Sunday, March 15, 2009

Harapan

Asslamualaikum w.b.t


Lama saya rehat dari dunia blog ni. Satu sebab saya tak sihat. kedua sebab saya sibuk.

Mula-mula hari tu sibuk sebab angah kan ikut ayahnya balik rumah saya. maka tiap kali dia ada terpaksalah saya sediakan makanan dan juga pastikan rumah teratur. Kalau sepah depan suami takde rasa malu sangat sebab suami faham tapi depan anak tiri ni malu pulak nak sepah2. Nanti2 dibeza2kan pulak saya dengan madu saya. Lagipun angah ni tak berapa betul, sesedap rasa jer nak bercakap da perli2 saya.



Tapi sekarang angah taknak ikut lagi ayahnya. Okay juga, takdeah gangguan dan bebas sikit dalam rumah. Kak aza pun dah geram sesangat dah dengan angah. Asyik sms saya citer hal angah.


Sekarang ni suami pun rajin bawa anak tiri Uda dan Zubair bermalam rumah saya. Atas permintaan Hani dan bebudak tu memang suka duduk rumah saya. Tu yang sibuk tu. Saya pn akhir2 ni banyak Nusrah ke jemaah masturat yang datang ke sban ataupun PD.

Semalam pun pergi PD, ada jemaah dari Bangi, kebanyakannya pensyarah, yang masturat [wanita] ada dua title doktor. Sebelum ni ada jemah dari johor, Shah Alam. Juga ada jemaat masturat dari Madras. Sya pun pergilah, dah kerja nanti tak berkesempatan pulak.


Saya sebenarnya mengalami sakit kaki yang kronik. jalan pun terdengkot2. Dah ke klinik mula tu dikatanya sakit otot, diberinya paracetamol dan B complex, esoknya takde perubahan, saya ke klinik swasta pulak. Doktor tu saya dah biasa dari mula duduk N9 ni.


Sebagaimana saya jangkakan memang berkaitan saraf. So dia beri vitamin saraf, tahan sakit dan ubat otot. Barulah lega sikit hari ni. Terasa betul allah tarik nikmat sihat tu. Dah sakit ni terasa macam2 nak buat. Ni nak jalan pun susah. Nak duduk lama pun tak boleh. paling seksa dalam kelaslah.


Nak baring pun sakit tau. Mula dulu saya syak slip disk...berkaitan tulang belakang. Tapi doktor di klinik kerajaan taknak xray. Dia syak saya pregnant. Tapi saya dah buat ujian UPT di klinik tu negativ. malah sebelum nya pun saya dah beli pregnancy test tu. Negatif juga.


Saya tak taulah, kalau negatif confirmlah tak mengandungkan. tapi dok kata ada kebarangkalian. Tak boleh caya sangat UPT tu, kata dok. Saya last period pada 31 Jan tu, tapi dua hari jer...dalam bulan jan period saya tak okay, 1 jan -6 jan, pastu 15 jan- 21 jan....last period tu 31 hb tulah, patutnya dah period semula dah....tapi bulan feb tak period langsung sampai hari ni pun takmai lagi. Tanda2 mengandung lagilah takde.


Setakat ni saya pernah lewat sampai 32 hari so setakat lewat 16 hari ni bisa sangat. Kalau mengandung memang satu rezeki yang terindah. Cuma taknak menaruh harapan sebab dah dua kali ujian UPT negatif sukar juga nak percaya ianya boleh bertukar jadi positif pulak....


Dan kali ni kalau cukup sebulan ni takde period barulah saya akan nekad ke pakar wanita. Mungkin ada masalah dimana2 menyebabkan suka mengandung. tapi sehingga mei ni sebenarnya jadual dah sibuk bangat.


Tugasan dan presentation dah berderet menunggu tarikh ajal [deadline]ni. Exam pun dah hampir sangat. 20 April start exam. Rasa semester ni semua paper mencabar. Takde teori sangat tapi lebih pada kematangan kita berfikir dan menganalisis serta mengemukakan buah fikiran yang luar biasa dalam mengupas rasuah....



Memikirkan rasuah dan salahguna kuasa sejak tahun lalu secara ilmiah dengan membandingkan dengan situasi semasa dalam negara kadang2 buat saya rasa sedih dan rasa tak mampu nak menggapai hasrat mengurangkan rasuah ni melainkan iltizam pemimpin [political will] dan concensus masayarakat secara total dalam menolak rasuah. Banyak kerja telah dibuat dan banyak juga yang tak dapat dibuat lagi....









No comments: