Friday, June 14, 2013

hani dan hashim punya crita dulu...

Assalamualaikum w.b.t



HANI

sebenarnya selepas hani lari dari madrasah, emosinya tak berapa stabil bila di madrasah

kerap kesedihan

maka pada awal mei, tepatnya 3 mei tak salah saya

keesikan tarikh selepas mak iza meninggal dunia

dia menyatakan yang dia tak nak masuk madrasah lagi

menyatakan dalam bentuk air mata

menangis bila sampai ke madrasah

selepas dipujuk, dijanji, dimotivasi dan diberi sedikit ceramah kesedaran pun status pendiriannya masih kekal

selepas berbincang dengan anak mudir, juga mudir madrasah tersebut pada malam sama

saya putuskan dan bincang dengan mudir untuk hantar dia secara berulang

hantar subuh, ambil lepas isya

cadangannya saya akan berulang dari seremban ke putrajaya

demi hani takper, saya sanggup korban penat dan kos berulang asalkan dia belajar

hani pun setuju cara begitu

maka malam itu, saya buat persiapan

memandangakan rumah seremban memang dah lama gila tak tido

dan cadangan menguang hantar hani akan dibuat bermula esok harinya

maka malam itulah segala persiapan saya laksanakan

beli bantal, cadar, selimut bagai dan serba sikit keperluan harian

saya memang jenis tak bermasalah untuk berfikir dan bertindak secara ad hoc

dan saya jenis sedia ambil risiko sebelum mencuba

esoknya, sebelum subuh nak kejutkan hani untuk mulakan sessi ulang alik

tapi tengok wajah dia sambil terbayang lelehan air mata dia semalamnya

saya putuskan untuk ambil cuti kecemasan hari berkenaan

ambil sehai tempoh cooling period

kebetulan pagi sama juga, iza sms bagitau ayahnya baru sampai dari Kota baru

balik mengejut sebab nak jengah anak2nya tiga beradik yang baru kematian mak

dan ayahnya nak jumpa hani sama

dah setahun terputus hubungan kan.....

maka pagi itu, saya pun hantar hani ke rumah iza di rasah

bawa dia jumpa ayahnya sama

bila sampai ayahnya dah ada dan ayahnya tanya nak ikut ayah ke port dikson tak

hani terus setuju, tapi tangguh sehari sebab saya nak setelkan urusan madrasah terlebih daulu

maka untuk sementara isu hani enggan ke medrasah selesai seketika

kemudian saya bawa hani ke madrasah untuk bincang dengan ustazah

ustazah pula tak bersetuju hani ulang alik

pendekatan uang alik tak sesuai katanya

maka hendak tak hendak saya terpaksa berhentikan hani

sampai 29 mei appointment temuduga di madrasah hulu langat

saya memang awal2 dah book untuk interview madrasah hulu langat tu

satu madrasah yang proper dan agak ketat disiplinnya

adik beradik naza group punya

dan di sebelahnya telah dibangunkan satu kompleks baru yang moden dan besar

masih dalam pembinaan

ada lelaki dan perempuan tapi tak bercampur antara keduanya

pelajar perempuan sahaja lebih 100 orang, ada hafidzah dan alimah

selepas ustazah tidak bersetuju pendekatan tu, maka saya pun berhentikanlah hani

semua pakaian dan barang dia dikemaskan

dan esoknya saya hantar hani ke port dickson, jumpa aza sama

borak sekejap jer sebab suami ada sama, hj sidek takde rumah

kalau tak boleh suami saya yang nak sangat jumpa hj sidek jumpa bekas suami saya tu

so hani pun duduklah di port dickson dengan umi dan abi nya (ayahnya dah tukar gelaran abi pulak skrg)

dan seleasp dua hari macam tu dorg pun balik kelantan

hani pun turut serta ke kelantan

3 minggu hani di kelantan

lama jugak lah dia spend masa dengan aza, abi dan sofiyyah di wakaf baru

tapi hari2 sms saya dan call juga

dapatlah dia ke madrasah lama yang dia belajar dulu 8 bulan tu

jumpa balik ustazah dan kawan2 madrasah lama dia tu

juga jumpa kakak yang suka bukit dia tu...hehehee

masih hani dengan pendirian tak nak se madrasah dengan kakaknya tu

walaupun abinya buat cubaan memujuk dia belajar di wakaf baru

tapi rasanya hani tetap pilih ammie untuk dekat di sisi

selamat dan syukur di situ

tapi saya tetap diminta oleh suami untuk buat surat aku janji

takut hani berubah hati

surat tu siap saya suruh hani tandatangan supaya dia ada rasa tanggungjawab

sanggup dan tau apa kesan daripada tandatangan surat tu

saya terangkan satu2 senarai syarat dalam akujanji tu

yerah takut juga dah duduk kelantan syok dengan mak tiri layan baik

ayah manjakan ada adik pompuan buat kawan pulak tu

terus lupa diri, lupa ammie pulak nanti

tapi insyallaah saya tau hati hani macamana dengan saya

maybe abi (suami saya) yang kurang yakin

sebab katanya dia tak kisah hani kalau pilih duduk dengan ayahnya

tapi yang dia kisahkan emosi isterinya nanti

tu sebab surat aku janji tu disediakan










Wassalam

No comments: