Tuesday, January 29, 2013

ALHAMDULILLAH....kembali menulis...

Assalamualaikum w.b.t



Rumahtangga

Lama sungguh saya abaikan blog saya ini. Bukan apa, selalunya saya tulis blog melalui ipad. Tapi tak tau kenapa melalui ipad dah takde icon new post bila buka blog. So takdelah dapat saya post kan new entry.

Dalam kepala banyak perkara yang nak dicatat. Jika dulu, jika ada benda tak puas hati, marah, geram saya tak bercerita kepada orang. Bloglah sasaran saya bercerita kesemua perasaan negatif tu.

Tapi sekarang perasaan negatif tu sudah sangat berkurang. Sangat2. Banyak saat dah perkara positif berlaku dalam hidup saya. Syukur alhamdulillah. Saya tak pernah sanggup untuk memimpikan nasib/hidup saya akan menjadi sesempurna ini. Jauh sekali membayangkannya.

Apapun saya bersyukur sangat2 dengan kehidupan yang saya lalui sekarang. Memanglah ada kecatatan sana sini. Manusiakan mana pernah berpuas hati dengan apa yang dia dapat, ada jer yang dia nak lagi dan lagi....saya pun macam tu.

Tapi pada tahap ini saya rasa saya wajib bersyukur pada Allah dan juga atas doa keluarga dan rakan-rakan. Apa yang saya idamkan satu masa dahulu semuanya saya kecapi sekarang.


Ada satu perkara sahaja yang saya masih terus berdoa dan minta sangat-sangat dari Allah swt. Saya percaya walaupun nanti doa saya tak dikabulkan pasti ada hikmahnya. Tetap bersyukur juga.

Pada saat ini apa saya mahukan adalah dikurniakan lagi cahayamata. Dalam doa saya, saya minta pada Allah dikurniakan anak, saya doa minta anak kembar seorang lelaki dan seorang perempuan. Kita memintakan.... Kan Allah kata mintalah apa sahaja, nescaya aku makbulkan. Hani pun berdoa sama.

Kenapa saya inginkan anak kembar? Pertamanya saya ingin mendidik anak dengan acuan yang lebih baik, sempurna dan mematuhi syariah, mengikut sunnah. Saya akan berumur 40 tahun pada tahun hadapan. Andainya tahun i ini atau tahun depan mendapat anak maka pada usia saya bersara, anak saya akan berumur 20 tahun dan hani pun dah 30 tahun.

Saya bimbang sangat jika hani satu2nya jer anak saya, saya nanti pastinya akan mengharap kasih sayang dia semata2. Bimbang kehadiran dan kebergantungan perasaan saya pada dia menjejaskan rumahtangganya nanti.

Saya inginkan anak lelaki juga kerana saya ingin anak lelaki saya menjadi daei, pendakwah. Saya kepingin sangat nak keluar berdakwah macam dahulu. Saya rasa amat2 perlu, besar kesan dan natijahnya pada diri saya. Ia disedari dengan tebal bila saya tak berpeluang keluar lagi sekarang ini. jika ada anak lelaki, bolehlah menjadi mahram saya....

Dan sekurang2nya bila saya meninggal ada juga salah seorang anak saya memegang dan mengangkat keranda ibunya. Syukurlah pada yang dah ada anak lekaki (tak menafikan anak perempuan pun ada kelebihan tersendiri).

Selain tu, saya ingin suami saya merasa peluang membesarkan anak-anak sekali lagi. Saya tau dia tak berpeluang untuk besarkan anak sedia ada tu depan mata dan natijahnya sehingga kini apapun keputusan melibatkan anak-anak dia seolah-olah dinafikan haknya untuk campurtangan dan buat keputusan. Malah menegur anak pun akan menjadi bahan pergaduhan.


Saya tak salahkan suami atau isterinya seratus peratus. Suasana yang membentuk keadaan jadi begitu. Suami lebih banyak menghabiskan masa di luar dan kerja yang berjauhan dan anak isteri. Dia tak suka idea membawa isteri bersama. Kemana dia bekerja pun, isterinya tetap tinggal di Selayang.

Harap Allah makbulkan doa ini. semuanya saya anggap bukan musyahil kerana dari rahum yang sama ini juga pernah menempatkan janin....tentulah saya ini mampu mengandung lagi kan...hanya mungkin faktor usia sedikit berisiko.


Walaupun sedikit sukar kerana suami bekerja di JB dalam aturan 2 minggu kerja dan dua minggu off, tapi selagi boleh saya usahakan untuk 'bersama' seoptima boleh. Keadaan sedikit berbeza waktu dengan pak hj dulu, suami saya ini sangat strict dengan giliran dan tegas orangnya, tak boleh mudah2 tukar giliran sesuka hati.


Jika saya ingin tukar giliran pun, giliran saya akn terjejas sebab saya yang pilih untuk bertukar. Tambah2 madu saya telah bangkitkan seolah2 giliran saya yang lebih dari dia. Walhal sebenarnya suami saya ni kaki rajuk orangnya (selepas melalui tempoh panjang seolah2 hak sebagai suami dan bapa dinafikan) maka dia akan merajuk dan tinggal di apartment dia satu lagi, Kenanga Apartment di selayang juga.

So bila giliran madu saya dia akan ke rumah "rajuk" tu lah. Madu saya pula ingat dia di Kajang. Jadi salahfaham timbul. Dan antara mereka pula tidak telus, suami keluar tak beritahu isteri dia, kadang2 masa off dia keluar urusan hobi dia (senjata) tapi madu saya ingat dia balik Kajang. Itulah senarionya.


Bagi diri saya, soal giliran tak jadi kudis sangat. Sebab saya rasa saya dapat giliran lebih kerana saya datang ke JB. Saya ada bincang dengan suami kewajaran saya datang ke Jb ini. Tapi suami berpandangan kalau Madu saya nak datang JB pun dia tak halang....tapi setakat ni belum pernah dia datang.


Dari satu sudut saya datang JB takdelah berkepit jer dengan suami. Subuh2 member dah ke pejabat di pasir gudang. Masuk jam 6 ptg balik jam 6 ptg. 12 jam sehari. So malam jerlah dapat jumpa. Itu pun dah sangat bagus. Saya datang hanya dapat bantu basuh baju dan iron baju serta teman dia makan.


Saya kadang lepak di hotel jer. Tonton TV, banyak saluran menarik. Suka. Walaupun lama2 bosan jugak. Bosan2 saya pergi shopping, the zon, citi square, jusco, mcm2 ada. Yerlah menghabiskan duit...kalau kat Kajang saya mana ada shopping sangat pun.


Duduk di grand Blue Wave ni dekatlah juga dengan bandar, tapi kalau takde kereta jenuh juga jalan turun tunggu teksi. kalau rajin saya bawa kereta kalau malas datang naik bas. Kalau bawak kereta panjang sikit langkah saya. Di Jb ni saya dah familiar sebab masa di negeri masa jadi pegawai pendakwa bawak kes setiap bulan turun JB, malah saya lagi pandai jalan JB dari suami saya sebab dia kaki memerap dalam bilik jer. Takut nak meneroka jalan...heheheee satu kelamahan dia paling ketara. Kesian!


Hani



Hani sekarang masuk juz 20. Maksudnya dia dah hafal 10 juz. Hani mula hafal dari belakang. Memang susah sikit sebab juz yg belakang ni ayat2 banyak yang berulang dan ada persamaan (hani yg cakap macamni). Dari segi hafalan setiap kali saya tanya hani susah tak hafal Quran ni? Kakak ada rasa tension tak? Kakak stress tak duduk madrasah? Ada tak kawan2 yang kakak tak selesa atau bergaduh dgn diorang?

Macam2 saya tanya sebenarnya. Sebab saya taknak saya syok sendiri suka2 hati letak dia di madrasah tapi dia susah hati, tertekan, tak syok, menderita atau apa2 perasaan yang tak best di madrasah tu. macam kat wakaf baru kelantan dulu, setiap kali tanya soalan2 macam tu dia akan menangis atau diam. Saya ingat lagi. Kalau dia diam tu maksudnya samaada ayah dia atau aza atau adik beradik dia ada dekat dengan dia.


Alhamdulillah dia tak pernah bagi jawapan yang menyebabkan saya rasa bersalah hantar dia ke madrasah. satu nikmat yang sangat besar sebenarnya. Cuma kecuali baru2 ni nampak macam dia rindu sangat dekat saya. Rasanya tu disebabkan faktor masa hujung bulan Disember hari tu dia cuti 2 minggu dan selama tu dia duduk dengan saya. Enjoy sangat agaknya.


Tapi bila saya selam dalam2 hati dia, rasanya tu semua faktor sementara jer menjengah perasaan dia sebagai anak kecil. Tersentak juga naluri keibuan saya bila dia luahkan seolah2 dia sedia nak berhenti madrasah. Tapi lepas seketika setelah normal perasaan dan fikir rasional dia sendiri menyedari bahawa adalah satu kerugian dan sayang kiranya berhenti separuh jalan.


Mungkin melihat dari jauh saya dan Hani nampak mudah ajer, tapi hakikatnya sukar untuk dutempuh. Saya berdepan masalah kesunyian. Hani plak hidup meriah kat sana, tapi berdepan dengan masalah kerinduan kasih sayang seorang ibu.

Saya rasa kedua-dua kami kekurangan pasangan untuk berbual. Hani ada banyak benda nak bertanya dan dia rasa dengan saya jer dia takde halangan nak bertanya tentang apa2pun. kadang2 ada kawan2nya yang tidak matang dan dia tak suka nak bertanya dengan diorang. kadang sama jer tak faham...


saya melihat hani bukan sebagai kanak-kanak lagi, cara pemikirannya dah semacam remaja, sangat hungry dengan pengetahuan, nak tahu banyak perkara baru, nak tahu makna banyak perkataan dan segala benda yang dia curious dia mencari2 jawapannya. Nampaknya pada saat ini, dia perlukan saya dan dia rasa saya jer orang yang dia percaya untuk jadi tempat rujukan.

Tu sebab sehabis daya saya akan menziarahnya pada setiap minggu. Cuba menghabiskan sebanyak amsa dengan dia. Cuba mengorek apa sahaja yang dia nak tau dalam tempoh singkat itu, antara 9 pagi ke jam 5 petang. Tapi selalunya masuk2 keter jer soalan diam "Kita keluar outing tak ammie?'

kalau saya jawab yer.....ayat seterusnya , "kita gi kedai buku yer ammie?"

So kalau dah ke kedai buku jawabnya, masing2 buat hal sendiri lah...dia akan ke rak2 yang dia suka dan saya pula ke rak2 yang saya suka....lepas tu bila perlu kami jumpa, dia akan bawa buku dia minat tu jumpa saya siap2 bagitau harga buku yang dia berhajat dengan harapan saya bersetuju dengan pilihan dia tu.

Kadang saya setuju, kadang bincang dulu apa sinopsisnya dan kenapa dia pilih buku tu? Syukur sangat pemilihan buku2 Hani takdelah yang over, dia dah tau benchmark yang saya letak dalam memilih bukuan dia sendiri tau buku mana yang abwa kebaikan dan buku mana yang takde manfaat.

Saya takdelah strict mana, tapi kenalah juga bataskan bahan pembacaan yang dia boleh baca dan mana yang tidak. Akhir-akhir ni pemilihan bacaan dia terarah kepada novel. paling kirang seminggu dua buku dia akan beli. kadang sebuah novel, sebuah lagi buku agama.

Novel yang dia minat selain novel sejarah islam adalah novel sains fiksyen. Dia minta sangat citer2 fiksyen macam harry potter, Narnia, Lord of the ring, dan minat dia ni sangat jauh dari minat saya, tak tau macamana dan apa sebab dia jatuh minta dengan cerita fiksyen macamni. Saya sendiri tak pernah didik atau terapkan apa2 yg berunsur begini dalam membesarkan dia. Inilah dikatakan minat dari dalam diri sendiri kot...

Satu lagi perkara yang dia nak sangat tau adalah bahasa inggeris, dia selalu belek buku inggeris, terbaru buku hobbit, dan katanya, 'kalau kakak pandai english kan bagus, kakak boleh baca buku ni" saya sedar yang ini kesilapan saya sendiri. Setakat ini saya hanya dapat bagi makna perkataan2 yang secara kebetulan muncul dan dia terbaca. Dalam perjumpaan singkat berapa banyaklah yang saya boleh dedahkan. DI madrasah ada ustazah yang ajar english, tapi seminggu sekali jer. Usatazah tu belajar di Afrika selatan


Banyak sangat benda yang saya nak buat kat Hani lepas dia khatam ni. Moga2 cepatlah dia khatam. walaupun saya sedar lepas dia khatam tu lagi besar tanggungjawab saya untuk pastikan dia dapat istiqamah hafalan 30 juz dia. Nak masukkan kelas renang (keinginan dia), kelas memanah, nak bawak dia ikut abi dia menembak, nak memancing (permintaan hani), nak masukkan kelas english, nak amsukkan kelas pertahanan diri, kelas tarannum....hishhh macam2 lagi hajat hati saya ni....


Akhir-akhir ni saya tengok hani ni kalaui bercakap suara makin perlahan, tingkahlaku makin sopan, kalau orang tanya jawab dalam keadaan tertunduk malu. aduhai. makanya saya agak risau daris egi kemahiran sosialisasi dia. Mungkin pergaulan yang terhad dan duduk dalam rumah sepanjang masa (semingu sekali keluar dengan saya) berborak dengan orang yang sama, di bawah ruang lingkup yang sama maka dia semakin tak berapoa dapat sesuaikan diri dengan bersosialisasi.

Kalau keluar dengan saya pun, dia akan bawa beberapa buku, ada masa jer mulalah dia mengadap buku, tak de pun nak borak sangat. perhatian terhadap buku nampaknya menang dari perhatian terhadap saya. Nak borak selalu masa kereta bergerak jer sebab dia tak dapat membaca, pening katanya.


Tentang masa depan hani, saya dah banyak kali bincang dengan dia, target dia nak belajar ke luar negeri. Awal sangat nak tentukan. Biarlah dia berangan2 dulu. jauh sangat nak difikirkan. Cuma akhir2 ini saya terfikir, andainya saya dipanggil mengadap dia dulu, kemanakah halatuju dia. Sapa yang akan take care dia. pada masa ni ayah dia memang tak ambik pot langsung tentang anak dara dia ni.

Saya tanya suami,  dia kata sebolehnya dia akan bela hani. dia nak ambik tanggungjawab bela hani. saya bimbang pula takut didera mak tiri. Tapi katanya tak perlu hani tinggal di selayang, dah cukup besar tinggal di Kajang sahaja. melihat kepada suami yang ada ni, saya percaya dia bukan jenis lelaki bukan2. sangat bertanggungjawab. ada kepercayaan pada kata2nya.

Bagaimanapun jika pak haji masih hidup saya pasti dia takkan benarkan suami saya bela hani, pasti dia akan rebut hani. dan saya percaya pada aza sebagai mak tirinya untuk membela dia walapaun tahap kepercayaan saya belum 100%. namun pada masa ini saya serahkan pada keadaan andainya saya dipanggil ilahi. meletakkan dia di kampung bersama makwe dia memang tak terlintas langsung dalam fikiran saya pada masa ini, saya rasa mereka tidak akan dapat memahami bentuk dan corak berfikir saya.


Nota: masih ramai ker yang berminat membaca tulisan saya? sebenarnya dah takde citer menarik sangat nak cerita, kalau bercerita apun banyak sangat unsur2 pujian terhadap manusia sekeliling saya (yg ada pun hani buah hati dan suami yang saya sayang tu jer). Kalau cerita puji-pujian bimbang ada yang meluat pula nanti. kalau berminat untuk terus membaca, boleh saya mula mencatat kenangan-kenangan itu ke dalam blog. rasanya takde dah cerita-cerita air mata lagi dalam hidup saya....


Wassalam

Sunday, December 9, 2012

Tidak berhak bahagia agaknya?

Assalamualaikum w.b.t




Alkisahnya sebenarnya anak sedara sayalah yang mejadi punca kepada kemarahan amat sangat mak saya kepada saya. Selain berpunca dari pembawakan sikap saya yang berterus terang, transparent dan tidak suka berpura2.



Anak sedara saya kahwin pada 17 november di sebelah pengantin perempuan di Baling dan di melaka pada 24 november lalu bersamaan 10 muharam.



Asalnya saya ada berbincang2 dengan suami perihal kenduri kahwin ini. Dlam bincang2 suami ada lah menyebut dari instinct dia dapat rasakan anak sedara saya menghadapi masalah kewangan.



Kemudian say whatsapp anak sedara sulung saya yang nak kahwin tu tanyakan ada apa2 masalah ker dalam buat persiapan kahwin.



Dia kata takde masalah...alih2 dalam  dua hari kemudian macam tu, dia mesej saya lagi katanya tak cukup duit, nak pinjam dari saya RM2,500.



Saya tak jawab kata takde, sebab ikutkan ada, tapi duit simpanan tabng haji lah. Saya pun tanya pandangan suami, dia tanya saya ada duit tak...saya kata takdelah.... Saya ingat kotlah dia murah hati nak kasi pinjam, tapi memang taklah...



Sebab dia ada jugak tak berapa berkenan dengan along anak sedara saya tu. sebab along tu langsung tak menegur dia. Along pernah hantar resume kat suami saya nak minta kerja bahagian HR tapi suami ada lah berbalas2 email, yg mana akhirnya suami ada cakap disebabkan kita dah bekeluarga, maka dia kata dia boleh memberi tunjuk ajar kalau along serius nak menambah ilmu dalam bidang HR.



Tapi along xreply email dan bila balik pun along takde datang. Lagi dikesalkan sebab ada satu masa tu nenek along belah ayah dia meninggal. So along ada balik kampung bawa tunang dia.



Saya memang tak berapa berkenan dengan aishah ni sebab masa tak bertunang lagi dah datang banyak kali tidur apa semu kat rumah kakak saya. Macam muka tak malu, entah tak tahulah anak dara zaman sekarang.



Masalahnya along tu sekolah agama dari form 1 to form 5. Nak kata tak cukup didikan agama macam tak munasabah.



Balik cerita yang dia bawak aishah balik masa nenek dia meniggal u. Kebetulan esoknya saya pulak buat kenduri meraikan pernikahan saya bersekali suami balik umrah dan juga masuk rumah baru ni.



So malam tu dalam jam 11 malam along datang rumah saya bawak tunang dia. Sambil hantarbarang apa ntah. Dia memang dah tau saya kepantangan dia bawak alik aishah tu tapi siap di bawak aishah datang rumah saya tengah2 malam.



So kena smash lah dengan saya. Saya buat2 tanya masa dia datang berdua nak salam saya tu. saya tanya, 'eh sapa ni'...sajer saya tanya. Saya akui saya memang tak sporting. Kalau salah terus terang saya cakap salah. Saya takde tunjuk muka manis, saya tak nak dia dapat mesej yang saya menyokong tindakan dia.



Rupanya natijah dari tindakan saya sound dia tu buat dia kecik ati.....esok pepagi dia bawak aishah balik KL, langsung tak datang rumah kenduri makwe dia merangka kenduri saya lah tu...patutnya dia bawak angah adik dia ke klia utk balik sarawak pun dia tinggalkan jer, saya yang hantar akhirnya.



Malah, tindakan saya perli dia masa nak salam tu pun buat mak saya kecik ati dengan saya, dan dia marah saya pulak. masa marah saya tu dia bergenang air mata. tapi saya diam jer saya tak jawab apa2. cuma dalam hati saya kata dunia dah terbalik agaknya. Orang buat salah langgar hukum agama tak dipandang salah, saya yang niat ikhlas nak betulkan keadaan dan tegur dengan niat nak bagi dia fikir sebaliknya saya pulak disalahkan semua orang.


Saya sedar bahawa cara saya maybe salah, tapi saya bukan marah dia, saya perli dia, supaya dia tau saya tak suka dia ayak anak dara orang sesuka hati...bukan datang sekejap ni datang siap bermalam bagai dan siap bawak jalan dah tengah malam. Macam takde harga diri. Saya memang tipikal, tapi bagi saya kalau allah tak suka, benda tulah saya tak suka.



Ni bukan kali pertama dia bawak aishah, masa Abang saya kahwin pun dia bawak aishah balik kampung, siap saya terpedaya belikan pakaian yg mana kami pakai sedondon masa tu. masa beli kain ela banyak2 dia siap belikan AIshah pakaian sedondon tu....masa bayar saya pun tak tahu...meluat saya! Tapi mak dia dah larang aishah dari pakai baju sedondon tu sebab masa tu bukan ada apa2 hubungan lagi pun....menyibuk jer....



Sebenarnya masa rombongan kami meminang Salwa kakak ipar saya di Ipoh tu pun aishah tu ikut walhal masa tu bukan ada apa2 hubungan lagi pun....mana saya ni tak pandang serong si aishah ni. Pastu kami rombongan balik dia terus ke Baling hantar Si aishah tu berdua jer. Memang sengal....



Balik pada cerita anak buah saya nak pinjam duit, saya kata dengan dia makcu xdapat bagi RM2,600 sebab riad tax makcu mati bulan ni. Pastu dia diam jer. Yg saya pelik kenala at the first place dia cakap semua berjalan lancar takde masalah. Lepas sehari dua baru caka ada masaah kewangan. Yg lagi memburukkan keadaan dia bertukar tempat kerja, nak cari duit lebih. Entah nak baper banyak duit tak taulah. Dah jadi macam mata duitan pulak saya tengok.



Entah memang tak berkenan sungguh lah saya dengan anak buah saya yang sulung tu. walhal dari zaman sekolah memang dia akan mengadu kat saya kalau nak beli ala2. Nak beli kasut bola, nak beli laptop semua mengadu kat saya. tanpa banyak cerita saya pasti akan bagi dia duit. Sekali tu sampai bergaduh2 dengan pak hj sebab pak hj marah saya bagi duit RM200 semata2 untuk beli kasut bola baru....atas alasan pak hj, main bola xmeningkatkan iman, bahkan boleh membawa kepada lalai solat dsbg bahkan membuka aurat dan saya turut menggalakkan anak sedara buat dosa.



Umur dia tahun ni baru 24 tahun, grade umur 22 tahun sebab dia matrik express setahun jer, degree pulak 3 tahun. Dia ni budak pandai, pandai matematik. start kerja jer dah beli keter, lepas tu beli rumah. Pastu terus kahwin, langsung takde niat nak bantu mak bapak dulu, buat semua ikut kehendak sendiri jer.



Yang saya geram semua perbuatan dia takde sapa marah. Semua sokong jer. Malah saya pulak yang kena marah dengan mak saya. Walhal dalam ramai adik beradik, bahkan mak ayah along tu sendiri takde sapa yang berani tegur dia. Saya taulah sebagai cucu sulung, mak saya jaga dia dar baby samoai nak masuk sekolah, mesti sayang dia lebih agaknya.



Lepas along senyap xde follow up nak pinjam duit mak saya tu, saya pun tutup cerita ingatkan dia dah cukup duit. Masa balik kenduri rumah dia di melaka, tetiba Allah gerakkan hati saya untuk ambik buku tabung haji mak saya. Semuanya sebab saya nak lastikan duit tabung haji mak saya selamat.


Mula2 mak saya macam tak nak bagi...saya pulak nak balik ahad tu so saya cakap dengan mak saya minta buku tu sebab saya nak tambahkan seribu simpanan. yerlah gaji bulan ni kan dapat bonus. kalau saya tambah kan seribu maka dapatlah topup duit untuk umrah, takdelah jejaskan duit yg saving gi haji tu. Tu niat saya lah.

Tapi masa mak saya serah buku TH tu dia lain macam, terus menangis dan antara lain kata2 dia, "kau syak dak along ambik duit aku kan?"

Rupanya memang along keluarkan duit abung haji mak saya RM2,600. mak saya bela katanya bukan along tak cukup duit tapi just nak standby kat tangan...standby sampai RM2,600?

pastu dia nangis....dan meneruskan percakapan dengan mengatakan macam2 terhadap saya sambil menangis, ni bukan menangis sikit2...menangis sungguh2....yang jenis menangis tak terkawal tu...

antara lain yang saya ingat.....

-saya lupa diri
-dah gaji tinggi sombong macam nak putus saudara
-tak nak mengalah, nama jer belajar tinggi2
-air dicincang takkan putus, mana saya nak pergi kalau takde sedara
-kalau kau nak bergaduh adik beradik pun biarlah aku mati dulu
-jangan ingat dah banyak duit boleh tongkat langit...

Dan macam2 lagilah yang saya tak dapat nak recall dah sebab masa tu luar jer nampak saya senyap, dalam hati dah menjerit2 dah...masa tu suami saya kat lar kemas kereta ker apa agaknya...

Lepas dari tu, mak saya pergi rumah kakak saya, saya pulak ke kedai sebab pagi tu nak jerang air tengok mak saya takde cerek air, dah bocor. so keluar pergi belikan cerek air baru.

Yang saya sedih, apa saya buat selama ni, apa saya lalui selama ni, susah ayah hidup saya dari zaman anak dara, dah kawin, dapat anak, takde sapa pernah ambik tau. takde sapa kongsi kesusahan hidup saya. Bila saya nampak macam senang sikit, macam2 tuduhan pulak saya tempuh.

Agaknya selain faktor mereka melihat suami saya agaknya berpendapatan (agaknyalah) mungkin mak saya terasa macam kehilangan saya .

Kerana terlalu lama dah saya balik kampung samaada keseorangan (hani bukan selalu cuit, dan dulu dia di kelantan) dan selalunya balik dengan hani, dan keadaan ni dah berterusan dari 2006 sejak pak hj stroke, maka mak saya dah selesa kalau saya balik, saya akan bawa dia kesana sini takde halangan.

Bawa beli barang dapur, bawa makan, sarapan, beli lauk, pergi rumah sedara....tapi sejak saya kawin ni saya balik selalu saya keluar dengan suami dan hani.

Bukannya apa, hani sendiri pun saya jarang jumpa. Hani dan suami pun boleh dibilang berapa kali jumpa. Bahkan saya dengan suami pun masa memang terhad. kan dua minggu dia kerja di JB. Masa yang ada sangat2 berharga.

Masa balik kampung tu jerlah kami bertiga dapat berkumpul bersama, Mana nak cari masa lain lagi. Tu sebab sebolehnya saya akan menghabiskan masa bertiga ke mana2.

Adakah faktor ini buat masa saya terdorong untuk turut terasa hati dengan saya?

Nak kata saya musuh adik beradik saya tak juga. Saya pergi ke baling, saya balik rumah kakak saya kenduri, kakak salmah yang sebelah rumah tu, saya beli sarapan atau makanan memang saya beli untuk anak2 dia sama.

Cuma saya bukanlah seramah adik beradik saya yang lain, saya takde pergi duduk  bersembang dengan diorang. kalau balik kampung saya selesa duduk dalam rumah dengan Hani. hani pun meang jenis tak keluar rumah. Kami berdua duduk tengok tv atau berinternet.

Bukan selalu saya balik, saya memang enjoy duduk dalam rumah kampung yang saya bina tu, yerlah kita dah keluar duit banyak, tambah lagi barang2 dalam rumah tu semua barang2 yg saya beli dari awal kawin memang ikatan saya dan barang2 tu kuat. saya selesa baring atas sofa kulit saya beli dari 2002 tu. saya selesa baring atas katil yang saya beli dari hani baby....

saya sukakan suasana tu....saya tak suka duduk luar rumah..masa yang ada saya enjoy dua beranak golek2 dalam rumah atas sofa atas katil....


Tapi mak saya nak saya pergi borak2 agaknya....dengan mak saya sendiri pun saya takde borak sangat...lagi dengan kakak2 saya tu....dan sekian lama saya memang macamtu.....apa masalah hidup saya memang saya takkan share dengan adik beradik.


kena ingat saya tak habis sekolah lagi, kedua2 kakak saya dah kawin. sejurus lepas salmah kawin dia masuk maktab dan saya pulak keluar result STPM saya dapat USM. kebanyakan masa saya selepas habis sekolah berada luar dari keluarga.....



Saya dah ada kawan saya sendiri yang boleh saya share masalah saya. saya ada azizah di labuan yang sentiasa setia denar masalah saya, Saya ada kak jue di serdang yang mana kalau saya susah hati saya pergi rumah dia di taman sri serdang.

mereka yang tau sejarah hidup saya dari saat saya kenal pak hj dan dari saat saya putuskan nak kawin dengan pak hj, dan merka juga terawal yg tau saya bernikah dengan hashim. mereka yg tau hati budi saya lebih dari keluarga saya sendiri. kalau tau pun, saya tak fikir mereka berminat nak tanya....mungkin disebabkan faktor diri saya sendiri yg tak pernah buka ruang ahli keluarga untuk ambil tau perihal diri saya....





 Wassalam

Friday, November 30, 2012

Saya sedih

Assalamualaikum w.b.t


Lama saya tak menulis kan?

bayangkan sahajalah jika saya tak menulis tu maksudnya saya sedang bahagia

masa bahagia saya memang tidak mempunyai idea untuk menulis

hanya menikmati saat-saat bahagia itu

memanglah ada masalah sana sini

dalam menyesuaikan diri dengan manusia yang berbeza sama sekali

apatah lagi gap antara kami memang agak luas

ada lah juga persamaan tai lebih banyak beza dari yang sama

dalam hal ini saya banyak bertolak ansur

itu kan lebih baik

Nanti saya cerita detail kekangan saya kali ini

mencabar juga

banyak pertentangan pemikiran dan tindakan juga

tapi pokok pangkalnya saya bahagia

cara suami menguruskan perbezaan itu dapat saya terima dengan baik

kali ini saya ingin bercerita berkaitan hal lebih serius...hal kekeluargaan

satu hal yang amat menganggu saya sebenarnya

dah masuk minggu kedua saya pendam

tak berhasrat nak bercerita di blog

tapi saya tewas juga

saya rasa saya tak boleh simpan lagi dalam kepala dan

jiwa saya rasa sengsara

begini...

Sebelum saya bercerita lanjut saya bagi background story

kalau lama ikuti blog saya tentu sikit sebanyak perasan yang saya tak berapa close dengan family

bukan sekarang sahaja saya tak close, semua ni sejak zaman sekolah lagi

saya dah biasa bersendiri

terutama saya anak bongsu

abang sulung saya, nasir (ayah yaya) lari/dihalau dari rumah pada 1986

kakak kedua saya, Salmi kawin pada 1987

abang saya ketiga, Yazid, masuk asrama, MRSM pada 1982-1986

kakak saya keempat, Salmah kahwin pada 1993 (semasa saya menduduki STPM) dan kemudian terus masuk ke maktab

Semua mereka ini melepaskan diri masing2.....saya jer yg tinggal

maka, sejak saya sekolah menengah memang saya seakan tertinggal di rumah....

kakak saya, salmah bersekolah di sekolah agama, saya pula sekolah biasa

bila tak sama sekolah memang kami tak rapat mana

dia ada kelompok kawan dia, saya pula kelompok kawan saya

masa 1991 (saya ting 5) dia dah bertunang

selepas bertunang tu memang kami lagi tak rapat

saya menganggap diri saya menjadi mangsa atas kegagalan abang/kakak saya memenuhi impian abah saya

kerana kegagalan mereka menjejakkan kaki ke menarag gading

maka, bila tiba turn saya bersekolah, abah saya tak memberi perhatian

dia taknak meletakkan haraoan tetapi kahirnya dikecewa kan

saya masih ingat yang saya bersekolah dengan kasut koyak

sebab abah tak ambik port dengan persekolahn saya

saya pernah dipanggil di hadapan perhimpunan kerana saya termasuk kelompok yang masih tak bayar yuran exam SPM

semua tu masih dalam kepala saya

saat2 sedih saya di zaman sekolah bermain2 dalam ingatan sampai sekarang

saya masih ingat dialog abah saya, "kau siti, asyik terperuk dalam bilik belajau jer, kalau tak masuk u aku tak taulah, mana2 cina buta keling tempang masuk meminang memang aku kahwinkan"

kata2 itu semacam ugutan untuk saya

punca saya kena marah tu sebab saya selalu duduk dalma bilik

tak bantu mak saya buat kerja dapur

saya selalu tidur lewat membaca buku

tu sebab saya kena marah selalu

sebenarnya zama sekolah tu memang ada pembahagian tugas dapur

ada pembahagian antara saya dan kakak saya....

tugas utama giling cili, masak nasi, jerang air, hidang makan malam

saya bergilir dengan kakak, sehari saya sehari dia

memang seksa kadang tu

mak saya zaman tu kerja kilang buat dodol

mak saya kerja dia kopek kelapa

memang kesian sangat

selalunya bila turn saya buat giliran kerja tu kadang tak sempurna, lewat tu sebab saya selalu kena marah sebab asyik belajar (duduk di bilik tak keluar2)

zaman masuk u pun semau saya buat sendiri, tak pernah dbantu oleh mak ayah

takde satu pun urusan diorang campur

masa saya temuduga masuk ITM pun mereka hantar ke ITM jer,

sayalah yang bekejar ke sana sini cari tempat sendiri, berpeluh2

semua tu saya masih ingat

saya berbangga dengan diri saya kerana saya mampu menempuh semua tu

termasuklah bila register di USM

Semua saya lakukan sendiri

mak abah saya hantar jer

tak selesai urusan saya dia dah balik

saya masih ingat....saya tercampak di Penang sendirian

masih ingat sata angkat satu persatu beg dan baldi saya sendirian

moralnya: saya sudah berdikari sejak zaman sekolah lagi

saya telah dibiarkan sendirian uruskan segalanya sendiri

saya tak mengharapkan sesiapa bantu saya kerana saya tahu had mana mereka mampu bantu

masa masuk universiti, abah saya bagi RM2,000

selepas masuk u, duit pertama pinjaman JPA saya dapat terus saya bagi abah saya RM2,000

Pelajar lain beli macam2, ada yang beli motor (2nd hand) ad ayang beli  buku, pakaian dll

tapi saya sedar saya perlu ganti duit abah saya yang masa tu memang susah

habis belajar, saya duduk rumah 3 hari jer

saya terus kerja kilang

setiap bulan saya bagi mak/abah saya RM600

sebahagian duit tu untuk abah bayar bulanan kereta abah (masa tu abah mmg dah ada kereta)

sampai lah abah saya langsaikan kereta nissan tu

saya berhenti kilang Sam Chang Precision selepas genap setahun

dengan basic RM400, dan OT adalah dalam 400, maka sebulan dalam RM800

saya hanya ada balance 200 jer

tapi lepas setahun bila saya berhenti saya dapat simpan dalam RM2,000 (sebab adakala OT dapat banyak)

saya kerja dua shift, 7 pagi-7 malam dan sebaliknya

saya OT tambah 4 jam, so sehari sekalu saya kerja 16 jam

memang penat, takde sosial life langsung

tapi sebab nak tolong abah dan simpan duit saya bertahan

banyak kali supervisor cakap kat saya, akak xleh ambil OT banyak sangat, langgar akta buruh ni

tapi saya tetap berkeras nak ambil OT jugak

masa tu takde istilah penat langsung, saya bekerja dengan sepenuh jiwa,

setiap pagi walaupun kena keluar rumah 4.15 pagi saya bahagia dan bersemangat tunggu van kilang

saya bahagia sebab saya tau kenapa saya bekerja

sebab bantu abah dan diri saya

alau saya adakalanya sedih bila ada pekerja ain tau saya ada degree tapi kerja kilang

memang rasa down juga...kadang down sangat2....

lepas setahun saya tak dapat bertahan melawan perasaan down tu

terutama lepas second interview saya untuk ambil diploma pendidikan di UIA gagal

saya berhenti kilang Sam Chang dan terus apply kilang Cubic

kilang buat subwoofer, dapat jawatan quali controller, basic tinggi sikit

sebab dah ada pengalaman setahun kerja....masa apply tipu xbagitau ada degree

masa zaman saya grade 1998 memang tengah merosot ekonomi peluang kerja agak sukar

lagi2 macam saya yang memang dah bersumpah tak nak kerja di KL

semua kesusahan saya ini saya tempuh sendiri

takde satu pertolongan un dari ahli keluarga

semua saya bergerak sendiri, cari kerja sendiri, usaha sendiri

dan takde sapa yang membantu saya cari kerja lain

malah memberi tekanan pada saya adalah

asyik tanya sampai bila saya nak kerja kilang....

saya pasrah jer

banyak lagi kesusahan saya tempuh seorang

perjalanan hidup saya memang berliku

sangat berliku

takde sapa2 bantu, takde sapa2 ambil berat......sampai saya jumpa Mr R

Boss saya masa saya kerja reporter

yang nak ajak kahwin tu

sampailah sebelum saya kahwin dengan Hashim ni dia masih tetap berhasrat nak kawin dengan saya

cuma dia perlu masa

dia jer yang jujur dan tau susah payah saya

tu sebab zaman saya kerja dengan dia dia beri saya motorsikal

masa tahun lepas dia bantu buat rumah saya dia top up RM6,000

sponsor cat satu rumah

sebab dia tau saya buat tu semua bukan untuk saya

dia tau saya dari dulu memang akan berkorban apa sahaja

dia tau masa zaman saya kerja saya sanggp gadai barang emas saya sebab nak bagi mak saya duit

tu sebab dia kesian saya...dia tau sejauh mana jujurnya saya...

fyi banyak barang kemas saya zaman sekolah saya gadai zaman kerja reporter sebab masa tu gaji saya kecik

kerja kilang lagi gaji besar

kerja kilang takde keluar kos tambang, makan, pakaian...so memang jimat

so utk tampung tak cukup, saya terpaksa gadaikan barang emas

mak abah saya tak tau....

zaman tu saya tak suka mak abah saya gaduh.....sebab duit

banyak lagi perkara saya buat.....

tahun lepas paling mencabar....

saya keluar banyak duit

pertama, tampung kos abang sata kahwin

ingat tak? kakak ipar anak dato' yang nama Salwa tu

abang saya hanya ada cukup duit hantara jer

kenduri bagai semua dia takde

masa tu saya memang dah standby duit RM50k untuk buat rumah mak saya

saya tarik hampir RM10k untuk urusan kenduri

alhamdulillah selesai semuanya

masa tu saya memang teringat nak pakai duit tabung haji mak saya

tapi saya tak sampai hati nak keluarkan

mana tau tiba2 nama mak saya naik untuk gi mekah

sapa yang susah nanti

kemudian masa saya buat rumah mak saya

kos asal dalam RM45k jer saya jangka

tapi naik jadi RM60k

tu tak masuk barang2 lampu kipas bagai

saya korban, duit gaji saya ambil cash untuk makan saya jer

mujur masa tu hani dok kelantan, ada juga banyak kelegaan

semua cash saya curahkan untuk rumah

semua bonus saya habis untuk rumah juga (cat bhagian dalam)

semua kerja mengecat saya buat sorang2

saya mengecat 24 jam

sebab mak saya tak sabar nak masuk rumah sangat

sampai siap saya demam lah

untuk bilik saya sendiri sampai hari ni tak habis mengecat lagi...

takde sapa tolong saya mengecat

adalah sana sini sikit anak buah tolong main2

semua saya korban untuk jimatkan duit

masa tu saya terfikir nak keluarkan duit tabung haji mak saya untuk pasang tiles

tapi fikir punya fikir tak jadi

saya takut saya tak semat topup balik duit tu

sebenarnya sebelum tu saya berdepan masalah kembara saya asyik rosak

ingat tak?

banyak duit saya keluar

banyaaaaak sangat

semuanya main ribu2 setiap kali hantar repair

memang pokai abis masa tu

sampailah saya terpaksa fikirkan alternatif

tu yang saya ambik nissan lepas sesak, dapat rebate RM8,000

tapi kembara tak boleh jual sebab market value jatuh dan rendah dari baki hutang

sampai sekarang saya bayar hutang dua kereta

hutang kereta sahaja RM1,500 sebulan

nissan seribu, kembara 500

semua tu saya tak cerita dengan mak saya

semua saya hadapi sendiri

tahun depan insyaallah habis kembara

sila fokus cerita saya pasal duit tabung haji mak saya

pada mak saya saya bagi duit tu bukan percuma

dia gunakan sistem barter

katanya tanah sawah dia bagi pada saya

tapi sampai sekarang berbuih dah mulut dia suh saya tukar nama saya masih tak sedap ati nak tukar nama

sebab saya takde niat sangat pun nak tanah tu

sebab abang saya ada bersuara kenapa saya buat rumah saya sekarang atas tanah tu, patut bahagian tu untuk salmi, salmah dan dia (yazid)

masalahnya mak saya yang nak buat situ saya usaha penuhi kehendak mak saya

baru2 ni ada peristiwa mak saya marah dengan saya, weekend lepas sebenarnya

saya tak tau nak kategorikan kecik ati ataupun memang marah sangat

saya rasa marah sangat

hishhh saya dah menitis air mata ni....tskkkkk...sobsss

aduhhhh....

macam tak boleh nak teruskan cerita

sampai tahap saya nak balik mak saya duduk dalam bilik air tak nak keluar

so saya tak dapat bersalam dengan dia

hani pun tak dapat salam

hani panggil2 bagitau nak balik pun dia tak keluar

sedihnya saya

sepanjang jalan balik ke kajang saya menangis

tak berhenti2

bengkak2 mata saya

apa yang saya rasa pada ketika ini

takde satu ahli keluarga saya pun yang sebenarnya ambil tau pasal saya

suami saya kata saya terlalu manjakan keluarga

sejak berbelas tahun dulu saa tak pernah miss bagi mak saya duit

saya penyumbang utama perbelanjaan mak abah saya

sejak beberapa tahun dulu dari zaman abah hidup memang saya  dah tolakkan  duit tabung haji untuk mak

tapi tak pernah cukup2

sebab selain mak saya keluarkan untuk dia belanja

kadang kakak saya pinjam

anak buah nak masuk sekolah pinjam

setiap kali balik ada jer pengeluaran duit tabung haji mak saya

sampai satu tahap saya cadangkan pada mak saya bar saya pegang buku mak saya tu

sampailah pada pertengahan tahun ni dah mencecah hampir RM14k

kira dah cukuplah, bolehlah buat mak saya berbelanja

nanti saya tambah2 lah lagi kalau katalah nama dia naik tahun depan

so saya bagilah balik buku tu kat mak saya

lepas tu mak saya sebut kata dia nak pergi umrah

takut tak sempat nak pergi haji

oklah saya bincang dengan suami kita pergi berempat

saya taknak terhutang budi dengan suami

saya main kutu kat pejabat

main dua nama, dapat Jun dan Julai 2012

satu nama saya dapat RM4,900, so dua nama dapatlah RM9,800

memang cukup2 untuk kos saya dan Hani

saya plan macam tulah

mak saya pula saya kata kat dia, mak ambiklah dulu duit tabung haji tu untuk buat umrah

nanti ada rezeki saya tambahkan duit simpanan tu

Ya allah sedihnya bila saya tulis ni.....jap sapu air mata ni...

so saya bagi buku tabung haji kat dia

saya kata kalau sempat mak buatlah passport

tapi dalam hati saya hani  cuti hujung tahun 10 hari ni saya nak bawak mak saya dan hani buat kat presint diplomatik tu

so habis cerita buku tabung haji tu

sebenarnya untuk mak saya setiap kali balik selalunya saya bagi dia RM400

kalau bulan tu dua kali balik saya bagi dua kali tapi kali kedua tu saya bagi macam RM200 ker

mak saya selalu makan kat rumah kakak saya

elektrik dia selalu tak perlu bayar sebab bawah RM20

hanya astro RM40

dan saya jangkakan anak lain pasti bagi dia duit, kakak saya Salmah dan Salmi dua2 kerja

Yazid buka cyber cafe tentu bagi juga

tapi saya tau sebenarnya diorang tak bagi sangat pun

semua perkakasan dalam rumah saya (rumah mak saya lah kan) adaah disediakan oleh saya

dari mula buat sampai sekarang ini takde satu anak lain pun campur tangan

saya percaya diorang setkan dalam kepala tu rumah saya

walhal apa sahaja keperluan dalam rumah tu kan untuk mak saya guna?

saya tak kisah lah sangat lagi boleh lagi tu saya bantu

dan saya pulak tak pernah tunjukkan saya tak mampu

banyak step saya buat sikit demi sikit nak bagi mak saya selesa duduk rumah tu

mula2 saya hangkut tv aza bagi dulu

sekali ada rosak, kena on sentiasa kalau of bila on ambik masa

so mak saya tak suka dia tak bukak langsung

saya belikan TV second hand tv LCD lagi

saya masukkan astro sebab dia suka rancangan agama

pastu takde petia ais

saya angkut peti ais aza bagi

saya angkat berdua dengan hani jer

punya gagah saya, bawak dengan kembara

balik tengah malam, bawak slow jer

takut kembara mampus enjin tengah malam

sampai kampung saya letak atas alas kaki saya tarik petis ais tu dengan alas kaki sampai dapur

kemudian saya kesian tangok mak saya tdo atas toto

fikir punya fikir saya bawak pindah semua perabot rumah saya sendiri ke kg

saya bagi mak saya bedroom set kawin saya

macam bilik pengantin bilik mak saya saya hias

masa tu saya kemas 4 rumah

saya basuh 4 rumah

rumah saya di ampangan, sebab penyewa nak amsuk, barang bawak rumah kampung

rumah bangi sebab saya nak keluar, barang rumah bangi bawak rumah senawang

rumah senawang kemas barang masuk dari rumah bangi

rumah kampung

bayangkan saya seorang diri kemas dan basuh 4 rumah

bawak pindak barang berapa trip tu

saya ikut dengan lori, siap bantu kemas lagi

siap semua ni saya demam beberapa hari

sebab terlebih penggunaan tenaga agaknya

saya pun masih kagum dengan kekuatan saya tak tau datang dari mana

semua saya urus dan buat seorang diri

mak saya sikit pun tak bantu tak tanya dan tak respond apa pun

masa saya bawak pindah barang masuk rumah kampung mak saya berjalan rumah cucu di KL

*******

sebenarnya panjang citer saya, klimaks nya sangat mengecewakan saya....

saya tak sanggup citer lagi....saya sedih sangat.....

saya tak sangka lepas apa saya korbankan mak saya tetap bersangka buruk dengan saya

sampai tahap saya rasa macam mak saya dah buang saya

memang saya akui kalau orang lain ada perasaan rindu pada mak

pada saya, saya takde rindu pada mak saya....dari dulu lagi

berbeza dengan abah saya (memang saya rindu dan rasa kehilangan dia)

bukan saya tak sayang dia....tapi saya tak tau apa kategori perasaan saya

cuma saya balik kampung dan buat semua ni atas rasa tanggungjawab

dan menjadi rutin saya dari dulu

tambah2 adik beradik lain takde yang mampu buat agaknya

ataupun mereka terlalu selesa dengan apa saya korbankan selama ni...

tambah2 saya tak pernah berkongsi masalah saya, semua saya telan sendiri, saya selesaikan sendiri

mereka pun tak pernah bertanya dan tak pernah teringin datang ziarah saya...

takde satu kehidupan saya yang mereka ambik tau

sampai saya kawin, cerai dan kaein lagi pun takde sorang pun sedar dan tau...

agaknya kalau saya mati pun takde sapa yang ambik tau...

sedihnya ya Allah

syukur allah hantar suami saya ..at least ada org tau kalau saya mati keras....

nani saya sambung faktor mak saya marah sangat dengan saya....
Wassalam

Saturday, November 3, 2012

Ke JB lagi

Assalamualaikum w.b.t


Saya ke JB

Naik ekspress petang semalam

Pagi ni dah bermalas-malasan di bilik

Tapi being me saya memang tak reti tido lepas solat subuh

Ni menonton tv sambil membrowse news baru
  
Saya rasa suami saya tak baca blog saya, tak sempat kot

Yerlah kalau kerja di jb ni jam 6  pagi dia dah gerak ke pasir gudang

Jam 6 petang baru abis waktu kerja

Balik tu dia cari makan

Then dah maghrib and isyak, terus tido...penat

Malam kadang saya berviber sorang....mula2 reply pastu senyap jer....

Sentap.....tapi sebab fikir dia penat maka diam2 sudahler

Kerja 12 jam sehari non stop untuk 14 hari.....penat lah kan...

Cari rezeki gitulah....

Eh hari tu saya kemaskan doc dia masuk file holder

Then bila nampak slip gaji, kami bincang pasal tolakan tax

Kesian orang gaji banyak ni... Baik gaji or bonus

Tolak tax sebulan jer antara 5-7k

Setahun puluh2 ribu kena cukai

Tapi kemudahan dia dapat sama jer dengan saya yang tolak cukai 200-300 sebulan

Takde apa keistimewaan pun walaupun bayar cukai banyak...suami saya complaintt

Saya pun baru terfikir.....heheee

Tapi kalau orang kaya2 bisnes tu mmg bayar cukai banyak tp masuk pun banyak

Sebab dapat projek dari government

Tapi yg kerja kuli bukan owner (mcm suami) di sektor swasta ni malang sketlah....gaji tetap

Maka menyumbang











 Wassalam