Sunday, June 25, 2006

aku ingin bercerita lagi dan lagi dan lagi...

Assalamualaikum w.b.t

Sunday, June 25, 2006


Derita itu bukan milikku
Derita itu juga bukan milikmu
Milik siapa derita itu
Kamu dan aku dan semua
mahukah jadi pemilik derita itu?


Aku tak ingin sendiri lagi
Aku ingin dimanja
Juga disayangi
bukan dibayangi
Kasihku bukan untuk dijual beli


Mahukah kau mengasihiku
Menjadikanku sebahagian hidupmu
Ringankan bebanku
Hanyutkan deritaku
Nun di hujung Dunia


Derita jangan datang lagi
Pergi dan pergi dan pergi
Jangan kau hampiri
aku tak mau derita
lagi dan lagi dan lagi


Tidak menyentuh diriku, hanya cubaan di pagi minggu menulis puisi yang ringkas ini untuk tatapan peribadi.


Suara hati dan pemikiran siti detik 6/25/2006 08:31:00 AM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati



Wassalam

Saturday, June 24, 2006

Tidur asing-asing?

Assalamualaikum w.b.t



Saya telah memisahkan tempat tidur anak, Hani Suhailah sejak Mei lalu, dan dia pun dapat menyesuaikan diri dengan bilik tidurnya sendiri walaupun umurnya baru je mencecah 3 tahun 5 Jun lalu. Kadang-kadang tengah malam saya akan menjengah ke biliknya dan kesian pulak tengok dia tergolek tidur seorang diri. Malahan saya kini selalu rasa bersalah kerana sayadan dia dah takde "body contact" lagi di malam hari. Malahan saya kini pula rasa tak sedap kerana malam-malam dah takde anak disebelah untuk dikucup bila tiba-tiba tersedar seperti amalan biasa saya sebelum ni. Tambahan pula saya ni bermadu, jadi selalulah suami tak bermalam di rumah saya dan dulu ada juga anak buat teman tidur kini dia pulak dah menolak untuk tidur di bilik saya.
Jadi, sekarang ni saya cuba nak pujuk balik Hani Suhailah untuk tidur di bilik saya.


Tapi ni jawapannya;


"Ibulah temankan kakak tido"

"Kakaklah temankan ibu"

"Jomlah....Ibulah.... tido atas katil kakak teman kakak tido"

Selalunya alasan saya macam ni...

"Katil kakak kecik, ibu gemuk macamana nak tido"

"kakak tido kat tepi je, ibu tido kat sini" (sambil tunjuk bahagian hujung katil)


Tapi selalunya taktik yang saya gunakan ialah menyanyi lagu batu belah batu bertangkup sambil buat muka paling sedih disertai sound effect tersedu-sedu dan dia dengan muka serba salah akan bersetuju tido bilik saya. Itu hanya janji mulut dia aje, sebab bila sampai waktu tido dia sanggup tarik tangan saya bawa ke biliknya.
Selalunya saya akan temankan dia sementara sahaja, lepas dia tido saya akan masuk bilik saya semula. Pada jam 4 atau 5 pagi selalunya dia akan masuk bilik saya bawa botol dan cakap "Ibu, nak susu".


Lepas tu dia akan masuk semula bilik dia dan tunggu saya bawa susu dan selepas tu pandailah dia letak sendiri botol atas meja dan sambung tido. Malahan dia pandai buka suis lampu dan kipas sendiri kalau masuk dan keluar bilik dia. SEjak umur 2 tahun lebih sikit dia dah pandai handle CD player- dah tahu tukar CD mana nak tengok dan boleh guna remote control untuk on/off, tukar ke Video dan boleh control volume.
Sebenarnya saya mula dedahkan dia dengan menonton CD sejak usia 3 bulan, tapi masa tu saya buka CD doa, mengaji , Nasyid, Iqra' dan kartun yang simple. Tapi sekarang janganlah melintas kedai CD kalau ke mana-mana shopping Complex, semua cerita dia dah tau, biasanya pilihan wajib dia mesti pingu, atau kartun terbitan Disney World dan saya sendiri akan beli CD bentuk pendidikan.


Tapi pendekata apa-apa CD dia boleh tengok termasuk CD senaman aerobic saya sambil dia terlompat-lompat dan gelek2 pinggang lagi!. Sekarang aktiviti dia kalau sampai rumah akan terus masuk bilik dia, on lampu, kipas, TV dan Cd sambil bermain-main seorang sementara saya bersolat ataupun masak.


Yang paling saya risaukan aktiviti dia sekarang hanya berkisar dalam bilik sahaja tambahan pula semua dah ada dalam bilik tu, dengan segala mainan, gelungsur, buaian, basikal, motor dan segala macam buku. Sesekali kesian sungguh tengok hani ni, selalu bercakap sorang-sorang terutama dengan bear dia. Bear dia pun hanya ada dua sahaja sejak kecil kerana dia tak pernah tunjuk nak beli bear apatah lagi nak beli anak patung cantik-cantik macam Barbie tu. Anak saya ni tak suka mainan keperempuanan, yang dia paling suka main hanyalah mainan lego, menengok-nengok buku dan belek-belek alatulis dia- asah pensel dan kalerlah, gunting kertaslah, dia paling minat buku yang ada sticker dan tampal untuk suai padan! mainan masak-masak dan mainan perempuan lain yang dibeli hanya dimain pada hari beli aje lepas tu dia simpan dalam bakul mainan. Normalkah anak saya ni?



Suara hati dan pemikiran siti detik 6/24/2006 12:13:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Hani


Wassalam

anda menentang poligami?

Assalamualaikum w.b.t


Saturday, June 24, 2006


Anda mungkin ada sebab tersendiri menentang poligami. saya juga kalau dibenarkan untuk menentang poligami tentu akan berdiri sebaris dengan persatuan2/pertubuhan yang menentang poligami. Tapi apakan daya sesuatu yang dihalalkan oleh Allah maka barang tentu tidak boleh pula kita sebagai hambaNya untuk mengharamkannya pula. Poligami ni istilah untuk merujuk sang suami manakala bagi sang isteri istilah popularnya "bermadu".


Anda tentu tahu seribu satu khasiat madukan? sebagai pengubat segala penyakit. tak taulah apa rasionalnya nenek moyang kita membandingkan madu yang manis ini dan menjadi ubat segala ini dengan poligami yang dianggap begitu pahit dan mendatangkan kesakitan pula kepada yang menjadi mangsanya (boleh juga jadi sakit jiwa!)


Bagaimana saya terjebak dengan poligami dan analisys cause and effect nya?


Jawapannya ringkasnya mudah saja: SUDAH JODOH


Malah ada beberapa senarai jawapan yang tidak ringkas yang lain seperti;


a. Saya / suami gatal - boleh jadi ?


b. Saya suka (lebih tepat perkataan sesuai/sekufu pemikiran) dengan lelaki matang - memangpun !


c. Madu saya (dulunya isteri suami sedia ada) memberi terlalu banyak ruang kepada sang suami beraktiviti luar pada masa sama dia ada aktiviti sendiri. (ramai isteri bersikap begini sekarang)


d. Saya /suami pada masa itu punya kedudukan mantap dari segi kewangan (jaga-jaga pada suami yang punya baki gaji bersih yang tinggi)


e. Paling penting mendapat restu kedua ibu bapa saya/suami dan adik beradik serta ipar duai kedua-dua pihak. (dalam hal ini saya dapat sokongan penuh tapi bersyarat)


Alasan diatas hanyalah asbab sahaja, sebenarnya semua telah ditentukan dan ditulis sedari alam roh lagi. Walaupun agak sukar menerima hakikat menjadi isteri yang ketiga dan kemudian kedua pula tetapi setelah melalui tempoh pengalaman perit itu, kini Allah tunjukkan hikmah disebalik semua ini. Dahulu, lebih tepatnya tempoh antara tahun 2001-2004, serasa mahu saja lari sekuat hati ke hujung dunia dan menjerit sekuat hati dan sesekali terfikir untuk mati sahaja dari menanggung beban perasaan yang maha hebat dan menguji tahap kesabaran yang paling tinggi.


Bercakap dengan dinding dan berhalusinasi menjadi satu basahan jiwa melepas dendam membara, menulis surat tanpa diserah kepada suami tercinta menjadi medan melampias seksa jiwa menderita, tapi kini semua itu hampir langsung telah terkubur kerana hakikat hidup bermadu telah dapat diterima dengan hati terbuka malahan kupanjatkan syukur kerana Allah masih sayangkan hambaNya ini dengan mengurniakan seorang cahaya mata yang mana mungkin Hani Suhailah akan dapat kalau saya masih menunggu teruna melamar dalam keadaan kerja saya yang tidak menentu masa dan digeruni untuk didekati lelaki.


Suami sering mengingatkan saya dan madu saya dari dulu sampai sekarang bahawa;
"Dalam poligami ini bukan suami yang beri kita ketenangan, macamana suami buat baik pun isteri takkan puas hati kalau ketenangan itu tidak datang dari dalam hati isteri sendiri. Selagi kita tidak bersyukur dengan apa yang ada, dan sentiasa keluh kesah kita tidak akan tenang. Tanda orang yang syukur ialah tidak ada keluh kesah dan sentiasa bersyukur dan bersangka baik dengan Allah"


Hidup saya dari era belajar di U seolah-olah memang disuratkan bertemu dengan lelaki telah berkahwin sehinggalah saya memasuki era dunia pekerjaan dan terbaru sehingga tahun sudah dalam keadaan telah berkahwin dan beranak pun masih ada juga rakan sekerja lelaki telah berkahwin yang berminat dengan saya. Anda silap kalau anggap saya mungkin cantik dan menggoda, tidak sama sekali saya bukan kategori cantik mahupun menggoda atau seksi dan gemar "meleseh".


Saya jenis bercakap dengan suara yang kuat dan tegas, malahan tidak malu-malu bergaduh atau bertengkar depan lelaki sekiranya saya fikir saya betul dan juga tidak malu bertanya rakan sekerja lelaki lebih senior apa yang saya tak tahu walaupun ia kelihatan seperti solan bodoh! Rupa-rupanya itulah agaknya yang jadi daya tarikan kepada kaum lelaki yang berusia ini... apa yang saya fikirlah atau mungkin ada sebab lain. Terserah anda menilai saya kerana itu bukan urusan saya, saya cerita apa yang saya rasa!


Ikut senarai ada lebih kurang 4 suami orang yang cuba mendekati saya dan dua daripadanya agak serius, satu semasa saya belajar di sebuah U di Utara, Ustaz Din, berusia 41 tahun , beranak lima yang ketika itu bekerja dengan NGO (saya membuat kerja sambilan di NGO berkenaan semasa cuti semester) dan minatnya pada saya mendorongnya membawa saya (ketika itu bersama rakan2 lain) ke rumah ibunya di Taiping dan dalam diam telah mencuri gambar saya tanpa tudung (khabarnya isterinya terjumpa gambar itu dengan tulisan jawi nama saya berbintikan nama ibu saya) sehingga hampir bercerai berai dan akhirnya saya berhenti serta merta dari NGO berkenaan.


Satu lagi semasa saya bekerja sebagai wartawan penyiaran di sebuah negeri di selatan sebagai stringer dengan sebuah syarikat membekalkan berita kepada Stesyen NT*7. Pemilik syarikat merangkap jurukamera yang sentiasa bersma saya sepanjang masa bekerja rupa-rupanya dalam diam menaruh hati sesungguh-sungguhnyakepada saya. Saya yang ketika itu begitu anti lelaki dan tidak pernah terlibat dunia cinta sama sekali seakan terikut sama dengan rentaknya yang akhirnya memakan diri saya... rupanya suami orang ini lain penangannya. Saya terpaksa undur diri sebelum berlaku perkara yang tidak dijangka. Allah sayangkan saya, permohonan borang SPA8 semasa di tahun akhir saya pada masa itu juga datang menjengah memaklumkan ada panggilan temuduga.


Diam-diam saya berusaha menelaah dan bersedia kerana kini saya ada tempat pelarian. Saya berjaya menjawat jawatan dalam sektor kerajaan walaupun ketika itu masih ada sisa kegawatan ekonomi 1998. Bagaimanapun mungkin alpa dengan cinta saya memberi kata dua kepadanya sebelum saya pergi untuk dia masuk meminang. Dalam esak tangisan seperti budak kecil dia meminta masa, saya tahu itu jawapan orang yang tidak bersungguh. saya beri amsa dua bulan fikir dan cari saya sekiranya bersedia.


Dia masih mencari sya walaupun ketika itu saya telah duduk di Serdang dan kerja di Kuala Lumpur. Kemewahannya dengan kereta BMW, Perdana, Waja seakan mengaburi saya dan saya tidak boleh lari darinya kemana-mana saya dicari, malam saya dihubungi dan perasaan saya juga amat bergantung kepadanya.


Tuhanku, sungguh derita saya pada masa itu. Tapi pada masa itu juga saya memohon kekuatan kepada Allah untuk melupakannya tapi gagal dan saya akhirnya doa sungguh-sungguh agar Allah hantar manusia lain untuk mengubati saya dari kealpaan ini dan menjadi kekuatan buat saya untuk melupakannya. Tambahan pula saya mengalami cultural shock dari bekerja sektor swasta memasuki badan kerajaan dengan budaya kerja yang sama sekali berbeza (pada masa itu sebagai budak baru di unit Pendidikan Masyarakat saya tiada beban kerja yang besar berbanding sekarang) jadi saya punya banyak masa mengexplore internet. Disinilah segala-galanya bermula.


Pada masa itulah rintihan saya didengari Allah yang maha adil lagi maha mengasihani, saya dihantar dengan dua lelaki sekaligus dan perkenalan ini semua melalui satu laman web yang saya tak ingat dan kedua-duanya telah menghantar email kepada saya (sebenarnya banyak email mahu berkenalan tetapi akhirnya dua ini saja yang sealiran dengan saya) dan kedua-duanya juga punya perhatian yang berlebihan terhadap saya dengan nasihat yang tinggi menggunung apabila saya ceritakan masalah ini.


Seingat saya perkenalan pertama ini bermula pada bulan Oktober 2000. Sehingga bulan Feb 2001 seingat saya, saya tidak berjumpa dengannya dan kami hanya berhubung dengan telefon sekali sekala dan saya selesa sekali bercerita dengan nickname "bojongpocong" berbanding seorang lagi yang punya nickname "alang bid*ra".


Saya tahu kedua-duanya suami orang. Ooh..., adakala terfikir saya, adakah saya disuratkan berkahwin dengan suami orang? Sehinggalah satu tahap iaitu lebih kurang April 2001 saya dilamar (nak masuk meminang katanya) oleh "Bojong Pocong" ini tanpa saya pernah melihatnya dan beliau juga tidak pernah melihat saya hanya berbual melalui telefon.


Tanpa berfikir panjang saya memang tidak bersetuju kerana dalam usia 26 tahun saya bukanlah terlalu tua untuk tidak mendapat jodoh teruna, dan tidak dapat saya bayangkan saya brkahwin dengan orang yang bezanya 18 tahun lebih tua dari saya. Macamana tanggapan orang kampung dan penerimaan ibu ayah saya? Pasti mentah-mentah ditolak! Tambahan pula saya hanya memerlukannya untuk berkongsi cerita dan masalah hidup saya yang berada dirantau seorang diri tanpa diambil peduli oleh family bukan untuk berkongsi hidup.


Pada masa itu, saya menyewa di Serdang dan setiap pagi selepas subuh menaiki motor ke pejabat di Jalan Duta, KL dan dalam keadaan hujan setiap hari (hujung tahun masa tu) airmata saya bersatu dengan air hujan mengenang nasib diri mencari rezeki dan kalau saya mati pun family tak tahu sebab mereka tak pernah ambil tahu dimana saya duduk! (saya terlalu independent sebenarnya, bukan salah ibu ayah) Banyak cerita sedih saya pada masa tu, tak tau nak cerita kat sapa, maka bojong pocong ni amat penting dalam hidup saya ketika itu walaupun tak kenal dia ni sapa!


Bayangkan saya datang dari Melaka menaiki motor Yamaha 110 dipinjam dari abang ipar pada hari Ahad 1 Sept 2000 (lapor diri 2 Sept 2000) dengan membawa beg baju besar di belakang dan singgah R&R Seremban sebab minyak habis. Dengan berat badan 46 kg masa tu, saya tak larat w.pun nak tongkat motor secara tegak, nak tongkat te[i motor tak mampu tanggung berat beg, tumbang. Terpaksalah minta tolong Mamat bangla buka tali, angkat beg, isi minyak dan saya naik motor dia pasangkan balik beg baju saya yang besar tu...


Sampai Serdang dalam keadaan badan bergegar rasanya disebabkan terlalu lama naik motor pergi pulak ajak kawan recce office yang tersorok atas bukit tu masing-masing menaiki motor dan sampai malam tersesat/terpisah dengan kawan depan auditorium DBKL. Hp tak boleh call plk, jenuhlah kawan pusing balik cari saya dahlah malam... sedih gilerlah masa tu...banyak lagi lah dugaan hidup saya sebenarnya.


Berbalik cerita bojong pocong, apabila saya menolak mentah-mentah permintaannya, jawapannya mudah sahaja;


"...cukup sampai di sini saya harap kita tak perlu berhubung lagi kerana saya tak boleh langgar prinsip saya sebab saya tak nak ada hubungan dengan wanita lain tanpa ada hubungan yang sah."


Saya pun setuju kerana saya tak mahu tawar menawar tentang perkara yang jelas pada saya jawapannya. Jadi bermula saat itu kami tidak lagi berhubung.


***Cerita ini untuk tatapan saya dan tidak ada kena mengena dengan orang lain dan bukan juga bertujuan yang lain melainkan bertujuan mengenang kembalai saat-saat awal saya berumahtangga sempena ulangtahun perkahwinan saya ke 5 pada 2 jun lalu beserta kelahiran cahayamata pada 5 JUn kerana saya tidak pernah mencatatkan kenangan ini sebelum ini dimana-mana, sekiranya cerita ini menganggu perasaan dan pemikiran anda maafkan saya dan silalah anda abaikan. Terima kasih, akan bersambung di lain masa.



Suara hati dan pemikiran siti detik 6/24/2006 03:25:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Baiti jannati

Wassalam

Friday, June 23, 2006

Mula kenal dengan blog

Assalamualaikum w.b.t



Saya mula kenal dengan blog ni agak lama juga, rasanya sejak mengandung tahun 2002 lagi. Masa tu rajin mencari maklumat dalam internet, terutama maklumat pasal kesihatan ibu mengandung, bayi dan persediaan bersalin. Saya gunakan "search" pakai perkataan2 tulah. Jadi banyaklah keluar laman-laman web termasuklah blg-blog yang ada kaitan dengan perkataan tu. Masa tulah jumpa dengan blog-blog ni tapi takde masa nak baca tulisan2 ni dan tak berminat nak tau pasal bila baca tak ada maklumat berbentuk ilmiah dalam blog ni. Cerita2 aje dan banyak pula gunakan bahasa pasar, perbualan seharian dengan singkatan2 perkataan yang menyakitkan mata nak baca. Sampailah tahun 2004, bila saya sekali lagi nampak makin banyak blog dalam internet ni sya cuba juga baca sikit-sikit. Tapi tahun lalu saya mula baca secara aktif blog-blog seperti joeperantau, blog k. sya, k. lady, Mak Andeh, tuan tanah, abdullahjones, Mat Jan dan hampir semua blog yang link ke blog tu.


Saya dapati kebanyakan mereka ni dah menegnali satu sama lain. Pendek kata ada satu koloni masyarakat dalam blog. Berkawan secara maya lepas tu berkenalan pula di luar. Macam seronok je mereka bila berjumpa.


Saya juga tengok adakalanya baca blog ni satu keseronokan kerana dapat merasai pengalaman orang lain, dapat belajar dan tahu apa berlaku di sekitar mereka sehinggalah satu tahap saya rasa macam satu kewajipan untuk saya jengah ke blog untuk tau perkembangan mereka. Biasanya hanya waktu rehat atau lepas waktu pejabat sahaja saya baca blog. Kerana guna internet di pejabat. Rasa bersalah pula nak guna waktu kerja dan biasanya takde masa nak baca ni masa off hour.


Keinginan untuk buat blog sendiri juga mula timbul pertengahan tahun lalu, tapi bila fikir akan lebih banyak masa bekerja nanti disalahgunakan untuk berblog, maka tak jadilah saya buat blog. Cuma dalam hati azam nak beli komputer di rumah dan pasang internet. Itupun teruk juga kena soal jawab dengan suami kerana pejabat dan rumah jaraknya 50 meter je,


Suami tanya;

"kat pejabat dah ada internet, buat apa nak masukkan kat rumah?


"Nak buat bloglah bang, macam diary tapi boleh letak macam-macam, ramai orang dah ada blog".


"Kan abang dah buat laman web kita sekeluarga, tak payahlah buat blog"


"nak masuk juga internet, senang malam-malam boleh cari maklumat, akan datang nanti kalau wa jadi pegawai pendakwa boleh tengok authoriti case dalam MLJ dan CLJ"


"Suka atilah"


Jawapan suka ati tu menang ditunggu-tunggu sebab suami saya ni memang payah nak bagi persetujuan perkara yang pada dia tak banyak manafaat, macam nak masuk astro dari mula kahwin sampai hari ni dia masih tak setuju nak pasang astro w.pun dulu beli wira dapat percuma astro, dia biarkan aje, katanya, " baca Quran" lagi baik. Saya malas nak lawan. Macam tulah suami ni... banyak sangat benda nak jaga dengan dia ni. Buat blog ni pun tak bagi dia tau ni, kalau tau nanti takut dia terbaca, kot-kotlah kecik ati ke. Agak-agaknya orang lain tu suami baca ke blog bini masing-masing?


Jadi azam beli komputer hanya tertunai bulan lalu dan internet pula hanya dapat masuk awal Jun, dapat pula pakej staff tel*kom, guna nama suami jadi hanya bayar RM 44 sebulan unlimited guna internet. Tanpa ada apa-apa asas pada masa ni, inilah aje bentuk blog yang termampu dihasilkan dengan masa yang terbatas untuk belajar lebih banyak lagi dan buat blog lebih cantik dan menarik. Apapun sekarang ni ada jugalah tempat baru luah perasaan dan kongsi buah fikiran. Sekurang-kurangnya ada juga catatan nak rujuk kemudian hari.


Suara hati dan pemikiran siti detik 6/23/2006 11:52:00 AM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam


Wassalam

Tertangkap orang yang cuba tolong orang

Assalamualaikum w.b.t

Friday, June 23, 2006



Semalam kami telah menangkap seorang yang cuba menolong melepaskan kawannya yang melakukan kesalahan di Bawah Akta Imeg*esen, beliau menyogok wang R*su*h, RM 700.00 kepada Peg Imigrsn (PI). Kesian pulak tengok muka dia dalam lock up tapi nak buat macamana, dah tugas kami. Memandangkan kes ini sangat simple dan tak banyak saksi saya pun menawarkan diri kepada OC untuk jadi IO (Investigation Officer) sekadar untuk cukupkan kuota IP (Investigation Paper) saya tahun ni (SKT).



Pada malam sebelumnya (hampir 12.00 mlm) apabila anak buah maklumkan tangkapan semasa sertai ops bersama JP* saya dah aturkan pegawai yang akan terlibat untuk esoknya, so senang punya kerja lah. Jadi semalam sehari suntuk saya cuba menyiapkan IP yang tersangatlah simple itu, tapi tak siap juga, pasal peg PI yang incharge malam tu ada court case semalam so hari jam 3.00 petang dah mnta dia dtg ke pejabat. Isnin ni ada court case lagi, saksi semua tak refresh memory, sapina pun ada tak serve sebab cadangannya masa hari bicara nak serve. Ptg ni juga ada mesy pemantauan IP, banyak lagi kes anak buah diorang tak hantar lagi ni, memang kena bambu lah jawabnya. Asyik jawapannya siapkan "fact of case & compile IP". Hai susah betul nak push orang suruh buat kerja cepat.


Nampaknya, minggu depan minggu yang sibuk, ada bicara, ada kes charge baru, ada latihan menembak dan minggu depan juga cadang nak cat sendiri rumah baru... macamana nak atur ni?


Suara hati dan pemikiran siti detik 6/23/2006 02:29:00 PM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi


Wassalam

Wednesday, June 21, 2006

Pernah rasa macam nak tido je masa masuk pejabat pagi-pagi?

Assalamualaikum w.b.t


Maka tidolah saya pagi ni selama 2 jam, baru lega sikit kepala yang betul-betul pening dan mata yang rasa macam nak tercabut keluar.


Malam tadi (pagi?) apabila Pengarah (OC) membebel dalam bilk mesy tak henti-henti saya yang seperti biasa sebagai pegawai no 3 kanan di pejabat ni duduk sebelah kirinya rasa macam nak cakap jer suruh dia berhenti, tak penat ker dari pagi taklimat, mesyuarat dan bercakap2 jer? Saya nak bagitau je dia kata saya tak larat lagi dah nak angkat mata, dah tongah malam ooi! "tuan, berhenti sekarang boleh tak, sya tak larat lah....."


Tapi pe'el dia kalau cakap mesti pandang saya atau Timbalan dia (AOC) yang duduk sebelah kanan macam nak suruh kami angguk dan mengiyakan apa dia cakap, tapi tadi malam mcm biasa AOC jarang dilibatkan untuk apa2 OPS sebelah malam, sayalah yang dipandang2nya sekejap-sekejap dan saya pulak kenalah angguk2kan kepala seperti apa yg dia ckp semua betul, kena main politik jugak ni, orang kananlah katakan!


Dlm pada tu sempat juga sy bertukar2 sms lepas geram pd cik mud peg satu batch dengan sy tapi lain rank, dia ddk hujung2 jer. jabatan kami ni mcm adik-beradik P*lis jer, apa-apa pun ikut rank dulu, rank saya posting jer mesti jadi ketua unit, w.pun orang bawah2 pengalaman 10-20 tahun tapi kena dengar arahan kita, tapi kadang-kadang ada orang rank bawah main politik lebih sikit OC akan dengar cakap dia jelah!


Cik mud ni memang sekepala ngan saya almaklumlah satu batch, kami kursus asas 6 bulan di Pasukan Gerak Am, Ulu Kinta. Pagi2 buta dulu kami dah kena kawad lari 5 pusingan padang kawad dan sama-sama training lari 3.4 dalam masa 10 minit, sama-sama belajar menembak, keluar masuk hutan, rintas halangan dan macam-macam lagilah. ni cik jud sms kat saya bila OC mesy smlm hanya dengar ckp org rank bawah, walhal ada 3 ketua unit trmasuk saya, 2 lagi tu junior baru posting bulan 11 thn lepas.


"Bungkus dah u, OC pcaya kat a"


Kadang-kadang cik mud ni banyak juga nasihat saya, dia nampak apa yang saya patut buat sebagai ketua unit, orang lain mungkin segan nak cakap, maklumlah saya ni pompuan , yang dibawah nak dipimpin majoriti lelaki. kalau tak pandai nak "ambik ati" OC, tak rajin tunjuk muka memanglah kredibility kita sebagai ketua unit OC akan perlekehkan.

letihlah.... mlm smbg


Suara hati dan pemikiran siti detik 6/21/2006 11:04:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi



Wassalam

Ulang tahun kahwin

Assalamualaikum w.b.t
Wednesday, June 21, 2006



Kami ada 2 kali ulangtahun kawin pada setiap tahun, satu pada 2 jun dan satu lagi yang rasmi pada 30 Disember, maksudnya kalau terlepas 2 jun, bolehlah raikan pada 30 Disember. Biasanya memang kami akan melancong ke mana-mana sepanjang tempoh 5 tahun kawin ni.

Tahun 1: Kelantan & Trengganu & selatan Thailand (masa ni takde anak lagi)

Tahun 2: Pulau Kapas, Trengganu (dah mengandung sebulan dah)

Tahun 3:Cameroon Highland (bawa anak masa ni)

Tahun 4:Kuching, Sarawak

Tahun 5:Langkawi & Padang Besar

Tahun 6: Kota Kinabalu & Labuan (suami cadangkan)


Hari akhir kursus saya di Penang pada 2 Jun adalah u.tahun kahwin ke 5. Kebetulan saya bersama-sama dengan kawan dari Sarawak dan Labuan, cerita punya cerita termasuklah topik hal keluarga, saya pun entah macamana teringatkan hari 2 jun tu u.tahun kawin kami. 2 kawan tu macam terperanjat tengok saya baru teringatkan u.tahun kawin, dia kata;


"suami tak ucap ke atau call ke?" kawan lelaki dari Labuan tu tanya


Tak, dah biasa dah, hari tu 10 Mei masa kita kursus kat KL tu harijadi saya, dia tak wish apa-apa pun, walhal saya dah mesej perli2 dia kata tak ingat bini ke?, dia tak balas pun sampai hari ni"


"Kalau saya, dah teruk kena marah dah, hari jadi dia pun mesti saya belikan hadiah" sambung kawan lelaki dari Sarawak tu pulak.


Hai ... untungnya bini-bininya....


Maka masa kat Bayan Lepas Airport tunggu flight, saya pun teringatlah nak call suami nak test-test tanya kot-kot dia ingat ke;


"Abang ingat tak hari ni hari apa?

"Entah, esok taulah, hari jadi Agong"


"Memang dah agak dah, abang takkan ingat punya, kalau bini lain dah teruk abang kena belangkung, nasib baik memang saya tak letakkan harapan tinggi menggunung, kalau tak jatuh terjelepuk"


"Hari ni kan u.tahun kawin kita bang, dah 5 tahun dah kejap jer rasanya....

"Oh iye ker? tanpa rasa bersalah sikitpun"

"Bang, cadang nak ajak abang jalan-jalanlah weekend ni?

Tensionlah dengar nak kena tukar HQ ni..."

Ni perbualan pasal topik destinasi nak pergi tuu...

"Bila nak pergi" suami tanya

"Bertolak malam nilah"

Betul ke ni?


alah, kalau plan betul-betul mesti tak jadi punya

Nak pergi mana?


Suka ati abanglah... abang, kalau langkawi boleh tak?


Jauh sangatlah.... Pulau Tioman nak?

Boleh jugak, tak pernah pergi lagi...

Ok abg booking hotel @ resort kalau ada eh?


Ok, kalau takde mana tempat lagi eh bang, cameron dengan genting taknaklah, dah biasa, abg try tanya Sri Intan Bukit Fraser eh, K. Nor kata ada bunga tulip kat sana...

Ok, assalamualaikum.


Sampai KLIA driver jabatan dah tunggu, terus ke seremban dan minta driver bawa ke BSN nak kluarkan duit nak bayar S&P kat pej lawyer. sampai rumah suami dah tunggu letak beg terus gi pejabat lawyer. Dekat Maghrib ambil anak di rumah pengasuh dan bawa balik rumah dan siap-siap pack barang, suami kata Langkawi ada apartment Sri Intan kosong satu unit, so suami cadang bawa anak nya (anak tiri saya, Iza) umur 20 tahun untuk pergi sama, saua kata ok jer, boleh juga dia tengokkan adik dia ni. Lpas isyak terus bertolak dan sampai pekan kuah jam 6.00 pagi, solat subuh dan sarapan dan beli tiket dapat jam 8.30 am.


"Apasal ramai sangat orang ni?" tanya anak tiri

"Cuti sekolahlah, lagipun skang orang Malaysia semua dah pandai cuti-cuti Malaysia" saya jawab


Dalam feri punyalah haru Hani menangis bagai nak rak tak pandang kiri kanan, nak susu...nak susu... air pulak dah sejuk, isi dari rumah malam tadi, lupa pulak nak masukkan air panas masa minum kat kedai tadi... maka menangislah dia.


Perjalanan yang kusangka kurang dari setengah jam tu rupa-rupanya jadi dekat-dekat 2 jam juga... bangsa Maaysia memang muhibbah dalam anak menganis tu cina-cina yang majoriti dalam feri tu ada yang offer beri duduk tepi tingkap, yang bagi makanan ringan pulak


kiri kanan, last-last habis buka baju, tinggal seluar je... memang panas pun dalam feri tu.


Lantaklah orang nak pandang... sampai-sampai kereta yang dibooking suami lebih awal via phone tak sampai-sampai juga, maka menunggulah suami mencari kereta sewa lain, anak pulak buat hal lagi, bawa ke KFC, w.pun kata 10.00am buka, tapi jam 10.30 dah tapi pekerja masih dok mop lantai ... geramnya, dengan melambai dia ke pintu saya tunjuk gantungan tulisan "masa dibuka" kat adik tu, dia senyum dan kata kejap lagi.. anak dan nangis2 ni nak "k ep chi" .



Kejap je suami call kata keta dah ada, berkejarlah juga beli KFC dan pergi ambil beg yang anak tiri tunggu terus bawa ke kereta kancil biru. dari tempahan Hyundai jadi kancil je, syukurlah ada juga keta dan jimat kos minyaknya. Sampai Sri Intan 12.30 t.hari receptionist kata penghuni tu tak check out lagi. So kami cari makan dulu dan melihat-lihat pantai dan aktiviti mt dan minah saleh yang menjemur diri kat tepi pantai... ya allah tahannya diorang dengan cuaca panas.



Lepas check in, petang tu juga kami gi Underwater World semata-mata nak tunjukkan hani pingu yang sebanar, dah masuk tak nak keluar pulak, sampai dalam kereta, akmi yang dewasa ni bergilir-gilir 3 orang patah balik pasal dia ajak masuk balik, tapi tak puas-puas juga, lama-lama ayahnya mengamuk pasal perut pun dah lapar dan kaki pun dah penat. kami makan kat satu kedai laksa, hani mengamuk tak nak keluar kete, nak duduk dlm kereta, saya paksa bawa ke ekdai dan dia duduk atas simen, last-last ayah korban makan cepat2 duduk dalam kereta sama dia.



Saya pulak hati dahlah panas perangai naka, tergigitlah pulak cili padi, mak ooi pedas giler.... 2 mug air jus orange tak hilang pedas dia... balik tu pulak, kami mandi di swimming pool, mujur ada anak tiri jaga dia, pasal saya phobia denga air banyak-banyak ni... malam sekali lagi keluar pergi shopping Kompleks dia, apa ntah namanya, hani buat hal lagi! dia tido plk taknak bangun, kenalah dukung, cari punya cari rupanya kat sini tak ada kereta sorong isi barang-barang ni.. ayah dah penat kata nak rehat dalam kereta, maka bergilirlah dukung dengan naak tiri, punyalah seksa nak membeli.



Last-last dapat idea bawa dia kat seksyen mainan dia pu celiklah mata, suruh kaka dia layan saya pun pilih-punya pilih dapatlah belikan anak baju dekat RM 200 semuanya yang majoritinya diskaun 70%, Puas hati. Untuk ibu dan ayah satupun tak beli.



Esoknya, jam 12.00 t.hari kami dah ada dalam feri semula dan bila sampai Pekan Kuah, suami beri pilihan nak pergi Pekan Rabu Alor Star atau nak gi Padang Besar, kami dua-dua nak gi Padang Besar. Lepas saya dan Iza shopping kat Pandang Besar, suami duduk dalam keta jer jaga Hani tido lagi... kami pun bertolak balik, sampai Seremban jam 4.00 pagi. 7.45 seperti biasa masuk pejabat...


Suara hati dan pemikiran siti detik 6/21/2006 05:04:00 PM 1 cetusan hati
Cerita tentang; Kembara



Wassalam

Sibuknya....

Assalamualaikum w.b.t



Hari ini langsung tak dapat berehat. Dari pagi hadir taklimat berkaitan dengan pengambilan tanah hingga jam 11.00 am terus mesyuarat dengan pengarah bersama seorang pegawai kanan berkaitan dengan Hari Keluarga, kemudian uruskan hal borang permohonan pinjaman rumah, petang mesyuarat sekali lagi berkaitan dengan Hari Keluarga bersama semua ketua unit bersambung terus taklimat berhubung aduan yang baru diterima petang ini.



Taklimat ini hanya habis lebih kurang jam 5.45 petang. 6.00 petang terus ambil anak dan teringat lama benar tak makan ikan, terus ke Giant, balik jam 8.00 malam dapat panggilan dari seorang pegawai dan berbincang berhubung aduan yang baru diterima tadi. Seterusnya saya membuat mee sup dan makan bersama hani, habis makan suami call, tak lama office call arahan pengarah minta hadir segera. Jam menunjukkan 10.15 malam. Kemas-kemaskan diri dan prepare barang anak- susu, mainan, bantal segala macam terus ke pejabat, pengarah dan beberapa pegawai lain ada sedang menonton World Cup!



Lebih kurang setengah jam menunggu beberapa orang pegawai lagi tak sampai, saya ambil keputusan hantar anak semula ke rumah pengasuh. Balik office terus mesyuarat dan sampai rumah semula jam 12.30 malam. Esok jam 10.30 hingga 1.00 petang ada ceramah pula di Nilai. Nota ceramah tak dikemaskini lagi ni... ohh letihnya saya. Mujur juga anak dan suami tak ada malam ni, tak payahlah layan kedua-duanya.



Suara hati dan pemikiran siti detik 6/21/2006 12:24:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam

Wassalam

Saturday, June 17, 2006

Test

Assalamualaikum w.b.t

Saturday, June 17, 2006


Alhamdulillah, boleh juga akhirnya. Pelik lah tadi guna cara yang sama tapi tak berjaya. Nilah gambar hani anak saya.


Suara hati dan pemikiran siti detik 6/17/2006 10:38:00 PM 1 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam



Wassalam

Test

Assalamualaikum w.b.t


Test tadi tu sebenarnya nak masukkan gambar tapi tak jadi pulak. Ni nak test sekali lagi...


Suara hati dan pemikiran siti detik 6/17/2006 10:32:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam



Wassalam

Test

Assalamualaikum w.b.t


Test


Suara hati dan pemikiran siti detik 6/17/2006 10:21:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam


Wassalam

Friday, June 16, 2006

Hani lagi

Assalamualaikum w.b.t



Friday, June 16, 2006

Soalan suami ; "Anak ok ke, hari ni perang tak?"

Jawapan saya ; "Perang" @ "Melalak jer..." @ "Hari ni lama pujuk tak nak balik"
Itulah biasanya soalan pertama suami tanya kalau telefon. jarang saya jawab ok. kalau dulu ketika masih berdua, soalannya selalu "Dah solat tak?" ataupun, "hari ni baca taklim tak?".


Begitulah selalunya saya dengan anak, pasti hari-hari ada masalah dengan dia, entah saya yang tak pandai menjaga hati dia, atau dia yang terlalu luar biasa saya pun tak begitu pasti. antara saya dengan anak selalu tak sehaluan. Samaada dia suka melawan apa yang saya suruh/mahu ataupun permintaan dia yang saya tak mahu tunaikan. Akibatnya mesti dia jadi mangsa kemarahan saya dan adakalanya lagi dimarah lagi dia melawan.


Sehingga suami secara bergurau katakan yang saya ni perlu jumpa psikatry(?) sebab tak pernah/ jarang berdamai dengan anak. Sekiranya kami berjalan jauh, suami selalu akan membawa sama anak tiri saya yang umurnya 20 tahun untuk sama-sama menjaga adiknya. Saya cepat benar naik angin kalau anak saya menangis atau mengamuk dalam kereta.



Kadang-kadang saya rasa saya perlukan bantuan luar untuk mengubah sikap saya ni. Kadang-kadang juga saya fikir ada sebab saya jadi begini walaupun saya tak salahkan 100% tapi antaranya ialah;

• Saya tak pernah ada pengalaman menjaga anak kecil, sebab saya yang bongsu
• Sedari mengandung sehinggalah hari ini saya selalu/kerap berdua sahaja dengan anak kerana selain suami tiada disebabkan bukan giliran bermalam dengan saya, suami juga kerap keluar membuat dakwah.
• Anak saya kerap ditinggalkan bermalam dengan pengasuhnya sekiranya saya berkursus atau saya terlibat dalam operasi malam hari.
• Anak saya lebih rapat dengan pengasuh kerana air mandi dia lebih banyak lekat dengan pengasuh dari lekat pada saya. Pagi hantar dia separuh sedar dan tak mandi lagi, petang hantar mesti pengasuh dah siap mandikan anak saya.
Tapi semalam saya cuba mengikut rentak anak saya, saya ikutkan semua kemahuannya- balik kerja bawa pergi beli mainan dan dia pilih apa mainan yang dia suka, bawa ke A&W untuk main gelungsur dan beli kentang. Bila balik saya temankan dia tidur di biliknya sehingga pagi. Justeru, semalam dia tidak menangis langsung. Malahan ketika saya masuk ke bilik saya untuk berehat di kerusi urut juga dia ikut belakng saya dan berbaring atas badang saya tatkala saya enak di urut. Ya, nampaknya eksperimen saya berjaya. Tapi saya perlulah korbankan semua keinginan saya jika mahu si kecil itu tidak menangis.



Semalam pagi semasa dia bangun, dia telah terkencing di atas tilam dan saya membawanya ke bilik air dan dengan gaya cakap lembut gigi dari lidah saya memujuknya membuka baju dan seluar, malangnya baju tidak dibenarkan untuk dibuka, selepas melalui proses memujuk yang panjang akhirnya saya terpaksa guna kekerasan tapi lagi saya mengamuk lagi dia melawan dan dengan tenaga saya saya telah memukulnya di tangan sehingga pijar tangan saya sampailah saya ke office kepijaran itu masih terasa!



Akhirnya semasa memandu ke rumah pengasuh saya melihat tangannya yang kecil dan comel itu telah membengkak dan berwarna kemerah-merahah dengan kesan jaluran lima jemari saya! Oh alangkah menyesalnya dan saya serta merta menitis air mata sambil kata

"Lain kali jangan buat ibu marah pagi-pagi, kenapa tak nak dengar cakap ibu, kan kakak yang sakit"

Sambil menjeling ke arahku yang memandu dia kata...
"Tak sakit lagi"

Tengahari saya saya menelefonnya dan terus cakap..

"Kakak, sakit tak tangan kakak?"

"Tak"

"Tulah, kalau kakak baik kan ibu sayang, nanti ibu belikan mainan, bawak kakak pergi taman, kita jalan-jalan"

"Ah... salamualaikum..."

Memang begitulah dia kalau cakap telefon belum sempat cakap apa-apa dia dah bagi salam. Walaupun baru umur 3 tahun, tapi kadang kala saya melayannya seperti budak 13 tahun dan selalu bercakap seperti orang dewasa dengan dia dan silapnya saya selalu beranggapan dia faham dan boleh fikir sendiri apa yang baik dan apa yang buruk (maksudnya apa saya benarkan buat dan saya suka dan apa saya larang atau tak suka) Petang semalam bila sampai rumah pengasuh, Mak R terus dia bagi tau Hani cakap,
"ibu nak beli mainan kakak."


Kadang-kadang rasa kelahirannya satu anugerah paling bernilai dan membawa kegembiraan mengisi masa kosong saya selepas saya melalui tempoh perit dua tahun pertama bermadu dan sering keseorangan, tetapi adakalanya allah seolah-olah menguji saya kerana saya tidak mampu membelanya seorang diri sehingga satu tahap suami saya telah meminta anak saya ini untuk dibela oleh madu kerana ketidaksabaran saya melayan kerenahnya dalam keadaan kerja yang membebankan dan sungguh stress rasanya. Itulah juga sebabnya agaknya allah masih belum mengurniakan anak kedua kepada saya sehingga say benar-benar sedia dan mampu.


Suara hati dan pemikiran siti detik 6/16/2006 02:41:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Hani

Wassalam

Thursday, June 15, 2006

Rumah baru

Assalamualaikum w.b.t


Thursday, June 15, 2006


"ni rumah puan ke?"

"Ha'ah, kenapa, rumah ni nak tambah ke?"



"Kita nak ke depankan sikit atap ni..., takut terkena kat sebelah ni"



Sambil saya jalan ke kereta saya pun cakap....

"Buatlah apa-pun asalkan rumah saya tak terjejas"



"Tak kan terjejaslah, dia pun bayar cukai..."


Ni perbualan saya dengan kontraktor jiran sebelah di rumah baru saya beli ni, rumahnya jenis berkembar setingkat. Geram pulak bila dia kata pasal bayar cukai, lari tajuk betul, eksyen semacam je saya tengok, bukannya nak minta izin dengan saya konon nak start buat kerja, kotlah nanti tergangu atau terkena apa-apa. Malahan dia perli saya pulak kata tuan rumah sebelah tu bayar cukai.


Apa kaitan tambah rumah dengan bayar cukai, orang zaman sekarang budi bahasanya baik betul. Dahlah main tegur-tegur saya tanpa beri salam, kata-katanya pulak amboi buat saya geram pulak. Saya sendiri pun beberapa kali ke rumah ni tak pernah pula bertembung dengan tuannya, hanya keretanya sahaj yang ada, nampaknya ada 3 kereta tuan rumah ni, CRV, wira dan kancil. kerja apa pun saya tak tahu... malas nak ambil tahu, yang saya tahu sebelum saya beli rumah ni dia ada menumpang keretanya kat parking lot rumah ni, tapi sekarang dia kena letak satu keretanya kat luar. Nampak macam marah je, tak pernah pun tunjuk muka masa saya dan suami datang.


Jiran sebelah yang saya kongsi laman tepi nampaknya tak pernah juga menjenguk muka, agaknya masing-masing sibuk. Jiran belakang pula setahu saya Cina, tak tahulah saya ni asal dari kampung, dah biasa tegur menegur dengan jiran, pelik pulak bila tengok keadaan kat sini. Selama ni duduk di kuarters jenis apartment dah biasa berbual-bual dengan jiran atas bawah.



Suara hati dan pemikiran siti detik 6/15/2006 11:37:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Rumah




Wassalam

Wednesday, June 14, 2006

Menembak

Assalamualaikum w.b.t


Wednesday, June 14, 2006


Awal pagi hari seawal 0800 hrs ini saya telah dipanggil ke bilik pengarah, dari dulu sampai sekarang saya tetap phobia jika dipanggil ke bilik itu, walaupun suasana bilik itu begitu sejuk dan menyenangkan tapi bagi saya di situlah masalah saya akan bermula. Saya tak pasti apa isunya hari ini tetapi pagi ini baru saya perasan ada missed call dari Pengarah jam 8.30 malam. Sampai saja terus ditanya, "awak dah beli hadiah menembak?".


Oh lega sungguh lega kerana saya memang pun telah membuat tinjauan awal berhubung barang-barang dan harga pembelian. Rupanya pengarah minta saya untuk membeli hadiah di KL. Oh.... peluang itu memang saya nanti-nantikan. Jumaat lalu semasa ziarah isteri kepada Timbalan Ketua Pengarah ajensi saya di HKL kami berempat ahli Puspanita dari cawangan negeri singgah ke Sogo dan saya sempat membeli sebuah beg tangan berharga RM 15.00 bewarna oren. Sungguh berbaloi dengan jenama Giamax.


Seterusnya saya diminta pula untuk membuat perancangan Hari keluarga kami yang telah dua tahun gagal dilaksanakan dan kami bercadang untuk membuatnya di rumah persekutuan Cameron Hinghland. Malangnya apabila saya hubungi JPM tempahan untuk bulan Ogos telah penuh.


Suara hati dan pemikiran siti detik 6/14/2006 06:28:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi



Wassalam

Hani

Assalamualaikum w.b.t


Hani adalah nama buah hati pengarang jantung saya, umurnya baru 3 tahun 8 hari, sumayyah pula orang pertama yang Allah pilih untuk mati syahid (wanita ya!) jadi saya gabungkan kedua-dua nama ni kerana saya berangan-angan kalau dapat anak ke 2 nanti inilah nama yang bakal saya berikan.



Akhir-akhir ni selalu buah hati saya ni kena marah. Saya tak boleh langsung nak mengawal emosi amarah saya terutama kalau ayahnya tiada di rumah. Mulalah dia meragam dan saya pula dengan badan yang penat tak larat betul nak melayan kerenahnya yang kadang-kadang tak masuk dek aqal untuk ditunaikan.



Antara perkara yang saya marah betul akhir-akhir ini;

1. Sampai di rumah tak mahu naik ke rumah nak duduk dalam kereta w.pun hari dah malam
2. Minta buatkan susu tapi bila buat tak minum, bila sejuk langsung tak minum
3. Tak benarkan saya padamkan lampu bila nak tidur tapi minta saya temankan
4. Kuatkan volume TV sehingga tahap maksimum dan tak bagi saya pegang remote
5. Mata dah mengantuk tapi masih minta makan biskutlah, koko crunch lah macam2 lagi
6. Pergi mana-mana baru 5 minit dah ajak balik sedangkan apa pun saya tak sempat beli lagi


Kadang-kadang saya hilang betul sabar, kalau sesekali boleh juga saya pujuk tapi setiap hari perkara ni berulang, satu tahap saya rasa hilang pertimbangan dan rasa nak dera sebagai jalan keluar. Tapi setakat ni belum serius lagi tetapi setakat cubit, tampar sesikit tu adalah. 3 tahun saya tinggal berdua hampir keseluruhan masa, hanya hari selasa, Rabu dan sabtu ayahnya ada, itupun seketika dan banyak masa dihabiskan di masjid, waktu anak dah tidur baru balik ke rumah. Setiap hari juga dari dulu saya terpaksa mengambil masa paling kurang setengah jam nak pujuk dia balik kerana suka benar dia tinggal di rumah pengasuh. Adakalanya terfikir saya ilmu apa yang dipakainya, hari cuti pun anak saya ingatkan dia.


Suara hati dan pemikiran siti detik 6/14/2006 01:10:00 AM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Hani


Wassalam

Tuesday, June 13, 2006

Hari ni lagi

Assalamualaikum w.b.t

Tuesday, June 13, 2006


Semalam, jam 8.00 malam baru saya dapat kembali ke kamar saya, keluar tadi pagi kurang lebih jam 7.50 am, maknanya lebih 12 jam saya di luar rumah. Walaupun jarak pejabat dan rumah hanya kurang lebih 50 meter tapi saya tetap gagal pulang. Rumah saya dipisahkan oleh aliran anak sungai dengan pejabat dan antara pejabat dan rumah penghubungnya adalah jambatan. Satu hari nanti saya akan letakkan gambar rumah saya dan pejabat saya di sini. Hari ini saya pulang jam 1315 hrs terus keluarkan ayam kampung dari peti ais dan mesin rencah membuat rendang dan tepat jam 1400 hrs kuah rendang saya telah siap.


Malam ini walaupun niat makan ikan goreng tidak kesampaian kerana semalam semasa ke pasar malam saya terlupa terus niat mahu membeli ikan, tapi malam ini saya diberi makanan yang lebih enak... rendang ayam kampung resepi sendiri. Dari pasar malam saya terus ke rumah "baru" yang saya baru tandatangan S&P nya untuk meninjau-ninjau warna cat yang sesuai dan perancangan susun atur perabut di syurga saya ini. Selama 6 tahun sejak saya mula kerja di jabatan ini saya telah menetap di 4 rumah semuanya sewa. Kali ini saya mahu bersungguh-sungguh menatarias syurga baru saya ini.
Perbincangan dengan 2 pegawai baru yang masuk bulan Mac lalu, seorang di sebelah pagi dan seorang lagi di sebelah petang menjadikan saya gagal melunaskan tugas sendiri. Alangkah untungnya mereka mendapat ketua seperti saya yang sanggup menghabiskan masa menunjukajar mereka bahkan serasanya saya yang menyiapkan kerja mereka. 4 tahun dulu di sini saya merangkak sendiri menyelesaikan setiap kes walaupun dalam keadaan sarat mengandung.



Walaupun saya masih mentah tetapi keadaan dan masa membentuk saya cepat belajar. Pemahaman terhadap peruntukan undang-undang dan bidang kuasa jabatan kami adalah inti pati dalam melaksanakan tugas dengan cemerlang. Namun banyak lagi ruang kosong yang perlu saya penuhkan sebelum saya melangkah lebih jauh.



Suara hati dan pemikiran siti detik 6/13/2006 08:20:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam


Wassalam

Hari ini

Assalamualaikum w.b.t




Saya baru kembali dari salah sebuah PBT membuat lawatan tapak ke salah sebuah projek kerajaan iaitu padang awam yang dikatakan orang ramai tidak dibuat tetapi pembayaran telah selesai. Susah, kerja-kerja bawah tanah yang dibuat tak nampak dek mata, tapi setengah juta duit rakyat hangus dibayar kepada kontraktor. Tugas saya pastikan apa kerja yang dibuat dan apa kerja yang tak dibuat, nampaknya spec kerjanya semua melibatkan kerja-kerja bawah tanah! Kerja untuk hilangkan air yang selama ini bertakung dipadang awam, spek kerjanya lebih kepada membuat "Nylex Stripdrain" untuk serap air. Hanya kerja finishing saja yang tak sempurna, tiada garisan padang, tiang gol, sprinkler tak berfungsi, rumput dah tumbuh semalu.


Nampaknya terpaksalah panggil pakar untuk korek semula ambil sample, baru tahu kerja sempurna atau tidak. Itulah sebahagian kerja saya, siasat sana, siasat sini. Petang cadangnya hendak menydiakan Laporan kepada beberapa jabatan berkenaan salah laku kakitangan masing-masing. Harap dapat siapkan satu pun cukuplah untuk petang ini, esok persiapan untuk membeli hadiah bagi pertandingan menembak antara jabatan.
Petang ni juga nak ke pasar malam membeli lauk, sudah dua minggu dapur tak berasap, rindu benar nak makan ikan goreng. Anak pun kesian sudah dua minggu hari ibu tak suapkan makan nasi. Macamnana nak masak, 29/05-02/06 saya di Pulau Pinang dan 02 hingga 05/06 saya ke Langkawi dan Padang Besar. Hujung minggu baru ini saya ke Muar kawan baik Walimatul Urus terus singgah ke kampung di Melaka. Mak di kampung beri 2 ekor ayam kampung yang telah di potong, tapi tak tahu nak dimasak apa? Biasanya ayam kampung yang dibeli di Giant hanya dibuat rendang masak yang lain tak mahir, tapi rasa-rasanya ayam ni nak dimasak kari. Tentu sedap, kan?


Seminggu ni suami keluar 10 hari jemaah Tabligh ke Pulau Pinang, amalan biasa kalau dia tiada saya memang tak ke dapur tapi kali ini sebab 2 minggu sudah saya juga out station, kenalah masak juga nampak gayanya. Seingat saya kerana terlalu kurangnya saya ke dapur, walaupun saya telah membeli dapur selama 5 tahun, tetapi satu-satu tong gas seberat 18 kg saya boleh mencecah penggunanannya sehingga 6-7 bulan lamanya. Maksudnya saya dari kahwin sehingga sekarang hanya 6-7 kali sahaja membeli gas. Sungguh jimat! Saya juga kurang makan di luar, kalau masak semasa suami ada pun menunya hanyalah ikan kukus atau dibakar sahaja. Satu lauk pun dah cukup. Ikut sunnah kata suami... insyaallah.


Suara hati dan pemikiran siti detik 6/13/2006 12:44:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam


Wassalam

Monday, June 12, 2006

Kedua Alhamdulillah

Assalamualaikum w.b.t


Monday, June 12, 2006

Alhamdulillah. Berjaya akhirnya cubaan saya! Ta'aruf dahulu. Saya ibu kepada 1 anak sendiri (P, 3 yrs) dan 6 anak tiri (4L & 2P), 3 anak dari isteri pertama suami dan 3 lagi anak dari isteri kedua, semuanya berusia antara 26 tahun hingga 1 tahun setengah. Saya bekerja di salah sebuah badan kerajaan yang menguatkuasakan undang-undang negara sejak 1 September 2000, mencecah 6 tahun sept tahun ini. Dahulu bekerja sebagai wartawan, kerana itulah minat menulis ini tidak pernah luntur tetapi semakin membuak-buak.


Semua sedar hari-hari dari pagi hingga malam pelbagai tuntutan dan permintaan datang kepada kita - anak nak tu nak ni, ayahnya pun semacam saja, di pejabat boss pun sama , adakala dapat dipenuhkan dan adakalanya kita tidak berkemampuan. Sekiranya permintaan menyamai penawaran yang mampu kita berikan, maka dapatlah kita memuaskan hati semua pihak. TETAPI sekiranya permintaan terlalu tinggi sedangkan apa yang boleh kita tawarkan terhad, maka datanglah tekanan @ STRESS dalam diri. Bagi mengurangkan stress inilah saya suka sekali luahkan apa-apa saja di sini. Lebih mudah dan jimat masa untuk therapy minda. Seumpama sessi ice breaking kalau kita ke mana-mana kursus kan?

Suara hati dan pemikiran siti detik 6/12/2006 02:06:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam


Wassalam

Awal Bismillah

Assalamualaikum w.b.t


Saya lama benar ingin luahkan apa terpendam di dalam hati dari kecil hingga usia menginjak ke angka 32 tahun 10 may lalu ke satu tempat tapi tidak tahu kepada siapa ingin diluah, dimuntah dan diserahkan seluruh cerita yang kian sesak dan senak didalam benak saya. Bukan cerita tentang diri sahaja, tapi banyak benar masalah yang difikir dari ekonomi, politik, sosial, kebudayaan dan keagamaan. Saya suka benar berfikir isu-isu sekeliling hingga adakala saya sendiri pening.


Telah kurang lebih 2 tahun saya mula tahu banyak orang guna cara berblog ini untuk cerita apa-apa mereka suka dan tak suka dan juga apa mereka nak cerita dan kongsi bersama. Saya juga ada keinginan untuk buat begitu. Dua kali mencuba berblog tahun lalu tapi gagal meneruskan atas pelbagai masalah teknikal. Kali ini rasa ingin istiqamah sebagai satu therapy diri. Bukan apa, adakala rasa cerita di alam maya ini paling relevan dalam suasana hari ini, bukankah baik begitu?

Suara hati dan pemikiran siti detik 6/12/2006 01:55:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Rencam


Wassalam