Saturday, October 22, 2011

hani menangis, yaya mak dia nak ambik

Assalamualaikum w.b.t


Sejak hani masuk madrasah seminggu ekali jer dapat cakap dengan dia

Hari jumaat adalah hari ziarah

Semalam kak aza ziarah dia

Dapatlah saya bercakap dengan dia

Mula2 dia bercakap dari dalam kereta jer

Tau2 jerlah kak aza kalau bercakap kan non stop

aya tak boleh dengar suara hani dengan jelas

Malah hani pun kejap2 cakap tak dengar...tak dengar

Yerlah bayangkan kalau kita bercakap hp dalam kereta

Pada masa sama ada org lain bercakap jugak

Kak aza kan kalau bercakap macam bertih dan kuat memanglah hani xleh fokus apa saya cakap

So saya cakap kat hani suh keluar kereta

Mula2 masa dalam kereta tu dia jawab semua okay bila saya tanya seronok tak ada kawan tak

Tapi dari intonasi saya taulah yang tak delah seronok sangat

Kalau seronok mesti suara dia ceria

Masa minggu lepas dia baru seharai semalam duduk madrasah

esoknya kak aza dah datang ziarah

Tapi kali ni masuk 2 minggu

Tempoh yang panjang tak jumpa saya

So lepas saya suruh hani keluar kereta barulah jelas suara saya dia dengar

Saya pun seronoklah nak berborak

tapi lain cerita pulak

Bila saya tanya kakak okay tak eronok tak kat sana

Terus member melalak

Tak dengar biji butir langsung

Yang dengar esak tangis dia

yang dia cakap hanyalah 'kakak rindu ammie'

memang betullah saya yang tua ni pun malam2 melalak ingatkan dia

Apatah lagi dia budak2 lagi ingat maknya ni

sudahnya kami berjemaah nangis via handphone

Patut saya tak perlu nak melalak

patut kena kuatkan semangat dia

tapi saya lak lelebih menangis

lama gaklah sessi menangis

Sudahnya saya suruh dia bagi hp pada ayah dia

sebab apa dia cakap ssatu pun saya tak faham

cakap sambil sedu sedan

saya tanya ayah dia kenapa hani nangis, ada apa2 berlaku ker?

Ayah dia kata takde apa semua okay cuma dia rindu saya jer

eh saya pun sedih nak menaip ni rasa nak stop

saya rasa bersalah amat letak dia jauh2 dari saya

kesian dia

sebelum raya haji ni saya ambik dia

saya rasa saya nak cari sekolah area sini

tunggu laporan hani suasana sekolah kat sana macamana

kalau sekolah kat sini pun 

cuti sekolah saya hantar dia ke sana juga

supaya tak putus hubungan dia dengan ayah dan adik beradik di sana

harap allah beri yang terbaik untuk saya dan hani

yaya mak dia akan mabik awal bulan 11 ni

saya rasa tu yg terbaik utk yaya dan saya

saya tak nak berperang dengan isu2 remeh

saya memang dah cuba nak sayang yaya

TAK BOLEH

mak saya pun dah mengadu dari kg yang dia pun xsanggup jaga yaya

kuat mengadu dgn jiran2

merepek bukan2

so mak dia nak ambik kira okaylah tu

alhamdulillah

takde rezeki saya nak menambah anak dengan cara macam tu




Wassalam

2 comments:

Irfa said...

kak Wa..
saya pulak yang melalak depan pc..tapi melalak xde bunyi la..malu kat org

(cuba bayangkan keadaan saya tahun depan bila si kakak skolah kat Kelantan)huhu

Hanisumayyah said...

Irfa,

memang kesedihan ni memilukan tapi akak dah fikir masak-masak dan ini yg terbaik. bagaimanapun akak akan bincang dgn hani semula cuti raya haji ni. Apapun akak akan pilih ikut apa dia suka asalkan bendanya baik...