Monday, September 2, 2013

Entry ini khusus cerita Hani

Assalamualaikum w.b.t

Mungkin ada yang meluat saya selalu cerita yang positif tentang hani

Kata kata tu doa

Maka cerita dan kata kata yang baik tentang hani itu adalah satu doa dari saya ibunya

Bukanlah doa ibu adalah yang paling afdhal dan masin mulutnya

Moga moga allah makbulkan

Semalam sesampainya saya ke madrasah saya menjenguk melalui satu lubang seperti tingkap

Lubang hantar makanan sebenarnya tu

saya jenguk kerana saya tak mampu menolak pintu pagarnya

Berat sungguh, tak mampu ditampung tulang belakang saya yang masih rapuh ini

Ketika itu Hani sedang khidmat di dapur

Bercahaya dan tersenyum manis wajah hani tatkala melihat wajah saya muncul tiba tiba

Mungkintak menyangka

Dan mungkin terlalu bahagia dan gembira

Sehingga saya sendiri tak dapat nak gambarkan dengan kata kata bahagianya dia apabila nampak wajah ibunya

Berkali kali dia mengungkapkan perkataan ammie.....ammie...ammie

Macam seolah nak mengatakan sesuatu tetapi tidak terungkap

Kerana kegembiraannya yang tak terluah itulah agaknya sukar untuk dia mengungkapkan kata kata

Saya amat memahami perasaannya itu

Kerana saya lebih lagi merinduinya

Cuma saya ini jenis tidak betah meluah perasaan selain kepada suami

Kalau kepada suami hamboi bukan main lain

Kejap kejap berkecil hati

Tak saya terasa hati dia yang akan jauh hati

Semuanya kerana kedua dua kami punya sifat berterus terang

Transparent sangat

Saya telus bila suarakan perasaan saya

Ayat saya direct, sharp dan memang saya bagitau semuanya...

Selalunya perselisihan menerusi medium komunikasi mesej

Ok ipad problem....sambung.... Wassalam

1 comment:

Irfa said...

sy tak sabar tunggu anak dara balik semula bersama kami hujung tahun nnti
semoga yg terbaik utk anak2 kita