Monday, January 23, 2012

Hati tak tahan...

Assalamualaikum w.b.t


Merindui sehingga tahap menangis lagi dan lagi

adalah sesuatu yang dah lama saya tak lalui

Zaman bermadu dulu, jika pak hj lari dari rumah

Dan jika dia tak balik2

Maka ketika itulah zaman saya menangis lagi dan lagi

Tapi tu semua kenangan lalu

Baru-baru ni saya asyik menangis jer ingat hani

Ingat sangat rindu sangat

Memang tak tahan sangat

Malah dalam perbualan hp pun kami berdua menangis

Saya tau saya dan dia dua2 kuat

Tapi tak tau kenapa kali ni hati tak tahan

Mungkin sampai masanya saya ambil dia semula

Tapi tak semudah berkata-kata

Banyak yg saya fikirkan

Serba salah, saya perlu istikharah

Biar allah tentukan keputusannya

Rindu didunia tak seberapa pun sebenarnya

Bukan saya tak mampu hadapinya

Sedih kalau nak diikutkan dan dilayan mmg akan menjadi-jadi

Saya pun tengah survey madrasah area lembah kelang ni

Memang banyak yang ada

Cuma usia 9 tahun terlalu muda untuk diterima

Di Melaka sendiri pun banyak madrasah ada

Saya masih dalam proses melihatnya dengan iza

Saya berdoa yg terbaik untuk dia.

Insyaallah allah akan beri jalannya




Wassalam

1 comment:

Irfa said...

kak wa..
sekarang aina kat rumah balik cuti.jumaat kena hantar balik sbb ahad skolah..so far dia happy cuma rindu masih ada.mungkin dia duk ngan atok dan nenek so saya tak risau sgt..kasih syg melimpah ruah untuk dia

moga kak wa dpat cari yg terbaik utk hani