Tuesday, August 9, 2011

Setelah 8 hari ramadhan

Assalamualaikum w.b.t


Pejam celik dah 9 ramadhan.....cepatnya masa berlalu

macamana amalan kalian?

ada peningkatan atau statik seperti bulan yang lain

bagi saya segalanya berjalan seperti biasa

namun ramadhan kali ini berbeza sekali

keindahan ramadhan terasa begitu indah sekali

melaksanakan terawih terasa nyaman dan menyegarkan jiwa

agaknya selama ini saya terlalai dan leka

now saya perasan diri saya sebenarnya

mudah benar untuk saya dipengaruhi syaitan

tak tau kenapa tahun ni saya syahdu benar mengharungi ramadhan

syukur sangat sebab masih ada titik halus yang lembut dalam jiwa saya

satu perasaan yang sukart digambarkan sebenarnya

satu rasa yang menyebabkan kita rasa diri ini terlalu kerdil disisi alllah

merasa banyak sangat dosa-dosa lalu yang tak terampun

akhirnya hanya air mata kekesalan yang mengalir

kesyahduan saya ditambah dek kerana bacaan ayat quran oleh imam masjid al mizan

orang lain saya tak tau tapi saya sangat terkesan dengan tarannum bacaan quran dari imam muda berkenaan

kesinmpulannya menyebabkan saya macamana pun pergi juga ke masjid al mizan

saya cuba juga ke masjid lain iaitu di bangi

tapi kekhusyukan tu tak sama macam di masjid al mizan

sehingga hari ini setiap hari saya berbuka di masjid

bukan tak ingin berbuka di rumah

dan bukan takde keinginan nak makan macam2

ada, teringin juga nak beli juadan berbuka di bazar ramdhan

tapi keinginan nak mengaji quran nak bersegera bersolat dan berterawih membantutkan hajat2 yg lain

manis dan indah sekali ramadhan kali ini

lebih kurang jam 10 30 selalunya terawih 20 rakaat dah selesai dah

balik teru tido jer sebab pagi2 dah nak bangun sahur

masalah hani berpuasa takde langsung

yaya jerlah masalah sikit sebab dlam masjid lari2

tapi saya dah siapkan suruh dia pakai pampers dalam masjid

minggu lepas ada qiyamulail, hani memang teringin sangat nak bersolat malam

so saya bawalah dia, kami tido masjid jer malam tu

esoknya lewat balik

sekarang saya rasa bersyukur sangat adanya hani dalam hidup saya

dia seolah2 jelmaan saya semasa muda

sentiada dahagakan ilmu agama

syukur sangat2, takde kecoh nak itu ini

segala perkakasan untuk raya dia pilihan saya

kecuali kasut tinggi tu jer dari kehendak dia

dari segi baju semua saya yang pilih dan beli

sangat mengikut kata

hanya ada satu baju kaftan dia nak yang tu saya tak benarkan sebab tau yg dia taknak pakai

MADRASAH

pada masa ini hani sangat teruja nak masuk madrasah

syukur sekali lagi

agaknya dari sebelum dia  wujud memang saya dah tanam niat nak jadikan dia hafizah

apatah lagi masa dalam perut saya memang kekalkan azam yang sama

bila dah lahir hari2 baca kelebihan mereka yang hafal quran di sisi allah

jadi bila dia besar dan boleh berfikir ini memang dia tak membantan langsung hajat saya dan ayah dia

semuanya berjalan dengan teratur

sekarang saya dah mula membeli barang2 dia untuk ke madrasah

jubah, t shirt lengan, kasut hitam bertutup penuh, telekung baru semua dah standby

baju raya dan keperluan raya memang saya dah stop dah

cukup untuk masa ni dan harap takkan terpengaruh lagi dah

Untuk hani dan yaya masing2 dah ada 2 baju kurung, 2 gown dan 4 tshirt pelbagai cutting and jeans

serta masing2 baju tidur dua pasang

untuk hani ada sandal dan 2 pasang kasut (termasuk kasut madrasah) dan yaya setakat ni sandal jer

kasut nak belikan hari tu tapi mood saya tak baik tak jadi beli

tudung pun masing2 dah ada, hani and yaya dua2 saya dah belikan tudung di butik Ratu

Hani pulak dapat tambahan tudungsaya beli brand pearl haya, sebelum ni pun hani dah ada tudung Ariani

saya rasa dari segi tudung hani umur 8 tahun dah rasa tudung2 yang branded berharga mahal (tp tak lebihlah RM100)

yaya pulak saya belikan tudung syria brand ratu sebab muka dia sesuai dengan syria jer baru comel

sekarang hanya perkakas rambut macam sepit dan getah rambut jer yang nak belikan

tapi dalam kepala dok teringat nak belikan gelang tangan si yaya

sebab rantai dah ada dua utas masing2 boleh pakai seutas

cuma gelang ada satu, yaya takde.....tapi bila tengok perangai yaya xberubah2 geram pulak

kadang dia penya salah tu kecik tapi sebab dia tak ubah2 saya jadi geram

contoh sidai towel, cara pakai scarf kepala

dua benda tu memang tak berubah2

hisap jari pun sama pantanga da peluang sure dia hisap jari

kadang saya tengah drive ni sekali tengok cermin pandang belakang member tgh syok hisap jari

sedangkan sebelum tu elok main plastisin elok uik tu usik ni dengan jari yg sama

sedapnya ko hisap jari ek?

padanlah kejap2 ko selesema batuklah tonsil bengkak lah

malas aku nak layan budak ni payah betul nak makan dia ajar

hah kan dah keluar bahsa melaka yang kasar

agak sukar betul lah nak didik yaya ni

ingatkan dekat dua minggu dia duduk kampung bila ambik saya jadi rindu

haraaammmmm xrasa rindu tengok2 muka dia menyampah lak adalah


astaghfirullah hal azim saya dok doa masa sujud supaya saya dapat curah kasih sayang

tapi allah tak kabulkan lagilah

nampak gaya saya kena doa kuat lagi nak baca banyak2 urah utk lembutkan hati nsaya ni

supaya saya boleh sayang dia macam saya sayang hani

insyaallah harap masa dapat mengubah saya...


Wassalam

4 comments:

Anonymous said...

Wa, ina pun bercita2 agar anak ina dapat jadi hafizah biiznillah. Kat trg mmg byk sekolah2 under kerajaan negeri yg menawarkan hafal al-quran bermula usia 13 thn. Kerajaan negeri akan bg biasiswa (x kira mak ayah keje apa) & akan ada program khas (mesti duk asrama utk kelas khas tu). Anak buah ina ting 1 thn ni dpt sek kerajaan negeri tu & terpilih dlm projek khas negeri tu. Tp syarat upsr mesti 5A. & ada intrvu.

Irfa said...

saya teringin si kakak jadi hafizah.

Zareda Norman said...

kat butik ratu ada ke syria untuk budak? nak juga cari sebab cik ika tu pun sibuk dah nak bertudung syria

Anonymous said...

Kak zar tudung utk dewasa sebenarnya tapi saiz kecik so sesuai sgt dgn muka hani.

Irfa,
Sama2 kita doa.


Ina,

Alhamdulillah. Kalau ada niat tu insyaallah dipermudahkan allah