Wednesday, August 31, 2011

ada perubahan

Assalamualaikum w.b.t


Jika pilih agama insyaallah ada kejayaan.

Jika pilih dunia semata2 belum tentu dpt kejayaan disana

Saya pada 10 akhir ramadhan tu pada solat hajat

Saya dan hani dua2 minta satu doa yg sama

Doa untuk lembutkan hati yaya

Doa untuk dia berubah supaya dengar cakap saya

Juga saya doa supaya allah lembutkan hati saya

Supaya sayang pada dia

Juga spy dia tak lg degil2 melawan dan suka memberontak

Sepanjang di masjid berterawih dan qiyam yaya toksah cakaplah nakalnya dia

Berlari sana sini dengan suara kecik nyaring dia

Tapi saya takdelah marah sgt sebab ramai camtu

Saya bawak jugak dia ke masjid

Dengan harapan masa dia berlari2 tu

Biar dia berlaga2 dengan malaikat yg ada dlm masjid.

Biar dpt sifat malaikat - sami'na. Wa'ata'na (taat dan dengar)

Kami juga tukar panggil nama dia

Tak panggil yaya tapi panggil ruqayyah

Moga berkat nama anak Nabi tu bawa kebaikan pd dia

Masa raya ni saya tengok banyak juga perubahan pada dia

Ada nampak lembut sikit hati dia

Nak dengar cakap dan tak melawan sangat

Sejuklah jugak hati saya

Bukan senang nak ubah yaya kalau setakat pukul dera mmg xjalan

Badan dia sungguhpun kecik tp tahan kena dera

Tak nangis bila kena pukul

Kita plk yang rasa tak berbaloi nak pukul bantai dia

Tapi alhamdulillah pada raya ni

Bila pandang wajah dia mula terbit rasa sayang

ALlah nakbulkan doa saya dan hani agaknya

Lepas ni saya nak ke JPN

Nak buat pengambilan anak angkat

Sebab saya nak buatkan buku akaun dan nak belikan perlindungan takaful

So kalau dah pasti ruqayyah dudk terus dgn saya bolehlah proceed semua tu


Wassalam

4 comments:

Mutiara said...

Alhamdulillah Ruqayyah mula memahami arahan. Bentuklah dia kerana,kemungkinan dia akan dapat sedikit sebanyak meleraikan rindu Salwa apabila Hani berjauhan...boleh pot pet pot pet lah maksud saya.:)

dayangbest said...

sebak plak baca
semoga makin murah rezeki akak anak beranak

Irfa said...

Alhamdulillah..berkat doa dan keihlasan akak menjaganya sudah nampak sedikit perubahan..moga dia Rugayyah akan jadi anak solehah yang menyenangkan akak nanti.amin

ape citer mak dia?mmg tak ambik terus la ni?

Pnut said...

ya saya terfikir nak suruh wa tukar nama panggilan dia.. tapi tak terluah, asyik terlupa..