Friday, November 20, 2009

Saya nak minta maaf.... dan ini benar2 yang terakhir...

Assalamualaikum w.b.t


Sebab ni entry terakhir mungkin untuk tahun 1430 hijrah ni, sebelum melangkah ke tahun 1431 hijrah pada 19 disember 2009 ini. Lepas tu dah nak masuk 2010 pula. Mungkin saya tak sempat nak balik sampai ke januari nanti.....saya nak minta maaf pada 42 orang yang baca blog saya ni iaitu;





Lyn

Oren

IV

Adlina

Chuya

Azieans

Iza

hazlina

yus

ANNE

Pnut

kakLuna

KV

eiz

Liza

fazemy

Lynna

creative art studio

inahani

payarumput21

kayawanshop

maryam

masy

happyirfa

mama

sya

makcik azwa

dayang best

siti@nurie

pB

jiji

sabby

mutiara

sunan jati

sebelah sayap nyamuk

tulip purple

ummie batrisyia dan damya

Ina

yew way

amir syafiqah

zareda norman

dalila [wan salizam]



Saya tak tau samaada sesetengah mereka yang tersenarai ni ada baca atau tidak sebab ada yang takde blog, mungkin masuk blog ini baca melalui blog lain saya tak dapat kesan. Yang saya tau baca secara tetap adalah yang memberikan komen. Terima kasih kerana memberikan komen yang memberikan saya semangat terus menulis. Ada jugak permintaan orang tertentu yang nak baca blog saya tetapi saya tak pernah benarkan mereka. Saya tak berapa percaya sebenarnya.





Antara yang minta nak baca blog saya ni adalah beberapa lelaki yang dulunya baca blog lama dan kemudian nak ikut baca blog baru saya ni. tapi saya tetap tak benarkan kecuali baru2 ini saya ada benarkan seorang lelaki baca selepas saya rasa dia ada niat yang ikhlas, nama yang bawah sekali tu..saya pun tak kenal dia tapi taulah rupa dan tempat tinggalnya [assalamualaikum En Wan kalau ada baca :)]....

Dan saya juga ada buang nama orang yang baca yang aya ada undang sebelum ni. Orangnya semua pun yang ada dalam senarai ni tau kot. Kak Izawani, baru juga saya buang namanya sebab saya rasa tak sesuai dah dia baca blog ni sebab bahan2 saya tulis dan rasa yang saya curahkan dalam blog ini sedikit sebanyak dia pernah gunakan ia sebagai bahan dalam entry dia.




Jika gunakan secara positif dan baik saya amat suka dan berbesar hati tapi kalau gunakan ia secara negatif saya amat rasa berkecil hati...saya tak mararh cuma berkecil hati sahaja. Dia bukan buat salah besar cuma cara dna prinsip dia berbeza dengan saya itu sahaja. Cukuplah satu ketika dulu dia pernah quote kan ayat yang mengatakan saya suka berpoligami dan 'berkongsi kote'. Somewhere may 2009 dia ada buat entry tulis begitu. Pun bila saya baca saya rasa tak kecil hati mulanya.




Masa tu baca sekali pandang, dan terkejar2 sebab saya baca dari dalam bilik hotel di Singapore, lepas tu Luna ada bagitau dan saya fikir banyak kali dan saya baca sekali lagi dan saya betul2 rasa sakit hati....dan rasa terhina kenyataan tu. saya suka kongsi kote?




Dalam banyak2 benda saya cerita hal poligami yang bab 'kongsi kote' dia ambil dan fokuskan. Dan saya tak pernah tulis saya suka 'kongsi kote'? Dan takde perempuan waras dan normal yang ada hati dan perasaan suka berkongsi...termasuklah saya...




Dan entry itu dia telah padamkan sebab sekembali saya ke malaysia saya cuba search entry tersebut tapi tidak ada lagi dan selepas itu dia ada minta maaf secara terbuka dalam blog dia...tetapi hati saya tetap rasa terluka dengan kata2 nista dia....




baru2 ni ada lagi entry pasal poligami dia tulis dalam blog. So saya fikir elok saya keluarkan dia sebagai reader blog saya sebelum gaya 'tulis secara lepas tak berfikir panjang' dia tu terkena tempias pada saya lagi.




Dan saya tetap mengunjungi blognya sebab ia terbuka siapa boleh baca, cuma blog saya ini benar2 luahan jiwa dan hati saya dari lubuk paling dalam...dan saya memilih memberi kawan yang faham sahaja membacanya.




Jangan pula terkesan pada apa saya tulis ni. Saya suka ajer kalau ada yang sudi beri komen betulkan kesalahan dan kesilapan saya. takde hal. Cuma jangan menuduh benda yang tidak-tidak. wujudkan prasangka pada orang yang tidak tahu duduk jalan ceritanya.



namun ada juga yang nak baca bila tau saya ada blog....ada classmate saya juga minta baca lepas saya terlepas cerita kata saya ada blog, tapi saya tak benarkan juga dan minta maaf secara mesra dan takut nanti banyak pula kelemahan saya terdedah! sebab lepas ni saya tak rasa hubungan kami akan kekal berpanjangan... dan saya juga bimbang ebab kakak itu sangat close dengan classmate saya yg juga rakan sekerja..ahhh nanti ada pula masalah lain bila kawan pejabat tau kisah saya..




baru2 ni saya mengunjungi blog adik ipar saya www.irisixora.blogdrive.com dan tak perasan terguna email yg digunakan utk blog ni, dan dia klik termasuk pulak ke blog dunia bermadu ni dan dia minta saya invite dia ke blog ni...

Dan saya masih juga enggan jemputnya sebab nanti tersebar pula kisah dalam kalangan keluarga...atau salah2 bahan blog saya jadi bahan dia berkarya dalam novel pulak! boleh jadi juga kan? dan dunia kami sangat berbeza..baru saya tau tentang dia bila baca blognya..memang baik orangnya tapi beza sangat dengan suami saya walaupun mereka dua beradik....dan suami saya pun tak nak baca blog adik dia tu sebab tak suka tengok adiknya yg tak pakai tudung dan tak taulah macamana gaya hidupnya di sana?





Balik ke sini hari tu ada dia call abang dia [pak hj] dan cerita ceriti, katanya balik sini nak carik rumah as a second home, dah beli pun Teratak Ixora namanya [dia sebut dalam blognya tu], kata pak hj rumah 7 bilik, entah berapa ekar tanahnya lupa plak saya, harganya 3 juta lebih.....hmmm boleh dengar jerlah...kata pak hj dalam kawasan padang golf dan ada kelab...eiii dia ajak pak hj datang tapi sah2 rasanya pak hj tak nak datang....nampak gayanya pak hj sekarang dalam 4 beradik seibu sebapa dua lah yang ado ado dan berduit...abangnya yg kapten kapal dengan adiknya yg novelis ni......





Ada juga kawan sesama belajr di u terjumpa dalam face book kebetulan cerita ceriti hal blog dan saya bagitau ada blog ni dan dia minta juga untuk baca saya cuma kata belum masanya...hmmm entahlah tak tau kenapa saya sungguh rasa tak sedia nak dedahkan cerita saya pada orang lain...hanya pada yang tersenarai ini sahaja. Bukan ada yang istimewa pun cerita saya ni tapi saya rasa yang ada dalam senarai pun dah mencukupi....





Baru2 ni saya keluar 3 hari ke jelebu keluar sekali dengan kakak tu dia duduk nilai, kak ita namanya, beza 2 tahun umur dari saya. waaahhh kakak tu sama cam saya gak walaupun tak kerja tapi celik IT, ada facebook, biasa YM, dan pendekata internet adalah kat rumah. Entah macamana terceriat lah pasal2 facebook, pasal blog...so nak taknak saya pun cakaplah saya ada blog juga, huhhh terkejut dia....pastu siap kak Ita ni minta add blog saya...hmmm takkan nak bagi kan?





Saya cakap kat kak ita, tak sesuailah kak....sebab ssaya sedar dalam blog saya ni banyaaaak sangat cerita pasal suami saya..nanti kalau dia baca tercerita kat suami dia buruk pulak nama baik suami saya. FYI dalam tabligh negeri sembilan ni kalau sebut Hj Sidek memang majoriti kenal dia sebab dari umur 33 tahun yang mana masa tu tak ramai orang buat usaha tabligh dan yang ada2 tu pun takde lah bagi komitmen pada kerja agama ni sangat, jadik suami masa tu memang komited dan syura malaysia di seri Petaling melantik dia salah seorang ari 5 orang sebagai syura negeri sembilan. Kira kat sini dalam tabligh ni memang dia antara yg popular lah..tambah2 dah tak kerja ni sepenuh masa pada usaha agama nilah.




tapi macamana pun pak hj jenis tak suka orang kenal dia, low profile jer...saya pun kalau sesiapa tanya saya, dalam mana2 majlis atau saya nusrah mana2 jemaah yg datang, "ni ahlia sapa yer?"...dalam tabligh memang takde yg akan tanya nama kita sebaliknya soalan dia adalah ahlia siapa [isteri siapa kot maknanya] dan saya akan jawab, ahlia sidek...kemudian dia akan tanya, sidek mana...saya tau maksud tanya tu sebab confuse sebab sidek ada dua, dua2 syura [tapi satu dah meninggal tahun lepas, tinggal sidek majid jerlah] diorang confuse sebab tau sidek syura dah tua tapi saya pulak tak setua sidek syura tu.....so saya ringkaskan cakap, sidek seremban bukan sidek PD...[ramai yg tau sidek tu sidek yg dok PD].....so diorang tak taulah saya ni iteri syura...malu weyy nak ngaku isteri syura sebab kita ni amal tak macam iteri karkun lain..hebattt!





Walaupun sidek syura [pak hj] ni dah otai dalam tabligh ni tapi malangnya masturat dia tak pernah keluar 40 hari jadi disitu ada kekurangan. Walaupun pak hj tau yang sebenarnya yg Allah pandang iman dan amal, keluar jalan Allah ni sebagai satu bonus...dah pak hj juga selalu cakap dengan saya yang wanita keutamaan tempatnya ialah di rumah, maksud keluar adalah untuk jadikan rumah umpama madrasah dan didik anak ikut cara sunnah..tu sebenarnya..isteri rasulullah pun tak semua yg pernah ikut rasulullah di medan perang, hanya dua orang jer [lupa lak tapi pak hj rajin cerita kat saya]....dan bila saya bangkitkan kenapa perlu wanita keluar negara jauh2...tinggal anak, berhenti kerja, dia kata itu pilihan Allah...dan jangan terkesan berebut2 nak keluar sebab nak nama... so saya sedikit faham maksud keluar jalan Allah ni...





Jadik, saya rasa macam kesian pulak kat pak hj sebab sebagai otai bila membicarakan hal masturat dia tak berapa boleh nak berikan padangan sebab dia tak pernah keluar 40 hari dengan masturat...kak nani pernah keluar 20 hari jer dulu ke sabah. kak aza pulak pernah keluar 1o hari ke kuantan tu pun masa tu dah sarat sangat mengandungkan Sofiyyah...dan dia dr kawin tak berhenti2 mengandung dan beranak macamana nak keluarkan setakat terima jemaah jerlah....nampaknya saya jerlah yg relevan untuk keluar sementara belum kerja ni...dan nampaknya pak hj suka sangat bila saya setuju nak keluar 40 hari....


dah..panjang sangat dah...sebenarnya aya terpost entry ni sebab pak hj balik tadi, tak abis lagi idea nak tulis so nilah saya sambung, maryam tadi baca sekerat jalan jer kak wa sempat tulis tu...tak repair lagi....ni baru abis da!


Saya : Hani sedang bergembira kata ayahnya yang balik ke sini lepas jumaat tadi. takde masalah langsung. Saya pun tau anak saya tu....dia memang sesuai duduk dengan mak tirinya. Dan mak tirinya juga sayangkan dia sebagaimana anak2nya yang lain dan hani pun seorang yang pandai mengambil hati uminya....senang kalau umi minta tolong senang juga jikalau disuruh solat nda mengaji..pendekata mudah uminya....zubir pun suka sangat kawan dengan hani....itulh kemanisan poligami....cuma saya ni jer keras hati skit...nanti malam ni saya telefon kak aza...




Wassalam

6 comments:

Maryam said...

selamat beramal, ya kak wa~ :) moga2 dapat diteruskan walaupun dah tamat 40 hari nanti.. insya Allah.

dan juga, terima kasih kerana terus membenarkan saya baca.. harapnya saya tak adalah tulis sesuatu berkait dengan kak wa dalam blog saya.

baru2 ni saya ada juga tulis tentang poligami, harap tak menyentuh kak wa sebab itu cerita keluarga saya sebenarnya. blog memang jadi tempat meluahkan pendapat... maaf ye kalau ada terbuat kak wa terguris...

sekali lagi, selamat beramal! :)

Hanisumayyah said...

Maryam..

terima kasih maryam....akak pun bimbang dan gusar..adakah layak keluar jalan allah dengan kehidupan yang sangat tidak ikut syariat lagi...dan sesungguhnya Allah masih sayang akak sebagai hambaNya yg lemah...

eiz said...

salam..
slmt prgi bramal ke jln ALLAH..
moga akak akan kmbali lg utk trus mnulis..

inahani said...

salam...selamat pergi dan balik...
sy maseh membaca blog akk cume tdk meninggalkan komen jer...

oren said...

kak,

thanks sbb masih percaya pada saya dan benarkan saya jadi reader akak..

ibuVouge said...

assalamualaikum

kak wa
terima kasih kerana masih percayakan saya untuk baca blog ni
saya akui , saya jarang komen.sbb saya memang tak tau nak komen apa.cuma apa yg baik saya ambik sebagai teladan.

nanti kak wa tulis pengalaman beramal, boleh saya kongsi sama manfaatnya
terima kasih kak wa