Assalamualaikum w.b.t
Dah seminggu dah kak aza datang rumah saya ni, dorang datang dengan membawa demam sekali. Masa datang tu Kak aza, sofiyyah dan Uda sajer yang demam. Sebelum tu Zubair dah demam dulu, tapi lepas seminggu ni 9/10 orang dalam rumah ni dah demam. Kecuali maid si Rika.
Kaka aza, Kak Chik [16 tahun], uda, syakirah, zubair, Suhailah, saya, semuanya demam sekarang ni, duit ubat ke klinik jer dah melebihi seratus. Tu opun bukan semua ke klinik, sebab stok ubat masih ada.
Sungguh rasa tak larat badan ni. Suami pulak dari kejauhan boleh ebrdoa jer, asyiklah sms, sakit dari allah, yang menyembuh pun allah, doalah, katanya...hmmm betullah tu. Cuma iman ni lemah. Asyik merungut jer bila dah sakit. Nak bangun solat punn rasa semacam..
Kepala pusing sangat. Sendi lenguh2. Batuk pulak rasa pusing kepala dan dada rasa sempit. Hani 3 hari tak bangun2, kejap2 jer bangun2 susu pun minum sikit sangat, sampai orang pun lupa kewujudan dia sebab tak keluar2 bilik... hari ni baru nampak bertenaga. Bercakap dan bermain2...kalau tak melepek jer...
Kak aza pun sama, melepek jer, dahlah sofiyyah menyusu badan, dia pulak tak selera makan..mujur jugak sofoyyah dah makan bubur dan seleranya tetap baik. Kak aza dengan semput, batuk, kejap2 carik oksigen...mujur saya ni takde semput, kira gagah jugak lagi....
Alhamdulilalh juga Rika sihat tak demam, kira kerja dapur, basuh baju dan kemas semua selesailah. Cuma masak2 jer kak aza bangun jugak masak2 pindang, goreng sayur.
Banyak benda berlaku dalam tempuh demam ni, sempat juga saya hantar mak balik kampung, kakak buat kenduri, pastu mak kak aza pulak datang rumah saya ni, nak ziraha cucu2nya, siap tidor lagi kat sini dan buat operasi macam dia buat kat ruamh kak aza, habis semua dikemaskannya. Dua maid bergabung tenaga membongkar kemas bawah2 katil, almari, rak2 buku. Saya tak terkata apa, senyap dan pandang jer. kak aza dan anak2 dia semua dah senyum2 jeling2 kat saya...semua pening. Tok tido jam 2 pagi, kemas dan cek semua benda....
Dah tu katanya dua minggu sekali nak datang. Nak ziarah zubair, mampus! Selipar2 bilik air saya yang agak buruk semua dibuangnya, getaj2 paip yang katanay pendek turut disuruh tukar. Diberinya kak aza RM50 disuruh beri kat saya suruh beli yang baru...hmm tak terkata apalah. mak saya datang betul2 cam tetamu tapi madu punya mak yang datang kalah tuan rumah pulak. Maid saya siap dapat satu buku senarai tugas2 yang kakak kak aza, cik ayang tulis....hmmm siaplah Rika, dapat boss baru pulak...
Hmm takat tu jerlah, tak larat dah ni, kepala pusing...
Wassalam
!~hidup memang penuh ujian, tapi percayalah Allah maha adil, maha pengasih lagi penyayang, setiap ujian itu pasti ada hikmahnya, sabar, minta dan harap hanyalah pada Allah, setiap yang diberi itulah yang terbaik sesuai pada masanya, tidak lewat dan tidak cepat barang sesaat pun ~!
Tuesday, August 18, 2009
Thursday, August 13, 2009
Rupanya saya makin kuat walaupun usia semakin tua
Assalamualaikum w.b.t
Ini cerita 2 minggu lepas...
Sabtu, ahad dan isnin 2 minggu lepas, saya rasa saya melakukan kerahan tenaga tahap maksimum. Bermula dari Selasa dan Khamis berulang alik ke kelas manakala rabu pula ada discussion di UKM. Dan selangmasa itu saya berulang alik dari PD ke Seremban, pagi2 bergegas menyiapkan anak dari PD terus ke Seremban dan tak balik rumah terus drive ke Bangi.
Di PD pula saya paksa mata berjaga menyiapkan jahitan langsir dan alas meja dan memaku dan memasang wayar [tali] langsir [sementara] sebelum pasang railing, memaku dan memasang cermin besar [dengan bantuan yang terhad dari suami yang hanya gunakan sebelah tangan]. juga membuka tangga, menukar lampu kalimantang, dan segala bentuk kerja bagi orang yang baru berpindah rumah!
Di rumah pula, saya angkut mesin jahit daeri PD sebab terpaksa menjahit langsir dan tabir yang baru untuk pemisah ruang tamu dan ruang dapur kerana saya baru memasanga railing baru. Disusuli dengan memesin rumput secara express dari depan rumah sampai ke belakang. Kemudian disambung pula dengan bergegas ke JJ, Seremban 2 dalam hujan lebat untuk collect microwave Oven...dalam perjalanan pula saya monitor orang pasang aircond di rumah melalui telefon. Juga online dengan suami tentang barang keperluan masak untuk jemaah. Fuuuhhhhh....
Sampai di rumah, serentak dengan suami yang sampai dari PD juga serentak dengan siapnya pasang aircond, dan tengok ruang tamu bersepah semula dengan habuk2 simen yang yg di drill....tabir pulak tak dapat kelulusan suami, terpaksa tukar langsir lain, bukan sahaja tabir malah langsir sliding pun suami kata jarang! Macam lipas kudung pasang besi penyangkut tabir dan sliding..mujur saya pakar orangnya..sekejap sahaja siap! Apa2 kerja remeh mujur ada si Rika Putriyani...arahkan ajer...
Saya atur depan, kak aza terus ke dapur dengan dibantu Rika untuk memasak untuk makan 20 orang....kemudian 3 hari itu hari yang penuh, tapi bukan penuh dengan kerja tapi penuh dengan program...banyak pulak program muzakarah kali ni saya kena handle...
Ini cerita minggu lepas
Minggu lepas pun sama sibuknya. Berulang alik KL-Seremban-PD. Tapi malas nak cerita, cuma syukur Allah bagi saya sihat boleh urus semuanya. Minggu lepas suami dah mula keluar, makanya tanggungjawab saya macam berlipat kali ganda. Sebab? Biasanya bila suami keluar macam saya pula berperanan jadi 'suami' kak aza. Kak aza rasanya lebih selesa meminta bantuan dari saya daripada merujuk kepada adik beradiknya.
Mungkin taknak panjang cerita dan mungkin juga taknak timbul tohmahan dan buruk sangka adik beradiknya pada suami. Saya agak macam tulah. Bagus jugak. Tapi kadang rasa nak berdaya juga berkejar sana dan sini.
Hari sabtu lepas saya ke sana, ahad malam baru balik seremban semula. Selesai bantu dia sana sini, lepak2, makan2, kemudian ke farmasi belikan face mask untuk budak2 tu dan cool fever utk zubair, saya pun baliklah. Keadaan agak kritikal minggu lepas sebab mula sabtu tu zubair dah demam. Sampai gigil2. Masa saya hantar dia tu, keadaan dia agak okay. Tapi malamnya jari2 dan kuku mula biru. Malam sebelumnya Sofiyyah di serang semput sampai terpaksa ke hospital ambil oksigen.
Isnin macam biasa hantar hani ke sekolah pagi2 lagi sebab saya ada bicara kat melaka, pastu bicara plak pagi sampai petang, habis jer peranan saya terus saya balik kampung ambik mak. Malam jam 7 baru sampai rumah, hani terpaksalah cikgu jaga sampai jam 7... Selasa pagi tu, kak aza bagitau dia dah call kaunter unit paed, Zubair kena jugak pergi hospital sebab bacaan protin dia berturut2 2 hari 4+ [max]. Kena juga jumpa paed, kebetulan pulak, buku appoinmnet dia kat sini, terpaksa pagi tu saya ke hospital hantar buku appoinment. Tengahari Selasa tu sampai malam tadi saya ke UTM, Skudai. Kelas kat sana pulak minggu ni. Selain ke makmal Ukur bahan, juga kami mengenal komponen2 pembinaan dengan melihat tapak2 projek yang banyak sedang berjalan. Sempat juga menghadiri kelas pensyarah kami untuk pelajar master dan PhD engineering UTM...petang semalam juga balik sini, agak letih juga badan duduk dalam Van...dahlah van Kia Pregio, yang naiknya pulak kami 9 org + driver semua besar2 badannya....
Masa kat UTM, kak aza berapa kali call dan sms, dia pulak diserang semput. Sampai dia kena ke hospital ambil oksigen. Bukan semput jer, batuk dan demam sekali. Haru pulak rasanya. Kebetulan pulak Abustic, alat untuk test protin dalam urine Zubair habis. Stok yang ada kat rumah saya jer. Kat Farmasi PD takde jual pulak tu. Saya balas sms kata malam kalau sempat saya datang. HP pulak semalam jam 4 dah kong. Tak bawak charger. Malam tadi bila charge, tengok bertubi2 missed call no kak aza. Tak taulah apa cerita terbarunya. Tulah ingat nak ke PD jugak malam tadi tapi tak jadi!
Yerlah... kita rancang, allah tentukan. Perjalanan balik lepas dari R&R seremban hujan dah lebat giler. Takleh speed. Makanya sampailah lambat. Saya pulak akal pendek, masa pergi tu patut boleh suruh driver ambik saya kat seremban tapi sebab fikir mana nak tinggal kereta, saya pun ke Jalan Duta, so bila balik pandang jerlah masa lalu seremban, saya terpaksa juga ke jalan Duta dulu ambil kereta patah balik seremban. Buang masa dan tenaga betul. Sampai rumah dah dekat2 jam 10, ikutkan larat nak ke PD tapi Hani dok gesel2 peluk2 rindu sangat tak jumpa sehari. Takkan malam tu nak berangkut pulak kami berempat ke PD?
Dari malam tadi dan pagi ni saya sms kak aza, tak berjawab langsung. pelik jugak! Rasa macam terpaksa juga pergi pagi or tengahari ni jenguk. Malam tadi suami call suh saya ke sana ambil semua bawak ke sini senang di monitor. Susah saya ni...nanti cakap dengan kak aza dia taknak datang sini, suami pulak kata suasana dalam rumah tu yang mendorong penyakit....[tanpa menafikan sakit datang dari Allah] sebab susananya yang bertutup [kalau buka banyak habuk pulak], dengan aircond [tak bukak panas plk, ruam2], jadi sekarang Zubiar dah demam semula, Uda pun demam sama, Sofiyyah dan kak aza semput. Camno tu? serba salah saya ni?
Terfikir jugak ni, kak aza marah saya ker sebab saya tak datang malam tadi. pagi ni kiranya Zubair tak dapatlah buat test urine sebab abustic ada kat sini, saya tak hantar. Ni mengadap pc kejap sebelum ke PD, mak saya pulak baru berapa hari kat sini dah sibuk2 nak balik, hari jumaat kena hantarlah jawabnya...penat badan saya ni kalau diikutkan. Tapi Allah maha kaya, rasa bertenaga jer pulak buat semua ni. Saya ni suka setkan pergerakan saya dalam perbatuan [meter] kereta, dalam seminggu jer saya memandu beribu2 km...ada jer kerja2 yang nak dibuat...
Haaaiiii, entahlah.....buat kerja2 lain walhal kerja hakiki ni tinggal tak bersentuh ni...mujur juga penyelia saya tengah cuti sabatikal, kiranya dapatlah dia bantu kami dan sesuaikan masa dia ikut masa kami sebab dia tak terikat dengan kuliah. Dan mujur juga penyelia yang diberi pada saya ni jenis tak banyak songeh. pelajar lain ada yang jumpa penyelia 4/5 kali tapi proposal tak lulus2 jugak. Asyik kena alter dan kena komen jer. Saya jumpa penyelia dua kali dah selesai dah. Syukur alhamdulillah dapat penyelia yang baik....semua tu atas rahmat Allah juga...Cuma nak kena ke library sebab nak tambah literature review. 18/09 kena present proposal depan semua lecturer...letih buat tesis w.pun mini tesis jer..camno nak buat PhD ni? Assignment pulak 3 yang menunggu ni...
Hani
Hani akhir2 ni asyik cuti dan ponteng sekolah, rasanya 1/3 dari waktu persekolah dia ponteng. dalam bulan 7/8 ni setiap minggu ada jer hari yang hani bercuti....minggu ni selasa dia ponteng. sebab takde sapa nak hantar dan ambil dia bila saya ke UTM. Tapi semalam, baru tau ada cikgu dia baru menyewa taman atas dari taman saya ni, so saya minta dia bantu ambil dan hantar hani...bukannya apa, hani banyak sangat dah ketinggalan. Dahlah masa 5 tahun dulu dia masuk lewat 4 bulan dari pelajar lain. masa 6 tahun pulak asyik ponteng. Bila Zubair dah ada ni, kalau kami ke PD Zubair nangis2 taknak balik sini, saya pun pontengkan hani sebab malas nak balik PD kalau dah melepak kat rumah Batu 4 tu, saya teruskan ajer, lagipun ni jerlah masa yang ada, lepas ni kalau dah mula kerja takde can nak melepak2 lagi...tapi setiap kali ponteng saya sms cikgunya...kadang terfikir juga bazir bayar RM400 sebulan sebab asyik ponteng memanjang.
Bila dia selalu nak ponteng saya pun ugut dia kata nak berhentikan dia sekolah. Saya ingat dia takut, rupanya member suka. Tak sabar2 nak berhenti...asyiklah tanya, "ammie, bila ammmie nak berhentikan kakak sekolah?". Bila cakap yang ammie main2, baru dia berhenti tanya. Saya agak dia dah boring sekolah kot...dan selalu jugak dia merengek nak suh ammie ambik tengahari, wah kalau hari yang ammie takde kelas mulalah dia memujuk nak balik tengahri, kadang saya cair jugak dengan pujukan dia, ambik jugaklah tengahari....entahlah saya pun tak reti nak analisis sikap dia ni...
Ok, sajer nak maklumkan dalam pada selalu ponteng dan balik tengahari, member lagi 3 mukasurat nak naik Quran. Hani menggunakan kaedah mengaji Qiraati. lebih kurang dengan Iara' jugak, cuma Qiraati ada 5 buku, Iqra' pulak 6 buku. Alhamdulillah dia sebenarnya dah lancar sangat dah mengaji, kalau dalam buku doa, atau dalam Quran memang dia daha boleh baca walaupun apa bentuk tulisan [khat] yang digunakan. Kelebihan Qiraati yang saya nampak adalah dia menekankan sungguh pada tajwid. Hukum bagi huruf yang perlu dengung, panjang pendek harkat semua sangat detail. Kalau tak disebabkan huku2 bacaan ni, hani dah lama naik Quran memandangkan walaupun dia lancar baca tapi cikgu tak alihkan mukasurat baru sebab dengung dan tak dengung dia sebut salah, kadang makhraj tak cukup...jadi lambat jugaklah jadinya. Mula2 saya ingat perkembangan mengaji hani ni biasa jer kalau dibandingkan dengan budak2 lain. Rupanya bila tanya cikgu, baru dua orang naik Quran. Sorang lelaki dan sorang perempuan. Mak budak berdua tu cikgu, sah2 memang bukan kaki ponteng, sebab maknya kena mengajar sekolah. Yang mak si Hani ni tak kerja, tu yg dok umah anak ponteng dok mengulit anak jer....Saya rasa okay jugaklah hani ni, dengan masuk sekolah lewat dari pelajar lain, selalu ponteng, kira dia dapat kejar jugak budak2 lain. Bravo! Syukur alhamdulilah moga anak ammie jadi hafizah dalam usia muda...dan dipertemukan jodoh dengan seorang hafiz..aminnn. Wahhhh tak sabar nak bermenantu nih!
Oh yer...bila hani semakin besar ni saya rasa sayang saya bertambah2, dan musim2 H1Ni ni kalau boleh saya nak sorokkan dia dalam perut saya taknak bagi dia terdedah kat mana2 takut jangkitan...bila membaca yang semua anak Raja Muda pahang kena H1Ni saya menangis baca kenyataan isterinya semalam. Tak boleh bayangkan kalau jadi kat Hani...hari2 hani saya paksa pakai face mask...pesan berkali2 jangan buka masa sekolah, pesan suh basuh tangan 8 langkah tu, pesan kalau batuk tutup mulutm pesan jangan dekat budak2 yang batuk dan selesema, siap cakap apa jadi kalau dia sakit or takde, saya bagitau nanti ammie jadi gila...pendek kata macam2 saya citer kat dia, sampai dia kalau dengar or baca pasal H1N1 mesti report kat saya...sian dia dapat mak yang sangat ekstrim dan taksub!...

Saturday, August 8, 2009
Bila diuji lagi dan lagi
Assalamualaikum w.b.t
bila suami keluar dakwah jer ada masalah, bil ada masalah jer suami mesti sedang keluar dakwah. Macam sinonim pulak dua pembolehubah ni.
Bukan saya yang ada masalah. Tapi kak aza. Masalah anak sakit. Malam tadi bertubi2 kak aza sms saya berkenaan Sofiyyah. Sofiyyah semput, batuk kuat, dada berbunyi, last sms saya suh dia ke klinik sedut kahak atau apa2 yg patut. Dalam jam 2 pagi dia sms saya lagi katanya dah balik hospital, sofiyyah dan ambil oksigen.
Pagi ni saya sms lagi, rupanya pagi ni kena ke farmasi hospotal pulak. Yang kat rumah saya ni pulak anak kak aza, Zubair pulak demam. panas bukan main badan dia. Urin di pagi tadi masa saya test bacaan protinnya, 1+, maksudnya ada kebocoran buah pingang.
Pagi ni dia tido jer, bangun2 tu saya suapkan nasi makan sikit jer, pastu terus bagi makan ubat demam yang memang stand by jer sepanjang masa. Cadangnya petang ni nak ke PD tengok2 cuaca jerebu jer pulak...bahaya juga untuk kanak2 apatah lagi macam zubair yang sedia ada penyakit.
Saya sekarang takut nak bawa anak keluar rumah. 25 jam berkurung jer dalam rumah. Rumah saya ni tepi jalan besar Seremban-Kuala Pilah, setiap hari tak kurang dua kali ambulans lalu, agaknya bawa pesakit dari K.Pilah ke hospital Seremban. Terasa2 pulak macam eks suspect H1N1. Tu yang mula rasa bimbang tu.
Esok ada hari Taska untuk negeri sembilan. Memang tak pergilah ajwabnya, walaupun dah bayar untuk hani masuk pertandingan mewarna. Bila cakap dengan suami kebimbangan ni, dia senang ajer katanya Allah yang beri semua penyakit, so kena yakin dengan Allahlah...memanglah yakin tapi sebagai ibu macamana pun kebimbangan tu tetap ada.
Semalam Zubair dan hani dua2 saya pakaikan mask untuk ke sekolah. Sebab ramai dah mula pakai mask, dan ramai juga ibu pelajar sana yang kerja nurse. Maklumat jumlah pesakit H1N1 kat hospital seremban diperolehi dari merekalah. memang guru galakkan semua pakai mask minggu lalu.
Semalam saya jumpa Kak Isma paya rumput, beserta suaminya, dia menginap di rumah tumpangan saya tu. jam 5 semalam check in, maghrib ni check outnya. So agak2 maghrib saya pergilah ke sana, hantar zubair dan bermalam kat rumah tumpangan tu kot malam ni. Kalau malas mengemas dan memasak saya bermalam rumah kak aza jerlah.
Cakap pasal kak isma ni, mula2 tengok tu serius saya rasa macam dia umur bawah saya jer...sungguh nampak muda dia kalau dilihat secara live. Rasanya dia jenis tak makan gambar atau bahasa modennya tak fotogenik. Tapi hakikatnya dia masih bergetah dan badannya masih solid molid. Macam anak dara...
Nak compare dengan saya jauh sangatlah. Badan saya yang mengembang ni macam orang anak sepuluh dah. Dengan masa makan dan tidur yang tak teratur dan takde exersice memang layaklah...
Esok, kalau jadi saya hantar anak kak aza ke madrasahnya di Melaka, tapi dari cara kak aza nampak gaya macam dia taknak anak gadisnya balik ke madrasah jer...yerlah jumpa sesekali, lagipun dah anak dara buila ada kat rumah tu senanglah banyak benda kat rumah yang dia boleh bantu. Terutama dalam hal menjaga Sofiyyah lah...banyak ringannya kak aza.
Tapi kak aza nak bagitau suami tak nak hantar kak cik dia bimbang sebab mesti suami tak benarkan. Sebab suami segan nak bagitau mudir asyik muka kak chik jer yang masuk lewat lepas cuti. Lagipun kak chik dok kat rumah bukan mengaji sangat takut hafalan dia tu dia lupa semula. Lagipun asyik bergaduh dengan adik2 jer kerjanya.
So kak aza mampu bagitau saya jer kata nak suh kak cik dok umah lagi untuk pandang2 adik2 terutama bila sofiyyah semput pulak malam tadi. kak cik call saya pagi ni, katanya tak nak balik madrasah....saya pun perli lah dia kata, "hai dah dua minggu duduk bawah ketiak ummi tak puas2 lagi?" jawabnya bukan duduk bawah ketiak ummi tapi ketiak sofiyyah.
Satu lagi cerita, mak kak aza dan kakak dia masih tak tau suami keluar 40 hari ni, so kak cik tipu cik ayang {kakak kak aza} kata ayah ada rumah. So bila ayah ada rumah, dia pun tak jadi datangler... kononnya datang tu nak main2 dengan sofiyyah lah...sehari tak jumpa sofiyyah memang penasaran dua beranak tu {mak dan kakak dia}. Tak taulah sampai bila kak aza boleh sembunyikan maklumat suami takde, semata2 taknak bagi mak dan kakak dia berkampung kat rumah dia..masalah betul family kak aza ni...bila mak dia ada kat rumah kak aza maka adik beradik yg lain silih bergantilah datang ziarah. Sudahnya kejap2 sofiyyah melalak sebab banyak sangat uka dia tak kenal!
Diorang pun datang semua terkam Sofiyyah..yerlah sofiyyah kan ker comel, lain dari yang lain dengan wajah gebunya, kulit putihnya, dah tu apa kita cakap semua dah pandai ikut...sapa yang tak tergoda. saya pun kalau datang rumah kak aza tengok sofiyyah dulu, kalau dia tido dalam buai tu sengaja saya cakap kuat2 kasi dia bangun, sebab saya nak main dengan dia.....sebab dia memang comel!!!
Ok nak ke PD dah ni...macam biasa, sapa nak sewa rumah secara harian di PD sila hubungi saya yer. 019 6618157. Punyalah malas nak buat blog khas....gambar semua dah tembak dah...tapi tak pandai lagi pakai DSLR lah...takat ambik gambar biasa2 jer....

Friday, August 7, 2009
Mula membilang hari lagi....
Assalamualaikum w.b.t
Suami dah keluar mula semalam. Maka 40 hari seterusnya kami berempatlah sahaja di rumah. Ada juga wakil lelaki sekarang, sapa lagi kalau bukan Zubair. Cuak juga bila fikir suami takde ni. Bukan cuak sebab takut pada pencuri atau apa ker cuma terasa macam takde sapa nak berkongsi cerita. 5 hari lagi nak raya nanti suami baru balik.
Esok kak aza akan datang sini, saya yang pelawa untuk tukar suasana. Sofiyyah dah mula batuk dan semacam lelah. Tu sebab saya ajak dia duduk rumah saya sebab biasanya budak2 tu okay kalau duduk rumah saya.
Tambahan pulak isnin ni saya kena bicara ke melaka, selasa dan rabu saya akan ke UTM sebab kelas kami di sana untuk minggu ni, kena gi lab dan tengok tapak2 projek, kan semester ni kami belajar forensic kejuruteraan..merasalah balajar baca plan dan kira2 bancuhan simen, concrete dan segala yang berkaitan...bukan mendalam sekadar kalau tengok dokumen tender tu fahamlah dan takdelah boleh kena tipu kalau menyiasat tu...
So saya cadang kak aza datang sini, supaya Zubair dan Hani boleh sekolah...uda dan kakak ponteng tak apa...ahad pulak saya akan ke melaka untuk hantar kak Chik, anak kak aza yang belajar di madrasah, isnin lepas bicara saya ambil mak terus balik ke seremban bawak mak duduk sini...
Biarlah selasa dan rabu tu kak aza duduk dengan mak saya kat rumah saya ni. Kak aza dengan mak saya takde masalah, sebab mak saya ni simple jer orangnya....boleh masuk semua orang....lagipun Rika ada kalau ada apa2 perkara perlu buat...
Rabu petang balik dari UTM, malamnya bolehler hantar kak aza balik PD...
Esok akan ke PD lagi, sebab kak isma yang duduk kat rumah tumpangan tadi akan check out esok...seterusnya akan ambil kak aza sekeluarga datang rumah sayaa...senang biar semua masalah diselesaikan dalam keluarga kami jer....

Subscribe to:
Posts (Atom)