Sunday, June 16, 2013

Suami punya cerita pulak...

Assalamualaikum w.b.t


Hashim, suami saya

Bila duduk semula seorang diri, fikiran melayang

Berfikir ranjau perjalanan hidup saya sekarang

Bila fikir mendalam memang tak sangka apa yang saya lalui akan saya lalui

Kalau satu masa dulu, pelbagai kisah derita yang saya jangka macam takkan erkahir

Tapi hari ni terbukti semuanya dah berlalu

Macam tak percaya saya dah lalui semua tu sekarang

Allah maha adil, diberi sinar di hujung jalan walaupun pada anggapa kita sinar tersebut macam takkan lernah muncul

Begitulah apa sayabrasa hari ini nikmatnya masyaalllah

Walaupun takdelah boleh dikatakan bahawa hidup saya telah sempurna

Tetapi apandilalui ini rasanya da melangkaui dua kali usingan 360 darjah dari kehidupan dahulu

Ini bukan sola duit dan kesusahan hidup dai segi kewangan sangat

Tetapi lebih kepada kebergantungan perasaan

Dahulu sunyi amat hidup ini takde sessiapa untuk berkongsi masalah

Sekarang bukan sahaja ada yang berkongsi masalah

Bahkan sebelum masalah dia da bantu saya selesaikan

Bila wujud masalah pula dia yang ke depan mencari penyelsaian

Hashim suami saya ini luar biasa orangnya

Boleh dikatakan di sekeliling saya tak berjumpa ramai lelaki spesis ini

Spesis yang terlebih bertanggungjawab
Terlebih komited
Teramat passion dalam membuat sesuatu
Payah saya cari kekurangan dia
Hidup yang sangat teratur
Hidup yang sentiasa bersemangat
Hidup yang macam tak berfikir tak boleh
Hidupnya penuh energetic
Semua yang difikir akan diterjemah menjadi kenyataan

Hidupnya langsung tidak ada bertangguh
Hidupnya berprinsipkan walk the talk

Saya sejujurnya tak mampu ikut rentak dia
Sebab saya tak melatih diri dari awal sebegitu rupa
Saya walaupun hidup susah juga, banyak masalah
Tetapi saya gagal agaknya melatih diri saya disiplin macam dia

Syukur allah cipta itu sesuai dengan kehendak hambanya
Dianugerahkan  saya suami yang sangat particular
Disiplin, tegas, serius, sangat detail, pembersih, leader
Tapi kerana saya tak betapa nak mampu ikut cara dia
Allah beri ruang masa kelonggaran untuk saya
Ada sela masa untuk sayatehatkan badan dan minda
Dua minggu dia ada, dua minggu dia berpergian
Masa dia ada tu all out lah saya
Masa tiada tu ambillah masa sendiri bersantaian

Itulah nikmatnya yang ada
Syukur amat sangat

Suami saya juga amat mengejutkan saya dalam keadaan pendirian yan tegas
Yang kelihatannya begitu komited dengan urusan dunia
Yang saya lihat selalunya melihat sesuatu  dari ruang lingkup logik akal
Yang katanya kerana usahalah maka beroleh kejayaan
Bertentangan pula dengan saya meletakkan usaha sebagai asbab sahaja
Gagal berjaya semua kuasa Allah
'usaha bawa kejayaan' ini awal kahwin dulu banyak membawa perbincangan hangat antara kami berdua

Akhirnya kita mengambil konsensus enggan membincangkan ia secara panjang lebar
Tambah2 pula suami saya ta berapa menyokong usaha tabligh
Kerap juga dia menyatakan persoalan2 yang dia tak setuju
Adakala dia perli saya juga berkaiatan pegangan orang2 tabligh
Tapi saya tak suka layan
Dan kalau saya kata 'saya tak nak bincang, say atak suka'
Dia boleh terima
Dia jenis yang sangat open
Kalau tak suka maka terus terang cakap tak suka
Dia akan terima
Itu sebab dengan suami ni saya boleh bercakap secara telus dan transparent
Dia jenis cakap memang tak tapis
Kalau tak suka dia akan cakap
Buang masa nak kecik2 ati
Tu sebab dengan dia saya pun akan cakapmterus terang
Suami saya selamba boleh bagitau badan saya busuk
'wa tak mandi ker tadi, masamlah bau badan...."
Kadang dia cakap, 'perut ni dah macam mengandung 6 bulan..'

Tapi sebab saya tau dia sayang saya
Saya tak kecik ati dah
Memang cara begitu teguran dia
Biasalah orang melaka

Akhir2 ni setiap minggu ada jer barang2 diapost ke pejabat saya
Kebanyakan barang penjagaan diri
Barang untuk kuruskan badan
Ada krim, sauna belt, weight loss, girdle, slimming pants, treadmill
Macam2 dia belikan saya, jam pun dia ada beli dua ,
Massage, shaver, beauty skin massage
Pendekata semua peralatan wanita dia belikan

Bukan bab peralatan jer,
Makanan tambahan pun sama
Belikan jus mengkudu, madu, akar kayu, jamu
Supplement dan macam2 lagi

Saya rasa macam dah overdose dah barang2 dia beli untuk saya
Jenuh saya nak makan dan pakai
Tiba2 saya teringat
Dulu saya yang banyak belikan pak hj macam2
Ingat tak?
Sekarang Allah dah balas
Suami saya pulak belikan macam2 untuk saya
Sau perkara jer yang saya nak dia masih pertimbangkan
Mesin jahit
Entah kenapa satu barang ni payah sangat dia nak belikan
Bukan mahal sangat pun
300 lebih pun ada kot, singer yg basic tu
Tapi tak nak dia belikan
Katanya serik sebab dia pernah belikan first wife dia mesin tapi
Takde satu hasil pun

Tapi saya sabar takper tunggu jugaklah dia belikan
Yang pelik barang2 dia belikan online hantar ke pejabat tu kalau campur2
Jauh dah lebih dai harga 300 tu

Sekarang suami saya bertugas di pelantar Gumusut Kakap
Terletak 120 km dari perairan sabah
Sempadan dengan brunei
Pelantar ni pelantar terapung kedua selepas pelantar kikeh
Satu teknologi yang ada saya agak mengkagumkan
Selepas melihat dan mendengar cerita2 suami dapatlah gambara sedikit tentang dunia oil and gas

Taklah semudah yag disangka, macam isu kelantan nakkan royalti minyak tu
Kos penyelidikan dan pembinaan pelantar ni bukan sedikit kosnya
Modal yang dikeluarkan pelabur dan syairika terbabit sangatlah skala besar

Pelantar Gumusut kakap ni jer bina lebih 4 tahun
Dibina di MMHE pasir gudang Johor
3 tahun pertama suami bekerja di ibupejabat sahaja di Kuala lumpur
Kerja waktu pejabat, pantai dar jauh jer
Dan bila ada keperluan dia akan turun ke JB
Dalam sebulan mesti ada beberapa kali turun jumpa kontraktor
Setahun terakhir sebelum ditarik ke sabah baru suami sepenuh masa di JB

Sekarang dah suap, 3 minggu lepas pelantar tu dibawa turun ke laut
Dengan teknologi luar negara
Dia diapung dan kemudian di tarik dengan tuck boat
Kapal yang digunakan untuk bawa turun ke laut tu sahaja sewanya sejuta sehari (tak pasti US ker RM)

Selepas melepasi beberapa ujian, baulah diputuskan sesuai untuk ditarik
Ditarik dengan 8 tuck boat melalui perairan antarabangsa
Dalam tempoh tarik tu, crew atas pelantar berubah
Kena ada pertukaran
Asalnya pertukaran masa dia terapung tu staff diangkit dengan boat
Baru ni semasa pertukaran crew lagi,
Suami kena fly dari KLIA ke Kuching dari kuching ke Miri
Then pelantar terhampir ada di bintulu
So dari Bintulu diterbangkan naik helicopter ke lokasi pelantar yang sedang menuju ke 120 km perairan sabah/brunei
Yang agak mendukacitakan
Semasa selepas pelantar diapungkan di perairan desaru
Ada kemalangan nyawa
3 terlibat, seorang meninggal dan dua cedera
Semuanya kerana gagalmpatuhi prosedur
Meninggal akibat gagal buka pintu kebal di pelantar bahagian bottom side
Seram jugak saya dengar
Sedikit kesilapan atas pelantar memang membahayakan nyawa
Saya fahamlah sekarang kenapamsuami saya sangat serius dan tegas
Dalam banyak hal dia takkan main2
Bagi dia dalam hidup ini tiada trial and error
Sebab risikonya adalah nyawa
Itu sebab kalau saya pakai hp semasa memandu dia akan marah sya
Marah dia bukan marah biasa
Marah dia macam pengetua marah budak darjah 1
Teruk sangat sangat bila dia marah

Takkkuuuuttttt!!!!!

Saya tak dapat bayangkan kalau allah tarik nikamt bersuami ini
Sebab saya rasa saya dah tak berapa boleh hidup tanpa suami
Dia lah yang menjadi tempat merujuk saya dalam apa jua hal
Dan dia sangat tau sangat faham dan akam bagi nasihat yang tepat
Saya pun tak tau macamana dia boleh ada skill untuk tahu macam2 benda

Bab perempuan, bab sakit (oh dia dilatih juga sebagai paramedic)! Bab masakan, bab rumahtangga semua hjung jari dia, bab komputer juga





 Wassalam

2 comments:

Anonymous said...

Kerja o & g mmg gitu wa. Sbb tu d byr gaji mahal. Nyawa d hujung tanduk. Suami ina sgt2 marah jgk kalau x pakai seat belt. Diorg siap kena penalti kalau ada report dr sapa2, bw kereta merbahaya, x pakai seat belt dll. Safety first.

Ina

Irfa said...

mmg complete dah rasanya akak dan cik abang o&g ni :)

seram jugak baca risiko kerja dia
smoga di lindungi Allah
kalau nak fikir mati.dlm rumah atas tilam pun mati
mati tgh main pun ada.hehe
gurau ye kak