Thursday, March 31, 2011

Sementara Menanti 21 April 2011

Assalamualaikum w.b.t


Ada beberapa perkara dalam kepala berlegar2


Sementara menanti 21 April tarikh sebutan semula kes


Saya masih menaruh harapan agar semuanya berjalan lancar


Saya masih ingin bercerai secara baik tanpa melibatkan prosedur lain2


Tanpa perlu melantik peguam


Tanpa perlu mengemukakan pekung didada


Sebab masing-masing ada kelemahan dan kelebihan


Walau di mata pembaca saya banyak menderita


Tapi saya jangka kalau kes saya dibicara maka akan jadi panjang cerita dan ambil masa


Saya taknak lalui semua tu


Saya taknak berkali2 terbeban perasaan hadir ke mahkamah


Bayangkan saya telah banyak kali tempuhi saat2 ke mahkamah dengan pak hj


Masa kes Nani, dari kes permohonan fasakh (masa ni tak kahwin lagi) ke permohonan hadhanah, pastu permohonan tuntutan nafkah anak, pastu mohon ubah perintah bayaran nafkah


Semua tu saya ikuti, malah lawyer yg mewakili jantan tu pun saya punya kawan punya kawan


Saya yang bantu teman dan bantu bincang halatuju kes tu...


Dan saya juga melihat sudut pandangan jantan tu dalam setiap kes berkenaan


Dan dia bukan jenis orang boleh berbincang (lepas kes dah mula nanti)


Dia juga pengungkit, pendendam dan egonya sangat2 tinggi


Malah dia takkan hiraukan faktor lain selain dari memikirkan hanya diri dia sahaja yang benar dan orang lain semua salah


malah dia juga takkan hiraukan apa orang akan fikir tentang dia


maksud saya dia yang OKU, dia yang tak bagi nafkah langsung


Dia tetap akan kekal dengan pendirian dia yang dia dipihak yang benar


Saya tau kalau kes tumbuk, ini kali kedua dia menumbuk isteri, kes Nani dia didenda RM1,000 tapi tu pun katanya dia tak salah


nani yang cabar2 dia dan sua kan muka suh tumbuk, maksudnya dia diprovok


Dan berkaitan denda katanya dia mengaku salah kerana mendengar nasihat yang salah dari salah seorang kawannya yang juga anggota polis


dengan kata lain dia nak kata yang dia tak salah? Bangang!!!!


Tu sebab saya macam phobia memikirkan perjalanan yang akan saya tempuh


Di pejabat saya sibuk dan boss sangat memahami dengan memberi kesibukan saya!


Dari mula kawin sampai dia stroke, saya dah faham dan hayati sangat sikap dan pemikiran dia


Kalau dah penjual keter nissan saya tu pun dia kata pakwe saya, xtaulah nak letak mana cara dia berfikir


Saya sedang mencari2 lawyer syariah yang boleh bagi pendapat


Ada juga kawan2 FB zaman belajar dan zaman PKPIM dulu yang jadi lawyer syariah


Tapi malu pula nak bertanya sekaligus nak dedahkan berhubung kes saya ni


Kalau boleh nak dapatkan nasihat dari mereka yang saya benar2 tak kenal


Saya pun masih berfikir2 samaada nak pergi semula ke balai polis @ kekalkan laporan yang saya buat tu


Asalnya saya buat laporan untuk laporan tu jadi bahan rujukan ke mahkamah syariah bagi mudahkan tuntutan penceraian jer


Pastu bincang dengan polis sebab polis tanya saya taknak ke buat untuk siasatan


Saya cakap, saya sendiri tak tau alamat dia, dan saya malas nak kecoh2 hal ni


Asalkan untuk saya perkara ni jadi mudah sudahlah


Saya memikirkan (masih ada belas kasihan)


Dahlah tua, OKU, jauh nak ulang alik sini, pastu kena siasat nak turun sini bicara (kalau xmengaku salah)


So, benda2 tu sekaligus akan jejaskan kes cerai ni (takut dia ada sentimen lain pada saya nanti dikait2kan benda ni pulak)


So saya cakap kat polis saya kata buat masa ni saya nak laporan ni sebagai rujukan mahkamah syariah jerlah


Tapi memang rasa serba salah masa tu dilemma sangat


Saya tanya polis, kalau saya nak ubah pada siasatan apa keperluan utk kes berkenaan?


Polis nasihatkan saya boleh pilih mana2 ikut suka saya


So polis bagi saya satu laporan perubatan (borang) utk dikemukakan di Jabatan Kecemasa utk pemeriksaan


In case saya ubah keputusan nanti datang semula ke balai dan kemukakan laporan perubatan doktor


Tu yang saya buat pemeriksaan doktor tu


Isinin tu saya mc, doktor bagi


Selasa pulak terus dapat arahan masuk court, sebab kes Teoh beng Hock ni


Rabu semalam sibuk hadir meeting sana sini, penyudahnya 10.30 malam balik


Mula2 dah balik ambik anak nak ke klinik bawak yaya


Pastu sampai bangi boss bbm bagitau nak demam suh saya datang buat talking point utk KP


Tajuk mencabar pulak tu


Transformasi kepimpinan


nak present di INTAN depan PTD hari ni jam 12


So saya patah balik ke pejabat lepas beli makanan di drive thru Mc D bangi


duduk dengan boss dari maghrib sampai 10.30 malam buat 7 ms talking point tu


Sambil buat talking point sambil marah budak berdua buat bising, boss saya dah peluk tubuh sebab nak demam, dengan blazernya....


Siap tu boss ajak gi minum joint dua pegawai wanita dari bahagian Dasar di kopitiam presint 15


Penyudahnya borak2 jam 11 lebih baru balik


Hani dah tetridur2 kat meja


Yaya dah merayau satu kedai (tau jerlah budak hyperactive tu)


Tulah kesibukan kerja saya


Siap talking point terus email ke KP...


Saya sebenarnya sanagt terhutang budi pada boss ni (hasil xnampak lagi, akan datang saya citer)


Sungguhpun saya citer saya buat berpuluh2 talking point dan teks ucapan KP walaupun dia tak pakai 100% tapi idea2 saya mampu mencambah pemikiran dia untuk memikirkan apa yang dia nak cakap....


Tapi KP mungkin cam muka saya cuma dia tak alert tentang kewujudan saya, sebab apa2hal saya hanya akan serah pada boss untuk brief dia


So terpulang pada boss saya untuk menonjolkan saya depan KP atau sebaliknya


Saya patuh pada arahan boss pun bukan ada niat terselindung tapi semata2 saya buat semua ni sebab minat


Bagitu juga last week tengah syok2 tengok baloon panas dengan budak 2 orang tu lepas balik dr kampung


Boss called suh datang office ahad malam tu


So saya tinggalkan hani dan yaya kat rumah


Saya gi office boss dah sampai dari nilai dah


Tak nak nampak something saya called Mai suh datang teman kami


Masa tu nak sediakan teks/input untuk PM


Untuk berucap majlis esoknya tu di PICC


Sungguhpun tak banyak tapi memerlukan kajian mendalam dan pengiraan statistik juga


So malam tu sampai jam 11 kami berdiscuss untuk fikirkan input berkenaan


saya suka kerja2 begini dan ia buat saya rasa puas


Sekaligus melupakan masalah utama dalam hidup saya


Saya yakin saya boleh terus fokus pada kerja dan buat apa saya suka


Dan saya sangat positif bahawa saya akan berjaya (lebih berjaya) tanpa dia dalam hidup saya


yang selama ini membelenggu saya


Yang selama ni menyesakkan dada saya


Saya akan terus maju ke hadapan demi menjadikan hidup saya lebih bermakna


Cuma masalah saya satu jer


Macamana saya rahsiakan perkahwinan saya dengan pak hj dulu


Sekarang ni saya berhadapan pula masalah macamana nak kekalkan rahsia penceraian saya tanpa pengetahuan mak dan keluarga saya


hari tu ada posting di FB saya yang "this is the day' kalau kakak saya bijak mungkin dia boleh baca apa yg tersirat


Harap dia tak soal siasat hani untuk semua ni


Saya tak harap detik derita saya dikongsi dengan keluarga


Dan kalau ada jodoh kahwin semula maka barulah saya akan war warkan saya telah bercerai


Atau biar sahaja kematian saya nanti akan merungkai bahawa saya sebenarnya telah menjanda


Wassalam

Tuesday, March 29, 2011

Dia nak gantung saya tak bertali agaknya, sama macam dia buat Nani!

Assalamualaikum w.b.t


Lepas saya tinggalkan dia tepi traafic light tu


Saya terus pergi kat parking area depan Mahkamah Syariah tu


Saya agak dia mesti datang.


Sebab saya tinggalkan dia betul2 traffic last before smpai mahkamah


Kalau dia malas dan tak larat nak jalan pun


Dia boleh ambil teksi ada berderet lepas selekoh yg saya stop turunkan dia tu


Masa tu dalam jam 8.15 pagi


So saya rasa macam saya tak boleh masuk court lagi


Saya raba pipi saya dah mula bengkak


Dan saya menangis tahap tersedu-sedu


Bukan jenis nangis yang meleleh air mata tu jer


Ni tahap tersedu sedan dan tak boleh kawal suara tangisan yg keluar


Sedih sangat plus sakit juga


Menyesal toksah cakaplah


Menyesal saya buat baik pada dia dengan anggapan dia juga akan balas baik


Saya tak sangka langsung dan tak pernah terfikir dalam kepala otak saya


Yang dia sanggup tumbuk muka saya


Kenapa mesti tumbuk?


Takde jalan lainker?


Apa yg saya faham jantan yg sanggup tumbuk isteri ni mmg dayus


Macam dah takde cara nak berkomunikasi


Saya hanya keluarkan perkataan bodoh jer


Sedangkan dia pernah cakap saya macam2


Saya diam jer selama ni


Dengan macam2 tohmahan dan macam2 fitnah dia buat


Dengan sikap dia yg jarang balik


Hubungi saya pun tidak


Dia boleh kata saya ada hubungan dengan lelaki


Memang ada rahsia saya dengan dia


Mengapa saya kahwini dia


Yg saya tak pernah cerita di blog


Tapi xbermakna dia boleh sesuka hati


Kata dan tuduh macam2 pada saya


Sangat tidak adil sangat bodoh dan dangkal kalau dia buat kesimpulan


Tanpa asas dan semata-mata andaian sahaja


Saya sakit ati toksah cakaplah


Saya tak tau nak hubungi sapa


Saya hubungi mai (miss sinar) tapi tak berjawab


Saya terus teringat kak azwa


Saya bbm kak azwa sebab masa tu saya macam blur tak tau nak teruskan @ buat apa?


So kak azwa kata gi court dulu kemudian baru gi report polis


Dengan muka bengkak dan mata berair saya masuk court dewan bicara 1



Masuk2 dah nak mmula dah pun


No kes saya dipanggil dahulu


Saya ke hadapan angkat sumpah dan hakim tanya saya latarbelakang saya dan kes


Saya maklumkan defendan lewat hadir dan hakim kata dia beri tempoh 20 minit dan kes akan disebut semula


Lepas tu saya keluar dan saya call pak hj berkali2


Langsung dia tak jawab


Saya sms bertubi2 pun tak reply


Saya buntu sangat


Saya duduk termenung kat birai tiang2 besar luar court tu


Macam2 terbayang dalam kepala


Rasa macam nak patah balik bawak keter jemput dia


Asalkan perkara ni setel


Tapi masa tu saya takleh buat apa


Saya terbayang kes fasakh dia dengan Nani


MO sama dia tak lepaskan nani dan dia juga tak balik2 rumah


Leoas tumbuk nani dia chow dan dia tinggalkan nani macam tu jer


Lepas setahun macam tu nani failkan penceraian secara fasakh


Agaknya dia nak buat pada saya benda sama


Saya tak sangka perkara bodoh ni dia nak ulang lagi


Dari bercerai cara elok kenapa perlu nak lalui cara yg menyusahkan


Kenapa perlu nak cari lawyer?


Kenapa dia mengambil jalan tidak hadir ke mehkamah


Hanya beberapa langkah jer lagi


Hanya seketika jer utk capai persefahaman


Saya mmg xbercita2 nak melalui fasa penceraian ni dgn cara yg xelok


Jika boleh saya nak laluinya dengan cara yang paling sejahtera dan tak menyusahkan kedua-dua pihak


Demi hani takperlah saya korban sedikit


Saya tebalkan muka depan dia


Sebab lepas ni pun demi hani saya akan hadap muka dia juga tiap kali hantar hani


Tu sebab saya taknak sejarah dia dengan Nani berulang dengan saya


Saya taknak hani lalui pengalaman sama macam Iza lalui


Saya nak depan hani saya dan ayah dia tidak saling bermusuh


Boleh bercakap dan berbincang tentang masa depan hani pada bila2 masa akan datang


Tapi nampaknya saya gagal


Lepas 20 minit polis mahkamah panggil saya masuk sekali lagi


Bila kes saya disebut


Lepas tanya dan terangkan pasal notis yg pak hj xtandatangan sebab alamat adalah alamat rumah sya


Hakim tanya saya, awak pastikah defendan ada dah ada di Putrajaya


Saya jawab pasti sebab saya yang bawa dia pagi ni ke mahkamah


Tapi saya dah dropkan dia di traffic light sblm simpang masuk court


Sebab saya bergaduh dan dia telah menumbuk saya


Hakim terkejut dengar


Dan saya pula macam tak terkawal emosi saya mula mengalirkan air mata


Dan hakim maklumkan saya


Awak perlu buat laporan polis


Dan saya rasa awak tak boleh mohon secara biasa


Awak perlu gunakan peruntukan seksyen lain mi


Saya jawab, saya akan fikirkan dan saya akan buat report polis selepas ini


Dan kes saya ditetapkan pada 21 April depan


Saya tak taulah pak hj akan hadir @ tidak



Wassalam

Jangan kasihani saya kerana semuanya salah saya!

Assalamualaikum w.b.t




Kali ini ia benar-benar salah saya


Kerana saya degil, ego dan tak dengar nasihat


Salah saya kerana terlalu percaya


Salah saya kerna kasihan tak bertempat


Salah saya kerana terlampau lemah


Salah saya juga kerana gagal membaca


Salah saya juga kerana berlembut sangat


Semua salah saya


Saya tak dengar nasihat pembaca blog saya


Saya ingat kalau saya yang pergi ambil dia saya boleh bincang tentang hak penjagaan anak


Saya ingat kalau saya berdepan dengan dia saya boleh berbincang dengan baik


Saya ingat dia akan bersangka baik sama macam saya


Tapi saya terlalu jahil


Saya tak kaji sikap dia selama ni


Saya tak pernah belajar dari kesilapan


Akhirnyasaya dapat bengkak di muka, dimata, dihati


Yang tak boleh diubati lagi


Pagi semalam

Lepas solat subuh, saya awal2 dah kerah budak berdua bangun awal


Mandi siapkan diri


Hani mula exam semalam

Dalam 6.15 kami bergerak ke Putrajaya Sentral


Hani happy dapat jumpa ayah


Sampai Putrajaya Srntral saya nampak dia


Dengan baju baru dan seluar baru (jubah seluar)


Dalam hati saya, wah nak bercerai hari ni pakai sut baru pulak


(kenapa saya tak terfikir macam miss sinar fikir)


Miss sinar kata dia datang sebanarnya bukan niat nak ke mahkamah


Sebaliknya dia niat nak berbaik


Macam dulu2,


Dia ingat saya akan mengalah


Dia baca yang saya ambil dia sebab saya nak pujuk dia


Macam saya yang dulu2, sentiasa mengalah, merayu dan akhirnya berbaik semula


Kemudia baru saya perasan


Dalam beg sandang mungkina da persalinan pakaian


Mungkin cadang bermalam semalam dua


Naik kereta terus membisu, bersalam dan berbasi basa dengan hani


Saya terus bawa ke kedai Larizz di Sungai Merab untuk breakfast


Memang kedai tu selalu kami singgah di pagi hari untuk sarapan kalau sempat


Dia makan roti canai, saya makan cekodok, hani makan bihun dan yaya tak makan apa2 ebab saya dah buatkan suisu sebotol


Sejak naik kereta dari Pjaya sentral saya tak berkata apa2 pun dengan dia


Sebab memang niat saya untuk bagi Hani jumpa ayah semata2


Saya memang takde hati dengan dia, saya memang nekad semalam


Cuma mungkin sekali lagi dia salah baca percaturan saya


Lepas hantar hani dan yaya saya teru bawa kereta ke mahkamah Syariah


Saya gunakan laluan dari rumah saya....saya syak dia ingat saya nak bawa dia balik rumah agaknya?


Tapi bila masuk kawasan Putrajaya saya mula bersuara


Saya kata, lepas ni tak payah tuntut hak penjagaan anak


Dia balas, kalau tak mampu jaga serahkan ajerlah


Saya jawab, ada ker saya pernah cakap saya tak mampu jaga


Selama ni saya juga yang jaga


Tiba2 dia tinggi suara, apa ntah masih sekitar hal hani


Saya jawab balik saya kata dari kecik sampai sekarang saya juga yang jaga anak


Dengan takde nafkah apa pun kenapa sekarang baru nak jaga pulak?


Pastu dia meleret2 pada isu lain,


Saya pun jawab juga apa ntah saya tak ingat


Tapi dia tuduh saya macam2


Dia kata dia bertahan dengan saya sebab anak jer


Sebab sayang anak kalau tak dah lama dia tinggalkan saya


(B - O- D – O - H)


Macam tu ker sayang anak


Tinggalkan anak bontang


Nafkah jauh sekali, tu kau panggil sayang anak?


Anak sakit kau mana


Anak suka kau mana


Anak menangis kau mana


D-a-n-g-k-a-l pemikiran kayu- sungguh2 dangkal


Tapi semalam tak terfikir plak nak jawab


Lepas tu dia bangkitkan lagi


Selama ni dia kata saya tak ikut perintah dia


Buat apa saya suka


Saya tanya apa?


Dia kata saya ajak along tinggal rumah tak minta kebenaran dia?


Memang saya tak minta kebenaran dia


Tapi kau kat mana


Kau kat Penang kau tinggal kan aku


Kau tinggalkan anak


B-O-D-O-H!!!!!


Dia kata dengan Along tak jaga aurat, along pakai boxer kat rumah


So what, dia anak sedara aku


Yang aku bela dari kecik dulu


Dia pun mana pernah nampak along pakai boxer?


Baper kali jer yang dia ada sini (dua ker 3 kali jer dia ada balik)


Tu pun masa Along takde dan along balik lewat,


Along pun ada sekali dua jer terserempak


Dia tuduh gitu sebab saya pernah cakap kat dia macamtu (skrg dia gunapakai sebab takde point
Agaknya)


Pastu saya malas nak layan


Pastu dia boleh bukak dashboard saya


Dia kata ni jantan mana ni?


Tau tak jantan apa yang dimaksudkan?


Dalam dashboard saya ada gambar saya dengan jurujual Nissan center


Yang saya tulis nama Saleh tu (Nissan Centre Putrajaya)


Beberapa kali saya sebut nama salleh dalam entry saya kan?


Ni keter pertama Salleh jual (before dia di Mitsubishi)


Pastu tokey Nissan Centre Putrajaya suh ambil gambar kami


Sebagai tanda jualan keter pertama si Salleh


Tokey cina tu terus printa sekeping dan bagi kat saya


Ada ker tu dia kata pakwe saya?


Mana tak terkeluar perkataan bodoh dari mulut saya


Eh tu gambar dengan jurujual Nissan lah


Masa tu hani dengan Mai pun ada sama – saya kata


Boleh dia jawab, kalau hani dengan mai ada kenapa gambar diorang takde sama


Malas ah nak jawab (sendiri fikirlah)


Saya yang beli keter, takkan gambar mai dengan hani nak diambil sama pulak?


Sikit punya hal lah


Pastu dia kata dia dah korban ulang alik dari seremban, Putrajaya (berapa kerap ulang aliknya?)


Kata dia, saya tak pernha nak tolong dia


Eh, takkan nak suruh saya pulak ulang alik


Saya diam, malas nak layan


Pastu dia cakap, hutang dia saya tak bayar


Dulu saya pernah cakapkan dia pernah bagi saya hutang RM11k


Dan saya memang tak pernah bayar cash dekat dia


Tapi saya tanggung kos baiki rumah dia Homestay di PD tu


Saya juga yang tanggung segala perkaskasan dalam rumah tu


Yang akhirnya saya tak dapat balik pun


Saya juga yang pasang aircond dua bijik rumah tu


Saya juga tak berkira duit dengan dia


Saya bayar road tax dia


Saya tanggung segala makan pakai dia kat sini


Saya tanggung diri sendiri juga saya tanggung anak saya dan dia, tanpa pernah bantuan sesen pun dari dia


Makan pakai sepanjang 10 tahun, ada dia tanggung?


(benda ni semua saya tak cakap pun semalam)


Sebab kalau saya cakap gerenti dia takkan mengaku salah dia


Dia akan balik2 pada modal dia benarkan saya kerja makanya saya yang kena tanggung segala2nya


Dia bangkitkan korban dia, dia kata macam2 yang saya malas nak layan


Seingat saya dua2 kami bercakap, dia2 pertahankan diri


Dia balik2 kata saya ada lelaki lain...yg sngat tak logik


Dengan muka tak lawa dengan anak dah ada, mana masa saya nak selit keluar dengan jantan lain???


Takker bodoh andaian dia semua tu


Saya tau performance saya lately (before kami gaduh, yg sesekali projek tu) jadi kayu ukur dia


Kemahuan dan nafsu saya yang agak merudum pada dia buat di terfikir saya ada jantan lain agaknya


Sebab sebelum2 ni dia tengok saya pelahap sangat batang dia agaknya??? BODOH!


Pastu dia balik lagi kisah hani masa kecik


Tohmahan lama dia


Dia pergi tanya lagi


Dua hari saya hilang masa rumah mak ros kenduri kawin saya pergi mana?


Saya tidor dengan jantan mana


Saya jawab, eh aku mana pernah tido dengan jantan lain lah , bodohnya


Kalau sekarang kau bangkitkan tanya mana aku ingat, apasal dulu kau tanya


Lepas peristiwa tu kau tak tanya


Sekarang kau tanya lepas berapa tahun mana aku ingat


Jangan ingat aku senang2 nak tido dengan lelaki


Dalam hati kau tu syak wasangka jer lebih


Dia boleh kata dia dah telefon pejabat saya takde, telefoj kampung saya takde


Eh, bila masa ni? Kalau pejabat saya takde, saya keluar buat kerjalah agaknya


Berapa tarikhnya tu? Boleh check kat bloglah


Dah terang2 saya tak pernah tidor dengan lelaki lain selain dia, mana saya nak campak anak


Apahal dalam kepala hotak dia cakap macam tu


Dia ingat lelaki lain mudah2 nak tidor dengan siteri orang ker?

Dia ingat lelaki lain tak fikir dosa, dia ingat dia jer sempurna seolah2 orang macam dia jer takut lakukan dosa


Silap lah kau


Memang saya akui masa tahun 2003 (zaman mengandung dan selepas melahirkan hani )


Saya ada kawan baik pegawai lelaki


Tapi saya tak pernah sampai tahap tidur dengan dia, simpang malaikat


Saya tau duduk diri saya sebenar


Saya akui dia juga takkan sanggup meniduri saya


Kami sekadar bertukar cerita sahaja, masa itu saya tiada kawan baik, memang dia jer yang selalu jadi pendengar setia


Masalah saya semua saya cerita dekat dia


Saya akui saya salah, kes dah selesai pun, saya dah minta maaf dan kes inilah yg menyebabkan kami nak bercerai kali pertama dulu (dah failkan dan sampai peringat kauseling)


Dan kawan lelaki tu pun dah hubungi dia untuk jelaskan walaupun akhirnya dia sembur balik kawan tu


Niat kawan tu nak jelaskan keadaan sebenar tapi dia tak boleh bawak berbincang


Lantaklah bagi saya, kes berkenaan telah tutup buku


Aya admit tu silap saya paling besar lah....macam dalam novel @ dicelah2 kehidupan affair dengan suami orang di pejabat, tapi macam saya cakap, kami hanya berkongsi masalah (sebab dia selalu sgt lari dr rumah dan saya tak pernah ada peluang nak berbincang dengan dia setiap kali gaduh, memang saya buntu sangat masa tu dan kawan nilah yang banyak tolong bawa kereta utk pergi menyiasat)


Pada saya, lepas banyak tahun (7 tahun lebih) baru dia bangkitkan hal dia tak dapat kesan saya 2 hari iaitu bersamaan waktu kenduri kawin rumah mak ros itu adalah sesuatu yang sangat bangang

Sebab saya memang hadir kenduri rumah mak ros tu


Dan saya tak pernah ikut atau tiur dengan lelaki lain (sangat yakin dan 100% pasti)


Kemana saya pada tarikh tu sampai menyebabkan dia gagal hubungi saya, yg itu saya tak tau menahu


Sebab benda ni kali pertama dia bangkitkan tahun lalu (saya ada crita kat blog ini)


Dan ini kali kedua dia bangkitkan lagi (yg dulu saya dah jawab dalam sms)


Lepas satu hal satu hal salah silap saya dibangkitkan akhirnya saya takde perkataan lain


Saya jerit semua tu bodoh, benda bodoh, takde fakta, gambar jurujual tu semata2 bergambar takde kaitan dengan saya


Along punya isu pun bukan isu bila dia kata aurat tak jaga, hani duduk celah kelengkang Along (ni pun dia curi fakta saya yg pernah saya cerita dengan dia)


Semua tu point yang tak kukuh


Bila saya hilang sabar saya jerit apasal bodoh sangat tak nak tanya saya


Tiba2 masa selekoh nak masuk jalan besar menghala ke mahkamah dia


Tiba2 tumbuk saya sebab dia tinggi suara dan saya juga tinggi suara


Yang saya ingat saya hanya cakap bodoh-bodoh-bodoh


Tak tau dah nak cakap apa...memang andaian dia tu semua bodoh sangat di fikiran saya


Langsung takde siasatan lanjut, semua tu andaian dan tohmahan tanpa keterangan sokongan


Masa dia tumbuk tu saya terus terdiam


Saya yang memang dah menangis dari awal perbincangan (sebab terbayangkan hani)


Hani lepas turun kereta saya bagitau dia hari ni last ammie bersama dengan ayah


Macam ammie cakap hari ni ammie nak bercerai dengan ayah (saya dah bincang dengan dia bagitau dia dengan ayah macamana pun takkan putus hubungan, sebaliknya bagi suami-isteri anytime boleh berpisah)


Dan hani dah faham konsep cerai, siap tanya saya ammie dengan ayah nak bercerai talak berapa


Saya bagitau talak 1, pastu dia tanya, apa beza talak 1,2 dan 3


Sebab dia ada tengok cerita empat madu...pastu siap dia bagitau sinopsis citer tu pada saya


Saya bagitau talak 1 dan 2 boleh rujuk, rujuk tu apa ammie?


Rujuk tu suami isteri tu kahwin semula, bersama semula, owhh ammie dengan ayah kalau ceria talak 1 boleh kawin semula lah?


Yer, sayang, tu saya jawab



Tapi saya bagitau dia, apapun berlaku antara ammie dan ayah, kakak tetap juga akan dapat sama ayah, ammie akan hantar kakak jumpa ayah setiap cuti sekolah


So, semalam lepas saya bagitau hal tu,, saya nampak dia sedih dan dia terus jalan


Taknak salam saya dan tak minya cium pun


Saya panggil diam dia takmo toleh hanya akan tangan atas bye bye ajer


Saya cakap kakak tolehlah muka kat ammie


Dia toleh sekali imbas dan saya nampak air muka sedih dan menahan sedih dia


Saya ekori dia sampai masuk kelas tapi dia taknak pandang saya lagi.....


Hani adalah matang (kalau anda rasa dia terlalu awal untuk didedah pada cerita ni anda silap)

Miss Sinar sendiri akui bahawa Hani terlebih matang untuk usia dia, dia bukan sahaja boleh mendengar malah boleh menghayati masalah saya


Lepas pak hj tumbuk saya, kebetulan memang saya dah menghampiri traffic light sebelum mahkamah


Saya terus berhentikan kereta


Saya jerit suruh dia turun dari kereta


Saya kta, “turun dari kereta aku sekarang...turun...TURUN...T-U-R-U-N”


Dia takmo berganjak dia kata, pergi court dulu, hantar sampai sana, aki mana tau nak pergi court


Saya jawab, turun-turun-turun sekarang


Adalah dalam 2/3 minit macam tu saya menangis dan menjerit suruh dia turun


Yang dia pulak taknak turun


Akhirnya saya keluar keter, nak bukakkan pintu belah dia suruh dia turun


Tapi saya lupa pulak nak on kan kunci belah saya, so belah dia tak boleh bukak pintunya


Saya patah balik dan bukak pintu belah saya untuk tekan kucin auto lock tu


Dan dia pun bukak pintu belah dia


Sambil dia cakap apa ntah


Saya dalam nangis2 tu saya cakap, tu court dah dekat dah....


Dia tanya saya macamana nak pergi saya jerit jalanlah sendiri....


Masa tu saya tak boleh fikir


Muka adalah sangat sakit


Hati lagi sakit


Masa tu dalam jam 8 lebih sikit


Masa nak pusing keter hala ke kiri tu saya agak menyesal tinggalkan dia


Masih ada belas kasihan juga walau muka dah sakit gila


Tapi dalam hati puassssss


Puas saya dapat luahkan semuanya


Puas sebab selama ni saya mana pernah bergaduh secara berdepan


Puas sebab saya dapat halau dia keluar dari kereta saya


Baru dia sedar diri


Baru dia tau yang kau tu dahlah OKU nak tumbuk orang


Memang dia gila


Syukur alhamdulllah Allah tunjukkan siapa dia


Allah bagi saya pengakhiran yang buat saya takkan menoleh ke belakang lagi


Nekad dan muktamad


Satu keputusan yang sangat tepat dan kena pada masanya!













Wassalam

Monday, March 28, 2011

peristiwa paling hitam dlm hidup!

Assalamualaikum w.b.t


Saya tak bercerai hari ni

Sebaliknya saya dapat habuan lain


Saya ditumbuk dipipi kiri


Dengan tumbukan yg sgt kuay dan sakit


Tisu pipi saya cedera


Muka saya bengkak skrg ni


Saya dah buat report polis


Saya dah ke emergency hospital putrajaya


Dapatkan laporan perubatan


Saya dah hadap hakim utk sebutan kes pg tadi


Hakim yg suruh saya report


Pak hj lepas tumbuk sya terus xdtg court


Jantan sial!l


Nampaknya seolah2 dia nak gantung saya xbertali


Sama MO dia dgn apa dia buat kat nani dulu!



Kepala sgt pening sbb menangis non stop kejap berhenti smbung lg sepagi2 ni


Mata pun sgt pedih


Saya nak tido


Saya akan citer panjang bila emosi dah stabil nanti!


Doakan saya!


Apa khabar hani jawab exam hari ni.

Wassalam

Sunday, March 27, 2011

Yaya : Macam2 masalah ini budak!

Assalamualaikum wbt





Yaya, ini budak ada masalah lagi






kan saya pernah cerita yang dia selalu menggaru kulit dia masa tidor kan?





Dan sekian lama saya asyik bangun pagi sapukan minyak gamat kat kulit2 dia yang digaru





Bukan garu biasa tau





Tapi garu sampai berdarah2





sampai habislah satu botol minyak gamat





Pastu disebabkan saya takmau dia menggaru ditempat sama





Saya tampal pulak dengan handyplas





Tapi non ado, tak berkesan pun





Kudis tak baik2





malah makin teruk





Ada gambar bawah ni sampel kudis dia









Saya syak kudis2 ni adalah kurap




Sebab hasil temubual dengan farouq mak dia pun ada sakit yang sama





Dan saya syak kebersihan memang tak dijaga





Tu sebab kena kurap agaknya








Belakang telingan pun ada, jenuh dah sapu minyak tapi kudis ni memang sukar sekali sembuh






Malam tadi tangan di kawasan siku pun dah ada, hani yang perasan sebab tengok dia menggaru






Dan ini kawasan yang paling hebat, dipinggang



Dah berkali2 saya sapu minyak gamat pada peringkat awal kudis ni terjadi minggu lepas



Tapi tak sangka dia merebak dengan pantas, sekali jemguk macamni jadiknya



Tak lalu nak apu minyak gamat lagi, termenung panjang saya



Aktiviti menggaru dilakukan waktu malam agaknya



So, hari ni juga nak gi farmasi, ker nak gi doktor?



Harus saya dapatkan ubat segera'



hani dah takut dah takut menjangkit....dia punya geli toksah cakaplah



tak taulah nak kata apa. banyak nak citer hal yaya



tapi lain entry



Cuma nak bagitau kat sini



Masa kat cerating dua kali dia tenggelam dalam kolam



Memang salah saya tak awasi



Tapi dalam kes Yaya semua berlaku dengan pantas



Saya baru sampai nak letak baeg, dia ingat kolam macam padang



Dia meluru masuk dan jalan dengan cepat dalam kolam



macam dia jalan atas lantai biasa ni...sesambil gelak2



Skali saya toleh tengok dia dah tenggelam terapung2 dalam kolam



Dia berjaya bangun (sebab cetek sangat)



tapi dia tenggelam sekali lagi sebab ghairah sangat



saya punya jantung xtau nak cakap apa



Masa tu dah ketengah sikit dah (area kanak2)



terus saya lompat masuk kolam campak blackberry entah ke mana



pastu dalam bilik entah apa dia buat sommersault



Jatuh terhentak dan terhantuk berganda



Mula2 terhentak kat lantai pastu rterhantuk pada bucu kabinet TV



mana taknya seminit takleh duk diam



Orang lain jatuh juga tapi takdelah jatuh seteruk dia jatuh sebab kelakuan dia yang sangat2 gedik dan jalan serta geraklaku tak tentu arah dia, tu sebab cara jatuh tu pun kesannya lain dan berganda



Benjol besar kat dahi dan belakang kepala, terpaksa menuam dahi dan kepala dia



Bunyi berdentum kepala dia punyalah kuat




So, kurap dia sangat menyusahkan hati takut berjangkit



hani pun makin lama makin tertekan sebab ajaran hani tak diikuti



Sekadar ajar jangan gigit dan hisap pensel/kaler tapi 3 bulan masih juga tak ubah2 habit tu




Wassalam

Saturday, March 26, 2011

Tinggal sehari cuma~!

Assalamualaikum w.b.t


Ikut hati memang rasa serba salah


Masih ada sisa rasa bersalah


Sebab menuntut cerai


Tapi apakan daya


Saya sangat buntu juga kalau fikir jika saya tak bercerai jalan mana hendak dituju


Ikutkan saya kini memang patut bersedih amat


Sebab 10 tahun hidup bersama (walaupun mungkin bersama tak sampai 5 tahun jika dikira masanya)


Tapi alhamdulillah hanya jika saya duduk dan termenung baru sedih tu datang


jika keadaan biasa tak rasa apa pulak


Sebab dah biasa agaknya, dah biasa sangat bersendirian


Tapi adalah juga kawan2 lain tempat saya berkongsi


Bukan setakat dengan kawan blog jer


Ada 4 teman lain yang tahu mendalam tentang perkara ni


Dua lelaki dan dua perempuan, rasanya memadailah utk saya dapatkan pandangan mereka


empat2 dah kawin, dua daripadanya dah kenal saya lebih lama dari pak hj kenal


Sejak saya zaman anak dara, so memang tau sangatlah saya macamana


Lepas isnin ni saya memang dah azam nak lupakan terus apa yg berlaku 10 tahun ni


Nak jer tanamkan dalam hati bahawa pengalaman 10 tahun ni macam mimpi jer


Supaya pengalaman tu tak mempengaruhi kehidupan saya selepas ini


Tapi xtaulah boleh ker tidak nak fikir macamtu


Ikutkan saya rasa saya dah boleh bergerak jauh dah


Tapi masalah rumahtangga ni banyak membelenggu akal dan fikiran


Orang perempuan ni, kalau rumahtangga cemerlang insyaallah kerjaya pun cemerlang


Sebaliknya orang lelaki pulak kalau kerjaya cemerlang insyaallah rumahtangga akan turut cemerlang


Miss sinar komen dia kesian kat saya sebab selalu tengok saya ni bermasalah jer dlm rumahtangga


Sejak kenal pada 2009 sampai hari ni dia kata macam2 masalah saya


sampai kadang2 katanya dalam kerja pun saya terganggu


Memang saya tak rasa menganggu tapi maybe org luar yg lihat dapat rasakan


Kalau saya takde masalah rumahtangga pasti saya akan lebih fokus pada kerja


Saya akui bahawa memang dalam waktu kerja kadang2 saya akan kelihatan murung


tanpa sebab, sebab saya sendiri pun tak perasan


Tapi miss sinar yang bagitau kadang dia nampak saya terlebih sedih


Terutama sejak dia full time di court ni dia siap pesan miss conquer tengok2 saya


Sebab katanya, dia bimbang kalau dia takde saya akan melayan kesedihan berlebihan


Tapi okay jer.....walaupun kadang2 dalam bilik sya menangis bila kenang nasib


tapi beberapa perubahan dalam hidup buatkan hidup saya melalui proses peralihan ni dengan baik (saya rasa dan harap)


Di pejabat, hubungan saya dengan boss saya (ketua unit komunikasi korporat SPRM) makin bagus


Kolaborasi kami makin sesuai, dia boleh duduk berbincang dengan saya dalam bilik saya berejam2


Berbincang tentang kerja, masa depan organisasi, kepimpinan yang ada, tentang semau isu2 yang berbangkit dan macam2 isulah...


Dan dia juga boleh panggil saya datang pejabat sebelah malam tanpa rasa cuak, sebab dia percaya saya akan datang pejabat...


saya hargai kepercayaan dia, dan banyak benda dia nak saya buat sebenarnya cuma saya tak dapat nak fokus sangat


Tapi lepas ni siaplah......saya akan fokus betul2 pada kerja


banyak kerja menanti sebenarnya


Pada masa ni pun dia dah dedahkan saya mewakili dia dalam banyak meeting


Yang saya pergi Cherating ni pun sebab dia tak pergi


Retreat ni adalah untuk merangka semula pelan strategik SPRM, mengkaji semula visi, misi dan piagam pelanggan kami


Seterusnya membincangakan pelan strategik bahagian saya sekarang, bahagian dasar, perancangan dan penyelidikan....iaiatu bahagian yg menetukan dasar SPRM...


Tak ramai yg hadir pun...tak sampai 20 orang....


saya memang suka part2 brainstorming ni...


Saya ambil bahagian dengan rancaknya dalam perbincangan


saya suka sebab saya dapat curahkan pandangan saya


malah last week saya dan miss sinra assist bos no 4 yg ditemubual dalam rancangan kerusi panas di bernama radio


Boss no 4 ini adalah dato' Sutinah, kira perempuan yg paling tinggiu jawatan dalam SPRM


Sungguhpun dia paling senior, lebih snior dr Dato' Abu kassim Kp kami


Lepas selesai, kami ikut dia pi dinner


Masa dinner banyak kami habiskan masa berbincang dan bermuzakarah dengan dia


Kebanyakkannnya adalah berkaitan perkembangan isu dalam yg perlukan perhatian


Kami bagi pandangan dari kaca mata org bawah, grass root


Dan dia sangat suka dengar, kami cakap yg baik yg buruk dan dia akui semua tu


saya ni memang suka sangat kalau dapat berbincang dengan serius satu2 isu


Terutama membabitkan organisasi kami....


Terutama bila kes Teoh Beng Hock ni berlangsung memang saya ikuti bersungguh2


banyak kelemahan yang dibangkitkan, semua tu dah lama kami perasan....


Dan minggu lepas juga sebelum pergi ke Cherating saya wakil boss saya attend satu meeting khas...boss no 2 chairkan dan dihadiri oleh semua pengarah2 negeri/bahagian...saya jer yg wakil unit....unit komunikasi korporat katanya....


Melibatkan banyak agensi yg penting~AGC, BNM, LHDN......betapa meganya operasi bersama ni sampai dikatakan kalau berjaya operasi ni maka kakitangan awam akan dapat bonus tahun ni sebab banyak billion dapat dipungut kerajaan....


Apa operasinya tak dapat saya dedahlan sekarang...sangat besar skalanya..tggu lg 2 mggu mgkin baru dapat tau hasilnya.....


So, melihatkan kerja yg tak pernah susut dan ada jer yg menanti saya tak fikir yang saya akan ada masa fikir benda selain kerja dan budak dua orang ni


lepas ni saya akan buat persiapan awal, nak beli baju raya siap2 sebab tahun ni ada dua anak, nak mula buat tabungan juga, selama ni ada banyak cuai....


Dan saya juga nak simpan tabungan untuk melancong, nak melancong setiap tahun....


Saya nak pastikan hidup hani terisi dengan pengalaman2 hidup yang indah...walaupun tanpa seorang ayah....


Dan azam saya dalam kerja ialah saya nak hentikan sikap low profile saya


Nak mula menunjukkan potensi diri sebenar....


Selama ni saya selalu dibelakang tabir jer, malas nak ke depan


Walaupun saya tau boss saya sangat harapkan saya ke hadapan promote diri


tapi saya terus terang dangan dia bila dia kata dia suruh saya lead unit komunikasi korporat


Sebab dia mungkin akan jadi ketua unit Antarabangsa


Saya kata saya boleh jadi pengikut yang setia


Tapi bukan ketua yang bagus


Biarlah saya kerja bawah tuan terus


lama dia bersyarah kat saya


Dia masuk dulu dengan kelulusan SPM/LCE


Tahun 1970-an


Dah kerja 30 tahun lebih


Sampai sekarang dah ada master, dengan gred 52 (merasa naik pangkat semua gred, cuma tak tau sempat tak ke 54 sblm pencen)


Dia india masuk islam, tau jerlah semangat jerja dia memang gila2


So dia bagi saya semangat...kau boleh salwa,....takkan selama2 nak jadi orang bawah


Dia marah saya, sebab saya dengan dia naik gred 44 satu kelompok, malah kami gi PTK dari 41 utk ke 44 pun sama...


tapi malangnya saya tak ke PTK utk 48, sebab amsa tu saya sibuk dengan siasatan tak register PTK


saya hanya terlewat beberapa bulan PTK, sebab saya ke PTK next lepas kumpulan boss saya tu


tapi masa hari register PTK utk ke 48 tu, 2/3 peserta yg nak ambik kali kedua cancel sebab hari yg sama keluar keputusan pemangkuan ke gred 48


Makanya kami tinggal berenam yg ambil PTK, semua kami adalah gred 44 yg ketinggalan dlm PTK sebelumnya


PTK yg tu lah yg saya dapat keputusan dua2 kertas aras 4, tapi sayang terlewat dah taks empat masuk kumpulan boss saya utk naik 48


baru2 ni nak naik 52 ada pulak interview, orang lama gred 48 terpaksa bersaing dengan orang baru gred 48 termasuk boss saya yang baru masuk 2 tahun gred 48


So, boss saya memang pandai cakap dan pandai kerja so, markah dia adalah tinggi (markah interview dan markah SKT)


maka dia termasuk dalam sebarai 15 orang yang naik ke gred 52....rezeki dia


walaupun ramai yang jauhhhh senior dari dia tak dapat dan rasa marahs erta demotivated tapi itulah namanya rezeki


dan yg lagi buat bengkek senior adalah ada 3 orang junir yg sangat2 junir (umur awal 30 an) dapat gred 52....


bayangkan dorang masuk kerja 2003 ada yg 2005, dalam masa 6 tahun dari 41 pergi 52, gila aahhh


Walhal hanya dalam tempoh tu semata2 duduk dalam siasatan jer....maklumlah siasatan HQ buat kes high profile, so boss semua kenal


Yg kat state tu melopong jer, juga yg dari bahagian bukan siasatan sangat dianaktirikan


So, what to say?


Kalau rasa nak naik pangkat cepat sila promote diri anda kaw2....terpaksa ikut politik juga


Adakah itu namanya politik pejabat?


memang sebagai boss kalau kita nampak kerja orang tu kita akan suka dan akan cuba naikkan pangkat dia kan?


So, nak salahkan keadaan atau nak salahklan sistem?


eh bebel hal lain plak..ah lantaklah....asalkan hati saya senang xfikir hal pak hj, lantaklah saya nak citer apa kat sini kan?


Sebelum berundur nak tanya, nak kekalkan ker blog dunia bermadu ni?


Dah takde citer menarik dah pun...


dan nak update sikit...pak hj suh saya ambil dia pagi isnin tu bila dia sampai Putrajaya Sentral....


Perlu ker saya ambil? atau lantak kan ajer dia terdengkot2 carik teksi pergi court sendiri?


Saya dah ada jawapan, anda pun boleh agak jawapan saya kan?.....cuma nak minta pandangan jer....



Wassalam

Thursday, March 24, 2011

Saya tetap pendirian kali ini, insyaallah....

Assalamualaikum w.b.t







pagi ni patut pak hj datang nak ambik hani





Sebab saya nak suh dia pergi kat ayahnya adalah kerana kesian dia duduk dibilik bersama yaya





Bukan ada sebab lain





Mulanya pak hj suruh saya hantar hani ke Kuala Trengganu





Saya jawab tak sempat, prog abis jam 10.30





tapi malamnya dia sms pagi esoknya (hari ni) dia nak datang ambik hani





Saya kata ambik yaya sama sebab hani yg jaga yaya





Dia kata hani sorang jer boleh





Sebab hari ahad dia nak datang putrajaya bawak hani naik bas,





Susah nak handle 2 orang...





lepas subuh pagi tadi saya balas





kalau nak ambil hani sorang elok tak payah ambik sebab yaya sorang sini xde sapa jaga





So tak balas pun





Saya andaikan memang takkan datanglah





So hani malam tadi saya ada maklumkan pagi ni ayah nak datang ambik dia bawak ke ktan





hani jerit2 takmau





Tak tau kenapa





mungkin trauma dengan khabar ayahnya pindah hari tu





Saya plak spontan jawab,





"Lah pergilah sana, boleh tau keadaan diorang macamana" (tak tau apa motif utk saya tau semua tu)





tapi hani xnak pulak setuju dengan cadangan saya tu



So, saya biarkan ajer



eh tetiba takder idea lak....


Masih di Suria Cherating sampai esok....


Esok kami bertiga akan balik, sebelum tu nak ke Kemaman, sebab dah dekat sangat dah!






s





Wassalam

Wednesday, March 23, 2011

menyibukkan diri.....

Assalamualaikum w.b.t



Beberapa weekend terakhir ni setiap weekend saya akan menyibukkan diri


Minggu lepas, sabtu saya ke rumah kawin kawan office, sama2 kat Negeri 9 dulu


kalau dulu saya tak ambik port pada jemputan kawin ni


Walhal banyak jer kad jemputan yang datang


Sebab saya rasa macam ..."alaaahhh aku gi pun bukannya tentu anak aku kawin esok diorang akan dtg'



Tapi sekarang ras amacam emmenuhi jemputan kawin tu seolah2 saya dapat meredakan perasaan saya...rasa macam best pulak....dapat jumpa kawan2 office di luar waktu pejabat dan dapat gak kenal keluarga mereka


Kebetulan masa kat sana, kawan pejabat nak bawak mak ayah dia ke IKEA


Saya pun kata nak follow, dia onn jer


So sabtu tu ke Ikea utk kali kedua seumur hidup


Pertama dulu pergi dengan kawan sekursus


So, smapai sana kami berpecah


Sebab yaya dua kali nak kencing..menyampah betul....



balik tu, terus ke KTM komuter Bangi, ambik Iza yg baru sampai dari seremban


Dari KTM terus bawak iza ke Warta Bangi bawak jalan2 dan bawak makan


Ahadnya, saya ke tapah road, rumah Miss Sinar, bawak budak berdua tu


Bawak iza sama sebab rasa kalau ada Iza seronok sikit


sebab plan asal nak ke Penang, bawak iza sebab nak jumpa ayah dia sama


tapi dah program tukar xjadi ke penang maka hajat bawak Iza tetap juga saya teruskan


Dan balik tu tengok dari tapah Road ke cameron Highland hanya 59 km jer


So kami naik kesana, lepas maghrib juga malam tu kami turun walaupun boss saya yg saya called


bagitau kalau lepas maghrib xyah turun, dah gelap katanya


Dia suh saya bermalam kat homestay kawan dia di CH


Tapi saya xnak sebab kami tak bawa persiapan apapun


Mencabar juga drive gelap2 turun dari CH, tapi saya yakin dengan kemampuan saya memandu


saya teruskan juga, Iza yang beberapa kali kecut perut dan banyak kali cakap, "amboi makcik otai betul..berani betul makcik ek..." bila tengok gaya pemanduan saya ....


sampai rumah dalam jam 12, esoknya masuk kerja cam biasa, boss suh ambik half day, bila saya minta cuti, tapi bila masuk office sampai ke petang juga sangkut...


petang tu saya terus hantar iza balik seremban, lepas maghrib gitu baru bertolak balik melaka


Sampai melaka jam 10 macam tu, duduk sejam, jam 11 saya balik putrajaya semula


Gigih betul....tapi sampai senawang mengantuk giler....


saya tido dalam keter, sedar2 dah jam 4 pagi....


Masa perjalanan dari melaka tu saya ada sms pak hj minta address tu


bangun jam 4 pagi tu yg saya tengok hp dan terus ada sms dia, yg kata suh 'failkan nanti saya datang'



Terus saya bawak kereta slow jer sambil menangis di subuh yang hening tu.....


Sampai rumah punyalah lewat...dekat jam 5.30 baru sampai


Terus saya siap2 sebab kesedihan sangat mendalam


Dan saya pergi ke pejabat pagi tu dengan hati yang pilu....


Minggu ni pulak, saya kena ke Cherating


Semalam saya bertolak ke Cherating, sebab saya masuk office dulu, maka jam 4 petang baru saya siap2 sebab baju dah packed subuhnya


Asalnya memang nak abwak budak berdua tapi bila bagitau ustazah hani dia plak offer nak jaga hani


Sebab hani sebaya dengan Husna anak dia, memang close hani dengan husna


Bila jadi gitu, syukur juga, pastu bincang dengan cikgu yaya, diorang setuju juga jaga, bayar RM50 semalam


4 malam kadinya RM200, takde hal asalkan ada org jaga


Tapi masa nak bertolak tu rasa tak sedap ati betul nak tinggalkan budak berdua tu


dan terus rasa anak cakap kat boss xnak pergi retreat ni....


tapi saya called miss sinar dulu, minta pendapat


Miss sinar cadangkan bawak jer


Asalnya dah set dengan iza nak ajak dia tapi dah tukar budak berdua tu xjadi bawak so cancel dengan iza


tapi bila miss sinar kata bawak jer...saya pun adalah confident nak bawak...


nak ajak Iza dia da atur kelas mengaji semula


dalam jam 6 lepas ambik budak2 tu kami bertolak ke Cherating


Slow jer saya bawak, singgah solat, isi minyak, ambik duit, makan McD adalah dalam jam 7 macam tu kami masuk tol gombak...


dalam jam 10.30 kami pun sampai ke Suria Cherating Beach Resort...taklimat dah selesai


Sempat minum malam jer....


So budak berdua ni duduk dalam bilik, saya turun kelas, ada rest saya naik tengok diorang


kebetulan ada pegawai lain bawak isteri duduk depan bilik saya ni so suruh dia jengah2 budak2 ni


Petang nanti baru bawak wimming pool...


So nak gi kelas


Saya ada sms pak hj suh datang ambik hani sebab dah separuh jalan


Dia suh saya datang Kuala trengganu hantar hani


No way...malas ahhh.....
Wassalam

Monday, March 21, 2011

Ya Allah berilah saya kekuatan

Assalamualaikum w.b.t


Benar bagai dikata


Sungguh bagai diandai


Semua komen membina yang ditulis ada benarnya


Semua saya semat dalam hati


Sekali lagi rasa snagat terharu


Dan sungguh komen2 ini semua dalam hati saya


Dan sebagaimana diketahui pembaca2


Saya ni memang lemah bab2 perasaan ni


Dah mula rasa serba salah


Dah mula rasa nak mengalah


Terasa-rasa nak pecut ke Kota Bharu pun ada


Tapi bila kenang sejarah lama semua tu cepat menginsafkan saya


Semua benda2 buruk cepat2 saya suruh singgah dalam kepala


Semat dalam hati


Tapi bila fikirkan hani, rasa macam berdosa pada dia


Rasa kasihan yang amat sangat


saya takut pak haji akan buat tak tau selamanya tentang anak ini


Dia akan lepas tangan dan anggap hani tak wujud langsung


Bukan omong kosong tapi ini realiti yang iza hadapi


kalau begitu tentu saya yang akan rasa bersalah


Kerana memisahkan kasih anak dari ayah


Sungguh bukan salah saya


Tapi mampukah saya nak berdepan dengan dia nanti semata2 untuk hani


Sedang dalam hati tentu dendam kesumat bergelora


Tu semua ada dalam kepala saya bermain2 berputar2


Kadangkala rasa macam nak pecah dada


Sementelah hani tak tau apa2 pun pasal perpisahan saya dan ayahnya


Minggu depan tarikh sebutan kes juga adalah tarikh hari pertama peperiksaan Hani


tak sanggup rasanya nak menganiaya dia


Dan saya sangat memerlukan kata-kata sokongan


Please please please yakinkan saya inilah jalan yang terbaik pada masa ini


saya tau kalau saya terjah ke KB sure pak haji akan cair dan segalanya akan seperti dahulu


Saya tau derita saya akan berulang lagi dan lagi


Tapi saya buntu sesak dada saua memikirkannya


Harap tak jemu2 bagi saya kata2 semangat yer


Alhamdulillah kerja seperti biasa bizi, dari satu teks ucapan ke satu teks ucapan


Dari satu input yang perlu disediakan ke satu input lain


Dan mujur boss saya juga tak lepas pandang pada saya


Sentiasa bagi kerja untuk saya bereskan


Tak beri ruang untuk saya terlalai dan leka


Makanya masalah saya sedikit terlupa


Tapi bila buka blog hari ni sejak jumaat lalu xbuka2


Terasa masalah semakin merumit dan hari dinanti makin dekat


Moga2 pendirian dan keinginan saya ditetapkan buat masa ini


janganlah dibolak balikkan


Credit utk komen Ina Paka, sangat terharu dan sayu telahan ina semuanya benar belaka.....tqvm Ina.....saya sayang juga semua pembaca cerita saya ini...terasa hubungan mesra dan rapat sekali.

Wassalam

Friday, March 18, 2011

Akhirnya, moga ini jalan kebahagiaan buat kami....



Assalamualaikum w.b.t


Saya sangat terharu dan sayu bila baca komen-komen ni, dan sesetengah komen tu banyak buat saya terfikir. Sebenarnya saya rasa pembaca blog saya dah boleh mentelaah apa yang ada dalam fikiran saya. Tu sebab bila saya baca saya rasa macam kena betul dengan jiwa saya nasihat tu. Tepat!


Komen MA sangat-sangat memberi kesan kerana betul apa yang MA kata tu cuma saya tak terfikir (malas nak fikir) sampai tahap tu. Komen Luna pun sama, betul apa Luna cakap tu, banyak episod dalam hidup...dan cukup2lah episod yang ini kan? dan dayang, akak asyik ingat dayang jer, rasa macam apalah sangat masalah akak banding dayang.....ummi dan oren, tq jugak atas nasihat pendek tu....kak zar dan kak sal, doakanlah saya diberi kekuatan....kak sal, jiji, amir syafiqah....harap2 semuanya akan okay lepas ni....

Saya ni kalau ikut orang-orang terdekat yang saya bergaul selalu macam Miss Sinar, Miss Conquer, diorang kata saya ni fikir lurus sangat (lurus bendul loain sket kan maknanya), suka nak bersangka baik jer....bahkan Iza anak tiri saya pun komplen kata apasal makcik ni nak fikir baik jer tentang orang? Khususnya bila kami bincang hal Aza, mak tiri dia....



Kalau seseorang tu cakap macam ni macamtu, memang saya akan percaya bulat-bulat. walhal kadang-kadang orang tu berlakon atau sengaja bergurau dengan saya. tapi saya percaya. memang itulah saya. Dulu2 saksi/OKT cakap pun saya akan percaya versi diorg walhal penipu semua tu. Tu sebab saya dulu malas nak deal dengan saksi/OKT, bila dah mengaku baru saya masuk campur.



Dalam kes mak si yaya, Nor ni pun ikut hati sya memang percaya jer bulat2. Bila Miss conquer dan Miss Sinar cakap macam2 baru terbuka minda. Dan saya buat keputusan tak nak bela Farouq. walau dalam hati kesian sangat.



Saat ni mak, kakak dan abang ipar dalam perjalanan hantar farouq balik Kedah. Semua tak sanggup jaga. Saya sekarang hanya nak tumpu pada Yaya sahaja. Cukup beban yang ada.


Begitu juga dalam hal rumahtangga, saya masih percaya bahawa pak hj masih sayang saya. Sungguh tak patut perasaan tu kan? terang2 dia dah bersedia sangat2 nak ceraikan saya, malah tak langsung bertanya hal anak, saya pulak fikir bukan2.


Paling tak munasabah saya masih berharap dimalam terakhir tu saya dapat bermalam dengan dia dan berbincang hal selepas penceraian, terutama hal Hani.


Saya taknak dalam court nanti dia timbulkan isu hak penjagaan anak. anak perempuan automatik akan diserah pada ibu jika umurnya 7 tahun dan kebawah tetapi lebih 8 tahun dan ke atas maka hak penjagaan adalah pada ayah, melainkan ayah tidak membuat tuntutan ataupun siibu dapat buktikan bahawa sia ayah tak mampu.



So, saya taknak tetiba pak hj nak buat tuntutan hak penjagaan anak pulak. Memang bunyinya mustahil tapi semuanya berkebarangkalian.


Saya berdoa agar dia tidak buat apa2 tuntutan. saya sms dia pasal tuntutan hak penjagaan anak ni pun dia tak balas. Dan saya bimbang juga kalau2 di court nanti dia bangkitkan hal bukan2. memang ada sejarah antara saya dan dia melibatkan orang ketiga. Berlaku pada 2003/2004 dulu. nanti saya cerita lain kali.


Sejak buat keputusan dan dahpun dapat tarikh untuk sebutan dan sekaligus hari pak hj akan melafaz talaq (jika tiada masalah berbangkit) ni hati saya memang rasa remuk redam walaupun jauh dalam sudut hati saya tau inilah sahaja jalan keluar yang terbaik untuk masa depan saya (kadang2 ada sudut lain dalam hati ni cuba menafikan hal ini, jenuh juga saya nak ketepikan perasaan tu).



Saat yang sama pula, berlaku perubahan di pejabat melibatkan isu kahwin. Miss conquer kan baru kahwin disember lepas, banyak perubahan berlaku pada dia dan dia juga sering kongsikan kegembiraan dan perubahan2 dalam hidup dia pada saya. sungguh excited dia melayari rumahtangga.


Miss sinar pulak baru lepas kahwin weekend baru ni. Pun asyik2 sms saya, dari malam berinai besar tu sampailah sekarang asyik ber BBM. Saya kan di ibu pejabat Putrajaya dia di Court jalan duta sebab dia men'tweet' kes RCI teoh beng Hock tu. So kami ber BBM jerlah.


Okay, dua2 pengantin baru ni sering menjadikan sya tempat merujuk. Suka dan duka dalam rumahtangga. Minta nasihat sebenarnya. sampailah bab2 sex ni, ialah dua2 takde pengalaman, ada jer masalah sana sini. Saya pulak memang terbuka, terus terang. Bagilah nasihat serba sedikit.

Dalam bagi nasihat ni, saya sangat cemburu juga melihat mereka bahagia dan dapat menikmati alam rumahtangga. pada masa sama saya juga buat perbandingan, yerlah mereka mendapat suami muda lebih2 kurang sebaya, takde pengalaman beraksi ( sorrylah lucah sikit yer) memang bermasalah bagi isteri memenuhi spesifikasi yang awal2 mereka idamkan. Nikmat mereka rasa tak sama seperti saya. Bersuamikan orang muda lain kehendaknya banding orang tua....




Saya rasa sangat bertuah kerana dalam hal tersebut saya tak bermasalah. bila fikir benda2 tu rasa macam ahhhh, adakah sebab bertuahnya saya dalam hal sex saya sanggup bertahan 10 tahun? Dapat dia yang boleh layan saya, berkorban untuk saya dalam hal itu....sedangkan dalam urusan rumahtangga lain semuanya dia lepas tangan.



sekarang ni tulah masalah saya, memang saya takde kebergantungan lain pada suami selain dari yang itu, makanya bila berpisah ni, yang itu sahajalah perkara yang paling perlu untuk saya ber mujahadah melawannya! Apalah benda lain yang boleh gantikan yang itu agaknya.



Memang boleh puasa, solat dan mengaji, benar tapi mungkin sedikit sukar. Apapun saya akan cuba dan cuba lagi dan lagi.....sebenarnya dah okay dah lately ni tapi bila miss conquer dan miss sinar kahwin ni dan mereka pulak merujuk pada saya, memang saya rasa macam sunyi, sepi, lonely.....dan terbayang2 bahawa semuanya dah berakhir, saya takkan merasa lagi nikmat yang itu.



saya kagum pada mereka yang bertahan, MA, Kak Sya (dah lama dia tak masuk blog saya rasanya-sekadar menyebut beberapa nama) agaknya apa rahsianya. Mungkinkan setiap wanita berbeza kehendaknya, mereka lain dan saya lain? Dalam hati saya pasti saya memang boleh bertahan dan seterusnya lupakan semua kehendak tu (dan memang itu bukan segalanya tentang hidup pun kan?) cuma saya mungkin perlukan sedikit masa.

Saya turut kongsikan komen-komen membina dari anda semua....sangat tersentuh keprihatinan anda buat saya rasa lebih yakin atas keputusan ini....


MA said...
Saya doakan agar dipermudahkan semua urusan untuk Salwa. Juga diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi semua ini.

Jangan fikirkan sangat hal "title" yg bakal disandang. Why give label to yourself? Ada hikmah tersembunyi, Tuhan mahu bagi yang terbaik untuk Salwa. Kita tak tahu perancangan Allah - berbaik sangka lah kepaada Nya.


Take care Salwa.


kakLuna said...
ye kak...ingat blk tujuan Allah menjadikan kita adalah utk beribadat kepadaNya, mencari keredhaanNya, mengumpul pahala...dan akhirnya memperoleh syurga Allah....untuk tujuan itu...tak kira lah siapa kita...seorang bujang, isteri, isteri bermadu, janda, balu dan sebagainya...

hidup ini banyak episod,ini salah satunya, di sebalik perpisahan, bkn semua itu tidak memberi hikmah...dr kehidupan rtangga yg lalu, Allah telah memberi peluang merasai nikmat perkahwinan, dimurahkan rezeki, diberi ilmu agama, dikurniakan zuriat...sudah tertulis bahawa nikmat2 tersebut yg diberi melalui perkahwinan adalah setakat itu saja...tapi tidak bermakna tidak ada jalan yg lain...jika sekalipun tiada, kena ingat, pertemuan perpisahan adalah fitrah...sebaik2 mana pun sesama manusia, pasti akan berakhir dgn perpisahan, hidup ini cuma pinjaman, apa yg ada jua pinjaman, sampai masanya kita akan memulangkannya kepada yg Hak iaitu Allah.


banyakkan solat akak, baca Qur'an, dekatkan Allah dlm hati..Dia pasti mengurniakan ketenangan dan kejelasan minda utk akak menghadapi semua ini.

andainya dekat mmg sy pinjamkan telinga dan bahu yg zahir ini utk akak luahkan segalanya.

Jiji said...
kak add me in ur speed dial.

*hugs*


Zareda Norman said...
Kak zar juga doakan agar hani dan salwa dipermudahkan segala urusan.

Terimalah dengan redha, jodoh salwa dan suami hanya setakat ini. kak zar doakan agar Allah SWT berikan Salwa dan hani kekuatan untuk melalui kehidupan seterusnya. Redha, pasrah dan bersabar. Setiap yang berlaku ada hikmahnya!!!


oren said...
speechless...

idak la mendoakan perceraian, tapi kalo itu lebih baik utk ketenteraman idup akak, hati akak, jiwa akak, then, kenapa menidakkan ia?

takpe..dia takde pon, akak bleh hidup gembira ngan anak2..hati kena hepi, tu yg paling penting..bila hepi, org sekeliling pon hepi,anak hepi..

all the best..

dayangbest said...
Maybe its about time, Kak

Percayalah, maybe this is for the best..
Kita tak tau perancangan Tuhan macam mana kan?


Ummi said...
all the best wa, itulah jalan yang terbaik untuk hani dan wa

semoaga di permudahkan semua urusan


MA said...
Salwa,
Jangan rasa rendah diri dgn apa yang terjadi. Ini bukan satu pertandingan untuk ditetapkan kalah atau menang. Lihat sudut positif - kehidupan Salwa adalah JAUH lebih baik dari kehidupan mereka berdua.

Sepatutnya Salwa yang rasa bertuah dapat melepaskan diri dari semua belenggu ini. For all you know Aza yang rasa dengki yang Salwa mempunyai kekuatan ini dan mampu membuat perubahan hidup yang lebih baik, dan dia yg kena menghadap benda bodoh Pak hj for the rest of her life.

Salwa ada BANYAK kelebihan. Nilai kehidupan Salwa adalah jauh lebih baik dari mereka berdua. You are stable, with a brilliant future in your job dan mampu memberi Hani semuanya.

Ibadat dengan Tuhan bukan terletak di tangan/kaki suami - apalagi dapat suami yg tak bertanggungjawap mcm Pak Haji. Keimanan ketakwaan kita direct kepada Tuhan, tak ada perantaraan - thats the beuty of Islam.


Percayalah - Salwa membuat perkara yang terbaik dalam hidup Salwa dan Hani. Kesedihan itu memang natural - tapi jangan sampai ianya mengaburi your best judgement terhadap perkara yang benar dan logic.


Yang paling penting - kawalan emosi dan jangan sekali2 rasa rendah diri atau sudah kalah.

On the contrary - Salwa sudah menang BESAR. Nobody can bully you any more.

Idea Miss Sinar nak teman Salwa itu sungguh baik. Thats a true friend. Biar dia temankan - you need that support.


Good luck.

Mutiara said...
Semoga Allah permudahkan urusan. MA has said it all.


Amir Syafiqah said...
Semoga salwa d beri kekuatan utk berhadapan dgn Pak aji nnt. Jgn mengalah Dan berputus asa. Dan jgn toleh ke belakang (jgn menyesal) once desicion been made. Insyaallah, Ada hikmah d sebalik semua ni.

terima kasih sekali lagi untuk komen MA, Luna, Kak Zar, Jiji, dayang, Oren, Ummi, Kak Salma, Amir Syafiqa....sangat saya hargainya....




Dibawah ni adalah gambar hani sejurus lepas saya bagitau dia yang saya tak jadi hantar dia ke Penang sebab ayah dah pindah kelantan. masuk keter saya cakap kat dia...takperlah kak, mungkin kita dah takde makna dalam hidup ayah, pindah sana sini tak bagitau kita...kakak janganlah sedih (masa ni saya dah nangis dulu), ammie pun dah cukup untuk bahagia kan kakak..nanti kita bertiga pergilah jalan2 okay....sekali dia diam jer lepas masuk keter, pandang tingkap, saya panggil dia toleh pada saya, dia dah meleleh air mata, dia menangis dalam diam.....sapa yang tak sedih sebab ayahnya, anak saya menitiskan air mata.......






Dalam diam dia menangis maksudnya sedih dia cukup dalam...mungkin sama macam sedih saya...saya takde niat nak lepaskan kesedihan saya pada dia malah saya tak kongsikan pun dah masalah2 saya suami isteri dengan dia bermula tahun ni atas nasihat pembaca blog...tapi berita yang satu ni saya kena bagitau sebab dia memang excited nak gi penang, banyak kali dia bagitau dia suka sangat suasana kat Balik Pulau, macam kat kampung2 yg terpelihara boleh jalan2 masuk hutan main air sungai, pusing satu kampung.....malah kalau nampak suasana kampung (masa kami merayau kat sg merab carik rumah sewa) banyak kali dia kata ammie duduklah sini, suasana dia macam kat balik pulau...saya tau dia rindu suasana tu....kat Sg Burung balik Pulau tu memang cantik....






tak lama lepas tu, dia cakap dengan saya...ni betul2 buat saya sedih tau (sedang menaip ni pun meleleh air mata saya)....hani cakap, ammie tau tak....kakak selalu menangis ingat ayah bila ammie marah kakak......nak tido kakak pandang dinding kakak nangis pastu kakak panggil ayah...ayah..ayah...kakak teringat kalay ayah ada ayah pujuk kakak, peluk kakak tidokan kakak...."



Saya akui sejak yaya ada ni ada jer benda yang selalu buat saya marah dia....saya selalu juga marah kedua-duanya, ada benda saya kena marah hani sebab memang betul dia yang salah....tapi salah dia tu takkan berlaku kalau yaya takde, kalau hani berdua dengan saya memang saya jarang marah2 dia takde buat salah apa...tapi sejak yaya ada ni, saya perlu juga marah kadang dia buli yaya, dia geram kat yaya dia pukul yaya.....benda2 macam tu saya tak boleh biarkan sebab saya nak diorang betul2 ada rasa kasih sayang macam adik beradik betul...sya tak sangka dalam dia setiap kemarahan saya tu makan dalam.....kesian hani.... so saya MMS gambar hani kat atas tu pada pak hj dengan mesej.....


"hani menangis bila dpt tau tak dapat pergi Penang, sampai ati sanggup buat anak saya macamni. zalim! Lepas ni tak payah ingat dia dah. Anggap jer dia tak wujud , dia ada hp pun tak pernah nak sms@ call tanya khabar dia. Ayah jenis apa?"









Dan jawapan dia sangat buat saya terkejut;



"Apa cerita ni hendak hantar je! Biar ayahnya uruskan. engkau ni betina apa?"


Terus saya putuskan jantan sial ni takkan ada dalam hidup saya lagi! Serta merta saya balas semula;


"Jantan dayus. lari dari tanggungjawab. Lari dari masalah sana sini. Putuskan silaturrahim. Pindah tak bagitau tiba2 nak suruh aku hantar kelantan. Gilalah kau anak beranak ni."






Sijil nikah....menyesal nikah dengan dia....nampak sangat saya muda belia masa ni banding sekarang, dia dah tua....lepas 10 tahun tua saya pulak berganda2 nampak tua sebab menanggung beban memikirkan masalah yang dia bawa dalam hidup saya...dlm 10 tahun ni berkorban tak pikir diri sendiri, tak pernah pi facial, buat rawatan diri ker semata2 sebab dia kata tak payan buat benda2 tu membazir.....lepas ni nampak gayanya bolehlah jaga diri sendiri...









Ni notis summon/sapina untuk hadir ke mahkamha syariah Putrajaya 28 Mac ini, jam 8.30 pagi...untuk sebutan kali pertama kes...mudah sangat urusan cerai di Wilayah persekutuan ni, undang2 keluarga islam kan berbeza setiap negeri. kalau kat seremban dulu setiap kes permohonan cerai kena melalui proses kaunseling dulu, tapi kat sini lain, terus boleh bercerai kalau takde masalah berbangkit...


Wassalam

Tuesday, March 15, 2011

28 Mac 2011, Isnin, 8.30 pagi

Assalamualaikum w.b.t


Itulah tarikhnya


Tarikh yang saya pilih


Untuk sebutan kes


Kes permohonan Untuk penceraian


Dah terima pun notis untuk hadir kes


Di Mahkamah Rendah Syariah Putrajaya


Suka atau tidak, saya telahpun buat keputusan


Dan pihak sana sangat-sangat ghairah nak bercrai nampaknya


Takper, dengan cara yang ditunjukkan tu


Lagi bersemangat dan tak rasa kesal saya ambil keputusan ni


Sungguhpun dalam hati sedih.


sangat sedih!


Perkahwinan yang bakal mencecah 10 tahun 2 Jun ini berakhir juga


Idea Jiji untuk akak tinggalkan dia nampak gayanya dah tak relevan


Faktanya memang dia dia sangat 'cerdik', dia yang dah awal2 tinggalkan akak


Hanya kerana nak pinjam seribu saya tak beri


Itu punca persengketaan yang terakhir,


dan saya pun ada cerita di blog ini


Memang itu yang dia mau, cepat jer dia balas bila saya minta alamat


Asalnya saya sms minta address


dia balas 'taman sbj, wakaf baru


Saya jawab, alamat penuh


Dia balas, hantar jer mana-mana stesyen


nanti dia akan datang ambil Hani


saya jawab, saya bukan nak hantar anak, saya nak failkan penceraian


Cepat dia balas katanya, 'failkan je beritahu tarikh perbicaraan insyaallah saya datang'


'saya' dia bahasakan diri dia...


So isnin minggu satu lagi nanti secara rasminya saya akan masuk kelab


IBU TUNGGAl


Banyak perasaan nak luah tapi biarlah saya simpan jer dulu...


Tapi yang pasti, saya pasti dan pasti akan menangis...pada hari berkenaan


Doakanlah saya diberi kekuatan


Miss Sinar dah offer diri nak temankan saya di mahkamah nanti


'Saya takut Puan pengsan jer, kalau sya ada boleh saya bantu', kata Miss Sinar


Saya cakap, saya dah cukup kuat dah Mai....sorang pun saya boleh uruskan...


Update Rabu, 16 Mac 13.11 pm


Semalam, memamg sedih tapi cepat2 saya hilangkan perasaan sedih tu


Tapi ternyata hari ini, saya sedih yang amat, amat sangat


Saya tak sangka yang kesedihan ini akan berpanjangan


Hari ni saya tak tahan, perasaan saya tertekan sangat


ada cerita yang menyebabkan saya menangis


Tapi nanti dah lega saya ceritakanlah


Pada masa ni, air mata saya jer yang berjuraian


Dan saya tak rasa yang saya nak kongsi dengan sapa-sapa


Saya hanya nak mengenang semua yang telah berlaku ini


Saya hanya nak menghayati saat-saat indah dan semua kenangan bersama


Berat untuk saya buat keputusan ini


Sungguh saya sudahpun nekad failkan permohonan penceraian


Tapi jauh dalam sudut hati saya terasa jiwa merana


Bila difikirkan saya tak kuat lagi


Apapun saya kena juga berhadapan dengan hari berkenaan


Kuat atau tidak bukan isu lagi


Pagi tu nanti saya kena juga berhadapan dengan pak hj


Saya bimbang dia akan datang dengan aza


Kalau dia datang dengan Aza pasti hati saya akan terhiris


saya tak tau nak beraksi bagaimana


Sebab saya memang tak nak dan tak suka dilihat mengalah


Apatah lagi didepan Aza


Pasti jauh disudut hati dia merasakan dia dipihak yang menang


Ataupun mungkin dia merasa yang saya dipihak yang salah


Apapun, nak kena banyak solat dan doa


Period pulak sekarang ni....



Wassalam

Takde kata-kata

Assalamualaikum w.b.t



Sangat tak tenteram hati saya sejak minggu lalu


Cuma tak sampai hati nak berkongsi kat sini


Bukan apa


Kalau saat hati tengah panas


Jiwa tengah bergelora


Hati sedang membara


Dan pada masa sama juga


Rasa sangat terhina


Sedih, sayu, marah, dendam


semua perasaan yang ada bercampur baur


tak boleh diterjemah dengan kata-kata


Maka blog akan jadi tempat saya menghambur kata-kata


Yang takkan menyelesaikan apa-apa


Takkan membawa kemana-mana


Sebaliknya hanya akan memaparkan kelemahan saya


Tapi sekarang agak reda dan redha


Saya catatkan disini sebagai rujukan nantinya


Ceritanya begini


Minggu lepas saya dah merancang nak hantar Hani ke Penang


Saya dah pun janji dengan anak tiri saya, Iza minta dia temankan


Program kami mudah jer


Sabtu kami akan ke Ipoh, cadangan asalnya kemudian dibatalkan


Sebab Kak Nor, rumah tempat kami nak menumpang tu


Dia pulak pergi bawak pengantin ke Kelantan


So, program tukar ke Ahad pagi kami bertolak ke Tapah Road


Miss Sinar kawin


Dari tapah Road kami nak gerak ke Penang terus


Hantar Hani ke Balik Pulau


Hani toksah cakaplah punya excited nak gi rumah ayah


Nak jumpa Zubair, Sofiyyah


Khamis saya sms tanya ahad ada rumah tak saya nak hantar Hani


Katanya nak sampai nanti bagitau


Ok, apa tandanya tu? maksudnya dia ada di Balik Pulau kan?


Jumaat pagi saya hantar sms lagi, malas nak tengok hppa sms nya
tapi lebih kurang saya nak sahkan memang betul dia ada,


sebab mana tau kot2 dia keluar 40 hari ker...


Tup2 dia kata, dia ada di Kelantan


Pastu saya tanya apa ntah....jawapannya...


Semua dah pindah kelantan, Zubair sekolah sini


Tak terkata saya....


Terus bergenang air mata saya


masa tu saya kat Cafe


Dari bergenang terus menangis cuma tak sedu sedan jer


sapa saya pada dia


Suka2 dia tinggalkan saya dan hani


takde hak langsungkah kami nak tau dia tinggal dimana


Kalau saya memang tak ambik tau langsung takperlah


Tapi saya ada sms maklumkan saya nak hantar hani cuti sekolah pada 26 Febuari lagi


Masa tu dia cakap takde masalah hantarlah


Tapi kenapa bila saya dah hampir2 nak hantar baru dia cakap dia pindah ke kelantan


Saya malas nak cakap apa dah


Saya memang taknak masuk campur dah


Yang boleh saya simpulkan diorang sekeluarga gila agaknya


Panjang lagi cerita ni sebenarnya


Sebab lepas saya bagitau hani yang dia tak jadi gi penang sebab ayah dah pindah kelantan


Hanya air mata dia yang mengalir


Dia dah cukup besar untuk memahami semua ni


Saya dalam kesedihan dia juga dapat merasainya


Jumaat tu adalah hari yang murung bagi saya seharian saya menangis


Saya rasa sangat dalam kesedihan saya


Wassalam

Friday, March 11, 2011

Allah memang hantar Yaya untuk saya?

Assalamualaikum w.b.t



Ya Allah hampir seminggu saya tak update rupanya. Sibuk tidur jer seminggu ni


Tidokan hani dan yaya dengan saya2 tertido sama


Budak dua orang tu kalau saya tak tido sama haruslah diorang pun tak tido


Terutama yaya, hani kalau mengantuk dah tak kisah dah, dia akan tido juga


Tapi yaya memang jenis payah nak tido, mungkin sebab tengahari dah tido kat sekolah


Dan alhamdulillah juga saya baca komen-komen ni baru sekejap ni


Di saat saya dah pujuk hati sendiri


Kalau tak mau juga saya nak cakap jer, amboi sedapnya mengata saya


Pandainya suruh saya sabar


meh cer duduk dalam kasut saya ni


Meh rasa apa yang saya rasa


Betullah kalau kita tak kenal seseorang tu memang kita senang buat andaian


Bukan apa, kat luar ni (dunia nyata) saya dikutuk sebab sanggup memperbodohkan diri dan sanggup berkorban seolah2 takde beban batu digalas


Ada yang kata apasallah puan ni baik hati sangat, mak dia boleh senang lepas tangan, puan pulak susah payah jaga dia, mak orang lain ramai kerja kilang tapi boleh jer jaga anak<-- miss conquer



Eh..sabarnya puan dengan yaya ni, sampai anak sendiri puan tak buat benda sama<-- Miss sinar Ammie ni manjakan sangat yaya ni kenapa? <-- hani
tu baru komen orang2 yang dekat sekeliling saya yang tau latarbelakang cerita



Tapi kat blog nampak saya macam zalim yer? Tapi takper, sekadar membaca amukan saya kat sini, jadi apa yang saya beri tu yang dinilai kan?



9 Mac harijadi yaya Sehari sebelum tu mak si yaya sms saya Lepas hampir nak mauk 3 bulan baru minta gambar anak dia (dah lama saya offer nak tak saya sms kan gambar) Katanya hp rosak, tak betul2kan lagi



So, dah dia minta gambar, 10 keping saya MMS kan dan tentu2 gambar yaya dengan hani melambak2 dalam hp ni senyap lepas hantar tu....dia minta tengahari, saya hantar petang, balik pejabat baru sempat
Pastu terus diam jer....petangnya tu baru dia balas sms ucap terima kasih pastu komen, yaya nampak lain sekarang, dah tembam....



pastu ada ruang apa lagi saya terus bagitau dia tekanan perasaan saya saya cerita apa yang saya tulis dlm entry2 sebelum ni dan saya bagitau apa yang saya geram, tak suka dan tak sanggup lagi jaga yaya



Saya kata Nor ambiklah yaya dalam masa terdekat ni, saya takde masalah Tapi dia jawab tak boleh, Nor tak mampu, apa yang Siti bagi takkan sama dengan apa yang nor mampu bagi Nor taknak anak2 menderita bile duduk dengan Nor



Biarlah dia duduk dengan siti, dah rezeki dia duduk dengan Siti Apa mau cakap? Sungguhpun saya dah nak serah balik yaya, memang dah mak dia taknak Pastu mak dia siap cakap, kalau ambik pun, Nor terpaksa cari mak angkat kat sini atau hantar rumah kebajikan (sekali lagi?) Mak mana yang tak sayang anak, tak sedih bagi anak2 pada orang



Selama ni Nor memang paling rapat dengan budak dua orang ni (yaya dan farouq) Bila teringat budak berdua tu memang menitik air mata Nor panjang lah sms dia bertubi2 masuk (member dalam perjalanan naik van/bas ke kilang)



Apa nak kata? So, saya fikir punya fikir sesambil pergi balik kerja dalam kereta, sambil dengar lagu Maher Zain yang sangat dalam maknanya tu saya fikir.....
Mungkin yaya ni memang tak ditakdirkan duduk dengan mak dia Dan mungkin Yaya ni dihantar benar-benar untuk saya Perancangan Allah kan adalah perancangan terbaik, sapalah kita nak menolaknya




kalau saya kata saya tak mampu dengan ujian yang satu ni pun, Allah bagi juga pada saya maksudnya memang saya mampu, begitulah saya fikir apatah lagi disaat sya berdepan dengan masalah utama, masalah lama yang berulang2




Dan mungkin yaya dihantar untuk saya lupakan masalah utama dalam hidup saya, ditinggal suami Bila ada yaya saya akui hidup saya sangat terisi Emosi saya dari rasa dendam, geram, rindu, benci, sedih, sayu, rasa terpinggir dan pelbagai lagi yang dihasilkan dari perbuatan paj haji Automatik, semua perasaan tu tersimpan dek kerana emosi dan tumpuan saya terarah pada yaya semata2 Macam lupa seketika masalah sendiri




Macam terisi masa dengan xtvt dengan budak2 ni dihujung minggu malam2 pun tido awal tak sempat fikir kesunyian bila tidur tanpa dakapan, pelukan dan ciuman suami (part ni serius cakap saya kalau terkenang kesunyian saya memang anytime air mata meleleh)




nak tido tu masa terisi dengan bagi tazkirah kat yaya dan hani, ajar yaya baca doa tidur dengan betul dan nasihat itu ini Perkara lain memang tak masuk kepala Syukur berkaitan hal tu, sesekali jer datang seimbas kenangan, dan sedih seketika




Balik pada citer yaya, dipendekkan cerita malam semalam saya pun bagitaulah yaya, perihal sms mak dia tulah



Saya ni memang sengal sikit kadang tak pikir cakap dengan budak macam cakap dengan orang besar2



yerlah lagipun berdasarkan pemerhatian saya sepanjang 2 bulan masuk 3 bulan ni si yaya ni macam takde perasaan bila kita citer hal ibu dia atau hal duduk balik kulim




dengan cikgu pun dia citer yang dia nak duduk dengan ammie taknak duduk dengan ibu lagi



Masa tu dia tengah leka main duduk atas kerusi meja belajar hani, sambil belek2 buku




Saya tanya dia, adik betulker adik nak balik kulim nak duduk dengan ibu? Dia angguk kepala sambil pusing badan kat saya



Pastu saya jawab, sian adik, adik tak boleh dah balik sana, adik kena duduk dengan ammie selama2nya, sampai adik besar



Pastu tetiba dia mencebik, muka baik merah, badan keras kejung jer



Menangis sedu sedan tak lama lepas tu, memang saya dan hani tak sangak betul



Kan saya citer yaya ni luar dalam tabah



Sampai saya tak larat nak pukul ker tibai ker sebab takde kesan apa, macam dah majal



Kau cakap apa pun dia macam takde perasaan, ajar apa2 pun sama
So tak sangak bila saya cakap yang dia takkan balik rumah ibu dia sedih yg amat




Dek kerana terlampau tak sangka reaksi dia terpaksalah saya pujuk bawak masuk bilik



Sampai bilik terus sambung nangis



saya pujuk2 lagi, saya kata



Ibu bukan tak sayang adik, tapi ibu tak mampu ibu takde duit ibu nak kena kerja




kalau ibu kerja sapa nak jaga adik kat rumah'
pastu saya tengok dia pejam mata menangis dengan suara mendayu2




kelakar pun ada...sebab dia kan jarang nangis dengan penuh perasaan selalu dia nagis merengek tarik perhatian, tu jer yg dia tau (sampai naik meluat, pantang berlembut dgn dia sure kejap2 mrengek)




pastu saya pun siap buat memek muka sedih, sedu sedan,
aya cakap, sian dia, apalah nasib dia, mak takde ayah takde......kena duduk dengan ammie



Kena marah dengan ammie....pastu lagilah dia sedih



Mata tertutup mulut terbuka suara nyaring nangis




Sebenarnya lepas mak dia sms tu saya dah pikir panjang dah



Tak boleh jadik, saya fikir



Sampai bila saya naka da dalam tekanan



nak taknak yaya tetap saya kena jaga , takde pilihan, sebab mak dia dah terus terang taknak, saya dah suruh dah dia ambik semula yaya



Tapi yaya tak boleh berubah, mungkin dia dah cuba tapi dah asal kejadian dia begitu tetntu sukar nak ubah kan



Walaupun psikolgy (pakar) kata kalau kita buat sesuatu dalam tempoh 21 hari maka ia akan ajdi amalan kita tapi utk yayay tak berkesan mungkin kecik sgt lagi



SO nak taknak saya kena berubah
Sempena dengan hari jadi dia tu saya pulak yg berazam berubah, mana yang mampu



Buat masa ni saya nak lantakkan jer, malas nak pikir2 malas nak layan



lagi boleh saya tegur tak tahan saya diam



Yaya ni satu masalah dia mungkin ebab kurang kasih sayang agaknya



Kalau saya okay dia seribu kali manja



tang tu yang rasa nak meloya bila dia menggedik manja



Tapi berlakon jerlah



Dah tu kejap2 cakap, kejap2 ammie...apa segala benda nampak cakap dengan ammie suh ammie belikan



Apa benda belajar kat sekolah berebut2 citer dengan hani, hani citer dia pun nak citer...



tahan telinga jerlah sebab citwer dia selalu ulang2 benda sama....



Tapi sebab saya naj jaga hati dan perasaan saya supaya tak tertekan saya layankan ajer



Bila dah 2 hari berubah ni rasa tak sesukar mana....



Apa nak makan saya lepaskan ajer...kalau tak saya bercatu sebab giler punya banyak makan xkenyang2



Apa dia nak cakap layan kan ajer, walaupun benda sama ulang2..kawan adikkan ammie yang aiman tak kisah tu bla bla....tadi adik belajar doa....doa apa? doa makan (almost 2 months doa ni jer).....tadi adik belajar bahasa arab, jawi...belajar apa? ammie tanya... alah adik tak ingatlah belajar apa.....



Hani lah yg cakap, adik boleh tak citer benda lain....tak payah ulang2 benda sama hari2....



Oklah....bawah ni gambar dia nangis semalam...sedih snagat kalau ada video boleh upload masalahnya xreti upload video dr BB ni....nanti2lah study sket...
Wassalam