Tuesday, January 6, 2009

Zubair Discharged



Zubair discharged




Assalamualaikum w.b.t




Tengahari tadi Zubair dah boleh keluar. Saya uruskan semuanya. Ambil ubat dan bayar bil, patut boleh keluar awal tapi sebab saya step mother yang tak duduk sekali doktor nak juga ibu atau ayah sebab doktor nak ajar macamana nak monitor kencing zubair dan macamana nak bagi ubat kat dia....




Walhal saya yang lebih tahu pun semuanya sebab kan saya yang banyak dengar apa doktor cakap....dan cepat2 saya call ayah suh datang. Bila ayah datang, terus doktor ajar, tapi saya siapkan pen dan buku catit setiap patah perkataan yg doktor cakap tu.






dan habis doktor cakap terus saya tanya soalan2, antaranya soalan2 dari kak aza dan soalan2 dari saya. Macam wartawanlah tadi...doktor pun nak cakap tunggu saya angkat muka lepas buat catitan....




Banyak soalan saya, apa side effect steroid, camana kalau bacaan berturut2 4+, apa nak buat, boleh ambil rawatan atau ubat lain...kesan fizikal/emosi dari pengambilan berterusan steroid tu..apa do and don't semasa tempoh ambil ubat, camana fungsi buah pinggang dia sekarang, ada kesan pada pemprosesan darah tak, perlukan kurangkan pengambilan protin...banyak lagilah..sampai lama2 doktor tu cakap, saya rasa mungkin boleh explore internet tentang Nephotic Syndrom ni sebab saya rasa puan semua family educated kan?




Nampak sangat doktor tu letih nak jawab..heheheee, bukan apa nak bagi kak aza puas hati masa saya terangkan kat dia tu...so balik tadi saya bawak kereta ayah terus hantar zubair ke ruamh toknya sebab ummi nya ada kat sana....tapi suami macam biasa tak berapa selesa ak ke rumah mertuanya, saya pun hantar dia ke surau sebab nak kejar solat zohor.




Bila sampai rumah mak kak aza ni yang panjang ceritanya. tepu rasa otaklah sebab saya dari zohor sampai 5.30 kat sana....dari ruang tamu, ke dapur pastu masuk bilik kami berborak. Semua cerita pasal suami.






Now saya tak tau nak sebelah mana. banyak sangat isu dah nampaknya. Balik tadi ambil suami dari surau, ambil hani dan terus hantar suami balik ke tempat jemaahnya. telan mati emak luah mati bapak. Hanya dapat cakap kat kak aza dan suami serta diri sendiri sabar jerlah....rumatangga memang banyak dugaan apatah lagi poligami...




Betul2 otak saya tak boleh terima dah apa2 cerita lepas ni sebab saya sendiri buntu dan tak boleh fikir jalan keluar. Tapi yang pasti bukan cerailah....Jadi sekarang saya rasa letih dan rasa nak tido.




Hani sangat bagus sekarang. sangat patuh tak berani buka TV tengok astro sebab syarat hanya weekend jer astro, malam2 kena baca buku. hani memang baik dan bertuah....syukur saya...dam sekarang azam dia nak solat 5 waktu sehari. Juga mewar-warkan saya betapa dia seronok masuk tadika sebab dah 6 tahun..bangga sangatlah tu dah 6 tahun.....dan sempena tahun baru ni juga dia nak tindik telinga..lepas ni kenalah buat koleksi anting2 macam2 bentuk pulak....

Zubair ceria sebab dah tau boleh balik..tapi punyalah pelik dia nak balik rumah ammie..eh tak rindu ummie ker?

gambar kandid oleh ayah, tu saya nak tunjuk muka zubair tembam, tengok bibir dia jonget tu mata pun sepet....bacaan albumin dalam urine dia sentiasa maximum jer....4+, terpaksalah bergantung kat steroid sampai umurnya 14 tahun [kalau ok lebih awal alhamdulillah]

Monday, January 5, 2009

1st day 2nd semester

2nd semester

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni bermula kuliah bagi semster kedua Pengajian rasuah, UKM. Tadi jam 2 petang ia bermula dengan taklimat dari prof Rahimah untuk paper Lawatan dan benchmarking, lawatan keluar negara bagi menentukan 'penandaarasan' [benchmarking] bagi indeks rasuah kemungkinan besar akan dibuat ke salah satu dari dua negara ini iaitu Australia atau Hong Kong, kerana Anti Corruption Commision yang ditubuhakn di Malaysia mengambil model dua negara tersebut.


Tapi lawatan akan dibuat pada minggu pertama cuti semester ini, iaitu sejurus lepas tamat peperiksaan semester ini. 5 paper yang kami ditetapkan untuk ambil. Nampak tajuk kursus macam kronik jer tapi pusing2 pasal rasuah jugalah.

Semester ni akan ditentulan penyelia bagi tesis dan tak taulah proposal saya untuk tesis tu penyelia kana terima atau tidak. Ok banyak nak cerita pasal kuliah ni tapi takde modd, sebab hati dan perasaan masih ligat fikir pasal Zubair.

Pagi2 buta ayah dah call tanya camana anak dah siap nak ke sekolah ker? Terkejut juga saya...eh...ambil berat juga ayah pada anak dia yang sorang ni, pastu terfikir plak ayah ni tersalah hantar mesej ker, mungkin dia nak hantar mesej kat kak aza tapi tersend pada saya sebab dulu2 selalu gitu, sebab dalam kepala dia selalu keluar nombor saya jer...maklumlah nombor saya dari 2002 saya dah guna...kak aza plak banyak kali tukar2 nombor ni...


Pagi2 kak aza kan dah pesan suh ke hospital supaya saya ada masa doktor check pagi2 tu, tapi tak dapat jugak nak cepat, satu sebab hani berat betul bangun pagi..dah dua hari kena dera bangun awal pastu dok kat hospital main tak hengat...letihlah tu, lagipun malam tadi siap ke shopping compleks...rasakan pagi payah bangun...

Ala kadar jer iron baju dia, pakai last year punya baju sebab hani tak register lagi...macam anaks epuluh lak saya nih! Tapi cikgu2 semua kan dah jadik geng saya...main hantar jer hani...dan hani cam biasa anak yang matang dan pandai sesuaikan diri lagi berdikari...saya hantar kat pagar jer...bawak beg sendiri..maknya nak berkejar ke hospital...bye2 jer ngan cikgu tadi...tapi kerani pejabat dah tau dah saay agak kebizian sket...

MAsa nak bertolak hantar hani tu saya call ayah konon nak gelakkan dia tersalah hantar mesej ...ehhhh rupanya memang sah sms utk saya sebab ayah adh boleh bayangkan macamana saya dengan hani kalut2 bersiap pastu sure dua beranak kami bertekak....apa lagi saya lah selalu marahkan hani terhegeh2...tu yang ayah sms tu...dah tu rupanya ayah nak ke hospital juga, dia suh saya tunggu dia kat rumah nak naik satu keter....sudahnya lambatlah jugak pagi tadi, dalam 8.15 baru sampai sekolah...pastu pecut ke hospital...

Sampai2 wad padeatrik elok2 jer 3/4 doktor tengah kerumun zubair...so kami dengar dan sempatlah bersoal jawab tadi....bacaan semalam [bacaan albumin iaitu salah satu jenis protin] dalam urine zubair meningkat dari 2+ sehari sebelumnya kepada 3+..... ya Allah dengar tu jer rasa lemah lutut...


Keadaan Zubair pagi ni saya tengok agak bengkak bahagian mukanya. Bawah mata kiri yang sebelum ni tak bengkak nampak ketara bengkaknya dan betis serta perut masih tak susut bengkak, keras pulak tu perutnya...cuma alhamdulillah zubair tak merasa apa2 kesakitan pun...tetap ceria dan happy...buat kami sedih pulak....

Dalam pada syok2 bincang dengan suami hal zubair kena sound pulak dengan sister sebab kami ada bertiga kat situ, saya... suami dan khairin...saya kata oklah sementara mabil bag, rupanya sister [ntah nurse ker sister ker tak perasan tp rasanya sisterlah kot] siap dia sempat panggil jaga halau saya...cisss..sabar2lah...


Lepas tu bincang2 dengan doktor...doktor suh beli alat nak test kandungan protin dalam urine, sebab doktor nak ajar cara test tu kat rumah...kiranya confirmlah zubair kena Nephotis Syndrom...dan dia kena ambil steroid, dan kak aza kena monitor everyday kandungan protin yang terkeluar dari buah pinggang melalui urine zubair...

Itu dia berita sedih hari ini....meleleh juga air mata dengarnya... pastu saya denga dengan suami punyalah mujahadah carik benda alah nak test tu sampai farmasi yang ke 6 barulah dapat jumpa, yang lain ada yang kena orderlah, memang takde juallah.... penat betul saya dalam panas2 tu, turun naik keter, perati pharmacy,...suami duk kat sebelah saya jer tunggu dalam keter....sayalah ke hulu ke hilir..tau2 jerlah jalan dalam seremban ni sehala memang jammed giler...dengan parking susah...


Gitu gini jam 12.30 barulah dapat sampai kat rumah...sebab keter saya tinggal kat rumah....suami bagi saya pakai merc buruk dia sebab keter saya road tax mati tak hidupkan lagi...[ni pun ada cerita nih...yg kelakar tapi nampak kuasa Allah kat situ]. Saya gamble jer tak kisha road tax tak ada, kalau kena tahan bayar jerlah saman, apa nak takut, kan...dah tak sempat nak buat camana....salah sendiri....tapi suami lak terlebih takut offer pakai keter dia ke UKM...ok jerlah kan dah orang bagi...

Suami masa ni punyalah lapar..xmakan dari pagi, sian dia tapi saya kelas jam 2 tak sempat sangat dah nak bawa dia makan, sudahnya saya suh dia makan dengan jemaah jer [kan dia keluar 40 hari sekarang ni, tapi cilok ke hospital on off lah]...saya sampai2 hospital lepas kena halau dari wad terus bawak kak chik [panggilan kahirin] ke kafe saja tunjuk jalan kat dia dan ikram dia minum pagi sama2...mujur dia nak makan kat kafe..yerlah kak chik pun berpurdah juga....

Sampai UKM, awallah pulak, 1.30 dah tercongok dah...saya yang pertama sampai dari 9 orang kami ni...lepas tu bila semua dah sampai sibuklah cerita pasal result exam...vavavaaaa...rerupanya saya dengan ASP Lai {PDRM} tu 2 yang terbaik...keputusan exam tu memang di luar jangkaan sungguh..saya anggap sebenarnya lecturer yang banyak tolong kami atauapun diorang bagi markah kesian kot gamaknya....ataupun assigmnet yang banyak tolong up kan markah...


Tadi masa taklimat tu barulah dapat jadual... kelas kami 3 hari selasa sampai khamis...yeyyy...tapi khamis 2-5 petang sambung 5 ptg sampai 8 malam...rabu pun pagi dan petang...takperlah 4 hari rest...ok sangat dah tu...save minyak+ tol saya...semster ni ada 2 pensyarah baru [baru pd kamilah] yang akan ajar....yang 4 lagi pensyarah semester lepas...

Sebab taklimat abis awal saya terus pecut ke hospital semula sebab nak kejarkan masa doktor ada tulah...tapi ayah kacau daun suh ambik dia dulu plak, sudahnya dengan hani pun saya ambik sekali....sampai2 kak aza, Cik ayang semua dah ada...

Kali ni rasa macam serba salah pulak dengan kak aza sebab saya sampai dengan suami sekali, nanti takut kak aza fikir apa pulak, dia tak tau yang saya guna keter suami ke UKM...satu sebab road tax satu lagi sebab suami yang cadang untuk elak sakit pinggang saya jadi kronik sebab mula2 saya cakap saya nak ambil keter baru, tapi dia tak bagi...cam biasa, kan saya nak belajar taat suami..maka ikut jerlah cadangan suami...


maka saya pun menepi jerlah, takdelah duduk dekat suami, duk jauh jer pepandailah bawa diri dan kak aza pun minit2 terawal tu buat tak tau jer kat saya, sibuk urus zubair pun yer jugak, pastu sibuk bincang dengan suami sekali tambah2 doktor pun ada masa tu, so saya pun dapat rasa perasan cemburu kalau saya berada dalam situasi macam tu....macam saya ni lelebih pulak, walhal anak dia yang sakitnya...

Tapi cik ayang ada, saya borak dengan cik ayang [kakak kak aza] jerlah. dan saya dapat rasakan yang saya lebih selesa berborak dengan cik ayang dari kak aza...tak perlu nak cover banyak benda sangat. Lagipun cik ayang ni kan bekerja mungkin tu sebab lebih sesuaikan...tambah2 kak aza kalau cakap banyak simpulan bahasa, bahasa berlapik saya ni pulak berterus terang jer orangnya..tu sebab bila cakap ngan kak aza saya perlu beberapa saat untuk proses makna sebalik apa dia cakap tu...tapi tu kadang2lah...


Tapi lepas selesai semua tu kak aza baru datang kat saya, tanya saya tau tak kak cik cakap tadi [tengahari] doktor ada cakap kat dia, Zubair ni buah pinggangnya bocor...tu yang dia kata terus lemah lutut bila dia dengar camtu...tapi cik ayang cakap tunggu jerlah kita tanya doktor betul2 apa ceritanya...

tapi saya rasa bendanya sama cuma doktor guna istilah yang senang difahami, bocor yang dimaksudkan tu adalah fungsi menapisnya rosak, tu sebab protin dan air keluar..tapi kak aza dengar bocor tu macam kronik jer tu yang bergenang air mata dia cerita kat saya...ntahlah..susah saya nak cakap perasaan saya masa tu....nak cakap lebih nanti kak aza kata pandai sangat pulak....ntahlah..

Tapi balik lepas maghrib tu bincang2 dengan ayah dan ayah positif jer, yakin kuasa allah anytime nak kasi penyakut dan anytime juga boleh tarik balik penyakit tu. Tak payah nak kronik2 sangat. katanya balik nanti kita bagi habbatus sawda'...sunnah kan makan habbatus sawda ni sebab rasulullah kata semua penyakit boleh disembuhkan oleh habbatus sawda kecuali maut...dan ayah yakij ikut sunnah akan dapat kejayaan...tapi tulah kak aza masih kronik juga....dan ayah macam nampak 'malas nak layan' dan bila saya tanya ayah apa yang dia bincang dengan kak aza panjang lebar sebelum balik tu...dia boleh ajwab..."ntah...abang masuk telinga kanan keluar telinga kiri..." boleh pulak gitu....

Dalam pada tu, ayah buka cerita lama, along masa kecik [sekola rendah] juga ada masalah buah pinggang sampai doktor minta kebenaran ambil air tulang sum sum tapi ayah tak benarkan...alhamdulillah sampai sekarang along allah bagi sihat....macam tu juga zubair, doktor boleh cakap dan rawat apa sekalipun tapi Allah yang akan bagi sembuh sebab dia nak tengok sejauh mana iman Hambanya dan masa nilah kita nak betulkan iman yakin kita...asbab buah pinggang zubair jadi bengkak tapi sebenarnya semua dari Allah belaka...kadang2 perlu cakap2 iman ni untuk kesedaran diri kita....bukan kita menolak ketentuan logik dunia perubatan tapi hakikatnya sebagai islam itulah keyakkinan yang wajib kita pegang, semua dari Allah..

Allah boleh buat sesuatu ikut asabab, melawan asbab atau tanpa asbab...allah bagi mudharat dan allah bagi manfaat.

Seorang anak lahir asbab ada ibu dan ada bapa, tapi dengan kuasa Allah, nabi Isa lahir tanpa bapa, hanya ibu Mayram sahaja...maka itulah namanya kuasa allah...

Sesuatu boleh memotong asbab pisau, tapi nabi ismail bila disembelih nabi ibrahim, pisau yang sepatutnya memotong tidak memotong nabi ismail tetapi menukar kepada kibasy...

Macam api yang membakar nabi ibrahim bertukar kepanasan kepada kesejukan...


Banyaklah kalau nak cakap apsal asbab ni, semuanya dari allah, kita makhluk takde sikit pun kuasa dan kudrat...doktor pun sakit dan mati walaupun pakar dalam segala jenis penyakit dan master dalam pengetahuan penjagaan kesihatan...


Oh yer...saya nak cerita pasal malam sabtu yang saya balik dari hospital jam 12.30 malam tu....kebetulan tu kan malam minggu, sebab jalan nak ke rumah ni jadi laluan mat2 rempit berlumba maka polis selalu buat road block tengah2 malam tu...



Mula2 saya tak nampak road block tu sebab mata mengantuk bawak [un slow and steady jer tetiba keter satria purple depan saya secara mendadak membelok ke simpang kanan [simpang terakhir sblm road block tu] saya puj terkejut dan macam tersedar dari lamunan. tengok2 alamak.....kt deoan ada banyak kon polis dan ada ramai polis pegang lampu suluh bagi isyarat kat keter2 suh ketepi...masa ni dalam hati tawakal ajerlah...dah salah [road tax insuran mampus] terima jerlah bayar jerlah saman tu...




tapi dalam hati sambil tekan minyak ke arah polis tu, doa juga, ya allah peliharalah aku, selamatkan lah aku...kau yang berkuasa, aku nak ikram anak tiri bukan sesuka tak renew road tax....kira masa ni memang dah paras leher dah harapan saya untuk melepaskan diri sebab memang polis tu suluh setiap satu tampalan cukai kat sebelah kiri cermin tukan...




Tapi tulah kan....macam saya cakap Allah berkuasa, punyalah besar 26 disember 2008 tulis kat situ, allah tutupkan pandangan polis tu kot...dia boleh tak perasan, saya terlepas macam tu jer....hah camana....lega tak rasanya..tentulah kan..selamat duit dan takdelah malu kalau dia tau saya ni BPR tapi road tax takde...jangan2 dia pulak kenal saya...dan mana tau nanti heboh plak ketua unit siasatan BPR negeri sembilan bawak keter takde road tax...kami selalu gak tangkap polis trafik...kan ker jabatan malu {jangan cakap sesapa ni yer, yg saya tau 23 orang pembaca blog saya ni, kalau bocor 23 orang nilah yang bocorkan rahsia saya]



Tu jerlah dah ngantul dah ni, esok kuliah batal, pagi2 hantar hani terus ke hospital, kak aza dah pesan suh pergi sebab kak cik takleh diharap sangat bab2 nak tanya2 doktor ni....takat jaga adikinya dia taulah...

Sunday, January 4, 2009

Terkini

Terkini Zubair


[entry panjang lagi ayat berbelit...takde edit sebab penat yg amat tapi nak citer juga takut terlupa kalau ditangguhkan]


Asslamualaikum w.b.t



Saya baru balik dari hospital. Lepas subuh saya bergerak dari rumah tadi, sampailah sekarang jam 8 malam lebih barulah jejak kaki ke rumah semula.



Pagi2 tadi saya sampai tu suku jam lagi nak jam 7 tapi keadaan masih gelaplah jugak, dan parking kat HTJ ni pun banyak lagi yang kosong.



Sampai2 tu ayah tengah baring2 dan zubair pun dah bangun. Masa perjalanan nak pergi tu cari juga kot2 ada kedai jual nasi lemak nampaknya semua gelap lagi almaklumlah hari minggu.



Terkilan juga kat adik dari melaka yang dah jaga 7 hari anaknya di sini sejak dipindahkan dari melaka, dia kirim nasi lemak pada saya. tapi kedai tak buka....sampai2 tu saya minta izin suami ke kafetaria nak carikan juga dia nasi lemak. Kebetulan adik tu sebelah kampung saya, dia duduk bukit Lintang.



Subuh2 tu juga, sempat saya capai kicap manis cap udang dalam peti ais sebab semalam sayu sangat anak dia yang dalam rawatan dialisis tu nak kan kicap bukan menangis biasa lagi tapi mengamuk sakan semata2 nak kicap tapi dah malam mana nak cari kicap...menendang2 dia sampai tapak dialisis dia kat peha terbuka jahitannya...malam tadi kena jahit semula...doktor nagi 3 kali dos ubat tido pun tak jalan..tapi siang tadi bangunyya sampai jam 11 pagi sebab ubat tu dah jalan kot....



Malam tadi balik pun lewat kedai pun tutup apa yang sempat jerlah saya ambil, tadi minta maaf kat adik tu banyak2 sebab beri kicap lebihan saya guna tapi nampak adik tu berbesar hati, dan pagi tu nasi lemak saya belikan tu adik yang dah rosak buah pinggang tu makan taruh kicap banyak2...sian sungguh saya tengok...maklumlah lapar lepas tido lama...



Balik pada cerita zubair, dari subuh tu, ayah terus ke markaz sayalah yang tengok zubair sampailah jam 4 petang tadi lepas umminya datang. Pagi tadi doktor pakar terangkan kat saya yang simptom nephotic syndrom ni ada pada zubair tapi setakat ni tak pasti lagi sebab kriteria tu belum sepenuhnya ada pada zubair. Cuma bengkak badan tulah yang ketara.



Bacaan dalam urine test semalam menunjukkan kandungan albumin dalam urine dia pada paras 2+, dan bagi kriteria Nephotic syndrom ni memerlukan melebihi paras 4+. makanya urine yang pagi tadi akan ditest untuk dapatkan keputusan kandungan albuminnya...doalah biar kurang dari 2 pulak..keputusannya mungkin akan keluar sebelah petang esok, saya pulak yang berdebar2.



Sekiranya bacaan kurang dari 2+ maka zubair boleh discharge 2 hari lagi dan tak perlu ambil steroid. Kalau kriteria nephotic syndrom ada, doktor akan ajar ibu macamana nak test kandungan protin dalam urin zubair dan kalau tinggi barulah kena ambil steroid bagi tempoh 2 bulan berterusan. Kes macam ni agak remehlah sebab lama proses rawatannya tu, berbelas tahun...



Steroid ni khabarnya kena ambil sampai umur 14 tahun, sekali ambil 9 biji, lepas sehari 6 biji. Kebetulan pesakit depan katil zubair Sakhti, 7 tahun dah 2 tahun ambil steroid...admit hospital sebab demam. Kurus sangat budaknya....takutnya kalau zubair jadik gitu...




Saya ada borak2 dengan maknya. Katanya sindrom ni boleh jadi serius, dalam tempoh tu sebab anak saudara dia lepas umur 14 tahun, sebelum sempat didiagnose dah mati sebab buah pinggannya dah rosak....takutnya dengar...




Malam2 jaga Zubair tu kak aza semedang mesej menyatakan kerisauannya dan tak dapat tidur....sedih sangat dia...tapi saya bagi mesej2 positif ajer...sampailah ke pagi ni, setiap inci perkembangan zubair yang doktor bagitau semua saya called dia bagitau jangan nanti dia tak tau perkembangan zubair...



Dia rasa bersalah tu tapi nak buat macamana Sofiyyah tak boleh renggang dan kak aza dah try pump teteknya tapi dia tak pandai pakai manual, nak beli alat pun tak dan...sebab tadi siang urus pasal sekolah anak lagi...



Sepanjang semalam dan siang tadi memang takde masalah langsung jaga zubair sebab suhailah ada, malahan budak duorang tu aktif sangat, saya bawa mainan suhailah dan belon makanya tiup belon main tangkap2 belon, semua yg memandang pulak pelik, tanya mana satu yang sakit sebab dua2 nampak sihat...pastu cam biasa tanya mana satu adik.abang..kakak..jenuh ulang cerita sama...sebab muka beza...tapi dua2 manja berebut2 nak duduk atas peha saya....Allah maha kaya kan....saat2 macam ni manja benar zubair dengan saya...nak tido pun nak pegang tangan ammie....sama jer cam hani sifat dia w.pun dia lelaki...



Tapi tadi sebelah tengahari dah mula mencabar, bukan sebab zubair tapi sebab suhailah...dia mula rasa cemburu yang melampau sebab saya bagi layanan lebih pada zubair...dia jeles dan bawa diri menangis mengongoi kat kerusi malas, jenuh pujuk tak jalan...lama2 malas nak pujuk tapi menjadi2 pulak....katanya mmie tu sayang kat zubair jer tak sayang kat kakat apa kakak cakap ami tak nak dengar ammie tak layan...yerlah saya memang perhati lebih kat zubair, takut dia lari2 terhantuk terjatuh ker....yerlah jangkitan kuman pun mudah pada pesakit macamni...so memang mata saya banyak kat zubair dan mulut pun banyak tegur itu ini pada zubair...lagipun ojaga anak orang lain macam rasanya...tambah2 kak aza dah percaya kat saya...



Lama2 saya ambil dia terus dokong [walhal pinggang sakit tu] ..pujuk2 terus tidur atas kerusi malas ... yerlah semalam tido jam 1 pagi bangun jam 6 [sampai dalam toilet pg tadi sempat tidur atas bowl yg bertutup tu, masa pakai seliar pun sama separuh jalan dia sempat landing atas katil tido kejap]....takper itu namanya korban dan ikram...lepas hani tido, zubair takde kawan dia pun tido juga...malam ni Khairin anak kak aza suami dulu yg umur 16 tahun tu jaga.



Tadi kakak kak aza yang ke melaka sukarela ambil khairin di madrasah dia...w.pun ayah tak setuju dengan tindakan kak aza ambil khairin, tapi cam biasa kak aza tetap ambil nasihat cik ayang [kakak dia] dan ketepikan fikir suami. Memang susah nak belajar taat suami ni..sebab kita selalu fikir logik, fikir nak senang ikut kepala kita....sedangkan kan allah perintahkan kita taat suami [kalau manusia itu dibolehkan menyembah sesama manusia nescaya akan kusuruh isteri menyembah suami ~firman nabi kalau tak salah] sebab ada hikmahnya kalau kita taat suami ni cuma kita tak nampak on the spot! Tadi sebelum zohor suami datang hospital, masa tu kak aza tak datang lagi, berapa kali suami cakap dia frust sebab kak aza buat keputusan sendiri.



Tambah2 suami baru tau kak aza dah angkut baju dia dengan anak2nya semua ke rumah mak dia, w.pun taman sebelah tapi sekali lagi dia tak minta izin suami....camana tu.. kan redha allah tu letaknya pada redha suami....nak cakap kat kak aza kang dia kata saya jaga tepi kain rumahtangga dia pulak..macam terlebih pandai...walhal sendiri pun sama dua kalai lima....



Saya takutlah pulak kalau2 apa2 saya buat suami tak redha...jauhkanlah saya dari tindakan macam tu...sebab agama ni takleh fikir ikut logik..macam kita ambil wudhu' pastu kita terkentut..maka batallah wudhu' kita..kalau iku logik, kita basuh kat tempat kentut tu jer...sebab tempat lain tak terjejas, tapi agama islam kata kita kena ambil wudhu' semula..sebab itu hukum! Macam tulah...kita kena ikut hukum juga..kadang tak nampak logiknya dimana....



Tadi saya balik hospital saya gi The store sebab hani dah lama nak minta tindik telinganya [kakak dia, hani syakira punya pujukanlah ni] , dah sampai poh kong lepas tindik, tak sah pulak tak beli barang seketul dua...ceh ayat macam dahsyat jer. Takdelah beli emas banyak pun tak sampai semayam pun...saya belikan hani buah rantai jer...penat hani pilih macam2 corak butterfly lah, mickey mouselah, love lah...akhirnya kuasa veto saya...loket bulat ada corak tepi2 ada gambar bunga raya tengah2...dulu kecik2 saya pakai gitu juga..pastu masa hidup susah lepas keluar U [kemelesetan ekonomi] saya gadaikan..terus tak tebus..mak tanya buat diam jer..walhal mak beli masa saya umur 12 tahun tu....




pastu hani ajak naik atas...sekali lagi terjebak...ada lah pulak 79% diskaun set Comforter, ntah kenapa beli untuk bilik master plak, yang saya tido dengan hani tu, walhal patut beli bilik kedua yang suami tido tu [sesekali saya temankan ler] sebab coraknya tu menarik dan menepati tema, sebab bentuk bibir2 yang seksi....wah tak pernah beli corak camtu selama ni suka yang abstrak jer...


tetiba tadi nampak tu jer cam tertarik....dari 559 jadik 129...ntah betul ntah tidak harga asalnya tu...tapi yg penting 100% cotton...kira set ni yg paling murahlah saya pernah beli [selepas diskaun]..terkagum dan bangga kejap...yerlah selalu comforter ada disakun murah2 cuma saya kurang jalan dan malas survey...sesuailah bg org yg malas survey cam saya ni...



Selain tu, belikan baju zubair... kak aza ni macam berbau plak hidung dia...tau2 jer saya ke the store, so tgh syok telek kasut baby...dia called tanya saya mana, elk2 jer tau the store, dia suh beli seluar zubair sebab tak bawa stok cukup, maklumler kakak dia yg tak kawin tu kemas beg baju...tak ada anak...lain fikirnya...zubair tu ada drip kat tangan, tapi baju ada butang depan selai jer, lain2 semua t shirt..kan susah nak masuk tangan..nak kena bengkok2kan..sakitlah..seluar plak kentol2 belaka....pastu gatal jer tangan ni pi ambik kasut sofiyyah yang ada kartun2 tu dan dua helai overall baby..alahai comelnya..tak sabar nak tengok dia pakai...amboi mak tiri lelebih plak...gitu gini bayar emas campur baju2 dan lain2 dekat RM 600...3 hari ni belanja dekat seribu...family store barang saya + kak aza dan 300 lebih, bagi angah [sedekah] potong rumput seratus, tadi 600...kalau tau dek suami saya ni mesti dia kata membazir.....tapi semua tu saham akhirat tu....yg brg2 saya tu sah2 membazir semua barang kehendak bukan keperluan tu....[barang2 dalam yg mahal tu...saja beli baru kasi semangat sikit nak ke kelas yg akan start esok...dahlah baju semua pakai yg lama]



Tadi ada ceritalah, masa nak balik saya pi kat zubair bagitau dia ammie nak balik ni, dia bantai takmo salam, sebab dia tak bagi saya balik..alahai terharunya saya...depan ummie lak tu. so taulah umminya saya ni ikhlas [baiklah tu, :)]tolong jaga, budak2 pun taukan kalau kita ni ikhlas...tu sebab dia tak kasi saya balik...sedih jer dia pegang tangan saya. Umminya pujuk2, kata ammie datang lagi esok....pastu baru senyum dan bagi balik...salam2 cium pipi semua...allah nak tunjuk depan kak aza yang zubair tunjuk kasih sayang dia pada saya...




Bukan saya buat apa sangat nak ambik ati dia, tapi saya buat apa yang sepatutnya seorang ibu buat...cuma keciwa sket pagi tadi penicilin hanya dapat bagi separuh jer, sebab zubair nangis2 takmo dah...kang paksa melalak sapa lak nak pujuk....tapi bukti saya bagi perhatian lebih kat zubair terserlah melalui rajukan sihailah...jenuh saya dokong pujuk suhailah pastu tepuk2 baru tidur....nampak sangat anak kera dihutan disusukan anak sendiri mati kelaparan...




Sepanjang saya jaga juga saya terharu sebab sekali pun zubair takde merengak nak ummi, atau nak ayah...tanya pun tidak....nampak sangat dia happy dan tak kisah duk dengan saya. malam ni tadi kak aza called saya lagi minta tolong pagi2 esok datang lagi hospital masa doktor nak cek tu sebab khairin tak tau apa lagi....dia nak suh saya yang dengar apa doktor tu cakap, tadi pun nak balik ajar dia camana nak sukat semua yang zubair minum, dan sukat juga setiap kali dia kencing..semua tu kan kena catitkan..pastu kalau zubair berak tengok tekstur taiknya, kencingnya berbuih ker tidak....nampak simple tapi remeh jugak....



Insyalllah pagi esok saya hantar hani dulu sekolah, selasa nanti baru daftar kot...esok minta maaf jer dengan cikgu esok sebab ada emergency case kan....alhamdulillah nampaknya kak aza dah mula yakin dan percaya pada saya banding dulu2....sebenarnya bukan mudah nak bina yakin dia ni....saya nak cakap atau nak cerita kat blog ni tak tau pulak camana nak luahkan tapi semua tu hanya saya dapat rasakan sendiri....sebab saya dapat bezakan orang percaya kita dengan penuh ikhlas atau tidak sebab lain caranya kalau dia percaya kita tapi sekadar cakap kat mulut jer...



Saya harap semua ni ada hikmahnya...dan harap kebaikan dan rahmat datang dalam rumatangga kami. saya nak cakap kat suami yang dia perlu syukur banyak2 sebab dapat siteri macam kami, saling lengkap melengkapi. Tapi tugas nak didik kak aza taat dengan suami belum mampu saya penuhi walaupun suami ada juga kata, ko cakaplah dengan madu ko tu....didik dia sikit...nampaknya suami macam give up nak tegur dan nasihat kak aza sebab katanya madu ko tu takkan terima apa abang cakap..mesti jadik lain macam nanti...baik abang biarkan jerlah...makin lama saya tengok macam makin kronik jer hubungan mereka ni secara lahir tak nampaklah [nampak mesra jer] tapi cara dan gaya nampaknya makan dari dalam...takut nanti tiba2 meletup jer...



Saya ni nampak jer cergas dan aktif ke sana ke sini dengan kerja yang nampak ganas, tapi tulah dalaman saya masih konvensional dan hormat dan taat pada suami tu masih pada paras yang tinggi walaupun dalam blog saya kata macam2 kat suami. tapi percayalah dalaman dan hati saya takdelah seburuk mana...tulah agaknya jodoh saya kekal dan saya masih lagi diberi lagi dan lagi nikmat kasih sayang...syukur sangat2..tak semua orang dapat merasa nikmat kasih sayang sekali lagi selepas malam pertama, tapi saya sejujurnya diberi peluang merasa sebahagian kecil satu2nya nikmat kasih sayang yang diturunkan dari syurga tu....adn syukur juga saya panjatkan kerana selama ini saya dibesarkan oleh seorang ibu yang sentiasa meletakkan suami tempat paling utama...sampai hari ni saya masih tak mampu buat apa mak saya buat pada abah saya masa hayatnya...sungguh mak sayalah idola saya dalam hal taat dan layan suami ni...

Ujian lagi

Ujian lagi


Assalamualaikum w.b.t


Kan hamba yang allah sayang akan diuji. dan Allah menguji takkan berhenti. Bagi hamba yang menerim aujian dengan sabar maka ditingkatkan darjatnya.

Mungkin Allah telah pilih kami untuk terus diujiNYa. Saya pun kena banyak2 minta mapun sebab cakap yang bukan-bukan kat madu saya, semua tu prasangka buruk belaka.


Semalam setiap inci pergerakan dia dari rumah maknya dan cadangan nak bawa Zubir ke KPJ tu dimaklumkan saya via HP. Rentetean cerita itu berakhr apabila Zubai akhirnya warded di Hospital Tuanku Jaafar.

Lebih kurang jam 3 macam tu kak aza bagitau saya, wad tempat zubair dimasukkan dan minta saya top upkan dan bawakan ais untuk demah zubair yang mula demam.

Dengan hati yang berdebar2 dan tak sangka kes bengkak badan zubair serius saya pun terus memecut dengan hani ke sana. tak sampai jam 4 saya dah dapat tengok anak tiri saya tu.

Masayaallah respond pertama saya hanya melelh air mata jer, salam kak aza pun air mata saya dah bergenang. Kesian betul tengok zubair yang memang agak tirus mukanya [ada dalam entry lesung pipit masa saya buat entry lesung pipit anak2 suami saya].

Tapi semalam dengan muka yang bulat, mata yang agak sepet dan kulit yang agak cerah banding biasa, betul2 buat saya terkejut dan betul2 kesian.

Tangan yang berdrip dan kesan bengakak2 sebab doktor di hospital PD dah ambil 5 botol darah untuk diuji. Baring jer masa tu zubair letih agaknya dari PD trus di bawa dengan ambilance ke seremban.

Mujur hani ada bawa sesikit mainan dia, bila 'la' {suhaila} datang barulah zubair ceria dan bercakap2 dengan hani dan kemudian lama sikit barulah duduk dan main2 dengan hani.


Lama-lama barulah zubair cakap2 dan gelak dengan La dan kemudian terus turun ke bawah main2 dengan La.

Masa saya sampai suami pun ada, dia pun baru sampai. Semua masih dalam keadaan terkejut dengan keadaan zubair. Setakat ni doktor suspect masalah buah pinggang.

Neophotic syndrom namannya. Semua kanak2 bawah 5 tahun ada kebarangkalian kena. Dimana penapis protin dalam buah pinggang tak berfungsi menyebabkan air merebak satau badan.

Itu yang menyebabkan bengkak. Rawatan dan kaedah perubatan untuk pulih ada. Tetapi kawalan terhadap pesakit ini dalam jangkamasa panjang sampai 14 tahun doktor kata, kalau tak dikawal disitulah kebarangkalian buah pinggang rosak teruk.

Dari jam 4 tu sampailah jam 12 saya menunggu zubair. Dalam jam 6.30 kakak kak aza datang abwa sofiyyah untuk menetek. Dan leps maghrib kak aza kena balik sebab sofiyyah memang bergantung sangat dengan tetek maknya tu.

Mulanya kak aza cadang kakak dia yang akan tunggu zubair, tapi sebab ayah dah datang ayah kata biar dia yang jaga. Tapi malam sabtu biasalah ayah akan mesyuarat di markaz dan semalam kan hari ke 3 ayah keluar 40 hari dan ditetapkan di kawasan negeri sembilan. Utk 6 hari ni ayah akak buat dakwah di senawang, so bolihlah in off tengok zubair.

Lepas maghrib kak aza balik dan aayah memang lagi awal balik, saya dengan hani lah yang meneman dna menjag azubair.

Orang dan doktor tak pelik sebab saya jaga kerana zubair tu memeng ada rupa saya, itulah yang mak2 pesakit lain pelik bila saya kata ini anak tiri, diorang akan tanya sebab nampak hani pun ada sama, mesti diorang tanya mana abang atau hani ni kakak ke adik....pastu berlanjutanlah citer yang saya ni ebrmadu..mesti semua terlopong jer dengar bila tengok saya ibu tiri jaga, dan bila saya cakap yang berpurdah tadi dokong anak kecik tu maknya.....tapi dah balik...

Allah sangat kaya juga, semalam Zubair langsung tak bermasalah, main dengan elok, air kencing dan minumannya semua kena disukat bilangan ML nya. Patutnya ayah kata nak datang jam 10 malam, tapi sampai jam 11.30 barulah ayah sampai.

Bila datang tu, ayah nak makan capati [yg dibeli dari asar] so saya siap2kan smaai abis makan saya kemas, dan nak pergi tu saya dah buatkan zubair susu [botol] dan dah tidokan zubair, siapkan tempat tido ayah [kerusi malas] dan zuzun apa-apa yang patut ikut kesesuaian ayah bergerak, takdelah dia susah2 nak ambil botol kencing zubair dan air masak semua saya letak dekat2 dia.

Pagi ni ayah suh datang jam 6 am tapi arsanya lewat sikitlah, sian pulak hani malam tadi dah balik lambat, pagi cepat sangat plak nak pergi dah...dalam 6.30 saya geraklah kot...ada pulak pesakit sebelah zubair tu alahai kecik sgt dah kena buat dialisis maknya dah sebulan kat hospital, dari melaka dianya tu, minta saya belikan nasi lemak pulak, jam 6 manalah nak carikan? Anaknya 7 tahun malam tadi melalak2 nak kicap, tu yang saya kang bawakan kicap manis saya tu..kesian sangat tengok budak tu...

Oklah...ikram muslimin ni besar ganjarannya, nanti allah bagi kita sifat tawadhu'. saya tak anggap apa saya buat ni macam besar sangat peranannya, takde, yang aya anggap ni masa kak aza, nanti masa saya, mungkin allah hantar orang lain yang tolongkan...

Ok, nanti update lagi, tolonglah doakan anak tiri saya tu yer, kecik sangat lagi...kesian saya tengok...sedih tengok dia..nak tido malam pegang jer tangan saya, kalau gi toilet siap dia cakap ammie jangan pergi lama-lama..apalah yang dia tahu....saya anggap dah macam anak saya sendiri jer...