Wednesday, December 27, 2006

Dua masalah saya

Assalamualaikum w.b.t

Wednesday, December 27, 2006
Dua "masalah negara" saya
Bismillahhirrahmanirrahim

Masalah Pertama
Dua minggu lepas saya ada terima Komputer baru di pejabat, masuk je pejabat isnin minggu lepas balik dari kursus di KL awal bulan ni 11-14 Dis saya tengok kat dalam bilik saya dah dipasang satu set komputer baru jenis Acer, yang dulu Compaq, yang guna LCD saiz 20" ke? Bukan main besarlah lagi monitor LCD dia, tak sempat nak bye bye dengan komputer lama, pegawai IT dari HQ dah transfer ke bilik pegawai lain. Ceehh, mujur jugak semua fail saya dah simpan dalam pendrive. Masuk ni sejak kerja kat sini tahun 2002 dah 3 kali dapat komputer baru, tak minta pun dah pengarah bagi ambik jelah, sian jugak kat orang rank bawah asyik terima yang 2nd hand je. Maklumlah semua benda baru priority dapat kat rank atas lah dulu...adat dunia (lainlah hal2 r.tangga semua dapat 2nd hand termasuklah suami...eh eh, suami 3rd handlah!)

Ingatkan komputer baru mestilah semuanya ok, laju dan senanglahkan? Macam dapat suami barulah...muda dan bergetah , rupa2nya minggu pertama dia dah buat hal, mouse jenis optic dia asyik 'hang' jer, malas betul nak layan, guna 5-10 minit hang, offkan dia punya 'power cube", tunggu 15 minit 'on' balik, ok, tu jelah kerja saya seminggu lepas. Minggu ni pulak semalam saya 'on'kan komputer masa datang pagi, okay je tapi abis mesyuarat jam 10.00 pagi balik2 bilik tengok laahh ada pulak macam line2 kat monitor dia, saya usik2lah tetikus dia...sat je jadik gelap gelitalah pulak!!! Pas tu saya cuba on and off balik, macam tu jugak, pas tu saya cuba plak ketatkan semua kabel dan bacalah doa sikit dan on semula, nampak ok pas tu monitor tulis "No signal". Cissss...start balik on and off dan ketatkan balik semua kabel still tulih "no signal". Sepagi2 tu itujelah kerjanya membelek komputer usik sana usik sini, last2 semalam guna komputer kat bilik aduan jer, walhal kat bilik aduan tu pun komputer baru gak, tapi okay jer...sakit jiwa betul, masalah negara! saya call pegawai IT di HQ Putrajaya, alahaai cuti pulak si Md Shah ni... dah tu suh saya panggil orang Acer datang betulkan...supplier lah tu... takpelah, tunggu dia datang jelah...esok lusa.

Pagi ni pulak dengan Bismillah saya pun onkanlah macam biasa komputer baru 2 minggu ni, eeh...eeh baiklah pulak, macam takde apa masalah pun...awatnya semalam macam nak mampuih jer, ghupa2nya idup lagi! mMujur saya tak paksa budak HQ tu datang jugak, tak rugi masa dia jer. Nilah waktu ehat ni dapatlah membuat entry ni ringkas ni.

Masalah kedua
Ingatkan masalah pertama pasal komputer tu abis kat situ jer... semalam kak Hawa datang adalah citer banyak pasal masalah rumahtangga dan citer sikit pasal urusan membuat Pinjaman perumahan kerajaan, so saya onkan komputer buka laman web perbendaharaan bahagian Pinjaman perumahan nak tunjuk kat dia prosedur permohonan dan borang2 yang diperlukan. Semua okay jer masa tu, sampailah kak Hawa balik jam 12.00 malam saya pun kununnya mata masih boleh diangkat naklah taip entry pasal tajuk2 sensasi tu, tup2 tengok2 mouse kat rumah pulak menjangkit penyakit 'hang' dengan komputer kat office!!! la awatnya ingatkan manusia jer menjangkit "tikus keras" ni pun menjangkit gak!!! masalah negara betul... last2 buat macam kat pejabat jugaklah... offkan macam tu jer..balik ni tak taulah apa citernya mouse dia. tapi saya dahpun ambik tikus2 lama yang tak guna kat pejabat ni buat standby kat rumah kot2le..boleh guna lagi. Teringat hari tu ada dapat free optical maouse masa beli laptop, tapi kat husband nak mintak dia bawak malam ni kalau dia datang... kalau okay dapatlah saya masukkan entry baru tu , tak sabar nak kupas tajuk tu sebenarnya dah lama dok dalam kepala ni...

Hal saya
Sabtu tu kan saya kata ada projek besar my best friend nak datang, Zah untuk piknik kat PD tapi rupa2nyer mek tu sampai jam 5.00 petang. ingatkan dan jugaklah nak pegi pagi tu ambil Hani sekali kat rumah kak A. Sampai je dia yang datang dari Kelana Jaya dengan dua adiknya dari penang kata pening kepala lah pulak. "Wa, kita gi esok pagi2 jelah..." selamba jer dia keluarkan kata2 tu dia masa dia sampai. "Lah, awatnya, tak dapatlah saya ambik anak petang ni..." rungut saya pulak kecewa perubahan keputusan dia. Pas tu tanya jugak manalah tau kot2 dah ada isike, maklumlah kawin bulan 6 hari tu. "takdelah....". Katanya lagi "Larr, esok kan ada, esok pagi2lah kita pegi, kan syok mandi laut pagi2 oghang pun tak ramai..." tambah dia pulak meyakinkan saya. "Aah lah... esok jelah kan, tak panas sangat" saya terus setuju. Abih citer!!! Malam tu kami berempat keluar makan, menu yang simple tapi cukup untuk buat perut menegang selepas penuh diisi...

Esok pagi seperti dijanjikan, saya yang tidur sekatil dengan Zah terbangun lambat sebab asyik dok sembang sampai ke jam 4 pagi, maklumlah esoknya (isnin) zah dah nak ke Labuan entah bila pulak jumpa lagik... bangun2 tu terus je kami mandi2 dan siap2. tup2 adik zah yang kerja di kelana Jaya call ajak kakak dan 2 adik dia yanga da kat rumah saya tu gi Sunway Lagoon. Mula tu nampaknya zah menolak gak kata dah janji nak pi PD tapi last2 saya tengok dia macam setujulah pulak nak ke Sunway Lagoon tu. Geramnya zah ni sib baik dah tau dia ni memang jenis kurang sensitiviti. Dah 12 tahun dari 1994 kenal dia kat U dah tau sangat perangai dia...tidur sekatil, makan setalam, apa dia punya saya punya jugak masa tu, semua share tak kuasa nak ambik ati ngan dia.

Pagi tu saya rasa nak jerit jer kat Zah, ..."buat apa hangpa mai sini takat nak tumpang tidur ngan mandi jer???" petang sampai pagi2 buta nak balik dah!!! Tapi tak sampai atilah pulak nak cakap dengan Zah...saya biarkan jer dia bersiap angkat2 beg masuk kete, saya pun siaplah jugak gi jugak PD untuk ambil hani. Sambil bye2 zah dan adik2nya rasa sedih lah pulak melihat kenari Zah meluncur pergi, rasa ditinggalkan sekali lagi...Pas tu saya pun ke terus ke PD dan adalah bertolak dalam jam 9.00 pagi.

Di PD
sampai di PD, saya tengok kereta Kak A Satria jer ada, kereta Serena suami takde, saya pun call suami dan dia kata dia ke pasar, tunggu dalam 10 minit dia sampai dan hani pun ada ikut sama. saya pun ambil barang2 hani dari anak kak A Uda, 7 tahun dan pada masa tu suami ada duduk di kerusi yang ada stand by untuk dia duduk masa buka sandal dia. saya pun dekat dengan dia dan macam biasa saya salam dia dan cium pipi kiri kanan. Dia selamba jer masa tu, air mukanya tenang dan tak ada riak benci, masam@marah. Saya pun terus cakap yang saya cadang nak balik kampung tengok mak tak sihat, dia pun tanyalah basi basa sikit. pas tu saya pun blahlah... sambil nak blah tu sempat gak saya cakap macam ni (sebelum terlambat sebab nilah pun baru kali kedua saya jumpa dia sejak sebulan dan masa dia okay nilah sesuai nak cakap);

"Abang, tak nak balik rumah lagi ker??? Walaupun malu nak tanya ni tapi buat tebal muka jelah...
"tengoklah... road tax serena ni dah mati, tak boleh bawak jalan jauh" jawab dia macam mau je tapi malu... hahaha...
"takpelah biar wa ambil abang jer..., boleh?" masa ni dah berani sikit dah, nak "tu" punya pasal kena kuat semangat niii!!!
"Bila nak ambik, kata nak balik kampung" dia tanya lagi macam bagi green light jer kan?
"Esok on the way balik sini wa datang ambik abang dulu lah, yer???" yes... yes... umpan dah kena, malam esok siap2lah.
"........" (senyum memanjang dan meleret jer...) hahahaha.. dia pun sudah tewas!!!

sambung lagi ni... biar dia jelas apa saya nak;

"Bang, nak cerai tu satu citer..., tapi tanggungjawab yang satu tu kena tunaikan jugak, kan???" hahaha.....lepas geram...

"..................................... :) :)".... lagi dia senyum lebar macam nak sampai telinga saya tengok... gelakkan saya lah tu... agaknya kata dia dalam hati hah..padan muka, cari jugak laki.... tapi takpe saya tak kisah macam aiman tak kisah tuuuu...

Esok kat rumah jam 12.00 t.hari tu dah panas punggung dah kat kampung, tapi mak macam tak bagi balik dulu kalau tak makan tengahari so tunggulah solat zohor dan makan tengahari, dah tu mak sibuk pulak nak bungkuskan lauk buat bekal, lagilah lambat walhal dah janji dalam SMS akan sampia antara jam 1-2 petang. Punyalah bergegas saya tak mau dia kecik ati kalau2 saya terlambat sangat2 sampai handphone baru beli tu pun tinggal kat rumah kampung. Sudahnya jam 3.30 petang baru saya sampai dan dengan berdebarnya saya terpacak sekali lagi depan rumah Kak A dan bagi salam dan dadaaaa... suami dengan beg ubat dah siap tunggu kat tepi , dia tengah duduk kat atas sofa dan pas tu dia terus keluar dan jalan masuk kereta. dalam kereta dua2 diam je, hani jer yang baru bangun tido sibuk2 cakap2 itu ini...ibu dan ayah.... dup dap...dup dap..macam2lah pulak rasa, malu ada, nak tergelak pun ada....kakakahh...sampai rumah husband terus siap2 nak gi solat asar di surau, saya pulak siap2 mandi (tapi takdelah wangi2)natural beauty jer,.... hahahaha... start dah saya nak merapu dah ni. Anak pulak saya terus bagi masuk bilik master, buka TV suh dia tengok CD (baik punya strategi ni)...maklumlah dah berapa hari tak duduk rumah banyaklah CD dia nak tengok cover balik masa duk umah Ummie. Suami balik saya tengah solat Asar, dengan telekung keluar bukakkan dia pintu dah tu kami duduk2 kat sofa depan,hahahhaaaa tau dah buat apa kan?.... ....pastu apa lagi ....masuk bilik tamulah pulak kan?....biarlah hani masih di situ dengan CD2nya dan ibu dan ayah dengan tanggungjawabnya.....hahaha....NOKTAH!!!

Moga2 bertambahlah umat Nabi Muhamad kali ni. Itulah dalil mengapa saya kata saya perlu terus menjadi isteri kedua....salah satulah tu, saje citer2, biar syaitan menangis tak dapat robohkan masjid ini. Oh ya, tau tak bahawa di atas setiap pintu rumah kita ada syaitan duduk bertenggek kat atas muka pintu tu kerja dia supaya pengaruh setiap suami yang balik rumah tu cari salah isteri dan syaitan tu nak kasi suami isteri gaduh sampai bercerai berai...dahsyat kan??? Banyak2lah doa dan baca hadith nabi sera mengaji dalam rumah kasi halau syaitan tuuu!!! Sorrylah citer ni saja2 je nak kongsi betapa manisnya bermadu tuuuu... selalu selalulah gaduh pas tu baik balik sebab lepas baik tu manisnya hanya orang yang mengetahuinya sahaja dapat merasa...bagi yang tak mahu dilanda ombak janganlah berumah ditepi pantai... bukan ombak je tsunami pun boleh kena jugak...macam saya nilah!


Suara hati dan pemikiran siti detik 12/27/2006 01:17:00 PM 2 cetusan hati
Cerita tentang; Periuk nasi


Wassalam

No comments: