Tuesday, January 20, 2009

Rutin surirumah

Rutin surirumah


Assalamualaikum w.b.t


Saya tak pernah sangka yang saya akan berpeluang menjalani rutin harian seorang surirumah. Macamana seperti suatu masa dulu saya pernah bayangkan dan idam-idamkan. Sungguh saya merasa teruja dengan kehidupan saya hari ini.


Tak sangka sungguh yang saya berpeluang setiap hari menghantar anak ke sekolah tanpa terkejar-kejar. Dan tak pernah bayangkan yang setiap hari boleh sahaja sesuak hati saya [dengan ibu-ibu yang lain] ke pasar basah dan bercerita "tentang harga semasa ikan, udang, sotong yang kerap berubah dan bercerita dengan rancaknya dengan membuat perbandingan ikan di pasar malam begini harganya, di kedai anu macam tu pulak, dan di sini bagus segar, murah dan besar2 pulak tu..."


Ya....saya benar-benar melalui kehidupan seorang surirumah sekarang. Pagi2 lepas mandi saya bersiap untuk menghantar hani. tambah mudah kerja mandi dan persiapan hani semua Suli yang bantu. Saya iron dan siapkan baju, tudung, file, saputangan dan spender. Botol air dan bekal hani [kalau ada] pun suli yang siapkan. Sekarang buka langsir sangkut langsir, buka pagar, tutup pagar, buka kunci grill tutup grill semua ada yang menguruskan...makin gemuklah saya...


Pagi2 kalau saya siapkan hani mesti riuh satu rumah, mesti panas hati jer sebab sikap hani dan saya kontras, dia jenis buat satu2 teliti, slow and steady, saya pulak semuanya nak buat cepat, kalut2 dan tergesa2...tapi sejak suli ada lega selega2nya...tak sia-sia saya membayar untuk dapatkan dia, sebab emosi saya dan hani dua2 jadik stabil atas kehadiran Suli sebagai pemudahcara...


Setiap hari isnin atau selasa saya akan ke pasar basah, di taman sebelah [halal mart] sebab saya nak beli di kedai bumiputra muslim, menyokong orang kitalah katakan [kedainya memang agak murah]...tambah2 pulak pak haji sangat particular hal2 makan ni, kalau beli ayam, mesti dia nak disahkan ayam tu disembelih orang islam, marah dia kalau tau saya beli ayam di Giant atau Family store, sebab tak tau sapa yang sembelih, kalau di kedai ni kita pasti bahawa memang mereka yang sembelih.


Walaupun mungkin pembekal sayur-sayuran tu Cina, tapi sekurang2nya dapatlah sumbangkan pada pembangunan ekonomi kedai2 orang melayu ni. Memang ramai pembeli di kedainya ni, dan masa2 beginilah saya nampak macam2 jenis surirumah, yang tua, yang muda, yang berderet2 bawa anak, yang beli sikit jer [agaknya suami bagi bajet sikit ker?], yang beli mewah, capai jer apa nak...kebanyakan mereka beli lauk untuk sehari tu punya makan.

Saya pulak memang beli seminggu sekali. takdelah asyik nak ke kedai jer. Banyak kerja lain boleh buat. Sebab beli seminggu sekali jadi jumlah pembelian tu memang banyak sikitlah...tapi selalunya setakat lauk seminggu ni saya tak habis seratus. Hari ni hanya RM 56.00 ajer tu pun termasuk barang2 tambahan macam sirap, telur, sup bunjut dan halia.

Hari ni saya beli siakap 2 ekor, gelama 2 ekor, tenggiri 3 potong, ayam seekor, udang setengah kilo, dan keperluan untuk mee goreng, cukuplah seminggu tu. Menu dalam kepala ni tenggiri nak masak kari, siakap masak steam dan asam pedas, gelama tu buat sambal atau masak tauchu jer, udang biasalah goreng2 potong bawang atau goreng berempah [kesukaan hani ni]. Lagipun daging minggu lepas ada sikit lagi, dan sotong pun ada jugak lagi tu.


Sejak Suli datang ni setiap hari saya masak. Dengan gembiranya dan semangat nak memasak tu membara2 sebab setiap hari habis dan takde pembaziran. Tapi saya tak masak pagi, saya masak sebelah petang. Sebab taknak membazir. Selalunya petang saya masak lepas hani balik sekolah, jam 12.30 dia dah makan kat sekolah, kenyang lagilah bila sampai rumah tu.


Lepas dia solat zohor, saya pun mulalah masak. Lepas kami dah solat asar barulah saya suap dia makan, lepas suap baru saya pulak yang makan. Suli pulak ikut dia nak makan bila, sebab dia subuh2 syafie dah masak nasi, dan dah panaskan lauk petang tu. Kadang makan pagi kadang dia makan sebelah petang, tapi pagi2 dia memang bz sokmo, tak duduk diam langsung, setiap hari saya terbangun sebab dia dah mula buat kerja, sebelum subuh tu!

update: jam 5 petang, tadi tu kena layan kawan datang ziarah...ni sambung semula citer hehehehee...
Alhamdulilah saya tengok Suli ni semakin hari semakin semangat buat kerja. dan satu bonus saya ambil dia ialah dia ni habis sekolah sampai SMA [macam SPM kot] tapi tak cukup biaya mau ke universitas. Dia ambil jurusan sains sosial masa di sekolah. Selain rajin membaca [sama macam saya] dia juga siap ada buku salin resepi [ambil buku2 conteng hani]. Adik bawah dia di Indon kerja di bank...kira okaylah, dan adik dia pun masuk kelas taekwando dah talipinggang hitam dah kot....



Sekarang dia tak tido petang lagi, mungkin minggu awal2 tu dia baru nak cover keletihan dari kerja kedai runcit sebelum ni. Sekarang dah okay dah. mana nak dapat orang gaji yang boleh bincang isu semasa..dari hal palestin membawa kepada hal korupsi di Indonesia? Kira satu bonus jugak tu. Kalau ajar apa2 teknologi atau pesan apa2 serkali jer terus dapat...kadang tak abis terang dah dia mampu buat lagi elok lebih dari jangkaan.



Tapi ada juga part yg saya perlu baiki /tegur lagi. Dia sekarang masih takmau duduk dalam majlis taklim [baca hadis dan ayat2 quran tentang fadhilat amal] tapi buku2 agam saya dia rajin selak baca, dia ambil satu2 baca pastu selang seli baca majalah pulak.



Bagi saya takde hal, sebab minat membaca dia tu memberi kesan kat hani, sebab dia membaca hani pun membaca sama. Kadang2 saya dengar hani gilir dengan dia [hani buli dia] baca kisah2 dalam al quran, satu cerita suli bacakan, pastu satu cerita hani pulak yang baca...ahamdulillah, sebab saya ambil org gaji bukan buat kerja semata2, lebih kepada kawan yg saya boleh minta tolong, dan saya nak buat cam saudara. hari tu saya test dia, saya keluar kebetulan nak beli apa ntah duit tak cukup, saya try pinjam duit dia dulu, takde hal terus dia bagi saya seratus... setakat ni duit2 kat rumah ni selalu bersepah, dia takde pulak ambik, dia simpan ajer dekat2 situ...




Saya risau sangat [kesian pun ada] kalau dia buat kerja tak henti2, mesti saya panggil dia tanya dah makan ker belum, rehat dulu, jangan buat sampai penat sangat, takde sapa nak check kerja suli, buat apa nak rush terkejar2 buat kerja, buat pelan2 saya kata, jangan paksa diri..yerlah mana taknya dari sebelum subuh sampai jam 10 pagi tu saya balik hantar hani dan ke kedai dia tak duduk2 lagi...dari dalam ke luar, pastu masuk stor kemas apa2 ntah, basuh plak telekung ker cadar ker...nanti alas2 pulak dia dia pungut...pastu basuh kain buruk pulak..ada jerlah...saya pulak naik lemas...saya ni bukan pengemas sangat, tak delah nak marah2 kalau ada cawan kotor sebijik dalam sinki ker, meja tak lap ker...bagi saya skang rumah dahlicin dia duk dalam bilik rehat2 tengok tv dengar radio pun takper....takde marah lagi dah sebab semua hal rumah dah settel.




Mula 2hari tu tak kenal tu yang tengok dia semacam jer, ingat nak buat jadual macam suami suruh, tapi dah setteld semuanya takpayahlah. Nanti2 ada benda baru nak suruh baru saya cerita satu2 kat dia.




Sebab dah takde kerja untuk saya kat rumah ni selain masak, tu pun suli bantu tumbuk2 bumbunya, basuh2 perkakasnya, siang2 sayurnya, maka saya menumis jerlah....so semalam balik ambik hani saya ke nursery, sebab nak buat projek tanam sayur. Semalam dalam pada si zaidi tu sibuk betulkan sinki tu, saya mulalah semai benih2 yang saya beli tu, sayur kacang botor, betik, salad, bendi dan kangkung. Benih cili dah habis, sebab cili mahal sekarang, permintaan tinggi.




Lepas 2 minggu ni bolehlah pindah ke batas. Tanah untuk buat batas tu belum beli lagi. Hasan budak Jawa yg kerja kat nursery tu kata 2 minggu lagi akak datanglah beli tanah untuk batas. Hasan ni ingat lagi saya. Ingat tak hasan ni, yang dulu pernah mengurat maid saya, Dewi dan Dewi tipu dia kata dia tak kahwin lagi. Hasan tau Dewi dah kahwin dan dah balik jawa Timur, dan hasan ni pun ingat suami saya ada kena stroke..bagus betul , rajin dan ramah budaknya....




Ok, nanti dah tumbuh benih saya semai tu saya ambiklah gambar, teruja tengok kak wani menanam, Pnut menanam, maka saya pun nak menanam lagipun banyak masa dah ni. kerja dalam rumah Suli dah buatkan biar saya kerja menanam jerlah. Suami balik 40 hari ni nak mula projek bela ikan keli dalam kanvas pulak, alah yg mula2 buat kat kak aza tapi mati tulah nak pindahkan kat sini.




Petang ni tadi ada kawan datang ziarah [kawan tablighlah ni] datang menziarah dan menjual ALPHA LIPID, nak taknak kenalah beli jugak. Tolong kawan, mahal jugak harganya kan, RM 180 setin tu, dia bagi diskaun RM 150, esok mula minum lah jawabnya, katanya banyak testimoni yang mengandung lepas minum susu ni. Cuba jerlah. Patut tadi nak berurut sekali naikkan peranakan tapi masa terhad, jumaat beru beurut kot..kawan saya ni memang tukang urut...




Dah kawan datang masa tengahari kenalah masak kan, mula2 keluarkan siakap [yg kononnya nak masak steam] tu potong2 siap sebab tiba2 tukar nak masak tumis asam, tiba2 masa nak masak rasa eh lagi elok masak ikan teggiri, maka tukarlah, sudahnya siakap dah potong2 takkan nak masak 3 rasa ataupun steam, tak best dan tak cantiklah nanti...jawabnya masak lain jerlah, kempunan nak masak tenggiri masak kari.,...dah lebur dalam asam pedas

2 comments:

Zareda Norman said...

ikan siakap dah potong tu boleh buat masak lemak kuning campur belimbing atau kentang..

Hanisumayyah said...

Insyaallah hari ni saya masak...ha'ah tak terpikir pulak..mesti sedap tu...