu susah2 hati..biarlah ada masa ni enjoy...dan enjoy cara begini bukan kena keluar kos yg banyak pun...hani pun enjoy...petangnya pulak ajak rika dan hani round pasar malam bawah tu...ada banyak gerai menarik...pak haji masa petang dan kena gi seremban mesyuarat tabligh...tinggal kami jerlah..malam dia baru balik....



Ok tu jer plan weekend ni....harap2 semua berjalan lancar...dan minggu depan bermula lagi minggu yang hectic sebab dah mula proses nak interview bersemuka responden tesis saya...harap semua berjalan mengikut jadual...




Wassalam

Thursday, October 15, 2009

Apa gaya anda dirumah?

Assalamualaikum w.b.t


Saya rajin gak baca blog Alex Lacey...akhir2 ni banyak betul perubahan dalam diri dia...sungguh bermotivasi beliau....dan dalam semua perkara saya melihat beliau sangat positif. Memang patut dicontohi...



Kalau dia baca blog saya mesti gamaknya dia fikir..kenapalah saya ni asyik fikir negatif dan fikir buruk orang dan asyik berburuk sangak jer yer???? Mesti banyak benda dia nak motivasikan kot...


Tapi dalam banyak2 benda dia tulis tu saya takdelah terkesan sangat {dasar malas mencuba benda baru}..yerlah saya pun baca sepintas lalu jer...sekadar mencedok ilmu tapi tak sampai lagi tahap nak amalkan apa yang ditulis tu...



Cuma baru2 ni ada ditulis tentang sentiasa berfikir diri cantik dan berpakaian cantik. Bukan untuk orang tapi untuk diri sendiri. Dan saya memang terkesan dengan penulisan dia...


Cuma bab nak praktikkan apa yang ditulis tu sedikit masalah juga timbul pada saya. Terasa malu/janggal pulak nak melawa2 tanpa ada apa2 matlamat/tujuan. Walaupun salah pendirian begini tapi sesuatu yang kita dah buat sekian lama memang sukar diubah. Macam tulah saya..bila dah berpakaian basahan kat rumah macam ni..hah macam nilah selamanya...dah membudaya dan mendarah daging.



Nak pakai lawa2 rasa pelik pulak. Macamana dengan anda semua...kat rumah melawa tak atau pakai pakaian basahan yang selesa ikut sesedap rasa. Kalau cik abang suka tengok kita melawa ada gak motivasi nak melawa kat rumah...kalau cam pak haji takde herannya dia...pakailah apapun....



Tapi bak kata Alex Lacey kita melawa untuk diri sendiri...tak payah lah fikir untuk orang lain...so macamana gaya anda di rumah? Seksi? menggoda? atau apa?


Saya adalah sangat simple kalau di rumah. Saya memang tak melawa langsung. bedak pun idak...apatah lagi celak/lipstik...t shirt dan kain batik pun selalu gak tersarung...senang nak ke toilet kalau berkain batik ni...dulu saya tak pandai jugak ikat kain molek2 tapi sejak umur 30 an ni dah terbiasa pulak...w.pun kain batik saya 5 helai jer, tu pun beli masa nak bersalinkan hani, saya pusing2 pakai yg tuler...tapi ada kain batik tak jahit dalam almari banyak jugak...sayang pulak nak pakai utk diri sendiri...saya suka bagi cenderamata kain batik kalau org datang rumah...tu sebab saya standby jer kain batik baru...



saya rasa makin tambah umur makin jadik typical orang kampung gaya saya ni...tak kisah nak berkain batik corak luntur dan pakai kaftan siang2 buta...


Tapi bila baca Alex Lacey tu terkesan jugak nak ubah penampilan diri kat rumah untuk datangkan aura positif dalam diri...cuma nak kena melaburlah sikit beli baju2 basahan baru...saya ni memang tak kisah hal baju basahan...baju2 t shirt awal tahun 2000-an dulu saya masih pakai sungguhpun dan berlubang kecik sana sini... sayang nak buang kalau t shirt tu sedap dan sejuk pakai...



P/s: Petang ni saya ubah sikit penampilan sebab pak haji balik petang ni, saja pakai blouse kain cotton agak jarang dan terbelah agak panjang bahagian dada [sebab segan masih gak cover plak dengan brooch] dan muka pulak siap berbedak...hahahahaha kelakar plak saya....saja nak test kot2 dia perasan...hempehhhh...seperti dijangka....idak menegur langsung...so nampaknya usaha mengubah penampilan dengan mengharapkan faktor daya tarikan luaran idaklah berjaya..kenalah saya gunakan faktor dalaman jugak...come on salwa...just do it!
Wassalam

Wednesday, October 14, 2009

Apa jadi dengan KL hari ni?

Assalamualaikum w.b.t


Saya bertolak macam biasa dari rumah, jam 7.30. Kelas jam 9.30. Drop hani kat sekolah pastu terus pecut ke KL. {Jalan Duta}


Masa kat tol seremban nampak banyak keter hala nak masuk tol, dari tol tu berderet2 sampai ke lebuhraya panjangnya. Yang saya nak keluar tol pulak mengahal ke KL...


Agak2 dalam beberapa kilometer ada lori terbalik menghala utara. tapi dah beberapa jam terjadi kot sebab takde jam langsung.


Masa perjalanan ni keadaan adalah lancar cuma perasan keter adalah banyak jugak w.pun masa ni dah melewati jam 8.30 pg.


Tapi saya pecut tetap pecut walaupun keter pak haji MPV Serena ni agak ringan dan goyang2 kalau bawak laju sebab saya sorang jer, lainler kalau ramai duk belakang berat sikit senang nak pecut.


Dahlah gedabak...memang tak suka bawak MPV ni, sungguh tak kena cara, sorang pompuan bawak MPV sorang diri pastu perasan keter macam bagus nak pecut cantik punya...buat malu jer...w.pun cc nya 2000 cc...


Tapi kalau bawak merc walaupun buruk dan cc nya 190 E ajer, saya tak malu nak pecut sebab keter tu kecik dan sesuai bawak dan no plet adalah cantik P*M 55, adalah nampak ala-ala orang 'berada' sikit konon cam nampak no plet beli kan? betul beli tau...4 k harga no tu..tapi owner lama lah yg beli...kami takde kaitan...


Bagi golongan sederhana cam saya ni memadailah..merasalah bawak merc w.pun buruk. tapi ramai berkenan keter tu tau...keter lama, original pasang luar negara, ada beberapa orang dah tanya saya nak beli keter ni dari suami...


Yerlah jarang gak orang perempuan muda [perasan muda!] sudi nak bawak keter lama2 ni tapi saya suker jer...kan saya ni peminat barang2 lama dan 2nd hand...dan yang paling penting bawaknya sedap, enjinnya bagus dan ada sentimental value pada kereta ni...bagi yang tau menilailah....


Okey melalut hal keter...sampai jer tol sungai besi kan..masyaallah punyalah jam gila....gila pun tak jammed camtu tau! Lebih sejam saya terperangkap kat jammed metramac tu....sampai depan istana barulah agak2 lancar...bayangkan dari keluar tol sungai besi sampai depan istana???? Gila ker hapa..


Sebenarnya apa yang berlaku di KL pagi tadi? Dalam radio kata sebab hujan. Tapi hujan bukannya lama tapi kenapa jammed pulak lama?


Ker sebab hari ni mula persidangan UMNO? Dalam jammed tu keter polis dan motor polis pun takleh nak menyelit, kalau ada ambulance bawak pompuan nak beranak gerenti terberanak dalam ambulance.


Sudahnya keluar rumah 7.30 saya hanya dapat sampai kelas dekat jam 10 pagi. Lecturer saya yang baik telah menunggu kami 3 orang yang terperangkap dalam jammed dan tak mulakan pun kelas. Yerlah dahlah kami 9 orang, 3 takde yang tinggal 6..tu yang tunggu jugak kami tu. Lagipun hari ni bukan kelas mengajar tapi kami semua kena present....


Dan masa presentation tadi, puas hatilah jugak..tak sia2 saya discuss dua kali dengan tn hj tahir dari pagi sampai jam 10 malam kat Lib UKM sebab nak fahamkan artikel luar negara tu...mujur diakhir presentation mereka semua faham dan minat dengan tajuk kami...bayangkan 40+ pages artikel ilmiah kena dipersembahkan dalam 10 minit....kalau tak faham dan ambil intinya sahaja susah juga nak present untuk menarik audience....tajuk kami pasal program melindungi saksi rakan sejenayah dalam jenayah terancang....


Tajuk glmaournya "Facilitating witness co-operation in organised crime cases: an international review"...artikel english tapi present bahasa Melayu...tu yg payah nak translate tu...program ni diluar negara lama dah...penjenayah yg bagi kerjasama [sanggup bg keterangan tntg jenayah terancang mcm kump Mafia] akan dilindungi, ditukar identiti diri dan keluarga, diberi pendidikan, pekerjaan, bantuan kewangan dan kesihatan..pendekata semuanya diubah....tapi program ni kons pun banyak...bayangkan mana tau kan kalau buat kat negara kita tetiba ada jiran baru pindah sebelah rumah...rupa2nya pembunuh dan penjenayah licik tapi asbab program perlindungan saksi/sanggup bg keterangan dia ditransform jadi masayarakat biasa...seramkan dahlah kita tak tau...lainler kalau dia benar2 berubah..eh panjang citer bab ni kalau nak citer..kat malaysia akta perlindungan saksi masih peringkat parlimen belum digazetkan lagi...baru bentang last year jer...



Esok dua lagi assignment kena hantar...dan ada satu lagi assignment pulak lepas tu...yang sakit jiwa, tiga2 assignment adalah totally kena buat sendiri. Kira assignment bukan ilmiah sangat ni...satu tu kena buat pasal forensic engineering..."Faktor2 kecacatan binaan struktur & bangunan" tak ker haru...jenuh google...pastu satu lagi kena ambik gambar progres projek....apa2 projek lah...dan satu lagi kajian kes, assignment dari pensyarah pegawai kanan polis bagi satu kes tipu [kes polis] pastu kena buat step camana nak menyiasat...nampak mudah tapi complicated jugak tu....


Dah makin nak habis ni makin lah banyak kerja2 remeh..patut dah fokus pada tesis jer...ntah camana plak dua paper tu boleh cicir kena ambik this sem..patut last sem tapi masalah teknikal antara MACA dengan UKM kami jadi mangsa....terkejar sana sini semua dah nak sampai tarikh ajal...lama2 ajal kita plak yang sampai pasal susah hati dok fikir kerja sekolah tak siap2....saat camni tak sabar nak kerja!



Balik citer hal keter....saya akan sabar tunggu walau berapa lama pun asalkan saya dapat keter idaman saya....tak kisahlah orang kata keter tu untuk orang tua ker hapa....saya tetap nak merc...takper berangan2 dulu...dapat mata belalang ker mata peanut ker compressor ker pun jadikler [wah tak nak kalah tu!!!]....



Angan2 kononnya hadiah untuk diri sendiri selepas kerja 10 tahun next year [bkn brand new pun yg saya angankan, tahap sy ni mampu 2nd hand jerlah]....tau dak, abang pada suami saya yg kapten kapal tu hadiahkan isteri dia yg kerja penerbit rancangan 'Agrojurnal/agrotek' di RTM tu sebijik compressor no plet ***56 [beli cash lagi], kalaulah adik dia ni pun kaya cam abang dia syioknya....yang 2nd hand pun takper, fuuuhhhhh berangan nombor satu saya ni! Berangan jerlah...jangan jadik mat jenin udahler....

Wassalam

Jejak kasih

Assalamualaikum w.b.t


Semalam ronda-ronda blog ntah sapa-sapa. Entah macamana termasuk dalam satu blog novelis ni, kemudian masuk lagi dalam list blog dalam blog dia tu.


Tiba-tiba termasuk dalam blog adik ipar saya plak. Rupanya penulis novel lah adik ipar saya ni. Adik pak haji sebenarnya.


Lamaaa sangat tak jumpa dia ni. Last jumpa masa arwah mak mertua meninggal. Tu pun dia balik lambat. Dah kebumi pun. Masa tu dia duduk di London. Tapi daripada blog ni dia duduk di Istanbul. Kawin Mat saleh...


Memang suami saya ada cakap 'Lijah' duk di Turki. Tapi saya bukan ambik tau sangat. Adik dia bukan adik saya.


Bila dah terjumpa ni dan baca kelakarlah pulak...boleh terjumpa di alam maya, di dunia nyata tak dapat jumpa.


Sebenarnya pernah saya bertamu ke rumah dia, di KL. Siap tido semalam lagi masa baru kawin dulu.


Yang paling tak tahan tu, saya boleh tak kenal dia mula tu, mujur ada gambar 2 anak perempuan dia....siap saya call on the spot suami [tapi tak jawab lah pulak] .....nak cerita lah kononnya....adik ipar saya ni bertudung dulu...tapi sekarang takde dah.


Dah ada dua novel nampak gayanya...tapi malangnya saya tak berminat membaca novel2 begini...


Itulah kisahnya...macam yang diketahui...suami saya ni ada 28 adik beradik, dari 4 ibu. Lijah ni adalah seibu sebapa dengan suami, satu2nya anak perempuan dan anak bongsu dari 4 beradik suami....tapi kalau tengok gaya, pemikiran, penampilan nya sangat jauh dari suami...


Malamnya suami called saya citer kat dia....dia pun cam sedih jer bila saya cakap gitu gini hal adik pompuan dia yang sorang tu...yerlah dulu sebelum kawin omputih elok jer bertudung...tapi luaran lah tu..mana tau dalaman dia tambah kuat iman ker....entahlah





Wassalam

Tuesday, October 13, 2009

Sekadar menulis tentang giliran & Hani


Assalamualaikum w.b.t

Saya serba salah nak menuntut giliran. tak habis2. Nampak dipihak saya saja yang asyik menuntut giliran.


Macamana nak puas hati? Sebab selama ni giliran memang tak berpihak pasa saya.


Yang terbaru ni pak haji cakap dengan saya dia nak buat giliran dalam seminggu tu bahagi dua. Dia akan balik rumah saya pada rabu sebelah malam [jam 11 iaitu lepas mesyuarat], khamis, jumaat dan sabtu malamnya [lepas malam markas] dia akan terus balik ke PD...selebihnya rumah kak aza.


Masalahnya sayalah pulak hari khamis takde rumah sebab ke kelas...kalau dia balik sapa plak nak layan???


Kalau dikira giliran begitu...dari segi giliran malam, maksudnya saya akan dapat 3 malam sahaja iaitu rabu, khamis dan jumaat. Kalau dikira siang pulak, saya juga dapat dengan dia 3 siang [khamis, jumaat, sabtu]


Kak aza?

hah kak aza pulak akan dapat 4 malam [sabtu, ahad, isnin, selasa] dan siangnya juga 4 siang [ahad, isnin, selasa dan rabu]....


Adil tak ni?


Tentu tak, kan?


Yerlah camana nak adil, seminggu ada 7 hari jer kan?


okey..okey...


Camana kalau kita terbalikkan giliran tu? Okey tak?


Okey tu okey...


Tapi saya pulak tak okey...sebab rabu dan khamis saya ada kelas lah pulak...


Macamana dia nak ada kat rumah pada siang rabu dan siang khamis kalau saya takde, hani plak sekolah, takkan nak duduk dengan Rika berdua jer???


So, bincang balik dengan suami, dia akan balik khamis sebelah lepas saya balik kelas....


Pastu..tak taulah hari apa plak dia balik ke PD...


Susah betul nak agihkan masa bila deal dengan saya...kalau dengan kak aza takde hal memang dia semedang ada kat rumah...anytime pak haji balik dia dah sedia menunggu...


So, kesimpulannya memanh selama2nya lah saya takkan dapat keadilan giliran ni...mimpi jerlah...sebab saya yang ada urusan lain....lainler saya ni surirumah..


nak buat giliran selang sehari memang sahlah tak boleh sebab pak haji takkan mampu berulang seremban-PD...kos minyak dan tol dia takkan mampu. Lainler saya tanggung...


Yang saya boleh buat sayalah ke PD dan serah diri kat dia...dan dia bila saya persoal hal giliran, selalu pulang paku buah keras...dia suruh saya duduk dimana suami duduk...


Buat masa ni macamana saya nak duduk di PD sedangkan hani sekolah. Pak haji kata berhentikan jer sekolah, darjah satu baru sekolah semula...tapi saya pulak kesian kat Hani, sekolah dua tahun pastu konvo tak dapat joint.


Hani dan konvo

Biarlah berhenti lepas konvo dia. Dah cakap dengan cikgu borak2 masa diorang datang raya hari tu, cikgu kata sayang kalau berhenti..tak dapat sijil..


Tambah2 hani dapat first class, tak ramai yang dapat sebab yang dapat hanyalah mereka yang tamat membaca cahayaku [5 tahun dia dah tamat dah] dan tamat Qiraati [dan naik quran]..setakat ni cawangan yang Hani sekolah ni hanya ada 2 lelaki dan 3 perempuan yang dah naik Quran....so dapatlah dia first class dan nama dan gambarnya akan dilekat diboard nanti...sebagai mak saya banggalah kan...anak seorang lah katakan..


Persembahan dia akan terlibat menyanyi lagu Sound of music [do re mi], menyanyi lagu membaca gaya wawasan, menari dan persembahan individu membaca doa naik kenderaan. Setakat ni tu yang saya tau...


Hani di sekolah memang pemalu, walaupun agak keciwa sebab banyak persembahan lain dia tak terpilih sebagai solo...tapi dia tetap masuk tapi sikit2 jerlah persembahan yang dia masuk, sikit tu saya banggalah jugak...ada beberapa budak perempuan yang masuk persembahan utama, saya kenal mereka ...nama pun best Aliya Hananiyah, Alyssa Hannah, Siti sarah, Nurul Iman...sebab tau diorang tu gedik, ramah, suara kuat dan berani. Tu sebab masuk persembahan.

dan saya sedikit ralat lah jugak...namun bila fikir hani ni perempuan, yang saya azam nak jadikan dia hafizah, maka sesuai sangatlah dia ni pemalu, tak gedik dan sopan...tak payahlah orang pandang dia sangat..nanti kalau dah gedik, peramah, berani..tak taulah dah besar nanti jadik apa..makan hati plak saya nak menegurnya bila dah remaja...


Tambah2 kalau ditengok pada paras wajahnya, masuk kategori comel jugaklah kan..kalau dah jadik anak gadis, tambah dengan lesung pipit kiri kanan...kalau dia peramah, gedik mau jugak ramai nak mengurat...paling kurang tegur2..sakat ker...kalau dia pemalu..kuranglah sikit kena kacau...hahahaa saja cover...nak lapangkan hati jer saya ni...




Wassalam