Tuesday, March 17, 2009

Tempoh berfikir

Tempoh Berfikir



Assalamualaikum w.b.t


Saya ada sehingga hujung tahun ini untuk berfikir dan memilih. Memilih tempat bekerja yang baru. Masih ada masa lagi. Cuti belajar saya sepertimana diluluskan JPA adalah selama 18 bulan iaitu dari 7.7.2009 sehingga 6.12.2009. Justeru 7.12.2009 saya perlu bekerja semula.


Saya telah dimaklumkan kerani perjawatan bulan lalu yang perjawatan saya di sini telahpun dikosongkan. Saya [juga 4 pegawai lain] telah dimasukkan ke jawatan kumpulan. dalam erti kata lain 'pool'. Rasanya kekosongan jawatan saya akan diisi oleh orang lain.


Tapi buat masa ini ia masih kosong dan dipangku oleh salah seorang ketua unit dibawah saya. Cuma saya kini takde tempat lepak lagi di pejabat. Bilik saya telah diubah menjadi bilik temuduga baru2 ini. Rasa macam 'orang terbuang' ajer kalau pergi ke pejabat.



Saya rasa saya terlalu lama disini, maka bila dimaklumkan perjawatan saya bukan lagi di sini saya gembira juga. Demi pembangunan kerjaya saya rasa saya perlu juga berhijrah. Bosan juga sejak Febuari 2002 disini, walaupun hampir 80% pegawai bersilih ganti sejak 2002 tu tapi saya tetap rasa 'tepo' bekerja disini.


Persoalannya, saya ragu-ragu untuk memilih kemana halatuju saya. Samaada hijrah jauh terus dari sini atau kekal tinggal di rumah saya ini dan berkerja di Putrajaya. Sehingga ini saya tidak mendapat apa-apa makluman tentang perancangan pihak pengurusan terhadap kami berlima yang ditanggung belajar ni.


Mengikut pendapat suami, dia mencadangkan supaya saya berpindah jauh terus. Sabah Sarawak lagi bagus katanya. Selan tu pilihan kegemarannya adalah di pantai timur. Kak aza dan anak2 akan diangkut semua sekali. Dahsyat bunyinya tu.


Saya ada juga duduk berborak dengan kak aza pasal hal perpindahan ni. Nampak kak aza tak berapa nak happy. Dia kata "eh mak akak hidup lagi wa... kita ni kan ada mak lagi...kalau jauh2 nanti kan susah"...begit pula pandangan kak aza.


Bila cakap dengan suami, lain pulak pendirian dia, "takper, abang taulah nak handle...mesti dia ikut punya....". Dan saya lebih percaya cakap suami sebab pengalaman lepas2 kak aza akan ikut juga cakap suami walaupun dia tak berapa happy...


Cuma harapan saya, dimana pun tempat bekerja itu nanti, ada persekitaran yang sihat [kuala lumpur tidak menjadi pilihan]. Ada suasana yang kondusif untuk bekerja. Juga ada sekolah swasta yang sesuai untuk hani belajar akademik dan menjadi hafizah dimasa yang sama. Besar harapan saya tu. kalau dapat tempat tinggal saya tu berupa bandar2 kecil pun lagi bagus....[merujuk pantai timur atau borneo]


Saya tidak gemar suasana bandar. Malah benci suasana sesak dan penuh manusia dan kenderaan. Saya tak perlukan pusat mebeli belah yang hebat2 dan tempat makan yang best2. Yang saya perlu adalah suasana tenang dan hijau, hidup yang relax dan bahagia. Sebab dipejebat 'ketegangan' ada dimana-mana, maka di rumah ketegangan itu perlu dikendurkan.



Baru-baru ni suami telah berunding dengan seorang buyer yang sungguh2 berhasrat nak membeli rumahnya. Rumah di PD yang disewa pada kawan pejabat saya tu. Serius sangat orang tu nak beli rumah tu. Suami pun rasa takde keperluan untuk simpan rumah dua tingkat tu, sebab dalam keadaan sekarang rumah dua tingkat amatlah menyusahkan dia.


Dengarnya dia rasa macam 'tak seronok' duduk rumah kak aza tu..rasa macam menumpang, yerlah rumah bini, lagipun dibeli dengan hasil pampasan perkeso selepas kematian suaminya, tambah2 lagi ada dua anak kak aza dengan suami dulu sebagai waris rumah tu.


Tu sebab suami nak jual rumah tu dan beli rumah lain yang setingkat. Rumah yang dibina di pasir pnjang tu kena tipu pulak tak siap2 lagi, modal dah keluar lebih RM15K, kawan makan kawan namanya tu. Suami cadang nak report polis...sajer bgi pengajaran kat kontraktor tu.



Isu beli rumah kat kawasan mana tu yang masih menjadi persoalan. Suami tak buat keputusan lagi. Dengar macam nak beli di PD jugak. Cuma saya kali ni demand dengan suami, kalau suami beli rumah, tak kisahlah kat mana pun, saya nak satu bilik khas untuk saya. Melampau tak? Ok jer kan?


Yerlah selama ni ke rumah kak aza tu rasa macam menumpang jer...sebab bukan rumah suamikan, nak2nya dia hal2 jaga rumah ni tip top, serba salah nak usik itu ini. Kalau datang pun baring2 kat ruang tamu jer...nak naik tingkat atas pun tak berani. Bilik bawah tu dah jadi bilik solat, mana dia benarkan nak baring2...


Bukan saya jer tak berani, suami pun sama, dua hari lepas kan saya ikut suami ke PD, kak aza takde rumah masa tu, suami parking keter kat luar pagar jer, takmau masuk. Saya suruh berkali2 msuk jerlah kat ruang depan tu, suami kata keter kembara tu kotor...pada saya apa salahnya, nanti boleh basuh juga tiles depan tu. Suami cakap kau bkan tak tau madu ko tu...dalam hati saya kata apalah nak takutkan sangat...bukan kotor tanah selut atau lumpur ker apa...kotor biasa2 jer...


Masuk2 rumah dia tak berani nak usik apa2, sebab dia kan teliti benda beralih sikit pun dia perasan tau. Bila kak aza [masa tu ada kat rumah mak dia] called suh tolong angkatkan baju barulah saya berani bantu angkat kain...pastu saya lupa lak pakai stokin [nak cepat ke klinik] nak ambil sendiri kat tempat dia simpan tak berani, bila tanya dia ada stokin tak, terus dia cakap, "ko nampak tak stokin yang warna grey tersangkut kat baby coat tu, ko ambik yang tu..."..hah kan detail tu...semua benda dia ingat tau....



Gituler citernya...tengahari ni nak ke IIM Jalan Duta ada majlis pasal TEKAD 2008. Harap2 pinggang okay nak memandu jauh sikit hari ni.

2 comments:

kakLuna said...

pilih Penang boleh tak kak?
dah le tempat akak blajar dulu, bangunan SPRM sini pun besar,cantik dan baru....


*selain tu boleh la nk jumpa akak selalu :P

Irfa said...

SALAM KAK WA..
BYK SGT PILIHAN SMPI X TAU MANA YG NAK DIPILIH,XKISAHLAH KAT MANA2 PUN JANJI AKAK BAHGIA DAN JGN LUPA APDET BLOG,HEHE