Sunday, January 4, 2009

Ujian lagi

Ujian lagi


Assalamualaikum w.b.t


Kan hamba yang allah sayang akan diuji. dan Allah menguji takkan berhenti. Bagi hamba yang menerim aujian dengan sabar maka ditingkatkan darjatnya.

Mungkin Allah telah pilih kami untuk terus diujiNYa. Saya pun kena banyak2 minta mapun sebab cakap yang bukan-bukan kat madu saya, semua tu prasangka buruk belaka.


Semalam setiap inci pergerakan dia dari rumah maknya dan cadangan nak bawa Zubir ke KPJ tu dimaklumkan saya via HP. Rentetean cerita itu berakhr apabila Zubai akhirnya warded di Hospital Tuanku Jaafar.

Lebih kurang jam 3 macam tu kak aza bagitau saya, wad tempat zubair dimasukkan dan minta saya top upkan dan bawakan ais untuk demah zubair yang mula demam.

Dengan hati yang berdebar2 dan tak sangka kes bengkak badan zubair serius saya pun terus memecut dengan hani ke sana. tak sampai jam 4 saya dah dapat tengok anak tiri saya tu.

Masayaallah respond pertama saya hanya melelh air mata jer, salam kak aza pun air mata saya dah bergenang. Kesian betul tengok zubair yang memang agak tirus mukanya [ada dalam entry lesung pipit masa saya buat entry lesung pipit anak2 suami saya].

Tapi semalam dengan muka yang bulat, mata yang agak sepet dan kulit yang agak cerah banding biasa, betul2 buat saya terkejut dan betul2 kesian.

Tangan yang berdrip dan kesan bengakak2 sebab doktor di hospital PD dah ambil 5 botol darah untuk diuji. Baring jer masa tu zubair letih agaknya dari PD trus di bawa dengan ambilance ke seremban.

Mujur hani ada bawa sesikit mainan dia, bila 'la' {suhaila} datang barulah zubair ceria dan bercakap2 dengan hani dan kemudian lama sikit barulah duduk dan main2 dengan hani.


Lama-lama barulah zubair cakap2 dan gelak dengan La dan kemudian terus turun ke bawah main2 dengan La.

Masa saya sampai suami pun ada, dia pun baru sampai. Semua masih dalam keadaan terkejut dengan keadaan zubair. Setakat ni doktor suspect masalah buah pinggang.

Neophotic syndrom namannya. Semua kanak2 bawah 5 tahun ada kebarangkalian kena. Dimana penapis protin dalam buah pinggang tak berfungsi menyebabkan air merebak satau badan.

Itu yang menyebabkan bengkak. Rawatan dan kaedah perubatan untuk pulih ada. Tetapi kawalan terhadap pesakit ini dalam jangkamasa panjang sampai 14 tahun doktor kata, kalau tak dikawal disitulah kebarangkalian buah pinggang rosak teruk.

Dari jam 4 tu sampailah jam 12 saya menunggu zubair. Dalam jam 6.30 kakak kak aza datang abwa sofiyyah untuk menetek. Dan leps maghrib kak aza kena balik sebab sofiyyah memang bergantung sangat dengan tetek maknya tu.

Mulanya kak aza cadang kakak dia yang akan tunggu zubair, tapi sebab ayah dah datang ayah kata biar dia yang jaga. Tapi malam sabtu biasalah ayah akan mesyuarat di markaz dan semalam kan hari ke 3 ayah keluar 40 hari dan ditetapkan di kawasan negeri sembilan. Utk 6 hari ni ayah akak buat dakwah di senawang, so bolihlah in off tengok zubair.

Lepas maghrib kak aza balik dan aayah memang lagi awal balik, saya dengan hani lah yang meneman dna menjag azubair.

Orang dan doktor tak pelik sebab saya jaga kerana zubair tu memeng ada rupa saya, itulah yang mak2 pesakit lain pelik bila saya kata ini anak tiri, diorang akan tanya sebab nampak hani pun ada sama, mesti diorang tanya mana abang atau hani ni kakak ke adik....pastu berlanjutanlah citer yang saya ni ebrmadu..mesti semua terlopong jer dengar bila tengok saya ibu tiri jaga, dan bila saya cakap yang berpurdah tadi dokong anak kecik tu maknya.....tapi dah balik...

Allah sangat kaya juga, semalam Zubair langsung tak bermasalah, main dengan elok, air kencing dan minumannya semua kena disukat bilangan ML nya. Patutnya ayah kata nak datang jam 10 malam, tapi sampai jam 11.30 barulah ayah sampai.

Bila datang tu, ayah nak makan capati [yg dibeli dari asar] so saya siap2kan smaai abis makan saya kemas, dan nak pergi tu saya dah buatkan zubair susu [botol] dan dah tidokan zubair, siapkan tempat tido ayah [kerusi malas] dan zuzun apa-apa yang patut ikut kesesuaian ayah bergerak, takdelah dia susah2 nak ambil botol kencing zubair dan air masak semua saya letak dekat2 dia.

Pagi ni ayah suh datang jam 6 am tapi arsanya lewat sikitlah, sian pulak hani malam tadi dah balik lambat, pagi cepat sangat plak nak pergi dah...dalam 6.30 saya geraklah kot...ada pulak pesakit sebelah zubair tu alahai kecik sgt dah kena buat dialisis maknya dah sebulan kat hospital, dari melaka dianya tu, minta saya belikan nasi lemak pulak, jam 6 manalah nak carikan? Anaknya 7 tahun malam tadi melalak2 nak kicap, tu yang saya kang bawakan kicap manis saya tu..kesian sangat tengok budak tu...

Oklah...ikram muslimin ni besar ganjarannya, nanti allah bagi kita sifat tawadhu'. saya tak anggap apa saya buat ni macam besar sangat peranannya, takde, yang aya anggap ni masa kak aza, nanti masa saya, mungkin allah hantar orang lain yang tolongkan...

Ok, nanti update lagi, tolonglah doakan anak tiri saya tu yer, kecik sangat lagi...kesian saya tengok...sedih tengok dia..nak tido malam pegang jer tangan saya, kalau gi toilet siap dia cakap ammie jangan pergi lama-lama..apalah yang dia tahu....saya anggap dah macam anak saya sendiri jer...

1 comment:

payarumput21 said...

Salam..

Allah.. sedih mendengar cerita Zubair.. akak dah merasa banyak kali keluar masuk hospital sebab anak2 ni.. lebih2 lagi Aiman tu lahir tak cukup bulan.. and ke tiga2 anak2 akak.. semuanya lelah..

Setakat ni alhamdulillah.. gerak hati seorang ibu yang tuhan bagi tu selalu betul.. mcm la kak aza.. bila dia rasa ada yang tak kena pd zubair.. tu la gerak hati yang tuhan bagi..

Kawan akak sorang kat lukut pun sama.. anaknya sakit sama cam zubair.. masuk ni dah dekat 5 tahun di diagnose.. siannn..

apa2 pun.. akak sentiasa mendoakan yang baik2 buat kamu dan keluarga (**tak kiralah kamu atau kak aza.. anak kamu atau anak2 kak aza..**) memang dugaan sungguh bila anak2 tak sihat ni..

Jangan lupa jaga kesihatan diri sendiri yea..