Tuesday, January 6, 2009

Zubair Discharged



Zubair discharged




Assalamualaikum w.b.t




Tengahari tadi Zubair dah boleh keluar. Saya uruskan semuanya. Ambil ubat dan bayar bil, patut boleh keluar awal tapi sebab saya step mother yang tak duduk sekali doktor nak juga ibu atau ayah sebab doktor nak ajar macamana nak monitor kencing zubair dan macamana nak bagi ubat kat dia....




Walhal saya yang lebih tahu pun semuanya sebab kan saya yang banyak dengar apa doktor cakap....dan cepat2 saya call ayah suh datang. Bila ayah datang, terus doktor ajar, tapi saya siapkan pen dan buku catit setiap patah perkataan yg doktor cakap tu.






dan habis doktor cakap terus saya tanya soalan2, antaranya soalan2 dari kak aza dan soalan2 dari saya. Macam wartawanlah tadi...doktor pun nak cakap tunggu saya angkat muka lepas buat catitan....




Banyak soalan saya, apa side effect steroid, camana kalau bacaan berturut2 4+, apa nak buat, boleh ambil rawatan atau ubat lain...kesan fizikal/emosi dari pengambilan berterusan steroid tu..apa do and don't semasa tempoh ambil ubat, camana fungsi buah pinggang dia sekarang, ada kesan pada pemprosesan darah tak, perlukan kurangkan pengambilan protin...banyak lagilah..sampai lama2 doktor tu cakap, saya rasa mungkin boleh explore internet tentang Nephotic Syndrom ni sebab saya rasa puan semua family educated kan?




Nampak sangat doktor tu letih nak jawab..heheheee, bukan apa nak bagi kak aza puas hati masa saya terangkan kat dia tu...so balik tadi saya bawak kereta ayah terus hantar zubair ke ruamh toknya sebab ummi nya ada kat sana....tapi suami macam biasa tak berapa selesa ak ke rumah mertuanya, saya pun hantar dia ke surau sebab nak kejar solat zohor.




Bila sampai rumah mak kak aza ni yang panjang ceritanya. tepu rasa otaklah sebab saya dari zohor sampai 5.30 kat sana....dari ruang tamu, ke dapur pastu masuk bilik kami berborak. Semua cerita pasal suami.






Now saya tak tau nak sebelah mana. banyak sangat isu dah nampaknya. Balik tadi ambil suami dari surau, ambil hani dan terus hantar suami balik ke tempat jemaahnya. telan mati emak luah mati bapak. Hanya dapat cakap kat kak aza dan suami serta diri sendiri sabar jerlah....rumatangga memang banyak dugaan apatah lagi poligami...




Betul2 otak saya tak boleh terima dah apa2 cerita lepas ni sebab saya sendiri buntu dan tak boleh fikir jalan keluar. Tapi yang pasti bukan cerailah....Jadi sekarang saya rasa letih dan rasa nak tido.




Hani sangat bagus sekarang. sangat patuh tak berani buka TV tengok astro sebab syarat hanya weekend jer astro, malam2 kena baca buku. hani memang baik dan bertuah....syukur saya...dam sekarang azam dia nak solat 5 waktu sehari. Juga mewar-warkan saya betapa dia seronok masuk tadika sebab dah 6 tahun..bangga sangatlah tu dah 6 tahun.....dan sempena tahun baru ni juga dia nak tindik telinga..lepas ni kenalah buat koleksi anting2 macam2 bentuk pulak....

Zubair ceria sebab dah tau boleh balik..tapi punyalah pelik dia nak balik rumah ammie..eh tak rindu ummie ker?

gambar kandid oleh ayah, tu saya nak tunjuk muka zubair tembam, tengok bibir dia jonget tu mata pun sepet....bacaan albumin dalam urine dia sentiasa maximum jer....4+, terpaksalah bergantung kat steroid sampai umurnya 14 tahun [kalau ok lebih awal alhamdulillah]

1 comment:

Ina said...

Wa, cuba amal makan madu + habatussawda. Ada kawan, anak dia AlhaduliLlah