Sunday, September 18, 2011

allah bagi yang terbaik utk kita

Assalamualaikum w.b.t

Saya ada letak status di fb yg ala2 ada problem

Pnut ada bertanya

Tapi saya tak dapat jawab disitu kerana ramai rakan pej akan baca

Xberapa bestlah kan

Ceritanya begini

Status tersebut merujuk kepada dua keadaan

Pertama

Miss conquer punya hal

Miss conquer memang dah diputuskan untuk ditukarkan

Kerana bad attitude

Xmasuk pejabat dan jika kita call/sms dia xjawab

Kerja-kerja yg diberi xbuat/ditangguhkan

Secara xlangsung macam dia xmenghormati boss dia

Kebetulan allah bagi laluan mudah pada boss saya dan juga saya

Supaya keputusan keluarkkan dia tu xnampak macam kami yg kick dwaa

Sebab tiba2 batch diorg dipromote naik gred 44

So miss conquer seolah2 ditukarkan sebab promoted


Source bagitau masa kat kursus promotion bila dia tau dia tukar mmg berubah sama sekali air muka dia

Sebab selama ni dia anggap dia paling pnting di. Ukk

Pioneer lah katakan

Kami yg lain2 dtg kemudian

Dan dlm kursus induksi dia pernah buat presentation dgn keluarkan ayat xblh blah

Dia kata 'kalau dia takde memang UKK ni takkan boleh bergeraklah'

Berlagak giler. Ramai terkejut dan meluat pun ada

Utk pengetahuan unit kami ni baru last year tubuh

Memang baru sangat2

Kerja banyak duduk pulak boleh dikatakan bawah dagu ketua pesuruhjaya

Dan juga 3 TKP. Mmg bahagian yg dianggap galmaour

Walhal susahpayah duduk kat sini kami jer yg tau

Yerlah yg org2 lain tau segalanya okay bila baca tbtg sprm di media

Yang okay tu okaylah yg xokay tu satu hal juga mmg kerja kami juga nak betulkan imej

Miss conquer tukar ke bahagian pemeriksaan dan perundingan

Dah tukar tu dahlah kan

Pastu buat lak status yang menyakitkan ati kat facebook

Tu yg xtahan tu, selain cakap hal kerja juga sentuh hal personal

Buruk2kan kelemahan unit kami macamlah dia bagus sgt

Hal personal tu hal sayalah. Siap mentioned kat situ nak buat open house katanya

Then nak jemput pegawai2 unit aku yang pasti kauorang 'suka' sangat

Apa maksud 'suka' sangat tu??? Napa perlu letak dlm tanda ''

Lagi dia cakap bkn ajer jemput anak dara tapi jemput juga 'miss j'

Sakit ati tak?

KEDUA

Hal kedua masih hal kerja

Bermula esok saya akan ambil alih sepenuhnya unit komunikasi korporat

Saya jadi ketuanya

Bukan saya suka dengar berita tu

Sebaliknya saya sambut dgn air mata. Sedih sgt

Rasa macam kena tinggal suami pun ada

Boss saya dipinjamkan sementara (2 bulan) sebagai pengarah bahagian pentadbiran dan penguruan sumber manusia

Boss saya cerita sambil senyum sedangkan saya bergenang air mata

Xpuas hati kenapa ramai2 pengarah lain dia yg dipilih

Saya tanya hal tu pada boss no 3, Dato zakaria dan lepas dia jelaskan baru saya faham

Dato nasihat saya 'bila lagi nak terima tangungjawab dah sampailah masanya'

Walaupun KP sendiri ragui kemampuan saya tapi tn salim(boss saya) dah bagitau KP

Katanya selama ni memang dia hari2 duduk bincang dgn saya jer pun

Cuma tn salim kata satu masalah dgn saya ni

Kalau dia bagi kerja semuanya seolah2 saya nak buat sendiri

Tak nak delegate pd org lain

Entahlah kdg2 kalaub bg org lain nanti dia rujuk balik pd saya sama jer

Baik saya buat terus

Nanti sambunglah.

Es

Minggu ni kesibukan dah melanda di rumah kg ni

Kayu api dah beli

Barang2 memasak pun semua dah beli malam tadi

Saya pergi dgn kakak dan abg ipar

Lebih 500 habis

Cuma lauk2 basah dan bahan2 yg tak boleh simpan lama akan beli pagi jumaat

Bnyk urusan nak kenduri kawin ni

Kopaklah saya

Abang saya memang xmampu

Dia hanya sempat kumpul yg wajib jer.

Katanya dengan mak lepas ni dia akan ganti duit saya yg keluar ni

Harapnya begitulah

Ya allah permudahkanlah majlis ni

Kakak ipar saya Nur Salwa Dato' Ahmad Rauhi dah dtg tidur rumah kami

Orangnya sangat ok. Ramah. Baik. Merendah diri. Wajah pun boleh tahanlah

Takde apa yg kurang malah sangat berlebihan

Nampak garisan kebahagian di wajah dia

Harap berkekalan hendaknya

Amiiin.

Wassalam

5 comments:

Pnut said...

ooo ni citer dia.. sabar la wa...
manusia macam miss konker ni bersepah... kat opis saya pun ada..

dayangbest said...

Eh kurang ajar dah namanya tuh.
Akak unfriend je laa, x guna simpan org yg menyakitkan hati mcm tuh

Irfa said...

FB ..ADA BAIK DAN BURUKNYA..YG BURUK NI LER..SEMUA NAK SHARE KAT FB..

Zareda Norman said...

salwa

org macam miss komker tu mmg bersepah.kita ni janganlah layan sangat nanti sakit mental macam dia jugak. Bagi kak zar org macam ni sakit rohani sebenarnya. Doakan aje yg baik baik..

ok take care ek

MOKCIK AZWA said...

Busy ke sana ke mari baru hari ni berkesempatan bertandang ke blog Salwa.. Selamat pengantin baru pada abang dan kakak ipar Salwa tu..comel orangnya.

Tahniah pada perlantikan Salwa tu..pasti Salwa tiada masalah untuk menanganinya.

p/s.. last two weeks, jiran sebelah rumah ajak open house makan nasi dagang. Pertama kali berjumpa Datuk Shukri in person..Lamaaa berfikir baru azwa teringat siapakah dia hehehe... orangnya sangat simple sempat berbual sekejap, dia pun jiran selang berberapa buah rumah daripada rumah azwa heheh