Tuesday, August 30, 2011

Salam Syawal dan Maaf Zahir Batin

Assalamualaikum w.b.t


Ramadhan telah berakhir dan aidilfitri menjelang

Sungguh berlainan perasaannya

Alhamdulillah perjalanan ramadhan tahun ni berbeza

Ramadhan dilalui sebagai bulan mendidik rohani

Saya rasa ini ramadhan paling bermakna

Benar2 berlainan perasaannya

Saya wajib berterima kasih pada Hani

Kerana dia saya berpeluang menikmati ramadhan yg manis

Krn dia saya terkesan

Hani hari2 ajak berbuka di masjid

Sebab dia taknak ketinggalan berterawih

10 akhir ramadhan hari2 dia ajak saya qiyamulail

Anak ini ada jadual untuk pastikan amalan dijaga

Perlu ditanda jika amalan terbut dilaksanakan

Ustazah yang berikan jadual ini

Maka dia sebagai murid yg baik dan patuh melaksanakan ikut arahan

Walaupun jadual tu utk diri sendiri xperlu dihantar

dia masih juga mahu pastikan jadual dia lgkap

Syukur sangat saya punya anak yg ada kesedaran dr kecil

Sepanjang ramadhan xde permintaan nak makan itu ini

Dia sentiasa bersyukurdgn apa hidangan di masjid

Itupun dia dah puji sedap

Hanya dihujung2 dia ada minta nak ice cream tutti frutti

R
Tu pun lepas saya puji ice cream tu sedap

Selain tu takde satu kerenah dia pun yg boleh buat saya rasa nak marah

Sentiasa dlm hati saya rasa kesiannya anak ini

Hari2 buka di masjid dgn hidangan yg minima

Hanya 3 biji kurma dan seppotong kuih

Dan hani pulak bukanlah pencinta kuih

Lepas solat dia akan beratur sendiri ambil makan nasi

Semua dia urus sendiri

Disanping tu dia juga uruskan yaya

Saya hanya ambil makanan saya dan urus diri sendiri

Walauppun saya tak puji dia sangat

Tapi dalam hati saya percaya dia sangat lebih dr rakan2 sebaya dia

10 malam terakhir kami iktikaf dimasjid

Hanya 2 malam terlepas

Dikala anak2 lain yg ikut ibu berqiyamulail

Walaupun usia jauh lebih dari hani

Mereka hanya tidur sahaja

Hani sangat mensayukan hati saya

Dia turut bersolat penuh macam kami yg dewasa ini

Tasbih, tahajud, hajat, taubat

Ada sekali sayua bangunkan dia dalam keadaan dia ngantuk sangat

Pun dia masih bersolat jugak

Solat dalam keadaan air matanya bertitisan

Sebab mengantuk dan marah saya kejutkan dia agaknya

Tapi masih tetap dia kerjakan solat2 sunat tu

Hanya ada sekali lepas tasbih dia tidur

dan ada sekali masa sujud dia tertido terus

Biarlah org kata saya masuk bakul angkat sendiri

Memang iya

Saya kagum dengan dia sebab jika bezakan saya dgn dia

Pada usia 8 tahun rasanya beza saya antara langit dan bumi

Saya bkn shj xde rasa tanggungjawab

Bahkan xpernah dgr hal2 solat sunat ni solat wajib pun jauh sekali

Hani bukan shaja dah tau apa jenis2 solat sunat bahkan dah istiqamah solat dhuha

Ada beberapa kali saya tinggalkan dia di rumah

Saya bekerja

Bila saya call dia utk ingatkan solat dia dahpun bersolaty

Dulu saya bimbang pak hj xde saya takde kekuatan utk beramal

Tapi rupanya warisan dari pak hj ni penggantinya

Kalau nak cerita kebaikan hani sepanjg ramadhan ni

Tak tertulis dlm satu entry

Diusia 8 tahun dia sudah punya perasaan yg halus dan mendalam

Semasa imam berdoa tatkala qiyamulail

Dia sudah mampu menangisi diri kerana dosa2 yg dibuat pada saya

Tatkala imam menyebut kata2 kesalan dosa trhadap kedua ibu bapa

Saat itulah dia juga menitiskan air mata

Sama seperti saya

Katanya selepas itu bila saya tanya kenapa kakak menangis masa doa tadi

Jawabnya dia rasa dia banyak dosa dgn saya

Masyaallah. Sayalah yg bnyk buat salah dgn dia

Yg garang dgn dia

Yg sering tengking dia

Yg sering abaikan dia

Tapi kesimpulannya saya rasa dia sudah cukup bersedia

Bersedia untuk dilepaskan ke madrasah

Asas2 penjagaan diri hampir boleh dipikul

Rasa tanggungjawab juga dah ada

Dia sudah boleh berfikir ke hadapan banding kanak2 seusia dia

Setakat ni masih kekal no 1 dalam 3 peperiksaan

Wlaupun dlm kelas ada 7 org tp saya xlihat tu saya lihat peratus markahnya

Insyaallah saya akan hantar dia selepas syawal ini.

Ini yg terbaik untuk anak yg bijak ini

Walaupun dlm hati saya ada cita2 dan teringin nak dia masuk sek asrama

STF ker atau TKC atau MRSM tapi bila fikir jauh saya pasti kepuitusan saya

Saya tak mahu ambil dunia saya nakkan kejayaan akhirat

Saya taknak kebanggaan sebagai ibu yg anaknya berjaya dan pandai dipuji org

Saya nak anak yg dapat pakaikan saya mahkota bersinar2 di sana nanti

Mendapat pujian allah kerana melahirkan anak hafizah

Takper dunia akan dlm genggaman kita jika kita pilih allah

Otak dia yg bijak tu saya perlu salurkan ke arah agama

Saya percaya pilihan saya selamanya takkan salah



Wassalam

4 comments:

Mutiara said...

Assalamualaikum. Selamat merayakan Syawal...hmmm I am sad because you wanted hani to do the things she is "obliged" to do for your selfishness in the akhirat, you wanted a sparkling tiara on your head through her :) give it a thought.

Anonymous said...

Kak sal. Terima kasih atas ingatan tu. Fyi keputusan ni bkn kehendak saya. Saya dah bincang bnyk kali dgn hani isu masuk madrasah ni. Saya lagilah kalau boleh nak dia disamping saya selamanya. Sapa tak sedih? Anak sorang duduk jauh pulak tu. Dahlah kecik lagi. Tapi ni keputusan dia. Dia dah fikir dan dia suka. Tambah2 ayah dia support. Malah aza sendiri berbalas2 sms dengan dia alu2kan hani ke kota baru. Hal mahkota atas kepala tu sesuatu yh sy terfikir kemudian bkn itu sebab asasnya.

Keterujaan hani bukan sedikit utk ke madrasah. Barang2 semua dah packed. Hari2 susun barang dlm bag. Berpisah dgn saya jg bkn isu bg dia dr kecil dah biasa berpisah. Cuma dia pesan nak bawak 2 helai baju saya yg dah berpakai utk dia bawa tido.

Saya boleh masukkan madrasah area sini sy tak mampu nak beri sokongan moral utk dia nanti sebagaimana aza dan pak hk beri di sana nanti. Bukan senang menjaga anak2 di madrasah ni.mereka perlu sokongan kuat dan padu dr ibu bapa. Saya percaya aza dan pak hj boleh lakukan itu sebab diorg ada 3 anak lain di madrasah sama. Hani takkan rasa terasing sebab ada kakak abang dan adik juga disitu. Aza akan ziarah seminggu 2 kali pd weekday. Saya mana mampu buat tu semua. Lepas hani besar sedikit dan boleh berdikari insyaallah saya bawa pindah madrasah sini. Itupun kalau tak khatam lg. Pak hj target 3 tahun dah khatam. Insyaallah. Saya buat ikut apa hani suka bukan semata2 saya suka kak. Dari kecil dia terdedah dgn kehidupan madrasah tiap2 bulan tengok abang dan kakak di madrasah memang tak pelik kalau dia sukakan suasana madrasah.

Anonymous said...

Ina nak tekan butang 'like' berjuta2 kali. Ina sependapat. Dulu2 ina -ve dgn statement2 spt ini.... Tetapi alhamduliLlah Allah bukakan hati selepas bertahun2 ditazkirah oleh adik-beradik ina & dorongan suami ina. Ina dapat rasa, apa yg wa impikan. Hampir sama & yg nyata menuju ke arah matlamat yg sama. Ina doakan Allah mempermudahkannya. Doakan buat anak2 ina juga.

Irfa said...

menitis airmata baca en3 ni..syukur dapat anak yang baik budi mcm hani..perangai dia ada iras anak sulung saya..sgt menjaga dan takut kalau lewat solat smpaikan saya yg malu pada dia :-(