Sunday, March 9, 2014

Hani enggan pindah ADH, minta masa sampai 13 tahun

Assalamualaikum w.b.t



Saya telah bincang panjang lebar dengan hani

Isu pindah ke ADH

Tapi nampaknya dia enggan

Bersungguh2 enggan nampaknya

Eh pelik pulak saya

Sebab selama ni apa saya cadangkan dia akan jawab standard

Sukati ammielah atau kakak ikut ammie jer atau kalau baik pada annie, kakak ikut keputusan ammie

Kali ni dialog dah berubah

Dah pandai ada pendirian

Jelasnya, dia tak nak tinggalkan kawan2

Nak habiskan hafalan di madrasah banting

Tak nak ambik akademik

Takut tak boleh bawak subjek yang diajar

Katanya dah banyak tahun tak belajar, macam kakak tak pandai katanya

Takut tak dapat sesuaikan diri

Rasanya apa dia cakap tu berdasarkan pengalaman dia

Melalui kawan2 yang berpindah masuk ke madrasah situ

Sebab ramai yang masuk pindah ke situ

Kerana beberapa masalah yang timbul di madrasah lain

Tapi ramai juga yang dari situ pindah keluar

Samaada sebab ada masalah disiplin

Ataupun sakit, ataupun takde kesesuaian, masalah kawan2 biasanya

Selepas sessi perdebatan secara muhibbah saya terpaksa ikut rentak hani

Dia ada juga bertanya kenapa saya nak pindahkan dia

Saya jawab senang jer

Sebab ammie nak dekat dengan kakak

Dulu.....ammie aim kakak hanya di madrasah 3 tahun dan kemudian dah hafadz

Tapi sekarang dari umur 8 tahun sampai 11 tahun kakak masih tak habis lagi

Ammie nak tular plan B

Nak masukkan madrasah yang ada akademik

Jadi jika kakak tak dapat juga habiskan hafalan

Kakak boleh fokus pada akademik pula

Sempat lagi kalau nak ambik UPSR

Saya bagitau dia akan masuk group terakhir ambil upsr

Selepas upsr bolehlah cuba mohon masuk sekolah agama

Sebenarnya niat saya bukanlah nak masukkan ke akademik sangat

Tapi lebih kepada nak dekat dengan dia

Rasa macam dah lama sangat duduk berjauhan

Saya rindu nak ada anak di sisi

Saya rindu nak ada teman bercakap

Saya bosan di rumah

Saya itu dan ini....ahhh sedihnya hidup seorang diri

Itu sebenarnya dan macam nampak seolah hani pulak jadi mangsa

Tapi sebab hani menolak maka saya hormati keputusan hani

Cuma saya agak tak suka hani di situ

Keadaan cuaca panas

Tempat mandi terdedah

Air pun susah bekalannya

Nak makan pun ada masa2nya

Banyak sangat peraturan

Masa di seremban pula longgar sangat

Tapi sebab suasana di seremban yang banyak masa dalam rumah,

Kaki tangan hani bersih, putih dan gebu jer

Tapi sekarang dengan berdebu, cuaca panas hari2 duduk luar rumah

Kulitnya pun gelap, hishhh rasa macam melasak sangat dia kat situ

Apapun akhirnya itu lah keputusan hani maka kekallah dia di situ

Ada juga dia cerita dengan saya dia bimbang jika tukar madrasah lain

Peraturannya longgar

Bila dia tanya saya apa plan saya utk dia

Saya ada cadangkan masuk ke sekolah menengah yang ada hafalan dan akademik

Dia bagi komen2 yang nampak macam boleh diterima akal

Komen dia berdasarkan pengalaman beberapa kali menyertai program luar

Turut dia gunakan sebagai alasan untu menolak cadangan saya

Katanya sekolah2 lain yang ada akademik nampak akhlak berbeza dengan pelajar madrasah dia

Katanya mereka secara terbuk bercakap dengan ustaz2

Malahan yang berpurdah pun selamba membuka purdah semasa makan, katanya lagi

Program hafadzan yang disertai tu katanya, kalau madrasah dia pelajar madrasah banting tak dibenarkan masuk dan menjawab soalan

Ustazah benar2 jaga batas sebab tak nak suara pelajar madrasah banting didengari, bimbang atas faktor suara sebagai aurat

Makan pun dalam keadaan berpurdah

Malah pelajar tak dibekalkan duit untuk belanja ta mahu pelajar menggedik sangat ke sana sini

Sebaliknya kata Hani oelajar madrasah lain bebas ke sana sini semasa program di masjid shah alam...

Entahlah, nampaknya anak saya dah semakin remaja

Dah ada pendirian dan menilai situasi mengikut frame of reference sendiri

Itu satu petanda positif

Walaupun hati saya sedikit terluka tapi saya percaya itu pasti ada hikmahnya...


Sekian





 Wassalam

Thursday, January 23, 2014

maduku patah tangan di saat suami hampir ke mekah....

Assalamualaikum w.b.t



Ujian dan cabaran silih berganti sebelum mengerjakan umrah


Maduku patah tangan

Semalam rumah mertua kenduri
Sempena nak mengerjakan umrah
suami datang dari selayang dengan isterinya
Saya pula datang dari umbai dengan mak dan Hani
Berkumpul di rumah mertua di ayer paabas, Alor Gajah

muni, madu saya memang tak berapa sihat 
Ahad lepas mertua datang ke rumah saya bermalam
Esoknya selepas hadir kenduri rumah anak angkatnya
Kami ke rumah muni, menziarah dia yang dikatakan semput
Bila sampai memang sahlah tak sihat
Terbaring dan langsung tak bangun-bangun
Nafasnya juga agak laju 

Jadi bila hadir ke kenduri mertua dia memang duduk sahaja
Tak mampu buat kerja, tak sihatkan
Sayalah yang agak sibuk ke hulu ke hilir buat kerja
muni agak banyak masa spend dengan suami
Suami ke belakang perik buah2an muni turut serta
Suami keluar beli lauk juga dia turut serta
Makan pun berdua sebelah suami
Sampai saya pula kena perli kenapa tak apit suami di sebelah lagi
Walhal saya tak kisah pun duduk jauh dari suami
Buat hal sendiri jer dengan hani

Sampailah selesai kenduri doa selamat muni bantu edarkan duit sedekah
Selepas tu acara makan dibuat secara buffet di luar 
Ketika itu muni turut keluar sama
Sekadar berpeleseran di luar
Saya keluar agak lewat
Saya perhati suami berborak dengan tetamu sekampung
Saya dengan hani duduk dibanir pokok rambutan
Saya nampak muni berdiri berborak dengan sedara mara

Sebenarnya dari pandangan saya dia tidaklah begitu tidak sihat
Maybe perasaan nya yang tidak sihat
Lagi2 baru tau suami nak kerjakan umrah bersama saya
Kalau komen mertua tentang sakit dia lagi saya takleh tahan dengar
Biarlah saya simpan sendiri jer, komen yg terlalu sacarstic
Suami pun biasa jer...
takde susah hati pun bila saya cerita 
yang muni tak bangun langsung masa kami ziarah

Selepas itu, saya lihat muni bergerak berborak dengan orang lain
Dengan Pak sedara dari senawang
Masa tu, dia berborak sambil menunjuk pada pokok2 yang ditanam di tepi bengkel mertua
Saya perhati dia memetik buah2 kat situ
Tempat tu memang sempit dan tanahnya tak rata pulak tu banyak pasu2
Dengan tanaman herba di situ

Tiba2 Saya dengar bunyi kuat benda jatuh
Ya allah 
Muni yang jatuh
Tersembam, dengan muka dan kepala masuk ke dalam longkang/parit kaki lima
Lepas jatuh tak bergerak2
Saya sepantas kilat panggil suami yang baru masuk ke dalam untuk duduk makan
Serasa saya dia tak sempat jamah langsung nasi
Baru ratah pisang yang di masak lemak gulai dengan ikan keli salai

Keadaan jadi amat panik
Sebab dia macam pengsan
Saya syak dia tergelicik
Dia pakai sandal tinggi
Runcing tapaknya
Di situ memang agak sempit
Sudut Kaki lima ada kepala paip dan lantai yg basah
Bila suami datang dia terus angkat muni
Dan selepas check didapati pergelangan tangannya patah


Masyaallah
Dugaan lagi
Terus di bawa ke emergency hospital alor gajah
Tak diterima ditolak ke hospital melaka
Hari ni di bawa ke hospital sungai buloh pula
Perkembangan terkini saya tak tau
Malas nak charge hp
Harap suami ok

Semoga muni sihat sejahtera hendaknya di kala suami mengerjakan umrah
Moga semuanya selamat....







 Wassalam

Tuesday, December 10, 2013

Tukar madrasah ker tak....

Assalamualaikum w.b.t


Perkembangan terkini 3 beranak

Pada masa ini masing2 kami masuk tahun kedua duduk berasingan

Baru2 ini saya terfikir nak pindahkan hani

Ke madrasah yang lebih longgar sedikit tempoh masa percutian

Setelah survey maka dapatlah madrasah yang agak ok

Akademi Darul Huffaz, ya allah dekat giler dengan rumah

Kalau nak jalan kaki pun masih boleh jaraknya tu...

Sebelum Hani masuk madrasah di Banting saya suami isteri ada ke sini

Tapi malangnya ketika tu ianya tutup, maka kamimpun tutup cerita

Baru ni timbul semula cerita ADH ni

Dua kali saya pergi ke pejabatnya untuk dapatkan info

Kali kedua terus buat lawatan dan borak dengan ustazah

Melihat suasana pembelajaran dan kelasnya, tempat tidurnya juga

Yang buat saya berkenan adalah cutinya dan aktiviti outdoor nya tu

Ada swimming, paint ball, memanah dan kerap lawatan luar

Dua minggu sekali boleh bercuti dari jumaat petang hingga ahad

Tu paling saya syok tu

Yurannya macam Hani ni RM840

Mula2 dulu rasa mahal jugak tapibila difikir rasa berbaloi dan sesuai

Cuma bila bincang dengan Hani bab yuran mahal tu dia tak berapa setuju

Abbi dah setuju nak bayar yuran untuk hani

Katanya berapa pun asalkan sesuai dengan Hani dia akan bayarkan

Tu lah saya bagitau hani, bila dia komplen mahal sangat

"Allah nak bagi abbi pahala tu sebab allah hantar abbi dalam hidup kita untuk bantu kita"

Biarlah abbi bayar tentu banyak pahala anni dapat nanti...

Menurut hani yuran madrasah banting  RM200 jer sedangkan kat situ berkali ganda 

Mula2 beekobar saya nak tukarkan dia sebab memikirkan banyak cuti

Dalam sebulan dua kali lah dapat bawak balik dia

Dapatlah masak2, jalan2 dan buat ativiti bersama dia








Wassalam

Monday, December 9, 2013

Barangkali saya mengandung di luar sedar dan akhirnya keguguran

Assalamualaikum w.b.t


Saya rasa saya keguguran

Entry ini mengandungi unsur2 memualkan, bagi yang tak sanggup baca cepat 2 lah berundur diri

Minggu lalu, khamis petang tepatnya saya ke JB

Petang itu di pejabat saya merasa tak sedap perut

Ke tandas rupanya ada sedikit tanda merah

Saya tak berapa jangka sangat itu period 

sebab period saya agak caca merba beberapa bulan ni

Datang sikit kemudian berpanjangan tak datang

Dua bulan tak datang period pun pernah

Maka, period petang itu saya sangkakan darah istihadhah

Entahlah...susah juga nak buat keputusan bila period berterabur

Jumaat saya di hotel, saya mula sakit perut...

Period pulak datang macam air paip

Sementara nak tukar pad, darah dah menitik2 di lantai

Bahkan sejam selepas tukar pad (size overnight 36 cm) ia tak mampu tampung

Sampai kena pada sofa dan menitik atas carpet hotel

Memang penat amat sangat

Ia berterusan hingga sabtu

Sakit yang amat sangat bergulung2 rasanya sakit perut

Bahagian ari2 dan bahagian kemaluan

Rasa macam nak buang air besar tapi masuk bilik air takde pulak

Sudahnya banyak masa saya duduk atas mangkuk tandas jer

Sekali duduk berketul2 darah keluar

Besar2 pulak tu

Memang tak pernah saya alami senggugut dan begitu banyak darah yang keluar

Darah yang keluar non stop

Yang berketul2 lain, yang meleleh non stop lain

Jenis darah yang langsung kita tak boleh kawal pengeluarannya

Sentiasa keluar lagi dan lagi

Sampai saya tak sanggup nak keluar dari hotel

Sebab saya tak percaya pad tu akan dapat tampung darah yg banyak tu

Sabtu tu, saya dah tak sanggup dah nak bertahan

Pagi lagi saya dah sakit berguling2 

Menonggeng salah, berbaring salah, menelentang tak mampu

Sampai housekeeping yang datang tu pun saya suruh blah cepat2

Saya call suami suruh balik hotel cepat sebab dah tak tahan sangat

Sampai tahap saya meleleh air mata lah

Suami sampai jer, terus bawa saya ke klinik

Nak jalan ke klinik pun tak larat, suami ambil kereta di parking lot

Saya tunggu dilobby jer...tu pun saya duduk mencangkung...hilang malu bagai

Terus di bawa ke klinik terdekat

Sementara nak tunggu giliran saya tak mampu duduk, berdiri pun xboleh

Sampai suami sirih baring atas kerusi hilangkan sakit

Sudahnya dalam ramai2 orang tu saya berbaring jer

Walaupun tak hilang sakit tapi sedikit melegakan bila kepala atas pangku suami

Masuk jer klinik, terus suami kata heavy menstrual dan minta injection

Saya tak tunggu lama terus baing dan diinject

Tak de kesan apapun

Balik hotel, masih berguling lagi

Suami jerangkan air dan masukkan air panas dalam botol

Urut2 kan perut saya, botol dibalit dengan towel

Walau tak hilang sakit tapi sedikit kelegakan bila perut panas

Rasanya dekat dua jam baru hilang rasa sakit tu....

Petang suami balik pejabat, saya dah agak lega

Tapi malam tu tak dapat  jalan2 ..... sebab saya tak yakin nak jalan

Dengan keadaan bleeding yang sangat2 heavy

Ahad masih sama juga tapi sebab makan ubat adalah sedikit lega

Senak dan sakit masa sama, malah bleeding masih hebat

Isnin saya bertahan sahaja dengan ubat tahan sakit

Ahamdulillah dalam senak2 perut tu saya masih mampu urus diri balik

Nasib baik naik flight lali ni xdelah lama sangat masa

Selasa saya mula masuk kerja

Perut masih tak selesa tapi saya bertahan jer

Mata ketumbit pedih dan bertaik mata

So tengahari saya ke klinik sendirian

Nak ambil mc cadangnya

Tapi masa tunggu giliran sakit perut saya menyerang dengan hebat

Berpeluh2 saya menahan sakit

Duduk salah berdiri salah

Sampai giliran saya lepas cakap pasal ketumbit terus tanya pasal senggugut

Dapat ubat senggugut nak makan tapi perut masih kosong tak breakfast

So beli nasi dalam sakit2 tu di kedai sebelah

Terus pecut balik

Dalam perjalanan me,andu tu peluh toksah cakaplah

Duduk menyenget dah tak boleh tegak langsung

Sakitnya allah jer tau

Sampai rumah makan dua keping biskutbterus telan dua biji ubat senggugut

Makin lama perut bahagian bawah atas ari2 makin sakit

Saya dah menonggeng tekan perut bagai takde apa kurang pun

Serius rasa macam nak bersalin

Rasa macam nak terberak pun ada

Sudahnya saya berulang2 keluar masuk bilik air tak tau berapa kali

Masalahnya kali ni takde bleeding berketul banyak pulak

Tapi xtau kenapa sakit yg amat sangat

Rasa macam nak mati sakitnya

Sekali saya raba pada vagina macam ada something tak boleh keluar

Saya syak ada ketulan darah susah nak keluar

Suspend sangat

Nak tarik pun tak boleh

Nak teran pun tak boleh

Sudahnya saya duduk dalam bilik air dengan doa supaya kesakitan kurang

Walaupun saya tak tau apa masalah sakit saya sebenarnya

Tapi bila saya duduk atas bowl tu macam berkurang sikit sakitnya

Maka saya teruskan duduk atas bowl tu, kaki lipat naik atas

Kaki ke bawah sakitnya makin bertambah

Agak lama dalam posisi tu tiba2 rasa macam something nak keluar

Belebupppp, kemain kiat bunyi benda jatuh dalam bowl tu

Terkejut amat sangat saya, sebab bunyi yang kuat dan bentuknya yang besar

Saya pun lepas cuci2 tak flush sebab curious nak tau apakah bendanya

Yang ajaibnya sakit perut macam nak mati tu serta merta hilang

Bleeding masih ada, tapi tak berketul dah..cecair sahaja

Saya ke dapu mengambil pengepit dan kepit ketulan berkenaan

Yer ianya ketulan darah yang keras 

Bulat lonjong, bukan semua bewarna merah ada urat2 putih gitu

Sebesar penumbuk tangan saya

Saya tekan dengan pengepit ianya keras

Bukan seperti darah period

Sebab darah period kalau berketul ianya semuanya merah kan....

Yang ni macam berurat2 putih dan merah kecoklatan pulak tak sekata merahnya

Terus ambil gambar hantar pada suami

Suami saya kan paramedic maybe dia ada pandangan lain

Masa tu saya tak fikir apa, walaupun dalam hati pelik

Sebab sebelum ni saya ada sapu lumiglow

Sila gugel kalau nak tau apa lumiglow tu yer

Antara faedahnya adalah menstabilkan hormon dan menguatkan rahim

Sebagai usaha untuk cuba hamil, tu sebab saya sapu

Dah bertahun usha lumiglow ni 

Dari harga dia RM150 sampailah sekarang dah naik RM198

Mula2 dulu tak baper yakin sangat

Takkanlah krim setakat sapu jer pun power sangat

Tapi lama2 lepas baca testimoni saya pun rasa tak salah cuba

Masa tu bukan niat nak mengandung

Lebih kepada niat nak stabilkan hormon

Sebab dah setahun hormon tak berapa nak stabil

Tak pernah terfikir yang bleeding saya tu bulan period

Saya ingat saya senggugut, walaupun tak pernah seumur hidup senggugut

Dan saya pun ada terfikir takkanlah senggugut sampai rasa macam nak bersalin sakitnya

Yerlah takkan sakit macamtu sekali kan?

Tapi takde kawan saya nak tanya sakit senggugut tu macamana

So saya andaikan ia ya senggugut kesan dari sapu lumiglow

Dah lepas daripada keluar ketul size penumbuk tu saya mesej pada penjual lumiglow tu

Dia pun terkejut sebab tak pernah ada customer sakit macam tu

Dan tak pernah ada customer bleeding period terus macam saya sampai kena pergi klinik ambil injection

Masa tu pun saya tak terfikir lagi yang ianya bukan senggugut

Sampailah sabtu lepas saya ke rumah kawan ziarah dia lepas bersalin

Dia kebetulan dah dua kali keguguran

Sebab duduk lama rumah dia dai zohor sampai lepas isyak

So macam2 ceritalah timbul

Salah satunya dia cerita pengalaman dia gugur tahun lepas

Macamana bleeding yang dia lalui tu

Sakitnya macamana

Saya pun ceritalah kata saya baru ni period macam bleeding

Non stop sampai habis bertanda cada hotel, sofa dan meleh pada carpet (walaupun pakai pad overnight)

Sejam sekali salin pun masih tembus

Dia pun tanya saya lebih lanjut simptom nya

Setelah saya cerita kata sakit macam nak bersalin

Darah keluar berketul2

Akhirnya darah ketul terakhir keluar saiz penumbuk saya

Merah coklat, besar, keras dan ada urat2 putih

Dia kata kemungkinan saya keguguran

Baru nak terbentuk katanya

Masih awal lagi

Jadi terus saya syak barangkali ada kemungkinan

Sebab pengalaman pertama, maka saya pun tak sedar

Yang saya rasa sakitnya memang luar biasa

Sama macam sakit masa nak bersalinkan hani dulu...

masyaallah kalaulah benar ianya keguguran

Saya bersyukur juga, sebab ianya tanda harapan untuk mendaat cahayamata masih ada

kalau ianya bukan pun, saya sentiasa berdoa dan mengharapkan doa kawan2 agar saya diberi kesempatan memperoleh cahayamata lagi

Ramai jer kawan 2 facebook saya seusia saya baru melahirkan anak

Bahkan ada yang mengandung

Bhlan kak jue yang saya ziarah tu pun sudah usia 42 tahun

Kakak saya sendiri pun bersalin diusia 40 tahun

Doakanlah saya

Biar ia jadi ikatan kasih antara saya dan suami

Menjadi penghubung sayang mak mertua

Menjadi penguat antara saya dan keluar madu dan anak2 barangkali

Insyaallah saya percaya allah akan beri sekiranya saya mampu

Jila masih tak dapat maksudnya ada lah hikmah sebaliknya

Kan perancangan Allah itu yang terbaik, saya redha...

Apapun pada Allah Saya berserah, berdoa dan mengharap...











 Wassalam