Showing posts with label dakwah. Show all posts
Showing posts with label dakwah. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

Pilihlah syurga jika jalan ke syurga terbentang di depan mata~!

Assalamualaikum w.b.t








Yaya, diambil masa baru tidor malam tadi, baju 2 lapis tu, hani pakaikan....dua2 baju hani masa kecik, dia lelah malam tadi, so saya tepuk2 cepat jer dia tidur, mujur hani dah diumpan dengan majalah, 3 majalah saya belikan dia semalam so sebelum tido dia leka baca majalah takdelah dia jeles saya tidokan Yaya, kalau tak syaratnya siang boleh manjakan yaya, malam khas untuk hani jer...sentuh yaya pun tak boleh....dia mesti nak tido ditengah2 antara saya dan yaya...kesian gak kat Yaya tergolek jer tido sorang2....









Lepas baca dua majalah terus buat pengumuman dah ngantuk, nak tido....mana taknya, majalah yang saya belikan tu, semua majalah keagamaan, jenuh member nak majalah Bintang, Disney...ntah apa2 lagi..paling2 saya cakap baca kat sini sikit2 cukup, tak payah beli..takde nilai2 berfaedah,....yg saya beli selalunya Asuh, ana muslim, sayang muslim, cerdik, dll seangkatan...ada org tegur hani kulitnya putih kuning....bimbang pulak saya...sekali tgk gambar ni rasa macam eh...apasal muka dia cam kuning pucat lak ni?






Hani Suhailah And Nur Ruqayyah





Lama juga tak buka blog!






Terlupa dan takde masa juga.









Perlu diakui punya dua anak banyak makan masa saya.









Terutama dua2 dah bersekolah.









Baju tahun ni terhad, so memang kena basuh hari2 dan pagi2 juga kena iron









So, dulu pagi2 boleh update blog, sekarang no more nak lepak2 pagi2 lepas bangun tu...









Dulu curi masa dalam setengah jam update blog...sementara hani bersipa ke sekolah...









Dan baju pun tak perlu basuh hari2 dan iron sebab semuanya dah siap dari isnin to jumaat....









Makan dia pun tak perlu siapkan sebab hani memang tak pemakan, pagi2 lagilah...









Sekarang Yaya berbeza pula, pagi2 mesti saya siapkan biskut @ sapukan roti dengan nutella bagi dia....









Selalunya siapkan yaya dulu.....yaya 3 yrs ++ tak pandai pasang butang baju lagi, kena dibantu









Juga siapkan baju bekal untuk transit tengahari dan juga baju untuk kelas Pra Tahfiz petang tu...baju kurung/kain purple/tudung putih ada sepersalinan, malam basuh subuh2 iron









Dan hani pulak sebab banyak tumpu pasal yaya, memang dia yang buat dari mula mandikan yaya sampai ambilkan baju....so selalu kerja utk diri sendiri agak terbengkalai









So kena monitor juga, memerlukan mata dan mulut yang cergas nak monitor dua beradik ni...sesambil saya bersiap tu....









saya bersiap pun ambil masa juga, sebab sampai hari ni masih setia menggunakan Premium beautiful....w.pun xde apa perubahan pun!









Hani isu masih seputar isu biasa~cari stokin xjumpa, cari towel xde, kejap kang file pulak mana ntah, buku sana sini...yerlah kan hari2 ada homework dan malam cepat mengantuk, so dia tak sempat kemas beg.....terus tido









Dah siap tu, ada pulak isu air masak lupa nak isi, lepas isi dia punya isi adik punya pulak....pastu kang carikkan towel adik utko gentel mas anak tido tengahari...dia rimas kalau tengok adik dia gentel hujung tudung...tu yg hari2 dia bekalkan adiknya handkerchief...









Saya memang tak campur sangat hal Yaya, majoriti urusan yaya hani yang buat...urusan hanis endiri lagilah dari darjah 1 saya dah latih dia buat semua sendiri....









Hani sangat memainkan peranan, kadang saya tengok tak macam kakak dah...dah macam mak2 dia jaga Yaya...over sangat....kadang yaya lemas jugak..melawan jugak tu...









Dan saya tengok hani boleh tahanlah, semua benda berkaitan sekolah dia boleh uruskan...saya hanya uruskan basuh baju dan iron baju semata2...









Banyak gak kerja dia....sebab pagi2 nak lipat telekung masuk beg, nak ambil quran masuk beg khas, nak isi air maska utki dia dan Yaya, nak carik towel tangan utk dia dan yaya....pastu kadang nak kena kemas beg sendiri lagi....









Kesian gak kadang tu...tapi saya dulu pun semua sendiri2...jangan harap ko anak tunggal nak semua mak buatkan...takde mana nya saya nak bantu!









Kat sekolah pun sama, sampai sekolah saya drop kan jer....sarat marat dengan 3 beg...beg sekolah, beg telekung dna beg Quran....dia turun jer saya babai dan cowww...cecepat pecut hantar yaya pulak!....









Balik pun hani paling akhir balik....acapkali macam tu....so sebab dah takde sapa kat sekolah...dia jalan kaki gi asrama anak yatim....duduk tunggu situ...kebetulan ramai anak2 yatim situ so dia tumpanglah duduk jugak mentara saya datang...









Dan pengasas sekolah ni pun ada anak sebaya hani, so hani main2 lah dengan Husna dulu..kadang husna takde, hani duk atas kerusi peluk beg sekolah sarat marat tu pastu kepala terlentok ke belakang....









Tido rupanya...sian betul dia..letih awal pagi bangun urus diri dan adik, pastu sampai2 sekolah terus solat dhuha....dua jam menghafal mengaji....petang KAFA pulak....memang letihlah.....









Tu tak masuk citer2 hal kawan2 kat sekolah dia ni....macam2 perangai....dalam keter letih2 tu hari2 update pasal kawan2. xramai mana perempuan nya pun....masa darjah 1 dulu pemalas nak citer...darjah 2 ni mungkin dia melihat dari sudut lain @ masalah makin besar rajin pulak dia mencurahkan perasaan...maklumlah perempuan..emosi terlebih....












Yaya pulak bila hani start citer hal kawan dan sekolah masa tu jugak dia sibuk nak jugak citer hal dia dan kawan serta cikgu..tak tau nak dengar mana satu.....dengar yaya punya citer, hani tarik muka, kalau dengar hani punya citer lak, Yaya bukan faham bahasa masa tu jugaklah dia cakap kuat2 ammie...amiie, adik pun belajar...tadi ada kawan gigit adik...tadi cikgu ajar ngaji....haihhh macam2lah...









Kesimpulannya dua anak memang sibuklah....syukur Allah bagi juga peluang jadi ibu pada dua anak...









Yaya makin comellah di mata saya....pada masa ni saya cuba baca2 blog org2 yg ada anak2 baya2 yaya ni...nak start tengok perkembangan anak2 diorang so boleh buat perbandingan dengan yaya...sebab memang terlupa abis camana ehwalnya hani masa baya2 yaya dulu....tapi rasanya masa tu saya ada maid....yang nama Cinta bt Sahar tu.....yg xnak pulangkan passport...pastu berapa bulan Hani dok dengan Aza sebelum saya dapat maid lain,







Jalan ke syurga di depan mata





Jumaat lalu, berpergian untuk 3 hari, destinasi di Ladang Kelapa Sawit Bukit Inas, Kuala Pilah.



Bayan hidayah (ceramah sebelum keluar dakwah 3 hari) dibuat dirumah seorang guru, yang mana isterinya adalah asalnya perempuan cina dari penang dan kemudian cobvert to islam...Khairin namanya...



Sangat belajar sesuatu..nanti2 ceritalah yer...cuma terdetik, kalau dia yang asalnya budha boleh pegang islam dan amal islam sungguh2 kenapa aku tidak?



Pemandangan sepanjang jalan di Kuala Pilah....indah ciptaan Allah....jam 10 pagi tapi kabus merata2....sejuk dan sedap mata memandang....rasa nak genggam2 jer kabus2 tu semua...semuanya atas kuasa Allah, bergeraknya sebutir pasir kecik di dasar lautan pun dalam pengetahuan dan kehendak Allah....apatah lagi gerak dalam hati kita walaupun yang paling dalam...Allah maha mengetahui dan Dia akan beri mengikut apa yang kita mahukan...syukur Alhamdulillah...Allah masih pilih saya berada di jalan ini....sambil menikmati pemandangan...khusyuk....tak sedar suami ada di sebelah, masing2 khayal melayan perasaan sambil berzikir adn menikmati kebesarak kuasa Allah swt....










Keluar kali ini ada 7 couple....kami dalam kedudukan ketiga dari hadapan...mujur naik kembara, tak bawak sentra....sesuai sangat dengan trek yang digunakan....masuk ladang keluar ladang, mendaki bukit rupanya, yerlah nak ke rumah assistant manager ladang ni...walau siapa pun anda, manager ker, penyiasat SPRM ker, OKU ker, yg depan saya ni, arkitek umurnya 49 tahun dan bawa isteri kedua umur 23 tahun (sdg mengandung anak ketiga tu), dan dibelakang kami ada 2 guru, ada peneroka, dan ada ustaz serta seorang pekerja sendiri lulusan luar negeri (isterinya hafizah) namun halatuju kami satu~ keluar di jalan Allah, belajar bercakap tentang iman dan belajar mengajak penduduk2 ladang ini tentang pentimgnya taat perintah Allah dan tingkatkan iman yakin pada Allah....hidup ikut apa yang Allah suka dan jalani kehidupan ikut sunnah sebab cara2 lain (yahudi, nasara, ikut adat ker) semua akan bawa kegagalan, hanya cara hidup nabi saja ada kejayaan...








Ini di halaman rumah AS (asisstant manager) ladang ni. Rumah yang besar, tegap dan halaman yg luas dikelilingi ladang sawit saujana mata memandang (sungguh indah cuaca dan iklim serta angin di sini). 3 hari berkampung di sini....saya snap ketika suami2 masuk ke rumah melihat samaada tabir, bilik air dan rumah cukup sempurna untuk menerima tetamu Allah.....isteri2 semua tggu dlm kereta masing2....sempat berfb....indah perasaan masa ni syukur sangat sebab tak sangka allah masih pilih saya berada di jalan ini...











Beginilah keadaan isteri2 yang keluar di jalan Allah ini....termasuklah saya, kami akan tutup sempurna dengan berniqab....tapi tang mata tu kain tu jaranglah, tutup selapis jer....masih nampakkan mata saya tu? saya memang sedia ada niqab, ada 4 set , 2 set tutup muka dan dedah mata dan 2 set tutup habis....takde rasa apa, rasa selesa jer...rasa terpelihara.....yerlah diam tak diam dah 10 tahun saya berpengalaman keluar masturat....kalau ke nusrah, ziarah atau ke majlis taklim (belajar dan mengajar) saya akan pakai yang nampak mata....kalau keluar barulah tutup penuh macam ni beserta sarung tangan sekali.....memang tak nampak apalah....tertibnya, jubah pun semua hitam...










Ini dalam perjalanan balik lepas keluar masturat 3 hari tu....masa ni lepas maghrib, hujan pulak tu....biasanya nak balik saya tarik lapisan jarang tu, dah saya akan pakai begini sampailah rumah...balik tu kami singgah makan di salak tinggi....dengan niqab ni saya turun makan...memang dah jangka dah ramai yang akan pandang.....lantaklah, saya selamba jer makan....hulur sudu bawah niqab laju2 cepat jer selesai....pak hj suka sangat saya pakai begini....dan pakaian begini dikatakan mirip pakaian isteri2 rasulullah dan sahabiyyah....kena ingat....sunnah bawa kejayaan....kalau nak tau perasaan berniqab...sila google di youtube banyak wanita2 memvideokan pengalaman mereka berniqab....


Nota saya:


Allah berkuasa, makhluk langsung tiada kuasa!

Semua berlaku dengan asbab, tetapi dengan kehendak Allah sesuatu boleh berlaku dengan asbab, tanpa asbab dan berlawan asbab....untuk dapat anak, mesti ada asbab ibu+ bapa, tetapi Allah jadikan ia berbeza berlawan asaba, tanpa ayah masih boleh dapat seorang anak, bagi Maryam a.s tanpa suami/bapa, asbab kehendak Allah lahir juga Nabi Isa. Api sifatnya membakar, tetapi ia berlawan asbab, bil aNabi Ibrahim dibakar 40 hari, tetapi baginda tidak terbakar hatta sehelai bulu roma banginada pun, malah berada dalam keadaan nyaman dan diberi ALlah makanan anggur sebesar kepala.


Maka percayalah semuanya atas kehendak Allah, yang lain adalah asbab....rezeki Allah yang beri kerja adalah asbab semata2....kalau syarat untuk dapat rezeki hanya melalui kerja, haruslah semua mahkluk allah perlukan kerja untuk mendapat rezeki. Bayangkanlah makhluk2 Allah semua diatas muka bumi ini semua disediakan Allah dengan rezeki masing2....binatang sebesar ikan pausm, gajah, jutaan ikan2 dilaut, makhluk2 berterbangan di lautan, melata dibumi, di dalam perut bumi, hatta ulat dalam batu/pokok semua allah dah sediakan rezeki....pasti dan pasti rezeki kit ada dimana2....hanya manusia yang sibuk dengan dunian, yang kejar dunia....sedangkan makhluk Allah (binatang) tak kejar dunia, relax jer duduk di atas muka bumi Allah, berzikir dan rezeki untuk mereka tetap ada.


Usaha kita didunia ini juga adalah asbab semata2, maka tanamkanlah keyakinan bahawa Allah berkuasa, buangkan kebesaran makhluk dalam diri kita, masukkan kebesaran Allah dalam diri....kerja dunia untuk mendapat rezeki Allah tapi jangan sampai kerja dunia menjadi kerja hakiki kita sehingga lupa tentang kerja utama.hakiki kita di muka bumi ini sebagai khalifah dan hambaNya..yang mana Allah dah beli masa, harta dan nyawa kita untuk syurga Allah....3 unsur tulah yang perlu kita korbankan untuk mendapat syurga Allah...


korbankanlah 3 benda tu untuk persembahkan kepada Allah supaya nantinya kita boleh menjawab untuk apa harta, masa dan nyawa kita dihabiskan di dunia ini? takkan nak bagitau, masa saya dihabiskan dengan kerja dunia, dengan shopping, dengan masak2, dengan anak2....NO NO NO....masa dan harta serta nyawa kita adalah untuk dakwah kepada kebesaran Allah...


Wassalam

Monday, November 2, 2009

Masa yang sangat berharga bila dah lepas baru nak kesal

Assalamualaikum w.b.t


Entry ingatan untuk diri sendiri.

Ok, lain kali jangan buang masa lagi k...


Kan sekarang dah tercungap-cungap nak buat!


Dah..dah..cepat insaf....


Masa yang berlalu takkan kembali lagi...


Mujur hanya nak jumpa penyelia esok...


Mujur hanya disebabkan sesalinan tesis...


Mujur masih banyak masa sebelum tarikh ajalnya disember ini...


Kalau nak jumpa Allah kat padang mahsyar camana?


Tak sempat balik dah .....


walaupun hanya nak buat sedikit amal untuk top up...


Atau nak cover banyak sangat dosa...


walau hanya dengan nak sedekah sebiji kurma


walau hanya nak solat sunat dua rakaat


walau pun apa pun....


Masa itu baru kita sedar yang kehidupan kita takkan berulang


Yang lepas tetap lepas


Maka bersedialah dari sekarang...


Dah..dah...solat dah azan asar tu!




Wassalam

Sunday, November 1, 2009

Setelah 8 tahun keluar masturat....

Assalamualaikum w.b.t



Setelah 8 tahun saya 'istiqamah' keluar dakwah 3 hari dalam negeri sembilan dan melaka, jadiknya Nov ni pak haji cadang bawa saya keluar 40 hari pula dalam malaysia jer...belum mampu lagi nak ke luar negara apatah lagi negara2 jauh.


Hari ni ada 4 orang masturat bersamaan dengan 4 couple yang sangat saya kenal dan biasa, bertolak ke Markaz Seri Petaling dan 5 Nov nanti semua akan terbang ke South Africa.


Kak Huda, ahlia [isteri] Hj Isham Shah, Kak Zie ahlia Hj Latif aka jiran saya, Kak Za ahlia Hj Hashim dan kak Sal Ahlia Hj Hasan....semuanya tegar2 tu...dan semua tu asalnya bekerja dulu...


Semuanya dah istiqamah keluar 3 hari setiap 3 bulan, 40 hari setiap 3 tahun dan ini pertama kali mereka keluar 2 bulan negara jauh.


Saya tulis kat sini sebagai peringatan dan motovasi untuk saya juga. Bagi yang tak tau dan rasa takde apa2 makna saya tak kisahlah...bagi saya Ya Allah memang mereka ni betul2 Allah pilih untuk keluar jalan Allah.


Bukan senang nak dakwah orang2 tapi sebagai sunnah yang utama kenalah kita belajar buat dakwah ni sama2 suami.


kakak2 yang nak pergi ni, kalau kita berbual dengan merekalah kan, tak payahlah harap nak cakap merepek merapu bukan2 hal dunia yang tak penting!



Berbual dengan mereka akan menjadi pelik bagi mereka yang merasa asing untuk bercakap hal agama. bagi yang biasa cakap hal lipstik, baju, kasut, handbag...kalau berdepan dengan mereka akan merasa kerdil dan merasa oh kenapa aku teruk sangat ni! Dulu saya macam tulah..rasa asing sangat dikalangan mereka ni...eh sekarang pun masih ada juga perasaan macam tu...


Melihat mereka pun saya dah rasa semacam, selalu saya hanya akan diam dan dengar dan biarkan yang lain sahaja yang bercakap. Sebab mereka selalunya akan cakap2 pasal iman, kebesaran Allah, tentang kisah sahabat dan sahabiyah..tentang usaha2 dakwah serata alam [beri laporan pengalaman mereka keluar ke India, Pakistan, Bangladesh dan seluruh Malaysia]



Kadang2 bukan cerita luar biasa yang diceritakan, antara kami selalu cerita biasa2 jer...pasal susah payah sahabiyah, cerita perihal syurga dan neraka, cerita tentang masalah umat hari ini yang imannya setipis kulit bawang....kisah kebesaran allah melalui ciptaan makhluk dan tumbuhan di muka bumi ni...juga cerita tentang pentingnya hidups ederhana dan didik anak secara sunnah....



Cuba kita belajar cakap2 benda macam tu, mula2 memang rasa susah sangat....macam saya memang rasa macam lucu jer nak cakap hal2 agama dan iman dengan anak sendiri. Tapi selalunya kita mulakanlah dengan benda2 ringan dulu...bagitau anak yang bagi kenyang Allah, yang bagi sihat Allah bukannya ubat ataupun doktor...yang bagi manfaat pun allah dan yang bagi mudharat pun allah....



Kalau nak minta susu tu, suruh anak doa dengan allah dulu....anak nak minta apa2 pun cakap dengan anak doa dengan allah dulu...macam tulah mula2 kalau nak bina iman yakin dengan allah..nak tanamkan dalam diri anak yang Allah berkuasa makhluk takde kuasa.


Kakak2 tadi tu, saya merasa juga sesekali ke majlis ilmu yang mereka ada, kalau tengok pada amal mereka, hishhhh rasa lagi diri ni kerdil. FYI masa kami keluar masturat sebahagian besar masa kami memang kami belajar buat amal....habiskan zikir 300 pagi 300 petang, buat semua solat termasuk semua solat sunat yang mampu. Membaca quran dan membuat halaqah Quran [hafalan surah juz amma...dan betulkan tajwid] serta muzakarah berbagai2 tajuk..muzakarah didik anak cara sunah, muzakarah 6 pesanan buat wanita dan muzakarah kepentingan majlis taklim [baca hadith] di rumah....



bagi yang dah tegar dalam buat usaha ni, mereka memang taat amir [ketua yg dilantik masa kami keluar masturat], kalau program kata tido jam 11 [tutup lampu] memang meraka tido dan bangun pulak memang seawal 3/4 pagi untuk tahajud, taubat dll...pastu menunjukkan hati mereka lembut memang dalam tahajud tu mereka akan doa sungguh nangis2 supaya Allah bagi hidayat pada umat seluruh alam dan bagi mudah kerja dakwah...


Bukan dalam solat jer mereka ni nangis2 tapi dalam bayan [syarahan yang disampaikan kaum lelaki] pun mereka nangis...memang lembut betul hati mereka ni, kadang saya jeles betul dengan mereka ni w.pun hanya dengar susah payah sahabat buat dakwah pun mereka dah boleh nangis2...tak jadik kepelikan juga tau lelaki yang bagi bayan menangis masa doa dihujung bayan mereka tu. Lelaki2 ni yg gagah perkasa tetapi insyaallah bila buat dakwah meraka mampu menangis umpama hamba yang fakir ditengah malam minta belas kasihan Allah...saya pun kalau yg bagi bayan tu nangis saya pun nangis jugaklah teringat dosa2 pada allah dan pada suami khasnya..indah jer perasaan tu...


Masa keluar masturat, kami isteri2 ni kena ikut tertib dimana semua kena memakai jubah dan hijab warna hitam. Semua ditutup tanpa ada satu ruang pun yang terdedah. Muka pun tutup tau....dulu2 pelik juga saya.....tapi bila dah ada dalam jemaah ni saya rasa memang satu keperluan untuk tutup semua ni...supaya tidak timbul fitnah...tangan pun kena pakai sarung tangan tutup penuh, kaki lagilah kan....


Walaupun tutup 100%, tapi takdelah tak nampak jalan, tutup dengan menggunakan kain hitam yang jarang. Semasa keluar ni, rumah yang kami keluar ni akan ditabir penuh tanpa ada ruang yang boleh dilihat oleh orang luar. Antara lelaki dan wanita pula ditabir...dengan dua lapisan tabir...memang bayang2 lelaki yang bagi bayan tu pun takkan nampak......


Semasa keluar juga dibolehkan berjumpa suami tapi takdelah jumpa kalau takde hal, dipanggil sessi mulakad. Selalunya yang jumpa tu, samaada dia bertugas khidmat masak so suami akan beli lauk2 untuk dimasak dan hantar dan semasa suami/isteri bertugas memberi laporan. Setiap hari, laporan dari masturat kena diberi pada pihak lelaki. Berapa ramai yang datang semasa program, berapa ramai pula yang azam untuk keluar 3 hari, 40 hari, 2 bulan....dll. Dan masa keluar ni, nama kita sendiri takkan dipanggil...kalau ada sessi mulakad, hanya nama suami jer disebut...macam kalau suami saya nak panggil saya nak jumpa atau ada apa2 ker...dia hanya akan sebut.."Ahlia Sidek"....macam tulah...sebab nama ni pun boleh jadik fitnah...kang nama terlampaus edap pulak..terbayang2 plak suami orang lain...


Malam kalau tido pun aurat isteri2 tu berjaga, tidur dengan bertudung tau...yerlah mana tau kalau dedah2 tudung nanti nampak rambut nampak buah dada montok semua...balik citer kat suami pulak..so masa keluar nipun aurat kami antara wanita memang dijaga tertibnya....dan ahlia2 [isteri2] ni banyak yang lawa2...yerlah muka badan semua bertutup, memang nur tu akan ada...dengan tahajud tak tinggal...memang bila kita yang biasa2 ni tengok akan terkesan...terasa macam ...'oh..patutlah suami sayang dia...bersih kulitnya, bersinar matanya..." banding kita yang terdedah ni pulak rasa cam kusam jer muka...takde cahaya...walhal kakak2 dan adik2 ni bukan pakai penjagaan muka yang mahal pun...


MAsa keluar ni jugak setiap hari akan ada program yang dimesyuaratkan oleh pihak suami dan masturat hanya ikut sahaja. Masak akan dilakukan oleh isteri mengikut giliran...ada tugas khidmat[masak], istiqbal [sambut tetamu yg datang], karkuzari [beri laporan]....dipihak suami pun sama, kalau kita khidmat masak, suami pula yg kena beli lauk. Duit belanja makan semua akan dicollect dari suami setiap hari RM10...barang2 tuan rumah takkan digunakan utk masak,s ebab jemaah akan bawa dan beli sendiri. Hanya tumpang rumah tuan rumah jer..tu pun hanya 3 hari sebab hak tetamu mengikut sunah hanya 3 hari jer...



Insyaallah petang ni saya akan ke majlis taklim mingguan di taman sebelah, lamaaaaaa [rasanya 2/3 tahun] asya tak pergi majlis taklim ni, rasa malu pulak. Penting juga ke majlis taklim mingguan ni supaya kita ada satu fikir dengan suami dalam usaha dakwah ni. Dan jumpa ahlia2 lain dan mendatangkan ghairah kita buat amal...


Majlis ilmu macam majlis taklim ni akan dicari2 malaikat...mereka berbondong2 akan datang bersama2 menyertai majlis ini. Dan dari langit majlis seumpama ini akan dilihat umpama bintang yang bercahaya di langit....dikatakan majlis2 ilmu ini dapat mengahpuskan 100 majlis lalai. dan dikatakan Allah akan memberi ketenangan dan keampunan pada peserta majlis ini. banyak lagi kelebihan majlis ilmu...


Tolonglah doakan saya diberi kesempatan Allah untuk keluar 40 hari masturat november ni...dikatakan mereka yang keluar dijalan allah ini dipilih selepas melalui 70 kali telekan malaikat....dan mereka yang dapat keluar bertuahlah sebab terpilih berbanding mereka yang berada dalam majlis lalai ataupun berada di tempat lagha...


Wassalam

Friday, October 30, 2009

Apa itu keluar dakwah bagi Masturat

Assalamualaikum w.b.t

Saya mula keluar masturat sejak selepas kahwin iaitu seawal tahun 2001 sehinggalah ke hari ini. Walaupun tidak istiqamah keluar mengikut nisabnya [masa yg ditetaokan] namun seboleh daya saya usahakan juga keluar dakwah ini. Mungkin ada yang tak faham apa yang dimaksudkan keluar dakwah ini maka saya petik dari blog sahabat tabligh yang saya rasa ada penjelasana. Bacalah kalu nak baca...Saya petik dari blog www.ziarah76.blogspot.com


ANTARA lelaki dan wanita siapa yang lebih kuat? Tentu lah jawapan kita, lelaki kuat. Tetapi sebenarnya lelaki bukan kuat mana pun kerana kita nampak saja kuat dari segi fizikal misalnya, padahal sebenarnya wanita juga mempunyai kekuatan yang melebihi lelaki dalam hal-hal tertentu termasuk faktor dalaman mereka yang kuat, walaupun dari segi fizikal mereka lemah gemalai.

Mafhum satu hadis, Nabi s.a.w bersabda:

'orang yang kuat itu adalah mereka yang dapat menahan kemarahannya.'
Ini bermakna faktor dalaman menahan marah itu adalah satu kekuatan yang paling kuat.


Nak tahu wanita kuat atau tidak, cuba kita bayangkan point of view di bawah:
1-Wanita punya kuat menanggung kesakitan mengandung 9 bulan dan seterusnya bersalin. Ini Orang lelaki mesti kena respect habis golongan wanita. Lelaki bukan sahaja tiada kekuatan untuk berbuat demikian bahkan memang tak boleh pun. Kadang-kadang ada orang lelaki yang hendak lihat isterinya bersalin pun tak sanggup. Punya kuat orang wanita ini, bahkan bukan sorang malahan satu atau setengah dozen anak pun dia steady je. Lelaki sakit tangan sikit dah mintak isteri urut...


2-Wanita punya kuat menahan kesusahan menjaga anak dengan pelbagai kerenahnya tetap tabah dan bersabar. Bukan seminit dua, bahkan hari-hari 24 jam dia bersama anak-anak yang kecik hingga besar dari buang air besar kecil anak-anak hingga ke makan pakai anak-anak, semua dia sabar dan kuat menguruskannya tanpa minta elaun pun.
Lelaki baru jaga anak tak sampai setengah jam dah naik angin dengan perangai anak-anak maka lepas tu ada lah anak-anak kena luku, paling-paling pun tension dengan perangai anak, maka suami tu tidur atau keluar rumah kena teh kat luar. Lepas tu makan pakai suamipun dia minta isteri dia uruskan bahkan anak-anak pun urusan pun dah banyak.


3-Wanita kuat mengalirkan air mata yakni menangis, lelaki kuat mengalirkan air liur yakni tidur. Bila wanita ni bangun tahajud berdoa dia mudah menangis, merayu, merintih memohon daripada Allah maka doanya mudah makbul kerana kesungguhannya meminta sungguh-sungguh, bukan dengan percakapan sahaja bahkan meminta dengan fikir risau, hati dan perasaan. Maka masakan tidak doanya mudah diperkenankan. Lelaki kuat dengkur...


4-Wanita rata-ratanya (bukan semua) lebih kuat pengaruhnya kepada anak-anak berbanding lelaki. Ini kerana ibu lebih bersama dan memanjakan anak-anak, kalau anak-anak nak sesuatu dia akan cakap kepada ibu dulu. Bapa kalau dah tak boleh nak cakap apa dengan anak-anak, maka dia akan gunakan isterinya untuk jadi jurucakap kepada anak-anak. Lelaki memang kuat politik...


5-Wanita memang kuat. Sesetengah isteri, sudah lah urusan di rumah dia selesaikan bahkan ada pulak yang terpaksa bekerja di luar untuk membantu suami. Maknanya, suami tak cukup kuat untuk sara keluarga, maka isteri datang membantu menyara keluarga.



Mungkin banyak lagi yang boleh diambil contoh, namun sebenarnya kuat atau tidak, bukan menjadi persoalannya. Kerana lelaki dan wanita mempunyai kelebihan tersendiri dan sifat yang saling memerlukan antara satu sama lain dan bantu membantu dalam urusan kehidupan yang mana dengannya maka manusia akan tenteram dan tenang kehidupannya.


Namun begitu adalah penting untuk lelaki menghargai dan mencurahkan kasih sayang yang sebenar-benarnya kepada mereka. Dan mengasihi mereka bukan dengan cara kita memberi wang, gelang emas, kereta besar, rumah besar, alat make-up dan sebagainya.
Perkara itu adalah keperluan yang boleh diberikan mengikut kemampuan dalam menunaikan tanggungjawab dan kewajiban memberi nafkah dari serba serbi. Dalam hal ini kesederhanaan adalah jalan terbaik.


Namun jika kita mengasihi isteri, maka perkara pertama yang perlu diberikan ialah kefahaman agama, amalan agama dan kerja agama. Ini adalah teramat penting untuk membawa kepada kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Jika tidak, nanti di akhirat lelaki akan didakwa oleh orang di bawah jagaan dan tanggungannya.
Wanita perlu diberitahu bahawa mereka juga dihantar sebagai umat Nabi s.a.w yang bertanggungjawab kepada agama Islam. Kerja sebenar mereka bukan basuh kain, memasak, sidai baju, cuci pinggan, layan suami, buat kek muffin dan sebagainya. Bahkan lebih daripada itu, kerja mereka adalah pembantu agama yakni bersama-sama dengan suami mereka membela dan menegakkan agama hingga agama tersebar ke seluruh dunia. Suami isteri perlu bantu membantu dalam hal agama dengan niat mencari keredhaan Allah.
Hari ini kita telah salah faham maksud sebenar umat ini dihantar, maka suasana rumah kita telah jauh daripada kehidupan beragama.


Iaitu, ruang tamu kita telah menjadi seperti lobi hotel, ruang rehat yang ada TV menjadi seperti panggung wayang, dapur macam restoran, bilik tidur macam bilik hotel, tempat basuh kain seperti kedai dobi dan sebagainya. Wanita seperti mesin mengeluarkan anak. Majalah hiburan dan isu semasa, mengumpat, gossip, dibincangkan disudut-sudut rumah, almari seperti butik, peti almari seperti bank, amalan agama mati di rumah. Maka keluar lah anak-anak yang runtuh nilai-nilai agama dari rumah-rumah.


Wanita telah menghabiskan air matanya di tempat tidak sepatutnya iaitu di depan TV ketika menonton hindustan sedangkan suaminya sedang ghast. Pengorbanan dan kesibukannya digunakan dengan perkara yang tak sepatutnya kerana mereka tidak diberitahu peranan dan kerja mereka yang sebenar. Mereka berlumba-lumba dengan cara yang salah, jika jiran beli perabot baru mereka pun nak yang baru dan sebagainya. wanita-wanita Islam bersidai di pusat membeli belah, merewang, membuang masa, meletakkan muka di lif-lif dan tangga pasaraya, mendedahkan aurat hingga semua lurah ditunjukkan kepada umum.


Ini adalah berpunca daripada kelemahan orang lelaki selaku bapa atau suami atau abang kepada adik perempuan yang gagal menjaga wanita-wanita Islam kita. Sesetangah lelaki yang begitu bersemangat mendengar bayan di markaz, khusyuk dengar kuliah agama di masjid dan surau tetapi membisu tak memberitahu sepatah haram kepada ahli keluarga. Atau suami tidak memberitahu isterinya yang berkongsi tempat tidur dan bantal.


Akhirnya wanita kita tidak faham lalu menyangka usaha agama adalah mengasingkan mereka, lalu tidak diambil endah.


Maka penting, kita libatkan isteri kita dalam usaha masturat dan ini adalah kehendak ulama yakni kita mencontohi kehidupan Nabi s.a.w dan para sahabat yakni wanita-wanita kita juga mencontohi kehidupan para sahabiah. Empat dinding rumah tempat wanita itu tinggal adalah satu khazanah yang melahirkan manusia berkualiti unggul hingga boleh menggoncangkan dunia. Nabi s.a.w dan para sahabat tidak boleh tidur di rumah jika ada harta di dalamnya, apabila Nabi s.a.w menerima hadiah berbentuk barang atau wang maka akan segera diagih dan disedekahkan kepada fakir miskin dan orang memerlukan. Nabi berada di masjid dan hanya pulang ke rumah setelah harta tersebut selesai disedekahkan.


Para sahabat yang mencontohi kehidupan Nabi s.a.w turut memahami bahawa mereka berasa tidak senang jika harta berada dalam rumah. Mereka mewujudkan rumah harta iaitu baitulmal. Sebab harta perlu diletak dalam rumah harta tetapi tidak sekali-kali di rumah mereka.


Kehidupan para sahabat dan isteri mereka dengan penuh
keberkatan yang mana mereka bukan lah orang miskin bahkan Allah berikan pelbagai kurniaan kepada mereka hingga ada sesetengah ulama mengatakan kekayaan mereka
tidak dapat lagi dijangkau oleh kita. Namun begitu kesemua harta mereka diinfak dan digunakan di jalan Allah hingga mereka hanya berbuka dengan tamar dan air sejuk sahaja. Tiada apa-apa dalam rumah mereka, kosong, lantai dan dinding sahaja dengan kehidupannya yang amat sederhana.


Ulama berkehendakkan rumah-rumah seperti madrasah, suasana masjid di mana amal-amal agama dihidupkan, ada orang belajar dan mengajar yakni hidup amalan taklim, bacaan al-Quran, perbincangan mengenai iman, meningkatkan imal dan amal, berbicara mengenai kisah anbiya, Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat r.hum, risau mengenai akhirat dan kepentingan menjalankan tanggungjawab menyeru manusia kepada Allah.


Ini perlu dimulakan walaupun sedikit demi sedikit bermula dengan taklim rumah. Hingga keluar dari rumah kita para alim, alimah hafiz hafizah dan manusia yang taat kepada Allah dan menjadi daie Allah. Mereka adalah orang Allah, yang dalam pemerliharaan Allah, tiada siapa boleh mengganggu mereka, walaupun bergerak seluruh dunia tetap dalam pemeliharaan Allah.


Wanita menjadi pendorong dan pemberi semangat kepada suami dan anak-anak lelaki untuk aktif dalam usaha agama. Bagaimana cerita seorang sahabat yang tempang lagi tua, apabila ditafakut oleh Nabi s.a.w, Nabi telah membenarkannya untuk tidak keluar berjihad lalu dia balik ke rumah. Tetapi apabila sampai di rumah isterinya berasa malu kerana suaminya tidak keluar di jalan Allah lalu memberi kata-kata semangat hingga suaminya malu kerana tidak keluar di jalan Allah.


Akhirnya Nabi s.a.w membenarnya keluar di jalan Allah lalu sahabat itu syahid di jalan Allah. Apabila jenazahnya hendak dibawa balik ke rumah, unta sahabat itu tidak mahu bergerak ke arah rumahnya, apabila ditanya rupa-rupanya dia telah berdoa supaya jenazahnya tidak lagi dipulangkan ke rumah.


Begini lah peranan sahabiah 24 jam sentiasa fikir bagaimana agama boleh maju dalam kehidupan manusia dan semua sahabat mendapat dorongan daripada sahabiah. Apabila Abu Bakar r.a telah mewakafkan seluruh hartanya di jalan Allah maka tiada satu benda pun yang tinggal di rumahnya. Maka saudara maranya datang bertanya kepada anak perempuan Abu Bakar r.a apa yang telah ditinggalkan, maka anak perempuannya dengan tegas dan yakin mempertahankan tindakan ayahnya dalam satu kisah yang meruntunkan jiwa.


Khadijah r.a asalnya wanita kaya, tetapi semuanya telah dibelanjakan hingga tiada apa lagi yang tinggal. Manusia yang pertama memeluk Islam adalah wanita iaitu khadijah r.a dan manusia yang pertama syahid juga adalah wanita iaitu Sumaiyah r.a pada zaman Nabi s.a.w.


Begitu banyak pengorbanan mereka yang tidak boleh diceritakan lagi di sini, tetapi pokoknya di sini adalah betapa pentingnya peranan wanita dalam mengembangkan agama sememangnya tidak boleh dinafikan lagi.


Wanita di zaman sahabiah begitu berani hingga mengalahkan lelaki zaman ini, mereka seolah-oleh lelaki. Hari ini lelaki Islam menjadi lemah kerana mereka berperangai seperti wanita di seluruh dunia. Sebagai contoh, lelaki sepatutnya bersolat di masjid secara berjemaah, tetapi lelaki zaman ini rata-rata lebih gemar bersolat di rumah bersendirian. Padahal bersolat di rumah bersendirian adalah amalan wanita.
Sebab itu umat Islam menjadi lemah di seluruh dunia kerana telah berperangai seperti wanita dalam banyak hal dan bukan setakat dalam solat sahaja.


Lelaki perlu menjadi benar-benar lelaki baru Islam menjadi kuat, menjadi lelaki adalah mengamalkan agama seperti mana di tunjukkan baginda Rasulullah s.a.w.
DAN apabila wanita bangun turut serta membantu agama, maka mereka menjadi seolah-olah lelaki dari segi keberanian.


Seperti contoh, kisah bagaimana Umar r.a semasa belum memeluk Islam beliau dilantik sebagai pahlawan yang hendak membunuh Nabi s.a.w. Dalam perjalanan beliau diberitahu bahawa saudaranya telah memeluk Islam lalu, dia pergi ke rumah saudaranya yang ketika itu sedang dalam sesi taklim iaitu membaca al-Quran.


Dalam kisah ini terdapat perbualan panjang yang kita boleh rujuk sendiri tetapi apa yang hendak dinyatakan di sini ialah Umar telah menampar saudara perempuannya hingga berdarah kepala. Tetapi apa yang dijawab oleh saudara perempuannya itu ialah jika kerana agama ini dia dipukul maka dia redha dan tidak akan berganjak.


Saudara perempuannya begitu berani menjawab dengan tegas hingga tersentak Umar lalu beliau bertanya apakah yang dibaca tadi dan dia mahu melihatnya, dan selepas dia berwuduk lalu membaca surah Toha, maka hidayah telah sampai kepada Umar r.a yang kemudiannya memeluk Islam di hadapan Nabi s.a.w. Di sini perlu dilihat betapa wanita telah menjadi seperti seorang lelaki yang berani.


Peranan wanita cukup luas dan hari ini, jika kita terlibat dalam usaha dakwah maka perlu dilibatkan sama usaha masturat untuk wanita. Dengan itu baru la umpama burung terbang dengan 2 sayap, jika tidak hanya dengan satu sayap yang tidak ke mana-mana. Dengan itu potensi wanita digilap dan memberi sumbangan besar kepada agama.


Jika mereka terlibat dalam usaha masturat maka mereka biasanya lebih komited dan berdisiplin berbanding lelaki.


Apabila azan berkumandang, mereka dalam keadaan berwuduk berada di atas sejadah. Banyak doa-doa dihafal, al-Quran dan taklim dibaca setiap hari dan zikir, tahajud, dijaga dengan istiqamah begitu juga amalan lain.


Kesabaran, kesetiaan dan bersusah payah untuk agama sungguh menakjubkan. Percakapan iman yang lemah lembut tetapi memberi kesan dan zihin kata-kata membakar semangat yang memberi motivasi kepada lelaki. Lelaki perlu membantu tidak menyusahkan isteri kerana Nabi s.a.w sendiri membantu Aisyah r.a melakukan kerja-kerja rumah bahkan Nabi sendiri menjahit pakaiannya sendiri.


Hari ini kita lelaki apa salahnya kita cuci pinggan, masak, basuh baju sekali sekala, kemas rumah dan kalau boleh buat sesuatu sendiri tak perlu menyusahkan orang rumah misalnya mengosok baju dan sebagainya jika mampu. Isteri-isteri kita sebenarnya bantu kita uruskan hal ehwal rumah bukan kita jadikan dia seperti orang gaji. Sebaliknya kita lah yang perlu membantu mereka. Halaman rumah Nabi s.a.w amat terkenal kerana kebersihannya kerana Nabi s.a.w sendiri yang membersihkannya dan Nabi s.a.w bergurau dengan Aisyah semasa membantu kerja-kerja rumah.


Ganjaran dan kelebihan yang tersedia untuk wanita solehah terlalu banyak hingga mereka boleh pilih mana-mana sahaja pintu syurga jika dia meninggal dunia dalam keadaan taat perintah Allah, dan suaminya redha kepadanya. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 1,000 orang wali.


Bahkan mereka akan memasuki syurga 500 tahun terlebih awal daripada suaminya, dan mereka menjadi ketua kepada bidadari syurga. Suami dan isteri akan dipertemukan di syurga yang kekal abadi. Sebab itu, di dunia ini, tanda suami mengasihi isterinya ialah dengan memberi agama, amal agama dan usaha agama.


Wallahualam.

Wassalam

Tuesday, October 27, 2009

alhamdulillah....

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah saya baru jer balik rumah semula. Bermula sabtu pagi hari tu saya keluar masturat [wanita] jemaah tabligh untuk 3 hari.


Kami semua iaitu asalnya 28 couple yang azam untuk keluar dakwah 3 hari berkumpul untuk dengar bayan hidayat di Taman Seti Bayu Senawang. Tapi atas berbagai masalah ada beberapa couple tak terpilih untuk keluar pada kali ini.


Rasanya kesemua yang hadir hari tu 25 couple, dipecahkan kepada 4 jemaah. Ke Branang, Ampangan, Senawang dan jelebu.


Jemaah kami 5 couple ke Taman Irama, Jelebu. Ke rumah pasangan guru. Yang ada dalam kumpulan ni, seorang sahaja yang saya kenal rapat sebab dia pernah keluar awal tahun ni di rumah saya. Kak Ita dari Bandar Baru Nilai.


3 lagi tu dari seremban juga dan saya kenal semuanya cuma tak berapa biasa maklumlah saya tak bergaul sangat dengan isteri2 orang tabligh ni melainkan beberapa orang yang saya sesuai. kak ita [baru 2007 berhenti kerja dari syarikat luar negara] dari Nilai, kak Jun [tukang urut], kak Ani [dulu pemilik salon], kak Nab [surirumah], dan sorang lagi yang joint sepenuhnya 3 hari adalah kak Syikin [dulu kerja bank tapi sekarang adalah pemilik bengkel tempahan biskut dan kek]...dari pemerhatian saya kalau Allah nak bagi hidayah berbagai2 cara, semua atas pilihan Allah belaka...



Tapi akhirnya kami bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah, kerana usaha atas iman dan niat menegakkan agama Allah ini dan alhamdulillah kami semua satu kepala. Di pihak isteri saya yang paling muda tapi di pihak suami, pak haji plak paling tua....


Yang saya nak tekankan di sini, rumah pasangan yang kami keluar ni dua2 guru, guru bahasa Inggeris dan guru mathematik. Anak 9 orang, yang sulung 20 tahun di UIA [juga seorang hafiz quran] dan yang bongsu 8 tahun .


Rumahnya masyallah, betul2 hanya ada benda asas sahaja. Terkejut sangat2 saya bila masuk. Tidak lebih langsung. Sebagai guru saya rasa dia jauh dari mampu, bukan untuk bermewah tapi sekurang2nya macam apa yg kita-kita ni ada...sebab dua2 bekerja pulak tu. tapi tetap memilih hidup sederhana dan qanaah dengan apa yang ada.


pinggan mangkuk periuk belanga secukupnya sahaja. Begitu juga perkakas dapur, perabot tak perlulah cakap. Yang ada diruang tamu hanyalah dua rak buku besar. Satu meja kecil buatan tangan dan satu meja besar juga buatan sendiri. Dapur pula ada dapur gas dua tungku diletak atas meja buatan tangan dan sebuah peti sejuk dan sebuah almari pak awang serta satu rak pinggan. Sebuah mesin basuh. Insaf sekejap saya.


Sungguh. Itu sahaja yang ada dalam rumah tu yang saya nampak. Gayanya macam orang baru kawin setahun dua. Walhal anak dah 9 orang. 5 anak yang teratas ada yang dah tahfiz Quran, seorang di maahad gemenceh, sorang di institut tahfiz gemenceh, sorang di madrasah ulu langat, seorang di madarasah Batu berendam dan mana lagi ntah....hebat mujahadah sungguh mereka...dan mampu didik anak 9 orang dengan hidup sederhana ikut cara sunnah...


Mudahlah penghisaban mereka agaknya...takde banyak benda dunia dalam kehidupan mereka. Anak2 semua dididik dalam agama [yg di UIA tu masuk melalui Darul Quran Jakim]. Wang yang lebih diguna untuk keluar dakwah ke negara jauh, dua tahun lepas pasangan ini ke Pakistan. Biasanya pasangan2 dalam tablih ini akan ke mekah dahulu selepas itu baru ke negara2 jauh buat dakwah.


Iman sesungguhnya bukan diwarisi dan bukan senang diperolehi. Bagaimana nak tambah iman yakin dalam diri? Kita kena sentiasa besar2kan Allah dan hidup dalam sunnah. Belajar cakap iman dan cakap kebesaran Allah. Yakin yang Allah berkuasa makhluk takde kuasa langsung. Bukan kerja dan gaji beri kita duit. Bukan makanan yang kenyangkan, bukan suami yang bagi bahagia [ingatan utk saya], semua dari Allah.


Amalkan hidup ikut sunnah. Apa yang nabi tak buat jika mampu kita elakkan. Setiap masa, tenaga, harta yang kita habiskan utk benda yang lagha akan dipersoalkan nanti. Sebab dalam setiap sunnah walaupun sekecil2 sunnah ada kejayaan dalamnya yang dijanjikan Allah.


Apa kita nak jawab kalau kita ditanya dalam kubur nanti. Pada ketika itu mulut yang petah berkata2 juga tidak akan dapat menjawab walaupun kita hafal soalan2 dalam kubur sbagaimana kita menghafal nota untuk exam. Yang akan membantu kita nanti adalah amalan yang kita bawa, doa anak2 yang soleh dan sedekah kita [sedekah juga sangat luas perbahasannya boleh rujuk buku fadhilat sedekah].


Yang boleh beri syafaat adalah Nabi. apakah kita akan dapat syafaat nabi jika kita tidak ikut sunnah. Sunnah dalam mendidik anak, sunnah dalam berpakaian, sunnah dalam amalan, sunnah dalam munakahat dan muammalat...yang juga boleh beri syafaat adalah anak2 yang hafiz/hafizah...adakah kita telah bersedia dan menyediakan anak2 kita untuk menjadi hafiz/hafizah....


Kalau kita rasa ragu2 maka yakin kita dengan janji2 allah masih kurang...kalau kita yakin yang dengan menghantar anak2 kita belajar ilmu dunia akan bawa kejayaan kepada kehidupannya dunia akhirat maka kita perlu tanya diri kita....adakah lupa yang dengan mengamal sunnah kejayaan akan datang dalam genggaman...dulu saya agak skeptikal tentang ini...namun bila melihat semakin hari semakin ramai kejayaan anak2 karkun yang dihantar ke madrasah2 ini dan kemudiannya menjadi hafiz/hafizah dan kemudian terus mereka menyambung akademik dan mengambil jurusan tertentu seperti perubatan/pharmacy, kejuruteraan...maka saya yakin bahawa aturan Allah untuk memberi kejayaan adalah atas yakinnya kita dengan janji2 Allah...pelajaran dunia ini sangat mudah dan dihujung jari sahaja bagi anak2 ini selepas mereka menguasai hafalan quran....



Saya sangat bersyukur kerana Allah sangat sayangkan saya. Tandanya saya yang sentiasa lagha ini masih diletakkan dalam suasana agama, tetap disubukkan dengan kerja2 agama, dan nikmat hidup dalam suasana agama ini sangat besar apabila kita dapat taat perintah allah. Sebab yang akan kita bawa bila mati nanti adalah amal...kita kena yakin sungguh2 yang setiap amal perbuatan didunia ni ada ganjaran disediakan baik yang buruk mahupun yang baik...



Kita umat islam yakin dengan janji allah tentang kehidupan selepas mati. Tapi adakah kita usaha untuk fikir risau tentang kehidupan disana sebagaimana kita fikir risau tentang kehidupan dunia yang memang tidak pasti ini. Kalau kita bekerja bermati-matian dan dapat duit banyak dan senang pun hanya dalam 60-70 tahun, dan kalau kita susah pun adalah dalam 60-70 tahun juga. Semuanya sementara, yang kekal adalah kehidupan di sana nanti.



Kita akan melalui perjalanan yang pasti, perjalanan selepas mati, kehidupan hanyalah antara alam rahim dan alam kubur...sementara sahaja. Untuk perjalanan yang pasti ini kita kena ada fikir risau, memikirkan apa suasana dalam kubur, padang mahsyar yang memerlukan 50,000 tahun mendaki dan 50,000 tahun menuruni, dikala itu seorang ibu yang sgt sayang anak yang dikandung dan dilahir, disusui dan dipelihara pun sanggup memijak anaknya untuk mengelak memijak padang mahsyar yang panas mengegelegak...maka jadiknalah dakwah maksud hidup sebab dakwah adalah maksud hidup nabi sehingga semua yang ada didunia ini dapat hakikat kalimat syahadah....Nabi satu ketika melihat mayat seorang yahudi diusung kekubur dan nabi menangis, sahabat bertanya kenapa nabi menangis, Nabi menjawab, hakikatnya beliau bukan diusung kekubur tetapi diusung ke neraka" nabis edih kerana tak sempat nak dakwah sehingga yahudi tersebut mati tanpa iman....


Justeru kita kena ada fikir risau dalam hati melihat jiran, sahabat, kawan, keluarga dan seluiruh umat yang masih dalam keadaan tanpa iman, kalau jika ada iman pun hidup tidak dalam suasana iman...kita kena ada rasa risau melihat sekeliling kita ramai yang mati terkejut...sempatkan mengucap kalimah...adakah mereka bakal penghuni neraka...



Wassalam

Monday, January 5, 2009

1st day 2nd semester

2nd semester

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni bermula kuliah bagi semster kedua Pengajian rasuah, UKM. Tadi jam 2 petang ia bermula dengan taklimat dari prof Rahimah untuk paper Lawatan dan benchmarking, lawatan keluar negara bagi menentukan 'penandaarasan' [benchmarking] bagi indeks rasuah kemungkinan besar akan dibuat ke salah satu dari dua negara ini iaitu Australia atau Hong Kong, kerana Anti Corruption Commision yang ditubuhakn di Malaysia mengambil model dua negara tersebut.


Tapi lawatan akan dibuat pada minggu pertama cuti semester ini, iaitu sejurus lepas tamat peperiksaan semester ini. 5 paper yang kami ditetapkan untuk ambil. Nampak tajuk kursus macam kronik jer tapi pusing2 pasal rasuah jugalah.

Semester ni akan ditentulan penyelia bagi tesis dan tak taulah proposal saya untuk tesis tu penyelia kana terima atau tidak. Ok banyak nak cerita pasal kuliah ni tapi takde modd, sebab hati dan perasaan masih ligat fikir pasal Zubair.

Pagi2 buta ayah dah call tanya camana anak dah siap nak ke sekolah ker? Terkejut juga saya...eh...ambil berat juga ayah pada anak dia yang sorang ni, pastu terfikir plak ayah ni tersalah hantar mesej ker, mungkin dia nak hantar mesej kat kak aza tapi tersend pada saya sebab dulu2 selalu gitu, sebab dalam kepala dia selalu keluar nombor saya jer...maklumlah nombor saya dari 2002 saya dah guna...kak aza plak banyak kali tukar2 nombor ni...


Pagi2 kak aza kan dah pesan suh ke hospital supaya saya ada masa doktor check pagi2 tu, tapi tak dapat jugak nak cepat, satu sebab hani berat betul bangun pagi..dah dua hari kena dera bangun awal pastu dok kat hospital main tak hengat...letihlah tu, lagipun malam tadi siap ke shopping compleks...rasakan pagi payah bangun...

Ala kadar jer iron baju dia, pakai last year punya baju sebab hani tak register lagi...macam anaks epuluh lak saya nih! Tapi cikgu2 semua kan dah jadik geng saya...main hantar jer hani...dan hani cam biasa anak yang matang dan pandai sesuaikan diri lagi berdikari...saya hantar kat pagar jer...bawak beg sendiri..maknya nak berkejar ke hospital...bye2 jer ngan cikgu tadi...tapi kerani pejabat dah tau dah saay agak kebizian sket...

MAsa nak bertolak hantar hani tu saya call ayah konon nak gelakkan dia tersalah hantar mesej ...ehhhh rupanya memang sah sms utk saya sebab ayah adh boleh bayangkan macamana saya dengan hani kalut2 bersiap pastu sure dua beranak kami bertekak....apa lagi saya lah selalu marahkan hani terhegeh2...tu yang ayah sms tu...dah tu rupanya ayah nak ke hospital juga, dia suh saya tunggu dia kat rumah nak naik satu keter....sudahnya lambatlah jugak pagi tadi, dalam 8.15 baru sampai sekolah...pastu pecut ke hospital...

Sampai2 wad padeatrik elok2 jer 3/4 doktor tengah kerumun zubair...so kami dengar dan sempatlah bersoal jawab tadi....bacaan semalam [bacaan albumin iaitu salah satu jenis protin] dalam urine zubair meningkat dari 2+ sehari sebelumnya kepada 3+..... ya Allah dengar tu jer rasa lemah lutut...


Keadaan Zubair pagi ni saya tengok agak bengkak bahagian mukanya. Bawah mata kiri yang sebelum ni tak bengkak nampak ketara bengkaknya dan betis serta perut masih tak susut bengkak, keras pulak tu perutnya...cuma alhamdulillah zubair tak merasa apa2 kesakitan pun...tetap ceria dan happy...buat kami sedih pulak....

Dalam pada syok2 bincang dengan suami hal zubair kena sound pulak dengan sister sebab kami ada bertiga kat situ, saya... suami dan khairin...saya kata oklah sementara mabil bag, rupanya sister [ntah nurse ker sister ker tak perasan tp rasanya sisterlah kot] siap dia sempat panggil jaga halau saya...cisss..sabar2lah...


Lepas tu bincang2 dengan doktor...doktor suh beli alat nak test kandungan protin dalam urine, sebab doktor nak ajar cara test tu kat rumah...kiranya confirmlah zubair kena Nephotis Syndrom...dan dia kena ambil steroid, dan kak aza kena monitor everyday kandungan protin yang terkeluar dari buah pinggang melalui urine zubair...

Itu dia berita sedih hari ini....meleleh juga air mata dengarnya... pastu saya denga dengan suami punyalah mujahadah carik benda alah nak test tu sampai farmasi yang ke 6 barulah dapat jumpa, yang lain ada yang kena orderlah, memang takde juallah.... penat betul saya dalam panas2 tu, turun naik keter, perati pharmacy,...suami duk kat sebelah saya jer tunggu dalam keter....sayalah ke hulu ke hilir..tau2 jerlah jalan dalam seremban ni sehala memang jammed giler...dengan parking susah...


Gitu gini jam 12.30 barulah dapat sampai kat rumah...sebab keter saya tinggal kat rumah....suami bagi saya pakai merc buruk dia sebab keter saya road tax mati tak hidupkan lagi...[ni pun ada cerita nih...yg kelakar tapi nampak kuasa Allah kat situ]. Saya gamble jer tak kisha road tax tak ada, kalau kena tahan bayar jerlah saman, apa nak takut, kan...dah tak sempat nak buat camana....salah sendiri....tapi suami lak terlebih takut offer pakai keter dia ke UKM...ok jerlah kan dah orang bagi...

Suami masa ni punyalah lapar..xmakan dari pagi, sian dia tapi saya kelas jam 2 tak sempat sangat dah nak bawa dia makan, sudahnya saya suh dia makan dengan jemaah jer [kan dia keluar 40 hari sekarang ni, tapi cilok ke hospital on off lah]...saya sampai2 hospital lepas kena halau dari wad terus bawak kak chik [panggilan kahirin] ke kafe saja tunjuk jalan kat dia dan ikram dia minum pagi sama2...mujur dia nak makan kat kafe..yerlah kak chik pun berpurdah juga....

Sampai UKM, awallah pulak, 1.30 dah tercongok dah...saya yang pertama sampai dari 9 orang kami ni...lepas tu bila semua dah sampai sibuklah cerita pasal result exam...vavavaaaa...rerupanya saya dengan ASP Lai {PDRM} tu 2 yang terbaik...keputusan exam tu memang di luar jangkaan sungguh..saya anggap sebenarnya lecturer yang banyak tolong kami atauapun diorang bagi markah kesian kot gamaknya....ataupun assigmnet yang banyak tolong up kan markah...


Tadi masa taklimat tu barulah dapat jadual... kelas kami 3 hari selasa sampai khamis...yeyyy...tapi khamis 2-5 petang sambung 5 ptg sampai 8 malam...rabu pun pagi dan petang...takperlah 4 hari rest...ok sangat dah tu...save minyak+ tol saya...semster ni ada 2 pensyarah baru [baru pd kamilah] yang akan ajar....yang 4 lagi pensyarah semester lepas...

Sebab taklimat abis awal saya terus pecut ke hospital semula sebab nak kejarkan masa doktor ada tulah...tapi ayah kacau daun suh ambik dia dulu plak, sudahnya dengan hani pun saya ambik sekali....sampai2 kak aza, Cik ayang semua dah ada...

Kali ni rasa macam serba salah pulak dengan kak aza sebab saya sampai dengan suami sekali, nanti takut kak aza fikir apa pulak, dia tak tau yang saya guna keter suami ke UKM...satu sebab road tax satu lagi sebab suami yang cadang untuk elak sakit pinggang saya jadi kronik sebab mula2 saya cakap saya nak ambil keter baru, tapi dia tak bagi...cam biasa, kan saya nak belajar taat suami..maka ikut jerlah cadangan suami...


maka saya pun menepi jerlah, takdelah duduk dekat suami, duk jauh jer pepandailah bawa diri dan kak aza pun minit2 terawal tu buat tak tau jer kat saya, sibuk urus zubair pun yer jugak, pastu sibuk bincang dengan suami sekali tambah2 doktor pun ada masa tu, so saya pun dapat rasa perasan cemburu kalau saya berada dalam situasi macam tu....macam saya ni lelebih pulak, walhal anak dia yang sakitnya...

Tapi cik ayang ada, saya borak dengan cik ayang [kakak kak aza] jerlah. dan saya dapat rasakan yang saya lebih selesa berborak dengan cik ayang dari kak aza...tak perlu nak cover banyak benda sangat. Lagipun cik ayang ni kan bekerja mungkin tu sebab lebih sesuaikan...tambah2 kak aza kalau cakap banyak simpulan bahasa, bahasa berlapik saya ni pulak berterus terang jer orangnya..tu sebab bila cakap ngan kak aza saya perlu beberapa saat untuk proses makna sebalik apa dia cakap tu...tapi tu kadang2lah...


Tapi lepas selesai semua tu kak aza baru datang kat saya, tanya saya tau tak kak cik cakap tadi [tengahari] doktor ada cakap kat dia, Zubair ni buah pinggangnya bocor...tu yang dia kata terus lemah lutut bila dia dengar camtu...tapi cik ayang cakap tunggu jerlah kita tanya doktor betul2 apa ceritanya...

tapi saya rasa bendanya sama cuma doktor guna istilah yang senang difahami, bocor yang dimaksudkan tu adalah fungsi menapisnya rosak, tu sebab protin dan air keluar..tapi kak aza dengar bocor tu macam kronik jer tu yang bergenang air mata dia cerita kat saya...ntahlah..susah saya nak cakap perasaan saya masa tu....nak cakap lebih nanti kak aza kata pandai sangat pulak....ntahlah..

Tapi balik lepas maghrib tu bincang2 dengan ayah dan ayah positif jer, yakin kuasa allah anytime nak kasi penyakut dan anytime juga boleh tarik balik penyakit tu. Tak payah nak kronik2 sangat. katanya balik nanti kita bagi habbatus sawda'...sunnah kan makan habbatus sawda ni sebab rasulullah kata semua penyakit boleh disembuhkan oleh habbatus sawda kecuali maut...dan ayah yakij ikut sunnah akan dapat kejayaan...tapi tulah kak aza masih kronik juga....dan ayah macam nampak 'malas nak layan' dan bila saya tanya ayah apa yang dia bincang dengan kak aza panjang lebar sebelum balik tu...dia boleh ajwab..."ntah...abang masuk telinga kanan keluar telinga kiri..." boleh pulak gitu....

Dalam pada tu, ayah buka cerita lama, along masa kecik [sekola rendah] juga ada masalah buah pinggang sampai doktor minta kebenaran ambil air tulang sum sum tapi ayah tak benarkan...alhamdulillah sampai sekarang along allah bagi sihat....macam tu juga zubair, doktor boleh cakap dan rawat apa sekalipun tapi Allah yang akan bagi sembuh sebab dia nak tengok sejauh mana iman Hambanya dan masa nilah kita nak betulkan iman yakin kita...asbab buah pinggang zubair jadi bengkak tapi sebenarnya semua dari Allah belaka...kadang2 perlu cakap2 iman ni untuk kesedaran diri kita....bukan kita menolak ketentuan logik dunia perubatan tapi hakikatnya sebagai islam itulah keyakkinan yang wajib kita pegang, semua dari Allah..

Allah boleh buat sesuatu ikut asabab, melawan asbab atau tanpa asbab...allah bagi mudharat dan allah bagi manfaat.

Seorang anak lahir asbab ada ibu dan ada bapa, tapi dengan kuasa Allah, nabi Isa lahir tanpa bapa, hanya ibu Mayram sahaja...maka itulah namanya kuasa allah...

Sesuatu boleh memotong asbab pisau, tapi nabi ismail bila disembelih nabi ibrahim, pisau yang sepatutnya memotong tidak memotong nabi ismail tetapi menukar kepada kibasy...

Macam api yang membakar nabi ibrahim bertukar kepanasan kepada kesejukan...


Banyaklah kalau nak cakap apsal asbab ni, semuanya dari allah, kita makhluk takde sikit pun kuasa dan kudrat...doktor pun sakit dan mati walaupun pakar dalam segala jenis penyakit dan master dalam pengetahuan penjagaan kesihatan...


Oh yer...saya nak cerita pasal malam sabtu yang saya balik dari hospital jam 12.30 malam tu....kebetulan tu kan malam minggu, sebab jalan nak ke rumah ni jadi laluan mat2 rempit berlumba maka polis selalu buat road block tengah2 malam tu...



Mula2 saya tak nampak road block tu sebab mata mengantuk bawak [un slow and steady jer tetiba keter satria purple depan saya secara mendadak membelok ke simpang kanan [simpang terakhir sblm road block tu] saya puj terkejut dan macam tersedar dari lamunan. tengok2 alamak.....kt deoan ada banyak kon polis dan ada ramai polis pegang lampu suluh bagi isyarat kat keter2 suh ketepi...masa ni dalam hati tawakal ajerlah...dah salah [road tax insuran mampus] terima jerlah bayar jerlah saman tu...




tapi dalam hati sambil tekan minyak ke arah polis tu, doa juga, ya allah peliharalah aku, selamatkan lah aku...kau yang berkuasa, aku nak ikram anak tiri bukan sesuka tak renew road tax....kira masa ni memang dah paras leher dah harapan saya untuk melepaskan diri sebab memang polis tu suluh setiap satu tampalan cukai kat sebelah kiri cermin tukan...




Tapi tulah kan....macam saya cakap Allah berkuasa, punyalah besar 26 disember 2008 tulis kat situ, allah tutupkan pandangan polis tu kot...dia boleh tak perasan, saya terlepas macam tu jer....hah camana....lega tak rasanya..tentulah kan..selamat duit dan takdelah malu kalau dia tau saya ni BPR tapi road tax takde...jangan2 dia pulak kenal saya...dan mana tau nanti heboh plak ketua unit siasatan BPR negeri sembilan bawak keter takde road tax...kami selalu gak tangkap polis trafik...kan ker jabatan malu {jangan cakap sesapa ni yer, yg saya tau 23 orang pembaca blog saya ni, kalau bocor 23 orang nilah yang bocorkan rahsia saya]



Tu jerlah dah ngantul dah ni, esok kuliah batal, pagi2 hantar hani terus ke hospital, kak aza dah pesan suh pergi sebab kak cik takleh diharap sangat bab2 nak tanya2 doktor ni....takat jaga adikinya dia taulah...

Saturday, December 27, 2008

Redha suami

Assalamualaikum w.b.t


Redha suami



Saya cuba belajar untuk taat dan dengar setiap pandangan dan permintaan suami, walaupun sedikit sukar dan membebankan tapi akhirnya saya dapat mengecap nikmat kemanisan sebab redha suami itu kan redha Allah.

Semalam asbab saya nusrah jemaah suami malam ni balik manis jer muka dia. Malam semalam, siap dia hantar saya sampai simpang nak ke seremban sebab suami dan kak aza nak balik ke PD, saya dan hani balik seremban.

Hari ni saya perlu ke pejabat sebab ada barang kes dalam bilik yang perlu dipulangkan sebab kes diarah ditutup. Dan saya juga perlu menghantar borang SKT ke pejabat. Hari ni dapat lagi mess kit, bertambah2 pakaian kerja saya.

Yerlah kan sekarang kami dah nak jadik suruhanjaya, kena pakai uniform, dengan pakaian istiadat, makanya dah 6 pasang dah baju saya...dengan kasut, tudung, handbag dan macam2 accesories. Serba salah bila kerja nanti sebab pakaian tu sememangnya mengikut bentuk tubuh....lemasnya...

Dahlah badan saya dah naik mendadak sejak cuti belajar ni, sepatutnya 30 hb ni saya kena hadir mess night [makan malam beradat di PWTC] dengan memakai mess kit, tapi sebab saya sorang pegawai kanan perempuan malaslah nak pergi...saya gi pejabata tadi carik pengganti.

Tahun lepas saya ingat lagi, saya pergi satu kereta dengan pegawai kanan lain tapi semuanya lelaki maka kami sewa satu bilik hotel, untuk salin pakaian dan solat. Memang teruk bunyinya....masa tu saya salin dalam bilik mandi.

Masa tu, saya sorang perempuan dengan 6 lelaki dalam satu bilik hotel, lain2 adalah timbalan pengarah [india], ketua cawangan BPR PDickson, seorang ketua unit perisikan, saya sebagai ketua unit siasatan dan 3 orang ketua unit bawah saya...takdelah pelik sebenarnya memang kami selalu duduk bersama sepanjang hari berbincang dalam bilik saya/bilik mesyuarat atau bilik operasi dari pagi sampailah ke subuh semula tapi bila dah dalam bilik hotel dengan ada yang lepak2 tu agak pelik jugak sikit.

kami semua dah biasa sangat dah...diorang pun hormat saya sebagai orang no 3 kat pejabat lepas tim balan saya tu, cumanya saya sebagai isteri rasa bersalah pada suami dan sampai hari ni saya tak pernah cerita hal ni pada suami.

Makan malam beradat ni acara tahunan jabatan kami, memang agak formal majlisnya, sepatutnya pegawai kanan diwajibkan bawa pasangan, tapi macam biasa suami saya takkan mahu. Sebab majlis bermula lepas maghrib maka isyak memang langgarlah, maghrib pun terkocoh-kocoh...sebab nak kena carik seat pastu nak kena masuk awal sebelum KSN masuk...dan dimulakan acara formal dengan pegawai badan bawak masuk bawak pedanglah apalah...dengan nyalakan lilin pastu adalah org paling muda dalam majlis tu bagi command kata "minum untuk yang dipertuan agung".."minum untuk Sultan Selangor....sampailah Minum untuk pegawai badan"...kelakar jer masa mula2 dulu... dan diakhiri acara tak formal dengan tarian poco-poco dan menyanyi2 karaoke.... memang saya tak suka tapi dah kata wajib hadirlah jugak setiap tahun...selalunya kiri kanan saya memang lelakilah...lelaki yg tak bawak psangan jugak, duduk pulak memang ikut rank...tu yg menyampah sebab kena duduk dengan orang negeri lain yg kita tak biasa.... satu lagi yg perempuan dan lelaki yg pegawai badan pakai mess kit yang lelaki luar pulak kena pakai blazer dan bow..manalah suami saya pakai semua tu....dia pakai jubah bolehler...

Oklah...tak taulah apa lagi perubahan lepas ni, saya ni dah macam orang asing dah...sebab perubahan berlaku masa saya takde, cuma lepas ni kalau kerja guna akta baru dan mungkin tatacara kerja dan tanggungjawab takkan sama dengan dasar sedia ada sebelum saya bercuti belajar.

Hari ni road tax mati, baru terperasan, terlupa pulak nak ke bank tadi...takperlah selasa minggu depan baru renew, lagipun saya tak guna kereta weekend ni....

Esok, bersamaan 27 Disember [masa yg disetkan kat blog ni lewat sehari] saya akan keluar di gemenceh, untuk 3 hari maksudnya saya menyambut maal hijrah semasa keluar di jalan Allahlah...alhamdulillah hari pertama bulan hijrah saya melakukan sesuatu yang baik, moga2 sepanjang tahun saya akan ebrada dalam usaha ni...

Saya kan rasa Allah bagi saya sesuatu memang ikut amal yang saya buat. Sekarang saya rasa hidup saya tenang jer tak sama macam masa kerja...asyik terkejar sana terkejar sini. Yerlah asyik carik dunia jer, kan Allah kata lagi cari dunia lagi tulah kita akan susah. MAsa kerja tu, asyiklah terkejar nak solat cecepat. Yerlah masa rehat baru dapat rehatkan otak dan kaki, tapi baru nak solat bos dah panggil mesyuaratlah, perbincanganlah....memang saya rasa masa saya kerja jiwa, roh, masa dan nyawa saya semata-mata untuk kerja. Balik rumah mana baki2 sikit tu barulah bagi kat Hani dan suami.

Sampai suami saya selalu marah + perli saya yang asyiklah cakap pasal kerja, pantang hp berbunyi, berlari menjawab kalau hal kerja tu, dan-dan tu saya bersiap ke pejabat, kata suami saya ni "takut OC [pengarah] saya kalah macam saya takut tuhan'...macam tu sekali analogi suami saya. Sebab saya takut tu bukan apa, kalau tak jawab pagi2 lagi saya kena mengadap dia dan sediakan jawapan kenapa saya tak jawab dia called... masa kerja memang pun hari2 saya kena mengadap dia pagi2 morning prayer...macam jab kami bukan boleh gurau2 lelebih..kami ni enforcement, bagi arahan terus buat takde soal2...yerlah kerja tangkap orang dakwa orang siasat orang takkan nak main2....tambah2 OC saya ni workaholic...

Tapi sekarang, leganya hanya Allah yang tahu, hp pun mana-mana jer saya campakkan, sebab saya tau OC takkan carik saya lagi...lega sesangat...kalau ada tu pun panggilan sesat dari HQ yang tak tau saya sedang bercuit belajar...ataupun panggilan sebab ada sapina sebagai saksi bagi kes-kes yang saya terlibat bagi keterangan.

Yang sebenarnya, sejak 3 tahun lebih saya tak pernah keluar...dan dalam tempoh tulah saya betul2 tumpukan pada kerja, dan ternyata dalam tempoh tu amal saya memang kurang...taunya kerja kerja dan kerja...tu pasal Allah tak pilih saya dikalangan umatnya untuk keluar jalan Allah ni...

Tapi sekarang berkat saya belajar redha dan taat moga2 Allah pandanglah usaha saya ni dan Allah letakkanlah saya di kalangan hambanya yang diredhai...masa kerja nanti tak taulah mampu atau tidak...nak jaga aurat dengan sempurna pun mujahadah..masa cuti ni dapatler..masa kerja nanti aduhaiii macam2 cabaran...

Lepas subuh esok kami akan hantar hani ke PD kak aza akan jaga dia. Wah hani mengongoi2 nanguis bila tau saya dan ayah nak keluar 3 hari. Sedih sebab takde sapa nak peluk dia malam2. tapi bila saya bagi idea dan dia boleh terima barulah tersenyum girang. Malam ni tadi baru jer rakamkan beberapa shoot video dalam camera pesanan2 saya dan kami peluk cium supaya malam esok sebelum tido dapat;ah dia tengok video tu buat melepas rindu. Lepas tu siap bawak baju busuk ammie yang tak basuh buat peluk dan cium masa nak tido, tak cukup lagi tu, tambah pulak bawak gambar2 ammie dan ayah untuk tengok2 kalau teringat. Dah tu siap pulak dia pilih gambar ammie dan ayah atas katil peluk2...amboi nak suh umi makan hati ker bawak gambar tu? so saya tak benarkan...so dia pilih gambar ami dan ayah yang asing2...kelakar hani ni, sib baik dia pun faha,..siap tanya..nanti umi cemburu tengok gambar ayah dengan ammie eh?..hahahaaaa pandaipun!


Monday, December 22, 2008

Bila doa dikabulkan

Assalamualaikum w.b.t


Satu masa dahulu saya pernah berdoa kepada Allah agar didatangkan sedikit perasaan benci pada suami. Benci sehingga boleh membebaskan saya dari rasa derita bila bontang ditinggalkan bila kami bersengketa.

Saya mohon kepada Allah begitu kerana saya merasa sangat derita pada setiap kali kami bergaduh dan acapkali bila kami ditinggalkan, maka setiap kali itulah saya sendiri memendam perasaan, bukan bertambah benci tetapi bertambah sayang pada suami.

Sampai pada suatu ketika saya merasa adakah saya telah di manderem? maka itulah titik mulanya saya mohon sunggu2 kepada Allah agar ada sedikit rasa benci moga-moga tidaklah lagi saya derita sengsara bila ditinggalkan begitu rupa....


Maka Allah yang Maha Adil lagi Maha mendengar rupanya menunaikan permintaan saya. maka itulah dalam pergaduhan kami yang terbaru itu, raas benci itu dijelmakan didalam hati dam perasaan saya sehingga tempoh sebulan lebih tanpa suami saya masih selamba, dan tidak terkesan sebagaimana kes-kes terdahulu.

Namun, kesan sampingannnya selepas berbaik2 saya merasa benci itu masih ada, kalau tidak sepenuhnya tetapi cukup buat saya kadangkala meluat melihat dia. Sungguh saya tidak tipu, sebab itu yang saya rasa akhir-akhir ini.


Walaupun hubungan kami berjalan seperti biasa dan ada 'karan'nya tetapi roh dan jiwa tidak sama seperti dahulu. Saya sudah lupa bagaimana dahulu setiap kali lepas bersama, maka saya tidak pernah lupa ucapkan "terima kasih abang kerana memberi saya kasih sayang"....itu dahulu...kerana kata2 itu meluncur semulajadi dan terbit dari rasa dan jiwa saya mengahrgai dia.

Sejak sekian lama ini, kami menjalani kehiudpan sebagaimana memenuhi tanggungjawab sahaja, roh yang dahulu entah mana hilangnya.

Jujur saya katakan, pada hari ini bila suami saya balik ke sini, saya terasa lain benar gayanya. Terasa malu2 pun ada. Dan sekali lagi, tiba2 meluncur kat2 terima kasih abang atas kasih sayang abang"....


Saya tidak sangka yang Allah masih memberi saya rasa sayang seperti ini. Rasa sayang yang benar2 sayang, kerana Allah, rasa sayang yang terbit dari hati dan jiwa, bukan berlandaskan nafsu.

Saya luahkan semuanya kepada suami, agar dia tahu bahawa kasih ini makin bersemi dan kami sama-sama perlu bajai. Kini...saya boleh declare yang saya saya sayang suami saya seperti masa mula2 dulu kami bersama....

Dan hari ini, saya memanjatkan syukur kepada Ilahi atas kurnia seorang suami, yang berada di landasan ini, landasan yang mencari redha Allah...

Esok saya akan sedikit sibuk sebab saya berazam untuk khidmat masak untuk jemaah dari Myanmar ini...saya ingin belajar khidmat supaya saya dapat redha Allah....

Tadi petang saya ke rumah masturat yang menerima jemaah ini, sebelum tu saya hantar suami ke surau dahulu, wah sekali tengok jemaah ni punya kenderaan punyalah hebat [tapi allah lagi hebat] sebijik toyota Alphard dan sebijik lagi merc 230E....dua biji tu pun harga dah dekat setengah juta, sapa kata tabligh ni pentingkan akhirat jer... dunia pun dalam tangan mereka juga....moga2 harta dunia yang dapat tu asbab jadik asbab untuk mereka mudah keluar di jalan Allah.

Tuesday, December 16, 2008

Insaf

Assalamualaikum w.b.t

Menyelusuri dan menyelongkar blog-blog lain di alam maya ini membuatkan saya insaf seketika. Insaf kerana saya masih di sini. Sedih melihat pelbagai perkara mungkar dan bertentangan dengan syariat berleluasa.

Kadang-kdang terfikir, alangkah banyaknya tugas dakwa yang perlu kita lakukan. masih ramai yang tidak mengamal ajaran islam sebagaimana syariat. masih ramai yang teraba-raba dan mencari-cari sinar dalam kehidupan mereka.

Ada yang berjumpa sinar kegembiraan dipusat membeli-belah, membeli barang yang bukan keperluan....tak kurang juga mengisi masa lapang di panggung-panggung wayang. Malahan ada yang bosan terus ke kelab2 mendengar live band, keluar makan-makan ditempat yang diragui kebersihan dan kehahalannya.

Ada yang dengan bangga menjaja minyak wangi yang dibeli dengan harga ratusan ringgit, sungguhpun ternyata kandungan dan pembuatan minyak wangi berkenaan dalam keraguan, menjaja apa yang dimakan mereka sungguhpun tempat dan makanan itu ternyata bukan islam yang sediakan malah tuan punya ternyata kafirr!!!



Tapi hari ini itulah hakikatnya. Rata-rata tidak lagi malu menjaja pakaian mereka yang sebenarnya untuk saiz budak2, seolah2 tidak cukup kain lagaknya. Dengan pusat yang terjojol dan alur bontot yang terserlah jika terangkat seidkit bajunya. Ada yang dengan bangga mempamerkan rahsia yang seharusnya disorokkan dengan alur tetek yang menggiurkan dan dengan bangga berkompang agar seluruh dunia melihat apa yang ad apada mereka.



Apakah? Apakah benda2 ini harus dipandang sahaja? Kita pun yang tau ini akan dipersoalkan adakah kita telah mencuba menentang perkara yang mungkar ini? Adakah kita sama-sama berdoa untuk mereka agar mereka diberikah hidayah?

Marilah sama-sama kita doakan mereka ini. Keluar dari kepompong nikmat dunia yang sementara. Menghayati erti hidup sebenarnya...kembali ke asall kejadian, mensyukuri nikmat yang diberi pencipta dengan patuh dan mengikut apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang.

Tuesday, October 10, 2006

Yang anda perlu tahu dan amalkan

Assalamualaikum w.b.t


Bismillahhirrahmanirrahim

sihat mengikut cara islam
Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh agama.
Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan,
maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran.
Tahukah anda mengamal minum secawan air
teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan
anda. InsyaAllah jika anda mengamalkannya,
berat badan anda akan berkurangan (memang
terbukti keberkesanannya).


Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga
kesihatan dgn membuat amalan spt:-

1. Mandi awal pagi sebelum subuh @ sekurang-
kurangnya sejam sebelum matahari naik.
Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh
mengurangkan lemak berkumpul. Kita boleh
saksikan org mengamal mandi awal pagi
kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air
sejuk setiap pagi.
Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit. (susah
nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita
bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit
selepas membaca doa).
Ia boleh mengelak dari sakit pening @ migrain. Ini
terbukti oleh para saintis yg membuat kajian
kenapa dalam sehari
kita perlu bsujud. Ahli-ahli sains telah menemui
beberapa milimeter ruang udara dalam saluran
darah di kepala yg tidak
dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah
akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan
makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama
susu,dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana
dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala
dalam ikan mengandungi ion (-).
Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan
maka terjadi tindakan balas biokimia yng terhasil
yg boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan
dan bila habis hendaklah menjilat jari.
Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa
enzime banyak terkandung di celah jari-jari,
iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime
sejenis alat percerna makanan, tanpanya
makanan tidak
hadam)


Sabda Nabi, ilmu itu milik Allah, barang siapa
menyebarkan ilmu demi kebaikan,
insyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali ilmu
kepadanya.



Suara hati dan pemikiran siti detik 10/10/2006 06:18:00 AM 1 cetusan hati
Cerita tentang; Da'wah


Wassalam

Saturday, October 7, 2006

Yang perlu diutamakan

Assalamualaikum w.b.t

Saturday, October 07, 2006


Bismillahhirrahmanirrahim

TANGGUNGJAWAB SESEORANG ISTERI.
Susunan Semula Oleh:
Lokman el-Hakim
Mahkamah Syariah Muar

Di samping perkara hak, isteri juga mempunyai berbagai tanggungjawab terhadap suami dan keluarga. Di mana tanggungjawab ini wajib dilaksanakan, bagi mengelakkan kepincangan hubungan. Kerana jika seseorang itu tidak mengetahui apakah tanggungjawabnya di dalam perkahwinan, maka disini adalah pintu utama kenapa berlakunya perceraian. Apatah lagi jika berlaku pengabaian.

i. Menuruti kehendak suami.
Patut disedari di dalam sesebuah perkongsian rumahtangga, siapakah sebenarnya 'boss'! Suami atau isteri? Jika setiap isteri menyedari bahawa dirinya adalah dibawah kawalan suami maka sudah pastinya setiap isteri mengambil berat terhadap setiap keperluan para suami. Dan begitu juga sebenarnya yang perlu dihayati oleh setiap suami bahawa dia adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isteri dan anak-anaknya. Maka hal ini jika disedari kehidupan menjadi terancang dan kedamaian dapat diadaptasikan.
Suami diibaratkan sebagai seorang raja dan permaisurinya adalah para isteri. Ini bermakna negeri yang diperintah itu memerlukan kebijaksanaan seorang raja disamping sokongan dari permaisuri yang rupawan. Dengan itu kerukunan dapat dicapai. Oleh kerana itu adalah menjadi kewajipan isteri untuk mentaati dan mengikut kemahuan dan kehendak seorang raja, kerana kedudukan isteri hanyalah sebagai permaisuri. Ini dirujuk kepada hadis Rasulullah:
عن ابى هريرة قال قال رسول الله (صلهم): "لو كنت آمرا أحدا ان يسجد لأحد لامرت المرأة أن تسجد لزوجها"

Daripada Abu Hurairah katanya: “Rasulullah bersabda sekiranya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada seseorang nescaya aku menyuruh isteri supaya sujud kepada suaminya.”

Di sini juga termasuklah kewajipan isteri mentaati suami. Kerana hak untuk ditaat itu kepada suaminya adalah terutama. Perlulah isteri menjaga perasaan dan emosi suami dalam perkara ini, kerana ancaman yang disebutkan dari hadis Rasulullah amat jelas menunjukkan kesan akibat ketidaktaatan isteri terhadap suaminya, sebagaimana sabdanya:
عن ابى هريرة قال قال رسول الله (صلهم) اذا دعا الرجل امرأته
الى فراشه فأبت فبات غضبان عليه لعنتها الملائكة حتى تصبح

Daripada Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda: “Apabila seseorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur lalu ia menolak sedangkan suaminya tidur dalam keadaan marah terhadap isterinya nescaya ia akan dikutuk oleh malaikat (daripada malam) sehinggalah sampai ke waktu pagi.” (al-Bukhari & Muslim)
عن زيد بن أرقم قال قال رسول الله (صلهم):
" اذا دعا الرجل امرأته الى فراشه فلتجب وان كانت على ظهر قتب
Daripada Zaid bin Arqam berkata, Rasulullah bersabda: “apabila seseorang suami mengajak isterinya ke tempat tidurnya maka hendaklah ia menerimanya sekalipun di atas kenderaan.” (al-Bazaar).
عن طلق بن على قال قال رسول الله (صلهم) اذا دعا الرجل زوجته لحاجته وان كانت على التنور

Daripada Talq bin Ali berkata, Rasulullah bersabda: “Apabila seseorang suami mengajak isterinya untuk memenuhi hajatnya maka hendaklah ia datang menemuinya sekalipun ia sedang berada di dapur.” (al-Nasai & Turmizi)
Turut ditinjau, sejauhmana perlunya isteri itu mentaati suaminya? Apakah kepada semua perkara? Di dalam hal yang sama perlulah isteri ini sentiasa berhemah dalam melayan kerenah para suami, gunakanlah kebijaksanaan dan daya pengoda dalam menyenangkan hati suami sepanjang masa. Selaku seorang insan yang turut dianugerahkan perasaan dan naluri, dengan layanan dan cara yang baik isteri mungkin apa yang dihajati itu boleh dilupakan. Ianya terpulanglah di atas kebijaksanaan para isteri.
Tetapi sebaliknya, bagaimana jika suami pula yang menuruti kehendak isteri sepenuhnya, apakah natijahnya?
ii. Dari sudut layanan.
Isteri perlu memberi layanan kepada suami, di mana di dalam satu buku diceritakan bahawa layanan terhadap suami diumpamakan layanan terhadap anak kecil. Dia memerlukan layanan, belaian dan juga kemesraan. Oleh itu perlu dianggap sensitif oleh isteri dalam hal ini. Kerana ianya adalah skill isteri di dalam merapatkan hubungan berdua.


Selain itu, faktor untuk bermesra dan berkasih sayang sesama suami isteri turut menjadi satu objektif perkahwinan, oleh itu tepatlah sebagaimana seruan Rasulullah agar dilihat kepada faktor penyayang isteri disamping beragamanya dalam memilih isteri, sabdanya:
عن معقل بن يسار قال قال رسول الله تزوجوا الودود الولود فانى مكاثر بكم

Daripada Ma’qal bin Yasar katanya, Rasulullah bersabda: “kahwinilah perempuan yang bersifat penyayang lagi berketurunan kerana banyak anak kerana aku akan mempunyai ramai umat (hari kiamat). (Abu Daud)


iii. Menghadirkan perasaan hormat (respect).
Wajib isteri memandang hormat terhadap suaminya. Ini bermakna tidak boleh pada hal tertentu isteri memandang dan memperlekehkan suaminya, apatah lagi di khalayak ramai. Sewajarnya suami yang juga ketua rumah dihormati. Di samping ianya mampu menjaga perasaan suami, kerana di sini timbulnya perasaan megah suami dengan hadirnya kehormatannya oleh isterinya. Walaupun adat berkongsi, segala kebaikan kita lihat, begitu juga dengan keburukannya, tetapi jangan diperbesar-besarkan keburukan dirinya hinggakan dirinya merasakan tidak dihormati lagi. Begitu juga jika ini yang dilakukan oleh isteri, bagaimana dengan kelakuan anak-anak terhadap bapanya? Sabda Rasulullah:
عن عبد الله بن سلام قال قال رسول الله: "خير النساء من تسرك اذا
أبصرت وتطيعك اذا أمرت وتحفظ غيبتك فى نفسها ومالك

Daripada Abdullah bin Salam katanya, sabda Rasulullah: “sebaik-baik isteri ialah apabila engkau memandangnya dia akan mengembirakan hati engkau, apabila engkau menyuruhnya ia akan patuh dan ia sentiasa memelihara nama baikmu samada yang berhubungan dengan kehormatan dirinya dan harta benda engkau apabila engkau tiada di hadapannya.” (al-Tabrani)


Selain itu di dalam kaedah kaunseling, gunakanlah taktik mengorat (tackle) suami, kerana diusia sebegini dan perkahwinan yang telah lama berpanjangan bagi mengelakkan kebosanan dan jemu, adalah wajar isteri membantu sama dalam usaha suami untuk mengekalkan ikatan perkahwinan yang sedia ada itu. Apalah sangat kiranya isteri menambat kembali hati suami?


iv. Menjaga maruah suami (keluarga).
Selaku orang yang berkongsi luar dan dalam, wajib isteri menjaga maruah suaminya. Apakah sanggup seorang isteri menjaja-jaja kesalahan suaminya? Ianya mungkin berlaku dalam keadaan tanpa disedari. Kerana jika ianya berlaku ini bermakna isteri tersebut isteri yang tidak berakhlak dan mempunyai pekerti yang buruk.


v. Kerahsiaan.

Perhubungan suami isteri adalah hubungan yang diberkati. Kerana di dalam Islam pengharaman zina atau perbuatan yang berkaitan dengan kemaluan sangat-sangat ditentang. Oleh itu penyaluran yang terbaik adalah melalui perkahwinan ini.
Segala rahsia berkaitan dengan hubungan suami isteri wajiblah dirahsiakan. Tidak boleh didedahkan atau disebarkan (dijaja) walaupun kepada sesiapa sahaja. Kecuali dalam hal tertentu yang diharuskan oleh syarak, seperti dalam pembuktian dan sebagainya.


vi. Menjaga keluarga.
Di samping itu isteri turut berkewajipan membantu suami dalam menguruskan keluarga, menjaga dan mengawal keluarga. Sebagaimana Rasulullah bersabda:
عن ابن عمر قال قال رسول الله (صلهم): "..... والمرأة راعية فى بيت زوجها"

Daripada Ibn Umar katanya: “Rasulullah bersabda.. isteri bertanggungjawab dalam urusan rumahtangga suaminya.” (Bukhari & Muslim)

قال رسول الله: "عن عمرو بن الأوص قال قال رسول الله (صلهم) فأما حقكم على
نسائكم فلا يوطئن فرشكم من تكرهون ولا يأذن فى بيوتكم من تكرهون"

Dari Amru bin Ahwash berkata: “telah bersabda Rasulullah, adapun hak kamu di atas isterimu ialah mereka tidak membiarkan orang yang kamu benci masuk ke dalam tempat tidurnya malah juga tidak mengizinkan berada di dalam rumah kamu.” (Tirmizi)
Firman Allah: يآيها الذين ءامنوا قوا أنفسكم وأهلكم نارا

“wahai orang yang beriman, peliharlah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka.” (al-Tahrim :6)


vii. Membantu keluarga dalam apa jua sekalipun.
Selain itu isteri turut berperanan untuk membantu suami dalam apa jua hak dan keadaan. Terutamanya dalam perihal pendidikan anak-anak. Memandangkan suami berkewajipan keluar mencari nafkah, maka bebanan ini tertanggung kepada isteri dalam pendidikan anak-anak. Maka secara langsung dalam soal pendidikan yang turut penting si isteri perlulah berakhlak mulia di dalam menjamin anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna. Sabda Rasulullah:
عن علىقال قال رسول الله: "أدبوا أولادكم على ثلاث خصال حب نبيكم
وحب أهل بيته وقراءة القرآن فان حملة القرآن فى ظل الله يوم القيامة يوم
لا ظل الا ظله مع أنبيائه وأصفيائه
Daripada Ali berkata: “didiklah anak-anak kamu mengenali tiga perkara iaitu kasihkan nabi kamu, kasihkan keluarganya dan membaca al-Qur’an kerana sesungguhnya orang yang menghafal al-Qur’an sentiasa dalam lindungan Allah pada hari qiamat, iaitu hari yang tiada perlindungan kecuali para nabi-nabi dan ahli sufi.” (al-Dailami)

عن ابن عمر قال قال رسول الله (صلهم):
"... والمرأة راعية فى بيت زوجها وهى مسئولة عن رعيتها"

Daripada Ibn Umar berkata, Rasulullah bersabda: “… isteri adalah pengurus dalam rumahtangga suaminya dan dia bertanggungjawab terhadap orang yang dibawah jagaannya.” (al-bukhari & Muslim)


Kesimpulannya, terdapat banyak tugasan yang dinamakan tanggungjawab isteri. Jika mampu disenaraikan mungkin ada jua yang tertinggal. Dari itu satu perkara perlu diingatkan bahawa isteri mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap suami dan rumahtangganya. Tidak wajar ianya diabaikan atau tidak dipedulikan. Kerana ianya adalah fitrah berkewajipan, yang tidak boleh dihindarkan.

Wassalam

Nota : Moga-moga tulisan ini menjadi pedoman masa depan. Ada juga hadith (tak pasti sahih atau dhaif) mengatakan "seandainya meleleh darah dan nanah daripada hidung suami dan isteri menyapu dengan pipinya, itupun belum terpenuh tanggungjawab seorang isteri"

Alangkah besarnya tanggungjawab isteri, kan Rasullullah pun kata, "Andainya dibenarkan makhluk menyembah makhluk yang lain, nescaya kuperintahkan isteri menyembah suami".

Saya berdoa agar saya menjadi isteri yang sabar sesabar-sabarnya dan percaya bukan tugas isteri membentuk suami yang tidak bertanggungjawab, sebaliknya Allah yang pegang hati mereka.Saya perlu banyak berdoa lagi dan lagi...


Suara hati dan pemikiran siti detik 10/07/2006 08:13:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Da'wah


Wassalam

Monday, October 2, 2006

4 perkara sebelum tidur

Assalamualaikum w.b.t


Monday, October 02, 2006


Bismillahhirrahmanirrahim


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra: "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu:
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....
"Bertanya Aisyah:
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda:

1. Jika engkau tidur bacalah: Al Ikhlas tigakali seakan-akan kau
mengkhatamkan Al Qur'an.
2. Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan
memberi syafaat di hari kiamat.
3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai
kamu.
4. Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah& nbsp; haji dan umrah"

Insyaallah semoga kita dapat amalkan dan sampaikan kepada sahabat yang lain...


Suara hati dan pemikiran siti detik 10/02/2006 05:12:00 PM 1 cetusan hati
Cerita tentang; Da'wah

Wassalam

Hikmah sujud

Assalamualaikum w.b.t


Bismillahhirrahmanirrahim


MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud.

Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t.dan menjauhi larangannya.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan
mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih
baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna

SUJUDLAH LAMA-LAMA...sambil berdoa... Allah paling dekat dengan hambaNya semasa HambaNYa bersujud.



Suara hati dan pemikiran siti detik 10/02/2006 05:08:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Da'wah
Wassalam

Panduan pemakanan dalam islam

Assalamualaikum w.b.t


Bismillahhirrahmanirrahim

Beberapa panduan pemakanan mengikut sains
Food as Medicine

HEADACHE? EAT FISH!
Eat plenty of fish -- fish oil helps prevent headaches.
So does ginger, which reduces inflammation and pain.

HAY FEVER? EAT YOGURT!
Eat lots of yogurt before pollen season.
Also-eat honey from your area (local region) daily.

TO PREVENT STROKE DRINK TEA!
Prevent buildup of fatty deposits on artery walls with regular doses of tea. (actually, tea suppresses my appetite and keeps the pounds from invading....Green tea is great for our immune system)!

INSOMNIA (CAN'T SLEEP?) HONEY!
Use honey as a tranquilizer and sedative.

ASTHMA? EAT ONIONS!!!!
Eating onions helps ease constriction of bronchial tubes. (when I was young, my mother would make onion packs to place on our chest, helped the respiratory ailments and actually made us breathe better).

ARTHRITIS? EAT FISH, TOO!!
Salmon, tuna, mackerel and sardines actually prevent arthritis. (fish has omega oils, good for our immune system)

UPSET STOMACH? BANANAS - GINGER!!!!!
Bananas will settle an upset stomach.
Ginger will cure morning sickness and nausea.

BLADDER INFECTION? DRINK CRANBERRY JUICE!!!!
High-acid cranberry juice controls harmful bacteria.

BONE PROBLEMS? EAT PINEAPPLE!!!
Bone fractures and osteoporosis can be prevented by the manganese in pineapple.

PREMENSTRUAL SYNDROME? EAT CORNFLAKES!!!!
Women can ward off the effects of PMS with cornflakes, which help reduce depression, anxiety and fatigue.

MEMORY PROBLEMS? EAT OYSTERS!
Oysters help improve your mental functioning by supplying much-needed zinc.

COLDS? EAT GARLIC!
Clear up that stuffy head with garlic. (remember, garlic lowers cholesterol, too.)

COUGHING? USE RED PEPPERS!!
A substance similar to that found in the cough syrups is found in hot red pepper. Use red (cayenne) pepper with caution-it can irritate your tummy.

BREAST CANCER? EAT Wheat, bran and cabbage
Helps to maintain estrogen at healthy levels.

LUNG CANCER? EAT DARK GREEN AND ORANGE AND VEGGIES!!!
A good antidote is beta carotene, a form of Vitamin A found in dark green and orange vegetables.

ULCERS? EAT CABBAGE ALSO!!!
Cabbage contains chemicals that help heal both gastric and duodenal ulcers.

DIARRHEA? EAT APPLES!
Grate an apple with its skin, let it turn brown and eat it to cure this condition. (Bananas are good for this ailment)

CLOGGED ARTERIES? EAT AVOCADO!
Mono unsaturated fat in avocados lowers cholesterol.

HIGH BLOOD PRESSURE? EAT CELERY AND OLIVE OIL!!!
Olive oil has been shown to lower blood pressure.
Celery contains a chemical that lowers pressure too.

BLOOD SUGAR IMBALANCE? EAT BROCCOLI AND PEANUTS!!!
The chromium in broccoli and peanuts helps regulate insulin and blood sugar.

Kiwi: Tiny but mighty. This is a good source of potassium, magnesium, Vitamin E &fiber. It's Vitamin C content is twice that of an orange.

Apple: An apple a day keeps the doctor away? Although an apple has a low Vitamin C content, it has antioxidants &flavonoids which enhances the activity of Vitamin C thereby helping to lower the risks of colon cancer, heart attack & stroke.

Strawberry: Protective fruit. Strawberries have the highest total antioxidant power among major fruits &protects the body from cancer causing, blood vessels clogging free radicals. (Actually, any berry is good for you..they're high in anti-oxidants and they actually keep us young.........blueberries are the best and very versatile in the health field........they get rid of all the free-radicals that invade our bodies)

Orange: Sweetest medicine. Taking 2 - 4 oranges a day may help keep colds away, lower cholesterol, prevent & dissolve kidney stones as well as lessen the risk of colon cancer.

Watermelon: Coolest Thirst Quencher. Composed of 92% water, it is also packed with a giant dose of glutathione which helps boost our immune system. They are also a key source of lycopene - the cancer fighting oxidant. Other nutrients
found in watermelon are Vitamin C &Potassium. (watermelon also has natural substances [natural SPF sources] that keep our skin healthy, protecting our skin from those darn suv rays)

Guava &Papaya: Top awards for Vitamin C. They are the clear winners for their high Vitamin C content. Guava is also rich in fiber which helps prevent constipation.

Papaya is rich in carotene, this is good for your eyes. (also good for gas and indigestion)

Tomatoes are very good as a preventative measure for men, keeps those prostrate problems from invading their bodies



Suara hati dan pemikiran siti detik 10/02/2006 04:42:00 PM 0 cetusan hati
Cerita tentang; Da'wah


Wassalam