Friday, December 29, 2006

Dalil2 mengapa saya mahu menjadi iteri ke 2

Assalamualaikum w.b.t


Bismillahhirrahmanirrahim

sambungan...


Lama sangat tajuk ni tergantung. Saya paksa jugak tulis ni pasal takut nanti lupa apa pulak yang dah ada dalam kepala ni. Tajuk ni macam sedap disebut dan didengar,kan? Apapun bukan itu matlamat saya, yang saya tau saya perlu teruskan perkahwinan ini sebab selepas saya fikir masak2 apalah sangat yang saya nak kejarkan dunia ni, hidup sementara , mati itu pasti. Ginilah saya citer dulu latarbelakang kes saya ni buat intro;


terlebih dahulu saya memohon untuk menjelaskan di sini bahawa bukanlah saya yang 'gatal2' atau tergedi2 sangat nak jadi isteri kedua (dah jodoh agaknya & ada hikmahnya) kalaulah dapat orang bujang agaknya macamanalah ye? mesti saya tak tolakkan!- pada masa saya kahwin tu saya sorang gadis umur 26 tahun ada kerjaya tetap dengan kerajaan dan gaji pun dah lebih RM2K masa tu (banyak tu, pasal tak ada hutang langsung & naik motor Honda C70, duduk pulak menumpang kat Taska ABIM, takde sewa, tanggungan hanya RM500 bagi kat mak kg)) pas tu pulak pak Hj umur dia lebih kurang 45 tahun (jarak lebih 18 tahun) yang pada masa tu dia lah seorang pak Haji yang berketayap dan hanya ada van spectron jer (pasal dia bawa van ni je)lain2 harta saya tak ambik tau pun, dah kawin baru tau dia adalah beberapa harta, 2 bijik rumah, dua motor kuasa besar..apa tu NSR dengan eliminator, ada tanah, dan ntha apa2 lagilah. Pada masa tu rupa paras dan fizikal saya sendiri pun tak tau. Bila dah buat keputusan betul2 nak kahwin dengan dia baru kami jumpa tu pun kejap jer kat masjid UPM, lepas solat asar. Saya biasalah cerita ket dia saya ni biasa2 jer, hitam manis, gempal, tak lawa, segala macamlah supaya takdelah dia terperanjat tengok saya...dia pulak kata dia okay...good looking, cerah dan bla bla... tapi bila jumpa tu punyalah sya terperanjat, bukannya apa, apa gambaran yang dia dah bina dalam otak saya tentang diri dia bertentangan sama sekali.



Yang dia pulak terperanjat jugak tengok sya sebab saya bagi gambaran tak sama dengan diri saya sampai dia tanya saya, "Saya rasa awak ni takdelah terdesak sangat nak kahwin, macam ni saya tak percaya takde orang nak?" Masa tu saya jumpa saya baru balik dari offce di Putrajaya, pakai baju batik sutera harga jer lebih RM 200 dengan kasut formal lagi , agaknya dimata dia saya macam gadis2 lainlah ada peluang kenal2 dengan lelaki pas tu kalau suka boleh bercinta dan terus kahwin.



Tapi saya taklah macam tu, mana saya ada gatal2 bercakap dengan lelaki khasnya yang sebaya, urusan rasmi jer bercakap tapi kalau senior tu saya banyak juga bergaul atas urusan rasmi dan kerja. Saya pulak jenis tak bergaya, sempoi jer, masa2 tertentu kalau kena bergaya barulah saya bergaya contohnya bila mesyuaratke, seminar ke, waktu lain tu (tahun 2001) saya mana ada bergaya sangat baju2 pun biasa2 je banyak baju masa belajar kat U je sebab masa wartawan pakai seluar je banyak, mana ada pakai baju kurung pasal masa tu saya naik motor jugak! Ramai yang sangka saya kerani baru masa tu walhal pegawai tuuu, tapi saya tak ambik tau, dan ramai pulak terkejut kalau bertembung kat parking tengok laaahhh pegawai baru ni pakai motor cabuk C70 jer, nak start pun kena banyak kali tau!



Bayangkan seorang agdis ayu berbaju kurung dengan berkasut tumit sedang start moto buruk C70 yang dibeli tunai RM 700 dari ex pelajar UPM yang nak balik Sarawak.... buruk kan, tapi saya redah jer...masa tu speed paling2 laju pun cuma 80km/j. kalau musin hujan lagi haru tak pernah saya berhenti dalam hujan tu saya redah perlahan2 bawak motor sebab mana tau ntah2 kat depan tak hujan kan? Motor ni saya beli lepas moto Suzuki 110 abang ipar dia ambil semua selepas hampir setahun saya pinjam. Masa motor ni, saya boleh berulang dari Melaka-KL naik motor ni jer...sampai2 bergetar satu badan... seksa oooh! Malalut pulak...



Saya kahwin ni bukanlah saya nak meremuk redamkan hati madu saya tetapi saya yang dilamar penuh hemah oleh suami atas dasar menghalalkan hubungan kami dan juga membersihkan nama madu saya yang pada masa itu dikatakan sebagai perampas suami orang kerana pada masa itu mereka baru jer kahwin 2 tahun (mereka kahwin pada Okt 1998) yang juga dia kahwin sebagai isteri kedua suami, yang pada masa itu suami telah berkahwin selama 19 tahun dengan isteri pertamanya, Kak N dan anak pun dah besar2. Malahan dia juga sempat bermadu selama hampir 2 tahun dengan Kak N sebelum mereka bercerai pada Mac 2000 tak salah saya.



Saya pulak hadir dalam hidup suami setelah hampir setahun penceraian suami dengan isteri pertama itu iaitu pada tahun 2001 (dengar cerita Kak N tak sanggup bermadu) dan 2 tahun perkahwinan dengan isteri keduanya (madu saya), kalau tengok kat sini setahun lebih jer madu saya tidak bermadu....dan tanpa melengahkan masa kerana saya fikir pada masa itu, syarat2nya cukup, ibubapa pun restu, mertua dan ipar duai bagus2 belaka dan saya telahpun beristikharah maka saya pun bersetuju menerima dia dalam hidup saya. Saya juga dimaklumkan bahwa madu saya sudah bersedia secara mental dan fizikal untuk bermadu kerana dia juga menjadi isteri kedua sebelum ini. Teori (hipotesis jer kot) suami saya, "Sekiranya seseorang wanita sedia bermadu mengapa pula tak sedia dimadukan?"



Pada masa keputusan berkahwin dengannya dibuat saya dan dia tidak pernah bertemu muka hanya berhubung melalui e-mail dan kenal suara sahaja... memang saya ambil risiko paling besar dalam hidup dan saya kahwininya kerana saya rasa dia mampu bimbing saya dunia akhirat. Pada masa ini saya tidak mahu ambil tahu sejarah2 perkahwinan suami terdahulu kerana dia pun tak pernah buka cerita. Kalau tak mungkin saya siasat ke akar umbi. Hanya selepas kahwin cerita2 ini terbongkar daripada ipar duai belah suami dan dari Kak N sendiri yang cari dan call saya hari2 cerita pasal pengalaman dia bermadu dengan Kak A.



Malahan hubungan saya dengan Kak N alhamdulillah masih baik sehingga hari ini dan Kak N sendiri pernah kata dengan saya, "wa, kalau kau jadi madu akak agaknya takdelah akak jadi bercerai macam ni". Saya turut bersimpati dengan Kak N tapi selepas saya cuba2 memujuk suami rujuk semula dengan kak N suami pula kata, "daripada bukak buku lama baik bukak buku baru". Apo nak dikato! Kak N pun baru2 ni telah berkahwin lain dan juga menjadi isteri kedua (kali ni suami gelakkan janda dia pulak)dan saya sendiri dah lihat Kak N dengan suami barunya yang datang ke rumah saya menghantar Iza nak tiri saya untuk tumpang tidur kat rumah saya. Itu cerita Kak N...



Kalau diikutkan sejarahnya memang pada mulanya mak ayah saya tak benarkan kahwin dan mereka letak RM 10 K sebagai hantaran (tak giler tu?) sebab saya ni gadis kampung jer, dapat pulak suami bukan Datuk hanya penyelia teknik jer....masa tu pulak saya bukan ada kat rumah. Bapak saya dan dua abang ipar gi terjah office suami di KP dan tanya betulkah suami serius nak buat saya isteri. Saya masa tu kat ulu Kinta tarining 6 bulan... rupa-rupanya suami setuju dan dia langsung tak call bagitau saya tentang kedatangan bapak dan dua abang ipar saya tu. Harus diingat masa tu kami sebenarnya dah kawin pun kat Yala jadi suami tak nak pecah lubang dia pun kata setuju dan dia tau kalau mak ayah tau yang saya dah nikah tentu mati saya nak mengadap mereka dan suami tau saya sendiri tak sanggup nak malukan mak ayah. Dari tarikh terjah tu, suami diberi masa 2 minggu untuk hantar rombongan meminang dan kena bawa separuh wang hantaran (gila nak cari RM5K seminggu dua!) dan selepas sebulan tarikh bertunang terus tetapkan tarikh kawin (lagi giler kan? nak kena siapkan lagi RM 5K) tu tak termasuk belanja2 lain tu!



Saya pulak hanya tau beberapa hari sebelum bertunang, mak saya call kata balik jugak weekend tu, saya pun tak ingat tarikh dia...terperanjat beruk saya ... lebih teruk dari beruklah agaknya masa tu...suami langsung tak de citer yang dia kena serang (terjah) kat office tiba2 takde ridut takde angin tiba2 kena baik bertunang??? ha hah haaaah saya cukup panik dengar pasal duit ribu2 tuu! Bincang punya bincang laki bini kami pun doalah dengan Allah bagi jalan keluar nak buat benda baik ni... yelah nak war-warkan perkahwinan yang selama ni jadi rahsia...


nantilah sambung eh...nak poie solat peh tu nak kejut & siapkan Hani dan siap2 nak poie kojolah...


Suara hati dan pemikiran siti detik 12/29/2006 05:53:00 AM 6 cetusan hati
Cerita tentang; Poligami


Wassalam

No comments: