Friday, November 20, 2009

Kalau Tuhan Kita Kenali

Assalamualaikum w.b.t

Saya sangat suka lagu ini. Bukan sekadar suka tetapi bila dengar rasa sayu dan rasa sangat kerdil. Banyak sangat kerja dan amal tak buat lagi. Sangat indah kalau kita dapat kenal tuhan dan baru ada motivasi nak buat amal. Sila..sila hayati lirik lagu ini...untuk diri saya...ya saya sangat rasa kerdil dan tambah kerdil....banyak dosa, pahala kurang, tak taulah timbangan amal di sana nanti macamana...nak lalu titian sirat macamana...nak dihitung di Al mizan macamana...ahhh...takutnya!


Saya : Ada sangkut sikit2, tapi kalau replay baru sedap dengar! Lancar dan mersik sangat suara penyanyi kumpulan mawaddah ni...



Ni satu lagi versi nyanyi live...saya suka yang ni sebab nampak muka penyanyinya...sejuk mata memandang...alahai..kalau saya mak budak ni saya tak bagi dia nyanyi...sedap sangat suaranya, takut ramai sangat terpikat....




Kalau Tuhan Dikenali
Album : Sembahyang Membina Peribadi Agung
Munsyid : Mawaddah
http://liriknasyid.com



Kalau Tuhan kita kenali
Kasih sayang dan peranan-Nya
Kalau Tuhan kita fahami
Keagungan dan kekuasaan-Nya

Kalau Tuhan kita rasakan
Betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati kerana-Nya
Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana-Nya

Kalau Tuhan dikenali
Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja kerana-Nya

Cintakan Tuhan, Cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan
Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami
Dialah Pengurus seluruh keperluan kita
Kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta pada-Nya
Kita akan sanggup menderita demi cinta pada-Nya
Cintakan Tuhan cinta yang abadi



Wassalam

2 comments:

MOKCIK AZWA said...

Assalam salwa,

terimakasih membenarkan mokcik terus mengikuti coretan salwa. mokcik pun sesekali mencoretkan juga tentang poligami dlm blog kerana memang dari kecik hingga sekarang dah terbiasa dengan keadaan hidup berpoligami yg diamalkan arwah bapa.

Kedua2 ibu tiri mokcik baik dengan kami sebab tu pandangan mokcik tentang poligami ni lain sikit dr org lain hehehe...mendengar keluhan mereka tentang masalah hidup bermadu memang memberi mokcik peluang memahami kehidupan berpoligami ni tapi sudah tentu ianya tidak sama jika kita sendiri berada dalam situasi itu kan.

tentang mawaddah ni pula, tak silap mokcik penyanyi dia ni anak kepada Ashaari bekas ketua Al Arqam tu kan. Salah seorang pengasas Mawaddah ni adalah anak kepada bekas baby sitter mokcik masa kat Sabah dulu. Anak dia bljr kat Jordan. Bila balik Malaysia, anaknya bertemu jodoh dengan orang kuat Ashaari dan mereka khabarnya orang kuat Rufaqa di Jordan. Sebab dia breach terma biasiswa JPA, dorang terus bayar balik secara cash uolss..

semoga salwa selamat pergi dan selamat kembali. keluar 40 hari tu ke luar negara kerr?

p/s ada kawan sekelas dulu org kuat tabligh..pernah tak dengar namanya Roslin Bathin Waji?

Hanisumayyah said...

Azwa...


Cerita poligami saya ni hanyalah secebis dari kisah rumahtangga. takde apa istimewa, biasa jer...


kalau baik cara kita, maka baiklah kesan yg diterima, kalau sebaliknya memang rasa poligami ni sangat menyeksakan...


Nama org tabligh yg disebut tu saya tak kenal, tak tau kalau suami kenal pulak?