Monday, February 11, 2013

Salwa vs Hashim

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt


Bagi menghargai insan penting dalam hidup saya ini saya abadikan gambar kami berdua dalam blog untuk rekod saya. Mungkin pada masa ini ia dianggap meyemak dan tidak penting tapi 10 atau 20 tahun lagi, ianya pasti berharga

Dalam perkahwinan terdahulu saya jarang mengabadikan gambar saya dan pak hj, bilamana saya nak tunjuk gambar pak hj pada suami saya sekarang sebab dia nak tengok, yang ada pada saya adalah gambar pada kad OKU pak hj yang saya ada simpan (sebenarnya hilang dalam simpanan saya dan dia telah buat permohonan lain pun)

Dan bila saya lihat dalam bloh hani www.hijrah1429permataku.blogspot.com ada lah beberapa gambar hani dan adik beradik dia di situ. dapatlah saya tunjukkan kat suami sekarang rupa adik beradik hani. begitulah pentingnya gambar yang ada dalam blog terdahulu. Semua gambar2 tu bila saya lihat semula ianya sangat mengesankan. Memanglah saya save gambar ini dalam c tapi pc atau lappy anytime boleh rosak, simpan dalam pen drive juga anytime bolah hilang atau salah letak.

Jadi kita letak dalam online atau blog ini, insyaallah selagi blogger meneruskan khidmatnya selagi itulah gambar ini akan bersemadi di sini. Kenangan untuk saya juga. Serius, entry ini bukan untuk pembaca tetapi ianya betul2 untuk saya. Untuk rekod saya tepatnya.

Biar muka suami tak handsome dan sedikit tua, dan saya juga tak lawa, tapi ni jelah gambar kami berdua yang saya rakamkan semuanya ambik sendiri jer sebab kebanyakan masa memang kami berdua. Dah terkemudian ni baru sedar samsung galaxy tu ada timer rupanya tapi kalau kat rumah bolehler timer bagai tapi bila kat luar lupa terus nak ambik gambar.


Pakaian rutin suamia saya, pagoda dan jeans, masa ni baru sangat kawin




kalau ada t sgirt selain pagoda ianya adalah t shirt yang dibeli di bundle, suami saya ni sangat berkira kalau beli barang untuk diri sendiri, untuk anak bini tak kisah....sanggup berkorban untuk orang lain...


Ini di homestay di Baling, rumah kami duduk masa pergi Along kawin


 rasanya ni dalam perjalanan ke rumah kenduri kawin di Kedah . 24.11.2012



 terbaru, di kedai mamak di JB bulan januari, masa maulidur rasul, 11 Januari 2013. Sangat jaga badan suami saya ni, beratnya dipastikan tidak melebihi 75 kg dengan tinggi 176 cm kot...perut dipastikan tidak boroi, naik sikit terus pakai bengkung. sebabnya dia ke tempat kerja pakai overall yang macam atas pelantar tu so kalau perut naik mmg xlawa...tu yang dia sangat jaga



di pinggiran selat tebrau, saya berkunjung ke JB rasanya bulan oktober 2012 kot, suami terpakai cermin mata keselematan di site, cermin matanya tertinggal di pejabat




di alor star singgah makan sup, 7 Disember 2012

Jalan-jalan ke thailand 7 disember 2013 


Pantai di Songkhla


Pun berlatarbelakangkan pantai



Inipun sekitar Disember 2012



Disebuah masjid sekitar disember jugak



Dimana ntah tak ingat


Makan di Bangi rasanya....


En Hashim ni seorang perfectionist, semua yang dilakukan akan dibuat sehabis baik dan sesempurna mungkin. Dia juga melakukan pekerjaannya dengan sabar. Sangat humble dan low profile dengan sedara mara, kawan2 dan jiran2. Hampir semua adik beradik, jiran2 bahkan isteri dia sendiri tak tau apa jawatannya dan berapa pendapatannya. Dengan saya jr dia dedahkan sebab saya minta.


Pada masa ni saya perhatikan dia ni mudah dibawa berunding pada peringkat awal, tapi selepas satu masa yang ditetapkan jika kita tidak memenuhi apa yang diputuskan, dia boleh bertukar watak. Langsung tak boleh bawa berunding. Dia akan bagi kata dua. Saya kadang2 rasa betul2 macam pekerja dia. Dia sangat berusaha nak manage saya. Lagi2 saya jenis agak degil, suka buat keputusan mengikut kata hati dan fikiran saya.


Dengan saya dia masih beri muka tapi dengan madu saya memang dia garang habis. saya tak dapat bayangkan nasib rumahtangga saya kalau saya menerima layanan macam dia buat pada madu saya sekarang. Saya rasa macam tak cukup sabar. Tapi persoalan rumahtangga diorang biarlah diorang selesaikan. Yang mana saya perl tau saya ambillah tau tapi yang mana tak perlu tau saya masuk telinga  kanan keluar telinga kiri.


akhir2 ini suami saya menyebut2 nak tambah isteri lagi kalau sikap degil saya tak berubah. kadang bukan saya degil, tapi suruhan dia tu belum dapat meresap ke dalam jiwa saya. dia nak saya buat macam apa dia buat. memang apa dia buat sangat bagus tapi saya tidak lah sebagus dia untuk cepat belaja menjadi dia dalam masa kahwin setengah tahun jer ni.

Pertamanya dia suruh saya hidup tanpa gula. jangan ambil gula langsung. Mula2 saya tuar pada gula equal tapi saya cam kan bila saya guna gula equal saya sakit kepala. so saya patah balik guna gula biasa tapi takdelah guna kadar biasa Tapi tu pun kena marah juga.

Tak boleh makan berlemak, bergoreng yang dalam kuantiti banyak. Sila lupakan cekodok semua tu. Goreng pisang keropok semua saya dah tak berpeluang makan sewenang2nya. Kemudian makan supplement, kena makan evening primrose oil juga, asid folic, dan juga kena paksa minum air masak banyak2 satu hari.

Semua tu bagus, betul sangat bagus, Tapi kadang saya yang tak terlaksana. Bila saya kadang order kopi o masa makan dengan dia mulalah dia jeling dan geleng2 kepala. Kalau dengan dia saya terpaksa order juice buah orange +epal ta pa gula atau apa sahaja tanpa gula.

kemudian dia suruh saya idup teratur, bersistem dan ikut jadual. walaupun dia tak nampak apa saya buat di rumah tapi dia tau jer bila kadang terlepas cakap spec tertinggal, ada sekali dua hp pemberian dia samsung tertinggal di rumah. dari situ dia kesan saya masih hidup tak teratur.

bila semua ni berterusan, dia kata yang dia anggap dia gagal membentuk saya. tu menjadikan tekanan untuk dia. eh saya okay jer dia plak yang over. Saya ni jenis orang suka buat sesuatu yang adventure, ad hoc, sebab kadang bila plan benda tu tak jadi ada jer halangan so saya suka ad hoc....dan dalam tergesa2 ada nilai seronok dan teruja bila buat sesuatu tu.


Dia pulak, lain macam semua benda sekecil2 perkara dia nak buat secara teratur, terancang, bersistem. Kadang pelik saya. Hidup tak mencabar langsung. Semua teratur. Anak tiri saya , Iza pun jenis orang macam ni. Kadang kita bukan taknak ubah tapi dah jad habit agaknya susah nak ubah.


time management dia masih seperti dulu. cuma skrg saya dah cerdik sikit. keluar dengan dia saya takde bersiap mana, dengan dia saya dah siapkan jubah dan tudung jenis sarung jer tu, so kalau dia kata saya tak siap lagi, dalam seminit saya dah bersiap dah, sarung jubah sarung tudung....dulu saya kononnya nak lah bergaya skit bila jalan dengan dia ber shawl bagai siap tepek bedak. tapi sekarang dah tau dia lebih utamakan masa, maka bedak ker nak lilit2 tudung pun takde masa dah. melainkan saya memang dah siap awal baru lilit2 tudung....

Satu lagi sikap dia yang saya baru teroka, dia suka ada time menyendiri. Dia kan ada sebuah rumah lagi di selayang juga dia suka sangat duduk rumah tu. sebab dalam rumah tu segala hobi dia disimpan, baik pancing, kayu2 , alat2 pertukangan senjata dan segala mesin ukiran, potong, ketam semua kat situ. parang dia jer lebih 30 bilah, setiap satu anggaran harga paling murah RM250 dan paling mahal RM10,000 (kot).

Dalam rumah tu bila saya tengok, ia menjelaskan siapa diri suami saya ni. Rumah tu adalah cerminan diri dia yang sebenar. Apartment 3 bilik tu kemas, teratur, ada kelengkapan elektrik dan perabut semua penuh, siap astro. kan dia jenis perfectionist so mungkin kepuasan dia ada dalam rumah tu sebab semua dalam rumah tu teratur sebagaimana kehendak dia. dia rasa tu lah comfortable zone dia agaknya.

Sejak balik dari JB selasa lepas, dia belum balik ke kajang lagi sebaliknya saya yang ke selayang rumah tu. Rumah madu saya pun dia tak balik. Kadang pelik apa lah yang seronok sangat dia belek senjata dia tu, kemudian bertukang buat hulu dan sarung parang. kadang saya tak faham tapi terpaksa raikan juga hobi dia tu.

kat fb dia pun penuh dengan page hobi parang tu. jadi saya tabah page2 yang islamic untuk balance kan. kadang perli dia sabil gelak2, hobi beli dan simpan koleksi senjata banyak2 ni bukan dapat bantu jawab soalan dalam kubur, bukan dapat tingkatkan iman abang.....bahkan nanti buat lambat masuk syurga nak kena hisab ni semua....dia jawab, hobi dia ni tak menyusahkan orang pun, tak kacau orang, bahkan tak sakit hati...tak macam deal dengan orang, kadang degil tak nak dengar cakap...hehehe  dia perli saya pulak...

kesimpulannya, masih dalam proses menyesuaikan diri dan mengenali lebih dalam....kadang dia hilang sabar dengan saya sealunya saya hilang sabar dengan dia sebab saya tak faham kadang tu keputusan dan tndakan dia. tak clear sebab dia suka sembunyikan perasaan dia....

apapun saya bersyukur sebab dalam banyak keadaan dia memberi impak yang sangat besar kepada kehidupan saya. Eh, tapi sampai sekarang saya tak pernah minta duit dengan dia lagi...masih tebal rasa malu, kadang dia bagi tu saya ambik jer....tapi saya tau madu saya dua minggu suami ke JB belanja dia RM3,000. Maka saya syak sebulan belanja dia RM6,000. tapi saya tak jeles pun...entahlah, dah ada suami pun memadai dah....syukur sangat2...cerita di atas untuk rekod saya juga...




3 comments:

MOKCIK AZWA said...

Salam Wa,

Suka tengok gambar2 ini..semoga kebahagian yang dicari akan berkekalan, aminnn..

Irfa said...

sama cm kak azwa..suka baca kehidupan akak sekarang.bagi saya yg banyak 'kurang' rasanya hidup akak skrg dah cukup segalanya.hehe

inahani said...

salam...kak...muka akak n husband ade 'meh' la...moge jodoh berkekalannya hingga ke syurga...