Showing posts with label tetamu. Show all posts
Showing posts with label tetamu. Show all posts

Friday, November 20, 2009

Saya nak minta maaf.... dan ini benar2 yang terakhir...

Assalamualaikum w.b.t


Sebab ni entry terakhir mungkin untuk tahun 1430 hijrah ni, sebelum melangkah ke tahun 1431 hijrah pada 19 disember 2009 ini. Lepas tu dah nak masuk 2010 pula. Mungkin saya tak sempat nak balik sampai ke januari nanti.....saya nak minta maaf pada 42 orang yang baca blog saya ni iaitu;





Lyn

Oren

IV

Adlina

Chuya

Azieans

Iza

hazlina

yus

ANNE

Pnut

kakLuna

KV

eiz

Liza

fazemy

Lynna

creative art studio

inahani

payarumput21

kayawanshop

maryam

masy

happyirfa

mama

sya

makcik azwa

dayang best

siti@nurie

pB

jiji

sabby

mutiara

sunan jati

sebelah sayap nyamuk

tulip purple

ummie batrisyia dan damya

Ina

yew way

amir syafiqah

zareda norman

dalila [wan salizam]



Saya tak tau samaada sesetengah mereka yang tersenarai ni ada baca atau tidak sebab ada yang takde blog, mungkin masuk blog ini baca melalui blog lain saya tak dapat kesan. Yang saya tau baca secara tetap adalah yang memberikan komen. Terima kasih kerana memberikan komen yang memberikan saya semangat terus menulis. Ada jugak permintaan orang tertentu yang nak baca blog saya tetapi saya tak pernah benarkan mereka. Saya tak berapa percaya sebenarnya.





Antara yang minta nak baca blog saya ni adalah beberapa lelaki yang dulunya baca blog lama dan kemudian nak ikut baca blog baru saya ni. tapi saya tetap tak benarkan kecuali baru2 ini saya ada benarkan seorang lelaki baca selepas saya rasa dia ada niat yang ikhlas, nama yang bawah sekali tu..saya pun tak kenal dia tapi taulah rupa dan tempat tinggalnya [assalamualaikum En Wan kalau ada baca :)]....

Dan saya juga ada buang nama orang yang baca yang aya ada undang sebelum ni. Orangnya semua pun yang ada dalam senarai ni tau kot. Kak Izawani, baru juga saya buang namanya sebab saya rasa tak sesuai dah dia baca blog ni sebab bahan2 saya tulis dan rasa yang saya curahkan dalam blog ini sedikit sebanyak dia pernah gunakan ia sebagai bahan dalam entry dia.




Jika gunakan secara positif dan baik saya amat suka dan berbesar hati tapi kalau gunakan ia secara negatif saya amat rasa berkecil hati...saya tak mararh cuma berkecil hati sahaja. Dia bukan buat salah besar cuma cara dna prinsip dia berbeza dengan saya itu sahaja. Cukuplah satu ketika dulu dia pernah quote kan ayat yang mengatakan saya suka berpoligami dan 'berkongsi kote'. Somewhere may 2009 dia ada buat entry tulis begitu. Pun bila saya baca saya rasa tak kecil hati mulanya.




Masa tu baca sekali pandang, dan terkejar2 sebab saya baca dari dalam bilik hotel di Singapore, lepas tu Luna ada bagitau dan saya fikir banyak kali dan saya baca sekali lagi dan saya betul2 rasa sakit hati....dan rasa terhina kenyataan tu. saya suka kongsi kote?




Dalam banyak2 benda saya cerita hal poligami yang bab 'kongsi kote' dia ambil dan fokuskan. Dan saya tak pernah tulis saya suka 'kongsi kote'? Dan takde perempuan waras dan normal yang ada hati dan perasaan suka berkongsi...termasuklah saya...




Dan entry itu dia telah padamkan sebab sekembali saya ke malaysia saya cuba search entry tersebut tapi tidak ada lagi dan selepas itu dia ada minta maaf secara terbuka dalam blog dia...tetapi hati saya tetap rasa terluka dengan kata2 nista dia....




baru2 ni ada lagi entry pasal poligami dia tulis dalam blog. So saya fikir elok saya keluarkan dia sebagai reader blog saya sebelum gaya 'tulis secara lepas tak berfikir panjang' dia tu terkena tempias pada saya lagi.




Dan saya tetap mengunjungi blognya sebab ia terbuka siapa boleh baca, cuma blog saya ini benar2 luahan jiwa dan hati saya dari lubuk paling dalam...dan saya memilih memberi kawan yang faham sahaja membacanya.




Jangan pula terkesan pada apa saya tulis ni. Saya suka ajer kalau ada yang sudi beri komen betulkan kesalahan dan kesilapan saya. takde hal. Cuma jangan menuduh benda yang tidak-tidak. wujudkan prasangka pada orang yang tidak tahu duduk jalan ceritanya.



namun ada juga yang nak baca bila tau saya ada blog....ada classmate saya juga minta baca lepas saya terlepas cerita kata saya ada blog, tapi saya tak benarkan juga dan minta maaf secara mesra dan takut nanti banyak pula kelemahan saya terdedah! sebab lepas ni saya tak rasa hubungan kami akan kekal berpanjangan... dan saya juga bimbang ebab kakak itu sangat close dengan classmate saya yg juga rakan sekerja..ahhh nanti ada pula masalah lain bila kawan pejabat tau kisah saya..




baru2 ni saya mengunjungi blog adik ipar saya www.irisixora.blogdrive.com dan tak perasan terguna email yg digunakan utk blog ni, dan dia klik termasuk pulak ke blog dunia bermadu ni dan dia minta saya invite dia ke blog ni...

Dan saya masih juga enggan jemputnya sebab nanti tersebar pula kisah dalam kalangan keluarga...atau salah2 bahan blog saya jadi bahan dia berkarya dalam novel pulak! boleh jadi juga kan? dan dunia kami sangat berbeza..baru saya tau tentang dia bila baca blognya..memang baik orangnya tapi beza sangat dengan suami saya walaupun mereka dua beradik....dan suami saya pun tak nak baca blog adik dia tu sebab tak suka tengok adiknya yg tak pakai tudung dan tak taulah macamana gaya hidupnya di sana?





Balik ke sini hari tu ada dia call abang dia [pak hj] dan cerita ceriti, katanya balik sini nak carik rumah as a second home, dah beli pun Teratak Ixora namanya [dia sebut dalam blognya tu], kata pak hj rumah 7 bilik, entah berapa ekar tanahnya lupa plak saya, harganya 3 juta lebih.....hmmm boleh dengar jerlah...kata pak hj dalam kawasan padang golf dan ada kelab...eiii dia ajak pak hj datang tapi sah2 rasanya pak hj tak nak datang....nampak gayanya pak hj sekarang dalam 4 beradik seibu sebapa dua lah yang ado ado dan berduit...abangnya yg kapten kapal dengan adiknya yg novelis ni......





Ada juga kawan sesama belajr di u terjumpa dalam face book kebetulan cerita ceriti hal blog dan saya bagitau ada blog ni dan dia minta juga untuk baca saya cuma kata belum masanya...hmmm entahlah tak tau kenapa saya sungguh rasa tak sedia nak dedahkan cerita saya pada orang lain...hanya pada yang tersenarai ini sahaja. Bukan ada yang istimewa pun cerita saya ni tapi saya rasa yang ada dalam senarai pun dah mencukupi....





Baru2 ni saya keluar 3 hari ke jelebu keluar sekali dengan kakak tu dia duduk nilai, kak ita namanya, beza 2 tahun umur dari saya. waaahhh kakak tu sama cam saya gak walaupun tak kerja tapi celik IT, ada facebook, biasa YM, dan pendekata internet adalah kat rumah. Entah macamana terceriat lah pasal2 facebook, pasal blog...so nak taknak saya pun cakaplah saya ada blog juga, huhhh terkejut dia....pastu siap kak Ita ni minta add blog saya...hmmm takkan nak bagi kan?





Saya cakap kat kak ita, tak sesuailah kak....sebab ssaya sedar dalam blog saya ni banyaaaak sangat cerita pasal suami saya..nanti kalau dia baca tercerita kat suami dia buruk pulak nama baik suami saya. FYI dalam tabligh negeri sembilan ni kalau sebut Hj Sidek memang majoriti kenal dia sebab dari umur 33 tahun yang mana masa tu tak ramai orang buat usaha tabligh dan yang ada2 tu pun takde lah bagi komitmen pada kerja agama ni sangat, jadik suami masa tu memang komited dan syura malaysia di seri Petaling melantik dia salah seorang ari 5 orang sebagai syura negeri sembilan. Kira kat sini dalam tabligh ni memang dia antara yg popular lah..tambah2 dah tak kerja ni sepenuh masa pada usaha agama nilah.




tapi macamana pun pak hj jenis tak suka orang kenal dia, low profile jer...saya pun kalau sesiapa tanya saya, dalam mana2 majlis atau saya nusrah mana2 jemaah yg datang, "ni ahlia sapa yer?"...dalam tabligh memang takde yg akan tanya nama kita sebaliknya soalan dia adalah ahlia siapa [isteri siapa kot maknanya] dan saya akan jawab, ahlia sidek...kemudian dia akan tanya, sidek mana...saya tau maksud tanya tu sebab confuse sebab sidek ada dua, dua2 syura [tapi satu dah meninggal tahun lepas, tinggal sidek majid jerlah] diorang confuse sebab tau sidek syura dah tua tapi saya pulak tak setua sidek syura tu.....so saya ringkaskan cakap, sidek seremban bukan sidek PD...[ramai yg tau sidek tu sidek yg dok PD].....so diorang tak taulah saya ni iteri syura...malu weyy nak ngaku isteri syura sebab kita ni amal tak macam iteri karkun lain..hebattt!





Walaupun sidek syura [pak hj] ni dah otai dalam tabligh ni tapi malangnya masturat dia tak pernah keluar 40 hari jadi disitu ada kekurangan. Walaupun pak hj tau yang sebenarnya yg Allah pandang iman dan amal, keluar jalan Allah ni sebagai satu bonus...dah pak hj juga selalu cakap dengan saya yang wanita keutamaan tempatnya ialah di rumah, maksud keluar adalah untuk jadikan rumah umpama madrasah dan didik anak ikut cara sunnah..tu sebenarnya..isteri rasulullah pun tak semua yg pernah ikut rasulullah di medan perang, hanya dua orang jer [lupa lak tapi pak hj rajin cerita kat saya]....dan bila saya bangkitkan kenapa perlu wanita keluar negara jauh2...tinggal anak, berhenti kerja, dia kata itu pilihan Allah...dan jangan terkesan berebut2 nak keluar sebab nak nama... so saya sedikit faham maksud keluar jalan Allah ni...





Jadik, saya rasa macam kesian pulak kat pak hj sebab sebagai otai bila membicarakan hal masturat dia tak berapa boleh nak berikan padangan sebab dia tak pernah keluar 40 hari dengan masturat...kak nani pernah keluar 20 hari jer dulu ke sabah. kak aza pulak pernah keluar 1o hari ke kuantan tu pun masa tu dah sarat sangat mengandungkan Sofiyyah...dan dia dr kawin tak berhenti2 mengandung dan beranak macamana nak keluarkan setakat terima jemaah jerlah....nampaknya saya jerlah yg relevan untuk keluar sementara belum kerja ni...dan nampaknya pak hj suka sangat bila saya setuju nak keluar 40 hari....


dah..panjang sangat dah...sebenarnya aya terpost entry ni sebab pak hj balik tadi, tak abis lagi idea nak tulis so nilah saya sambung, maryam tadi baca sekerat jalan jer kak wa sempat tulis tu...tak repair lagi....ni baru abis da!


Saya : Hani sedang bergembira kata ayahnya yang balik ke sini lepas jumaat tadi. takde masalah langsung. Saya pun tau anak saya tu....dia memang sesuai duduk dengan mak tirinya. Dan mak tirinya juga sayangkan dia sebagaimana anak2nya yang lain dan hani pun seorang yang pandai mengambil hati uminya....senang kalau umi minta tolong senang juga jikalau disuruh solat nda mengaji..pendekata mudah uminya....zubir pun suka sangat kawan dengan hani....itulh kemanisan poligami....cuma saya ni jer keras hati skit...nanti malam ni saya telefon kak aza...




Wassalam

Wednesday, November 4, 2009

Main pondok2 belakang rumah!

Assalamualaikum w.b.t


Semalam balik dari UKM dah petang dah...dekat2 nak sampai rumah ada call masuk. Kak Dayang rupanya {jiji:kakak yg datang malam2 makan nasi ayam tu}, rupanya dia dah masuk hospital nak bersali rupanya. Awal 3 minggu.


Walaupun dah sakit2 tapi suara dia relax jer, dia nak tumpangkan anak dara dia tido rumah saya. Saya on jer...suka terima tetamu ni sebab tetamu kan datang bawa rahmat, pergi bawa dosa2 kecil tuan rumah, [Nota: sahabat kalau tetamu takde datang rumah diorang 40 hari nanges...~sedih]


So, balik tu dapat report dari Rika, buk...beras abis, susu kakak abis, gas abis, cili kering abis, ikan bilis abis, kicap manis dan masin pun abis, bawang tinggal sikit jer..."...saat2 awal bulan begini dengan gaji seawal 8 hb hari tu hmmm dengar barang2 dapur habis ni terbayang gaklah terbang duit aku dalam nak berjimat2 ni...


Tapi apakan daya, tetamu nak datang kenalah jugak buat persiapan kan...yang ada kat rumah ni telur jer...pagi2 sebelum ke UKM saya pesan Rika masak nasi banyak sikit buat nasi goreng, bagi kakak makan sampai pagi & tengahari...


Lepas rehat2 [sempat hadap blog dulu sekejap], terus ke kedai, beli gas dan lauk pauk dan segala macam barang yg dah abis tu...balik kedai tengok anak kak dayang dah sampai dah [ayah dia hantar] saya pun terus pasang gas....dah biasa dah pasang sebenarnya, tapi tak tau kali ni kenapalah agaknya ada kebocoran pada kepala gas...banyak betul gas yg keluar bila kita nak pasang dan tak bergenti22...selepas percubaan berpuluh2 kali masih juga gagal..anak kak dayang, Hidayah nama dia pun cuba tak boleh jugak....pasrah jerlah!


Semalam bendera merah datang, frust jugak sebab kan lepas period lepas saya gila2 hari2 makan segala macam ubat, folic acid, bidadari, Q shee, Nu age, herba cina, set2 biodex cuba sekali lagi, dan yg paling syok atas nasihat org berpengalaman dapat anak banyak (laki ku yg tersayang lah) siap 'pasrah jer' masa projek malam2, dengan niat membantu dan memudahkan persenyawaan [cehh ayat melampau..kata blog private!]tapi membazir!!!!

Dan saya jugak berpantang nimun ais sebulan ni...so semalam lepas geram beli coke dengan aisk kerim vanilla [nak buat float] so ajak hidayah minum float jer dengan kepek pisang tanduk...buat alas perut.


Pak haji petangnya call tanya balik bila dr UKM, sebab malamnya dia nak datang sebab ada mesyuarat ada jemaah luar negara nak datang, dia kena ada nak putuskan mereka perlu pergi ke masjid mana....so saya ingat tunggu pak haji balik jerlah tengok apa yg tak kena dengan kepala gas ni...


Lepas minum dan makan2 tu, borak2 dengan hidayah, badan jer besar tinggi dari saya rupanya umur 14 tahun, dari umur 11 tahun dah belajar madrasah di pendang, Kedah...balik untuk khidmat jaga emak dia nak bersalin dan dalam pantang ni...anak kedua kak dayang, kakak dia madrasah lain, mudir madrasah tak benarkan cuti...bagusnya anak kak dayang ni, lemah lembut an sopan sangat budaknya...


Lepas tu dia minta izin nak buka kaset kat radio saya [jarang buka kaset, guna utk hani tengok cd jer]...hidayah nak buka kaset nasyid kanak2 arab yg dia beli di madinah [bulan mei hari tu kak dayang sekeluarga buat umrah], hani sukalah, tapi tanpa disedari rupanya tempat kaset dah rosak [punyalah lama tak guna, zaman ni mana ada kaset2 ni]


So hidayah duduk2 jerlah...pastu saya kata buka jerlah TV...kena tanya gak dia, hidayah ni dah hafal 19 juz quran, budak2 hafiz/hafizah ni kena jaga makan, mata, telinga...tak berapa digalakkan tengok benda bukan2 takut hilang hafalan...tapi hidayah tak kisah, katanya kat rumah memang takde Tv, tapi kalau ke rumah nenek tengok jugak katanya...so dia lepak tengok tv dengan hani...


Saya masuk bilik mandi dan tido kejap sementara tunggu pak haji balik. Sedar2 tengok jam dan 11.15, terus call pak haji, lorrr kat PD rupanya, siap dengan suara sofiyyah lagi...tak jadik datang, ada org lain handle mesyuarat....marah kak aza agaknya malam2 saya call..hiksss...tak tau tak jadik dtg...tengok2 ada missed call 'RumahPD' ptg tu kat hp tak sedar!


Mata memang ngantuk terus tido jerlah, teringat jugak tetamu ni tak jamu makan nasik lagi..tapi tadi tanya dah makan katanya, so saya teruskan jerlah tido...teruk betul..teringat jugak nak ajak dia kuar makan, tapi terfikir pulak hidayah ni berpurdah susah nak carik tempat tersorok...pastu nak kuar sorang malas pulak!



So pagi2 tadi saya bangun...ada gak terfikir nak carik kepala gas baru tapi pepagi syapie' ni mana kedai bukak! So saya pun ke belakang rumah, kebetulan memang ada papan2 pintu repair pintu dapur dulu, dan ada gak kayu2 lebih dulu2 buat pacak tanam sayur...saya ambik parang/pedang pak haji bawah katil [katanya sunnah kat rumah kena standby parang/pedang sebagai persedian dajjal ker yakjuj makjuj datang akhir zaman nanti...nanti saya check lah!]


So saya mulakanlah proses nak buat tungku nak masak dapur kayu..besar cita2....mujur ada 3 ketul batu bata...saja ambik rumah PD dulu buat penghadang pintu pagar dan pintu dapur...mujahadah jugak nak hidupkan api...dahlah kayu banyak lembap/basah...mencabar..mujur makcik salwa ni anak jati kampung..yg dah terdidik susah payah duk kampung..cabaran menyalakan api dapur kayu senang ajer kutangani!


Hani teruja sungguh menengok mak dia dengan kak rika sibuk belah kayu dan nyalakan api dapur kayu....menyibuk tanya ammie buat apa ni...cakaplah...buat apa ni susah2 ni...saya jawab..ammmie tengah main pondok2 masak2 ni....dia ingat memang main pondok2 betul2 lah tu...tu yg suka sangat sibuk nak tolong kipaskan api...


Walhal masa ni dah siap uniform sekolah...pastu saya tenggek kuali, buat sambal udang dulu [makan tengahari punya lauk sekali harung] saya hantar hani dulu...balik tu sambung masak, pastu goreng nasik dan siap goreng suh Rika goreng ikan pulak...sekejpa jer siap!


Air saya suh Rika jerang dalam peruik nasi jer...mujur gak periuk nasi digital yg banyak fungsi tu, slow cooker....utk buat porridge...so jerang air dalam tu jerlah..kettle kecik saya dah lama hantar rumah pd pulak...(eh...tetiba lak ni baru teringat pak haji ada kettle besar dalam beg ta'am kat stor ...beg set masak dan makan utk keluar dakwah]


So, dapatlah saya jamu tetamu saya tu dengan nasi goreng udang, sambal udang dan ikan selar goreng panas2 dari dapur kayu hari ni...alhamdulillah...kamera jer takde nak tangkap gambar....saja tangkap kasi bukti kat pak haji..bini dia ni berdikari sangat2 campak jer mana2 leh hidup [cewwah..ayat riak~tiru Pnut]...tak rugi buat bini...


Selesai makan, suami kak dayang pun datang...jemput anak dara dia..saya teruja juga tengok hidayah ni, sopan santun lemah lembut tutur bicara [beza dengan mak dia ada ganas sikit]...bertambah ayu dengan purdahnya...menjengah dari sliding melihat suami kak dayang dalam kereta[saya mana pernah tengok suaminya, masa keluar masturat dengan hijab penuh sopan tundukkan padangan jer...wah2...] muka tak nampak jelas tapi nampaklah suaminya yg berkopiah putih dengan janggut sederhana panjang [FYI saya memang suka tengok lelaki berjanggut ni dr remaja lagik]..mujur lakiku pun berjanggut!


Dan kak dayang khabarnya belum bersalin...dah teruk sakitnya..saya doakan kak dayang selamat bersalin...


Dah...dah...nak buat kerja sekolah ni....tadi ni sempat jengah blog ni sebab saya sedang standby nak kena gi court pagi ni, kes yg jalan ni saya jadik IO...so DPP kata nak jumpa, saya cakap dengan peg jaga kes tunggu sampai mention case baru bagitau saya jalan ker tak jalan malas nak buang minyak dan masa nak gi court...tapi baru jap ni peg jaga kes called kata kes dah tangguh...so legaaa takyah rush ke sesyen court...ni sapina ada 4/5 berderet lagi kes ni...menyampah!





Wassalam

Thursday, September 10, 2009

Menerima tetamu dan cerita lama timbul kembali

Assalamualaikum w.b.t


Saya kalau diikutkan tak berapa suka menerima tetamu terutama dalam keadaan kita tak bersedia. Selalu tetamu ni datang, masa tulah juga kita takde laukklah, badan kita tengah penatlah, ataupun kita ada perancangan lainlah....


Tapi semalam dalam perjalanan balik dari UKM ada tetamu lah pulak called bagitau nak datang rumah saya. Asalnya saya abis kelas awallah jugak, lepas tu dok lepak dengan classmate saya sambil2 saya edit dia punya proposal tesis [ejaan, ayat dan sebagainya]. Dahlah masa tu dah dekat pukul 2, tapi asya minta diri jugak kat kawan tu sebab perut saya lapar sangat, rasa nak menggigil..semalam saya dah mula tak berpuasa, tu sebab masa berbuka saya tak makan nasi, masa sahur pun sama, pastu terus gi kelas, maksudnya dua hari tak makan tuuu..eksyenlah kononnya tak puasa tak makan apa, sebab anytime boleh makan kan...tup2 lapar giler!


Terus jer saya balik, singgah kat petronas roundabout bangi tu, beli makanan, perut tengah lapar giler tapi satu makanana pun takde selera...susah tu...sebab masa ni dalam fikiran saya dok terfikir Mcdonald punya burger...ingat nak beli kat R&R Seremban tapi kjauh lagi tu..tak sanggup tahan lapar rasanya. So beli air, roti dan coklat buat penahan dulu.


Masuk jer lebuhraya, sopan jer memandu hari ni, dok lane tepi sekali...slow jer bawak...rupa2nya sambil bawak sambil mengunyah, asal keter takde sebelah jer sya pun mulalah makan....habis coklat satu bar [saya bukan peminta coklat] dan air sebotol serta roti cheese sebungkus.


Hmmmmm bila dah ada tenaga lain pulak citernya...mulalah pasang niat bukan2....dah taknak balik rumah pulak, saya terfikir nak ronda2 bandar kononnya nak surver baju raya hani, bila datang sekali lagi [lepas gaji] nanti bolehler beli terus bajunya.


Tapi tarikan baju tak dapat melawan tarikan rasa ingin meninjau ke kedai2 Cina lama semata2 nak tengok pinggan2 lama nih. Memanggil2 rasanya. So semalam 3 kedai cina yang saya agak2 dah sekian lama bukak, saya dok telek belek satu2 design pinggan lama yang diorang jual. satu kedai jer yang ada, tu pun tersorok semua pinggan lamanya bawah rak2 pinggan yang penuh terisi dengan pinggan moden corak2 Vintage [jepun]. Sebab ramai sangat orang saya takdelah membeli dan tak dapatlah nak menelek sepuas hati...nanti2 saya datang lagi. Hishhh macam orang takde kerja pulak sayanih!


Sengaja sebenarnya saya lewat2kan masa sebab saya cadang nak ambil Hani terus pastu gi kedai beli bahan2 buat mee jer, malas nak masak beriya2. Belum sampai sekolah hani tetamu saya call tanya boleh tak nak datang rumah, dia kata dia dah nak sampai Bukit Putus...masa tu dah dekat pukul 6 tuu...


Dalam peti ais saya hanya ada sayur2 dan seekor ikan cencaru. Telur adalah...nak taknak cancel program buat mee, terpaksa ke kedai beli ikan. Lepas tu called pak haji [amalan saya tetamu datang saya wajibkan diri minta izin dengan suami] tanya ok tak kalau masak gitu gini. Tengah online dengan pak haji sambil siang ikan kawan saya pun sampai.


Maka sambil masak sambil borak dengan tetamu, masa ni dah jam 6.30 pulak...alhamdulillah sempatlah saya goreng kangkung berlada, sambal tumis udang kering, ikan selar masak pindang dan pengat pisang...dan juga blender carrot buat carrot susu. Untuk tetamu dia minta Kopi O sahaja.


Serba salah juga tak nak terima tetamu ni, sebab kakak syam ni [umur 52 tahun] datang dari Felda raja Alias, Serting yang perjalanan nak ke seremban ni dekat2 dua jam...jauh Serting tu...sian pulak...biasa dia akan ke rumah kawan saya juga, Adibah yang duduk Taman dekat saya ni, tapi Adibah sekarang dalam pantang dan balik kampung. Rumah madu Adibah ni selang 3 rumah saya ni jer, yang pelik taknak pulak kak Syam ke rumah kak Zie tuu...dia pun baik dengan kak Zie...apa2lah jer...elok jugak tetamu datang, masuk bawa rahmat keluar bawa dosa...


Cuma dengan kak Syam ni saya kadang bila jumpa dia akan ada emosi yang berbeza lepas dia balik. Sebab dia ni banyak kenangan dengan kak Aza. Dulu Kak aza selalu bertandang ke rumah kak Syam berkongsi rasa dan dendam bila suami kahwin lagi...iaitu dengan saya. Selalu dia bercerita menangis2 dengan kak Syam dimasa2 awal dia bermadu dengan saya. Jadi kak Syam kalau jumpa saya sikit-sikit cerita kak aza ni dibongkarnya...sebab masa tu dia tak kenal saya lagi...bila dah kenal ni terhimbaulah cerita2 lama tu...


Banyak jugak ceritanya, tak sesuai nak dicerita di bulan ramadhan ini...cerita2 ni buat sesak dada saya juga. Sebab apa? Sebab rupanya buruk benar tanggapan dia pada suami dan saya masa kami baru bernikah dulu...yerlah bisalah mana2 isteri pasti marah bila suami kahwin lagi...tapi kesimpulan borak2 semalam kak syam sendiri buat kesimpulan, kesimpulan yang dia sendiri perhatikan, sebab kak syam juga tau cerita kak aza semasa dia bermadu dengan kak Nani dulu....ini kata kak syam....dia pernah kenbal Aza sebelum suami kahwin dengan saya iaitu masa kak aza bermadu dengan kak Nani dan pada satu ketika Kak Syam berada di rumah kak aza, tindakan kak aza pada kak Nani [masa itulah, walaupun hanya melalui perbualan telefon] kak aza telah menyebabkan terdetik dalam perasaan dan fikiran kak syam sehingga dia menitiskan air mata [mungkin sedih sebab dia dapat rasa apa kak nani rasa]dan dia terdetik dalam hati kecil rentetan sikak kak aza..."kau rasalah macamana nanti kalau suami kau kalau kena ambil orang....suatu hari Allah akan balas" dan kak syam tak sangka akhirnya Allah bagi juga kak aza rasa dimadukan macam dia buat kak nani dulu....


Panjang lagi citer kak syam ni...dan banyak jugak benda2 lama yang berlaku masa tu baru semalam saya tahu....yerlah kak aza mana pernah luah perasaan dan citer benda2 lama dia pada saya, dia cuma bercerita dengan kawan2 dialah masa tu..kak Syam nilah salah sorangnya yang dia berkongsi rasa...sehingga dulu kata kak syam dia asyik dok terbayang macamana lah rupanya si Salwa ni sebab asyik dengar citer dari Kak Aza jer...


Pertama kali saya kenal kak syam adalah pada sekitar tarikh tsunami tu...25 Disember 2004 kan? Masa tu saya keluar 3 hari ke rumahnya...tapi masa tu dia takder citer apa2 pun...mungkin sebab baru kenal agaknya. Pastu kali kedua pun saya ada keluar 3 hari ke rumah dia juga pada 25 Disember 2008...4 tahun baru jumpa semula...masa ni banyak juga dia citer hal kak aza dan semalam bila jumpa semula, lagilah banyaaakk citernya...jarang2 jumpa...



Eh..cukuplah tu...




Wassalam

Tuesday, January 20, 2009

Rutin surirumah

Rutin surirumah


Assalamualaikum w.b.t


Saya tak pernah sangka yang saya akan berpeluang menjalani rutin harian seorang surirumah. Macamana seperti suatu masa dulu saya pernah bayangkan dan idam-idamkan. Sungguh saya merasa teruja dengan kehidupan saya hari ini.


Tak sangka sungguh yang saya berpeluang setiap hari menghantar anak ke sekolah tanpa terkejar-kejar. Dan tak pernah bayangkan yang setiap hari boleh sahaja sesuak hati saya [dengan ibu-ibu yang lain] ke pasar basah dan bercerita "tentang harga semasa ikan, udang, sotong yang kerap berubah dan bercerita dengan rancaknya dengan membuat perbandingan ikan di pasar malam begini harganya, di kedai anu macam tu pulak, dan di sini bagus segar, murah dan besar2 pulak tu..."


Ya....saya benar-benar melalui kehidupan seorang surirumah sekarang. Pagi2 lepas mandi saya bersiap untuk menghantar hani. tambah mudah kerja mandi dan persiapan hani semua Suli yang bantu. Saya iron dan siapkan baju, tudung, file, saputangan dan spender. Botol air dan bekal hani [kalau ada] pun suli yang siapkan. Sekarang buka langsir sangkut langsir, buka pagar, tutup pagar, buka kunci grill tutup grill semua ada yang menguruskan...makin gemuklah saya...


Pagi2 kalau saya siapkan hani mesti riuh satu rumah, mesti panas hati jer sebab sikap hani dan saya kontras, dia jenis buat satu2 teliti, slow and steady, saya pulak semuanya nak buat cepat, kalut2 dan tergesa2...tapi sejak suli ada lega selega2nya...tak sia-sia saya membayar untuk dapatkan dia, sebab emosi saya dan hani dua2 jadik stabil atas kehadiran Suli sebagai pemudahcara...


Setiap hari isnin atau selasa saya akan ke pasar basah, di taman sebelah [halal mart] sebab saya nak beli di kedai bumiputra muslim, menyokong orang kitalah katakan [kedainya memang agak murah]...tambah2 pulak pak haji sangat particular hal2 makan ni, kalau beli ayam, mesti dia nak disahkan ayam tu disembelih orang islam, marah dia kalau tau saya beli ayam di Giant atau Family store, sebab tak tau sapa yang sembelih, kalau di kedai ni kita pasti bahawa memang mereka yang sembelih.


Walaupun mungkin pembekal sayur-sayuran tu Cina, tapi sekurang2nya dapatlah sumbangkan pada pembangunan ekonomi kedai2 orang melayu ni. Memang ramai pembeli di kedainya ni, dan masa2 beginilah saya nampak macam2 jenis surirumah, yang tua, yang muda, yang berderet2 bawa anak, yang beli sikit jer [agaknya suami bagi bajet sikit ker?], yang beli mewah, capai jer apa nak...kebanyakan mereka beli lauk untuk sehari tu punya makan.

Saya pulak memang beli seminggu sekali. takdelah asyik nak ke kedai jer. Banyak kerja lain boleh buat. Sebab beli seminggu sekali jadi jumlah pembelian tu memang banyak sikitlah...tapi selalunya setakat lauk seminggu ni saya tak habis seratus. Hari ni hanya RM 56.00 ajer tu pun termasuk barang2 tambahan macam sirap, telur, sup bunjut dan halia.

Hari ni saya beli siakap 2 ekor, gelama 2 ekor, tenggiri 3 potong, ayam seekor, udang setengah kilo, dan keperluan untuk mee goreng, cukuplah seminggu tu. Menu dalam kepala ni tenggiri nak masak kari, siakap masak steam dan asam pedas, gelama tu buat sambal atau masak tauchu jer, udang biasalah goreng2 potong bawang atau goreng berempah [kesukaan hani ni]. Lagipun daging minggu lepas ada sikit lagi, dan sotong pun ada jugak lagi tu.


Sejak Suli datang ni setiap hari saya masak. Dengan gembiranya dan semangat nak memasak tu membara2 sebab setiap hari habis dan takde pembaziran. Tapi saya tak masak pagi, saya masak sebelah petang. Sebab taknak membazir. Selalunya petang saya masak lepas hani balik sekolah, jam 12.30 dia dah makan kat sekolah, kenyang lagilah bila sampai rumah tu.


Lepas dia solat zohor, saya pun mulalah masak. Lepas kami dah solat asar barulah saya suap dia makan, lepas suap baru saya pulak yang makan. Suli pulak ikut dia nak makan bila, sebab dia subuh2 syafie dah masak nasi, dan dah panaskan lauk petang tu. Kadang makan pagi kadang dia makan sebelah petang, tapi pagi2 dia memang bz sokmo, tak duduk diam langsung, setiap hari saya terbangun sebab dia dah mula buat kerja, sebelum subuh tu!

update: jam 5 petang, tadi tu kena layan kawan datang ziarah...ni sambung semula citer hehehehee...
Alhamdulilah saya tengok Suli ni semakin hari semakin semangat buat kerja. dan satu bonus saya ambil dia ialah dia ni habis sekolah sampai SMA [macam SPM kot] tapi tak cukup biaya mau ke universitas. Dia ambil jurusan sains sosial masa di sekolah. Selain rajin membaca [sama macam saya] dia juga siap ada buku salin resepi [ambil buku2 conteng hani]. Adik bawah dia di Indon kerja di bank...kira okaylah, dan adik dia pun masuk kelas taekwando dah talipinggang hitam dah kot....



Sekarang dia tak tido petang lagi, mungkin minggu awal2 tu dia baru nak cover keletihan dari kerja kedai runcit sebelum ni. Sekarang dah okay dah. mana nak dapat orang gaji yang boleh bincang isu semasa..dari hal palestin membawa kepada hal korupsi di Indonesia? Kira satu bonus jugak tu. Kalau ajar apa2 teknologi atau pesan apa2 serkali jer terus dapat...kadang tak abis terang dah dia mampu buat lagi elok lebih dari jangkaan.



Tapi ada juga part yg saya perlu baiki /tegur lagi. Dia sekarang masih takmau duduk dalam majlis taklim [baca hadis dan ayat2 quran tentang fadhilat amal] tapi buku2 agam saya dia rajin selak baca, dia ambil satu2 baca pastu selang seli baca majalah pulak.



Bagi saya takde hal, sebab minat membaca dia tu memberi kesan kat hani, sebab dia membaca hani pun membaca sama. Kadang2 saya dengar hani gilir dengan dia [hani buli dia] baca kisah2 dalam al quran, satu cerita suli bacakan, pastu satu cerita hani pulak yang baca...ahamdulillah, sebab saya ambil org gaji bukan buat kerja semata2, lebih kepada kawan yg saya boleh minta tolong, dan saya nak buat cam saudara. hari tu saya test dia, saya keluar kebetulan nak beli apa ntah duit tak cukup, saya try pinjam duit dia dulu, takde hal terus dia bagi saya seratus... setakat ni duit2 kat rumah ni selalu bersepah, dia takde pulak ambik, dia simpan ajer dekat2 situ...




Saya risau sangat [kesian pun ada] kalau dia buat kerja tak henti2, mesti saya panggil dia tanya dah makan ker belum, rehat dulu, jangan buat sampai penat sangat, takde sapa nak check kerja suli, buat apa nak rush terkejar2 buat kerja, buat pelan2 saya kata, jangan paksa diri..yerlah mana taknya dari sebelum subuh sampai jam 10 pagi tu saya balik hantar hani dan ke kedai dia tak duduk2 lagi...dari dalam ke luar, pastu masuk stor kemas apa2 ntah, basuh plak telekung ker cadar ker...nanti alas2 pulak dia dia pungut...pastu basuh kain buruk pulak..ada jerlah...saya pulak naik lemas...saya ni bukan pengemas sangat, tak delah nak marah2 kalau ada cawan kotor sebijik dalam sinki ker, meja tak lap ker...bagi saya skang rumah dahlicin dia duk dalam bilik rehat2 tengok tv dengar radio pun takper....takde marah lagi dah sebab semua hal rumah dah settel.




Mula 2hari tu tak kenal tu yang tengok dia semacam jer, ingat nak buat jadual macam suami suruh, tapi dah setteld semuanya takpayahlah. Nanti2 ada benda baru nak suruh baru saya cerita satu2 kat dia.




Sebab dah takde kerja untuk saya kat rumah ni selain masak, tu pun suli bantu tumbuk2 bumbunya, basuh2 perkakasnya, siang2 sayurnya, maka saya menumis jerlah....so semalam balik ambik hani saya ke nursery, sebab nak buat projek tanam sayur. Semalam dalam pada si zaidi tu sibuk betulkan sinki tu, saya mulalah semai benih2 yang saya beli tu, sayur kacang botor, betik, salad, bendi dan kangkung. Benih cili dah habis, sebab cili mahal sekarang, permintaan tinggi.




Lepas 2 minggu ni bolehlah pindah ke batas. Tanah untuk buat batas tu belum beli lagi. Hasan budak Jawa yg kerja kat nursery tu kata 2 minggu lagi akak datanglah beli tanah untuk batas. Hasan ni ingat lagi saya. Ingat tak hasan ni, yang dulu pernah mengurat maid saya, Dewi dan Dewi tipu dia kata dia tak kahwin lagi. Hasan tau Dewi dah kahwin dan dah balik jawa Timur, dan hasan ni pun ingat suami saya ada kena stroke..bagus betul , rajin dan ramah budaknya....




Ok, nanti dah tumbuh benih saya semai tu saya ambiklah gambar, teruja tengok kak wani menanam, Pnut menanam, maka saya pun nak menanam lagipun banyak masa dah ni. kerja dalam rumah Suli dah buatkan biar saya kerja menanam jerlah. Suami balik 40 hari ni nak mula projek bela ikan keli dalam kanvas pulak, alah yg mula2 buat kat kak aza tapi mati tulah nak pindahkan kat sini.




Petang ni tadi ada kawan datang ziarah [kawan tablighlah ni] datang menziarah dan menjual ALPHA LIPID, nak taknak kenalah beli jugak. Tolong kawan, mahal jugak harganya kan, RM 180 setin tu, dia bagi diskaun RM 150, esok mula minum lah jawabnya, katanya banyak testimoni yang mengandung lepas minum susu ni. Cuba jerlah. Patut tadi nak berurut sekali naikkan peranakan tapi masa terhad, jumaat beru beurut kot..kawan saya ni memang tukang urut...




Dah kawan datang masa tengahari kenalah masak kan, mula2 keluarkan siakap [yg kononnya nak masak steam] tu potong2 siap sebab tiba2 tukar nak masak tumis asam, tiba2 masa nak masak rasa eh lagi elok masak ikan teggiri, maka tukarlah, sudahnya siakap dah potong2 takkan nak masak 3 rasa ataupun steam, tak best dan tak cantiklah nanti...jawabnya masak lain jerlah, kempunan nak masak tenggiri masak kari.,...dah lebur dalam asam pedas