Sunday, March 22, 2009

Sekadar persoalan

Cerita saya dan hani
Assalamaualaikum w.b.t


Semalam ke klinik lagi. Ambil ubat tahan sakit. Sebenarnya risau juga ni. Saya nak buat xray. Tapi tak ada keputusan lagi. Boleh ajer ke kliik kesihatan yang dekat dengan rumah ni, tapi tulah period tak datang2 lagi. Tentu doc taknak buat xray tu.


Saya nak buat scan, nak taulah juga mengandung ker tidak, ayah pulak kata tak payah. Tunggu jer sampai bulan 4 ayah kata. Lepas sebulan baru gi check. Dalam hati saya ni berat mengatakan tak mengandung. takde tanda2 langsung. Dan ayah pulak memangler tak excited hal2 ngandung ni...membuatkan saya pun sama2 hilang rasa excited nak tau mengandung ker tidak.


So semalam ke klinik, doc suruh buat xray lagi, dan katanya mungkin sakit ni ada kaitan menyebabkan tak period. Ada kemungkinanker? So dia cadang saya buat scan untuk sahkan mengandung ker tidak. Nak buat ker tak nak? Ker beli pregnancy test sekali lagi. Saya teringat kat blog Viruspadu yang tengah mengandung skrg ni, 9 kali dia buat pregnancy test, baru dapat keputusan positif, dah masuk minggu ke 6 plak tu...


Pada tahap ni sebenarnya saya takdelah rasa macam nak sangat sangat mengandung. Agaknya sebab keadaan badan tak okay sangat terbayang nanti betapa susahnya kalau saya mengandung. Tambah2 mengenangkan ayah yang OKU. Jenuh juga sorang2 takde bantuan. Kak Aza hari tu lain cerita, anak perempuan dia yg umur 16 tahun yang teman dia masa kat bilik bersalin, yang jaga dia dalam pantang, kira dah ada anak besar untuk bantu dia. Ayah takat bantu tolong hantar ke Annur Bangi tu jer...


Tapi kalau dah mengandung tu okaylah juga, satu bonus. Tapi janganlah macam mengandungkan hani, langsung takde selera makan, cengkung muka, hari2 gigil perut dan kepala lutut kerana kelaparan tapi terseksa sebab takde selera nak makan. Hanya nak makan bubur panas2 tu. Zaman tu takde lagi bubur McD tu. Mujur juga selain bubur saya nak juga makan pisang emas. Seksa sangat woo, sampai beranak takde selera nak makan, dalam pantang pun sama...


Saya pulak takde rasa desakan nak ke pharmacy sekali lagi beli pregnancy test. tau2 jerlah kan kalau preggy pun gembira tu takde nak kongsi dengan pasangan kecuali dengan hani. Ayah memang takde rasa apa2 kalau saya mengandung, alaaah orang baru dapat anak. Saya dah tanya dah apa perasaan dia kalau saya mengandung...apa jawabnya? katanya...beranak jerlah bukan abang boleh kongsi pun..merasa sendirilah...adaker...tapi dah biasa dah, tak rasa apa pun...diri dia sakit pun tanggung sendiri juga,kan?


Saya pulak, sejak tahun ni desakan nak dapat anak tu takde menggila macam dulu2. Agaknya usia meningkat ni menyebabkan saya rasa macam dan tambah anak tu mustahillah pulak. Dan bila tengok sofiyyah tu rasa macam saya pun dapat sama kongsi rasa macam dapat anak sendiri jugaklah....tambah2 bila dia melalak terjerit2 tak keruan tu kadang rasa juga bebannya kalau ada anak kecik. nak bangun malam menetek..nak mandi2, nak siap2kan dia, nak jalan kemana2 pun leceh...terbayang pulak susahnya ada baby ni...kalau hani dah boleh bantu takper jugak...ni barang dia sendiri pun kita tolong ambik/bawak...hmmmmm memang tambah kerjalah jawabnya...



Terutama pulak baca blog2 ibu2 yang anak ramai ni, rasa macam banyak tanggungjawab. walaupun gembira cara hidup mereka tapi banyak juga tanggungjawabnya. Saya rasa macam saya tak laratlah. Dah ada dalam comfortable zone dah ni. Nak patah balik buat kerja remeh2, potong kuku, korek telinga, cebok anak, mandikan anak, tidokan anak, layan anak rasa macam dah tak minat dah. lainlah kalau ada orang gaji. Tu pun saya tak percaya kalau dia buat nanti. Kos nak membela anak ni pun tinggi jugak. hani ni jer sebulan kos sekolah 500. naik darjah 1 kalau jadi perancangan sek yang saya nak tu, pelaburan harus lebih besar lagi. Setakat ni berlapang dada dengan dia sorang jer kot.



Tengok tak cerita malam tadi, derhaka neraka. Kalau dapat anak macam tu, baik takyah ada anak kan. Hani minat sungguh menonton citer tu, senangler saya masukkan macam2 mesej bagitau kat dia. Sekarang pun kalau saya marah dia dah boleh tapis mesej marah tu. Dulu dia kata kalau marah dia saya tak sayang dia, tapi sekarang dia tau saya marah tu sebab saya sayang dia, nak didik dia, tapi kadang marah tak jalan juga. kena bantuan ayah, telefon ayah suh ayah nasihat melalui hp. Terutama bab2 solat. Solat maghrib dan isyak takde hal sama2 dgn sy, solat subuh/zohor/asar...sebab sya pun salah juga, selau saya solat dulu, malas nak tunggu dia....Kalau saya suruh ada jer jawabnya....kejap eh ammie, alah nanti kakak solatlah, hari ni kakak taknak solat, tujuh tahun baru kakak solat 5 waktu...tu antara jawapan dia. tapi hari yang ayah ada, penuh solatnya, subuh jam 9 pun jam sembilanlah..tetap ayah suruh jugak, memang takleh mengelat dia...dalam mengantuk2 gelap2 ayah balik surau ayah kejut dia bangun solat..tak melawan pulak tu. kalau saya langsung tak di apeknya, kalau saya teruskan usaha suruh atau paksa dia tentu jadik gaduh/leter/menangis..tu yg malas tu sebab kalau saya naik angin tangan ni ringan jer pial/tampar mana2 yg sempat jer...



Tapi kadang kesian juga. Masa saya sakit/demam dialah yang jadik orang suruhan. Apa ajer yang dia boleh buat dia akan buat. Takat kunci grill, tarik/tutup langsir. On/off lampu semua kerja dia. Bentang sejadah, sangkut telekung saya, sidai sejadah semula utk saya dan dia pun kerja dia. saya tau lepas wudhu' terus duduk atas sejadah, kadang sian juga, sebab rasa dia macam kena dera jer....saya kalau kat mana2 dlam rumah ni, kejap2 panggil dia, kan ker sejak sakit kaki/pinggang ni malas nak duduk bangun, dialah jadik mangsa. Benda atas meja tapi tangan saya tak sampai tetap juga saya panggil dia walaupun dia tengah menonton tv ker/membaca ker...cepat jer dia datang bantu saya....sedih pulak ingatkan benda2 ni...kadang kelakar pun ada, ambil bantal/selimut hujung kaki nak tido pun dia juga kena juga, kdang budak tu dah nak terlelap dah...saya kejutkan dia...kakak ambikkan ammie bantal hujung tu...sian dia bangun tolong ambikkan....sekarang saya banyak fahamlah apa yang ayah rasa...benda kecik pun kena minta bantuan..sib baik ada anak sorang ni...belahan jantung intan payung gunung meletopp ammie...kadang ada masa merungut jugak tu..semuanya kakak kena buat...nak sejukkan hati dia senang jer..kan kakak nak jadik anak solehah ammie..terus dia tersenyum...alhamdulillah..



Sesekali tergelak juga saya kalau kat rumah kak aza tu, ayah takat boleh agah2 dan pandang jer si Sofiyyah tu, sian Sofiyyah pandang ayah dan harap ayah ambil/dokong dia. Tapi ayah mana boleh dokong, kalau kita angkatkan letak atas tangan dia bolehlah tapi nak dokong sambil jalan2 tak boleh, duduk jerlah. Kalau saya ambik kadang okay kadang menangis pulak. Memang dia dah kenal sangat orang, nak orang yang dekat2 dengan dia jer. Dengan ayah walaupun ayah tak dokong tapi dia nak juga, tu yg saya pelik cakap kat kak aza, bukan selalu berdamping dengan ayah, kan ayah asyik keluar, kak aza gelak katanya, dari dalam perut agaknya dah cam suara ayah dia...si sofiyyah tu selalu golek2 pandang ayah gelak2 dia yg agah ayahnya...dah macam cucu pun ada...kawan2 ayah mula2 tau kak aza bersalin dulu ramai gelakkan ayah..haaai....jalan pun bertongkat...menambah anak lagi ker ji [haji]???


Dah masuk 6 bulan dah umurnya sofiyyah, makin lask dan makin besar, makinlah ke arah muka hani suhailah, takde rupa anak2 kak aza yang lain. Kawan2 masturat yang sama2 nusrah dengan kami [kak aza dan saya] pun perasan hani sofiyyah rupa hani suhailah, yang si Zubair dan Hani syakirah pulak rupa saya...tu yg diorang kata Allah maha kaya, suhailah pulak ada rupa kak aza....cuma beza suhailah dan sofiyyah tang hidung, suhailah mancung sikit...pelik juga ayah dan kak aza dua2 hidung agak tinggi, tak pulak menurun kat sofiyyah...


takde orang tak pelik dengan sofiyyah yang sangat cerah, semua tak caya tu anak kak aza sebab kak aza terserlah ke'mamak'kannya..dengan kulit hitam manis, dia dengan sofiyya macam taik cicak..heheeee...tak sesuai langsung. Bila ada yang tegur...mesti kak aza cakap, ala mengikut ayahnya, kami mak2 ni [merujuk pada anak saya juga, sebab ramai kata hani takde rupa saya langsung] tumpang 'kantung' jer...semua menurun ayah....heheee...tu yg pelik makin tua pak haji ni makin dominan pulak genetic nya...wah panjang pulak salasilahnya...bebel pagi minggu jer...



Oh yer...esok mak saya nak datang....setelah dapat perkhabaran kesihatan saya...entah kenapa selama ni tak terfikir pulak nak suh dia datang...dia pulak yg offer diri nak datang.... yerlah mana tau dia taknak datang ker...

2 comments:

Zareda Norman said...

salwa

doa kak zar semoga salwa segera sembuh dari sakit belakang tu. Kalau sampai memudaratkan, berlapang dada ajelah dengan anak sorang...

Kak zar suka ayat salwa tu 'berlapang dada'. Kak zar pun anak sorang, bukan tak mahu menambah tapi rezeki hanya setakat itu. Kalau kawan kawan pregie, kita tumpang gembira. Tapi kalau ada ayat ayat yang memperkecilkan anak kita sorang jer.. hangen jugak. Yang penting nahagia.. anak sorang tapi hidup bahagia, hati senang so perlu ke kita bersedih sedih sebab tengok org anak ramai.. oh no.. no.. no.. bukan kak zar ler.. walaupun anak sorang, kak zar tetap syukur hidup kak zar hebat jugak.. hehehheh

kakLuna said...

iye lah kak...sy pun bab anak ni mcm yg pernah kita bincang2kan dulu le...kdg2 mcm nak..kdg2 mcm redho je dgn sorang ni...ye la bila baca citer org ramai anak..mcm2 gak mslhnya..

dan x semestinya org yg dh ada anak sorang mesti boleh dpt anak seterusnya. kalo camtu x de lah istilah anak tunggal.

kdg2 org bg cadangan ikut ukuran dan pdngn diri nya. mungkin bg dia kalo anak ramai tu bahagia pdhl belum tentu. kebahagiaan tu subjektif. Allah kalo nk uji dgn bermacam perkara.mungkin bkn skrg tp masa depan. mungkin skrg diuji besok diberi nikmat.

hanya Allah maha mengetahui apa yg terbaik utk kita. dan wat masa ni, mempunyai seorg anak adalah yg terbaik utk kita.