Friday, November 2, 2012

Sepatutnya tiada alasan

Assalamualaikum w.b.t


Tajuk yang sangat terus terang

Saya sebenarnya berfikir-fikir untuk memulakan tulisan di blog baru

Dah lama ada blog baru, jiji yang buatkan

kenapa saya nak menulis di blog baru?

Sebab dah tak berapa nak transparent menulis di sini

Terasa mal nak menulis

bukan malu dengan puan-puan

sebaliknya malu dengan cik abang aka cik suami

beberapa kali en suami ada membuat permintaan   untuk baca blog saya

akhirnya saya beri juga

Lepas dah beri username dan password saya tu tak tahulah cik suami buka atau tidak blog ni

apapun, dia buka atau tidak bukan menjadi isu pada saya

yang menjadi isu saya merasa saya sudah tak mampu meluah lagi di sini sepertimana sebelumnya

Untuk abang,

kalau abang baca, sila maklum pada wa

kalau abang diam tak maklum kan wa, nanti wa tau kemudian piat telinga abang eh...

balik pada tajuk,

sebenarnya apapun yang saya nak buat sekarang, saya wajib buat

sebab saya dah takde alasan lagi untuk tak buat

tulisan ni tercetus lepas baca blog ummi

terkesan pulak bila dengar dia dah hantar poposal untuk buat Phd

sedangkan saya peluangnya sangat terbuka

hendak dan tidak sahaja

buat masa ni bolehlah saya mencari alasan

yang saya buat2 sendiri

alasannya apa? nak tau?

alasan yang agak bodoh jer

saya nak belajar benda lain

saya nak ikuti kelas menjahit

saya nak ikuti kelas memasak

saya nak ikuti kelas berbahasa

saya nak spend my own sweet time

ahh....ada2 jer alasan

sebenarnya bila memikiran nak buat Phd saya kebuntuan

projek kajian apa saya nak buat

ada beberapa perkara bermain dalam kepala tapi pada akhirnya kebuntuan bila memikirkan kesusahan nak siapkan kajian berkenaan

Sebab kajian berkaitan rasuah ni ta banyak lagi dalam negara

banyak negara luar yang buat

berbanding kajian dalam pendidikan, pengurusan dll

rasuah adalah sedikit unik....

setiap negara punya definisi rasuah yang berbeza mengikut peruntukan undang2 masing2

saya trdidik sebagai orang media dan kerja sebagai penguatkuasa media

terfikir untuk buat kajian berkaitan dua perkara ini rasuah+media

tesis haruis bermula dengan permasalahan kajian

ah....banyak pulak persoalannya

balik kepada tajuk sekali lagi.....

saya juga tidak punya alasan lagi untuk tidak memasak

memandangkan suami baru ini sangat memberi semangat untuk saya memasak

maka saya kena mulakan memasak

TAKDE ALASAN DAH

rasanya kalau saya tak bertindak sekarang, memang dia akan bosan dengan saya

mana taknya, apa benda sahaja peralatan dapur yang dia rasa relevan dia belikan saya

saya taknak nanti bila mood saya memasak dah mari, dia pulak dah letih menunggu saya bertindak

maka dia taknak belikan satu benda pun berkaitan peralatan memasak

saya dah beli semua bahan2 untuk buat roti

tunggu nak masak jer

tapi berat pula rasa hati nak buat dalam keadaan duduk sorang2 di rumah

kalau ada salah sorang, samaada hani atau abi nya semangat sikit ni

eh? ...alasan lagi?

Untuk aktviti menjahit, mood memang tengah bergelodak sekarang

masalahnya mak saya pulak nak semula mesin jahit dia

terbantut

walhal kain ela punya dah banyak saya kumpul

beli murah2 jer balance kain di nagoya

beli yg jenis tak cukup 2 meter tu

tapi takat buat skirt dan blouse mmg boleh sangat

so misi saya nak beli mesin jahit sendiri

kalau boleh yang ada jaht tepi sekali

tapi sayang cik suami belum beri restu

dah survey dah secara online

banyak jer jual yang brand singer, janome dan apple yang jenis bayar ansuran

kalau cash pun boleh bayar 3 kali gitu

tapi tulah cik suami ada lah alasannya sebab belum beri kebenaran tu

dia takut saya hangat2 tahi ayam agaknya

buku jahitan jer dah 13 buah saya beli sejak dulu2 lagi

sekarang baru ada peluang nak praktis

eh merepek jer entry ni...caca merba







Wassalam

4 comments:

Ummi said...

wa,

ummi pun takut gak sebab macam dalam kegelapan, macam tak tahu tajuk apa yang nak buat, entah proposal ummi tu nanti kena banyak tukar nanti :)

sem 2 kena defence proposal, takut, doakan ummi ye wa

ummi banyak refer kat blog drotspss.blogspot.com, banyak yang ummi belajar dari blog ni dan boleh add group doctorate support group kat fb

good luck wa, ummi pun suka masak gak, teringin nak menjahit dan semuanya lah... naluri wanita kot wa :)

jiji said...

kak waaaa tak semua sejarah kita perlu suami tahu kak.. change ur password now. apa yg dah lepas tu biar dah lepas.. dia tak perlu tau kak wa

oren said...

itulah alasan saya utk tak smabung study..walopun ada jer librarian buat PhD...

saya nak buat apa yg saya suka jer skrg..n menjahit is 1 of that..hihihi..

*suka jugak komen jiji*

Irfa said...

emm kagum dgn org yg sambung belajar
kalau ada kemampuan dan duit lebih apa salahnya.saya cukup makan je :)