Monday, June 4, 2012

Maklumbalas entry sebelum ini

Assalamualaikum w.b.t


Yer. Setuju...Pandangan jiji dan ummi....tp ada lah cerita belakang tabir..sukar juga nak diceritakan dengan perkataan di ruangan yang terhad ni...

Tu sebab dah dua bulan duduk rumah ni baru kak wa buka mulut cerita di sini. Frankly speaking, mmg xde apa2 pun yg terjadi....Dan tak mungkin terjadi...sangat jelas berhubung perkara ini...

Kalau cerita angle macam ni, nanti ada persepsi macam tu..kalau kata takde apa2 antara kami, tetap juga ada persepsi negatif juga. Tp realitinya tidaklah begitu....nak percaya, percayalah, taknak percaya kalu, terpulang, kak wa takde kuasa nak ubah persepsi orang terhadap kak wa

Bab pakwe melaka tu, memang hari2 dia call dan sms kak wa, dan bagi kak wa takde sebab untuk kak wa tak jawab call/sms dia sebab dia bukan ada salah apapun pada kak wa...malah dia jer yang ambik berat kak wa hidup ker makan ker sihat ker mati ker setakat hari ni....takde sapa pun yang ambik berat sepertimana dia ambil berat...

Mungkin pada pandangan jiji/ummi perkara buruk/negatif berlaku...Tetapi ianya hanya akan berlaku hanya Melainkanlah kak wa terima apa2 ajakan dia, mungkin masa tu baru kak wa terima kesannya. Setakat ni jujur dari hati, tak pernah kak wa terima pelawaan dia melainkan pergi makan2 di tempat terbuka...malahan dia sendiri sanggup datang dari melaka/bangi semata2 nak jumpa untuk makan2 sahaja...

Dan dia tidaklah sejahat mana....mengenali dia lebih dari 12 tahun, kak wa dah tau hati budi dia....sedia menolong kala susah dan sedia juga mendengar apa2 masalah..walaupun selalu end up dengan bergaduh....mulut jer jahat dan celupar....kadang2 over tapi hati tak pernah sampai hati nak buat...dia pun kena marah dengan kak wa dah biasa....dia tau had2 dia...

Kalau kak wa demam, susah...kak wa percaya tanpa banyak bicara dia sedia korban dan membantu...adaker sapa2 lagi yang sedia nak bantu kak wa? Adik beradik sendiri pun buat tak tau...tapi setakat ni xdelah minta tolong dia, semua masih boleh kak wa control sendiri...tapi kala sendirian ada orang sms bertanya khabar, tu pun satu proses elakkan tekanan kesunyian seorang diri...dah lebih setahun dia sms tanya khabar, bercerita....Tanpa ada niat jahat disebalik perbuatan dia...dah setahun lebih kalau dia niat jahat macam2 dia dah boleh buat kat kak wa....

Dah tua dah...pandailah kak wa jaga diri...insyaallah masih dalam lingkungan...

Dia pun sekadar cakap jer....kak wa tak nak ikut cakap dia....dia sendiri tak pernah memaksa....

Harap faham....

Memang nampak mudah melalui jalan hidup kak wa bagi yang memandang, tapi put yourself in my shoes....

Bukan kak wa anggap ni ujian Allah...tapi ni proses kehidupan yang kak wa lalui...setakat ni kak wa tak pernah rasa bahawa kak wa sajer carik pasal....tapi watak pakwe melaka tu adalah watak utama yang menyebabkan kak wa bercerai...kalau tak kerana dia kak wa masih belum bercerai...(tanpa menafikan dengan izin allah juga) tetapi asbab dia lah kak wa nekad bercerai....

Takde sebab utama/alasan kukuh nak tinggalkan dia...soal jodoh juga tak dapat kita tentukan, mana tau ada jodoh dengan dia....walaupun tak pernah harap jadi isteri ketiga dia...tapi ni semua kerja Allah...

Terpulanglah nak cakap apa....kak wa tak kisah...hak masing2....bagi kak wa, kak wa doa dapat yg terbaik dalam hidup, kalau terbaik hidup sendiri sunyi tanpa teman, kak wa akan paksa diri sesuaikan diri cara itu, tapi kalau berjodoh dan bermadu yg terbaik, takde masalah...kalau dapat dudapun xde hal....

Ni kesimpulan;

Kau orang tak merasa hidup sendri macam aku, pandailah korang komplen sana sini....yg hidup sendiri pun ada anak2... Aku ada anak, tapi aku sanggup korban pisah dengan anak sebab prinsip aku berbeza dengan kamu, kamu nak anak kamu bersama dengan kamu untuk bagi dia stabil emosi apakejadah lagi alasan yg lain kan? Pada kamu tu yg terbaik untuk anak kamu kan....tapi pada aku, anak aku yang depan mata aku tu, juga depan mata kawan2 aku tu nampak begitu molek sekali...maka apakah lagi yang nak aku harapkan dari dia....dah cantik sangat dah segala aspek dia sekarang...aku tak harap lebih2 sangat....sangat bersyukur...

Maybe kamu bertuah ada kehidupan sempurna, dan aku takde tu semua...maka kamu takberhak judge hidup aku ikut pandangan kamu....aku tau aku banyak kelemahan dan keburukan tapi aku masih ada iman ada prinsip, aku tau duduk letak diri aku dimana....maka kamu. Diam2 ajer...aku dah lama malas nak cerita pasal diri aku kat sini, sebab aku tau kamu semua takkan faham....

Tu sebab aku hanya cerita lapisan atas hidup aku sahaja...sebab kata2 dan huruf2 kini tak memberi makna lagi pada aku...ianya tak dapat beri gambaran keseluruhan perasaan aku utnuk diperjelaskan....dan maaf dari aku!

Yer, membahasakan diri dengan aku lebih PUAS! Kalau nak luah perasaan..pandai2lah tafsir sendiri...








Wassalam

3 comments:

MA said...

Saya rasa apa yg Jiji dan Ummi cuba sampaikan ialah - kenapa Salwa masih nak berhubung dgn orang-orang yang cuba dan pernah ambil kesempatan dengan Salwa? Jelas di situ, diorang tak ada sedikit pun rasa hormat terhadap Salwa as a woman - walaupun Salwa pandai menjaga diri dan kehormatan.

Kalau sebagai kawan yang baik dan lama, mereka tidak akan sekali-kali membuat indecent proposal sebagai mana pakwe melaka itu (ajak gi hotel) melainkan mereka can see some sort of signals of *boleh makan*...I know you wont do it tapi jantan-jantan durjana ini kadang-kadang gets some kind of twisted gratifications like this. Serupa macam orang buat those panggilan lucah...sick people gets excited like that.

We all sayangkan you Salwa and we dont want to see you get hurt.

There are many good men out there who can be good friends...tapi as in everything, semua mesti ada batasan2 nya lah...

Ini pandangan saja...harap maafkan.

jiji said...

hmm.. may be is not my place to say anything. Im sorry.

jiji said...

kak wa harap kami faham, tp kami gagal nak faham. Tapi kak wa juga gagal nak faham apa yg kami cuba sampaikan. Bukan komen diberi utk dibanding-bandingkan kehidupan.

Mungkin dugaan kami bukan diduga kesunyian atau keseorangan.. dugaan kami mungkin kesakitan dan kehilangan.

anyway..

If u called me when u were sick, i will definitely come and take u to the hospital.



Jika lelaki itu la buat kak wa rasa lebih selesa bercerita, berkongsi segala. So be it.

Ni last kot jiji tinggal komen sini.

Hope everything will turn out just fine for u.