Sunday, July 31, 2011

Memandang ke hadapan sambil menoleh seketika ke belakang

Assalamualaikum w.b.t


Belum setahun pun rasanya ramadhan yang lalu

ramadhan dan syawal yang menjadi ttik tolak kepada perpisahan ini

Ramadh yg  lepas dimana pak hj bagitau nak pindah ke penang

Then raya kedua rupanya dia terus pindah ke sana

sekejap jer kan?

Dan selepas itulah rentetan pergaduhan on and off

sehinggalah berkeputusan dengan penceraian

Segalanya begitu pantas

saya suka mengenang kisah lalu

Lagi-lagi saat-saat seperti sekarang

Kenangan lalu itu indah adakalanya

Tu sebab saya suka kenangan lalu yang indah

Yang buruk dan busuk tu saya dah lupakan pun :-)

Tadi siang saya berdua bersama hani membelek album lama

Indah sangat saat-saat menyelususri kelahiran dan pembesaran dia

Jika orang lain mungkin akan buang atau koyakkan gambar2 kenangan bersama bekas suami

bagi saya tidak perlu semua itu

Kerana disebalik gambar-gambar itu semua terselit kenangan indah dan punya cerita tersendiri

Tak susah mana dan langsung tak sukar bagi saya

Untuk lupakan segala perbuatan ayah hani yang teruk2 pada saya

Yang dok dalam kepala ni semua yang baik2 jer

Jadi pada masa ini takde masalah untuk saya berhubung sms dengan ayah hani

Tetapi hanya sekitar hal hani sahaja

Perbincangan tentang hani yang akan masuk madrasah hujung tahun ni

Itu perancangan kami

Jika diizin Allah

Pada masa sama saya juga sudah mula memikirkan tentang perkahwinan abang saya

Abang yang umur 42 tahun baru mahu berkahwin

Masalahnya dia hanya punya RM2K utk belanja kawin (hantaran dan cukup)

Dapat apalah dengan RM2k itu?

Memandangkan dia juga perlu meyediakan wang hantaran

Dan mak saya serta abang ipar dah mendesak2 nak kahwinkan cepat

Maka tak sempat nak kumpul duit lebih banyak lagi

Ada ura2 nak tangguh ke bulan 10 tapi mak saya tak setuju

Maka teruskan juga tarikh 17 September dan belah perempuan 10 September

Berjarak seminggu

Dipandang pada mata kasar tidak lain dan tidak bukan

Sayalah yang terpaksa berkorban

Nak diharapkan siapa lagi

Abang ipar (ayah along) mungkin boleh membantu

Tapi seminggu sebelum tarikh abang saya kahwin anak nya no 2 (angah) nak masuk universiti pulak

Dahlah di Sarawak nunnnn

Tentu pakai duit banyak.....

Kakak atas saya (salmah) juga tak berapa nak boleh harap....

Dengan 4 anak bersekolah, dan coming soon nak beranak pulak, mana nak cekau duit

Nak taknak mak saya bercerita pada saya jerlah

Nampak gaya abang ipar nak mengelolakan kenduri ni ikut acuan dia

Kata saya pada mak, agaknya dia nak berlatih uruskan kawin sebelum dia uruskan betul2 kawin anak dia nanti (along)

Dan dia call saya minggu lepas tanya "siti, berapa kau nak bagi bang ajid nak kawin ni?"

Pada saya soalan tu macam tak relevan

Sebab saya sendiri tak tau berapa bujet yang diperlukan

berapa besar kenduri tu nanti

Setakat hari ni mak cakap nak buat kecik2 ajer, sebab bajet takde

Tapi dari gaya abang ipar tu mak saya kata dia macam nak buat besar, macam orang lain juga

Dan dah lantik diri dia jadi master mind

Rabu lepas saya ada balik kg sekejap

saya bincang dengan mak

saya kata mana yang boleh kita uruskan

Saya akan cuba tampung bayar sewa/upah tukang masak

Cuma kena tanya kos rempah ratus dan upah2 dia

Juga sewa canopy

Duit RM2,000 dari abang saya tu saya suruh mak ambik dan simpan dulu

Bukan apa, saya taknak lepas kenduri nanti macam2 cerita timbul

Biar kami setel adik beradik dulu

walau saya jauh saya akan cuba bantu mana perlu

Duit khemah, upah masak, goodies bag saya akan bantu

Untuk barang2 hantaran saya nak minta kakak salmah tu bantu

Mungkin untuk belanja masa malam inai besar tu kakak salmi dan suami dia tampung

perkakas bilik pun satu hal

Nampak gayanya banyak juga duit saya nak keluar ni

dan juga kos perjalanan masa kenduri belah perempuan harapnya pengantinlah tampung

Saya harus juga berjimat cermat

Sebab lepas raya juga projek buat rumah mak akan bermula

Tak sabar nak buat rumah tu

Satu sebabnya adalah nak bagi mak gembira

Kesian sangat mak duduk rumah kakak tu

Malas nak cakap, tapi tau2 jerlah perempuan mengandung dengan anak empat, sambung belajar buat degree, suami lak camtu....

Makanya banyaklah tugas rumahtangga terlepas ke tangan mak

Harap bila dah duduk rumah sendiri mak akan rehat serehat2nya

tumpu pada amal ibadah jer....

Kadang terfikir, orang lain bab2 camni tak perlu fikir dah

Tapi saya sampai ke sudah, perkara2 kecik macamni pun semua saya kena fikir

Saya kena korban, kadang fikir apalah nasib saya ni

Masalah saya sendiri orang (family) tak tau

Masalah diorang pulak saya kena tolong selesaikan

saya dah mula dedah sikit2 masalah saya di FB

harap kakak saya dapat hint bahawa saya dah bercerai

Biarlah dia buat andaian dahulu

kemudian dia tahu nanti takdelah terkejut sangat

pelan-pelan lah nanti saya cerita...

Kadang memang terasa hidup sangtat tidak adil

tapi atas dasar iman dan terima qadha dan qadhar Allah

saya anggap Allah sayang pada saya

Sentiasa beri ujian dan ujian itu tandanya Dia sayangkan saya

Cuma jauh sudut hati saya berdoa

Moga disebalik setipa ujian dan dugaan ini terselit inar harapan dan kebahagian

Moga2 ada sesuatu yang menanti di hadapan

Apapun, saya bersyukur kerana disudut lain banyak nikmat Allah kurniakan

Walaupun insan lain mendapat nikmat jauh lebih besar namun saya percaya

Bahawa setiap ujian dan nikmat yang diberi itu adalah berdasarkan kemampuan kita

Ujian tu lah yang paling sesuai untuk kita

Harap2 Allah terus menguji saya dan tidak melupakan saya dalam melimpahkan rahmatnya

Sangat teruja nak melalui ramadhan

walaupun sayu sangat sebab ramadhan ni kali pertama tanpa suami

Dan pastinya raya kali ini juga tanpa suami

Wassalam

1 comment:

oren said...

saya suka ngan nada akak yg positif :)

selamat berpuasa, kak...