Tuesday, May 24, 2011

ntah apa2

Assalamualaikum w.b.t


Jenuh menyeru semangat menulis blog, tak juga datang2.


Saya terfikir2 kenapalah saya malas sangat nak tulis bahkan masuk blog pun tak teringin


Dan saya dapat buat kesimpulan


Rupanya saya tulis blog ni terdorong atas beberapa faktor,


iaitu ketika saya tertekan, ada masalah, kemurungan, ingin sangat meluahkan sesuatu yg menekan jiwa, jiwa kacau kononnya


Tapi saat gembira saya takkan memilih blog sebagai medium berkongsi perasaan gembira tu


ini bukan hanya berlaku selepas penceraian, malahan cara ni saya dah mula gunakan sejak buat blog


cubalah cari berita2 gembira yang saya tuliskan


saya percaya tak sebanyak berita sedih, jiwa lara, murung, tertekan.....


Cerita sedih dan negatif yang mendominasi blog ini


Dan saya akui saya tak pandai mengolah ayat2 menyatakan kegembiraan saya sebagaimana pandainya saya mengolah ayat2 sedih dan derita


Maka sejak dulu sampailah hari ni saya tak banyak kongsi berita gembira sangat


maka bila waktu2 berita gembira dan saat2 gembira ia akan berlalu begitu sahaja


tak dicatitkan pun disini


Dan sekarang saya takde masalah


Saya tak terbeban langsung dengan tekanan perasaan


Dan saya tak reti nak cerita apa2 yang saya lalui sekarang di blog


eh bukan tak reti, tapi tak tau nak mulakan


So, kita citer benda lain jerlah...


Saya teringin nak berjalan2 jauh melancong


bukan dengan maksud membeli belah tapi lebih kepada menikmati pemandangan


tapi saya takde kawan


Sebab masing2 ada pasangan, ada keluarga


Dan saya kalau nak pergi berdua dengan hani pun saya tak yakin


Ada sapa2 nak pergi mana2 nak jalan2 takde kawan?


Maka bolehlah kita plan sama2 utk jalan2


Tak kishalah luar  negara ker dalam negara ker


Terasa yang hidup saya asyik kerja2 jer


Dan saya pun sangat menikm ati kerja....happy dengan bekerja


Saya takde masalah kena paksa kerja, dan saya takde masalah urus pegawai bawah2


Saya boleh berbaik dengan mereka, gelak ketawa


walaupun sejam sebelum tu saya marahkan diorang

Kadang2 kagum jugak, mungkin selepas 10-tahun saya dah ada keberanian


yerlah unit kami bukannya ramai, boss gred 52, saya 48, bawah saya ada 2 gred 41 dan 3 orang gred 29 (2 dr 3 tu ada degree)


Pegawai perempuan 4 org lelaki 3 orang dan unit kami ada seorang pegawai Cina kontrak iaitu bekas peg gred 54 yg dah bersara dilantik secara kontrak....


yang kelakarnya Tuan Chuah Chang Man ni sebelum bersara dulu dia adalah pengarah negeri, banyak gak negeri yang dia dah jadi pengarah


Lebih 10 tahun lepas dia adalah pengarah BPR Melaka, tahun 2000


Masa tu saya adalah wartawan NTV7 Melaka....dan saya telah paksa dia untuk ditemubual atas isu pencemaran pantai Pengkalan balak....tak salah kami nak tanya samaada enternak babi situ boleh teruskan ternakan sebab mereka merasuah...bla bla....


Saya ingat lagi dia mati2 menolak taknak ditemubual, bahkan macam2 alasan dia beri, tapi saya paksa2 jugak....


Sudahnya dapat gak interview dia....and sampai sekarang dia masih ingat saya lagi...


Walaupun saya tak pernah kerja bawah dia after 10 years dia jumpa saya dia masih ingat nama saya dan masih ingat juga peristiwa lebih 10 tahun dulu


And now, dia di unit kami, tugas dia hanya menyediakan ucapan, paper work, talking point Ketua Pesuruhjaya....


Berat tugas tu, sebab Dato' Sri Abu Kassim jadual dia sangat2 padat sana sini di panggil memberi talk, dalam dan luar negeri....


Sebelum ni saya sediakan kalau is melibatakan presentation dalam negara dan dalam BM tapi kalau english boss saya sediakan, tapi sejak Tuan chuah datang dialah pecah kepala fikir


buat reseach sana sini, sampai pergi library  UiTM, google toksah cakaplah.....


Saya kan suka orang2 tua ni, suka kongsi idea maksud saya....


Ada sikit2 waktu senggang saya suka berborak dengan dia.....sangat bagus berborak dengan org bnyk pengalaman ni, umur dia dah 60 tahun tau...


kadang2 saya ajak dia minum sama.....kerap juga dia datang bilik saya bincang angle mana nak fokus


saya ni takde lah pandai mana tapi bila bincang dengan dia memang terbuka minda....


saya suka bekerjalah...dulu masa pak hj ada saya suka kerja tapi macam ada batasan kadang2


macam takleh fokus utk kerja tapi skrg macam rasa fikiran lapang dan  keseronokan bekerja berganda2


saya tak faham kenapa ada manusia yg datang kerja tak seronok pastu kutuk sana sini....


Saya ni rasa bangga kalau boss bagi kerja, rasa macam eiii bagusnya dia percaya kat saya


tahun ni permulaan yang baik, bukan sahaja dapat APC, dapat naik 48 tapi unit saya juga dapat anugerah khas ketua pesuruhjaya untuk projek media baru kami......dapatlah seribu ringgit dan duit tu masih ada saya tak belanja lagi


Nak ajak diorang ramai2 minum esok....


Start jun ni saya akan mula melaksanakan secara rasminya tugas sebagai gred 48 maka dalam kepala ni dah rancang macam2 strtaegi nak buat


Sebab saya kekal dan tak dipindahkan maka agak sukar sikit sebab saya akan pegang post sama dengan anak2 buah sama cuma pangkat naik maka saya kena rancang strategi lah


Nak kena tunjukkan perbezaan cara pentadbiran jugakkan?


ehhhh apa merepek ni...


tulah dah cakap saya memang tak pandai nak cerita benda2 gembira


kalau sedih2 pandai jer atur ayat


Esok saya akan citer hal yaya.....


Sebelum tu nak tanya kat area bangi or putrajaya ni tailor mana yang jahitannya bagus dan kemas serta harganya berpatutan......untuk raya nak tempah baju....kainnya tak beli lagi ni...


Tahun ni kalau boleh nak raya sungguh2 (ah puasa tak lagi) sebab selama ni asal raya jer pendam hati berendam air mata....kali ni nak lupakan semua tu..so nak prepare awallah kononnya....








Wassalam

3 comments:

oren said...

kalo dekat, nak ajak akak gi tgk wayang-nur kasih...

hihihi..saya pon, ada kalanya takleh pegi memana..sbb takde kawan pon iye gak...

MA said...

Salwa, cuba bawak anak-anak pergi Kuala Gandah - dth awal sikit (before 12) dan boleh join aktiviti bagi makan gajah, naik gajah dan mandi dgn gajah.

I am sure Hani dan Yaya sure suka.

Balik dari situ naik ke Genting pulak....:)

Mutiara said...

Best jugak tempat tu, Kuala gandah. I still have the t-shirts and the gambar naik gajah dgn Debbie hahaha. Ingat tak Debbie tunjuk kat gajah bukan dia hahaha..bahangelak BB.