Friday, April 6, 2012

Minta restu

Assalamualaikum w.b.t


Tajuk agak gempak

Sesajer jer

Tapi yer memang betul nak minta restu ni

Walau tak restu pun, akan on juga

Insyaallah

Apanyer sajer si salwa ni nak minta2 restu plakni?

Heheheeee

Takde apa lah yg kronik sampai nak minta restu...

Cuma rasa perlu kongsi dengan pembaca saya di sini

Perjalanan hidup saya ini

Okay jom kita mula

Hishhhhkkk, tasa malas lak nak citer

Bukan apa, kang ada jer yg hentam saya

Okay, janji baca dengan hati terbuka yer

Tak perlu hentam okay

Berilah saya peluang merasa bahagia

Bahagia bukan milik sesetengah orang sahaja

Ia milik semua

Jangan menafikan bahawa kadangkala Allah sengaja uji seseorang dalam hidupnya

Semata2 nak beri kesabaran pada seseorang itu

Sebelum Allah beri bahagia

Saya sendiri tak tau nasib saya bagaimana

Yang pasti sangat2 saya rasa yang membaca ini tau betapa deritanya saya

Setuju?

Betulkan?

Nampak kan saya dah berkorban dan terkorban

Nampak kan saya melalui gaya hidup yang tertekan

Rasa sedihkan bila tengok apa saya lalui dalam rumahtangga

Dapat tak rasakan yang saya ni jauh dari keluarga

Saya bukan jenis anak mak

Saban waktu mak hubungi bertanya khabar

Saya independent

Hidup sendiri

Maka kali ini agaknya allah hendak menguji saya

Dengan ujian bahagia pula

Saya sentiasa berdoa

Moga allah beri jalan keluar

Allah beri bahagia

Datangkan seseorang bagi menemani saya

Saya tak malu akui

Lagi dan lagi

Bahawa saya perlukan suami

Sangat perlukan

Bagi memenuhi naluri wanita saya

kehendak seks saya

Jangan pandang sebelah mata faktor yang ini jika anda tak termasuk kategori ini

Dan saya perlukan teman hidup bercerita

Berkongsi rasa

Namun kali ini saya doa sungguh2

Juga berusaha mencari mengikut kesesuaian saya

Ada beberapa calon depan mata

Macam saya bagitau tu

Ada yang hendakkan saya;

Pakwe melaka, pakcik singapore, zam steamboat, kawan di penang

Tapi xtau hati tak terbuka untuk mereka

Kecuali pakcik singapore yang mmg sungguh2

Dan saya pun sukakan dia

Tapi kerana tiada jalan keluar

Maka dua2 pun sedar

Apatah lagi isterinya pun dah menyedari kehadiran saya

Hampir bercerai mereka

Namun alhamdulillah semua dah kembali okay

Pakcik singapore masih hubungi saya, kekuatan semangat baginya

Namun sedar tiada jalan keluar, dia doakan saya temui jodoh dengan yang baik2 sahaja

Allah makbulkan doa dia agaknya

Alhamdulillah

Allah maha mendengar

Allah maha mengasihani

Allah sangat penyayang

Dia beri peluang untuk saya merasa bahagia agaknya....insyaallah

Saya rasa saya dah temui seseorang

Yang layak dibuat suami

Yang sayang saya

Yang sesuai/sekufu dengan saya

Alhamdulillah

Bukan cari yang kaya, yang handsome, yang biasa2 jer memadai

Tapi allah beri lebih sana kurang sini

Saya ambil masa juga

Ada part dalam diri dia sangat saya suka

Ada pula part yang saya tak boleh terima

Saya doa pada allah lembutkan hati saya terima semuanya

Alhamdulillah sekarang dah menerima dia seadanya

Biarlah saya gelarkan dia, pakcik dude

Dia sangat sederhana dan low profile orangnya

Langsung tak handsome

Malah kelihatan tua 10 tahun dari usia sebenar

Dia nampak lagi tua dari pak hj...satu kenyataan yang sangat susah diterima juga

Kulitnya gelap, tangan berurat

Rendah jer, sekali lagi nak bagitau sangat2 low profile (giler low profile)

Sesuailah dengan saya

Walaupun dia PTD, gred 52, tapi sekali pandang macam pekerja kebun kelapa sawit jer

Walhal kerja di Putrajaya ni juga

Sekarang tinggal seorang diri di Putrajaya

Dah beli rumah di presint 11

Seorang duda anak satu, umur 46 tahun

Anak bongsu dari 3 beradik, ada abang dan kakak

Orang Johor, Batu Pahat, jawa totok(memang rajin kerja yg amat)

Abangnya tinggal di Dubai, dan mereka sekeluarga terus akan menetap di sana

Kakaknya, seorang timbalan Dekan di sebuah u kini di UK menemani suami sambung Phd

Maknya meninggal hampir 2 tahun lalu

Anak dia pun dah besar, lelaki umur 19 tahun

Belajar di UK sekarang ni, juga tajaan Petronas

Ciri dia sangat nerupakan bonus pd saya

Biarlah tak handsome, so tak susah hati fikir ada org nak dia

Tapi saya tau hati dia baik, jenis soft spoken

Sabar sangat, tak macam saya

Dahlah agresive, cakap plak jenis kuat dan laju

Saya rasa dia boleh bersabar dan juga boleh melengkapi diri saya

Dan yang pasti saya tak payah berkongsi dia dengan sesiapa

Tak payah nak menanti2 dia saban hari

Takyah berebut nak balik mana raya

Takyah kuar kos sewa rumah (Sebab duduk kat rumah dia di presint 11 tu)

Takyah nak pening layan anak dia

Takyah fikir cara nak bersosial dengan keluarga dia sangat (Sebab semua kat oversea)

Walaupun katanya ada giliran beraya, tahun ni giliran beraya di Dubai

Tapi dah tanya, dia suka jer xkisah raya di Melaka

Pakcik dude telah bercerai 15 tahun lalu

Sebelum ini isterinya orang France

Berkahwin semasa dia menyambung master di UK atas tajaan petronas

Berkahwin 4 tahun sahaja, lepas balik malaysia isteri tak tahan duduk di Malaysia

Panas katanya, antara menjaga emak dan isteri yg ingin balik ke UK

Dia memilih menjaga emaknya

Maka dia terus kekal jaga emak dan anak tunggalnya

menumpukan hanya pada kerjaya

Dari petronas bertukar masuk ke government

Lewat masuk kerajaan, tahun 2002 masuk sebagai PTD

Tapi ditawar ke M44 dipinjamkan ke UPM sebagai pensyarah

Kemudian dipinjamkan merata-rata

Sampailah sekarang ni....di Putrajaya

Saya sebenarnya tak pilih yang kaya pun

Gred 52 tu memadailah, pastinya dia tak kacau gaji saya

Insyaallah

Banyak juga saya buat background checking

Nak pastikan tak tertipu lagi

Setakat ni dia bekerjasama, walaupun awal2 tak nak bagitau

Kami ada access utk check seseorang hanya melalui no kereta, no ic

So dia pun tak berani nak main2 dengan saya

Pengalaman yang ada sangat mengajar saya

Tapi allah bagi nilai tambah pada dia

Sangat sesuai dengan minat saya

Pandai masak (tapi tak sepandai pak hj)

Pandai menjahit (lebih pandai dr pak hj coz baju melayu pun dia jahit sendiri)

Maka lepas ni kalau pakai baju kurung gi kerja, orang tanya, eh mana tempah baju tu?

Maka bolehlah jawab, suami saya yang jahitkan.....(betul2 giler ni....)

Sangat minat pinggan mangkuk (yer, xde masalah kot kalau nak beli vintage ker corelle ker)

Agak pelik mengapa 15 tahun sanggup menduda

Insyaallah nanti sikit2 saya cerita

Kalau nak tanya apa2 kat saya tanyalah

Mana tau kali ni saya masuk perangkap lagi?

Tapi insyaallah tidak kot...

Namun, tolong ingatkan saya

Apa2 lagi yang saya sudut yang perlu saya lihat dan teliti

Sebelum berumahtangga kali ini

Insyaallah dalam masa sebulan dua ini akan bernikah

Dah setahun saya bercerai rupanya

Sekejap jer masa berlalu

Tapi ada beberapa perkara saya ingin selesaikan

Juga part dia yang agak sibuk

Next week dia ke luar negara untuk 2 minggu, balik tu nanti baru buat urusan document

Saya tak nikah di kampung kali ni

Memandangkan saya cerai pun tak dihebahkan

Hanya mak yang tau

So ikut perancangan saya akan bernikah di putrajaya jer ni

Balik kampung akan buat kenduri doa selamat

Doakanlah saya yer

U/p: bagi memastikan keseriusan dia, saya dah jumpakan hani dengan dia dan juga dah jumpakan juga miss sinar (untuk interview) dia, setakat ni miss sinar luluskan dan hani pula tak setuju mula2nya atas faktor tak handsome....tapi dah jelaskan pada Hani ada beberapa ciri dia yg saya suka, hani pun setuju akhirnya, alhamdulillah sangat2....

Wassalam

3 comments:

Jiji said...

kak.. frankly.. am happy for you... very happy!

bg saya la kan kebahagian tu kena bentuk... dr yg singapore dengan buat hati orang lain terluka.. kita pon takan kekal bahagia.

terima seadanya, niat berkahwin pon untuk teman hidup,

all this while kan kak wa.. saya rasa apa yg akak cuba buat dlm hidup akak... adalah membeli kebahagian...

so kali ni.. u need to be selfish, biar kebahagian tu dicipta bersama tanpa memebri luka kepada orang lain.

Irfa said...

kak wa :)
saya hampir nanges baca en3 ni

bila akak tulis
'Seorang duda anak satu, umur 46 tahun'

itu pun dah cukup sbb bagi takkan bahagia bila cinta di bina atas airmata org lain..

itu je nak komen
teruskan dan doa dr saya moga bahagia milik akak.amin

Irfa said...

tak nak jemput kami ker?hehe