Sunday, March 22, 2009

Sekadar persoalan

Cerita saya dan hani
Assalamaualaikum w.b.t


Semalam ke klinik lagi. Ambil ubat tahan sakit. Sebenarnya risau juga ni. Saya nak buat xray. Tapi tak ada keputusan lagi. Boleh ajer ke kliik kesihatan yang dekat dengan rumah ni, tapi tulah period tak datang2 lagi. Tentu doc taknak buat xray tu.


Saya nak buat scan, nak taulah juga mengandung ker tidak, ayah pulak kata tak payah. Tunggu jer sampai bulan 4 ayah kata. Lepas sebulan baru gi check. Dalam hati saya ni berat mengatakan tak mengandung. takde tanda2 langsung. Dan ayah pulak memangler tak excited hal2 ngandung ni...membuatkan saya pun sama2 hilang rasa excited nak tau mengandung ker tidak.


So semalam ke klinik, doc suruh buat xray lagi, dan katanya mungkin sakit ni ada kaitan menyebabkan tak period. Ada kemungkinanker? So dia cadang saya buat scan untuk sahkan mengandung ker tidak. Nak buat ker tak nak? Ker beli pregnancy test sekali lagi. Saya teringat kat blog Viruspadu yang tengah mengandung skrg ni, 9 kali dia buat pregnancy test, baru dapat keputusan positif, dah masuk minggu ke 6 plak tu...


Pada tahap ni sebenarnya saya takdelah rasa macam nak sangat sangat mengandung. Agaknya sebab keadaan badan tak okay sangat terbayang nanti betapa susahnya kalau saya mengandung. Tambah2 mengenangkan ayah yang OKU. Jenuh juga sorang2 takde bantuan. Kak Aza hari tu lain cerita, anak perempuan dia yg umur 16 tahun yang teman dia masa kat bilik bersalin, yang jaga dia dalam pantang, kira dah ada anak besar untuk bantu dia. Ayah takat bantu tolong hantar ke Annur Bangi tu jer...


Tapi kalau dah mengandung tu okaylah juga, satu bonus. Tapi janganlah macam mengandungkan hani, langsung takde selera makan, cengkung muka, hari2 gigil perut dan kepala lutut kerana kelaparan tapi terseksa sebab takde selera nak makan. Hanya nak makan bubur panas2 tu. Zaman tu takde lagi bubur McD tu. Mujur juga selain bubur saya nak juga makan pisang emas. Seksa sangat woo, sampai beranak takde selera nak makan, dalam pantang pun sama...


Saya pulak takde rasa desakan nak ke pharmacy sekali lagi beli pregnancy test. tau2 jerlah kan kalau preggy pun gembira tu takde nak kongsi dengan pasangan kecuali dengan hani. Ayah memang takde rasa apa2 kalau saya mengandung, alaaah orang baru dapat anak. Saya dah tanya dah apa perasaan dia kalau saya mengandung...apa jawabnya? katanya...beranak jerlah bukan abang boleh kongsi pun..merasa sendirilah...adaker...tapi dah biasa dah, tak rasa apa pun...diri dia sakit pun tanggung sendiri juga,kan?


Saya pulak, sejak tahun ni desakan nak dapat anak tu takde menggila macam dulu2. Agaknya usia meningkat ni menyebabkan saya rasa macam dan tambah anak tu mustahillah pulak. Dan bila tengok sofiyyah tu rasa macam saya pun dapat sama kongsi rasa macam dapat anak sendiri jugaklah....tambah2 bila dia melalak terjerit2 tak keruan tu kadang rasa juga bebannya kalau ada anak kecik. nak bangun malam menetek..nak mandi2, nak siap2kan dia, nak jalan kemana2 pun leceh...terbayang pulak susahnya ada baby ni...kalau hani dah boleh bantu takper jugak...ni barang dia sendiri pun kita tolong ambik/bawak...hmmmmm memang tambah kerjalah jawabnya...



Terutama pulak baca blog2 ibu2 yang anak ramai ni, rasa macam banyak tanggungjawab. walaupun gembira cara hidup mereka tapi banyak juga tanggungjawabnya. Saya rasa macam saya tak laratlah. Dah ada dalam comfortable zone dah ni. Nak patah balik buat kerja remeh2, potong kuku, korek telinga, cebok anak, mandikan anak, tidokan anak, layan anak rasa macam dah tak minat dah. lainlah kalau ada orang gaji. Tu pun saya tak percaya kalau dia buat nanti. Kos nak membela anak ni pun tinggi jugak. hani ni jer sebulan kos sekolah 500. naik darjah 1 kalau jadi perancangan sek yang saya nak tu, pelaburan harus lebih besar lagi. Setakat ni berlapang dada dengan dia sorang jer kot.



Tengok tak cerita malam tadi, derhaka neraka. Kalau dapat anak macam tu, baik takyah ada anak kan. Hani minat sungguh menonton citer tu, senangler saya masukkan macam2 mesej bagitau kat dia. Sekarang pun kalau saya marah dia dah boleh tapis mesej marah tu. Dulu dia kata kalau marah dia saya tak sayang dia, tapi sekarang dia tau saya marah tu sebab saya sayang dia, nak didik dia, tapi kadang marah tak jalan juga. kena bantuan ayah, telefon ayah suh ayah nasihat melalui hp. Terutama bab2 solat. Solat maghrib dan isyak takde hal sama2 dgn sy, solat subuh/zohor/asar...sebab sya pun salah juga, selau saya solat dulu, malas nak tunggu dia....Kalau saya suruh ada jer jawabnya....kejap eh ammie, alah nanti kakak solatlah, hari ni kakak taknak solat, tujuh tahun baru kakak solat 5 waktu...tu antara jawapan dia. tapi hari yang ayah ada, penuh solatnya, subuh jam 9 pun jam sembilanlah..tetap ayah suruh jugak, memang takleh mengelat dia...dalam mengantuk2 gelap2 ayah balik surau ayah kejut dia bangun solat..tak melawan pulak tu. kalau saya langsung tak di apeknya, kalau saya teruskan usaha suruh atau paksa dia tentu jadik gaduh/leter/menangis..tu yg malas tu sebab kalau saya naik angin tangan ni ringan jer pial/tampar mana2 yg sempat jer...



Tapi kadang kesian juga. Masa saya sakit/demam dialah yang jadik orang suruhan. Apa ajer yang dia boleh buat dia akan buat. Takat kunci grill, tarik/tutup langsir. On/off lampu semua kerja dia. Bentang sejadah, sangkut telekung saya, sidai sejadah semula utk saya dan dia pun kerja dia. saya tau lepas wudhu' terus duduk atas sejadah, kadang sian juga, sebab rasa dia macam kena dera jer....saya kalau kat mana2 dlam rumah ni, kejap2 panggil dia, kan ker sejak sakit kaki/pinggang ni malas nak duduk bangun, dialah jadik mangsa. Benda atas meja tapi tangan saya tak sampai tetap juga saya panggil dia walaupun dia tengah menonton tv ker/membaca ker...cepat jer dia datang bantu saya....sedih pulak ingatkan benda2 ni...kadang kelakar pun ada, ambil bantal/selimut hujung kaki nak tido pun dia juga kena juga, kdang budak tu dah nak terlelap dah...saya kejutkan dia...kakak ambikkan ammie bantal hujung tu...sian dia bangun tolong ambikkan....sekarang saya banyak fahamlah apa yang ayah rasa...benda kecik pun kena minta bantuan..sib baik ada anak sorang ni...belahan jantung intan payung gunung meletopp ammie...kadang ada masa merungut jugak tu..semuanya kakak kena buat...nak sejukkan hati dia senang jer..kan kakak nak jadik anak solehah ammie..terus dia tersenyum...alhamdulillah..



Sesekali tergelak juga saya kalau kat rumah kak aza tu, ayah takat boleh agah2 dan pandang jer si Sofiyyah tu, sian Sofiyyah pandang ayah dan harap ayah ambil/dokong dia. Tapi ayah mana boleh dokong, kalau kita angkatkan letak atas tangan dia bolehlah tapi nak dokong sambil jalan2 tak boleh, duduk jerlah. Kalau saya ambik kadang okay kadang menangis pulak. Memang dia dah kenal sangat orang, nak orang yang dekat2 dengan dia jer. Dengan ayah walaupun ayah tak dokong tapi dia nak juga, tu yg saya pelik cakap kat kak aza, bukan selalu berdamping dengan ayah, kan ayah asyik keluar, kak aza gelak katanya, dari dalam perut agaknya dah cam suara ayah dia...si sofiyyah tu selalu golek2 pandang ayah gelak2 dia yg agah ayahnya...dah macam cucu pun ada...kawan2 ayah mula2 tau kak aza bersalin dulu ramai gelakkan ayah..haaai....jalan pun bertongkat...menambah anak lagi ker ji [haji]???


Dah masuk 6 bulan dah umurnya sofiyyah, makin lask dan makin besar, makinlah ke arah muka hani suhailah, takde rupa anak2 kak aza yang lain. Kawan2 masturat yang sama2 nusrah dengan kami [kak aza dan saya] pun perasan hani sofiyyah rupa hani suhailah, yang si Zubair dan Hani syakirah pulak rupa saya...tu yg diorang kata Allah maha kaya, suhailah pulak ada rupa kak aza....cuma beza suhailah dan sofiyyah tang hidung, suhailah mancung sikit...pelik juga ayah dan kak aza dua2 hidung agak tinggi, tak pulak menurun kat sofiyyah...


takde orang tak pelik dengan sofiyyah yang sangat cerah, semua tak caya tu anak kak aza sebab kak aza terserlah ke'mamak'kannya..dengan kulit hitam manis, dia dengan sofiyya macam taik cicak..heheeee...tak sesuai langsung. Bila ada yang tegur...mesti kak aza cakap, ala mengikut ayahnya, kami mak2 ni [merujuk pada anak saya juga, sebab ramai kata hani takde rupa saya langsung] tumpang 'kantung' jer...semua menurun ayah....heheee...tu yg pelik makin tua pak haji ni makin dominan pulak genetic nya...wah panjang pulak salasilahnya...bebel pagi minggu jer...



Oh yer...esok mak saya nak datang....setelah dapat perkhabaran kesihatan saya...entah kenapa selama ni tak terfikir pulak nak suh dia datang...dia pulak yg offer diri nak datang.... yerlah mana tau dia taknak datang ker...

Friday, March 20, 2009

Geram, sedih dan sakit

Geram, sedih dan sakit

Asslamualaikum w.b.t


Entah kenapa akhir2ni ujian datang bertubi2 dalam hidup saya. Ujian sakit. Sakit yang nampak tak kronik mana tapi yang menanggungnya alahai tuhan jer tau...


Sakit ni mulanya sakit pinggang, sejak 3 tahun lalulah ni...masa suami kena stroke tu, kira banyaklah aktivit saya kerja keras angkat dia terutamanya. Angkat wheelchair dia dari bawah nak ke bonet Serena/Kembara, berat juga tuuu, lagipun dua2 kereta tu bonet belakangnya tinggi..jenuh nak mengangkatnya sorang2.


Pastu angkat suami lagi, dari wheel chair ke katil, bilik air, naik kereta, turun kereta, tolak wheel chair nak naik bendul ka pintu masuk rumah tu...masa tu first time saya mc sebab sakit pinggang yang amat sangat, jalan terbongkok2. Doc cakap masa tu cedera otot jer sebab buat kerja berat2.


Ditambah menyumbang pada sakit tu adalah saya pindah rumah lepas 10 hari ayah kena stroke. Lori tu angkut barang jer takde kemas, so sayalah yang kemas dari rumah lama, sampai rumah baru, susun2 semua....buat sorang2 okay. memang gigih...tu pasal menanggung akibatnya sekarang.



So sekarang, bila pergi doc, yang kerajaan bagitau kecederaan otot, bila ke swasta katanya sebab saraf. Diberi vitamin saraf dan pain killer. makan ubat hilanglah sakitnya habis kesan ubat, sakit datang semula...jalan terdengkot2 okay. Sampai pensyarah pun perasan saya sakit.


Masalahnya sekarang, saya tak boleh duduk lama, sakit yang amat. mencucuk2. Tambah mengeruhkan keadaan saya demam selesema pulak! Dah dua hari ni. Hari rabu hari tu pulak ada 3 kelas pagi to malam.


Petang tu yang rasa macam nak demam sangat2. duduk kelas dalam air cond pulak. Tambah menyumbang kepada tidak sihatnya badan saya. Sehari sebelumnya saya dah rasa lain macam, saya suruh ayah balik lagipun ink printer dah habis, seratus lebih kalau nak beli baru, kalau beli pun saya tak reti nak pasang inknya. Sebab selama ni ayah yang buat semua tu. Tapi ayah tak nak balik malam tu. Walhal dah 2 malam kat PD dah.


Saya pun tak tau kenapa dia taknak balik malam tu. Mungkin sebab esoknya saya ada kelas dan dia taknak duduk rumah sorang2. Dia bank inkan duit untuk beli printer jer. Saya yang memang dah ala-ala nak demam tak keluar beli ink pun. Saya print assignment kat pejabat jer pagi tu.


Tengahari esoknya [rabu] dia call. Masa dia call tu saya dlm kelas, saya baru jer send sms kata tak payah balik malam tu. Tapi ayat saya eloklah dalam sms tu [walhal saya nak merajuk kononnya] saya bagi alasan kata saya ada kelas ganti malamnya dan ada discussion balik lewat. Tapi bila call sebab kemarahan saya masih ada, sebab dia taknak balik malam sebelumnya masih meluap2, saya terlepas cakap yang agak kasar...saya kata malam ni abang tak payah baliklah! terkejut juga dia, dia tanya kenapa, saya kata, malam yang saya suruh balik abang taknak balik, malam yang saya kata takpayah balik abang nak balik....pastu ntah apa2 dia cakap saya tak ingat...tapi adalah macam dia kata..."nak dengar ckap engkau jer..., anak macam ni, bini2 macam ni..." gituler lebih kurang...suara dia tak jelas sangat...telefon rumah PD tu tak berapa okay...


Malam tu on the way balik kelas saya rasa macam lemah sanagt badan2 ni....semua sakit, kaki sebelah kiri ni memang dah sakitlah sebab seharian duduk dalam kelas...hari selasa tu balik dari IIM program TEKAD 2008 tu dahlah macam sial jammed nya....rupanya ada lori rosak sebijik....saya tak taulah macamana org KL boleh handle jammed hari2...saya boleh jadik gilalah kalau duduk KL mengadap jammed hari2..serius tension okay! Satu jam kat situ jer dari jalan duta sampai jalan istana jammed okay....jam 5 keluar majlis tu jam 6 lebih baru dapat masuk tol sg besi. dekat2 jam 7 baru singgah R&R Nilai solat asar...gilo!!!



Balik tu saya sms suami suruh dia balik sebab saya rasa nak demam sangat...tapi tak berjawab. malam tu saya tau dia akan datang sban sebab malam mesyuarat dia di markas, tapi dalam hati dah boleh agak, sms tak balas mesti orang tua ni merajuk. Malam tu ambil hani pun dah dekat jam 8...badan memang takleh blah dah...rasa nak sampai rumah tu terus nak lepak jer...ambil hani pun main hon2 jer...sian dia bawak fail, bawak beg baju, bukak gate sekolah sendiri...


Balik tu kira memang demam habislah...bentang toto kat ruang tamu terus lepak dua beranak...tengah2 malam terbangun dan sah memang ayah tak balik. Merajuklah tu. benci sangat rasanya dengan sikap dia tu. Asalnya kan saya yang nak merajuk, tapi akhirnya dia pulak yang merajuk dulu.



Sampailah hari ni, takde sms takde call. Agaknya kalau saya mati, mati keras jerlah. Siap pesan kat hani..kalau ammie mati kakak tau nak buat apa,kan? saya tanya dia. Terus dia jawab dia akan call ayah. Bila tanya no hp ayahnya, memang dia ingatlah, no saya jer dia tak ingat. Siap saya bagitau jugak kalau ammie pengsan kakak tau nak call sapa,kan, dia jawab call ambulance 999, tapi kakak tak tau nak bagitau alamat rumah kita...tergelak saya..


Pastu saya kata nanti ammie tulis alamat rumah kita kakak letak dalam beg sekolah yer...actually sebelum tu saya berlakon pengsan sekejap [demam2 pun nak berlakon jugak tu...hehehee]..menangis2 dia...sedih amat..sajer saya nak tengok reaksi dia...rupanya memang dia bantai melalak sakan, goyang2 badan saya pastu saya pesan kalau ammie betul2 pengsan kakak tak boleh terus nangis lama2 macam tadi, mana tau ammie hiudp boleh selamatkan lagi...cepat2 kakak kena call ambulance tau.... dia pun kata okay...


Bila saya suruh dia call ayah taknak pulak dia. Saya kata saya tak larat, ayah pulak merajuk tak nak balik, so kakak calllah ayah datang ambik kakak, dok dengan ummie, dia taknak pulak. Langsung taknak call ayah. last ayah ada hari sabtu lepas. Malamnya saya tido kat lantai [atas nasihat doc, ayah plak tido atas katil]. Sebelum subuh tu saya dengar ayah buka grill keluar nak ke masjid. Sampailah ke siangnya saya tunggu tak balik2. Biasa dia bagitau, kalau nak balik terus PD dia akan bagitau saya, tapi hari ahad subuh tu terus pergi masjid takde komunikasi pun dengan saya yang masih atas perbaringan toto.


Petang tu, baru dia call dari PD. maksudnya dari ahad sampai rabu tu dah empat malam dia di PD, masuk malam tadi 5 malamlah. Sabar tak sabar saya ni? Saya pun malas nak layan orang tua kuat merajuk. Lantaklah kalau dia fikir dia banyak korban perasaan nak jaga hati bini2 dan anak2. Saya pun banyak korban jugak. Ingat senang ker nak jaga hati sendiri, nak jaga hati anak yang sorang ni...duduk berdua sepanjang masa kat dalam rumah ni. tapi tulah yang saya lalui sejak 2001. menunggu dan terus menunggu. Dahlah lama tak jalan2 kemana2...sabar jer saya ni. Dia lainlah setahun 3 kali keluar 40 hari, merata2 satu malaysia dia keluar.


Dah agak lama tak gaduh kan...sebab saya sabar jer....nak taat suami. tapi kali ni betul2 saya harap dia balik, sebab assignment tu nak kena hantar, ink pulak takde, lagipun dah dua malam kat PD, elok sangatlah balik...yg dia pun tak cakap kenapa tak boleh balik....just sms kata tak pasti boleh balik ker tidak...apa yg penting sgt kat sana...saya bagitau kalau balik semula pagi esoknya ke PD pun takper...tolong datang beli ink & pasang jer...



Yerlah nak jadi hal...pasal ink pun boleh merajuk2...sayalah tu! Yang dia pulak, saya kata tak payah balik tu dia terasa hatilah tu...memang sensitif tu...hari tu kak aza ada cakap macam tu pun dia merajuk juga...masa tu kak aza kata tak payah balik kalau angah ada sama...malam tu kak aza takmau angah ikut ayahnya balik ke PD...khabarnya kak aza kata dia dah pakai suit tido malas nak salin2 baju [baju singlet sleeveless dgn seluar paras lutut]. Tu yang malam tu dia balik rumah saya...merajuk dengan kak aza, terpaksalah saya bergegas balik dari UKM lepas discusssion sebab tiba2 dia call bagitau dia balik rumah saya dengan angah.


Dia memang sensitif hal2 kalau tak bagi balik ni. Saya tau sebabnya, sebab dia rasa dia tu macam menumpang. Yerlah rumah ni kan rumah saya. Saya yang bayar, tambah2 segala mala dalam rumah ni semua saya yang beli, sayalah yang punyakan? Kat rumah kak aza pun dia rasa benda yang sama, rumah tu kan rumah kak aza beli, cuma barang2 banyaklah yang dia beli...lain sikit kot sebab bil2 kat sana dia bayar, saya plak sendirian berhad. Tu yang berkobar dia nak beli rumah sendiri tu....ntah saya tak pernah anggap dia menumpang sebab rumah ni dia yang pilih...cuma kecewa dia tak pernah nak bantu apa2 urusan hal rumah ni....semuanya serah kat saya jer...


Hishhh...penat dah duduk ni....nanti2lah update lagi...
Ps: elok saya tamat tulis entry ni, dengar ada org ketuk pintu bagi salam....suara ayah...hah balik pulak dia, tak payah nak pujuk kali ni...sebab dia risau pasal saya demam kot...saya terus gi depan cakap hai kejap jer merajuk kali ni, terus senyum jer....dia bawak sarapan utk anaknya dan saya....hishh ingat saya plak nak merajuklah..tapi tulah tak reti nak merajuk2 nilah....buang karan ajer...

Tuesday, March 17, 2009

Tempoh berfikir

Tempoh Berfikir



Assalamualaikum w.b.t


Saya ada sehingga hujung tahun ini untuk berfikir dan memilih. Memilih tempat bekerja yang baru. Masih ada masa lagi. Cuti belajar saya sepertimana diluluskan JPA adalah selama 18 bulan iaitu dari 7.7.2009 sehingga 6.12.2009. Justeru 7.12.2009 saya perlu bekerja semula.


Saya telah dimaklumkan kerani perjawatan bulan lalu yang perjawatan saya di sini telahpun dikosongkan. Saya [juga 4 pegawai lain] telah dimasukkan ke jawatan kumpulan. dalam erti kata lain 'pool'. Rasanya kekosongan jawatan saya akan diisi oleh orang lain.


Tapi buat masa ini ia masih kosong dan dipangku oleh salah seorang ketua unit dibawah saya. Cuma saya kini takde tempat lepak lagi di pejabat. Bilik saya telah diubah menjadi bilik temuduga baru2 ini. Rasa macam 'orang terbuang' ajer kalau pergi ke pejabat.



Saya rasa saya terlalu lama disini, maka bila dimaklumkan perjawatan saya bukan lagi di sini saya gembira juga. Demi pembangunan kerjaya saya rasa saya perlu juga berhijrah. Bosan juga sejak Febuari 2002 disini, walaupun hampir 80% pegawai bersilih ganti sejak 2002 tu tapi saya tetap rasa 'tepo' bekerja disini.


Persoalannya, saya ragu-ragu untuk memilih kemana halatuju saya. Samaada hijrah jauh terus dari sini atau kekal tinggal di rumah saya ini dan berkerja di Putrajaya. Sehingga ini saya tidak mendapat apa-apa makluman tentang perancangan pihak pengurusan terhadap kami berlima yang ditanggung belajar ni.


Mengikut pendapat suami, dia mencadangkan supaya saya berpindah jauh terus. Sabah Sarawak lagi bagus katanya. Selan tu pilihan kegemarannya adalah di pantai timur. Kak aza dan anak2 akan diangkut semua sekali. Dahsyat bunyinya tu.


Saya ada juga duduk berborak dengan kak aza pasal hal perpindahan ni. Nampak kak aza tak berapa nak happy. Dia kata "eh mak akak hidup lagi wa... kita ni kan ada mak lagi...kalau jauh2 nanti kan susah"...begit pula pandangan kak aza.


Bila cakap dengan suami, lain pulak pendirian dia, "takper, abang taulah nak handle...mesti dia ikut punya....". Dan saya lebih percaya cakap suami sebab pengalaman lepas2 kak aza akan ikut juga cakap suami walaupun dia tak berapa happy...


Cuma harapan saya, dimana pun tempat bekerja itu nanti, ada persekitaran yang sihat [kuala lumpur tidak menjadi pilihan]. Ada suasana yang kondusif untuk bekerja. Juga ada sekolah swasta yang sesuai untuk hani belajar akademik dan menjadi hafizah dimasa yang sama. Besar harapan saya tu. kalau dapat tempat tinggal saya tu berupa bandar2 kecil pun lagi bagus....[merujuk pantai timur atau borneo]


Saya tidak gemar suasana bandar. Malah benci suasana sesak dan penuh manusia dan kenderaan. Saya tak perlukan pusat mebeli belah yang hebat2 dan tempat makan yang best2. Yang saya perlu adalah suasana tenang dan hijau, hidup yang relax dan bahagia. Sebab dipejebat 'ketegangan' ada dimana-mana, maka di rumah ketegangan itu perlu dikendurkan.



Baru-baru ni suami telah berunding dengan seorang buyer yang sungguh2 berhasrat nak membeli rumahnya. Rumah di PD yang disewa pada kawan pejabat saya tu. Serius sangat orang tu nak beli rumah tu. Suami pun rasa takde keperluan untuk simpan rumah dua tingkat tu, sebab dalam keadaan sekarang rumah dua tingkat amatlah menyusahkan dia.


Dengarnya dia rasa macam 'tak seronok' duduk rumah kak aza tu..rasa macam menumpang, yerlah rumah bini, lagipun dibeli dengan hasil pampasan perkeso selepas kematian suaminya, tambah2 lagi ada dua anak kak aza dengan suami dulu sebagai waris rumah tu.


Tu sebab suami nak jual rumah tu dan beli rumah lain yang setingkat. Rumah yang dibina di pasir pnjang tu kena tipu pulak tak siap2 lagi, modal dah keluar lebih RM15K, kawan makan kawan namanya tu. Suami cadang nak report polis...sajer bgi pengajaran kat kontraktor tu.



Isu beli rumah kat kawasan mana tu yang masih menjadi persoalan. Suami tak buat keputusan lagi. Dengar macam nak beli di PD jugak. Cuma saya kali ni demand dengan suami, kalau suami beli rumah, tak kisahlah kat mana pun, saya nak satu bilik khas untuk saya. Melampau tak? Ok jer kan?


Yerlah selama ni ke rumah kak aza tu rasa macam menumpang jer...sebab bukan rumah suamikan, nak2nya dia hal2 jaga rumah ni tip top, serba salah nak usik itu ini. Kalau datang pun baring2 kat ruang tamu jer...nak naik tingkat atas pun tak berani. Bilik bawah tu dah jadi bilik solat, mana dia benarkan nak baring2...


Bukan saya jer tak berani, suami pun sama, dua hari lepas kan saya ikut suami ke PD, kak aza takde rumah masa tu, suami parking keter kat luar pagar jer, takmau masuk. Saya suruh berkali2 msuk jerlah kat ruang depan tu, suami kata keter kembara tu kotor...pada saya apa salahnya, nanti boleh basuh juga tiles depan tu. Suami cakap kau bkan tak tau madu ko tu...dalam hati saya kata apalah nak takutkan sangat...bukan kotor tanah selut atau lumpur ker apa...kotor biasa2 jer...


Masuk2 rumah dia tak berani nak usik apa2, sebab dia kan teliti benda beralih sikit pun dia perasan tau. Bila kak aza [masa tu ada kat rumah mak dia] called suh tolong angkatkan baju barulah saya berani bantu angkat kain...pastu saya lupa lak pakai stokin [nak cepat ke klinik] nak ambil sendiri kat tempat dia simpan tak berani, bila tanya dia ada stokin tak, terus dia cakap, "ko nampak tak stokin yang warna grey tersangkut kat baby coat tu, ko ambik yang tu..."..hah kan detail tu...semua benda dia ingat tau....



Gituler citernya...tengahari ni nak ke IIM Jalan Duta ada majlis pasal TEKAD 2008. Harap2 pinggang okay nak memandu jauh sikit hari ni.

Sunday, March 15, 2009

Harapan

Asslamualaikum w.b.t


Lama saya rehat dari dunia blog ni. Satu sebab saya tak sihat. kedua sebab saya sibuk.

Mula-mula hari tu sibuk sebab angah kan ikut ayahnya balik rumah saya. maka tiap kali dia ada terpaksalah saya sediakan makanan dan juga pastikan rumah teratur. Kalau sepah depan suami takde rasa malu sangat sebab suami faham tapi depan anak tiri ni malu pulak nak sepah2. Nanti2 dibeza2kan pulak saya dengan madu saya. Lagipun angah ni tak berapa betul, sesedap rasa jer nak bercakap da perli2 saya.



Tapi sekarang angah taknak ikut lagi ayahnya. Okay juga, takdeah gangguan dan bebas sikit dalam rumah. Kak aza pun dah geram sesangat dah dengan angah. Asyik sms saya citer hal angah.


Sekarang ni suami pun rajin bawa anak tiri Uda dan Zubair bermalam rumah saya. Atas permintaan Hani dan bebudak tu memang suka duduk rumah saya. Tu yang sibuk tu. Saya pn akhir2 ni banyak Nusrah ke jemaah masturat yang datang ke sban ataupun PD.

Semalam pun pergi PD, ada jemaah dari Bangi, kebanyakannya pensyarah, yang masturat [wanita] ada dua title doktor. Sebelum ni ada jemah dari johor, Shah Alam. Juga ada jemaat masturat dari Madras. Sya pun pergilah, dah kerja nanti tak berkesempatan pulak.


Saya sebenarnya mengalami sakit kaki yang kronik. jalan pun terdengkot2. Dah ke klinik mula tu dikatanya sakit otot, diberinya paracetamol dan B complex, esoknya takde perubahan, saya ke klinik swasta pulak. Doktor tu saya dah biasa dari mula duduk N9 ni.


Sebagaimana saya jangkakan memang berkaitan saraf. So dia beri vitamin saraf, tahan sakit dan ubat otot. Barulah lega sikit hari ni. Terasa betul allah tarik nikmat sihat tu. Dah sakit ni terasa macam2 nak buat. Ni nak jalan pun susah. Nak duduk lama pun tak boleh. paling seksa dalam kelaslah.


Nak baring pun sakit tau. Mula dulu saya syak slip disk...berkaitan tulang belakang. Tapi doktor di klinik kerajaan taknak xray. Dia syak saya pregnant. Tapi saya dah buat ujian UPT di klinik tu negativ. malah sebelum nya pun saya dah beli pregnancy test tu. Negatif juga.


Saya tak taulah, kalau negatif confirmlah tak mengandungkan. tapi dok kata ada kebarangkalian. Tak boleh caya sangat UPT tu, kata dok. Saya last period pada 31 Jan tu, tapi dua hari jer...dalam bulan jan period saya tak okay, 1 jan -6 jan, pastu 15 jan- 21 jan....last period tu 31 hb tulah, patutnya dah period semula dah....tapi bulan feb tak period langsung sampai hari ni pun takmai lagi. Tanda2 mengandung lagilah takde.


Setakat ni saya pernah lewat sampai 32 hari so setakat lewat 16 hari ni bisa sangat. Kalau mengandung memang satu rezeki yang terindah. Cuma taknak menaruh harapan sebab dah dua kali ujian UPT negatif sukar juga nak percaya ianya boleh bertukar jadi positif pulak....


Dan kali ni kalau cukup sebulan ni takde period barulah saya akan nekad ke pakar wanita. Mungkin ada masalah dimana2 menyebabkan suka mengandung. tapi sehingga mei ni sebenarnya jadual dah sibuk bangat.


Tugasan dan presentation dah berderet menunggu tarikh ajal [deadline]ni. Exam pun dah hampir sangat. 20 April start exam. Rasa semester ni semua paper mencabar. Takde teori sangat tapi lebih pada kematangan kita berfikir dan menganalisis serta mengemukakan buah fikiran yang luar biasa dalam mengupas rasuah....



Memikirkan rasuah dan salahguna kuasa sejak tahun lalu secara ilmiah dengan membandingkan dengan situasi semasa dalam negara kadang2 buat saya rasa sedih dan rasa tak mampu nak menggapai hasrat mengurangkan rasuah ni melainkan iltizam pemimpin [political will] dan concensus masayarakat secara total dalam menolak rasuah. Banyak kerja telah dibuat dan banyak juga yang tak dapat dibuat lagi....