Friday, December 29, 2006

menghimbau kenangan sempena ulangtahun kawinku

Assalamualaikum w.b.t


Friday, December 29, 2006


Bismillahhirrahmanirrahim

Sambungan …..

Entry ni saya dah taip awal dah tapi tak berapa beriya sangat nak publish takut2 ada yang memandang serong. tapi niat saya sajer nak share dan tujuan saya bernikah dan nekad ambik tindakan ni semata2 nak halalkan perkara yang menjadi sunnah iaitu berkahwin awal bagi wanita, tak elok dilewat2kan. Lagipun anggaplah bahawa setiap manusia itu ada membuat kesilapan pada masa2 tertentu dan pada masa ini silapnya saya adalah saya tak sabar menunggu persetujuan mak ayah dalam hal membenarkan saya berkahwin. Hanya selepas 6 bulan kami bernikah secara rahsia, barulah dapat diatur perkahwinan secara rasmi pula...

Saya berkahwin dengan suami saya sekarang pada masa itu semata-mata kerana saya percaya yang Allah dah pilihkan jodoh itu untuk saya walaupun saya tau dia tu suami orang dan pelbagai onak dan duir mungkin menunggu. Sebab saya dah baca Yassin tak terkira berapa banyak kalinya, dah solat hajat juga berbulan-bulan sebelum kenal dia, juga saya istikharah samaada saya perlu berkahwin dengan pakwe sedia ada pada masa itu (suami orang juga). Jadinya untuk memudahkan saya saya hanya mohon pada Allah permudahkanlah jodoh saya kalau benarlah Pak haji itu jodoh saya. Ya memang Alllah permudahkan.



Buat pengetahuan anda semua, berbulan-bulan sebelum itu saya sudah serius berdoa agar Allah hantarkan kepada saya jodoh saya (bahkan seperti saya katakan sejak di U saya doa biar dapat jodoh cepat) dan pada masa itu saya memang tidak kenal dengan pak Haji ni. Saya mula berdoa secara serius pasal jodoh ni bermula bulan September 2000 iaitu pada masa itu saya sudah jauh dari Pakwe lama saya, En R, namun kerana kemampuan kewangan dia yang mantap dia juga kerap mencari saya, bahkah semasa saya datang pertama kali ke area KL untuk menumpang di rumah kawan sehari sebelum bekerja di Jalan Duta, iaitu Hari Ahad, saya hanya menaiki motor Yamaha 110 abang ipar dengan membawa sebuah beg baju besar diikat tempat duduk belakang. Semua ni saya rahsiakan dari En R bahkan saya sendiri2 uruskan semua tu walaupun banyak kali dia pelawa saya untuk dihantar kerana dia sendiri memiliki BMW, Perdana, Waja dan sebiji kancil serta memberi saya sebuah motor untuk diguna masa bekerja. Cara perkenalan kami usahlah ditanya banyak pula nanti ceritanya. Semuanya semasa saya menjadi wartawan dulu.



Akhirnya walaupun niat asal saya terima kerja kerajaan sebab nak lari dari dia sebab dia suami orang tetapi akhirnya saya perangkap diri saya dengan memaklumkan dimana saya tinggal. Pada masa itu, sesekali dia akan datang kalau dia ada kerja di KL dan banyak kali juga bawa saya makan2. tapi pada masa itu saya terasa sangat berdosa, sangat2 berdosa sebab saya tak pernah bercinta dan juga saya juga bukan jenis bercakap/berbaik2 dengan lelaki tetapi memandangkan En R ni majikan saya saya terikat juga untuk terus berkawan dengan dia. Pada masa inilah baru saya sedar dari mimpi yang panjang dan indah rupa-rupanya saya juga telah jatuh cinta kepada En R, kalau selama ini dia beria-ia mahukan saya sedang saya berdolak dalih namun bila jauh rupanya saya juga rindukan dia. Perasaan itu yang saya benci dan cukup-cukup benci sehingga meragut kebebasan saya mengawal diri. Lantas sebagai jalan keluar saya memberinya kata dua samaada mahu mengahwini saya atau kita berpisah sahaja! Dia seorang pengecut rupanya, berani berumah ditepi pantai tetapi tidak berani menempuh ombak dan gelora. Dia minta tangguh masa kerana mahu beritahu Kak Non (isterinya) tak berani. Saya juga sangat baik hubungan dengan kak Non.



Akhirnya saya tidak mahu berjumpanya lagi kami hanya berhubung melalui telefon sahaja. Pada masa itu saya berapa kali cakap pendirian saya bahawa saya mahu melupakannya tapi dia agaknya bermuka tebal terus menghubungi saya dan saya juga tak sampai hati mahu mengabaikan panggilan dia. Pada masa inilah saya kerap bangun malam bersolat hajat kepada allah bagi menghantar sesorang untuk mendidik saya dan saya katakan juga biarlah Allah beri saya jodoh waktu itu juga. Hampir juga 4-5 bulan perkara berkenaan berlanjutan. Hubungan yang rapat dengan Allah pada masa itu menjadikan saya yakin bahwa Allah masih sayangkan saya. Dalam keadaan hidup dirantauan walaupun sebelum ini saya sendirian juga 4 tahun di penang tetapi sebagai pelajar tetapi kini saya sudah bekerja. Tentulah banyak cabarannya. Raya haji tahun 2000 memberi catatan sejarah dalam hidup saya kerana pada masa inilah Allah hantar dua orang insan kepada saya yang saya kenal secara maya sahaja, kedua-duanya begitu professional pada saya dan sering beri nasihat ke arah agama namun saya pada masa itu rasa bersyukur kerana walaupun dirantauan 2 orang rakan maya ini mengambil berat tentang saya walapun tidak pernah berjumpa.



Adalah 2-3 bulan agaknya hubungan itu berdasarkan e mail, bukannya kerap adalah sebulan tu sekali dua hingga kadang-kadang saya pun lupa tentang mereka. Tetapi seorang ni En Alang nampak lebih agresif, banyak nasihat saya sehingga saya dipaksanya mengambil lesen kereta kerana kesian dengar cerita saya menaiki motor sahaja. Dan akhirnya En Alang ini entah apa beraninya dia mengajak saya keluar makan. Mana saya mahu? Akhirnya kerana desakan dia dan rupa-rupanya taman kami tinggal bersebelahan sahaja sementelah orang rumah dia senegeri saya maka saya pun ajaklah my best friend Zah pergi sama. Kami makan di Nilai pada masa tu…takde apa yang menarik cuma barulah saya tahu bahawa En. Alang ini semacam ada menaruh hati dengan saya… tapi saya tidak ada apa-apa perasaan dengannya bahkan saya memandang negatif padanya kerana begitu berani bawa 2 anak dara keluar makan sedang dia sudah ada 7 anak. Kerjanya hebat, gaji mencecah 5 angka, lulusan luar negara, kerja pulak dengan syarikat GLC kerajaan. Sangat2 berkecenderungan berpoligami dari tutur katanya. Memandangkan saya dekat dengan rumahnya saya ada juga round naik motor lalu depan rumahnya, wah… nampak anak-anak kecilnya bermain-main. GatAL!!!



Seorang lagi ni namanya saya tak tau langsung, hanya berbasi basa melalui e mailnya yang adalah setiap kali hantar adalah dalam 2-3 baris. Nick namenya sangat2 menakutkan iaitu nama hantu (BOJONG POCONG) buat saya langsung tak minta dengan dia ni. Ada antara kata-katanya dalam email yang saya ingat, “ Cuti pergi mana, jomlah berlibur dengan saya”, ada tu, “banyak buat kuih raya, balik kampung ke?” begitulah ringkasnya e mail dia sedang en Alang ni sangat2 panjang emailnya dengan isu politik, ekonomi dan macam2lah. Dalam tempoh tu sebenarnya saya masih juga berhubung dengan En R tetapi sedikit sebanyak dengan kesibukan kerja saya semakin melupakan dia. Selepas 2@ 3 bulan agaknya kedua-duanya saya tidak berhubung melalui e mail lagi kami berhubung dengan tel sahaja sekali sekala. Tapi tidaklah selalu. Saya akan call En Alang kalau saya nak tanya hal jalan kat KL atau ada masalah penting, manakala nick name nama hantu tu, Tn Hj saya panggil, (dia gi haji masa umur 33 tahun dan 4 kali gi umrah dah, masa tu baru balik umrah) ada call saya kemudiannya itupun saya banyak bincang hal agama dengan dia. Dalam sebulan dua tu saya kenal lebih rapatlah kedua-duanya dan taulah serba sedikit latar belakang mereka. Dua2 suami orang ni, tak taulah apa kena saya pada masa tu, keluar mulut buaya masuk mulut harimau tambah pulak masa tu banyak masa sebelah malam, saja buang2 masa jer. Tapi dah tertulis agaknya. Lepas sebulan dua, entah macam mana angin takde, ribut takde, Tn hj tu kata dia tak boleh nak terus call saya sebab dia punya prinsip tak mau ada hubungan dengan sesapa bukan muhrim so kalau nak teruskan hubungan dengan dia, dia kata dia nak meminang saya! “Giler…memang giler dan betul2 giler”… terus saya kata macam tu, tapi dia cool jer, “tekpelah, lepas ni kita jangan saling berhubung ye…” tambah dia "kalau nak kena kahwin dengan saya dulu…." “Okaylah…daripada kahwin dengan orang tua jadi bini kedua pulak tu, biarlah kita berhenti setakat ni jer”. Habisss!!!! Adalah agaknya 3 minggu saya senyap dan dia juga senyap, saya pulak masa tu tak tau apa2 pasal dia, sebab saya pun malas nak ambik tau hal2 lain sebab motif saya masa tu hanya yang saya tau saya ada teman bercerita dan berkongsi masalah dan yang saya ada hanyalah nombor pejabat dia je (dia takde hp masa tu, saja taknak katanya!)



Tapi hal ni saya citer juga dengan En Alang, dia nampak tak setuju dengan Tn Hj tu… dia kata suruh saya fikir banyak2, saya pun mula tu memang nak ketepikan aje niat tn hj tu nak masuk meminang. Dalam pada tu saya cakap dengan tn hj saya kata saya tak nak nikah ngan dia sebab dia terlalu tua untuk saya, beza 18 tahun dan umur dia dengan mak saya beza 11 tahun jer...dan beza umur saya ngan anak tiri lelaki saya 6 thn jer... malunyer...., TAPI saya kata dengan dia kalau saya nak call dia kalau ada apa2 masalah @ nak mintak nasihat @ nak mintak tolong boleh tak??? Tak boleh!!! dia kata macam tu, last2 dia kata macam nilah...dia tengok saya susah sangat masa tu, saya duk Serdang, naik motor hari2 gi kerja kat jalan Duta, kadang tu balik malam, pernah gak sorang jam 11 malam tayar motor bocor kat sunagi besi tuu! Jadik dia cadang nak uruskan saya ambik satu kereta kancil, pas tu pakailah dan bolehlah berlibur ngan Kak J dan kawan2 lain tak payahlah carik dia lagiii, tentu boleh lupa dia. Ha'ah betul jugak kan, selama ni tak terfikir nak ambik kete sebab cadang nak ambik new brand lepas abis kursus asas!



Tapi duit pulak ada seribu lebih jer, dah tu dia kata pakai duit dia dulu dan nanti saya gantilah kalau tak mampu sanagt halal jelah, asalkan lepas ni jangan carik dia lagi, dia anggap sedekah jer, so pakailah duit dia dalam 2 ribu lebih agaknya...dapatlah saya kancil merah 2nd hand tapi saya tak berani bawak sebab baru jer dapat lesen (tu pun dipaksa ambik oleh En Alang)so kete saya tu Kak J yang tolong bawak, pagi hantar saya, petang ambik sya dari off. Lupalah kejap kat tn hj niii...



Tapi makin fikir pasaal offer dia nak ajak nikah makin buntu pulak sebab sebelum ni saya beria2 suruh En R masuk minang w.pun saya banyak tak puas hati pasal sikap dia (tak jaga solat, pergaulan agak bebas) tapi bila fikir dua2 suami orang, saya kena pilih mana yang lebih baik. Nak tunggu orang bujang nampak macam takde harapan lagipun selama ni tak pernah orang offer nak masuk meminang secara terus terang macam tu w.pun tak pernah kenal dan jumpa. Kerja saya sebenarnya menyebabkan kami dijauhi dan payah juga nak jumpa orang bujang ni…sama2 jabatan sah2 takde dan diorang pun taknak! Pada masa ni tn hj kata hal bini dia takde masalah, saya pun malas nak fikir masa tu, Cuma saya terfikir teringin nak jumpa dia. Fikir punya fikir dan solat, ngaji, puasa, solat, ngaji, puasa last2 saya terus call tn hj kata saya akan cuba bagitau mak saya hal ni…



Dia kata okaylah… last2 saya call mak saya dia punyalah terkejut beruk… mahu pengsan agaknya bila dengar ada suami orang nak masuk minang. Pas tu tiap2 hari call saya tanya macam2, pas tu suruh balik kampung. Saya pun selamba jelah balik kampung. Teruk juga saya kena leter dan nangis2 mak sya nasihat saya. Saya bantai senyap jer…malas nak lawan tapi last2 tak setuju gak saya kata adlah lebih kurang gini, “mak ada jaminan ke kalau kahwin dengan orang bujang iti (nama saya kat kg) akan kekal bahagia sampai mati dan kalau kawin dengan suami orang sah2 porak peranda rumahtangga?, kalau mak boleh jamin takpe, tapi mak tengok kat kg ni jer berapa ramai cerai berai kawin bukan main gah bersanding berkompang tapi last2 anak satu dua cerai gak!” Mak saya pun tahu beberapa kes suami orang yang nakkan saya dari masa belajar lagik!



Masa mula dia offer nak masuk minang ni saya sendiri pun sebenarnya tak pernah jumpa tn hj ni… kemudian tu baru dia email satu gambar dia dan satu gambar madu saya…tu jelah pedoman saya. Masa ni pun makan masa 2-3 minggu jugak. Dalam tempoh tulah dia kata nak jumpa saya kat masjid UPM, dan saya masa tu terus set dalam mind bahawa saya akan jumpa bakal suami. Kami jumpa kejap je…dua2 terkejut dan sebab tulah lepas tu masing2 decide tak sesuai. Saya anggap dia terlalu tua untuk saya dan dia pulak kata saya masih ada peluang cari orang bujang usia pun bukannya tua sangat baru 25 tahun jer (tapi saya anggap dah tua dan lewat sangat kawen tuu). Kami berpisah dan balik tu dan2 saya citer kat Kak J dan Zah semua cancel-tak jadik kawin, tak sesuai…dah tua, saya pun nak termuntah tengok dia... tu yang saya kata kat diorang!




Tapi agaknya jodoh tu kuat, saya kena attend satu course kat Genting highland dan saya tertinggal bas office, saya kena pulak pergi sendiri…saya dahlah takde transport, ada motor cabuk jer, maka saya dengan kawan saya mintalah dia tolong hantarkan lepas minta En Alang tolong tapi dia pulak ada hal, dia pun tolonglah hantarkan. Itu aje… balik pulak tu, En R beria2 nak ambik saya dan saya pun baliklah dengan perdana En R jemput saya. Kalau ingat2kan masa tu ‘laghanya’… Pada masa inilah saya telah beri kata dua kepada En R agar dia fikir dalam masa sebulan samaada nak pinang saya atau tidak dan saya minta dia berubah serta merta kalau ada hati nak kawin dengan saya. Menangis dia tanya kenapa saya buat dia macam tu, saya selamba jer kata saya dah kenal satu suami orang dan dia nak pinang saya dan dia lebih baik dari En R. – jaga solat, baik dengan ibu, tidak merokok, berhemah, dll. En R bagi saya pilihan jugak, katanya dalam menangis tu (buruk betul masa dia nangis tu..terbayang2 saya) kalau saya tidak bahagia dengan pilihan saya tu, datanglah kepada dia…(mana mungkin!!!!)



En alang pulak tanya saya, kenapa saya pilih dia? Dia kata macamana orangnya, solat dia jaga tak? Saya kata tak azan lagi Tn Hj tu dah pergi cari masjid… En Alang pun terdiam ajer dan nampak dia kecewa. Saya bukan apa, En Alang ni banyak citer hal buruk isteri dia sehingga katanya mengharuskan dia untuk berkahwin lagi. Sedang Tn hj hanya kata rumahtangganya dah sempurna takde apa yang kurang, isteri okay, anak2 okay, keperluan cukup dan berlebih2 dan inilah masanya yang sesuai untuk menambah isteri…boleh caya ker?



Berbalik citer mak saya, saya bila balik ke KL saya main strategi psikologi dengan senyap dan mematikan diri, bukan saya nak buat dajal tapi malas nak pening kepala. Lagipun masa ni Th hj jauh dari saya dia di KP, saya di Serdang, kerja di KL. Jadik saya berdiam2 diri jelah. Sampailah mak saya call saya dan saya kata saya bagi masa dua bulan tuk fikirkan samaada boleh masuk mingan atau tak? Tapi rupanya mak saya risaukan saya jugak dia takut saya buat apa2 dengan laki orang tuuu… dia pun ambik strategi senyap jer… Dalam pada tu, saya ni dah decide nak kawin mulalah rajin gak call2 th hj tu, tapi takdelah jumpa… adalah sekali tu saya balik dari Melaka takde tiket ke KL, ada sampai ke Seremban jer, saya pulak pening kepala yang amat sangat sampai termuntah2 so saya minta dia hantar sampai ke rumah sewa saya dari Seremban, masa tulah dia ada serius tanya saya betulke saya nak kawin dengan dia.




Saya tak jawab teruslah saya kata saya serahkan pada Allah jer kalau betul jodoh kita Allah permudahkanlah…lepas tu tak ingatlah bila memandangkan mak saya tak bagi2 jawapan dan saya pulak makin suka nak call Tn Hj, dia pulak jadi geram dengan saya, sebab dia kalau boleh taknak calling2 ni, jumpa apatah lagik… saya jer yang selalu nak kintak tolong dan nak call…so dia kata dia ada jalan keluar…dia ajak saya nikah. OOOiii…giler ke aper???? Mana boleh wooooo…. Saya government servant, mana ada passport, lagi tu macamana kalau orang tau, tak giler tu, nyah sah nikah entah tidak? Macam-macam saya introgate dia… tapi tulah dia tu cool jer… tak melenting langsung. Katanya tak nak nikah takper, dia cadang jer, tapi lepas ni tak bolehlah call2 atau jumpa atau mintak tolong ker aper ker…tunggu mak saya bagi persetujuan. Sebenarnya dalam hati saya masa tu saya hanya nak dia jadi gentleman kalau betul nak kawin dengan saya beritahulah isteri dia.




Kata tn Hj pulak, perempuan takkan ada yang sedia nak bermadu, kita kena buat dulu dan kemudian barulah beritahu...biar bini dia sediakan diri lepas tuu.... zalim gak teori dia ni...! Nak perang ker nak gaduh ker biar kita dah kawin...lagipun katanya takde apa yang nak diperjuangkan lagi oleh bini dia, takde apa yang tak cukup dalam rumahtangga, keperluan, kasih sayang, masa, apa saja nak semua dah tersedia. Saya dengan th hj jugak buat perjanjian lisan masa tu yang mana saya nak dia jadik weekend husband jer. Time kerja saya jangan kacau! Nanti saya citer pulak kenapa sebab2 yang mencetuskan keinginan suami berkahwin lagi...termasuklah suami saya niii...(jangan tak tau mungkin ada simptom dalam diri suami yang anda tak perasan tup2 nanti tau suami dah kawin lain-entry lainlah yer...)



Saya ambik masa jugak fikir benda ni, saya citer kat Kak J dan zah sekali lagi pasal planning nak nikah tu… diorang tak setuju jugak mulanya dan kata banyak risiko. Tapi Tn Hj kata dia dah biasa bawa orang nikah dah dan dia jugak ada ramai kawan kat sana (anak tiri saya 2 orang belajar kat GOLOK hafal Quran 5 tahun kat sana). Keluar masuk Bangkok dan Yala dan Narathiwat perkara biasa bagi Tn hj… saya mula tu takut2 jugak tapi dia confident jer. Saya ntah macamana akhirnya setuju gak! Lagipun masa tu saya terpaksa hadir ke kursus 6 bulan di Ulu Kinta, Ipoh Ogos tahun tu so kalau kawin pun jap je sama pas tu pisah balik dan niat saya biarlah dalam saya kursus 6 bulan tu dia dapat tarbiyah/sediakan bini dia untuk bermadu . Sementara tunggu mak saya bagi izin kami halalkanlah apa yang patut, daripada tanggung dosa bercakap2, berjumpa dan ada perasaan pada bukan muhrim (tapi masa ni saya pasti saya tak cinta pun kat dia-Cuma saya perlukan seseorang untuk mengadu masalah) dan saya tak kisah takat call2 macam dia jadi kaunselor masalah sayalah tapi dia tak nak pulak sebab katanya tu bukan pronsip dia! dalam ati saya takkan bila kenal perempuan jer nak cakap2 pun kena nikah dulu???




Tapi dia kata dia memang macam tu, bukan selalu dia ada bercakap2 ngan perempuan, ntah macammana yang saya ni boleh lekat pulak, yang sebelum ni ada jugak kenal satu dua perempuan tapi bila ajak nikah tak mau dia terus jer putus (agaknya dari dulu memang nak kawin banyak dia ni!!!!)yang saya pulak macam mau tapi tak mau... susah dia nak handle saya ni. Pokok pangkalnya saya nikah tu pasal nak jauhkan diri terus dari En R. sampai saat saya di golok En R masih menghubungi saya…, benarnya En R ni seorang yang tinggi, tegap, good looking dan dia ni nampak macam Mr Right Man TAPI saya tak suka sangat sangat sangat sebab dia ni gatal!!!. suka sangat nak menggoda dan pandai pulak pujuk rayu, kalau saya ni lemah iman mau masuk perangkap dia...dah tu saya pulak makin lama rasa makin suka kat dia sebab dia ni gayanya memenuhi citarasa wanita (oh ya umurnya masa tu baru 31 thn, kan saya pulak baru 24/25 thn masa tu)...tapi dia tak berani nak nikah ngan saya, tu yang cepat2 saya nak lari dari dia!



So pada Jun 2001 tu kami pun bergeraklah ke utara dari rumah taski Abim yang saya sewa (tumpang) tu disaksikan oleh Kak J dan Zah dan pada masa tu saya demam yang amat sangat kerana takut dan gementar dan tak tau apa saya dah buat, saya terlalu banyak fikir agaknya… saya senyap jer sepanjang perjalanan dan saya tak tidur langsung masa perjalanan tu, takut jugak kan sebab masa tu bukannya suami saya lagi… memang gamble waktu tu…kami diam jer, tapi saya tetap cakap kat dia saya kata saya tak buat keputusan lagik, kalau katakan saya berubah hati on the spot kita balik jelah.. dia kata okay… dia serah kepada saya buat keputusan kalau tak jadik kawin bila2 masa kita boleh balik pada kehidupan normal dan habis di sini sahaja.



Saya pun setuju jugak… saya jugak berkali2 tanya dia "betulke tindakan kita ni?, "Saya harap saya tak gadaikan masa depan saya ditangan tn hj dengan keputusan saya ni", tapi macam biasa dia kata, "semua serah pada Allah kita doa, kita nak buat benda baik bukan nak buat benda jahat", kalau lepas ni mak ayah saya izinkan alahmdulillah... katanya lagi, buat masa ni kita nikah dulu, lepas ni kita rancang apa yang perlu dibuat...". lagipun kan saya pas nikah tu kena gi kursus 6 bulan di Ipoh, jadik macam takde apa2lah antara kami, kan?



Harus diingat dia memang berpengalaman hal2 ni, bagi dia kacang jer...(kalau ada sapa2 nak nikah sempadan pun bila2 masa dia boleh tolong uruskan...hahahaaa) perjalanan kami mula dari jam 8 malam rasanya lepas maghrib dan sampai sana dalam waktu subuh sebab seingat saya tn hj sembahyang subuh kat golok sempadan tulah dan kemudian urus pasal geran kereta nak bawa masuk dalam (oh ya, tn hj sponsored saya punya passport antarabangsa, dia memang dah ada passport) dan terus kami masuk kampung mana ntah dan gi rumah kawan lama dia, masa ni menang confidentlah pasal memang nampak kenal baik pun… adalah 2-3 orang kawan dia semua masa tu janggut panjang2 dan pakai jubah… nak jadik saksi lah tu mereka cakap melayu kelantan. Pas tu dia cerita2 dan tn Hj bawa saya cek in kan saya satu bilik dan saya siap2kan diri kat situ dia tunggu dan kami terus gi pejabat Agama narathiwat… dengan 3 orang kawan dia tulah… samapi kat sana adalah dalam 10/11 pagi kot.




Sampai sana terus kawan dia bawak kami kat dalam pejabat Kadhi daerah tu, selepas melalui proses mengisi borang dan diinterview dan berbasi basa dengan kawan tn hj tu, kami pun ditanyalah kenapa memilih kahwin di sini? Jawapnya senang ajer pasal nak berpoligami, kat Mesia kan kena mintak izin! So yang tu clear hal mas kahwin dia kata biasanya RM 200 so suami tak banyak citer terus serah ke dia dan proses akad nikah pun berjalanlah. Sekali lafaz jer sahlah saya menjadi milik Tn Hj. … sedih tak??? Tak lah sedih sangat pasal saya ni bukan jiwang2 punya orang, sedih sikit jer pasal saya sediah saya ketepikan mak ayah dalam hal ni ( dah cakap awal dorang lambat bagi izin), pas tu tak pakai baju lawa2, kawan2 pun tak de, barang2 hantaran pun takde…tapi jauh disudut hati rasa “beraninya aku ni….” Dan yang paling best sekali pastu suami pergilah masuk masjid sembahyang sunat nikah dan sujud syukur, lama gak saya tunggu kat luar tu…(saya cuti) dan lepas tu selesai proses dalam 2 jam tu kami pun pulanglah hantar kawan2 tn hj tu.




Yang kelakarnya kawan tn Hj tu biar kami dua2 duduk belakang, diaorang bawak kereta eeeeiiii malunya lah pasal tn hj terus ambil tangan saya dan genggam tangan saya dengan penuh perasaan sayang (agaknyalah kot...)…berdebarnya hanya allah sahaja yang tau… dan lagi kami bercakap2 jugak tapi macam lain macam jer rasanya… saya kan panggil dia tn hj selama ni (memang saya ni formal jer kalau bercakap takde jiwang2), dah terlekat dah panggilan tuuu, dia kata takkan dah kawin nak panggil tn hj lagi??? Abih tu panggil apa???? Panggil abanglah… dia kata. Saya kata seumur hidup saya saya tak pernah panggil orang lelaki dengan panggilan abang w.pun adik beradk sendiri saya mintak bagilah saya masa sesuaikan diri. Sukarnya saya rasa nak luahkan kata-kata abang tu. Last2 tujuh (7) kali cubaan baru saya confident panggil dia abang. Kelakar sangat bila ingat masa dalam kereta tu? Yang lain2 tu saya tak berapa ingat lagipun kawan dia ada kat dalam kereta tu, takkan nak buat apa2 pulakkan, dan lagi saya tak tidurkan malam tu memang ngantuk dan letih giler…tambah badan masih demam.




Nanti sambunglah…kejadian2 lepas nikah termasuklah serangan madu saya lepas dia tau dan bagaimana mak ayah saya pulak terlibat?


P/s : Petang ni dan petang semalam dua hari hani mengamuk tak tentu pasal tak nak balik nak duduk rumah Mak Ros, apa lagi Ammie naik hantu mengamuk jugak... dah tu dua2 mengamuk sampai rumah pas tu Hani nangis makin kuat Ammie pun nangis jugak pasal semalam dah janji dengan Hani hari ni tak mau ngamuk2 lagik sebab semalam kami dua2 dah mintak maaf sesama sendiri (kelakar kan?) Lepas tu dah dekat 1 jam mengamuk duduk dalam kembara tak mo keluar ammie siap solat, siap tukar baju siap buatkan susu dia dok nenagis lagi dalam kereta, ammie masuk dalam stor jerit2 mintak tolong kata ada tikus gigit ammie, barulah dia berlari turun keter masuk stor carik ammie. masa ni ammie dah nyorok dalam bilik air, punyalah panik muka dia, sian pulak tengok... kah kah...kah. Tipah tertpu... tapi memang dalam stor ada cik ti, pas tu dua2 terus peluk2, bawak bilik air mandikan dia bagi susu. Pas tu ammie terus call ayah citer, ayah gelak besar! Dan ayah cakap;



Ayah : "Sabarlah... abang tengah usaha bawak satu pompuan Indon datang sini jadik orang gaji... kos tak besar dalam RM 2 ribu jer..."
Ammie : "yer ker bang... baguslah... wa malas nak hantar rumah Mak Ros lagilah... hari2 susah nak balik..seksa jiwa tunggu dia kena pujuk lama2 tapi tak nak balik jugak, wa rasa macam orang bodoh kat rumah mak ros tunggu dia tapi dia buat tak tau jer, nanti dua2 beranak sakit jiwa bang!... (gelak2)...
Ayah : "..... (gelak besar lagik)...."



Lepas tu jengah Hani kat bilik dah abis hisap botol terus datang kat ammie, cakap;
hani : "Ammie, kita mintak maaf...jom...!" ceria jer dia tadi macam anak hantu lepas hutan menjerit dengan rambut mengerbang sampai jiran pun pekak telinga agaknya! GERAM BETUL!!!!
Ammie : Okay... ammie pun mintak maaf jugak... jangan buat lagi yer...nanti ammie nangis tau... (buat muka sedey dan Hani ambik towel kecik lap2 mata ammie)(semalam pun dialog ni jugak tapi hari ni ngamuk lagi)



* Sekali lagi saya mohon bacalah entry ni dengan lapang dada dan janganlah menaruh sangkaan buruk, yer... kami pun insan biasa...yang alpa dan tidak lari dari dosa dan noda..kalau tak dihindari!


Esok, lusa , tulat dan langkat saya berada di luar kawasan, 30 Disember ulangtahun kawin rasmi kami so ada plan nak merehat2kan fikiran di pantai2 dan saya pulak nak azam khidmat suami 24 jam tanpa keluh kesah dan nak layan Hani betul2 biar dia sayang saya lebih dari sayang Mak Ros!!!... doakanlah ye kawan2.. insyaallah!



Suara hati dan pemikiran siti detik 12/29/2006 08:25:00 PM 6 cetusan hati
Cerita tentang; Poligami

Wassalam

No comments: