Thursday, January 26, 2012

Projek 2012

Assalamualaikum w.b.t

Tahun 2012 memang mencabar

Malah tahun pertama terasa berlainan

selepas 11 tahun bergelar isteri

Ini tahun pertama bergelar ibu tunggal

Selepas 8 tahun menjadi ibu

Ini tahun pertama hidup single

Selepas berpuluh tahun berazam buatkan emak rumah

Tahun ini azam ini tercapai

Selepas berhempas pulas bekerja

Hampir menyamai beban tugas pengarah bahagian/negeri

Tahun ini saya mendapat ketua unit baru

Selepas hampir 6 tahun en joe approach saya jd ejen

Tahun ini baru hati terbuka

Selepas melalui tahap gembira duka sedih sayu sunyi

Hidup berumahtangga

Tahun ini saya ingin cari bahagia

Jujur saya ada keinginan utk kahwin

Azam sebelum 40

Hanya doa, lain2 biar allah tentukan

Jujur juga saya ingin kawin dengan karkun juga

Tapi tak tau mana nak cari

Saya rindu dengan suasana keluar dakwah

Saya kepingin dapat suami yg sedia bagi tazkirah

Saya rindukan itu semua...

Moga allah dengar suara hati saya

Bukan hantar org bukan2 yg tiba2 muncul dari mana

Menyampah sungguh

Minggu lepas ada mamat duda entah siapa bagi nombor saya

Katanya saya tak bergeran, lalu dia nak mencuba

Tak putus asa, sms call bertalu2

Menyemakkan otak sajer, moga insan sebegitu

Takkan muncul lagi dalam hidup saya...

Saya cukup geram pada sapa yg berani bagi no saya

Pada lelaki yg desperate nak nikah agaknya

Saya bukan terdesak nak kawin sgt

Geram...

Wassalam

2 comments:

Irfa said...

moga tercapai cita2 akak itu

emm sapa yg suka suki bg no akak kt org lain..hp itu personal..
lainla kalau no opis.

Anonymous said...

Irfa, hp dan nombor adalah nombor rasmi office. Heheee. Nombor yg diwar2kan satu malaysia. Biasaler org unit komunikasi korp. Tulah pasal...