Friday, September 16, 2011

Banyaknya citer pending-kawin abang

Assalamualaikum wbt



Eh saya takde mood nak tulis blog lagi

Tapi mengenangkan yang perlu ada catatan kenangan dalam blog ni sebab dah 6 tahun wujud

saya paksa juga diri saya menambahkan cerita-cerita terkini tentang hidup saya

kenangan bila dah tua nanti

untuk kali ni saya upload dulu gambar2 majlis kahwin abang saya belah perempuan

sebelah kami 24 september nanti

secara ikhlas saya ingin menjemput pembaca blog saya hadir ke rumah saya

Alamat rumah:

Salwa Muharam
KM 13.5, Jalan Berangan 6, Umbai,
77300, Merlimau, Melaka
no tel rumah : 06 2615957
no tel saya : 019 6996901

Kalau nak datang, sila datang, call jer saya

kami buat kecil-kecilan jer, jemout orang kampung yang terpilih

Ini adalah perkahwinan terkahir dalam adik-beradik saya

Takde dah semua dah kawin-melainkanlah kot2 saya nak kawin kali kedua pulak


okya, saya upload sesikit gambar masa majlis belah perempuan

Satu majlis yang kami tak sangka begitu meriahnya

sebab kakak ipar saya-Salwa bagitau majlis belah mereka sederhana, biasa2 jer

Sekali grand bukan main

rombongan kami pulak biasa2 jer, yang datang mak-mak sedara, sepupu yang dah kecut2

memang tak glamer ahhh...


banyak nak cerita disebalik tabir perkahwinan ini

tapi masa ini belum ada mood lagi

apapun saya yang penat letih dan juga poket kempis juga

what to do, sapa lagi nak ke hadapan jika bukan saya

kami 5 beradik, dah tinggal 4 ditolak bapak yaya

tolak pulak abang saya yg kawin tu memang takde duit

sebab belah perempuan ajak kawin dipercepatkan  (mungkin faktor usia)

maka abang hanya dapat kumpul RM6,000 hantaran

RM1,500 mas kahwin

juga barang2 hantaran (handbeg, kasut dsbg)

maka selainnya itu, siapa lagi? kalau bukan cik siti ni....

harap allah jer yang membalasnya dan memberikan kebaikan atas korban ini

bukanlah harap dia membalas cuma harap kebaikan yang dicurah dihargai

okay nanti sambung citer lagi

sebelum tu, saya masih terkagum dan terheran juga rasa ajaib atas perkahwinan ini

inilah namanya jodoh ditangan Allah



Ini abang saya dan Nor salwa Dato' Ahmad Rauhi




Salwa hanya sediakan pakaian jer mak andam takde so abang ipar saya jadi pak andam


saya sebenarnya happy sangat bil abang saya kawin sebab mak saya tak payah susah hati fikir hal dia lagi





Perkahwinan yang pada saya grand dan di luar jangkaan kami adik beradik, majlis dibuat di dewan bandaran Ipoh. Ni semua anak sedara  yang takde adalah Yaya dan adik beradik dia (4 orang) serta Angah (adik Along) sebab dah masuk Unimas 8 september lepas


Masa upacara batal air sembahyang, sarung cincin, rumah pengantin perempuan adalah sangat simple sungguhpun pengarah pelajaran perak


Mak saya makan atas pentas utama bersama pengantin...sian dia dah macam rusa masuk kampung pun ada....tapi takper pengalaman tu


Memandangkan tetamu tak putus2 dan sangat ramai sampai jam 3 petang maka kami terpaksa balik dan memandangkan tetamu banyak dato' dan Vip so mak ayah salwa tak dapat langsung layan kami. kami ambik gambar dengan pengantin lepas pengantin round satu dewan salam tetamu....

 

Ini pentas utama ...cantik tapi saya tak naik langsung dan tak ambik gambar pun kat situ....

Wassalam

No comments: