Monday, March 12, 2012

High blood pressure

Assalamualaikum w.b.t


Dua entri sebelum ni saya ada bagitau saya sakit kepala kan

Berpanjangan sakit kepala saya tu

Dari jumaat sampailah hari rabu

Pelik sangat2

Tapi masa tu xterfikir langsung yang darah saya naik

Boss saya pulak nasihatkan saya banykkan minum air

So menyaut cabaran dia saya pun minum air banyak2

Geram sebenarnya kat dia

Macam tak faham saya sakit kepala

Bertubi2 dia bagi kerja

Rau tu memang cadang nak pergi dah

Sebab tak tahan sangat

Tapi pagi meeting lama giler, nak sambung petang pulak

So dia cakap dengan saya, awak pergi esok jerlah

Kalau pergi hari ni dah lewat lama nanti awak kena tunggu

Esok awak pergi lepas subuh....

So bertangguhlah saya, semata2 sebab kesian pada dia

Sebab meeting pTg tu pasal strategik planning

Kononnya saya kena ada sebab saya yg lead unit ni sebelum ini

Walhal dalam sakit kepala tu bukan boleh fikir banyak sangat


**********

4 hari tinggalkan entri ni skrg nak sambung balik

Sekarang saya cuti seminggu, cuba nak turunkan tekanan darah

Semalam ambik bacaan naik 155/115

Stress lah

Malam ambik lagi alhamdulillah turun sikit

150/99

Takperlah at least ada turun

Hani dah ada sini

Dia ada saya tambah stress pulak

Macam2 permintaan lah budak ni

Semalam ajak gi pesta buku kat PKNS bangi

Nak beli jugak quran

Rasanya dah 3 quran dah saya belikan

Semuanya ada jer tak kena

Nak pulak yg ada tajwid, yang kaler2 tu

So belikanlah

Pastu dia kan jenis sopan santun jalan tengok buku belek sana belek sini

Geram pulak rasanya

Entalah saya ni cepat sangat naik angin kot

Pastu nak suruh saya masak pulak

Nak makan ami masak

Dah lama kakak tak makan

Anak suruh masak pun saya stress tau

Tapi saya lawankan juga

Belilah barang2 untuk masak semalam

Hani pulak macam orang baru kua gua, kelaparan jer

So macam2 jugaklah makanan/ jajan dia beli

Biskut lah rotilah air twister sampai 3 botol

Singgah depan 7 e beli lagi keledek, pisang dan karipap goreng

So lepas tu perut penuh

Macamana nak masak, masing2 dah kenyang

Roti butterscotch tak berusik lagi tu sampai pagi ni

Dia juga nak makan tu

Saya sekarang makan oat, nesvita 3 in 1 tu

Dalam jam 11 malam suh saya masak, hishhh stress tau

Suh masak bubur pulak tu

Baper lama nak tunggu bubur masak lak

So saya taknak saya suh dia makan roti jer

Dia bantai melalak pulak tutup muka dengan bantal

Nak taknak gi jugak kedai, dia pulak nak makan nasi

So saya bawak bekal 3 in 1, dia makan nasi dengan tom yam

Bukan abis pun makan, sajer nak tarik perhatian saya

Dah dua kali nangis dah sejak balik ni

Semalam petang bangun tido mengamuk jugak

Jalan hentak kaki, lepas mandi baling towel

Hihssssshhhh geran plak

Dah biasa dok sorang dia ada, saya tak boleh buat urusan sendiri

Asyik nak borak suh tengok tu tengok ni

Dia ni sibuk nak buat homework

Homework subjek yg saya tak pernah dengar pulak tu

Yg memang takde langsung dalam kepala saya

Entah pelajaran soraf, macam nahu bahasa arab gitu

Kena check dari ayat2 quran

Pastu hafal ayat2 dalam bahasa arab

Dia suh saya semak hafalan dia

Adoi saya ni memang jenis malas semak pelajaran dia

Dari zaman dia tadika pun saya takde semak2nya

Pepandai dia sendirilah

Lagi pulak sekarang apa dia belajar memang takde dlm kepala ni

Bila dia sebut sesuatu saya bagitau saya tak tau, dia bantai gelakkan saya

Pastu cakap, takper ammie, nanti kakak ajar ammie

Dari segi sikap memang banyak positiflah

Cuma sikap sebenar dia dari baby memang masih ada

Skap nak perhatian, mengamuk tu ada, maybe dengan saya jer sikap tu ada

Kat madrasah saya tanya menangis tak, katanya adalah sekali dua bila teringat ammie

Ni kat rmah, bangun tido petang mood boleh swing...geram betul....

Saya terfikir saya ni selesa dok sorang2 pun ada jugak rasanya

Tapi kalau sorang rindu pulak kat dia

Tapi na layan kerenah dia tu rasa macam malas lah

Letih rasanya.....sebab saya suka masa sendiri....

Saya tetap macam dulu, nak bergurau masa sebelum tido jer

Masa lain, saya suka masing2 buat hal sendiri

Entah tetiba rasa macam tak layak ada anak...

Tapi u all semua mesti boleh agak dah kan perangai saya ni

Dari dulu pun dengan hani memang selalau bergaduh jer...

Bila dekat bergaduh, bila jauh rindu-rinduan



Wassalam

4 comments:

Luna said...

jaga kesihatan akak...

MA said...

Kasihan Hani...

Sementara dia masih kecil dan memerlukan perhatian Salwa - tumpukan lah semua perhatian untuk dia. Kalau tak kepada Salwa, kat sapa lagi dia nak bermanja. Nanti dah masuk usia remaja, buatnya dia jumpa orang lain yang mampu memberi perhatian yang dia hendak tu - tak ke gabra nanti. Pokok pangkalnya she is still a child very much in need of affection and attention...tu yang dia tantrum tu.

Tuhan dah susun cantik-cantik tu, diberinya "darah tinggi" supaya dapat berehat MC 1 minggu kat rumah - lupakan semua kerja ofis dan dapat meluangkan masa dan bermanja-manja dengan Hani...

Wan Zakiah said...

wa, tak baik buat macam tu kat anak...sekali sekala dia balik umah awak perlu layan n beri perhatian yg lebih kat dia...dah takde org lain selain awak..mestilah dia ajak awak borak n tanya itu ini gn awak...dia masih kecil so kita kena layan dia style budak kecil...jgn anak je kena ikut gaya kita...
Bacalah buku2 cara mendidik anak yg betul...jgn sampai kita menyesal nanti...ini utk peringatan saya juga!!! baru je saya terbaca kata2...penuhilah permintaan anak ..kot2 itu adalah permintaannya yg terakhir...samada kita yg tinggalkan dia or dia yg tinggalkan kita !!!

Irfa said...

salam kak wa..
saya juga melayan si kakak balik cuti seminggu..semua yang dia nak kami cuba tunaikan/saya masak apa yg dia suka makan cumanya tak dapat bawak dia ke melaka sbb bajet lari.bawak jalan2 tgk pesta belon kat putrajaya je..

setuju ngan wan zakiah..cuba tunaikan permintaan setakat termampu takut nanti sy menyesal kalau itu adalah permintaan terakhir