Friday, February 1, 2013

Emak vs Saya

Assalamualaikum w.b.t


Sebenarnya macam tak terluah nak bercerita pasal mak saya

luka di hati belum sembuh

tak wajar

sangat tak wajar untuk saya rasa terluka disebabkan emak saya

saya tak layak sebenarnya nak marah mak saya

mana boleh sorang anak marah mak atau ayah dia kan

tak layak marah pun

berdosa malahannya

waima apa dosa dia sekalipun tetap seorang anak tak boleh marah pada mak ayahnya

saya teringat cerita Nabi Musa, satu2nya Nabi yang boleh berkata2 secara langsung dengan Allah, begini kisahnya;

***********************

Tersebutlah al-kisah, Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT. Setip kali baginda hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah, “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?” Allah pun mejawab dengan menyatakan nama orang itu, kampung dan tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan menuju tempat yang diberitahu oleh Allah. Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, baginda berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam, baginda dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Tidak lama kemudian, dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa semua ini?” Nabi Musa berbisik dalam hatinya dengan penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan di mandikan dengan baik. kemudian babi itu, dilap sampai kering serta dipeluk cium dan dihantar semula ke bilik. Tidak lama selepas itu, dia keluar sekali lagi dengan membawa seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta dicium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.


Selesai sahaja kerjanya, barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?” “Aku agama Tauhid,” jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.

“Wahai tuan hamba,” kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua-dua babi itu ialah ibu bapa kandungku. Oleh sebab mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain, itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku,” sambungnya.

“Setiap hari aku berdoa kepada Allah, agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah belum memakbulkannya lagi,” tambah pemuda itu lagi.   Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. “Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami.”
Allah berfirman lagi yang bermaksud: “Oleh sebab dia telah berada di maqam anak soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat ibu bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah kami pindahkan ke dalam syurga.”

**************************

sejak saya merajuk hati dengan mak saya tu (24 November 2012) sangat kerap saya diperingatkan tentang tanggungjawab seorang anak, betapa besarnya jasa mak ayah. Di facebook hari2 ada jer quotation pasal ibu bapa ni, di radio sinar pulak ada jer petikan kata2 dari Dr Fadzilah Kamsah tentang kena jenguk mak ayah kalau tak jenguk dan mak ayah menitiskan air mata kerana kita maka kita jadik anak derhaka.

Memang macam2 peringatan Allah hantar pada saya dalam pelbagai bentuk. Kata2, tulisan2, gambaran2 dalam macam2 bentuk menghantui dan mengejar saya ke mana pun saya pergi....

Tapi besar sangat nafsu dan hasutan syaitan tu agaknya ditambah pulak saya memang tak berhubung rapat dengan mak saya, sebelum2 ni pun....eh memang sejak lama dulu, dari usia belasan tahun pun memang dah renggang dah....tapi taklah bermusuh atau ada apa2 isu ker....

Tapi saya tau mak saya selalu jadikan saya tempat dia meluah apa sahaja dia tak puas hati pasal kakak dan abang2 saya (2 kakak, 2 abang), kira saya ni pendengar setia dan pemberi pendapat sejak dari dulu sampailah sekarang...dari usia belasan tahun sampailah 30 an ni....saya jer yg banyak simpan rahsia apa pandangan mak saya pada anak2 yang lain...

Setiap kakak abang ada masalah masing2....dua2 kakak kawin awal, tau2 jerlah kawin awal pastu ada jer masalah rumahtangga. Perangai suami masing2 yg tak semenggah. Pastu tekanan mak saya berdepan dengan sikap bapak saya yang panas baran, suka menengking, king control, kuasa veto. yang abang pulak, bapak yaya dah lari awal, pastu timbul pulak dengan masalah yg dtg kemudiannya bila watak kakak ipar tu wujud.

Then masalah abang yang kawin anak dato' tu....kehidupan bujang terlajak yang tak keluar dari bawah ketiak mak pun satu masalah juga. Saya jugaklah yang tukang tadah telinga dari zaman bujang, kawin sampai saya menjanda balik2 masalah abang saya ni...

Dia ni bukan masalah dadah ker nakal ker campur budak jahat ker. Masalah tak nak kawin, tak hidup macam orang normal, kera sumbang, anti sosial. pastu masalah tukar berpuluh2 kerja tak kekal dan masalah tak berduit....macam duduk rumah makan tanggung berak cangkung. Mak saya marah tak jalan....bila balik acap kali saya yg kena bersuara, bukan bersuara diret tapi macam marah anak sindir menantu.....

kakak2 saya mana berani nak marah abang saya tu...sebab diorang kalau takde duit kat abang saya tulah diorang mengadu pinjam duit....saya mana pernah...takde satu adik beradik saya pun saya pernah mengadu nak pinjam duit atau susahkan diorang waima suruh ambik saya kat stesyen bas pun xder! saya lebih sanggup naik teksi dari susahkan diorang.

Masa tu sapa yang dengar keluhan maka saya kalau bukan saya? kakak saya salmah ada di Johor (masa tu agaknya mmg dah bermasalah laki kaki dadah, anak pulak dah 4 orang, cuma org kampung xtau), yg kakak salmi pulak sibuk anak2 sekolah, kerja kilang dodol....sayalah yang menyumbang duit dan kerap balik kampung dan bila saya balik masa tu lah mak saya lepaskan apa cerita terbuku dalam diri dia

Mak saya gaduh dengan bapak saya, saya jugaklah yang jadi tukang dengar. Masalah seks mak dengan bapak saya pun mak saya mengadu kat saya. Anak2 lain bukan tau bahkan mana diorang ada masa nak dengar mak saya cerita....lagipun dah hari2 jumpa (Salmi) salmah mmg setahun sekali dua jer balik masa tu sampai mak bapak saya menangis tunggu kat pondok depan rumah rindukan cucu....

suami saya pujuk juga saya suruh balik lepas kejadian tu...ada beberapa weekend yang berkelapangan dia suruh saya balik, tapi saya menolak saya kata saya tak sedia lagi. dan saya taknak balik tanpa Hani...sebab pada saya Hani adalah kekuatan saya (ya allah menulis ni pun dah nangis)


Tapi suami saya lepas dia kahwin dengan saya dia macam kejutan juga, kejutan sebab dia baru tau yang saya orangnya sangat sangat sangat degil. Selain tak nak dengar cakap dia, saya juga akan tegakkan hujah saya yang saya rasa betul. Tak terkira berapa kali saya berdebat dengan dia, sms (viber) toksah cakaplah. Dia tak sempat menaip, saya akan come up dengan hujah2 saya yang dia buat analogi macam peluru machine gun non stop!


Ada sekali tu, kami gaduh dalam viber atas satu isu, dia di JB saya di sini, lepas saya rasa dia tak nak beralah dan saya tak nak beralah, saya ada bagi dia satu ayat yang seolah2 bawa mesej bahawa saya tak kisah apa pun berlaku, lantaklah (....kalau nak tinggalkan saya pun silakan)...dan dia terkejut rupanya saya begitu nekad dalam sesuatu hal yang saya pertahankan....situ turning point dia mula mengenali sisi buruk saya.


Jadi dia cuba guna kaedah pujuk/persuasive jer, dia takde paksa saya dah. dia ikut jer rentak saya tapi pelan2 dia bagitau lah gitu gini .....kebetulan suami saya ni sangat tebal dengan deria ke 6 (sixth sense) atau ada firasat....(yg ni pun panjang ceritanya) tapi saya tetap meletakkan Allah berkuasa, maybe tu kelebihan dia....dia cuba jelaskan apda saya apa situasi dan perasaan mak saya terhadap saya.....bahawa mak saya sangat terseksa menunggu saya balik sebenarnya sebab dia dah rasa bersalah atas apa yang diperkatakan pada saya....


Maka masa 2 minggu akhir disember hani cuti, saya bawa dia ke JB, saya drive sendiri. Masa lalu Melaka tu tergrak juga nak singgah rumah mak saya tapi macam takde kekuatan....tak sedia nak berdepan. Eh, lebih pada kesedihan yang amat sangat, menusuk2 kalbu.


Tak pernah saya bila memikirkan satu2 isu berkaitan keluarga saya mampu mengalirkan air mata serta merta. Saya hanya boleh mengalirkan air mata serta merta satu era masa dengan pak hj dulu...itupun pada awal dan pertengahan perkahwinan, di hujung2 tu perasaan saya dah kebal dah, dan dah kering air mata agaknya....


Tapi bila isu mak saya ni melanda saya, tak kira di mana pun saya, di pejabat, di rumah, bawa kereta lebih2 lagi saya akan menangis dan mengalirkan air mata. itulah yang berlaku pada saya dalam masa dua bulan lebih ini. Rasanya kalau berlakon, memang real lah tangisan saya..tak sampai seminit boleh titiskan air mata...kalau dilayan boleh jadi sedu sedan....


Jadi lepas seminggu duduk di JB, masa balik tu saya nekad singgah kampung. Sebab singgah saya nak bagi duit belanja  bulanan dan beri semula buku tabung haji. Saya adjust timing saya memang untuk singgah bagi duit jer...dan akan terus gerak balik kajang. Biarlah mak saya dapat mesej bahawa saya masih merajuk....(jahat sangat saya rasanya) tapi dah kemampuan saya tahap tu jer...


Maka bila sampai tu dah malam pun...lama pintu mak saya tak buka, dia menonton tv tak dengar enjin kereta. Lama lepas tu baru buka, saya masuk dan saya letak buku tabung haji atas meja beserta duit belanja bulan tu.

Mak saya masa ni sibuk mengemas rumah sebab memang mak saya bukan kaki kemas (tau sangat dah) so bila saya balik dia akan rasa bersalah bila rumah bersepah. Sebab masa nak buat rumah dulu dia ada cakap kalau dah duduk srang dia akan kemas sebab takde sapa nak sepahkan rumah dah...tapi tetap juga dah ada rumah baru yang dia duduk sorang tapi tak berkemas juga. kenalah terima hakikat.

Memang kalau saya balik bermalam, saya yang akan menyapu sampah (dia kalau menyapu pun macam main kaut sana sini, pasti ada lagi rasa berpasir) macam bawah2 sofa bawah meja pun dia tak sapu....tulah pasal. Mak saya ni suka aktivit luar, duduk dengan pokok2 lama2....sapu sampah bakar sampah kat luar....dalam rumah masuk untuk masak makan dan mandi solat bagai. selain tu memang dia duduk di luar. Maka saya tak nak semakkan kepada fikir pasal attitude mak saya ni.


Kalau balik, saya akan tukarkan cadar, sapu sampah susun atur perabot. kemas meja. Mak saya lagi ada benda lagi tulah dia letak semua atas meja. kadang sedih juga beli meja makan seribu ringgit (zaman baru kerja xde hutang lg) tapi sampai kat dia macam meja makan murah2 beli kedai apek jer dia layan meja tu....saya tak cukup bajet lagi nak pasang pintu kabinet dapur tu...so saya beli kain dan jahit kan matching dengan langsir, sekali tengok kain yg tutup kabinet dasar tu berminyak2...alahai....sedih tau...


Balik citer tadi, lepas tu tak duduk lama terus saya salam mak saya....dia macam terkejut saya terus nak balik pastu saya trus salam dia. Masa salam dia dah nampak lain macam air muka dia tapi dia tak cakap apa2. Tapi masa saya jalan arah kereta dia terus cakap kuat2 kata 'ti, aku minta maaf apa aku cakap kat kau tu....bla bla bla...(ada lagi yang dia cakap tapi sebab saya dah start enjin tak berapa dengar lah)


Tapi saya sempat balas, "aah..takde apa, benda dah lepas, iti dah tak fikir dah (hipokrit sebenarnya)'. Masa nak saya cakap ni dia memang dah nangis dah....dan saya pun sebenarnya dah nangis, tapi ego saya tinggi amat....saya terus jalan dan tekan hon sambil berlalu. Hani sibuk bebel....dahlah ammie...tayah lah sedih...apa yang amie sedih snagat ni...?'

dari rumah saya tu sampai ke lebuhraya sampailah ke Nilai saya menangis dan menangis dan menangis...luar jer saya ni kuat ...dalam lembik dan cair secair-cairnya. Tapi degil. Tulah pasal! Lepas nangis nak legakan hati call suami...lepas dia cakap dan tenang2kan saya slow sikit...tapi nak smapai kajang tu sampai sakit kepala dan mata lah sebab asyik menangis jer non stop...

Saya sedih sebab kenapa mak saya yang minta maaf. betapa saya ni sangat ego...kenaa mak saya pulak merendah diri dan mohon maaf pada saya. Saya bukan tak minta maaf cuma saya tak reti nak ungkap dengan kata2 permohonan maaf. Cuma saya bukan begitu orangnya. Tapi kalau dengan suami saya boleh pulak....

Hani yer, dia jenis boleh luah rasa dan perasaan dia, dia jenis suka ungjap kata2 rindu...."kakak rindu sangat ammie...kakak sayang ammie....kakak rasa tak boleh berpisah dengan ammie". Tapi saya bukan jenis macam tu...saya rindu Hani tapi saya bukan jenis cakap kat dia saya rindu. Apa perasaan saya, saya tunjukkan dengan layanan, tunaikan permintaan dia....

Dengan mak saya pun macamtu, dia tau saya bukan jenis luah, tapi saya jenis tak miss balik kampung, tak miss bagi duit, mana dia nak pergi saya bawak, apa dia nak saya beli. Tapi saya bukan jenis cakap kata2 rindu ker apa ker....mak saya pun bukan jenus macamtu...maybe bapak saya tak latih macamtu.  sikap banyak menurun bapak saya. Bapak saya jenis cakap lepas, keras dan nampak sombong....kalau orang tak kenal


Tapi apa anak nak dia akan bagi....yg bapak orang lain tak bagi. Hal anak2 dia tegas, kami dulu yg perempuan tak dbeikan basikal, takut merayau satu kampung, tak boleh belajar naik motor, tak sopan...duduk rumah baca buku, baca surat khabar digalakkan. merayau rumah orang dia tak suka ....


Pada 28 Jan lepas saya singgah sekali lagi ke kampung. Pun sama, saya sampai rumah dalam jam 6.30 ptg dan cadang dan jamak qasar kat kampung lepas tu terus chow balik kajang. Saya belikan mak saya dua cadar queen dan saya siap pasangkan satu set, dan satu set lagi untuk simpan (raya). Maka lepas solat saya terus kemas2 nak balik. mak saya tanya, eh tak makan ker, lauk ada...saya jawab, "dah kenyang mak, dah makan tadi". mak saya tak tau saya dari JB dan dia tanya kenapa Hani tak ikut sama...hmmm hani pun sebenarnya tak suka balik kampung...kenapa ntah yer? wahal rumah tu mak saya jer duduk sorang.


Masa salam kali ni mak saya tangkap badan saya terus peluk dan minta maaf sekali lagi dan menangis lagi. Adoi saya pun bergenang air mata. Tapi saya tak cakap pun minta maaf hanya salam jer....saya jawab, alah takde apa mak...itu dah tak fikir dah...benda dah lepas...

masuk keter start enjin saya menangis lagi dan lagi...dan lagi....call suami tenangkan diri...nangis lagi....lagi dan lagi....


Itulah episod mak saya dan saya...


Wassalam

5 comments:

Irfa said...

kak wa..
hari ni 01 Feb,besday saya
baca en3 ni buat saya nanges
pertama kali selepas 34 tahun.
saya call mak dan cakap
'terima kasih lahirkan saya ke dunia ini'hanya sebaris ayat itu dan saya menanges..saya dgr suara mak sebak di hujung sana.

saya banyak dosa.selalu kecik hati dgn mak.sdgkan itu tak patut terjadi.

tq kak

Zareda Norman said...

Wa
Klu sayang inilah masanya kita luahkan. Kita tunjuk.. kita hidup dgn kasih syg allah.. cakaplah dgn mak tu yg wa dah tak terasa hati dgn apa yg berlaku cuma harap mak wa faham apa yg ada dalam hati wa. Kesian kat org org tua kita.. dorang pun hiduo x berapa lama lagi nak menumpang kasih syg anak anak. Mak dan abah kak zar dah seminggu di rumah kak zar ni.. hari hari mengadap muka dorang.. ya allah rasa lapang sgt hati

Luna said...

dr pemahaman sy akak sedih krn akak rasa bersalah bkn krn marah kan?

itu sesuatu yg baik sbnrnya. Ada jalan baik yg Allah nk bukakan di sini.

lupakanlah yg buruk.
benar2 lupakan.
jangan expect tinggi kpd manusia wpun dia ibu kita.terima dia seadanya (sy tau mmg akak terima,lgpun mmg x de isu kan cuma x rapat).

dia sudah nak minta maaf pun seribu rahmat.wpun bkn fitrah yg tua meminta maaf kpd yg muda.akak pun tau ttg tu kan.

catatlah nikmat berbanding getiran sepanjang hidup ini.

1) akak sudah ada anak yg solehah
2) suami yg menepati citarasa
3) sumber rezeki yg stabil
4) masa lapang yg terisi dgn baik
5) peluang mencari ilmu
6) peluang rehlah menikmati ciptaan
Allah di bumi yg luas ini
7) dan seorang ibu yg masih hidup

utk nikmat 1-6 tu sy rasa ramai juga yg x dpt tetapi ramai juga yg dpt namun tak terbanding dgn nikmat yg no.7.Di situlah punca syurga buat seorg anak. Buruk mcm mana pun dia tetap ibu.Akak pun dh semakin matang,sy doakan dr sini jalan kebaikan antara akak dgn mak akak semakin terbuka luas..krn sy yakin tiap dugaan antara akak dgn mak akak, ada hikmah yg sgt besar Allah nak beri.

Walaupun tinggi harga yg perlu akak bayar.

Irfa said...

suka baca komen kak zar dan luna
terima kasih semua ;)
saya juga mendapat tempiasnya dgn entri ini

MOKCIK AZWA said...

Wa,

apa kata one of these days, ambil kunci kereta, pandu kereta balik kampung dan sampai di rumah, peluk Mak erat2..tak perlu ucapkan mohon maaf, bagi seorang ibu rasanya sudah cukup memahami. Ambillah kesempatan yang diberi Allah sementara Mak masih ada...