Tuesday, February 28, 2006

Realitinya

Assalamualaikum w.b.t

Wednesday, February 28, 2007


Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Cerita Kerja

Semalam langsung tak boleh buat apa. Saya memaksa diri lagi! Saya tahu dalaman saya sudah tak tertahan lagi walaupun saya cuba bertahan seboleh mungkin. Terus diterjemah kepada kesan pada fizikal. Semalam, saya pening seharian, di pejabat saya cuba bertahan, duduk di bilik mesyuarat...melaksanakan tugas semasa yang semakin banyak dari sehari ke sehari.

Perjalanan balik kepala pening tak boleh dibendung lagi, tekak terasa tersekat oleh sesuatu yang seolah-olah mahu dikeluarkan waktu itu juga tetapi tersangkut...saya harap sangat dari solat zohor yang isi perut saya akan keluar sendiri tapi semasa memandu kereta dengan keletah Hani yang tak terhenti-henti memaklumkan yang dia tak mahu pulamg ke rumah tetapi mahu ke kedai membeli CD sehingga darjah kemarahan saya naik ke kepala sekaligus membuat isi perut saya keluar semuanya. Bergegas saya berhenti kereta di tepi jalan, segala isi perut terburai keluar (sorry...kalau geli tapi itu realitynya).

Selepas perut kosong terasa mahu makan benda masam dan saya singgah di kedai makan nasi kosong dan tomyam campur. Rupanya hanya lapar di mata, tekak masih tak boleh terima. Makan juga sambil memaksa diri dan hani untuk makan juga. Sampai di rumah Hani mengamuk lagi sebab tak dapat beli CD sebagaimana kehendaknya. Saya terus masuk ke bilik air untuk wudhu' rupanya sedikit makanan yang masuk tadi keluar lagi. Sedang Hani pula masih di kereta tak mahu keluar, saya biarkan sahaja, tidak mampu, melayan diri yang tak tentu hala sambil melayan Hani yang makin menggila mengamuknya. Terus solat maghrib sambil Hani menangis sayu dalam kereta.

Tak mampu..memang betul-betul tak mampu handle perkara ini seorang diri tapi pengalaman sebelum-sebelum ini banyak mengajar saya. Dulu2 lagi sakit/demam teruk, sedang Hani masih baby, saya gagahkan diri juga...seorang diri dan sekarang dalam sakit masih tetap saya Allah takdirkan seorang diri juga seperti dulu-dulu. Usai solat saya kembali ke kereta terus pujuk dan bawa Hani ke bilik, mujur cepat baiknya, bukakan CD dan saya ambil minyak cap kapak dan dengan baju-baju kerja (sesungguhnya saya memang tak upaya lagi...) terus baring dan tidur kerana tidurlah yang paling menenangkan diri pada masa ini.

Sambil melelapkan mata saya sempat SMS suami..."wa sungguh2 sakit sekarang, muntah melambak2". Selepas beberapa minit saya menerima panggilan suami, berpesan apa yang patut. Syukur, ada juga yang mengambil berat. Seketika kemudian terima panggilan dari rakan setugas di pejabat, hal kerja lagi...kerana sakit yang amat sangat dan tahap tugas tidaklah urgent saya jawab pendek dan matikan telefon terus...sambung tidur lagi.

Bangun selepas itu saya nampak dalam kesamaran jam menunjukkan ke angka 6, sangka saya sudah pagi, rupa-rupanya saya tersilap kerana baru 12.30 malam dimana jarum jam 12 dan jarum jam 6 itu seperti satu jarum yang panjang, sudah lama benar saya tidur serasanya. Hani tidur jam berapa pun saya tidak sedar hanya yang saya tahu beberapa kali dia menyondol kepalanya di bawah ketiak saya kerana memang itu amalannya seperti anak koala yang melekat di tubuh ibunya. Bukan anak yang naif ini tahu saya sakit atau sihat yang dia tahu saya mesti sentiasa berada di sisinya. Menyayangi dan memeluknya setiap masa TANPA gagal.

Pagi ini, saya bangun dengan harapan pening yang masih bersisa, rupanya tidak, bahkan pening yang semakin menggila! dengan perut yang lapar (semalam isi nasi dan tomyam semua telah keluar) saya gagahkan diri ke pejabat juga. Memang bukan amalan saya untuk MC atau cuti kecemasan. Apatah lagi hari ini mesyuarat bulanan pertama pengarah baru. Rombakan 'kabinet' dan kehadiran saya sesuatu yang perlu. Singgah ke kedai dan membeli sebotol mineral, roti Gardenia 50 sen itu dan sepapan panadol. Dalam kereta sumbat roti itu sebagai alas perut sampai ke pejabat terus menelan 2 biji panadol.

Sesampai2nya terus menghadiri mesyuarat sambil sempat sebelum tu mengatur pegawai untuk kes baru hari ini dan urus pegawai untuk operasi petang ini...mesyuarat sehingga jam 1 dan sekarang hampir maghrib saya masih di pejabat dan ambil sedikit masa untuk update entry. Tak tertahan rasanya, komitmen mengupdate entry pun sudah jadi disiplin saya sejak akhir-akhir ini.

Itulah cerita saya dari semalam hingga hari ini, kira cukup lama lah tuh saya tak menjengah blog.

Cerita suami.
Semalam pagi saya sempat call suami bertanya kenapa dari Rabu hingga Sabtu nak ada di rumah saya? Rupanya realiti sebenarnya dia menghadapi masalah kewangan. Bukan semata-mata berdasarkan tafsiran saya yang dia sebenarnya mahu berdekatan Hani. Kasih dan kasihan saya sungguh padanya. Tak berkemampuan rupanya nak berulang sendiri dengan kereta 2000 CC dan tol lagi. Hari rabu dia menumpang orang ke mari dan hari sabtu juga akan menumpang orang balik ke PD. Sebagai langkah berjimat cermat katanya. Saya mahu juga membantu, tetapi masih berkira-kira juga... bukan tidak kasihan ...sungguh-sungguh kasihan tapi apa kan daya saya.

Dia minta bantuan saya untuk mencari orang dalam (saya kenal satu orang boss besar di TM) untuk mempercepatkan permohonan pencen hilang upaya. Dari bulan 10 perkeso medical board dah luluskan dia untuk pencen Ilat malangnya TM taknak lepaskan dia dan nak minta dia kekal bertugas (dioffer untuk dipindahkan ke cawangan dekat rumah saya) dan akan diberi tugas-tugas ringan tapi Pak haji tak mahu langsung bekerja lagi. TM mahu skill yang pak haji ada tu digunakan sebab bukan senang mereka nak latih orang baru dengan skill yang suami dah ada. Itulah semata-mata alasan mereka menurut Pak haji! Sekarang bukan separuh gaji lagi tapi suku gaji agaknya yang diberi, itupun entahkan sampai entahkan tidak.
Saya serba salah nak call boss besar takut dikatakan saya menggunakan pengaruh dan jawatan saya pula...kalau tak dinyatakan dari mana saya entah2 tak dilayan pula...

Realitinya pada masa ini saya sendiri tak mampu nak khidmat pak haji sebagaimana sepatutnya terutama sewaktu dia sakit sebegini. saya kena akui hakikat ini. Otak saya sangat serabut dengan kerja, memang saya tak boleh balik awal, tak larat nak masak, takde tenaga nak khidmat sepenuh masa siang dan malam! Saya takut saya yang give up dan kecewa kerana ketidakmampuan saya handle dua perkara dalam satu masa . Bahkan semalam baru saya berbicara dengannya via telefon mengatakan allah s.w.t bagi dia sakit tepat pada masanya! Dikala saya sibuk begini dengan pengarah yang baru dan saya dengan jawatan dan tugas baru. Dan Pak Haji ketawa besar sambil tanya saya secara berseloroh , "ooohhh selama ni wa yang doakan abang biar sakit yer?"


Tidak sama sekali, tapi Allah memberi memang ikut kemampuan kami seperti entry saya sebelum ini, saya tak boleh main2 lagi, saya tak mahu orang kata makan gaji buta, buat kerja tak sepadan gaji dan kredibiliti saya dimata orang bawah jadi goyah. Saya tidak bercita-cita tinggi tapi realitinya saya kena ikut arus kerjaya saya, suka atau tidak! Sebagai penguatkuasa saya tak boleh biar anak buah buat kerja sedang saya goyang kaki di rumah, dengan alasan suami ada di rumah. Macam2 dilemma saya, cuma malas nak cerita, orang bukan faham, sedang suami saya yang 6 tahun kahwin pun adakalanya masih tak faham-faham kerja saya...
Kesimpulan :

Dulu saya juga alami pening berpanjangan dan muntah2 begini terutama bila ada di pejabat. masuk ke pintu pejabat saya akan meloya. dari dapur rumah (kuarters) pandang ke pejabat pun saya boleh pening + loya2. Bila ke klinik, doktor tak dapat mengesan penyakit saya, kerana semuanya normal! Tapi hasil temubual doktor terhadap background saya, doktor minta saya belajar kontrol tekanan kerana saya rupanya "stress" dengan kerja + rumahtangga. Dulu, tahun 2002-2004, saya juga kerap menghadapi masalah ini semuanya kerana tekanan kerja + rumahtangga, hanya ubat vitamin + ntah apa2 ubat agaknya serta MC dan rehat secukupnya serta kekuatan dalaman saya menyerap tekanan berupaya menghilangkan penyakit ini. Kali ini stress ini berulang lagi agaknya...


Suara hati dan pemikiran siti detik 2/28/2007 03:21:00 PM 6 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi


Wassalam

Monday, February 27, 2006

Demi hani

Assalamualaikum w.b.t

Tuesday, February 27, 2007
Demi Hani
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Rupanya kita tak boleh memaksa diri, letih jadinya. Saya fikir saya mahu menghadap PC balik ke rumah semalam, tidak mampu rupanya, letih yang amat otak saya agaknya menjangkit ke badan, walaupun saya tidak ke mana-mana, terperap sahaja antara bilik saya dan bilik mesyuarat, lagi letih badan, mengadap manusia dan dokumen dan fail dan laptop dan fakta dan akta menyababkan mata saya menjadi merah pagi ini dan kepala saya sedikit pening menyebabkan jam 10 malam saya terpaksa melayan keperluan mata.


Balik jam 8.00 malam dengan perut yang lapar menyebabkan saya terbayang2 masak asam pedas ikan dalam peti ais tu, jadi singgahlah kami berdua ke pasar malam depan rumah jer, beli terung dan tomato, tapi sampai ke rumah dah tak berdaya nak masak pulak. Perut pulak dah terisi dengan keropok lekor dan kuih wade sudah terasa kenyang...


Hari inilah agaknya menu asam pedas baru dapat di masak, dalam sibuk2 kerja, suami telefon dan entah dari mana dia dapat ilham agaknya tiba-tiba katanya dia akan bermalam di rumah saya dari Rabu berterusan higgalah ke hujung minggu. Apa yang saya boleh ucapkan? Alhamdulillah...


Dia kata dia kasihan pada Hani bila saya mengadu sebulan dua ini yang Hani langsung tak beri saya buat kerja lain selain mengadap dan duduk bersama-sama dia~ baik makan, main, menonton cd/tv dan apa sekalipun sehingga menyebabkan kami berdua selalu 'perang". Bayangkan saya mengadap PC pun dia mahu duduk di atas pangku saya...panas hati juga kalau lama-lama,kan? Agaknya ayah dapat rasa betapa Hani takde tempat bermanja selain saya...


Lantas...itu yang buat ayah berfikir jalan keluarnya dan itulah datangnya hasrat dia mahu duduk lebih lama di rumah saya. Cuma saya yang risau bagaimana agaknya mereka berdua di rumah sedang saya pula bekerja. Kenalah saya masak awal pagi dan siapkan segala untuk mereka berdua. Hani sudah pandai mandi sendiri, pakai baju sendiri, buka cd sendiri dan boleh juga jadi teman bicara. Ayah juga memang lama dah boleh mandi dan pakai baju sendiri cuma saya kena siapkan awal semua tu. nantilah saya fikirkan untuk mengubah apa2 yang sesuai supaya ayah takdelah perlu bergerak banyak sangat kalau nakkan sesuatu~ nak buat air sendiri ataupun susu Hani.


Cuma saya yang mungkin rasa bersalah dan risau memikirkan mereka dua beranak di rumah sedangkan saya pula di pejabat. Dan saya juga bimbang dapatkah ayah mengawal hani bila pergi ke surau Zohor dan Asar. Hani tak buat masalah besar cuma dia kalau keluar jer dari rumah MESTI cari toilet, acapkali pegalaman dia ikut ayah ke surau (lepas ayah kena stroke) mesti nak gi toilet, sampai saya terpaksa pakaikan dia diapers sebelum ni sebab taknak susahkan ayah.


Takpelah tunggu sahaja khamis ini... mungkin ia bagus untuk Hani agar lebih dapat bermanja dengan ayah. Kalau rasa susah mungkin saya akan berkorban agaknya, biarlah ayah bawa sahaja Hani ke rumah Kak A sampai Jumaat, Sabtu balik ke sini demi merapatkan hubungan Hani dan ayahnya.


Suara hati dan pemikiran siti detik 2/27/2007 07:16:00 AM 7 cetusan hati
Cerita tentang; Hani


Wassalam