Monday, February 27, 2006

Demi hani

Assalamualaikum w.b.t

Tuesday, February 27, 2007
Demi Hani
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Rupanya kita tak boleh memaksa diri, letih jadinya. Saya fikir saya mahu menghadap PC balik ke rumah semalam, tidak mampu rupanya, letih yang amat otak saya agaknya menjangkit ke badan, walaupun saya tidak ke mana-mana, terperap sahaja antara bilik saya dan bilik mesyuarat, lagi letih badan, mengadap manusia dan dokumen dan fail dan laptop dan fakta dan akta menyababkan mata saya menjadi merah pagi ini dan kepala saya sedikit pening menyebabkan jam 10 malam saya terpaksa melayan keperluan mata.


Balik jam 8.00 malam dengan perut yang lapar menyebabkan saya terbayang2 masak asam pedas ikan dalam peti ais tu, jadi singgahlah kami berdua ke pasar malam depan rumah jer, beli terung dan tomato, tapi sampai ke rumah dah tak berdaya nak masak pulak. Perut pulak dah terisi dengan keropok lekor dan kuih wade sudah terasa kenyang...


Hari inilah agaknya menu asam pedas baru dapat di masak, dalam sibuk2 kerja, suami telefon dan entah dari mana dia dapat ilham agaknya tiba-tiba katanya dia akan bermalam di rumah saya dari Rabu berterusan higgalah ke hujung minggu. Apa yang saya boleh ucapkan? Alhamdulillah...


Dia kata dia kasihan pada Hani bila saya mengadu sebulan dua ini yang Hani langsung tak beri saya buat kerja lain selain mengadap dan duduk bersama-sama dia~ baik makan, main, menonton cd/tv dan apa sekalipun sehingga menyebabkan kami berdua selalu 'perang". Bayangkan saya mengadap PC pun dia mahu duduk di atas pangku saya...panas hati juga kalau lama-lama,kan? Agaknya ayah dapat rasa betapa Hani takde tempat bermanja selain saya...


Lantas...itu yang buat ayah berfikir jalan keluarnya dan itulah datangnya hasrat dia mahu duduk lebih lama di rumah saya. Cuma saya yang risau bagaimana agaknya mereka berdua di rumah sedang saya pula bekerja. Kenalah saya masak awal pagi dan siapkan segala untuk mereka berdua. Hani sudah pandai mandi sendiri, pakai baju sendiri, buka cd sendiri dan boleh juga jadi teman bicara. Ayah juga memang lama dah boleh mandi dan pakai baju sendiri cuma saya kena siapkan awal semua tu. nantilah saya fikirkan untuk mengubah apa2 yang sesuai supaya ayah takdelah perlu bergerak banyak sangat kalau nakkan sesuatu~ nak buat air sendiri ataupun susu Hani.


Cuma saya yang mungkin rasa bersalah dan risau memikirkan mereka dua beranak di rumah sedangkan saya pula di pejabat. Dan saya juga bimbang dapatkah ayah mengawal hani bila pergi ke surau Zohor dan Asar. Hani tak buat masalah besar cuma dia kalau keluar jer dari rumah MESTI cari toilet, acapkali pegalaman dia ikut ayah ke surau (lepas ayah kena stroke) mesti nak gi toilet, sampai saya terpaksa pakaikan dia diapers sebelum ni sebab taknak susahkan ayah.


Takpelah tunggu sahaja khamis ini... mungkin ia bagus untuk Hani agar lebih dapat bermanja dengan ayah. Kalau rasa susah mungkin saya akan berkorban agaknya, biarlah ayah bawa sahaja Hani ke rumah Kak A sampai Jumaat, Sabtu balik ke sini demi merapatkan hubungan Hani dan ayahnya.


Suara hati dan pemikiran siti detik 2/27/2007 07:16:00 AM 7 cetusan hati
Cerita tentang; Hani


Wassalam

No comments: