Sunday, June 19, 2011

membawa rombongan meminang

Assalamualaikum w.b.t


Saya kan ada abang

Abang no 3 kalau ikut susunan adik beradik


Bapak si yaya anak sulung


Ada 2 lelaki jer dlm adik beradik kami


Bapak si yaya dah hanyut tak balik2


Sampai kami adik beradik anggap dia tak wujud dah


Dan abang sorang lagi ni, yazid nama dia


Ada semacam sindrom jeles pd bapak si yaya ni sejak2 zaman dia abis sekolah


Macam dlm perasaan dia tu ada rasa mengapa nasir (bapa si yaya) ni boleh senang ati


Sebab dari umur 20 dia blah camtu dari rumah xbalik2


So sbg satu2nya anak lelaki dia plak terikat dgn keluarga


Macam2 hal lah berlaku pada dia ni


Kang saya cerita jadi novel pulak


Tapi abang saya yg ni pun beberapa kali pernah lari dari rumah


Tu semua akibat cara didikan abah saya yang garang agaknya


Anak2 lelaki semua xboleh terima kot


Kami anak perempuan marah macamana pun xpernah lari


Takat menyorok dalam bilik jer


Abang saya ni budak pandai


Tahun 1982 kat kampung saya ni takde anak sapa2pun yg sek asarama


Zaman tu dia pecah tradisi lah


Masa tu kalau ada asarama pun takat sek mes agama sultan muhammad


Sek tu sekolah ustaz zahazan yg popular tu


Tp masa tu rasanya yg baya2 abang saya semua masuk sek mendkat kg kami


Sek sayalah tu. SMSM (sek budak2 xberapa pandai)


Tapi abang saya ni pecah rekod


Dapat tawaran masuk MRSM


Abang saya masa tu diuruskan oleh mak saya sorang jer



Sebab abah saya kerja di arab saudi


Pelikkan abah kerja jauh sangat


Agaknya konsep dia sama macam org bangladesh kerja kat msia kot


Ok saya nak citer abang saya ni umur 42 tahun dah


Tualah kan?


Kalau tengok kat pej saya umur 42 tahun pangkat dah tinggi dah


Tapi yazid ni xtaulah kenapa


Jiwa memberontak selalu dengan pelbagai peristiwa dalam keluarga


Menyebabkan dia sambung belajar xabis


Pastu kerja tak menentu


abang saya baru mulakan kerjaya


Setelah mencuba pelbagai kerjaya akhirnya barulah tetap kerjayanya


Sekarang dia buka cyber cafe sambil betul2kan komputer


Itulah nak citer ni


Dalam umur 42 tahun barulah nak kawin


Hari ni kami nak menghantar rombongan meminang


Ringkas jer kami bergerak 2 kereta


Kereta saya dengan kereta along


Along yg duduk dengan saya tulah


Dah beli kereta lama dah


Tapi saya tak tengok lagi


Dia pun xberanilah nak tunjuk kat saya


Yg geramnya hari ni makwe dia ikut sama


Eiiii pelik betul anak gadis hari ni


Boleh ikut lelaki yg dia xde ikatan apa2


Iskkk geram dengar mak saya cerita


Semalam aishah tu datang sini


Along bawak


E
Ni kang dia ikut sama dan along akan terus hantar dia blk kedah



Ingat perak dgn kedah dekat ker?


Eh merepek lak


Ni nak citer kakak ipar bakal ni


Umurnya 32 tahun dan nama dia salwa


Seorang guru berijazah katanya


Baru malam tadi dapat alamatnya di Meru Height


Tak tau sgt latarbelakang keluarga dia


Tapi xper malam kang saya updatelah apa ceritanya


So doakanlah selamat pergi dan balik


Saya akan bawak mak sya, pak alang dan pak ngah


Pak alang dan pak ngah tu dua2 abang mak saya


So saya bawak 3 beradiklah dalam kereta saya hari ni


Hani dan yaya tinggal kat kampunh jer.


Kami bawak 7 dulang jer.


Kakak saya yg cikgu tu buat semua dulang2 hantaran tu


Terer pulak dia


Simple tapi oklah utk pengantin ala2 dah berumur ni


Eh tak baik cakap gitukan


Adoiiiii tengok org tunang teringin nak kawin, aduh kesitu pulak


Apapun rahsia saya yg dah menjanda masih tersimpan rapi


Takde sapa ahli keluarga saya yg tau kecuali Hani jer


Biar pecah diperut jangan pecah dimulut



Wassalam

2 comments:

Luna said...

oh sebaya saya lah bakal kakak ipar akak tu...

psl makwe along tu mmg begitu 'tren' budak skrg.jgn kan yg baya along.anak sedara sy yg form 3 pun aritu balik kg dgn 'marka'nya.kami sekeluarga mmg x suka ...kakak sy dgn suami nya pun x berkenan (bkn x berkenan budak tu tp x berkenan dgn sikap budak2 skrg 'belum duduk dah berlunjur). tp nak buat mcm mana ,bdk ppuan tu yg nak jugak ikut balik.dan mak ayah nya pun bagi jer....

dh sampai umah, x kan nak halau balik..tp mmg kakak sy dan suaminya mmg pantau habis2an lah.

dh la dorang tu sekolah agama..maktab mahmud lagi..

Zareda Norman said...

salwa
selamat menerima bakal kakak ipar baru. Kak zar pun akan menghantar rombongan meminang untuk adik lelaki kak zar yg bujang terlajak tu.. tapi pilihan dia ibu tunggal anak dua..

zaman sekarang semua serba cepat.. kalau lambat melepas itulah agaknya bebudak sekarang advanced advanced