Assalamualaikum w.b.t
sangat tak sabar nak tuggu 8 Mac
8 mac petang saya akan ke KB
asalnya sekadar ziarah hani
kan ziarahnya pada jumaat
tu sebab saya booked tiket flight hari khamis
supaya jumaat pagi2 terus ke madrasah dia
sekali aza sms bagitau sekolah dia ada cuti
saya called ustazah rupanya memang ada cuti
cuti agak panjang juga
dari 10 mac hingga 20 mac
10 hari tu....sukernya
so dapatlah saya bersama2 dia panjang sikit tempoh masanya tu
macam2 juga dah dirancang aktiviti bersama
tapi aktiviti yang tak melibatkan kos yang besar
setakat aktiviti yang membolehkan kami spend time together
saya akan cuti seminggu
akan habiskan masa di seremban
akan ajak iza gi mandi air terjun ulu bendul
juga akan bawa hani interview madrasah di Jasin
dah called madrasah pun
buat masa ni belum ada kekosongan
akan ada kekosongan dalam masa sebulan ni
sebab ada sorang pelajar wanita sedang buat syahadah
syahadah tu adaah ujian menentukan hafalan dia
kena baca quran secara hafalan 30 juz tanpa membuat kesalahan
akan dapat sijil syahadah (pengiktirafan yang dia menghafal quran) jika kesalahan bacaan tidak lebih dari 15 ksalahan
so jika stdent tu lepas maka adalah satu kekosoangan di madrasah tu
so hani bolehlah masuk
tapi kena interview dulu
nak kena tengok hafalan dia
bacaan quran, hafalan surah, tulisan jawi
juga tengok samaada dia boleh uruskan diri atau tidak
harap2nya semua okay
kalau dia dapat masuk madrasah di Jasin tu saya rasa senang sikit
boleh ziarah dua kali sebulan
boleh bawak ba;ik bermalam sebulan sekali
so takde masalah
saya pun dah ada rumah di melaka
dan saya tak rasa hani akan keseorangan sebab dia tentu dapat rasa yang dia dekat dengan sedara mara
kalau saya tak dapat tengok boleh pesan sapa2 tolong tengokkan dia
saya harap sangat hani dapat duduk dekat dengan saya
saya betul2 rasa sunyi hidup tanpa dia
rasa lonely sangat
saya rasa macam takde makna hidup saya
makin lama makin hambar
suami dahlah takde
ada anak sorang pun jauh sangat pulak
saya sendiri sebenarnya tak dapat bayangkan macamana saya boleh tempuhi hidup macamni
sebenarnya saya tak mampu pun
tapi tak taulah kekuatan datang dari mana menyebabkan saya bertahan
boeh jadi giker kalau diikut2kan
mana taknya
selama ni kemana2 berdua
tiba2 sekarang semua buat sorang2
dahlah semua berlaku serentak
hilang suami, hilang anak
memang macam looser
rasa benci baca status facebook orang
status twitter orang
menyampah tengok orang makan sekeluarga di kedai
menyampah tengok suami isteri naik kereta berdua
segala2nya menyampah
cuma yang menyelamatkan sedikit keadaan adalah kesibukan kerja
juga kesibukan prudential
juga sebab ada pakcik singapore yang hari2 tanya khabar
juga ada kawan penang noorwandi yang rajin bergurau tegur saya
juga anak buah pejabat, laila, 25 tahun yang rajin bbm tanya "Puan sihat ker?"
dan juga boss yang rajin bb kasi kerja sabtu ahad malah malam pun bbm juga
sebab tau saya takde apa2 komitmen
itulah yang mewarnai hidup saya
juga sesekali bergaduh dengan ex pakwe melaka yang rajin dan masih rajin mengusha saya
masih nak test market....
masih main tarik tali nak ajak nikah jadi bini ke 3 (main2)
tapi selalu call saya seba nak cerita masaah hidup dia, masalah bini2 dia
yang saya fed up nak dengar, at the end selalu jadi gaduh
samaada saya matikan hp ataupun dia, dah tua2 masih kuat bergaduh...
13 tahun dah perkenalan saya dengan dia
memang jodoh kami takde kot....dah 13 tahun berpisah, berjumpa lagi
tetap juga bergaduh....
tapi gaduh camana pun dia tetap sms saya juga
semalam dia sms bagutau dia kat KL ambil kereta dengan akak (kak enon isteri pertama)
pastu tak lama dia mms gambar kereta pulak
van mpv vellfire (ntah betul ker tak nama mpv ni)
macam alphard harga RM400k, dia kata, RM300 k deposit, loan RM100k
saya tanya apa yg bodoh sangat beli keter mahal2 bukan boleh bawak mati
macamana dia tak marah saya kan, selamba saya cakap dia bodoh (yerlah org melaka)
dia kata hidup sekali, kena puaskan hati...
kena beli MPV sebab nak bawak bini 3....baru muat (kononnya saya bini ke 3 dia)
entahlah, memang asyik nak gaduh jer....memang akkan kawin lah dengan dia....
sungguhpun terhutang RM6k tapi tak mungkinlah saya nak kawin dengan dia
apatah lagi saya dah berbaik pulak dengan isteri ke 2 dia
kebetulan khamis lepas saya ikut KP ke SPRM melaka, meteri kerja raya datang
so diana ada datang buat liputan, so borak2 dengan dia...
terbayang diusia diana saya juga kerja dengan Mr R, mujur saya tak terkahwin dengan dia
ternampak diana tak berapa happy....bertanya saa peluang2 kerja lain
dalam hati, heheheee..macam2 terbayang....
dalam pada saya sibuk ni, ada satu mamat menganggu hidup saya
lebih setahun dah kenal mamat omputih (keturunan arab ni)
mamat degil tak kenal putus asa
saya syak dia scammer
kaki penipu
macam2 saya cakap kat dia dulu, sampai dia marah kat saya
lama dia tak contact
saya memang takkan contact dialah
Jerry Chris nama dia
sila2 cari dia di FB ada dalam list friend saya
sungguhpun dah setahun kenal tapi saya malas nak layan
scammer ni kan memang tak putus asa, kan nak tipu orang kan
tak taulah apa taktik si jerry ni
selalu jugak dia send mesej kat fb saya
saya hanya balas i'm busy
berpuluh2 kali saya balas i'm busy
tapi dia tetaplah jugak mesej saya
lama2 fed up saya layan jugak
walhal dulu saya dah marah dah dia ni
saya cakap tak mungkinlah saya akan kawin dengan dia
budaya berbeza, segala2 berbeza
saya suh dia cari wanita dari indonesi berlambak2
sebab alasan dia nak yang muslim
tak merokok, takde sex bebas, yerlah dia muslim kan
duda anak sorang
entah adalah 3 mggu lepas kot kat kg xde kerja dia tegur saya kat fb
saya borak jerlah
dia sebut2 lagi nak ajak kawin
mamat giler
nak datang malaysia, nak jupa family saya
saya pun malas nak panjang citer, saya kata kalau nak datang
datang bulan ramadhan, raya sekali kat sini
dia okay ajer, siap nak datang bawak anak dia
nak jumpakan dengan hani katanya
bukan main suka lagi dia (geram pulak saya)
pastu dua hari lepas tegur lagi kat fb
saya layankan ajer, yerlah dah boring xde menda layan jerlah
saya tanya dia kenapa yang dok carik saya dah setahun dah saya taknak sudahlah
dia kata sebab selama dia kenal saya saya tak pernah minta duit dari dia
walhal dia offer saya
pastu saya cakap, memang saya tak minta duit dia, sebab saya syak dia tu scammer
dia kata kenapa syak dia scammer walhal dia victim, dah dua tiga kali kena dengan scammer
orang filipina, kerja kat jepun
dia bagi pompuan tu 50k USD sebab pompuan tu nak buat visa nak datang texas
pompuan tu sehari 3 kali call dia
cintakan dia kononnya
entah apa2 lagi dia citer
pastu katanya tertarik dengan saya sebab saya tak pernah cakap pasal duit walhal dia selalu bagitau dia banyak duit
pastu sayan tanya kalau saya nak duit dia boleh tak
boleh kau!
siap tanya nak berapa...
dia tanya kenapa saya takde duit ker
saya kata saya baru spend 60 k buatkan rumah mak
then dia tanya 60 k kalau convert pd usd berapa?
saya kira2 adalah dalam 16k USD
dia bantai gelakkan saya guling2
tanya kenapa murah sangat
apasal your currency rendah....your country so poor
tak guna kau jerry
eh lupa nak cakap dari mula2 kenal dulu dia suka call
malah pernah YM sekali dua
ni citer lama lah
so semalam dia call saya....siap dia kutuk2 malaysia
dia kata dia dah googe pasal malaysia
negara ni tak selamat
selalu ada piket jalanan
malah polis pun kasar
so dia adalah takut nak datang malaysia
kalau nak datang dia akan pastikan dia maklumkan ambassador dia
pastu siap suh saya google texas
pastu cakap your weather not nice...very hot
i think if i come to malaysia i need to stay in aircond
mangkuk kau
so saya adalah menyampah
tapi si jerry nia dalah sangat teruja nak datang malaysia
nak jumpa saya, berbakul2 saya dah cakap saya taknak kawin org luar
saya takkan berhenti kerja
dan saya takkan nak migrate ke texas (dia siap cakap dia dah beli banglo)
malah dia dah tunjuk gambar rumah dia (entah betul entah tidak)
kadang nak percaya susah tak percaya pun susah
duluuuu perah chat dengan dia, tetiba dia stop pastu dia kata sebab boss dia lalu blkg dia
ada juga tengah chat dia minta izin nak gi lunch sebab dah masuk waktu lunch
dan dia tak pernah minta saya sebarang alamat
entahlah
bila citer kat laila, laila kata scammer
kalau nak tau betul ker tidak si jerry ni
suh jer dia datang malaysia
ataupun suh dia kirim duit kalau dia jujur mesti dia bagi...
wah...makcik kayoooooo
Wassalam
3 comments:
bidaah laaa Jerry tuh
texas tuh lagi bahang dari Malaysia OK
ntah2 african scammer mana ntah
Wakakakaaaa...
Hehehe salwa kat texas beg gucci murah sikit.. Suruh dia posted beg gucci seketull. Tengok dia buat ke dak?
Post a Comment