Assalamualaikum w.b.t
Lama menyepi
Bukan takde story
Hmmm banyak sungguh stoooooooooooooooryyyyyy nya
sampai tak larat fikir dan tak larat nak hadap
hampir2 pasrah juga
entry baru saya taip juga sebenarnya
sekadar melepas apa yang saya rasa
Tapi saya tak publish
sekadar bacaan sendiri di masa depan
bila nak publish saya dapati ianya lebih banyak mudharat dari manfaat
terutama dari segi menjaga rahsia rumahtangga
belajar dari kesilapan kan...
maklumlah ini rumahtangga kali kedua
takkan nak sama cara saya hadapi setiap masalah
macam orang tak belajar dari kesilapan pulak kan?
makanya saya letakkan sedikit pertimbangan
sebelum ambil keputusan publish sesuatu entry tu
maka hasilnya selepas pertimbangan paling rasional
selayaknyalah entry tu duduk nya hanya dalam deraf sahaja
untuk bacaan sendiri
hanya melepas perasaan sendiri2
dan yakinkan diri sendiri
bahawa masalah itu akan selesai dengan peredaran masa
setelah pertimbangan saya rasional,
pasti saya akan berfikir angle yang berbeza pula
dan hakikatnya ia...benar sekali
selepas melaluinya saya merasa masalah cukup berat atas bahu...
.... sudah mampu dihempuk jatuh kelantai
pecah berderai
ku kutip-kutip terus kucampak dalam tong sampah
semudah itu ia selesai
hanya dengan masa....
hanya beberapa moralnya di sini saya ingin berkongsi, yang saya amalkan:
1. Tak mudah (susah sangat) sebenarnya bila dua hati yang tak mengenali bertemu dan duduk dalam satu situasi
2. Mengalah tak bererti kalah
3. Suami betul, sah-sah memang kena ikut....tetapi bila suami buat salah, pun kita masih kena menganggap dia betul dan kena taat, (suami betul kena taat suami salah pun kena taat) (kaveat: selagi tak menyalahi syariat)
4. memang man and woman tak pernah fikir selari...so jangan buang masa cuba nak memahamkan pasangan cara, bentuk fikir dan tindakan kta kerana selamanya dia takkan berjaya memahami, wpun on surface nampak macam faham
5. as a wife...kena humble sehumble-humblenya dengan suami....lagi2 kes saya yang mana dia beranggapan saya pegawai tinggi (kononnya) sebab maybe dia tak terdedah dgn corak kerja saya (macam kuli), bila tengok kad nama saya masa mula jumpa dulu tertulis Salwa Muharam Penolong Pesuruhjaya, Bahagian Komunikasi Strategik.....bla bla.....gelaran pangkat dan jawatan tu buat dia confuse agaknya....
so dia sangat berjaga-jaga tentang ini kerana dalam pemikirannya saya ni bukan follower, tetapi dari awal dia dah set dalam kepala saya ni macam pembuli....saya akan pastikan orang ikut telunuk saya....oh my...
6. untuk menangi hati suami, pilih untuk berada dalam "kalah" position dulu...insyaallah menang kemudian
7. Fikirkan banyak banyak banyak kali pasal kebaikan dia....ulang ulang dan main2kan video dalam kotak fikiran berhubung kebaikan dia buat...masukkan terus dalam hati...inysaallah dapatlah sikit kelembutan pada hati tu...
keseluruhan : Makin lama persefahaman dicari makin nampak jalannya, dalam masa 8 bulan berumahtangga ini, apa saya boleh katakan, walaupun asyik saya rasa apa yang menerjah dalam kepala saya bahawa saya salah pilih suami ini kerana benar2 tidak cukup mengenalinya..dan pemikiran itu diasaskan kepada... keputusan saya sendiri hingga tahap saya menyalahkan diri sendiri kerana tak sampai sebulan saya kenal terus menjadi isterinya....TETAPI saya tanamkan dalam hati pilihan Allah ini pasti yang terbaik untuk aku waima bagaimana pun orangnya...Allah menguji pada aku sebab aku mampu dan berkelayakan diuji begini....aku minta sikit dan Allah beri terlalu lebih melalui ciri suami ini, maka aku wajib bersyukur....mka hati saya menjadi tenang setenang2nya..kerana pasti Allah itu ada...just ask for allah, allah will answer...
last but not least, FAKTA BUKAN AUTA : kali ini Allah beri kualiti insan terbaik yang pernah hadir dalam hidup saya, walau asalnya saya hanya minta seorag suami buat teman....tapi allah beri pakej...bukan sekadar teman....tetapi segala2nya.... dan cabaran nya adalah baru saya nampak makin lama makin banyak ciri tak baik saya terserlah...dan Allah hantar dia untuk tarbiyah saya dalam bentuk berbeza dari hj sidek....jiwa menolak asalnya tetapi berkat nasihat beberapa orang sekeliling, saya akur ketentuan ini dan kemudian rasa bersyukur setelah berfikir, Allah meletakkan sesuatu yg terbaik buat hamba yg disayanginya...
Wassalam
2 comments:
tiada manusia sempurna di dunia ini
kita harap org jd spt yg kita nak
sdgkan kita pun x jd mcm yg org nak
hehe (tak paham kalu,buat2 mcm paham)
Hidup berumahtangga macam tu lah..kena banyak bertolak dan beransur hehehe *wink*
kenal sekejap atau kenal lama bukan jadi ukuran, tapi Salwa sudah berada di paksi yang betul..pasti ada hikmah disebalik semua ini. Apa yang penting kedua-dua pihak kena berusaha berubah (mana yang wajar dan perlu diubah atau dipertambahbaikkan) dan belajar menerima serta memberi..insyaAllah...
Post a Comment