Thursday, October 27, 2011

kebebasan

Assalamualaikum w.b.t



Sekarang benar-benar rasa bebas

bebas fizikal dan mental

langsung tak rasa menyesal bercerai kalau sekali fikir pasal kebebasan ni

Tapi faktor lain mungkin ada beberapa perkara menjadi sukar selepas bercerai

Itu tak dinafikan

dulu xbebas buat keputusan

tak boleh pergi manna sesuka hati

tak boleh buat ikut

kehendak perasaan

semua kena denga kkeizinan suami

tapi sekarang takde

saya sendiri buat dan saya juga sendiri terima akibat

Wassalam

Tuesday, October 25, 2011

Minta Pandangan

Assalamualaikum w.b.t


saya tak taulah kenapa saya ni

bukan gatal sangat nak kawin

tapi allah asyik jumpakan saya dengan orang yg nak ajak saya kawin

dah 3 bulan macam tu saya kenal sorang ni

tapi tak pernah jumpa

dia kenal saya pun hanya baru2 ni

lepas dia search nama saya dan jumpa gambar dalam facebook

saya sendiri pernahlah mms gambar saya dengan hani baru2 ni

dia pun ada hantar gambar pada saya

saya pun sekadar mengenal dia sebab dia berkali2 cuba nak kenal saya lebih dalam

2 bulan gitu sekadar bertukar mesej sesekali

mengetahui perkembangan masing-masing

sampailah ramadhan lepas (katanya)

melihat gaya hidup saya dan hani buat dia nak tau lebih lanjut pasal saya dan hani

kebetulan pulak saya ibu tunggal

takde halangan pada dia utk kenal saya lebih lanjut

saya pun open minded, orang tanya saya jawab

dia minat betul tengok kegigihan saya setiap hari berbuka dgn bergegeas dr pejabat ke masjid

then 10 akhir ramadhan ke masjid / tidur masjid utk qiyamulail

dengan hani dan yaya pulak tu

dia sangat impressed agaknya

masa tu takde apalah, bila dia YM saya jawab jerlah saya kat sini, kat situ

hampir semua aktviti saya masa ke arah beramal ibadah

ramadahan kan banyak amsa habi dengan mengaji

then raya dan lepas raya saya sibuk pulak urus abang nak kahwin

saya pun bila ditanya buat apa saya cerita jerlah

pergi pasar pergi mydin beli itu beli ini

pendek kata apa aktiviti saya dia follow

Dia bertanya juga sikit sebanyak kenapa saya buat itu ini

maksudnya berkorban sana berkorban sini

pada masa sama dia tau saya nak hantar hani masuk madrasah

kira banyak perkembangan hidup saya dia follow

sementelah pulak saya bertanyakan juga pendapat dia tentang beberapa hal yg berlaku dalam hidup saya

minta pandangan orang berpengalaman

dengan umur 40 an banyak benda dia boleh berfikir dengan matang

pada saya kadang2  banyak benda dia fikir saya tak terfikir

good for me to have second opinion

dipendekkan cerita selepas raya baru2 ni

dia open dengan saya katanya nak buat saya isteri dia

mengejutkan juga

sebab dari sekadar bertukar2 pandangan dan saya minta pendapat dia tentang beberapa perkara

dia boleh bertukar hasrat nak memperisterikan saya

saya pun bukan anak dara yg baru gatal nak kawin

saya bincang betul2

sebab tak nampak jalan keluar untuk bernikah dengan dia

dia bermastautin dan bekerja di singapura

Saya di sini

walaupun cadangan dia suruh saya berpindah di SPRM Johor

pada saya bukan waktu ini

makanya saya beri masa 6 bulan utk berfikir lebih detail

pada masa ini dia serah pada allah dan berdoa

puasa sunat isnin khamis

saya akan istikharah 

walaupun dalam hati saya nampak sangat kesukaran kalau bernikah

nampak dua2 pihak akan menemui kesukaran

tapi dia positif utk terus berdoa katanya Allah akan tunjuk jalan keluar terbaik

pada saya takde hal saya positif jer

Ada jodoh adalah takde saya takkan terluka

biar Allah tentukan

saya angat positif untuk hidup berumahtangga

dan saya juga sangat positif untuk teruskan hidup menjanda

kedua2nya saya kini punya kekuatan

jiwa saya yang kosong kerana hj sidek takde nak beri peringatan dan ingatkan segalanya kini dah tak terasa

saya dah dapat menyesuaikan diri

takde apa masalah, kerja pun bertambah2 sibuk

dengan mengetuai Unit Komunikasi Korporat

segala meeting besar saya kena attend

takde alasan lagi dah

so saya share kehidupan saya kat sini bukan sebab saya suka2 share

saya percaya pembaca blog  saya suka nak tau apa perkembangan yg berlaku dalam hidup saya selepas menjanda

saya makin kuat dan saya takde fikir hal bukan2 lagi

namun seperti dulu saya sebagai perempuan punya fitrah

katalah beribu kali bahawa wanita tak perlukan sex

tapi ebagai wanita normal saya perlukan itu

tetapi bukan itu sahaja saya tetap perlukan suami yg boleh membimbing

dengan cara bersesuaian dengan situasi saya

orang singapore tu nampaknya ada ciri-ciri berkenaan

tetapi jarak memisahkan

pada saya kalau itu terbaik menurut allah, saya terima (walaupun mungkin susah payah juga akhirnya)

dan hubungan saya dengan bekas pakwe di melaka yg bantu nak monitor projek rumah saya tu

kalaulah allah kata jodoh dengan dia saya terima juga

dan saya tak pernah berahsia samaada dengan pakwe melaka atau yang singapore tu

saya bagitau pakwe melaka org singapore ajak kahwin dia kata proceed

saya bagitau org singapoire kata pakwe melaka nak topup bajut buat rumah

orang singapore kata takper biar dia bayarkan, saya menolak

makanya biarlah semuanya berjalan sepertimana yang allah akan tentukan

saya malas nak merancang beriya2

4 nov saya akan ke kelantan ambil hani

cuti hingga hujung tahun

saya akan survey madrasah yg seuai

tapi kalau hani nak terus sek di sana saya on jer

cuti ni pun sya akan letak dia di kelantan

kalau di kampung memang hanyut

main dan main sampai solat pun tertinggal

kalau di rumah kak aza suasana madrasah memangada di situ, tak perlu risau

ok chow.

ambil yang baik dari apa yang saya tulis

jangan ada prasangka dan jangan pandang dari sudut negatif

saya mash disini sedia mendengar pandangan anda pembaca blog saya yangs setia

malah dah jadi kawan baik pun ebahagian dari kita ni

kalau nampak ssaya gatal mengenyam nak kawin nyatakan ajer xmarah pun

kalau rasa keputusan tu tak berapa bagus elok saya menjanda terus katakanlah juga

saya open xemosi dah

usia dah macam ni apalah lagi yang saya nak cari dalam hidup...??? 












Wassalam

Monday, October 24, 2011

projek rumah mak

Assalamualaikum w.b.t


Sebagaimana saya pernah cerita dulu

Kan saya akan buatkan rumah mak saya

Asalnya bujet 40k saya buat personal loan

Yerlah kerja kerajaan manalah nak cekau duit

Rumah sendiri pun saya xrenovate ker apa ker

Tetiba ni nak buat rumah mak pulak

Demi nak puas dan sukakan hati mak saya teruskan juga

Tapi bajet saya dah tinggal 30k jer

Bila bncg dengan tukang rumah mmg tak boleh buat 30K tu

Setahun lepas kakak saya buat 35K dapat besar

3 bilik dgn dapur yg luas

Berapa buka saiz rumah tu xtau pulak

Tp mmg puas hati lah dgn saiz rumah tu.

Tp skrg tak dapat lgsg

So sy bncg dgn mak mana nak tambah lg bujet

Saya cdgkan ambik dulu duit tabung hj

Pada masa sama bulan2 sy akan bank in kan seribu duit gaji saya utk ganti

Rasanya baik buat kasi selesai skrg dr tmbh kemudian

Mak pun setuju. Alhamdulillah

Apapun duit tu mmg pun saya yg bagi juga

Dah tentu mak saya tak masuk nama tahun ni

Insyaallah sempat kumpul smpai tahun depan

Malam tadi sy bncang dgn tukang tu

Beberapa perkara dibincang pasal rumah tu

Dari segi saiz mmg kecik 20X40

Tapi xfinal lagi

Tengoklah macamana

Bumbung ardec, dinding pakai batu bata

Dan depan ada berandah kecik

Bilik 2 jer

Tiles semua xde sebab bajet xlepas

Ada rezeki tambah kemudianlah

Kitchen kabinet pun dia akan buat sekadar simenkan

Tiles utk kitchen kabinet semua tu saya kena buat asing

Xtaulah bila pulak ada bajetnya

Mmg asas jer rumah tu nanti

Saya dah sms salwa kakak ipar tanya kot2 dia nak tambah

1 bilik utk diorg ker tp xde jawapan lagi

Asalnya saya nak gunakan tukang yg sama dgn rumah kakak saya tu

Tapi xjadi sebab masa rumah kakak saya ada isu

Duit abis tapi rumah xsiap (bilik air)

Abang ipar saya plak nak duit tambahan

Adalah mcm2 isu

Sbnarnya yg tkg tu adik abg ipar saya

So abg ipar sy banyak tolong adik dia masa tukang tu

Kalau ikut kira patut adik dia bayar kat abnag dia upah kan?

Bukan kakak saya yg patut bayar

Tp ni seolah2 kakak saya plak kena bayar kat abg ipar tu

Sudahnya kakak saya ambil tukang lain siapkan berandah dgn bilik air

Jd utk elakkan masalah sama berulang

Saya panggil tukang lain jer

Tambah2 kakak saya, isteri abg ipar tu kecik ati dgn saya

Ada 2 isu dia kecik ati

Pertama sebab saya taknak suami dia campur tgn buat rumah tu

Kedua sebab baru2 ni suami dia nak pnjm seribu dr saya

Masa tu sy ni bukan xde duit tp pakai bnyk duit utk hal lain

Saya sewa lori angkat brg kena 500

Pastu renew road tax insurans sentra 1800

So saya pun sms dia (abg ipar) saya kata saya bank in 500 jer

Tu saya bagi jer. Kalau seribu saya xmampu lagipun nanti susah nak bayar

500 saya bagi xpayah bayar langsung

So dia kecik ati. Saya blk kg pun dia xdtg rumah mak

Saya ajak makan malam pun dia xnak

Lantak kau lah

Bukan saya xbg pinjam malah saya bagi terus 500

S
Zalim sangatker saya

Dia anggap saya under estimate laki dia mcm laki dia xmampu

Dah tentu mmg dia xmampu hutang lama pun xbayar2

Takat kerja buruh kasar yg gaji bulan2 defisit

Apa yg saya boleh harapkan?

Kira bertuah saya bagi terus 500 tu. Tu pun xbersyukur!!!

So saya pun cari tukang lain

Saya ni mana kenal sgt org kg

Tiba2 terfikir utk minta bantuan bekas pakwe@ boss lama saya

So dia pun carikanlah dlm 5@6 kawan dia dan come up dgn 1 nama

Yg offer paling best. Kebetulan tukang tu kenal abah saya

Abah sy dulu kan kontraktor jugak

So kira ni tolong saya sebab kenangkan saya anak muharam

Tapi malam tadi dah final kan dlm 46K

Mmg ex boss saya tu dah tau kos tu akan over bujet

Tapi dia bgtau tukang tu@kwan dia yg dia akan top up baki 6K tu

Sbnarnya serba salah juga

Saya taknak termakan budi

So saya tanya berkali2 6K tu takkan nak bagi free ker

Dia kata memang dia ikhlas nak bagi

Sedekah kat saya sebab kesian

Apalah yg saya boleh katakan dah org nak bagi

Lagipun pd dia 6K apalah sgt

Baru2 ni dia beli motor besar 180K brand new pun cash jer

Renovate rumah bhgn depan pun 100 k selamba jer

So 6K tu hujung jari jer kot

Nak kata dia nak saya pun berkali2 saya ajak kawin dia masih menolak juga

Sebab dia dahpun ada 2 isteri

Kalau nak buat saya perempuan simpanan pun saya bkn orgnya

Dengan status, umur dan jawatan saya mmg dia xberani kot

Mungkin pertolongan lebih pd dasar kawan dan bekas pekerja dgn boss

Projek tu dia akan monitor dan dari segi bayaran pun saya bank in pada dia jer

Sebab nama ex boss saya serta penampilan dia dgn naik BMW 5 series serta ada honda CrV dan motor besar

dan status serta kredibiliti dia

Saya percaya org xkan berani tipu dia

Apapun saya berdoa moga projek ni selamat dan berjaya. Insyaallah


Wassalam

Saturday, October 22, 2011

hani menangis, yaya mak dia nak ambik

Assalamualaikum w.b.t


Sejak hani masuk madrasah seminggu ekali jer dapat cakap dengan dia

Hari jumaat adalah hari ziarah

Semalam kak aza ziarah dia

Dapatlah saya bercakap dengan dia

Mula2 dia bercakap dari dalam kereta jer

Tau2 jerlah kak aza kalau bercakap kan non stop

aya tak boleh dengar suara hani dengan jelas

Malah hani pun kejap2 cakap tak dengar...tak dengar

Yerlah bayangkan kalau kita bercakap hp dalam kereta

Pada masa sama ada org lain bercakap jugak

Kak aza kan kalau bercakap macam bertih dan kuat memanglah hani xleh fokus apa saya cakap

So saya cakap kat hani suh keluar kereta

Mula2 masa dalam kereta tu dia jawab semua okay bila saya tanya seronok tak ada kawan tak

Tapi dari intonasi saya taulah yang tak delah seronok sangat

Kalau seronok mesti suara dia ceria

Masa minggu lepas dia baru seharai semalam duduk madrasah

esoknya kak aza dah datang ziarah

Tapi kali ni masuk 2 minggu

Tempoh yang panjang tak jumpa saya

So lepas saya suruh hani keluar kereta barulah jelas suara saya dia dengar

Saya pun seronoklah nak berborak

tapi lain cerita pulak

Bila saya tanya kakak okay tak eronok tak kat sana

Terus member melalak

Tak dengar biji butir langsung

Yang dengar esak tangis dia

yang dia cakap hanyalah 'kakak rindu ammie'

memang betullah saya yang tua ni pun malam2 melalak ingatkan dia

Apatah lagi dia budak2 lagi ingat maknya ni

sudahnya kami berjemaah nangis via handphone

Patut saya tak perlu nak melalak

patut kena kuatkan semangat dia

tapi saya lak lelebih menangis

lama gaklah sessi menangis

Sudahnya saya suruh dia bagi hp pada ayah dia

sebab apa dia cakap ssatu pun saya tak faham

cakap sambil sedu sedan

saya tanya ayah dia kenapa hani nangis, ada apa2 berlaku ker?

Ayah dia kata takde apa semua okay cuma dia rindu saya jer

eh saya pun sedih nak menaip ni rasa nak stop

saya rasa bersalah amat letak dia jauh2 dari saya

kesian dia

sebelum raya haji ni saya ambik dia

saya rasa saya nak cari sekolah area sini

tunggu laporan hani suasana sekolah kat sana macamana

kalau sekolah kat sini pun 

cuti sekolah saya hantar dia ke sana juga

supaya tak putus hubungan dia dengan ayah dan adik beradik di sana

harap allah beri yang terbaik untuk saya dan hani

yaya mak dia akan mabik awal bulan 11 ni

saya rasa tu yg terbaik utk yaya dan saya

saya tak nak berperang dengan isu2 remeh

saya memang dah cuba nak sayang yaya

TAK BOLEH

mak saya pun dah mengadu dari kg yang dia pun xsanggup jaga yaya

kuat mengadu dgn jiran2

merepek bukan2

so mak dia nak ambik kira okaylah tu

alhamdulillah

takde rezeki saya nak menambah anak dengan cara macam tu




Wassalam