Monday, June 17, 2013

Hani di madrasah, ammie yang resah

Hani di Madrasah Lil Banat, Banting

Hari ni hari ke 6 hani masuk madrasah baru
Madrasah ke3 kalau ikut jumlah madrasah yang dia belajar
Hmmm, diam tak diam 3 madrasah dah dia belajar kan...
Begitu pantasnya masa berlalu
Tapi saya optimis walaupun macam nampak banyak
Tapi setiap satu tu ada alasan munasabah kenapa dia berpindah
Kakak hani, iza sendiri sebelum hafadz masuk 8 madrasah
Along angah pun sama, turut berpindah2
Mencari kesesuaian 
Bagi kes hani, sepatutnya dia ke madrasah Hulu langat ikut perancangan saya
Tapi sayangnya faktor umur menyebabkan dia tak berjaya
Hanya umur 12 tahun ke atas sahaja diambil
Syukur juga, sebab perancangan allah tu yang terbaik
Jika Dia tak beri yang itu, pasti sebanarnya bukan itu yang kita perlukan
Rasanya hani tak dapat di Hulu Langat kerana darjah mujahadah di situ amat tinggi
Madrasah Lil Banat di Banting inun atas cadangan ustaz di madrasah hulu langat
Masa saya hantar surat rayuan untuk menempatkan dia
Suami masuk masjid dan bincang dengan ustadz
Dan ustaz memberikan nombor telefon madrasah banting ni
Sebanarnya dia macam kira cawangan yang hulu langat
Menggunakan sistem yang sama
Juga jadual yang sama 
Ustazah yang mengajar pun adalah lulusan madrasah hulu langat
So minggu lepas tak bertangguh saya pun daftarkan hani
Keperluan masuk madrasah dalam seribu
Pendaftaran dalam 600 dan keperluan hani sendiri 400
Nak bagi semangat
Abi dia pun oesan, belikan aja apa hani nak
Asalkan dia mahu belajar
Tadi ziarah
Masa mula masuk hari tu memang dia sangat excited
Teruja giler
Tapi tadi masa saya sampai nampak macam letih jer
Baru bangun tido
Kesimpulan yang saya dapat nampaknya dia belum begitu happy
Ada benda2 yang dia rasa dia belum dapat sesuaikan diri
Makanan, suasana
Cara membasuh pakaian
Macam2 lah benda yang dia rasa kurang sesuai
Malam tido panas
Makan tak sedap
Ada cili sos diletak dalam dulang setiap kalai makan
Tekak dia tak terima 
Kat rumah memang kami tak makan cili sos sangat
Kecuali cecah keropok
Kipas pusing perlahan, rosak katanya
Kipas berdiri pulak menunduk, dah tak berapa ok kondisinya agaknya
Air paip slow
Basuh baju kena buat kat luar
Mandi pun berjimat cermat
Nak basuh baju tak tau nak curik selit tang mana
Tak pandai adjust masa lagi
Kena start dari iqra' 1
Jenuh jugak sebab kena baca sampai iqra' 6
Lama lagi tu kalau ustazah mulakan setiap step
Yg bagus sebutan dan makhrajnya nanti ok
Tapi kalau lewat sangat start hafal takut hani demotivated
Semalam duduk sebelah dia masam badan bau peluh
Yerlah cuaca dahlah panas, mandi pun bercatu air agaknya
Mengejar masa lagi
Sabarlah sayang
Balik dari tengok dia di Banting tu memang saya rasa emosi terganggu
Kesian kat dia
Dengan mata tembel
Panas pulak tu cuaca
Sedangkan saya ni hari2 siang malam buka aircond
Tak tahan panas
Sungguhpun rumah tingkat 12 ni angin kuat
Pun saya masih on aircond
Sedangkan hani..masyaallah kepanasan sentiasa
Tido berhimpitan atas tilam nipis jer
So balik tu memang melelah air mata
Kesian ker simpatinker sedih ker rasa tak patut ker semua bercampur baur
Terus singgah masjid bandar baru bangi
Saya memang selalu ke masjib bandar baru bangi
Masa lepas bercerai dulu pun saya selalu lepak situ
Tak taulah dalam banyak2 masjid rasanya masjid bandar baru bangi sangat sejuk
Menenangkan dan buat jiwa rasa tenteram
Tambahan pulak masjid tu memang sentiasa imarah
Setiap hari ada kuliah agama
Jemaah pun penuh jer
Dah dekat dengan rumah saya
Masa tu saya tinggal di sungai merab kan
Sekarang ni rasa bulan puasa ni kalau berseorangan
Pasti masjid bangi akan saya kunjungi
Selain masjid besi
Lepas isyak saya pun balik
Sementara tu iza ada viber tanya perkembangan hani
At least dapatlah saya share dengan someone
Dan dia banyak pulihkan emosi saya
Lagi2 hubungan saya dan hani memang closed
Macam hubungan dia dengan mak dia
Jadi lepas kematian mak dia
Memang emosi dia banyak terjejas
Dan dia memahami apa saya rasa
Apa hani lalui
Bagaimana nak mengatasi
Syukur alhamdulillah
Kami saling melengkapi
Bila saya diwn dia nasihatkan
Bila dia down saya main peranan

1 comment:

Irfa said...

ALFATIHAH UTK KAK NANI
(NAMA MAK IZA KAK NANI KAN?)

hani anak istimewa,kalau anak2 biasa pasti dah di bawak pulang kerumah ;)