Thursday, August 13, 2009

Rupanya saya makin kuat walaupun usia semakin tua

Assalamualaikum w.b.t

Ini cerita 2 minggu lepas...

Sabtu, ahad dan isnin 2 minggu lepas, saya rasa saya melakukan kerahan tenaga tahap maksimum. Bermula dari Selasa dan Khamis berulang alik ke kelas manakala rabu pula ada discussion di UKM. Dan selangmasa itu saya berulang alik dari PD ke Seremban, pagi2 bergegas menyiapkan anak dari PD terus ke Seremban dan tak balik rumah terus drive ke Bangi.

Di PD pula saya paksa mata berjaga menyiapkan jahitan langsir dan alas meja dan memaku dan memasang wayar [tali] langsir [sementara] sebelum pasang railing, memaku dan memasang cermin besar [dengan bantuan yang terhad dari suami yang hanya gunakan sebelah tangan]. juga membuka tangga, menukar lampu kalimantang, dan segala bentuk kerja bagi orang yang baru berpindah rumah!


Di rumah pula, saya angkut mesin jahit daeri PD sebab terpaksa menjahit langsir dan tabir yang baru untuk pemisah ruang tamu dan ruang dapur kerana saya baru memasanga railing baru. Disusuli dengan memesin rumput secara express dari depan rumah sampai ke belakang. Kemudian disambung pula dengan bergegas ke JJ, Seremban 2 dalam hujan lebat untuk collect microwave Oven...dalam perjalanan pula saya monitor orang pasang aircond di rumah melalui telefon. Juga online dengan suami tentang barang keperluan masak untuk jemaah. Fuuuhhhhh....


Sampai di rumah, serentak dengan suami yang sampai dari PD juga serentak dengan siapnya pasang aircond, dan tengok ruang tamu bersepah semula dengan habuk2 simen yang yg di drill....tabir pulak tak dapat kelulusan suami, terpaksa tukar langsir lain, bukan sahaja tabir malah langsir sliding pun suami kata jarang! Macam lipas kudung pasang besi penyangkut tabir dan sliding..mujur saya pakar orangnya..sekejap sahaja siap! Apa2 kerja remeh mujur ada si Rika Putriyani...arahkan ajer...


Saya atur depan, kak aza terus ke dapur dengan dibantu Rika untuk memasak untuk makan 20 orang....kemudian 3 hari itu hari yang penuh, tapi bukan penuh dengan kerja tapi penuh dengan program...banyak pulak program muzakarah kali ni saya kena handle...



Ini cerita minggu lepas

Minggu lepas pun sama sibuknya. Berulang alik KL-Seremban-PD. Tapi malas nak cerita, cuma syukur Allah bagi saya sihat boleh urus semuanya. Minggu lepas suami dah mula keluar, makanya tanggungjawab saya macam berlipat kali ganda. Sebab? Biasanya bila suami keluar macam saya pula berperanan jadi 'suami' kak aza. Kak aza rasanya lebih selesa meminta bantuan dari saya daripada merujuk kepada adik beradiknya.


Mungkin taknak panjang cerita dan mungkin juga taknak timbul tohmahan dan buruk sangka adik beradiknya pada suami. Saya agak macam tulah. Bagus jugak. Tapi kadang rasa nak berdaya juga berkejar sana dan sini.


Hari sabtu lepas saya ke sana, ahad malam baru balik seremban semula. Selesai bantu dia sana sini, lepak2, makan2, kemudian ke farmasi belikan face mask untuk budak2 tu dan cool fever utk zubair, saya pun baliklah. Keadaan agak kritikal minggu lepas sebab mula sabtu tu zubair dah demam. Sampai gigil2. Masa saya hantar dia tu, keadaan dia agak okay. Tapi malamnya jari2 dan kuku mula biru. Malam sebelumnya Sofiyyah di serang semput sampai terpaksa ke hospital ambil oksigen.


Isnin macam biasa hantar hani ke sekolah pagi2 lagi sebab saya ada bicara kat melaka, pastu bicara plak pagi sampai petang, habis jer peranan saya terus saya balik kampung ambik mak. Malam jam 7 baru sampai rumah, hani terpaksalah cikgu jaga sampai jam 7... Selasa pagi tu, kak aza bagitau dia dah call kaunter unit paed, Zubair kena jugak pergi hospital sebab bacaan protin dia berturut2 2 hari 4+ [max]. Kena juga jumpa paed, kebetulan pulak, buku appoinmnet dia kat sini, terpaksa pagi tu saya ke hospital hantar buku appoinment. Tengahari Selasa tu sampai malam tadi saya ke UTM, Skudai. Kelas kat sana pulak minggu ni. Selain ke makmal Ukur bahan, juga kami mengenal komponen2 pembinaan dengan melihat tapak2 projek yang banyak sedang berjalan. Sempat juga menghadiri kelas pensyarah kami untuk pelajar master dan PhD engineering UTM...petang semalam juga balik sini, agak letih juga badan duduk dalam Van...dahlah van Kia Pregio, yang naiknya pulak kami 9 org + driver semua besar2 badannya....


Masa kat UTM, kak aza berapa kali call dan sms, dia pulak diserang semput. Sampai dia kena ke hospital ambil oksigen. Bukan semput jer, batuk dan demam sekali. Haru pulak rasanya. Kebetulan pulak Abustic, alat untuk test protin dalam urine Zubair habis. Stok yang ada kat rumah saya jer. Kat Farmasi PD takde jual pulak tu. Saya balas sms kata malam kalau sempat saya datang. HP pulak semalam jam 4 dah kong. Tak bawak charger. Malam tadi bila charge, tengok bertubi2 missed call no kak aza. Tak taulah apa cerita terbarunya. Tulah ingat nak ke PD jugak malam tadi tapi tak jadi!


Yerlah... kita rancang, allah tentukan. Perjalanan balik lepas dari R&R seremban hujan dah lebat giler. Takleh speed. Makanya sampailah lambat. Saya pulak akal pendek, masa pergi tu patut boleh suruh driver ambik saya kat seremban tapi sebab fikir mana nak tinggal kereta, saya pun ke Jalan Duta, so bila balik pandang jerlah masa lalu seremban, saya terpaksa juga ke jalan Duta dulu ambil kereta patah balik seremban. Buang masa dan tenaga betul. Sampai rumah dah dekat2 jam 10, ikutkan larat nak ke PD tapi Hani dok gesel2 peluk2 rindu sangat tak jumpa sehari. Takkan malam tu nak berangkut pulak kami berempat ke PD?


Dari malam tadi dan pagi ni saya sms kak aza, tak berjawab langsung. pelik jugak! Rasa macam terpaksa juga pergi pagi or tengahari ni jenguk. Malam tadi suami call suh saya ke sana ambil semua bawak ke sini senang di monitor. Susah saya ni...nanti cakap dengan kak aza dia taknak datang sini, suami pulak kata suasana dalam rumah tu yang mendorong penyakit....[tanpa menafikan sakit datang dari Allah] sebab susananya yang bertutup [kalau buka banyak habuk pulak], dengan aircond [tak bukak panas plk, ruam2], jadi sekarang Zubiar dah demam semula, Uda pun demam sama, Sofiyyah dan kak aza semput. Camno tu? serba salah saya ni?


Terfikir jugak ni, kak aza marah saya ker sebab saya tak datang malam tadi. pagi ni kiranya Zubair tak dapatlah buat test urine sebab abustic ada kat sini, saya tak hantar. Ni mengadap pc kejap sebelum ke PD, mak saya pulak baru berapa hari kat sini dah sibuk2 nak balik, hari jumaat kena hantarlah jawabnya...penat badan saya ni kalau diikutkan. Tapi Allah maha kaya, rasa bertenaga jer pulak buat semua ni. Saya ni suka setkan pergerakan saya dalam perbatuan [meter] kereta, dalam seminggu jer saya memandu beribu2 km...ada jer kerja2 yang nak dibuat...


Haaaiiii, entahlah.....buat kerja2 lain walhal kerja hakiki ni tinggal tak bersentuh ni...mujur juga penyelia saya tengah cuti sabatikal, kiranya dapatlah dia bantu kami dan sesuaikan masa dia ikut masa kami sebab dia tak terikat dengan kuliah. Dan mujur juga penyelia yang diberi pada saya ni jenis tak banyak songeh. pelajar lain ada yang jumpa penyelia 4/5 kali tapi proposal tak lulus2 jugak. Asyik kena alter dan kena komen jer. Saya jumpa penyelia dua kali dah selesai dah. Syukur alhamdulillah dapat penyelia yang baik....semua tu atas rahmat Allah juga...Cuma nak kena ke library sebab nak tambah literature review. 18/09 kena present proposal depan semua lecturer...letih buat tesis w.pun mini tesis jer..camno nak buat PhD ni? Assignment pulak 3 yang menunggu ni...


Hani


Hani akhir2 ni asyik cuti dan ponteng sekolah, rasanya 1/3 dari waktu persekolah dia ponteng. dalam bulan 7/8 ni setiap minggu ada jer hari yang hani bercuti....minggu ni selasa dia ponteng. sebab takde sapa nak hantar dan ambil dia bila saya ke UTM. Tapi semalam, baru tau ada cikgu dia baru menyewa taman atas dari taman saya ni, so saya minta dia bantu ambil dan hantar hani...bukannya apa, hani banyak sangat dah ketinggalan. Dahlah masa 5 tahun dulu dia masuk lewat 4 bulan dari pelajar lain. masa 6 tahun pulak asyik ponteng. Bila Zubair dah ada ni, kalau kami ke PD Zubair nangis2 taknak balik sini, saya pun pontengkan hani sebab malas nak balik PD kalau dah melepak kat rumah Batu 4 tu, saya teruskan ajer, lagipun ni jerlah masa yang ada, lepas ni kalau dah mula kerja takde can nak melepak2 lagi...tapi setiap kali ponteng saya sms cikgunya...kadang terfikir juga bazir bayar RM400 sebulan sebab asyik ponteng memanjang.


Bila dia selalu nak ponteng saya pun ugut dia kata nak berhentikan dia sekolah. Saya ingat dia takut, rupanya member suka. Tak sabar2 nak berhenti...asyiklah tanya, "ammie, bila ammmie nak berhentikan kakak sekolah?". Bila cakap yang ammie main2, baru dia berhenti tanya. Saya agak dia dah boring sekolah kot...dan selalu jugak dia merengek nak suh ammie ambik tengahari, wah kalau hari yang ammie takde kelas mulalah dia memujuk nak balik tengahri, kadang saya cair jugak dengan pujukan dia, ambik jugaklah tengahari....entahlah saya pun tak reti nak analisis sikap dia ni...


Ok, sajer nak maklumkan dalam pada selalu ponteng dan balik tengahari, member lagi 3 mukasurat nak naik Quran. Hani menggunakan kaedah mengaji Qiraati. lebih kurang dengan Iara' jugak, cuma Qiraati ada 5 buku, Iqra' pulak 6 buku. Alhamdulillah dia sebenarnya dah lancar sangat dah mengaji, kalau dalam buku doa, atau dalam Quran memang dia daha boleh baca walaupun apa bentuk tulisan [khat] yang digunakan. Kelebihan Qiraati yang saya nampak adalah dia menekankan sungguh pada tajwid. Hukum bagi huruf yang perlu dengung, panjang pendek harkat semua sangat detail. Kalau tak disebabkan huku2 bacaan ni, hani dah lama naik Quran memandangkan walaupun dia lancar baca tapi cikgu tak alihkan mukasurat baru sebab dengung dan tak dengung dia sebut salah, kadang makhraj tak cukup...jadi lambat jugaklah jadinya. Mula2 saya ingat perkembangan mengaji hani ni biasa jer kalau dibandingkan dengan budak2 lain. Rupanya bila tanya cikgu, baru dua orang naik Quran. Sorang lelaki dan sorang perempuan. Mak budak berdua tu cikgu, sah2 memang bukan kaki ponteng, sebab maknya kena mengajar sekolah. Yang mak si Hani ni tak kerja, tu yg dok umah anak ponteng dok mengulit anak jer....Saya rasa okay jugaklah hani ni, dengan masuk sekolah lewat dari pelajar lain, selalu ponteng, kira dia dapat kejar jugak budak2 lain. Bravo! Syukur alhamdulilah moga anak ammie jadi hafizah dalam usia muda...dan dipertemukan jodoh dengan seorang hafiz..aminnn. Wahhhh tak sabar nak bermenantu nih!


Oh yer...bila hani semakin besar ni saya rasa sayang saya bertambah2, dan musim2 H1Ni ni kalau boleh saya nak sorokkan dia dalam perut saya taknak bagi dia terdedah kat mana2 takut jangkitan...bila membaca yang semua anak Raja Muda pahang kena H1Ni saya menangis baca kenyataan isterinya semalam. Tak boleh bayangkan kalau jadi kat Hani...hari2 hani saya paksa pakai face mask...pesan berkali2 jangan buka masa sekolah, pesan suh basuh tangan 8 langkah tu, pesan kalau batuk tutup mulutm pesan jangan dekat budak2 yang batuk dan selesema, siap cakap apa jadi kalau dia sakit or takde, saya bagitau nanti ammie jadi gila...pendek kata macam2 saya citer kat dia, sampai dia kalau dengar or baca pasal H1N1 mesti report kat saya...sian dia dapat mak yang sangat ekstrim dan taksub!...







Wassalam

2 comments:

Irfa said...

sungguh risau dgn HINI ni tp bak kata suami akak' penyakit itu dtg dr Allah'..so tawakal jelah

Hanisumayyah said...

Irfa...


baru cakap kuat, akak dah collapse, semua demam kat rumah ni dah...